Usaha Guru dalam Membangunkan Profesiona

Usaha Guru dalam Membangunkan Profesionalnya: Satu Kajian Kes Guru Fizik
Sekolah Menengah di Bandar Makassar Indonesia
Muhammad Djajadi, Bambang Sumintono, Nora Mislan
Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak. Pembangunan profesional guru fizik memainkan peranan penting dalam usaha
untuk meningkatkan kualiti pendidikan fizik. Namun, kajian sebelum ini telah mendedahkan
bahawa kandungan pengetahuan fizik, pengetahuan kurikulum, dan kandungan pengetahuan
pedagogi guru seringkali tidak lengkap atau tidak mencukupi. Daripada perspektif ini, satu
projek penyelidikan direka yang bertujuan untuk mengenalpasti bagaimana guru belajar dan
apa yang mereka perlu pelajari daripada satu projek pembangunan profesional. Dalam projek
ini, penyelidik telah melaksanakan rumusan kategori Blackburn (2000) dalam kaitannya
dengan pelaksanaan pembangunan profesional guru yang berkesan. Penyelidik akan melihat
bagaimana sebenarnya pelaksanaan pembelajaran guru sebagai orang dewasa dalam satu
wadah program pembangunan profesional serta apa yang mereka perlu pelajari. Dalam artikel
ini, kerangka kajian kualitatif dan kuantitatif dibentang untuk memahami perkembangan
pembelajaran guru. Hasil analisis data menunjukkan bahawa pembelajaran guru dalam
pembangunan profesional ini mempunyai kesan pada guru dan amalan kelas mereka. Selain
itu, analisis mendapati bahawa pembangunan profesional guru merupakan pendukung utama
dalam meningkatkan pengetahuan, sikap, dan kemahiran guru.

Katakunci: Pembangunan Profesional Guru, Guru Fizik
Abstract. Physics teachers’ professional development plays an important role in the effort to
improve the quality of physics education. However, previous studies have revealed that the
content of physics knowledge, curriculum knowledge, and pedagogical content knowledge of
the teachers is often incomplete or inadequate. From this perspective, a research project that
aims to identify how teachers learn, and what they need to learn from a professional
development activities analyzed. In this study, researchers have implemented concept from
Blackburn (2000) in relation to the implementation of effective teacher professional
development. Researchers look at how the implementation of teacher learning as an adult in
a platform of professional development programs. In this article, the qualitative and
quantitative study framework is presented to understand the development of teachers'
learning. Findings of this study show that teacher learning in professional development has
an impact on teachers and their classroom practices. In addition, the analysis found that the
professional development of teachers is a major proponent in improving knowledge, attitudes,
and skills of teachers.
Keyword: Teacher Professional Development, Physics Teacher
PENGENALAN
Pembangunan profesional guru menjadi penentu kepada kejayaan melahirkan guruguru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan sikap dalam pengajaran dan
pembelajaran. Selain daripada itu, ianya juga menentukan sama ada program pembangunan
profesional guru sesuai dengan apa yang tersirat dalam matlamat pendidikan satu negara

seumpamanya Indonesia. Oleh itu, kajian ini cuba melihat bagaimana pembangunan

profesional guru seharusnya dilaksanakan di peringkat bandar, luar bandar, sekolah, atau
daripada guru itu sendiri.
Pembangunan profesional guru di Indonesia sebenarnya sudah ada sejak zaman
kolonial, tetapi hanya diperuntukkan bagi mempertahankan dan melayani kepentingan
kolonial sahaja (Mudyahardjo, 2009; Poerbakawatja, 1970). Sehingga pada tahun 1979,
kerajaan menubuhkan pusat in-service pembangunan profesional guru atau Pusat
Pembangunan Pendidikan Guru (PPPG) di dalam melengkapkan aktiviti pembangunan
profesional daripada sistem yang sedia ada (Adey, Hewitt, Hewitt, & Landau, 2004).
Selanjutnya, inisiatif polisi kerajaan pusat membentuk Pemantapan Kerja Guru [PKG] (Adey,
et al., 2004; Nielsen, 2003; Thair & Treagust, 2003). Projek PKG bermula daripada tahun
1980 sehingga tahun 1993, kemudian bengkel pembangunan guru kaedah PKG digantikan
dengan program baru yang disebut sebagai Mesyuarat Guru Mata Pelajaran (MGMP). Sistem
ini berlaku sehingga reformasi yang berlaku sekarang (Thair & Treagust, 2003).
Terdapat dua masalah utama guru di Indonesia iaitu amalan pedagogi dalam bilik
darjah masih berpusatkan guru, dan penekanan pada belajar menghafal di dalam bilik darjah
(Bjork, 2005; Sriyati, 2009; Sumintono, Mohd Ali Ibrahim, & Fatin Aliah Phang, 2010;
Zulfikar, 2009) yang mengakibatkan pengajaran sains dalam bilik darjah masih jauh daripada
yang diharapkan (Wahyudi & Treagust, 2004). Hasil kajian yang dilakukan oleh “The Trend

International Mathematics and Science Study (TIMSS)” tentang penilaian kemampuan
matematik dan sains bagi pelajar Indonesia usia 15 tahun, yang dilaksanakan pada tahun
1999, 2003, dan 2009 puratanya masing-masing iaitu 435, 420, dan 427 daripada purata
antarabangsa 500 (Gonzales, et al., 2004; Gonzales, et al., 2009; Martin, Gregory, & Stemler,
1999; Mullis, et al., 2007; NCES, 2001). Hasil ini masih lebih rendah jika dibandingkan
dengan pencapaian pelajar negara jiran misalnya Malaysia dengan purata masing-masing 492,
510, dan 471 pada tahun yang sama. Kajian lain dilakukan oleh “Program for International
Student Assessment (PISA)” yang dilaksanakan pada tahun 2006 dan 2009 pencapaian pelajar
Indonesia iaitu masing-masing 393 dan 383, dari purata antarabangsa 500 (Baldi, Jin, Skemer,
Green, & Herget, 2007; Fleischman, Hopstock, Pelczar, & Shelley, 2010). Hasil PISA ini pun
menunjukkan bahawa pencapaian pelajar Indonesia masih berada di bawah negara jiran
seperti Thailand dengan purata 421 dan 425. Sama ada TIMSS mahupun PISA menunjukkan
bahawa pencapaian hasil belajar matematik dan sains pelajar-pelajar Indonesia usia 15 tahun
(usia Sekolah Menengah Pertama [SMP]) berada di bawah standard purata antarabangsa.
Baldi, et al. (2007) mengemukakan bahawa sekitar 61 peratus pelajar SMP di Indonesia
mempunyai pengetahuan sains yang sangat terhad, sementara kompetensi pelajar SMP
diharapkan minimum mempunyai pengetahuan sains yang mencukupi bagi memberikan
penjelasan konkrit daripada hasil penyelidikan sederhana.
Masalah lain mengenai pengajaran sains dalam bilik darjah antaranya iaitu, kurang
lengkapnya peralatan makmal fizik, bilangan pelajar dalam satu bilik darjah terlalu ramai,

