pengaruh teknologi dalam keruntuhan tama

2.2 Pengaruh Teknologi Kepada Keruntuhan Tamadun
Jika sesebuah tamadun menghadapi zaman kegemilangan maka tamadun
tersebut juga akan menghadapi zaman keruntuhan.Menurut kajian Muhammad
Abdul Jabbar Beg ( Ph.D ) dalam Konsep Tamadun Islam Mengikut Ulama Islam
Dan Barat mengenai pandangan Ibn Khaldun tamadun beliau berkata sesebuah
tamadun dapat disamakan dengan usia seorang manusia yang akan melalui tempoh
kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa
kemerosotan sesebuah tamadun merupakan suatu kitaran sejarah.Ini kerana pada
zaman permulaan sesebuah tamadun, masyarakat mahupun raja raja tamadun
tersebut akan berkerja keras bagi menegakkan kegemilangan tamadun
tersebut.Apabila mereka telah mencapainya, mereka tidak akan menghiraukan dan
juga tidak akan mengekalkan kegemilangan tersebut.Malah mereka akan mula
menunjuk kekuatan mereka kepada orang lain.Mereka akan mula bersikap
leka.Disini lah mereka akan mula menghadapi zaman keruntuhan
Selain itu, . Esa Khalid dan Mohd. Azhar Abd. Hamid (2004), berkata
bahawa ‘Kejatuhan tamadun ialah suatu titik masa yang memperlihatkan
bagaimana sesebuah tamadun itu beransur-ansur runtuh.’ (hlm 132) Hal ini
bermakna keruntuhan sesebuah tamadun bukan sahaja disebabkan oleh bencana
seperti peperangan.Malah keruntuhan berlaku disebabkan oleh penggunaan
teknologi yang berleluasa.Terdapat beberapa bukti yang kukuh yang menunjukkan
penggunaan teknologi yang pesat menyebabkan keruntuhan sesebuah tamadun.


2.2.1 Kepentingan Terhadap Agama Mula Berkurangan
Agama merupakan satu bidang yang sangat penting dalam sesebuah
tamadun.Rukun Negara juga memberi penekanan yang ketara kepada keagamaan
melalui rukun iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan.Agama adalah penting

kerana

dapat membimbing manusia untuk meningkatkan taraf hidup melalui ajaranajarannya yang mulia. Namun dengan perkembangan teknologi yang pesat,
manusia mula lupa akan kekuasaan Tuhan kerana mereka menikmati kehidupan
yang selesa.Mereka terlalu mengikut arus pemodenan teknologi tanpa menhiraukan

kepentingan agama. Akibatnya, hubungan manusia dengan Tuhan semakin merosot
manakala amalan agama pula semakin berkurangan.
Terdapat segolongan manusia yang hanya tahu menikmati keselesaan
hidup melalui melibatkan diri dalam gejala sosial yang dikatakan sebagai
‘kemudahan teknologi’ tetapi tidak mahu mengamalkan ajaran agama sudah tentulah
akan membawa keburukan kepada sesebuah tamadun. Golongan yang kurang atau
tidak mengamalkan ajaran agama tentulah akan sentiasa membawa masalah
kepada negara dengan melibatkan diri dalam gejala gejala sosial seperti rogol,

merompak dan sebagainya. Pada masa yang sama, mereka juga akan sentiasa
mempengaruhi orang lain untuk mengabaikan agama.Mereka akan mengajak orang
lain bagi mengikuti cara kehidupan yang baik itu. Kesannya, pengamalan ajaranajaran agama dalam tamadun tersebut akan berkurangan. Jika masalah ini semakin
serius, masalah sosial akan berleluasa dan pastinya kejatuhan tamadun akan
berlaku.

2.2.2 Kebergantungan Penuh Terhadap Keupayaan Teknologi
Kemudahan teknologi akan mengakibatkan manusia menjadi semakin
malas dan lalai disebabkan kemudahan teknologi.Dengan adanya teknologi,
terdapat

kesan

keburukan

dan

memberikan

kesan


negatif

yang

boleh

mempengaruhi fikiran dan minda masyarakat sesebuah tamadun tersebut. Manusia
pada tamadun awal menjadi tidak produktif dan kurang kreatif untuk meningkatkan
taraf hidup. Akibat terlalu leka dengan kemudahan teknologi sedia ada, pencapaian
tamadun tersebut akan berkurangan dari masa ke semasa.Mereka tidak akan
berkerja keras malah leka dengan penggunaan teknologi yang sedia ada pada masa
tersebut. Oleh sebab itu, tenaga kerja pada tamadun itu akan semakin lemah dan
akan menjejaskan imej dan ekonomi negara. Akibatnya, tamadun tersebut akan
mengalami kemunduran dari segi ekonomi, politik dan sosial.Kegemilangan tamadun
tersebut akan mula merosot.

Teknologi menyebabkan masyarakat sesebuah tamadun tidak bersikap
terbuka.Oleh itu, tamadun yang mengalami keruntuhan akibat daripada sikap tidak
mahu menerima perubahan. Sikap seperti ini membantutkan perkembangan

tamadun disamping merencatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat.
Hal

ini

akan

menyebabkan

masyarakat

berkeadaan

beku

atau

statik

berpanjangan.Mereka tidak mahu meminta ataupun berkongsi teknologi dengan

tamadun

lain.Sebagai

contohnya

kerajaan

Turki

Uthmaniyyah

mengalami

kemerosotan disebabkan sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan
teknologi. Begitu juga yang berlaku kepada tamadun China yang enggan menerima
perubahan dari Barat menyebabkan kerajaan China semakin merosot dan lemah
walaupun pelbagai usaha dijalankan untuk memulihkannya.

