PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN GUR

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN GURU PRINSIP AKAUN YANG
BERKESAN
Oleh: Zubedah Hanam bte. Mohd. Thani, Rusmina bte. Ismail dan Faizah bte. Ghazali
ABSTRAK
Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar terhadap pengajran guru Prinsip Akaun yang
berkesan. Ciri-ciri pengajaran yang berkesan dikaji dari aspek personaliti, perlakuan pengajaran serta
hubungan dan sikap guru terhadap pelajar. Responden dalam kajian ini terdiri daripada pelajar
tingkatan 5 yang mengambil mata pelajaran Prinsip Akaun di sekolah sekitar Cheras dan Datuk
Keramat. Soal selidik dihantar ke sekolah berkenaan dan data dianalisis menggunakan komputer.
Berdasarkan dapatan kajian ini beberapa cadangan dikemukakan bagi menghasilkan pengajaran guru
yang berkesan.
PENGENALAN
Guru memainkan peranan yang penting dalam proses pendidikan, pengajaran dan pembelajaran. Guru
yang mempunyai sahsiah yang baik boleh melaksanakan dengan berjaya pendidikan yang bersepadu
berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dapat melahirkan rakyat Malaysia berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
keyakinan diri serta memberi sokongan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.
Guru ialah seorang “pengurus” kerana melaksanakan beberapa fungsi pengurusan dalam bilik darjah
dalam melaksanakan kurikulum . Proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan interaksi guru
dengan pelajar. Hasil perhubungan ini akan menentukan sama ada guru boleh mengajar dan pelajar

bersedia belajar. Oleh itu keberkesanan pengajaran guru bergantung kepada bagaimana seseorang guru
itu dapat menyesuaikan diri dan memahami masalah pembelajaran pelajar.
Menurut Abdullah Hj. Omar(1980) sifat-sifat orang yang menjadi guru terbahagi kepada tiga
golongan.
a)

Guru yang sebenar-benarnya guru dalam ertikata ia adalah berdedikasi, suka dan minat

pada pekerjaannya.
b)

Guru yang bukan guru dalam ertikata ia tidak berminat dengan profesionnya. Ia menjadi
guru secara kebetulan dan menunggu peluang untuk melompat ke pekerjaan lain.

c)

Guru yang kehilangan arah disebabkan kekecewaan dan masalah peribadi yang tidak
dapat diatasinya. Kedudukan golongan ini adalah antara (a) dan (b). Ia boleh berubah
untuk menjadi golongan (a) atau (b) jika dia mahu.


Proses pemgajaran adalah kompleks. Pengajaran yang menarik serta berkesan merupakan pengajaran
yang boleh menghasilkan pembelajaran pelajar sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat dan
negara
PENYATAAN MASALAH
Seseorang pelajar itu akan berhadapan dengan guru bermula dari peringkat kanak-kanak hinggalah ia
dewasa. Guru mengajar, membimbing, menegur, memuji, memujuk dan memarahi pelajar-pelajarnya.
Semua ini dilakukan oleh guru dalam masa berinteraksi dengan murid semasa menjalankan tugas
pengajaranya dalam bilik darjah. Para sarjana pendidikan berpendapat bahawa ciri-ciri personaliti
guru seperti mudah dihubungi, riang, bertanggungjawab, jujur, bermoral dan sabar merupakan salah
satu pemboleh ubah yang penting yang mempengaruhi proses pembelajaran-pengajaran. Ini boleh
menyenangkan atau memberi masalah kepada guru dalam menjalankan tugasnya. Adalah diharapkan
dengan kajian ini akan menghasilkan penemuan yang memberi jawapan sejauh manakah faktor-faktor
yang dinyatakan benar dan bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini.
TINJAUAN LITERATUR
J. Currie(1869) berpendapat kualiti perhubungan antara guru dan murid mempunyai kesan terhadap
kesediaan murid mengambil bahagian dalam kelas. Ia berpendapat bahawa jika hubungan yang positif
yang wujud antara guru dan murid akan membuat seseorang murid itu berusaha dan bekerjasama
dengan guru. Kepada seseorang murid peranan utama seorang guru ialah mengajar. Selalunya murid
memerlukan penerangan yang jelas dari guru., kenyataan yang jelas tentang masalah pembelajaran
serta bimbingan ke arah penyelesaian masalah. Sweeney(1982) berpendapat bahawa kepimpinan guru