beban mengajar guru terlalu ramai, praktikum menghabiskan ramai masa sementara bilangan
jam terhad (Sriyati, 2009). Selain itu, penggunaan buku teks atau bahan pengajaran masih ada
yang kurang tepat sehingga menyebabkan berlakunya salah faham kepada pelajar
(Adisendjaja & Romlah, 2007). Oleh itu, pembangunan profesional guru fizik dalam hal
penggunaan dan pemanfaatan makmal sangat diperlukan. Ini disebabkan kerana aktiviti
praktikum lebih berkesan daripada seluruh pendekatan didaktik tradisional dan perbincangan
(Sumintono, et al., 2010; Thair & Treagust, 1997, 1999; Wahyudi & Treagust, 2003).
Seterusnya, daripada laporan aktiviti dan penggunaan kos blockgrant MGMP Fizik
BERMUTU Zon 1 dan Zon 4 Remote Bandar Makassar tahun 2010/2011 didapati bahawa;
pertama, masih rendahnya motivasi guru fizik di dalam menyusun rencana pengembangan
silabus (RPS), rencana pelaksanaan pembelajaran (RPP), dan aktiviti pengajaran yang
PAIKEM (Pembelajaran Aktif, Inovatif, Kreatif, Efektif, dan Menyenangkan); kedua, ramai

guru belum mampu menyusun kajian tindakan (PTK) dalam upaya pembangunan kerjaya dan
karya tulis; dan ketiga, ramai guru belum mampu menggunakan sesuatu produk ICT sama ada
sebagai saranan pengajaran mahupun punca belajar, sehingga tugas-tugas yang diberikan
tidak boleh diselesaikan tepat pada masanya (MGMP1, 2011; MGMP4, 2011).
Oleh itu, berdasarkan kenyataan dan pelbagai masalah yang telah dipaparkan di atas,
sehingga perlu dilakukan kajian mengenai pembangunan profesional guru dalam kaitannya
dengan penyelenggaraan pendidikan di Bandar Makassar Indonesia. Kajian ini difokuskan

pada pembangunan profesional guru fizik pada sekolah menengah pertama (SMP) di Bandar
Makassar Indonesia. Penyelidik akan melihat bagaimana sebenar daripada pelaksanaan
belajar guru fizik sebagai orang dewasa dalam satu program pembangunan profesional serta
apa yang perlu dipelajari bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan sikap mereka
dalam mengajar yang pada akhirnya boleh meningkatkan kualiti pendidikan.
PEMBANGUNAN PROFESIONAL GURU
Salah satu isu yang sering dibincangkan dalam pembangunan profesional guru ialah
mengenal pasti unsur-unsur kritikal yang menentukan kejayaan program berkenaan. Menurut
Guskey (1994), proses pengajaran dan pembelajaran adalah kompleks dan memerlukan usahausaha yang tertanam dalam konteks yang penuh dengan kepelbagaian. Oleh itu kombinasi
kompleksiti dan kepelbagaian inilah yang menyebabkan pengkaji sukar, walaupun tidak
mustahil mengemukakan satu jawapan yang betul dalam memastikan kejayaan program
pembangunan profesional (Guskey, 1994).
Pembangunan profesional guru merupakan pembelajaran orang dewasa. Pembelajaran
dewasa dikategorikan kepada tiga teori iaitu yang berteraskan ciri-ciri pelajar dewasa, yang
berdasarkan situasi hidup orang dewasa, dan yang berfokus daripada kesadaran orang dewasa
(Merriam & Caffarella, 1991). Daripada perspektif teori tersebut, Blackburn (2000) membuat
rumusan dengan mengkategorikan ciri-ciri pembelajaran dewasa kepada lima tema seperti:
Pertama, sebagai orang dewasa yang matang, mereka suka pembelajaran sendiri. Orang
dewasa melihat diri mereka sebagai bebas, bertanggungjawab, dan berkemampuan mengarah
dan menilai pembelajaran sendiri. Kedua, pembelajaran dewasa adalah berdasarkan

pengalaman. Orang dewasa mempunyai latarbelakang pengalaman yang luas dan mempunyai
asas pengetahuan tertentu yang boleh dimanfaatkan dalam pembelajaran. Ketiga,
pembelajaran orang dewasa juga berkesan apabila berpusatkan dunia sebenar. Ini bermaksud
program pembelajaran dewasa hendaklah berubah penekanannya daripada fakta kepada
manusia dengan mengaitkan pembelajaran kepada realiti seharian. Keempat, orang dewasa
belajar secara berkesan dalam persekitaran pembelajaran yang bersesuai. Kelima,
pembelajaran dewasa berkesan memilih orientasi pertumbuhan dan menyediakan pendekatan
pembelajaran aktif (Blackburn, 2000).
Oleh itu, dalam kajian ini penyelidik mengadaptasi rumusan kategori Blackburn
(2000) dalam kaitannya dengan pelaksanaan pembangunan profesional guru yang berkesan.
Penyelidik akan mengamati bagaimana sebenarnya pelaksanaan belajar guru sebagai orang
dewasa dalam satu wadah program pembangunan profesional, serta bagaimana ianya
dipelajari. Kajian ini bertujuan bagi membina kompetensi pengetahuan, sikap, dan kemahiran
guru melalui program pembangunan profesional serta implementasinya pada amalan
pengajaran dalam bilik darjah menuju perubahan yang lebih baik. Merekalah yang secara
langsung memimpin aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, sebagai inti sari
dari segala aktiviti pendidikan. Oleh itu, kualiti pendidikan di sekolah ditentukan dan
dipertanggungjawabkan oleh guru (Fredriksson, 2004; Hendayana, Asep, & Imansyah, 2010;
Nurkamto, 2009; Zulfikar, 2009).


