Elemen Patriotik dalam Filem P.Ramlee

ELEMEN PATRIOTIK DALAM FILEM P.RAMLEE1
Wiramanja2

Abstrak

Makalah ini mengungkapkan pembabitan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee
dalam bidang perfileman. Kebanyakan karya filemnya berkisar tentang
permasalahan semua bangsa di Malaysia yang disifatkan ada nilai-nilai
patriotik dalam jiwanya. Sifat kekitaan yang digambarkan dalam filem
beliau banyak memberi cerminan sebenar kehidupan masyarakat dalam
zamannya. Namun, paparan dalam filem tersebut masih boleh dijadikan
rujukan dan panduan serta pendoman masyarakat audiens berbilang
bangsa. Masyarakat audiens berbilang bangsa dirujuk mereka yang hidup
dalam satu hasrat, satu perjuangan iaitu mencari kehidupan harmoni dan
kesejahteraan hidup. Nilai patriotik yang digambarkan dalam filem
tersebut secara sedar ataupun sebaliknya adalah realiti sebenar kehidupan
rakyat Malaysia sebelum merdeka dan selepas mengecapi kemerdekaan.
Seolah-olah pandangan P. Ramlee terhadap kehidupan masyarakat
majmuk di negara ini lebih kehadapan. Unsur-unsur perpaduan yang
diterapkan dalam filemnya membuahkan perhubungan erat pertalian
persaudaraan di antara masyarakat Melayu dan kaum lain. Ini dapat

dibuktikan dalam setiap filemnya membabitkan penyertaan kaum India,
Cina, Sikh dan lain-lain yang hidup dalam satu negara bernama Malaysia.
Justeru, kertas kerja ini sebagai satu penyelongkaran isi hati dalam karya
P. Ramlee.

1

Makalah ini telah dibentangi sempena Forum Bicara Seni Seniman Agung P.Ramlee Seniman Sepanjang Zaman”. 19 Julai 2007, Hotel Vistana, Pulau Pinang.
2
Nama sebenar ialah Hj. Abdul Rahman bin Hj. Ahmad Hanafiah, Pensyarah Kanan,
Fakulti Filem, Teater dan Animasi , Universiti Teknologi Malaysia, Puncak Perdana. Shah
Alam.

1

Pengenalan
Ketika makalah ini dihasilkan. peminat filem masih mengingati
Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai legenda dalam dunia perfileman
Melayu tanahair. Dunia perfileman Melayu, tanahair diwarnai pelbagai
corak kegemilangan oleh P. Ramlee dan dilihat sebagai manusia yang

tidak dapat ditandingi sehingga hari ini. Sebagai pembuka bicara dalam
forum ini, saya ingin mengungkapkan kata-kata beliau:
“Aku dilahirkan untuk menjadi bintang pujaan, selagi
hayat dikandung badan, aku tetap berbakti dalam
duniaku. Dan aku percaya mereka tetap mengingati
kerja-kerja seniku”3
Dari ungkapan tersebut, dapatlah diukur P. Ramlee sememangnya
memilih kehidupan sebagai anak wayang untuk sepanjang hayatnya.
Bidang perfileman menandai profesionnya sehingga akhir hayat. Katakatnya juga tidak merujuk untuk mencari kemewahan, tetapi dipuja dan
barangkali dimaksudkan ialah karyanya menjadi tatapan sehingga bila-bila
dan akhir zaman.
P. Ramlee tidak meninggalkan harta pusaka dan kekayaan dalam
bidang yang pernah diceburinya tetapi meninggalkan khazanah ilmu
perfileman yang serat menyimpan pelbagai ilmu. Walaupun ada sarjana
barat mempertikaikan kewibaaan P. Ramlee menceduk idea daripada filemfilem ini, namun itu semua sebagai kritikan peribadi yang tidak berpijak
dengan logik akal. Bagi kita masyarakat Malaysia menganggapkan semua
karya P. Ramlee adalah asli, mana mungkin beliau memperolehi sumbersumber luar diwaktu4 sedang dunia perfileman bermula daripada gurugurunya yang datang daripada India.5
Makalah ini cuma menyingkap nilai patriotisme dalam filemnya
yang terselindung dengan paparan komidinya.6 Filem ini banyak memberi
kesan keseronokkan apabila individu menonton setiap filem7 tersebut.