dalam bilik darjah mempunyai kesan yang positif terhadap hasil pembelajaran dari segi akademik,
sikap dan tingkahlaku. Kajiannya mendedahkan tujuh faktor utama yang mendorong kepada
keberkesanan pengajaran seseorang guru iaitu berketerampilan, suasana pembelajaran yang tenteram,
masa yang mencukupi, peralatan yang mencukupi, pengharagaan yang tinggi terhadap
pelajar,pengesanan kemajuan pelajarnya dan penyeliaan pengajaran yang berkesan.
Menurut Hunter (1969) dalam bukunya Teach More Faster, pengajaran yang berkesan merupakan
pengajaran yang boleh meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar. Pembelajaran yang efektif
hanya boleh berlaku dalam suasana yang sihat serta bersemangat dan demokratik. Hasil pembelajaran
ini akan mengubah tingkah laku murid akibat penerimaan pengetahuan atau kepercayaan baru.
Perkembangan seseorang murid itu merangkumi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Ryans(1959) dalam satu kajiannya mendapati bahawa guru yang efektif ialah guru yang mempuyai
sifat-sifat seperti adil, tanggungjawab, dinamik, terbuka, tegas, dedikasi, demokratik, pengetahuan
yang mendalam dan perhubungan yang baik.

TUJUAN KAJIAN
Dapatan kajian menunjukkan banyak faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar di sekolah.
Terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi sikap seseorang pelajar iaitu persekitiran, guru dan
pelajar itu sendiri. Mengikut Mayfield(1976) Tamir(1876) dan Case (1980) terdapat berbagai strategi
pengajaran di bilik darjah yang boleh mempengaruhi sikap pelajar terhadap pembelajaran dan
pencapaian mereka.Mengikut Medley(1982) keberkesanan seseorang guru itu boleh diukur dari

perlakuan murid dan bukanya guru. Oleh itu prestasi seseorang guru itu merujuk kepada perlakuannya
semasa ia mengajar dalam kelas.Penemuan Waller(1932) mendapati bahawa guru yang berkesan
hendaklah mengekalkan “jarak sosial” daripada murid-muridnya. Ini boleh dihasilkan dengan
mengadakan berbagai aktiviti yang bercorak intelektual.Oleh itu kajian ini dibuat bertujuan untuk
mengenalpasti ciri-ciri yang sepatutnya dimiliki oleh seseorang guru Prinsip Akaun dari aspek
personaliti yang boleh menarik minat murid untuk belajar.Kajian ini akan dijalankan melalui
pentadbiran soalselidik kepada 600 pelajar tingkatan 5 di 8 buah sekolah menengah di sekitar Cheras
dan Datuk Keramat.
SOALAN KAJIAN
1.

Sejauh manakah pelajar berminat pada mata pelajaran Prinsip Akaun?

2.

Mengapakah pelajar Prinsip Akaun menghadiri kelas tuisyen?

3.

Mengapakah pelajar Prinsip Akaun ponteng kelas?


4.

Apakah persepsi pelajar Prinsip Akaun tentang pesonaliti guru-guru Prinsip Akaun yang
berkesan?

5.

Apakah bentuk hubungan antara guru dengan pelajar yang mempengaruhi keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran?

6.

Apakah persepsi pelajar Prinsip Akaun tentang sifat sahsiah guru Prinsip Akaun yang berkesan?

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ialah untuk meninjau persepsi pelajar terhadap ciri-ciri pengajaran guru Prinsip Akaun
yang berkesan di sekolah menengah Selain daripada itu kajian ini juga diharap dapat mengenal pasti:

1)


Ciri-ciri seorang guru Prinsip Akaun dari aspek personaliti yang boleh menarik minat pelajar
untuk belajar.

2)

Ciri-ciri guru Prinsip Akaun yang berkesan sebelum memulakan pengajaran

3)

Ciri-ciri guru Prinsip Akaun yang berkesan semasa pengajaran.

4)

Ciri-ciri guru Prinsip Akaun yang berkesan di akhir pengajaran

5)

Bentuk perhubungan antara guru dengan pelajar yang mempengaruhi keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran.


6)

Sifat sahsiah guru yang mempengaruhi minat murid untuk belajar.