Seterusnya, akan dipaparkan beberapa kajian mengenai pembangunan profesional
guru di Indonesia. Kajian yang dilakukan oleh Nielsen (2003) mengenai reformasi pendidikan
guru di Indonesia menerangkan bahawa usaha besar bagi meningkatkan kualiti pendidikan
iaitu melalui pengukuhan latihan guru. Ini menunjukkan tahap iltizam dan pelaburan yang
tidak pernah berlaku sebelum ini dalam aktiviti pembangunan guru dengan melibatkan
pelbagai projek yang mempunyai kualiti ciri pembaikan canggih. Satu pemeriksaan ciri
kritikal ini akan mendedahkan pola keputusan projek yang mengecewakan dalam hal
meningkatkan kualiti yang sebenar daripada pendidikan dan pembangunan profesional guru
yang umumnya tidak menyebabkan prestasi guru menjadi lebih baik.
Kajian lain daripada Thair dan Treagust (2003) mengenai sejarah singkat dari inisiatif
pembangunan profesional guru sains di Indonesia dan implikasinya pada pusat pembangunan
guru menjelaskan bahawa dalam membina pelajaran dari projek PKG di Indonesia dan
pendekatan baru bagi pembangunan profesional guru sains, kerajaan perlu merancang
pendekatan zon berasaskan luas terhadap pembangunan pengetahuan profesional guru sains.
Perancangan pembangunan profesional guru sains perlu berlaku di dalam kebangsaan yang
luas mengenai pendidikan dasar dan konteks. Dalam mewujudkan pendekatan ini, elemen
kunci mungkin dipertingkatkan pemanfaatan satu model cascade dengan maklumat misalnya
melalui daripada jurulatih PKG atau instruktur melalui kakitangan serantau dan daerah, atau
menerusi aktiviti PKG peringkat sekolah.
METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif pendekatan kajian kes bagi
mendapatkan gambaran berkaitan dengan upaya guru dalam membangunkan profesionalnya.
Adapun kaedah pengumpulan data yang digunakan iaitu pemerhatian, soal selidik, temubual,
dan dokumentasi. Soal selidik terdiri daripada soalan-soalan terbuka (open-ended questions)
dalam mana satu soalan terbuka diberikan bagi menggalakkan jawapan penuh bermakna yang
menggunakan pengetahuan ataupun perasaan sendiri daripada responden (Adey, et al., 2004;
Mohd. Najib, 2003).
Penyelidikan lapangan berlangsung di Bandar Makassar. Satu bandar yang terletak di
pantai barat Negeri Sulawesi Selatan, Indonesia. Terdapat 14 daerah daripada Bandar
Makassar. Setiap daerah mempunyai sekurang-kurangnya 2 atau 3 Sekolah Menengah
Pertama (SMP) (Tingkatan 1 hingga 3 atau pelajar tahun 7 hingga 9). Bilangan SMP
Kebangsaan seramai 40 unit dengan bilangan guru fizik seramai 112 orang (BPPD & BPS,
2010).
Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan teknik persampelan tidak rawak. Satu
teknik dimana tidak boleh mendatangkan peluang atau kesempatan yang sama bagi setiap
unsur atau ahli populasi untuk dipilih menjadi sampel (Azizi Yahaya, Shahrin Hashim,
Jamaludin Ramli, Yusof Boon, & Abdul Rahim Hamdan, 2006; Trochim, 2006). Seterusnya,
teknik persampelan tidak rawak yang digunakan ialah persampelan bertujuan di mana
merupakan teknik penentuan sampel dengan pertimbangan tertentu dan bermatlamat (Azizi
Yahaya, et al., 2006; Given, 2008; Merriam, 1998; Patton, 2002; Wikipedia, 2009). Oleh itu,

penyelidik memilih 17 SMPN daripada 40 SMPN yang ada di bandar Makassar. Penyelidik
menggunakan pengkodan seperti AA/Q-01 untuk responden soal selidik dan AA/I-01 untuk
responden temubual. AA merupakan kod sekolah responden, Q adalah soal selidik, dan I
adalah temubual, sementara 01, 02, merupakan kod responden nombor 1 atau nombor 2.
Kajian dilakukan pada 17 SMPN di Bandar Makassar pada bulan April hingga Juli
2012. Bilangan responden adalah 36 orang guru dengan 29 (81%) daripada mereka adalah
guru perempuan dan tujuh (19%) lelaki. Sementara responden untuk temubual adalah
sembilan orang, terdiri dari tujuh perempuan dan dua lelaki. Responden umumnya berada

pada kumpulan umur 40 hingga 50 tahun (61%), dan umumnya mempunyai pengalaman
mengajar diantara 10 hingga 20 tahun (55%). Selebihnya mengajar lebih dari 20 tahun (33%)
bahkan ada responden yang hampir bersara. Pendidikan tertinggi responden sebahagian besar
adalah Sarjana (bachelor degree) (86%) bahkan beberapa orang guru diantaranya
berpendidikan Master (master degree) (8%). Responden berlatarbelakang pendidikan fizik
(91%), biologi (6%), dan teknik (3%).
HASIL KAJIAN DAN PEMBAHASAN
1. Upaya membangun kompetensi pengetahuan, sikap, dan kemahiran guru
Soalan mengenai upaya guru fizik SMPN Bandar Makassar dalam membangun
kompetensi pengetahuan iaitu dengan cara belajar sendiri, berkongsi pendapat, belajar melalui
internet, melakukan kajian sederhana, mengikuti latihan, dan melanjutkan pendidikan. Belajar

sendiri adalah aktiviti yang paling sering dilakukan oleh guru fizik dengan cara membaca
buku dan media pembelajaran lain (suratkhabar, majalah dan lain-lain). Pandangan tertulis
guru seperti:
Cara saya belajar yaitu memperbanyak membaca buku dan bacaan lain
seperti artikel dan media lainnya yang relevan dengan materi yang akan
diajarkan (AK/Q-01)
Sementara pandangan lisan dikemukakan oleh guru:
Menurut pengalaman saya, yaitu mencari buku atau sumber rujukan kemudian
dibaca dan dipelajari. Setelah itu barulah diterapkan dalam proses belajar
mengajar (AK/I-01).
Berdasarkan pendapat di atas, sama ada lisan mahupun tulisan menjelaskan bahawa untuk
membangun kompetensi pengetahuan maka seorang guru dituntut untuk selalu belajar sendiri,
dilakukan dengan ramai membaca literatur, buku, atau punca lain yang relevan dengan materi
yang akan diajarkan. Ini sesuai dengan rumusan kategori Blackburn (2000) mengenai
pembelajaran orang dewasa bahawa sebagai orang dewasa yang matang, guru suka
pembelajaran sendiri.
Berkongsi pendapat juga merupakan cara yang sering dilakukan oleh guru fizik yang
biasanya dilakukan dengan orang yang lebih pintar ataupun dilakukan bersama rakan guru
yang mengajar fizik. Tanggapan tertulis dikemukakan oleh guru:
Hal yang saya lakukan untuk meningkatkan pengetahuan saya yaitu dengan

melakukan sharing pendapat dengan rekan seprofesi, bertanya kepada teman
yang bisa atau saling tukar pendapat dengan guru (BG/Q-01).
Hal ini sesuai dengan pandangan lisan yang dikemukakan oleh AP/I-01 sebagai berikut:
Hal yang saya lakukan adalah mendekati orang yang pintar atau teman guru
yang cerdas, agar kita bisa mendapatkan apa yang dia bisa.
Oleh itu, dari pandangan di atas menunjukkan pentingnya dilakukan perkongsian pendapat
dengan rakan setugas yang juga mengajar fizik ataupun kepada orang yang lebih pintar, agar
kompetensi pengetahuan kita boleh meningkat.
Selanjutnya, belajar melalui internet. Hal ini dilakukan oleh guru fizik dengan cara
mencari materi-materi yang akan diajarkan, mencari artikel atau jurnal, mencari media
pembelajaran, kajian, dan lain-lain. Adapun pandangan secara tertulis mengenai hal ini
dikemukakan oleh tiga orang guru:
Kalau saya sendiri, cara saya belajar adalah membuka internet terus menerus.
Yang jelas, saya tidak bosan-bosannya membuka internet (BC/I-01).
Saya mencari bahan belajar dari internet atau sumber-sumber lainnya (AV/I01).