Barangkali, filem tersebut dianggap evergreen kerana paparannya merakyat
sifatnya.8 Walaupun, Allahyarham telah lama meninggal dunia, tetapi
karyanya yang dianggap sebagai masterpiece masih mendapat perhatian.
3

Ungkapan tersebut dipetik dari perbualan dengan sahabat karibnya iaitu Datuk Aziz
Sattar. Sepanjang hayatnya, beliau saya rapat dengan Aziz Sattar yang dianggap sebagai
adik kandungnya sendiri.
4
Diwaktu P.Ramlee dalam zaman kegemilangannya, (sebelum dan selepas merdeka)
Malaysia masih kurang filem-filem luar. Kesukaran ini disebabkan bahan tersebut terlalu
mahal dan amat terhad. Pengedaran filem barat dan lain-lain tidak berupaya menembusi
pasaran tanahair kerana faktor-faktor ekonomi.
5
V.B. Ryan, Atony Castella, dan banyak lagi.
6
Komidi yang dimaksudkan dalam filem P. Ramlee ialah memaparkan satira, kiasan,
pemikiran, pendidikan dan lain-lain, mengikut kefahaman dan intrepetasi individu berbeza
di antara individu lain.
7

Filem yang dikaitkan dalam makalah ini ialah, Pendekar Bujang Lapok, Masam-Masam
Manis, Bujang Lapok, Sarjan Hassan, Semerah Padi, Keluarga 69, Gerimis, Anak Bapak
dan; Panggilan Pulau.
8
Filem karya P.Ramlee diterima yakni tidak menggira sepadan umur, keturunan,
pendidikan, agama dan lain-lain.

2

Tayangan berulangan daripada pelbagai stesen tv memperlihatkan filemnya
masih segar dalam ingatan peminatnya.
Patriotisme dan Nasionalisme
Perkataan „Patriotisme‟ berasal daripada bahasa Greek, iaitu „patriotes‟
bermakna rakan senegara dan „patrice‟ bermakna tanahair atau negara. Ia
membawa maksud keterikatan kepada kumpulan rakan senegara dan pada
tanahair.
Patriotisme juga merujuk pada kesediaan, perjuangan,
mengorbanan yang tiada taranya. Seseorang yang mempunyai semangat
patriotisme berupaya berbuat apa-apa tanpa ada niat mendapatkan balasan
dan ganjaran. Selain dari itu patriotisme9 boleh disamakan dengan mereka

yang sentiasa sanggup berdepan dengan apa jua rintangan dan
permasalahaan.
Rintangan dan permasalahan bukan lagi perkara
meruncing tetapi perkara biasa.
Definisi patriotisme pula disamakan dengan nasionalisme, namun
kedua-duanya ada kelainan.
Patriotisme biasanya tidak berasaskan
ideologi. Ia adalah satu keterikatan promodial terhadap sesuatu wilayah
atau masyarakat, suatu sentimen kepunyaan dan perasaan satu identiti.
Walau bagaimana kedua-dua perkataan tersebut mempunyai kesamaratan
semangat dan perjuangannya. Setiap kehidupan memerlukan perjuangan,
sama ada perjuangan disertai oleh pengikutnya adanpun perjuangan secara
individu tanpa bantuan manusia lain.
Makanya dalam kontek perbincangan ini nilai patriotisme dan
nasiolisme yang dipaparkan dalam filem P. Ramlee menjurus; pertama,
cinta akan bangsa dan negara, kedua; peka masalah sosial dan rakyat,
ketiga; bersatupadu dan bergotong-royong, keempat; muhibah dalam
bermasyarakat, kelima; hormat dan menghormati, keenam; bersifat amanah
dan ketujuh; mematuhi agama dan undang-undang. Tujuh perkara yang
menyangkut mengenai nilai patriotisme dan nasiolisme menjadi tunjung