SIGNIFIKAN KAJIAN
Adalah diharapkan kajian ini dapat membantu pihak yang berkenaan mempertingkatkan tahap
pencapaian pelajar-pelajar dalam mata pelajaran Prinsip Akaun . Kajian ini mengenal pasti ciri-ciri
yang perlu ada pada seseorang guru Prinsip Akaun supaya pelajar berminat untuk terus belajar.Kajian
ini akan membantu pelajar, guru dan pentadbir sekolah dalam menangani masalah pelajar yang lemah
dalam mata pelajaran Prinsip Akaun.
BATASAN KAJIAN
Kajian ini terhad kepada persepsi pelajar terhadap pengajaran guru Prinsip Akaun sahaja. Skop kajian
terbatas kepada sampel yang mewakili populasi yang kecil sahaja. Dapatan kajian tidak dapat
diinferenskan kepada keseluruhan pelajar di Malaysia.
ISTILAH
Berikut adalah istilah yang digunakan untuh memudahkan membaca dan memahami kajian ini.
1.Persepsi
Didefinisikan persepsi sebagai penanggapan,pencerapan atau sebagai satu cara untuk
melahirkan tanggapan dan pengalaman.

2. Prinsip Akaun
Merujuk kepada simpan kira dan merupakan elemen dalam perakaunan yang diajar kepada
pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 disekolah menengah
3. Pelajar

Merujuk kepada pelajar-pelajr tingkatan 5 yang merupakan responden dalam soal selidik.
4. Keberkesanan
Merujuk kepada perubahan tingkah laku pelajar atau kemajuan hasil daripada pengajaran
guru.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini bertujuan menilai dan meninjau ciri-ciri yang berkesan terhadap pembelajaran pelajar yang
harus ada pada seseorang guru Prinsip Akaun. Empat aspek rekabentuk kajian terdiri daripada
personaliti guru, perlakuan pengajaran guru sebelum , semasa dan selepas, hubungan pelajar dengan
guru dan sikap sahsiah guru.
SAMPEL KAJIAN
Dalam pemilihan sampel, responden terdiri daripada murid-murid di sekolah kawasan Cheras dan
Datuk Keramat. Rasionalnya sekolah ini dipilih kerana sekolah ini ialah sebuah sekolah harian dan
dapat membekalkan sampel yang sahih kerana terdiri daripada berbagai peringkat kebolehan pelajar.
Sebanyak 8 buah sekolah dan 600 responden telah dipilih dari Tingkatan Lima. Hanya 452 responden
yang memulangkan soal selidik ini.

INSTRUMEN KAJIAN
Kajian ini menggunakan instrumen yang berbentuk soalselidik yang mengandungi dua bahagian iaitu:
1)

Bahagian A untuk biodata pelajar.

2)

Bahagian B merupakan penilaian pelajar terhadap ciri-ciri keberkesanan pengajaran guru dari
aspek personaliti, perlakuan pengajaran, perhubungan guru-pelajar dan sahsiah guru.

Jawapan untuk soal selidik berdasarkan kepada sekala berikut:
i)

Amat Tidak Bersetuju (ATS)

ii)

Tidak setuju (TS)


iii)

Setuju (S)

iv)

Amat Setuju (AS)

Borang soal selidik ini diedarkan kepada murid-murid di sekolah yang berkenaan melalui guruguru pelatih yang menjalankan praktikum di sekolah tersebut.
PENGANALISAAN DATA
Data-data dianalisiskan dengan bantuan komputer. Analisis kekerapan dan peratusan setiap pemboleh
ubah diperoleh dibentangkan dalam bentuk jadual.
4.1 . Latar Belakang Sampel
Bahagian A soal selidik dikhususkan kepada biodata pelajar dan minat terhadap mata
pelajaran Prinsip Akaun.
Jadual 1

Kekerapan dan Peratus Responden mengikut jantina

Jantina


Bilangan responden

Peratusan (%)

Lelaki

153

33.8

Perempuan

299

66.2

Jumlah

452

100%

Berdasarkan Jadual 1 di atas bilangan responden lelaki seramai 153 orang atau 34% dan
perempuan 299 orang atau 66%.
Jadual 2

Kekerapan dan peratusan responden yang berminat mata pelajaran Prinsip Akaun.