Adapun cara saya belajar yaitu belajar dari berbagai sumber seperti internet
dan lain-lain (AH/I-01).
Dari ketiga pandangan di atas menunjukkan bahawa salah satu cara belajar yang baik di
dalam membangun kompetensi pengetahuan guru adalah mencari punca belajar melalui
internet. Keputusan ini sesuai dengan pemerhatian bilik darjah yang dilakukan kepada guru
AV/O3-01 di mana pelajar diberi tugas mencari maklumat mengenai mata dan cermin mata
melalui internet langsung di dalam bilik darjah. Selain daripada itu, pemerhatian bilik darjah
kepada guru AD/O3-01 juga memberikan tugas yang sama kepada pelajar mereka mengenai
pemanfaatan limbah melalui internet. Dokumen rancangan pengajaran (RPP) yang dibuat oleh
guru seperti AV/D-01 menunjukkan bukti bahawa punca data dan rajah mengenai mata,
cermin mata (peralatan optik) berpunca daripada internet.
Aktiviti
belajar yang paling digemari oleh guru fizik dalam membangun kompetensi pengetahuannya
iaitu melalui program latihan, seperti MGMP, workshop, seminar, dan lainnya. Hampir
seluruh guru menyampaikan komennya secara tertulis bahawa cara mereka belajar yang
paling baik adalah mengikuti program latihan guru. Pandangan lisan dari dua orang guru
adalah seperti berikut:
Pengalaman saya, yaitu ikut pelatihan-pelatihan, workshop, seminar, dan lainlain (AK/I-01).
Jadi yang biasa saya lakukan yaitu ikut pelatihan, misalanya MGMP,
workshop, seminar, dan lain-lain (AX/I-01).
Oleh itu, program latihan guru masa kini merupakan program yang sangat diinginkan oleh
para guru fizik. Sejak tahun 2009, pelaksanaan program latihan guru SMPN bandar Makassar
dalam bentuk program MGMP BERMUTU yang punca kosnya berasal daripada bantuan
blockgrant Kementerian Pendidikan Nasional. MGMP merupakan satu aktiviti yang telah ada
sejak tahun1980 dengan nama PKG yang menunjukkan betapa peliknya pembangunan
profesional guru dalam hal ini (Adey, et al., 2004; Thair & Treagust, 2003). MGMP
BERMUTU Bandar Makassar dibahagi kepada empat zon kerja. Masing-masing zon ini
terdiri daripada sepuluh SMPN, kemudian SMPN masing-masing menghantar dua orang guru
fizik untuk terlibat. Setiap zon terdiri daripada 20 orang guru fizik. Secara keseluruhannya
terdapat lapan puluh orang guru fizik yang ikut aktif dalam program latihan MGMP fizik
BERMUTU. Untuk Zon 1, Zon 2, dan Zon 3, pertemuannya dilakukan setiap minggu secara
berkala. Sementara untuk Zon 4 (remote) pertemuan dilakukan paling ramai empat kali dalam
satu sesi. Hal ini kerana Zon 4 adalah zon daripada SMPN yang ada di pinggiran bandar
Makassar dan yang ada di pulau (ada tiga SMPN di pulau), sehingga proses dan
koordinasinya agak sukar.
Mengikut laporan pertanggungjawaban pelaksanaan MGMP BERMUTU Zon 1
ditemukan bahawa kehadiran guru masih kurang. Daripada 20 guru, yang tidak hadir berkisar
antara tiga hingga lapan guru di dalam setiap pertemuan. Perkara ini menunjukkan bahawa
inisiatif guru masih kurang. Pola yang ada masih top-down dan belum menunjukkan inisiatif
guru sendiri. Perkara ini pula menunjukkan bahawa MGMP Fizik BERMUTU merupakan
aktiviti latihan guru yang sama dengan aktiviti PKG masa lalu dan boleh berjalan kerana
pendekatan birokrasi dan sokongan dana daripada kerajaan.
Upaya lain yang dilakukan guru fizik untuk meningkatkan pengetahuannya iaitu
dengan cara melanjutkan pendidikan pada peringkat yang lebih tinggi. Seperti yang
dikemukakan secara tertulis oleh guru:
Untuk meningkatkan pengetahuan yang saya miliki, rencana kedepan untuk
melanjutkan studi (AT/Q-03).
Tanggapan lain dikemukakan oleh BB/I-01 sebagai berikut:
Untuk menambah pengetahuan saya, salah satu jalan adalah melanjutkan
pendidikan ke jenjang yang lebih tinggi seperti yang saya lakukan sekarang.

Daripada hasil analisis data mengenai pendidikan tertinggi responden pada bahagian awal soal
selidik serta temubual yang dilakukan penyelidik, didapati bahawa terdapat tiga orang guru
fizik SMPN bandar Makassar berpendidikan sarjana (master degree). Ada tiga orang yang
masa ini masih melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana (master degree), dan seorang
daripada mereka yang melanjutkan pendidikan ke peringkat doktoral (Ph.D). Hal ini
menunjukkan upaya yang sebenar dilakukan oleh guru fizik di dalam membangun kompetensi
pengetahuan yang dimilikinya.
Selanjutnya adalah upaya yang dilakukan guru fizik SMPN Bandar Makassar dalam
membangun kompetensi sikap. Hasil analisis menunjukkan bahawa untuk membangun
kompetensi sikap antaranya iaitu belajar dari pengalaman, berkongsi pendapat,
bertanggungjawab, bersikap terbuka, bergaul dengan orang lain, dan aktif dalam aktiviti
pembangunan karakter. Beberapa guru mengatakan bahawa untuk meningkatkan kompetensi
sikap, perkara yang dilakukan adalah belajar dari pengalaman dengan cara membaiki yang
masih kurang dan meningkatkan yang baik agar menjadi lebih baik. Pendapat tertulis
dikemukakan oleh guru sebagai berikut:
Saya belajar dari pengalaman sehari-hari, merefleksikan diri sendiri, memperbaiki
yang masih kurang, dan meningkatkan yang baik menjadi lebih baik (AK/Q-03).
Berkongsi pendapat seperti yang dilakukan pada pembangunan kompetensi
pengetahuan, dilakukan dengan cara belajar pada orang yang pintar dan belajar pada rakan
sejawat atau rakan seprofesion. Pandangan tertulis seperti yang dikemukakan oleh tiga orang
guru di bawah:
Harus bertanya kepada sesama teman sejawat, yang lebih pintar, atau
pengetahuannya lebih (AC/Q-02).
Selalu sharing dengan teman sejawat dan lebih senior dibidang ini (AC/Q-03).
Banyak bertukar pikiran atau sharing dengan teman-teman dalam menghadapi
beberapa kasus (AP/Q-02.)
Selanjutnya, bertanggungjawab atas tugas yang diemban dilakukan dengan
menanamkan sikap jujur, disiplin, sopan, dan taat. Pandangan tertulis dikemukakan oleh dua
orang guru seperti:
Meningkatkan kejujuran, tanggungjawab, dan bimbingan (AC/Q-01).
Mempertahankan sikap yang jujur, disiplin, dan bertanggungjawab (AD/Q01).
Jadi untuk membangun kompetensi sikap dilakukan dengan menanamkan sikap jujur, disiplin,
sopan, taat, dan bertanggungjawap, sepertin yang telah dikemukakan oleh AC/Q-01 dan
AD/Q-01 di atas.
Bersikap terbuka juga merupakan usaha guru dalam membangun kompetensi sikap
yang dimilikinya. Hasil analisis ditemukan bahawa bersikap terbuka boleh dilakukan dengan
cara memberikan contoh yang baik, memahami karakter siswa, mengadakan komunikasi
dengan siswa, dan memecahkan masalah. Pandangan tertulis seperti yang dikemukakan oleh
tiga orang guru:
Selalu berusaha bersikap terbuka kepada siswa sehingga siswa dapat
Melakukan pembelajaran yang menyenangkan (AA/Q-01).
Mau belajar dan mengubah sikap dalam mengajar ke arah yang lebih baik dan
menyenangkan, serta menarik (AA/Q-02).
Berusaha memberikan contoh yang baik kepada siswa (AX/Q-01).
Upaya lain adalah bergaul kepada rakan sejawat, ibu bapa, ataupun kepada siswa itu
sendiri. Pandangan tertulis seperti dikemukakan oleh dua orang guru:
Saya selalu membangun hubungan dengan sesama guru, siswa, dan orang tua
siswa (BH/Q-03).
Mengadakan komunikasi dengan siswa yang bermasalah (BG/Q-02).