2.2.3 Peperangan antara negara

Senjata merupakan musuh utama sesebuah negara.Alatan senjata
merupakan juga unsur yang penting kepada sesebuah negara untuk berperang dan
mempertahankan keselamatan negaranya. Kemenangan dalam peperangan dapat
menaikkan taraf sesebuah negara disamping meluaskan kuasanya.Jikalau banyak
perang dimenangi, maka banyak kawasan akan menjadi tawanan sesebuah negara
tersebut. Oleh itu, setiap negara dalam semua tamadun sentiasa berusaha untuk
menaikkan taraf kelengkapan peperangan terutama senjata peperangan dengan
kecanggihan teknologi.Mereka akan berbelanja beribu ribu bagi membeli senjata
yang berteknologi tinggi. Namun pada masa yang sama, usaha ini akan membawa
kesan yang buruk sehingga menyebabkan keruntuhan sesuatu tamadun. Misalnya,
negara yang maju akan mempunyai alatan senjata yang lebih canggih berbanding
dengan negara yang membangun. Untuk meluaskan kuasa, negara tersebut akan
sentiasa cuba untuk menyerang negara lain yang lemah. Dengan itu, negara yang
diserang pastinya akan mengalami keruntuhan.Negara tersebut akan kehilangan
banyak kehidupan seperti manusia, binatang dan sebagainya. Tamadun china
merupakan bangsa pertama mencipta serbuk letupan dan meriam yang telah
digunakan untuk menggulingkan pemerintah-pemerintah Mongol. Manakala, tentera
India memiliki kayu pelontar, meriam, lembing, pedang, dan busar. Walaupun

kemajuan teknologi dalam peralatan peperangan ini amat penting bagi sesebuah

negara demi keselamatan namun kebarangkalian ia membawa kepada pengorbanan
ribuan orang dan

keruntuhan sesebuah tamadun.Kekuatan sesebuah negara

bergantung kepada populasi rakyat dalam negaranya. Sebagai contohnya, perang
dunia pertama dan kedua telah meragut nyawa ribuan orang. Serangan yang
dilakukan ke atas Jepun oleh Amerika Syarikat telah menyebabkan tamadun Jepun
mengalami keruntuhan. Jelaslah di sini bahawa alat teknologi peperangan mampu
meruntuhkan sesebuah tamadun.
Sifat kebendaan (materialisme), akan menjadi musibah kepada
sesebuah tamadun

apabila masyarakatnya tenggelam dalam keseronokan,

keselesaan hidup dan mementingkan diri sendiri. Kemajuan dalam bidang teknologi
membawa kehidupan yang mewah kepada sesebuah negara. Apabila masyarakat
telah terbuai dengan kemewahan, kesombongan dan kemalasan ia kemudian
membawa kepada keruntuhan amalan baik dan hilangnya perpaduan dan semangat
kekitaan. Maka, akhirnya semua ini menyebabkan sesebuah tamadun itu berada di

ambang kehancuran. Sebagai contohnya, keruntuhan kerajaan Bani Abbasiah
disebabkan oleh kemewahan hidup yang membuatkan pemerintahnya mengabaikan
tugas dan tanggungjawabnya terhadap negara.
2.2.4 Budaya Masyarakat Semakin Merosot
Budaya masyarakat juga merupakan suatu bidang yang penting dalam
sesuatu negara dan tamadun. Seperti yang kita sedia maklum, setiap tamadun
mempunyai budaya yang berlainan antara satu sama lain.Sebagai contonya, negara
Malaysia dengan negara Amerika Syarikat mempunyai budaya yang berbeza.Dalam
negara kita, kita tidak harus memakai pakaian yang amat menjolok mata manakala
rakyat negara Amerika Syarikat boleh berpakaian sebagainya.Jelasnya, kita boleh
lihat betapa bezanya budaya antara kedua-dua negara tersebut. Namun begitu,
penciptaan dan perkembangan teknologi telah mengakibatkan budaya masyarakat
dalam sesebuah tamadun semakin pudar dan akhirnya akan pupus disebabkan
keruntuhan tamadun tersebut. Fenomena ini berlaku kerana dengan penggunaan
teknologi yang banyak, manusia jarang mahu mengamalkan budaya mereka
sebelum ini kerana takut dianggap kolot. Bagi manusia yang sudah terlalu fanatik

dengan perkembangan teknologi, mereka pastinya akan memandang rendah
terhadap orang yang masih terikut-ikut akan budaya nenek moyang dan
mengkategorikan orang tersebut sebagai golongan yang tidak bertamadun.

Fenomena ini akan membawa banyak kerugian kepada sesebuah tamadun.
Hal ini demikian kerana banyak budaya nenek moyang yang mengandungi kebaikan
dan mampu memberi faedah dalam kehidupan. Sebagai contoh, sekiranya manusia
dalam sesebuah tamadun itu tidak mengamalkan budaya menghormati orang asing,
pastinya pedagang-pedagang asing akan menganggap mereka sebagai sombong
dan tidak datang berdagang ke sana lagi. Sudah tentulah hal ini akan menjatuhkan
sesebuah tamadun akibat kemerosotan ekonomi.
Jelaslah di sini bahawa, walaupun teknologi mampu membangkitkan
sesebuah tamadun daripada pelbagai aspek, namun ia juga dapat membawa
kejatuhan kepada tamadun tersebut. Oleh itu, adalah amat penting bagi manusia
untuk menggunakan teknologi secara bijak dalam kehidupan mereka.