Minat

Bilangan responden

Peratus(%)

Berminat

393

86.9

Tidak berminat

59

13.1

Jumlah

452

100

Berdasarkan Jadual 2 seramai 393 orang atau 87% berminat belajar mata pelajaran Prinsip
Akaun manakala 13% tidak berminat.
Jadual 3

Kekerapan responden yang pergi tuisyen Prinsip Akaun
Tuisyen

Bilangan responden

Peratus(%)

Pergi

220

48.7

Tidak pergi

232

51.3

Jumlah

452

100

Dari Jadual 3 didapati bahawa seramai 220 atau 49% menghadiri kelas tuisyen dan 232 atau
51% tidak pergi kelas tuisyen.
Jadual 4

Kekerapan sebab responden menghadiri kelas tuisyen

Sebab-sebab menghadiri tuisyen

Bilangan

Peratus(%)

responden
Pengajaran guru di sekolah tidak jelas

168

76.4

Pengajaran guru di sekolah tidak menarik

26

5.8

Ikut rakan sebaya

26

5.8

Jumlah

452

100

Berdasarkan Jadual 4, lebih 75% responden menyatakan pengajaran guru tidak jelas menjadi
penyebab mereka menghadiri kelas tuisyen.
Jadual 5

Kekerapan responden yang ponteng kelas

Ponteng kelas

Bilangan responden

Peratus(%)

Ya

35

7.7

Tidak

417

92.3

Jumlah

452

100

Berdasarkan Jadual 5, hanya 35 responden atau 8% yang ponteng kelas dan 417 responden
atau 92% yang tidak ponteng kelas
Jadual 6

Kekerapan sebab responden ponteng kelas

Sebab Ponteng kelas
Guru

Bilangan responden

Peratus(%)

26

75

Mata pelajaran

9

25

Jumlah

35

100

Berdasarkan Jadual 6, 75% daripada responden yang ponteng kelas disebabkan oleh guru
yang mengajar mata pelajaran tersebut.
4.1

Personaliti guru

Dalam Bahagian B soal selidik soalan 1 hingga 14 dikhususkan kepada ciri-ciri personaliti guru
yang memberi kesan kepada pengajaran.

Jadual 7

Ciri-ciri seorang guru yang diminati oleh pelajar
Ciri-ciri guru

Tidak setuju

Setuju

1

Berpakaian kemas

3.5% (16)

96.5% (436)

2

Cergas

12.6% (57)

87.4% (395)

3

Menepati masa

11.1% (50)

88.9% (402)

4

Ceria

10.9% (49)

89.1% (403)

5

Peramah

8.4% (38)

91.6% (414)

6

Mesra

12.8% (58)

87.2% (394)

7

Berjenaka

21.5% (97)

78.5% (355)

8

Garang

73.0% (330)

27.0% (122)

9

Penyayang

18.8% (85)

81.2% (376)

10

Perihatin

13.1% (59)

86.9% (393)

11

Penyabar

9.3% (42)

90.7% (410)

12

Rajin

9.3% (42)

90.7% (410)

13

Menghormati

9.7% (44)

90.3% (408)

14

Tegas

20.3% (92)

79.7% (360)

Nota:

Angka-angka dalam kurungan menunjukkan kekerapan

Daripada Jadual 7 didapati lebih 85% responden menyatakan guru Prinsip Akaun yang berkesan
adalah guru yang berpakaian kemas dan menepati masa, ceria peramah dan mesra. Seramai 330
orang responden atau 73% tidak berminat guru Prinsip Akaun yang garang dan 27% bersetuju
bahawa guru mestilah garang dalam kelas. Meski pun demikian hanya 80% bersetuju bahawa
seseorang guru itu mestilah berpersonaliti tegas.
4.3.

Ciri-ciri seorang guru Prinsip Akaun sebelum memulakan pengajaran.
Jadual 8

Ciri-ciri guru sebelum memulakan pengajaran
Ciri-ciri

1

Setuju

Tidak setuju

Guru perlu mempunyai pengetahuan yang

99.6%

0.4%

mendalam terhadap isi pelajaran

(450)
(2)

2

Guru meluangkan masa untuk berbincang

96.0%

4.0%

((434)

(18)

97.0%

3.0%

(440)

(12)

96.0%

4.0%

(435)

(17)

95.0%

5.0%

(430)