Selanjutnya, upaya untuk membangun kompetensi sikap guru iaitu dengan cara ikut
aktif dalam aktiviti keagamaan dan aktiviti organisasi profesion. Seperti yang dikemukakan
oleh tiga orang guru:
Mengikuti beberapa lomba, membiasakan melakukan penelitian, dan
melaksanakan pengabdian pada masyarakat (AV/Q-01).
Berusaha menempatkan diri dan bermanfaat di dalam masyarakat dan
lingkungan (AT/Q-01).
Aktif dalam kegiatan keagamaan, melibatkan diri dalam upaya-upaya
pembangunan karakter (AT/Q-03).
Jadi secara keseluruhannya, upaya yang dilakukan oleh guru fizik SMPN Bandar Makassar di
dalam membangun kompetensi sikap, dilakukan dengan cara seperti belajar dari pengalaman,
berkongsi pendapat, bertanggungjawab, bersikap terbuka, bergaul, dan aktif dalam aktiviti
pembangunan karakter.
Kompetensi terakhir adalah kompetensi kemahiran guru. Hasil analisis data
menunjukkan bahawa upaya yang dilakukan guru fizik untuk membangun kompetensi
kemahirannya adalah dengan cara membuat media pembelajaran, menggunakan peralatan
makmal, kursus-kursus, membuat LKS, dan melakukan kajian. Pandangan tertulis guru
mengenai kemahirannya dalam membuat media pengajaran seperti dikemukakan dua orang
guru:
Cara yang saya lakukan adalah membuat media pembelajaran dari bahan
limbah sampah (AX/Q-01).
Mengadakan evaluasi daripada apa yang telah diajarkan, menggunakan atau
membuat media yang ada di lingkungan sekitar sebagai media pembelajaran
(BG/Q-01).
Hal ini menunjukkan bahawa seorang guru sentiasa kreatif dalam mengurus pengajaran,
terutamanya di dalam penggunaan dan pembuatan media pengajaran seperti yang
dikemukakan oleh guru AX/Q-01 dan BG/Q-01. Selain itu, juga merupakan alternatif strategi
di dalam mengajar jika peralatan makmal di sekolah tidak memadai.
Selain itu, kompetensi kemahiran guru berdasarkan analisis data adalah mahir
menggunakan peralatan makmal, sebagaimana pandangan tertulis yang dikemukakan oleh
empat guru:
Merakit alat-alat yang ada di laboratorium maupun yang tidak ada, yang
berhubungan dengan materi yang akan diajarkan (AC/Q-02).
Melakukan uji coba apa yang kami tahu (AC/Q-04).
Terampil menggunakan alat dan bahan (BD/Q-02).
Terkait dengan ini, tentu sasarannya ke laboratorium memperbanyak
melakukan latihan (AN/Q-02).
Daripada pendapat guru di atas menunjukkan bahawa sangat penting seorang guru fizik
membangun kompetensi kemahiran dalam hal terampil menggunakan peralatan makmal.
Selanjutnya, upaya lain yang dilakukan guru fizik dalam membangun kompetensi
kemahirannya adalah dengan cara mengikuti kursus-kursus seperti kursus ICT, Bahasa
Inggeris, dan Multimedia. Hal ini sesuai pendapat tertulis yang dikemukakan oleh guru AL/Q01 bahawa:
Upaya saya adalah mengikuti kursus-kursus ICT, Bahasa Inggeris, dan
lainnya.
Upaya lain adalah merancang dan membuat lembar kerja siswa (LKS), seperti dikemukakan
oleh AL/Q-04 sebagai berikut:
Melakukan kegiatan hanya yang bersifat pengembangan profesi, seperti:
menulis buku, modul pembelajaran, LKS, membuat media pembelajaran,
membuat karya monumental, dan membuat kajian kritis.

Pendapat guru AL/Q-04 sebenarnya juga merupakan upaya yang dilakukan guru
dalam meningkatkan kemahiran dalam hal melakukan kajian dalam bentuk kajian tindakan
(PTK), kajian kes, kajian kritis, jurnal, dan lainnya. Hal ini didukung oleh pandangan lain
daripada dua orang guru:
Untuk meningkatkan kompetensi keterampilan, saya membuat media/alat
peraga, PTK, jurnal, best praktis, powerpoint dan lain-lain (BB/Q-01).
Banyak melakukan penelitian, case study, dan sebagainya (AP/Q-02).
Daripada pendapat di atas, menunjukkan bahawa pelaksanaan kajian seperti PTK, kajian kes,
jurnal, kajian kritis, serta merancang media pembelajaran dan membuat buku dan LKS
merupakan upaya guru dalam membangun kompetensi kemahirannya.
Oleh itu, untuk membangun kompetensi kemahiran guru fizik SMPN bandar
Makassar, dilakukan dengan cara membuat media pengajaran, menggunakan peralatan
makmal, kursus-kursus, membuat LKS, dan melakukan kajian.
2. Pengisian pembangunan profesional guru fizik
Soalan seterusnya iaitu mengenai apa yang dipelajari oleh guru fizik SMPN bandar
Makassar di dalam membangun profesionalnya. Seperti pada Jadual 1:
Jadual 1: Domain pengisian pembangunan profesional
Deskripsi
Total (%)
Apa yang perlu Anda pelajari dalam mengembangkan profesional Anda yang
boleh memberi impak pada sikap, pengetahuan, kemahiran, dan aplikasi?
(boleh lebih dari satu pilihan)
- Pengisian pengetahuan pedagogi
- Pengisian kurikulum
- Pengisian materi pengajaran
- Pengisian ICT