peradaban masyarakat Malaysia yang didominasi oleh orang Melayu,
manakala masyarakat Cina dan India sebagai masyarakat serumpun
majmuk rakyat Malaysia.
Elemen-Elemen Patriotisme
Dalam kehidupan manusia nilai positif dalam kehidupan ditandaii dengan
tingkahlaku dan pekerti yang mulia. Masyarakat memandang tinggi
terhadap individu yang mempunyai nilai moral10 sebagai idola dalam
9

Patriotisme menandakan sikap-sikap positif dan sokongan untuk satu 'tanahair' (Huruf
Latin patria), oleh individu dan kumpulan-kumpulan. 'tanahair' (atau 'ibu pertiwi') boleh
jadi sebuah rantau atau sebuah bandar, tetapi patriotisme biasanya digunakan atas sebuah
negara dan / atau satu negara-bangsa. Patriotisme meliputi sikap-sikap sebagai sebagai:
rasa bangga dalam pencapaian-pencapaiannya dan budaya, keinginan bagi mengekalkan
aksaranya dan asas budaya, dan pengenalpastian dengan ahli-ahli lain negara.
10
Nilai moral dalam konteks perbincangan ini merujuk keperibadian yang mulia seperti
dituntut oleh ajaran agama Islam.

3


bermasyarakat.
Selain itu, keperibadian mulia sebegitu mencakupi
pelbagai aspek sebagaimana pendapat Charles Darwin (1871);
“A tribe including many members who, from possessing in a high
degree the spirit of patriotism, fidelity, obedience, courage, and
sympathy, were always ready to aid one another, and to sacrifice
themselves for the common good, would be victorious over most
other tribes; and this would be natural selection...”11
Filem karya P. Ramlee banyak memaparkan nilai-nilai patriotisme
yang menjadikan filem tersebut bernilai tinggi dari sudut pemikiran
masyarakat Malaysia. Pemikiran masyarakat Malaysia adalah berlandaskan
pemikiran semua kaum yang dianggap rakyat peribuminya. Justeru, semua
kaum menerima filemnya sebagai karya kaum mereka juga, kerana
pembabitan mereka turut dipaparkan.12 P. Ramlee menghasilkan filemnya
seolah-olah memimpin sebuah negara.13 Dia berjaya memimpin manusia
penonton belajar mencintai bangsa dan negara. Selain itu, menyatukan
masyarakat Malaysia dalam dunia perfilemannya.
Cinta akan bangsa dan negara
Cinta akan bangsa dan negara sudah menjadi kewajiban semua rakyat

Malaysia. Rakyat Malaysia telah dilatih dengan mencinta negara melalui
lagu negaraku. Lagu tersebut secara didaktik memasuki sanubari setiap
rakyat Malaysia yang melalui alam persekolahan sehingga liriknya diingati
secara langsung dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.
Begitu yang terjadi dalam karya Filem P. Ramlee, menyuntik
cintakan bangsa dan semangat perjuangan dalam filem Sarjan Hassan.14
Gambaran dalam filem ini, jelas menunjukkan semangat perjuangan yang
tinggi ditunjukkan oleh Hassan. Walaupun beliau pernah dijemuh, dihina
dan dipersendakan oleh orang kampung, rakan-rakan dan tidak ketinggalan
Buang dan Ajis itu itu anak bapak angkatnya. Namun, seorang pemuda
yang berhati waja dan berpekerti mulia mengambil segala itu sebagai
cabaran untuk memenuhi hasratnya menjadi seorang askar.15
Watak Hassan merujuk sebagai pekerti mulia orang-orang Melayu
ketika itu. Dia sedar kerana menumpang di rumah bekas majikan tempat
11

Lihat... The Descent of Man and Selection in Relation to Sex ( ISBN 1-57392-176-9).
Kebanyakan Filem P.Ramlee menonjolkan watak pelbagai bangsa sebagai
memperpaduankan bangsa Malaysia.
13