(22)

menyelesaikan sesuatu masalah

3

Guru perlu mengetahui tahap kemampuan
pelajar

4

Guru perlu mengetahui tahap kemahiran
pelajar

5

Guru mesti mempunyai fikiran dan
pandangan terbuka

Berdasarkan Jadual 8, lebih dari 95% responden berpendapat seseorang guru Prinsip Akaun mesti
mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang isi pelajaran, mengetahui tahap kemahiran dan
kemampuan pelajar serta mempunyai pandangan terbuka dan dapat meluangkan masa
menyelesaikan sesuatu masalah sebelum memulakan pengajaran.
4.4

Ciri-ciri seorang guru Prinsip Akaun semasa pengajaran
Jadual 9

1

Ciri-ciri seorang guru semasa pengajaran
Ciri-ciri

TidakSetuju

Setuju

Suara guru mestilah jelas dan boleh didengar oleh

1.8%

98.2% (444)

pelajar
2

3

(8)

Guru boleh menghidupkan suasana

5.0%

pengajaran supaya pelajar tidak bosan

(23)

Bahasa yang mudah untuk difahami

3.7%

95.5% (429)

96.3% (435)

(17)
4

Guru hendaklah melibatkan pelajar dengan aktif

9.5%

90.5% (409)

(43)
5

Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran

6.0%

94.0% (425)

(27)
6

Guru hendaklah mengaitkan isi pelajaran dengan

10.2%

89.8% (406)

pengetahuan dan pengalaman pelajar
(46)
7

Guru perlu memberi bimbingan kepada pelajar

1.6%

98.4% (445)

yang tidak faham
(7)
8

Guru perlu mempelbagai tugasan atau aktiviti

14.4%

85.6% (387)

supaya pembelajaran menyeronokkan
(65)
9

Guru hendaklah merancang pengajarannya.

2.5%

93.5% (441)

(11)
10

Guru hendaklah selalu memberi galakan

4.2%

95.8% (433)

(19)
11

Guru hendaklah memberi ransangan kepada

5.3%

94.7% (428)

pelajar
(24)
12

Guru mesti menggunakan alat bantu mengajar.

20.5%
(93)

79.5% (359)

Daripada Jadual 9, didapati lebih dari 95% responden menyatakan suara guru mestilah jelas serta
dapat menghidupkan suasana pengajaran yang tidak membosankan. Sembilan puluh empat
peratus daripada responden menghendaki guru mempelbagaikan kaedah pengajaran. Di samping
itu lebih dari 95% guru perlu memberi bimbingan serta memberi galakan kepada pelajar.
4.5

Ciri-ciri guru Prinsip Akaun di akhir pengajaran

Jadual 10

Ciri-ciri seorang guru di akhir pengajaran
Cir-ciri

1

Guru memeriksa dan menanda latihan yang

Tidak setuju

Setuju

8.0%

92.0%

(36)

(416)

7.0%

93.0%

(32)

(420)

6.4%

92.6%

(29)

(423)

3.1%

96.9%

(14)

(438)

diberikan kepada pelajar

2

Guru membuat rumusan dan kesimpulan
terhadap apa yang diajar

3

Pengajaran yang disampaikan dapat
menimbulkan minat pelajar

4

Guru mesti menjawab soalan pelajar dan
memberi jawapan yang memuaskan.

Berdasarkan Jadual 10, lebih dari 90% daripada responden berpendapat bahawa guru mesti
memeriksa latihan pelajar , merumuskan apa yang diajar dan menjawab soalan pelajar dengan
memuaskan supaya pengajaran dapat menimbulkan minat pelajar untuk belajar.
4.6

Hubungan guru dengan pelajar

Jadual 11

Ciri-ciri hubungan guru dengan pelajar
Ciri-ciri

1

Guru memberikan keyakinan dan harapan

Tidak setuju

Setuju

4.7%

95.3%

(21)

(431)

4.7%

95.3%

kepada pelajar untuk terus berjaya

2

Guru memberikan dorongan dan galakan

3

kepada pelajar supaya berusaha dengan gigih

(21)

(431)

Guru menggalakkan persaingan yang positif di

8.6%

91.4%

(39)

(413)

4.5%

95.5%

(20)

(432)

19%

81%

(86)

(366)

kalangan pelajar

4

Guru menghargai pendapat dan pandangan
pelajar

5

Guru tidak mengancam untuk mendenda pelajar

Dalam hubungan guru dengan pelajar adalah didapati 96% atau 432 responden mendapati guru
seharusnya menghargai pendapat dan pandangan pelajar, sementara 81% meminati guru tidak
mengancam untuk mendakwa pelajar.
4.7
Jadual 12