64
67
69
78

Hasil analisis menunjukkan bahawa sebahagian besar guru fizik menginginkan ICT (78%)
sebagai pengisian yang harus dipelajari di dalam membangun profesionalnya. Meskipun
ramai juga guru yang memilih pengisian materi pengajaran (69%), pengisian kurikulum dan
pengajaran (67%), dan pengisian pengetahuan pedagogi (64%) sebagai alternatif kedua.
Selain daripada empat pengisian pembangunan profesional yang dipaparkan di atas,
pengisian lain yang diinginkan oleh guru fizik SMPN bandar Makassar iaitu membuat karya
ilmiah atau melakukan kajian, analisis soalan, kemahiran dalam penilaian berasaskan kelas,
dan penilaian prestasi guru. Secara keseluruhannya, beberapa pandangan tertulis guru seperti
di bawah:
Menurut saya, konten yang penting selain empat konten itu adalah karya
ilmiah dan analisis soal (AK/Q-01).
Selain empat konten, menurut saya adalah penilaian kinerja guru dan PTK
(AK/Q-02).
3. Halangan yang dihadapi guru dalam pengajaran dan cara mengatasinya
Soalan selanjutnya mengenai halangan yang dijumpai oleh guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran serta cara mereka mengatasi halangan itu. Daripada hasil
analisis data menunjukkan bahawa halangan yang di dapati guru antaranya berasal dari faktor
pelajar, buku pakej/LKS, makmal sains fizik, dan media pengajaran berasaskan IT.
Halangan daripada pelajar antaranya adalah kemampuan asas pelajar yang masih
kurang, watak daripada pelajar yang berbeza-beza, latar belakang pelajar yang berbeza-beza,
dan saiz pelajar dalam satu bilik darjah terlalu ramai. Pandangan-pandangan guru mengenai
pasal ini diungkapkan seperti berikut:

Sebenarnya kalau berbicara mengenai kendala, salah satu diantaranya adalah
tingkah laku siswa itu berbeda-beda. Ada kecenderungan setiap tingkah laku
anak itu cenderung negatif dalam kelas, sehingga cara menanganinya juga
berbeda-beda (AC/I-01).
Kendala yang paling saya rasakan adalah masalah pengelolaan kelas,
terutama pada kelas-kelas yang heterogen. Banyak siswa yang datang ke
sekolah memang sepertinya bukan untuk belajar (AP/I-01).
Kendala mengenai siswa, dimana input siswa berasal dari SD di pulau
sehingga kualitas siswa tergolong sedang kebawah. Akibatnya saya sangat
sulit menerapkan materi-materi pelajaran yang sedikit agak tinggi (BB/I-01).
Secara umum, kendala yang saya alami sebenarnya mengenai jumlah siswa
dalam kelas terlalu banyak, karakter siswa yang berbeda-beda, dan latar
belakang siswa yang bermacam-macam. Jadi untuk mengantisipasi kendala ini
kuncinya adalah bagaimana kita mengelolanya sehingga tidak terlalu
menghambat pelaksanaan pembelajaran (AH/I-01).
Hasil ini sesuai dengan temuan sebelumnya daripada Sriyati (2009) bahawa bilangan pelajar
dalam satu bilik darjah terlalu ramai, watak daripada pelajar berbeza-beza. Oleh itu,
jawatankuasa pendidikan dan pengetua SMPN perlu memberikan had-had mengenai zais
pelajar dalam satu bilik darjah. Selain itu, guru fizik perlu belajar mengenai pengurusan
berasaskan kelas.
Halangan seterusnya adalah mengenai buku pakej atau LKS. Daripada hasil analisis
data diperolehi bahawa halangan yang dialami guru adalah semasa pelajar lupa membawa
buku, rosak atau hilang, buku pakej sudah lama, dan perisiannya sangat terhad. Pandangan
guru secara lisan seperti berikut:
Mengenai buku pelajaran, siswa sebenarnya punya buku tetapi terkadang
siswa tidak membawanya ke sekolah. Padahal buku tersebut dibeli dengan
menggunakan dana BOS (Bantuan Operasional Sekolah). Selain itu, memang
materi dari buku BOS tersebut sangat terbatas. Oleh karena itu, biasanya saya
paralelkan dengan buku-buku sumber lain. Namun jika diparalelkan sangat
sulit sekali pengadaannya, sementara guru tidak diberi kesempatan untuk
mengusahakan buku bagi siswanya (AC/I-01).
Selain daripada komen di atas, temuan lain adalah mengenai penggunaan buku pakej atau
bahan pengajaran masih ada yang kurang tepat sehingga menyebabkan berlakunya salah
faham kepada pelajar (Adisendjaja & Romlah, 2007). Oleh itu, kerajaan perlu menertibkan
penggunaan buku pakej ataupun LKS seragam diseluruh negara (Indonesia), agar tidak terjadi
salah faham atau miskonsepsi daripada pelajar.
Mengenai makmal sains, halangan yang ditemui oleh guru fizik daripada hasil analisis
data adalah penggunaan peralatan makmal yang belum difahami, peralatannya sudah lama
dan ramai yang rosak atau hilang, gedung makmal sains tidak ada, makmal sains digunakan
sebagai bilik darjah, dan tidak adanya petugas makmal. Untuk lebih jelasnya, pandangan
beberapa guru secara tertulis dikemukakan seperti berikut:
Kendalanya, masih banyak alat-alat laboratorium yang belum bisa saya
gunakan. Jadi kalau mentok di situ, terpaksa alatnya tidak dipakai. Yang
dipakai cuma alat-alat yang bisa saya operasikan saja. Oleh karena itu,
terpaksa saya gunakan metode ceramah (AK/I-01).
Kendala utama yang saya hadapi adalah masalah laboratorium. Saat ini,
laboratorium tidak punya laboran sehingga penggunaannya pun dibatasi.
Kalau ada kegiatan eksperimen barulah kunci ruangan diberikan. Alat
laboratorium semakin lama semakin berkurang karena tidak adanya tenaga
pengontrol. Oleh karena itu, terpaksa saya buat alatnya sendiri kalau memang