Allahyarham pernah bergurau dengan Dato Aziz Sattar, ingin menjadi Perdana Menteri.
Pada hakikatnya dia sememangnyamenjadi Perdana Menteri dalam pembikinan idea
filemnya. Temubual dengan Dato Aziz Sattar di Pustaka P. Ramlee “Forum Hanya
Dikau” 13 Mac, 2009.
14
Dalam filem sebenar ejaan tajuknya adalah Sergeant Hassan yang menggunakan
perkataan Inggeris. Filem ini diterbitkan pada tahun 1958, yang diarahkan Lamberto V.
Avellana.
15 Di zaman pembikinan filem tersebut, sering panggil seldadu ataupun askar dan
masyarakat ketika itu sangat menjunjung profesion sebagai askar.
12

4

orang tuanya bekerja dahulu, dan tidak mahu mencatatkan keruh tinta hitam
dalam keluarganya yakni menderhaka ataupun sebagai pepatah Melayu
mengatakan; seperti kacang lupakan kulit. Walaupun yang dihadapinya
ketika menumpang di rumah tersebut, dia sentiasa dihina oleh Ajis
sebagaimana dailog berikut.16 Penghinaan demi penghinaan Hassan
tanggung dengan penuh ketabahaan sehingga dewasa dan menjadi askar.

Ketika Hassan menjadi askar dia mengetuai platon yang mana Ajis
dibawah pemimpinannya. Namun, Hassan tidak pula membalas dendam
ataupun menunjukkan sifat egonya sebagai seorang ketua. Sikap ini
ditunjukkan juga ketika Ajis mendapat kemalangan parah ketika diserang
hendap oleh tentera Jepun. Ajis walaupun dalam keadaan parah, tetapi
tetap mencemuh dan mengherdik Hassan.17 Dialog disaat Hassan dan Ajis
diserang hendap oleh Jepun memperlihatkan keangkuhan Ajis, walaupun
dalam keadaan segenting itu. Sifat perjuangan yang kental dan tidak
menyimpan dendam terhadapl Ajis, Hassan terus berusaha untuk
menyelamatkan Ajis yang disifatkan sebagai adik kandungnya sendiri.

Hasan dibelasah sewaktu
kanak-kanak oleh Buang

Buang dibelasah sewaktu
dewasa oleh Hassan

Filem “Sergeant Hassan”

Masing-masing ingin

menunjukan kejantanan

Dalam peperangan menentang pendudukan Jepun, Hassan bertindak
sebagai wira yang tidak pernah tunduk dengan kekuatan tentera Jepun yang
ramai jumlahnya. Semangat perjuangannya terus membakar sehingga
dapat membebaskan orang-orang kampung daripada acaman Jepun. Lebihlebih lagi menyelamatkan bakal mentuanya yang dijadualkan kena
hukuman pancung di Melaka. Gambaran ketaataan dan kesetiaannya
kepada bangsa, dia mengadaikan nyawa menyerang hendap tentera Jepun

16

Bapak Ajis: (marah dan menuding jarinya) Duduk! (ajis duduk di kerusi) dia anak
angkat aku. aku tak mahu kau bergaduh dan aku mahu kau berbaik dengan dia. (Ajis
bangun dari kerusi memandang tepat ke arah bapaknya) Ajis : Tapi, dia hanya anak
seorang kuli, dia pengotor, dia pakai baju Ajis, seluar Ajis, barang-barang Ajis semua dia
pakai. apa...bapak suruh dia tinggal di sini?
17
Hassan: Kenapa kau? Bangun lekas.(Ajis menoleh ke arah Hassan yang cuma
kelihatan kakinya sahaja). Ajis: Macammana mesti aku nak bangun, kaki aku sakit. Kau
tinggalkan saja aku seorang di sini. Aku lebih suka mati di sini. Aku tak mahu terhutang
budi kepada sesiapapun. Lebih-lebih lagi kau!