Sikap guru (sifat sahsiah)
Ciri-ciri sikap dan sahsiah guru
Ciri-ciri

1

2

Guru perlu bersikap adil dan timbang rasa

Guru tidak seharusnya berleter atau marah-

Tidak setuju

Setuju

1.3%

98.7%

(6)

(446)

11.3%

88.7%

(51)

(401)

34.1%

65.9%

(154)

(298)

6%

94%

(27)

(425)

10.4%

89.6%

(47)

(405)

5.7%

94.3%

marah

3

Guru tidak seharusnya mencari kesalahan
pelajar

4

Guru tidak seharusnya menyindir atau
memperkecilkan pelajar

5

6

Guru memberi pujian untuk jawapan yang betul

Guru tidak membezakan pelajar dalam kelas

7

Guru mestilah bersikap adil terhadap setiap

(26)

(426)

1.8%

98.2%

(8)

(444)

8.6%

91.4%

(39)

(413)

orang pelajar

8

Guru mestilah bertimbang rasa dengan
menunjukkan simpati di atas kelemahan pelajar

Daripada Jadual 12, didapati lebih 95% responden bersetuju bahawa sesorang guru itu perlu
bersikap adil terhadap setiap pelajar dan lebih 90% berpendapat guru mestilah tidak membezakan
pelajar dalam kelas dan guru tidak seharus menyindir atau memperkecilkan pelajar.
RUMUSAN DAN CADANGAN
Dari aspek personaliti, dapatan yang telah dianalisis menunjukkan responden menghendaki ciri-ciri
personaliti guru yang berpakaian kemas, peramah,penyabar, rajin, perihatin , menghormati murid dan
yang paling tidak diminati oleh pelajar adalah guru yang garang.
Dari aspek perlakuan pengajaran guru yang berkesan sebelum memulakan pengajaran ialah di mana
hampir semua responden mahukan guru yang mempunyai pengetahuan mendalam terhadap isi
pelajaran supaya guru dapat memberi penerangan dengan jelas dan mudah difahami murid. Bagi
masalah kaedah pengajaran yang sesuai guru mestilah tahu akan tahap kemampuan dan kemahiran
pelajar-pelajarnya. Ramai responden yang setuju bahawa guru perlu meluangkan masa dan berbincang
untuk menyelesaikan sesuatu masalah dari latihan yang diberi oleh guru sebagai latihan di rumah.
Guru mestilah memastikan bahawa murid-muridnya telah mencuba latihan itu di rumah dan samasama menyelesaikan masalah itu daripada bergantung sepenuhnya kepada jawapan guru Semasa
pengajaran seorang guru Prinsip Akaun yang berkesan seharusnya mempunyai suara yang jelas yang
boleh didengar oleh setiap pelajar dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami. Guru juga
perlu merancang pengajarannya dengan mempelbagaikan kaedah pengajarannya. Guru yang mengajar
dengan kaedah pengajaran yang menarik dengan menggunakan alat bantuan mengajar akan membuat
pelajar seronok untuk belajar.ciri pengajaran guru yang berkesan pada akhir pengajaran pula ialah
pengajaran yang disampaikan dapat menimbulkan minat pelajar. Seseorang yang berminat dalam
perkara yang dipelajarinya akan menunjukkan pencapaian yang tinggi. Di akhir pengajaran guru
mestilah membuat rumusan dan kesimpulan terhadap apa yang telah diajar. Disamping itu guru juga
dikehendaki menjawab soalan pelajar dan memberi jawapan yang memuaskan.Dalam hubungan guru
dengan pelajar, guru sepatutnya memberi dorongan dan galakkan kepada pelajar supaya berusaha
dengan gigih. Disamping itu juga guru digalakkan memberi persaingan yang positif di antara pelajar
dan menerima pendapat dan pandangan pelajar dan tidak mendakwa pelajar dengan mendenda.