bisa saya buat. Kalau tidak bisa, terpaksa digunakan cara peragaan atau
demonstrasi dengan memperlihatkan gambar atau charta mengenai
materi/alat sesuai literatur. Yang jelas saya tidak kehilangan akal (AP/I-01).
Laboratorium IPA di sekolah saya tidak ada, jadi untuk sementara alat-alat
dan bahannya dititip di ruang laboratorium komputer. Jadi ketika ada jam
praktikum fisika dan bertepatan dengan jam praktikum komputer dari kelas
lain, maka praktikum fisika tidak jadi. Akibatnya siswa jarang melakukan
kegiatan eksperimen laboratorium (BC/I-01).
Berdasarkan komen daripada tiga guru di atas (AK/I-01, AP/I-01, dan BC/I-01) secara garis
besarnya halangan yang dihadapi adalah penggunaan peralatan makmal yang belum difahami,
peralatan sudah lama dan banyak yang rosak atau hilang, makmal sains tidak ada, makmal
sains digunakan sebagai bilik darjah, dan tidak adanya petugas makmal. Kondisi seperti ini
sebenarnya sudah dijumpai pada kajian yang dilakukan oleh Thair dan Treagust (1997, 1999)
dan Sumintono, Mohd Ali Ibrahim, dan Fatin Aliah Phang (2010). Temuan lain antaranya
iaitu, kurang lengkapnya alat makmal fizik, praktikum menghabiskan masa banyak sementara
bilangan jam terhad (Sriyati, 2009). Oleh itu, kerajaan melalui jawatankuasa pendidikan perlu
melakukan survei disetiap SMPN mengenai pengadaan makmal sains dan peralatannya.
Selain itu, pengangkatan petugas makmal, serta usaha pembangunan profesional guru fizik
yang berhubungkait dengan perisian mengenai penggunaan peralatan makmal perlu
dilakukan. Ini disebabkan kerana aktiviti praktikum lebih berkesan daripada seluruh
pendekatan didaktik tradisionil dan perbincangan (Sumintono, et al., 2010; Thair & Treagust,
1997, 1999; Wahyudi & Treagust, 2003).
Mengenai media pengajaran atau media IT, halangan yang didapati oleh guru fizik
SMPN bandar Makassar adalah bilangannya terhad, belum tahu cara mengoperasikan, proses
penggunaan harus seizin pengetua, dan tidak adanya aliran listrik dalam bilik darjah.
Beberapa komen guru dituliskan seperti berikut:
Mengenai media IT, di sekolah saya hanya ada satu proyektor-LCD dan
digunakan ketika mendapat izin dari kepala sekolah. Proyektor-LCD ini
digunakan ketika ada rapat dadakan dan membutuhkan presentasi
menggunakan powerpoint. Selain itu, memang sumber tegangan listrik dalam
kelas tidak ada. Akibatnya, kalau ada kegiatan yang membutuhkan aliran
listrik, terpaksa menarik kabel dari kantor atau ruang guru (AP/I-01).
Terusterang saja, biasanya yang menjadi kendala adalah pengoperasian IT
(AS/I-01).
Sementara model bekerja kolaboratif melalui infrastruktur teknologi maklumat pun
merupakan salah satu usaha bagi meningkatkan pencapaian pelajar (Sumintono, 2010). Oleh
itu, perlu dilakukan satu usaha pembangunan profesional guru mengenai perisian ICT, agar
semua guru fizik boleh menggunakan dan mengoperasikan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah ataupun pada masa belajar sendiri.
KESIMPULAN
Secara umum kajian ini menunjukkan bahawa pembangunan profesional guru
merupakan upaya yang dilakukan oleh guru untuk meningkatkan kompetensi pengetahuan,
sikap, dan kemahiran mereka dalam mengajar. Hasil kajian yang dilakukan terhadap guru
fizik daripada 17 SMPN bandar Makassar, dimana 36 guru berpartisipasi sebagai responden
ditemukan bahawa untuk meningkatkan kompetensi pengetahuan dilakukan dengan
pembelajaran sendiri, berkongsi pendapat, belajar melalui internet, melakukan kajian
sederhana, mengikuti program latihan, dan melanjutkan pendidikan. Untuk meningkatkan
kompetensi sikap boleh dilakukan dengan cara belajar dari pengalaman, berkongsi pendapat,

bertanggungjawab, bersikap terbuka, bergaul, dan aktif dalam aktiviti pembangunan karakter.
Seterusnya, untuk meningkatkan kompetensi kemahirannya boleh dilakukan dengan cara
membuat media pengajaran, menggunakan sarana makmal, kursus-kursus, membuat LKS, dan
melakukan kajian.
Kajian ini memberi petunjuk mengenai apa yang dipelajari oleh guru fizik SMPN
bandar Makassar dalam membangun profesionalnya. Kajian ini menunjukkan bahawa
sebahagian besar guru fizik menginginkan ICT sebagai pengisian yang harus dipelajari dalam
membangun profesionalnya. Meskipun ramai juga guru yang memilih pengisian materi
pengajaran, pengisian kurikulum dan pengajaran, dan pengisian pengetahuan pedagogi
sebagai alternatif kedua. Selain daripada empat pengisian pembangunan profesional yang
dipaparkan di atas, pengisian lain yang diinginkan oleh guru fizik SMPN Bandar Makassar
iaitu membuat karya ilmiah atau melakukan kajian sederhana, analisis soalan, kemahiran
dalam penilaian beasaskan kelas, dan penilaian prestasi guru.
Kajian ini juga memberikan petunjuk mengenai halangan-halangan yang dijumpai
oleh guru fizik SMPN bandar Makassar di dalam membangunkan profesionalnya. Halangan
yang di dapati guru antaranya berasal dari makmal sains, faktor pelajar, buku pakej/LKS,
media pengajaran berasaskan IT, dan lokasi sekolah bagi guru yang mengajarnya di pulau.
Halangan mengenai makmal sains antaranya adalah penggunaan peralatan makmal yang
belum difahami, peralatan sudah lama dan ramai yang rosak atau hilang, gedung makmal
sains tidak ada, makmal sains digunakan sebagai bilik darjah, dan tidak adanya petugas
makmal. Walaupun demikian, guru fizik tetap melaksanakan aktiviti pengajaran mereka
meskipun dengan menggunakan peralatan sederhana yang ada pada persekitaran sekolah atau
merancangkan peralatan daripada bahan sederhana.
RUJUKAN
Adey, P., Hewitt, G., Hewitt, J., & Landau, N. (2004). The Professional Development of
Teacher: Practice and Theory. London: Kluwer Academic Publishers.
Adisendjaja, Y. H., & Romlah, O. (2007). Analisis Buku Ajar Sains Berdasarkan Literasi
Ilmiah Sebagai Dasar untuk Memilih Buku Ajar Sains (Biologi). Paper presented at
the Seminar Nasional Pendidikan Biologi.
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, & Abdul Rahim Hamdan.
(2006). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan: Teori, Analisis, dan Interpretasi
Data. Kualalumpur, Malaysia: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Baldi, J., Jin, Y., Skemer, M., Green, P. J., & Herget, D. (2007). Highlights From
PISA 2006: Performance of U.S. 15-Year-Old Students in Science and
Mathematics Literacy in an International Context U.S.: Program for
International Student Assessment
Bjork, C. (2005). Indonesian Education: Teachers, Schools, and Central Bureaucracy. New
York and London: Routledge.
Blackburn, B. R. (2000). Barriers and Facilitators to effective Staff Development:
Perceptions from Award-Winning Practitioners. Unpublished Dissertation,
University of North Carolina, Greensboro.
BPPD, & BPS. (2010). Makassar Dalam Angka 2010 (Makassar in Figures 2010).
Makassar: Badan Perencanaan Pembangunan Daerah (BPPD) dan Badan Pusat
Statistik (BPS).

