PROSES PENGGUBALAN DASAR pencernaan di setiap

PROSES
PENGGUBALAN
DASAR
AW YONG SIOW CHIN
M20161000421
YEW WENTING
M20161000498
KUNG SHIAO TAN
M20161000442
TIONG SIENG KING
M20161000494

Proses Penggubalan Dasar
Mengenal pasti (Penentuan Agenda)

Peramalan & Pencarian Alternatif

Perancangan Dasar

Pelaksanaan Dasar


Penaksiran Dasar

Mengenalpasti
(Penentuan Agenda)








Masalah dikenal pasti oleh para penggubal dasar.
Para penggubal dasar bertindak sebagai peramal.
Para penggubal dasar boleh terdiri daripada ahli
politik, badan pentadbiran, agensi kerajaan, badan
bukan kerajaan atau masyarakat.
Para penggubal dasar perlu menentukan punca,
kesan, cara dan pelbagai jenis masalah yang dihadapi
dalam isu tersebut.

Proses ini bukan mudah kerana punca, faktor dan
kesan daripada sesuatu masalah yang berlaku itu
tidak selalu dikesan. Tambahan lagi, terdapatnya
tanggapan yang berbeza daripada setiap penggubal
dasar mengenai masalah yang sama.

Contoh




Para penggubal dasar mengesan bahawa
wujudnya
murid
tidak
bermasalah
pembelajaran yang masih tidak dapat
menguasai kemahiran 3M iaitu kemahiran
membaca, menulis dan mengira.
Masalah ini berlaku mungkinnya wujud

kekurangan dalam sistem Pendidikan
Malaysia. Lantaran itu, satu program
baharu
harus
diwujudkan
bagi
menyelesaikan masalah ini.

Peramalan
(Pencarian Alternatif Dasar)






Satu jangkaan awal terhadap kemungkinankemungkinan yang akan berlaku apabila sesuatu
dasar itu dilaksanakan oleh penggubal dasar
berdasarkan maklumat dan data yang telah
dikumpul.

Peramalan boleh digunakan dalam meneliti dan
mengkaji
alasan-alasan
yang
dipercayai,
keupayaan, nilai masa depan secara normatif dan
kekangan-kekangan berkaitan dengan dasar awam.
Selepas
peramalan
dibuat,
maka
langkah
seterusnya
ialah
mengemukakan
alternatifalternatif yang sesuai sebagai langkah penyelesaian
terhadap masalah yang dihadapi.

Contoh







Untuk menyelesaikan masalah wujudnya murid
tidak bermasalah pembelajaran yang masih
tidak dapat menguasai kemahiran 3M , maka
beberapa alternatif dikemukakan.
Beberapa alternatif yang dikemukakan ini harus
diramalkan cara dan impak penyelesaiannya.
Dalam proses menentukan alternatif, beberapa
persoalan perlu dipertimbangkan. Contohnya :




Bagaimanakah masalah diselesaikan?
Apakah cara penyelesaian yang boleh dilaksanakan?
Apakah kekangan dan impak alternatif ini?


Perancangan Dasar
(Pengesyoran)








Penggubal dasar akan membuat perancangan
mengenai faedah dan kos daripada alternatif yang
telah dipilih berdasarkan peramalan yang telah
dibuat.
Perancangan boleh dibahagikan mengikut masa
sama ada perancangan jangka pendek atau
perancangan jangka panjang.
Dalam peringkat ini, cadangan yang relevan dengan
konteks masalah akan diambil bagi mencapai

matlamat dasar.
Proses perancangan melibatkan perbincangan,
perundingan dan merangka strategi baharu dalam
mencari formula penyelesaian terhadap masalah.

Contoh




Selepas mengenal pasti masalah dan
meramal kemungkinan yang ada, pembuat
dasar telah mengemukakan satu program
baharu yang dinamakan saringan LINUS.
Untuk melaksanakan saringan ini, maka
pelbagai kos dan faedah perlu diambil kira
dan dirancang. Contohnya:
cara pelaksanaan program
 kos penyediaan bahan saringan
 kos tenaga pekerja yang melaksanakan saringan

 kos penataran cara melaksanakan saringan


Pelaksanaan Dasar
(Pengawasan)










Sesuatu keputusan tidak dikatakan sebagai dasar jika ia tidak
disampaikan secara menyeluruh kepada semua lapisan
masyarakat dan menyeluruh sifatnya.
Di
Malaysia,

tanggungjawab
pelaksanaan
dasar
kan
diamanahkan kepada jentera pentadbiran atau perkhidmatan
awam. Kerajaan akan mengeluarkan arahan kepada pentadbiran
untuk melaksanakan dasar yang telah dirancang.
Pelaksanaan dasar memerlukan pengawasan yang ketat dan rapi
oleh pihak kerajaan dan jentera pentadbiran bagi tujuan
memberikan hasil dan faedah yang besar kepada kerajaan dan
rakyat.
Tanggungjawab agensi ini adalah untuk menentukan bahawa
pelaksanaan sesuatu dasar tersebut tidak lari daripada objektif
yang telah ditentukan.
Justeru itu, kejayaan sesuatu dasar mencerminkan tahap
kecekapan dan kejayaan pentadbiran awam.

Contoh







Pihak
kerajaan
telah
mengamanahkan
Kementerian
Pendidikan
Malaysia
untuk
melakasanakan dasar LINUS di peringkat sekolah
rendah.
Program LINUS telah dijalankan di semua sekolah
rendah terhadap murid tahap 1 dengan membuat
3 kali ujian saringan dalam matapelajaran Bahasa
Malaysia(Literasi) dan Matematik(Numerasi).
Guru diamanahkan sebagai agen pelaksana
program LINUS di sekolah, manakala PPD, JPN dan

KPM
berperanan
sebagai
pengawal
bagi
memastikan program ini mencapai matlamatnya.

Penilaian Dasar
(Penaksiran)






Penilaian dasar merupakan peringkat
terakhir dalam proses pembuatan dasar.
Penilaian akan dilakukan setelah sesuatu
dasar
dilaksanakan
bertujuan
untuk
menganalisis sejauh mana sesuatu dasar
itu mencapai objektif yang telah digariskan
dalam peringkat perancangan.
Perancangan dilakukan bertujuan untuk
membuat rumusan akhir tentang matlamat
yang telah dicapai pada masa ini dan akan
datang.

Contoh






Program
LINUS
telah
diperkenal
dan
dilaksanakan di semua sekolah rendah di
Malaysia pada 2010.
Selepas pelaksanaan selama 2 tahun dari tahun
2011 ke 2012, maka dapatan dalam program ini
dinilai melalui peratus kelulusan saringan yang
dicapai dalam tempoh pelaksaan.
Kejayaan dalam program LINUS telah membawa
kepada kewujudan program LINUS 2.0 yang
melibatkan matapelajaran Bahasa Inggeris.

Sekian,
terima kasih!