Penemuan dari kajian ini tentang sifat sahsiah guru pula mendapati responden memerlukan guru
bersifat adil terhadap setiap pelajar dengan tidak membezakan pelajar dan bertimbangrasa dengan
menunujukkan simpati di atas kelemahan pelajarnya. Guru juga tidak seharusnya mencari kesalahan
pelajar dan menyindir atau memperkecilkan pelajarnya. Disamping itu juga guru harus memberi
pujian kepada pelajar yang beri jawapan yang betul sebagai motivasi untuk pelajar minat belajar.
Ramai juga pelajar yang tidak suka guru yang suka berleter atau marah-marah tanpa sebab. Guru yang
mempunyai sikap yang positif akan memberi kesan terhadap pelajarnya.Secara keseluruhannya
seseorang guru yang baik adalah yang dapat menguasai isi kandungan pelajaran dengan baik. Apabila
seseorang guru mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang isi pelajaran, beliau akan lebih
berkeyakinan semasa pengajaran dan dapat menyampaikannya dengan baik. Persediaan yang rapi
sebelum memulakan pengajaran juga merupakan satu faktor yang penting yang dapat mempengaruhi
kualiti pengajaran guru. Aspek pengurusan masa merupakan satu lagi aspek penting yang perlu diberi
perhatian. Guru hendaklah sentiasa menepati masa. Guru perlu peruntukkan sedikit masa untuk sesi
perbincangan, tidak kira sama ada untuk membincangkan masalah yang timbul dari kerja rumah yang
diberikan atau pun masalah yang ujud semasa sesi pengajaran pembelajaran dalam kelas.
Pengajaran guru akan menjadi lebih berkesan dan dapat menarik perhatian jika suara jelas dan tegas,
sentiasa cergas dan ceria. Guru juga perlu tegas dengan pelajar tetapi bukannya garang. Cara guru
berpakaian juga hendaklah kemas dan sesuai dengan personaliti seorang pendidik.
Seseorang guru tidak seharusnya membezakan pelajar di dalam kelas. Guru mestilah bersikap adil dan
bertimbangrasa terhadap setiap pelajar dalam semua perkara. Guru seharusnya jangan suka menyindir
atau memperkecilkan kebolehan pelajar, sentiasa mencari kesalahan pelajar dan suka berleter kerana
semua ini akan membuatkan pelajar bosan dan membenci guru. Guru perlu menyediakan pelbagai
peluang untuk mengembangkan potensi individu pelajarnya. Perbezaan kebolehan individu hendaklah
diambilkira dalam pengajaran guru bagi memenuhi keperluan yang berbeza dari segi minat. Guru
perlu mempelbagaikan usaha bagi menarik minat pelajar.Guru perlu menjalinkan hubungan yang baik
dengan pelajar. Perhubungan yang baik boleh mewujudkan persefahaman, humur kemesraan dan
perkembangan sahsiah yang sihat. Apabila perhubungan ini wujud maka pengajaran dan pembelajaran
akan berjalan dengan lancar.
Daripada kajian ini beberapa rumusan dihasilkan terhadap ciri-ciri guru Prinsip Akaun yang berkesan
yang dilihat dari aspek personaliti, perlakuan pengajaran, hubungan serta sikap guru terhadap pelajar.
Dapatan ini bukanlah mutamad, walaubagaimanapun ia boleh dijadikan sebagai bahan rujukan oleh
guru-guru yang mengajar mata pelajaran Prinsip Akaun dan juga mereka yang memerlukan maklumat
tambahan sebagai bahan kajian. Diharapkan dapatan ini boleh digunakan untuk memperbaiki sistem
pengajaran dan pembalajaran di sekolah-sekolah.
RUJUKAN

1.

Paul R. Burden, David M. Byrd. Methods For Effective Teaching (1994) Allyn and Bacon.

2.

Lorin W. Anderson, The Effective Teacher (1989), McGraw Hill Inc.

3.

David D. Dill And Associates, What Teachers Need To Know, Jossey – Bass Inc.

4.

Robiah Sidin dan Hassan Langgulung , Ke arah Pembentukan Guru-guru Yang Kreatif, Jabatan

Pendididkan UKM
5.

Hussein Mahmood, Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

6.

Mohd. Daud Hamzah, Dorongan Dan Pembelajaran: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

7.

George J.M (1973) Psychology For Effective Teaching (3rd Edidtion) Holt, Rinehart &

Winston, Inc.
8.

Medley D.M. (1982), Teacher Effectiveness, Encyclopedia Of Educational Reseach, 5 th ed. The

Free Press.
9.

Getzels,J.W and Jackson P.W.(1963), The Teacher’s Personality And Characteristics; In

handbook of Research & Teaching: Chicago Rand McNolly.