Fleischman, H. L., Hopstock, P. J., Pelczar, M. P., & Shelley, B. E. (2010). Highlights From
PISA 2009: Performance of U.S. 15-Year-Old Students in Reading, Mathematics,
and Science Literacy in an International Context (NCES 2011-004), supplemental
table S2; data from the Organization for Economic Co-operation and
Development (OECD) Washington, DC: Program for International Student
Assessment (PISA), 2006 and 2009, National Center for Education Statistics.
Fredriksson, U. (2004). Quality Education: The Key Role of Teachers. Education
International, 14, pp. 1-20.
Given, L. M. (2008). The Sage Encyclopedia of Qualitative Research Methods (Vol. 2).
Thousand Oaks, CA: Sage.
Gonzales, P., Guzmán, J. C., Partelow, L., Pahlke, E., Jocelyn, L., Kastberg, D., et al. (2004).
Highlights From the Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
2003. Washington, DC: National Center for Education Statistics, Institute of Education
Sciences, U.S. Department of Education.
Gonzales, P., Williams, T., Jocelyn, L., Roey, S., Kastberg, D., & Brenwald, S. (2009).
Highlights From TIMSS 2007: Mathematics and Science Achievement of U.S.
Fourthand Eighth-Grade Students in an International Context. Washington, DC:
National Center for Education Statistics, Institute of Education Sciences, U.S.
Department of Education.
Guskey, T. R. (1994). Result-Oriented Professional Development: In Search of An
Optimal Mix of Effective Practices. Journal of Staff Development, Vol. 14(Iss. 4), pp.
42-50.
Hendayana, S., Asep, S., & Imansyah, H. (2010). Indonesia’s Issues and Challenges on
Quality Improvement of Mathematics and Science Education. Journal of
International Cooperation in Education, pp.41-51.
Martin, M. O., Gregory, K. D., & Stemler, S. E. (1999). TIMSS 1999 Technical Report
Boston: International Study Center Lynch School of Education Boston CollegeInternational Association for the Evaluation of Educational Achievement(IEA).
Merriam, S. B. (1998). Qualitative research and case study applications in education.
Hoboken, NJ: Jossey-Bass.
Merriam, S. B., & Caffarella, R. S. (1991). Learning in Adulthood: A Comprehensive Guide.
San Francisco: Jossey-Bass.
MGMP1. (2011). Laporan Kegiatan dan Penggunaan Dana Block Grant MGMP
Fisika BERMUTU Wilayah 1 Kota Makassar. Makassar: Lembaga Penjamin
Mutu Pendidikan Provinsi Sulawesi Selatan.
MGMP4. (2011). Laporan Kegiatan dan Penggunaan Dana Block Grant MGMP
Fisika BERMUTU Wilayah 4 (Remote) Kota Makassar. Makassar: Lembaga
Penjamin Mutu Pendidikan Provinsi Sulawesi Selatan.
Mohd. Najib. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Johor Darul
Ta'zim: Universiti Teknologi Malaysia.
Mudyahardjo, R. (2009). Pengantar Pendidikan: Sebuah Study Awal tentang DasarDasar Pendidikan pada Umumnya dan Pendidikan di Indonesia. Jakarta: PT
RajaGrafindo Persada.

Mullis, I. V. S., Martin, M. O., Ruddock, G. J., O’Sullivan, C. Y., Arora, A., & Erberber, E.
(2007). TIMSS 2007 Assessment Frameworks Boston: International Association for the
Evaluation of Educational Achievement.
NCES. (2001). Highlights from the Third International Mathematics and Science
Study–Repeat (TIMSS–R) 1999. Washington, DC: Office of Educational Research and
Improvement, U.S. Department of Education.
Nielsen, H. D. (2003). Reforms to Teacher Education in Indonesia: Does More Mean Better?
In E. R. Beauchamp (Ed.), Comparative Education Reader. New York:
RoutledgeFalmer (Tailor and Francis Group).
Nurkamto, J. (2009). Peningkatan Profesionalisme Guru melalui Reflective Teaching,
Pidato Pengukuhan Guru Besar FKIP Universitas Sebelas Maret Surakarta.
Surakarta: UNS.
Patton, M. Q. (2002). Qualitative Research and Evaluation Methods (3rd ed.). Thousand
Oaks, California: Sage Publications, Inc.
Poerbakawatja, S. (1970). Pendidikan Dalam Alam Indonesia Merdeka (Education in
Independence Indonesia). Djakarta: Gunung Agung.
Sriyati, S. (Ed.). (2009). Analisis Buku National Science Educational Standards (BAB III, IV
DAN V). Bandung: Program Pendidikan IPA Sekolah Pascasarjana Universitas
Pendidikan Indonesia.
Sumintono, B. (2010). Pembelajaran Sains, Pengembangan Keterampilan Sains dan
Sikap Ilmiah dalam Meningkatkan Kompetensi Guru. Al-Bidayah, Vol. 2 No. 1, pp. 6385.
Sumintono, B., Mohd Ali Ibrahim, & Fatin Aliah Phang. (2010). Pengajaran Sains
dengan Praktikum Laboratorium: Perspektif dari Guru-Guru Sains SMPN di
Kota Cimahi. Jurnal Pengajaran MIPA, Vol. 15 No. 2, pp. 120-127.
Thair, M., & Treagust, D. F. (1997). A Review of Teacher Development Reforms in
Indonesian Secondary Science: The Effectiveness of Practical Work in Biology.
Journal of Research in Science Education, Vol. 27(Iss. 4), pp. 581-597.
Thair, M., & Treagust, D. F. (1999). Teacher Training Reforms in Indonesian Secondary
Science: The Importance of Practical Work in Physics. Journal of Research in
Science Teaching, Vol. 36(Iss. 3), pp. 357-371.
Thair, M., & Treagust, D. F. (2003). A Brief History of A Science Teacher
Professional Development Initiative in Indonesia and the Implications for Centralised
Teacher Development. International Journal of Educational Development, Vol. 23(Iss.
2), pp. 201-213.
Trochim, W. M. K. (2006). Nonprobability Sampling. Retrieved February 6, 2012,
from http://www.socialresearchmethods.net/kb/sampnon.php
Wahyudi, & Treagust, D. F. (2003). Learning Environment and Students’ Outcomes in
Science Classes in Indonesian Lower Secondary Schools Journal of Science and
Mathematics Education in South East ASIA, Vol. 27, No. 1 pp.139-165.
Wahyudi, & Treagust, D. F. (2004). An Investigation of Science Teaching Practices in
Indonesian Rural Secondary Schools. Research in Science Education, Vol. 34(Iss. 4),
pp. 455-474.

Wikipedia. (2009). Nonprobability sampling. Retrieved February 6, 2012, from
http://en.wikipedia.org/wiki/Nonprobability_sampling
Zulfikar, T. (2009). The Making of Indonesian Education: An overview on
Empowering Indonesian Teachers. Journal of Indonesian Social Sciences and
Humanities, Vol. 2, pp. 13–39

Paper presented by International Seminar in Science and Mathematics Education 5-8
September 2012 at Senate Hall Universiti Teknologi Malaysia