5

yang membawa bapa Salmah18 dalam perjalanan ke Melaka. Selain itu,
maruahnya tetap terbalas apabila dapat menjejaki Buang yang menjadi talibarut bangsa dan negara. Buang dapat diberkas dan dibunuh dihadapan
khalayak19 untuk membuktikan kejantaannnya dan menunjukkan petualang
sebenar menakhodakan peristiwa berdarah di kampungnya.
Peka Masalah Sosial dan Rakyat
Permasalahan sosial banyak dipaparkan dalam filem P. Ramlee. Ketika
zaman pembikinan filem tersebut, masalah sosial di negara ini berdepan
dengan pelbagai kerumitan. Kehidupan selepas merdeka, rakyat masih
menagih pembangunan. Masyarakat Melayu ketika itu tidak mempunyai
rumah sendiri, tetapi menyewa bilik. Sudah tentu suasana kehidupan tidak
selesa ketika itu. Namun, tidak sahaja itu yang termampu oleh orang-orang
Melayu hidup di bandar untuk mengurangkan perbelanjaan untuk menyewa
rumah. Gambar tersebut sangat jelas memperlihatkan masyarakat di zaman
selepas kemerdekaan tertekan dengan masalah ekonomi yang membabitkan
pendapatan bulanan mereka.
Dalam filem Masam-Masam Manis P. Ramlee menggambarkan
suasana itu, yang mana dia sendiri seorang guru duduk menyewa sebuah
bilik bersebelah seorang perempuan kabaret yang kemudian menjadi
isterinya. Bagi mereka yang baru berkahwin atau bujang, suasana begitu
tidak menjadi masalah, tetapi bagi yang berkeluarga menjadi sebaliknya.
Mereka yang tinggal sebegitu perlu memahami kehidupan berjiran dengan
cara perkongsian pelbagai kemudahan dengan rela hati dan bertimbangrasa.
Berbagai karenah yang ditanggung oleh penghuni-penghuni yang
menyewa rumah kedai milik Mak Minah. Mereka terpaksa berkongsi bilik
mandi dan sebagainya, walaupun dalam keadaan tidak selesa tetapi
terpaksa diharungi. Suasana menjadi gamat jika berlaku perkara-perkara
yang diluar jangkaan penghuni sebagaimana babak dalam bilik sewa Cikgu
Shaari dan Nurliah yang digambarkan dalam filem “Masam-Masam
Manis”.
Dalam babak Cikgu Shaari bergaduh dengan Nurliah seorang gadis
yang menyewa di sebelah biliknya, membabitkan semua penghuni yang
lain. Ketika frame gambar yang ingin dicampakkan oleh Nurliah ke bilik
Cikgu Shaari tersasar dan terkena jiran mereka.20 Penyewa yang terkena
frame gambar terus keluar dari bilik ditemani isterinya, menjadi kecuh dan
gamat di subuh itu. Sehingga menyebabkan penghuni lain turut terjaga dan
18

Bapak Salmah seorang Guru yang sering membela nasib Hassan ketika dia dimarahi
ataupun difitnah. Kerana itu, Hassan amat terhutang budi dan selain itu, dia adalah bapak
mentuanya.
19 Ada di kalangan mereka pernah mencerca dan menghina Hassan sewaktu kanak-kanak
dan ada di antara mereka adalah tali-barut Buang, tetapi berpaling tadah kerana perjuangan
Buang yang sia-sia.
20 Penyewa: (Marah) Di tengah malam lempar-lempar barang ni dalam bilik orang?.
(Pause) Nasib baik kena hidung aku, kalau kena hidung bini aku...apa hal? Fool! Double
fool!

6

berlaku insiden melucukan ialah ketuk mengetuk kepala di antara satu sama
lain. Muncul Mak Minah menenangkan keadaan, tetapi dia juga turut
terkenal ketukan frame gambar yang mana memperlihatkan kelucuannya.

Filem Pendekar Bujang Lapok

Filem Ibu Mentuaku

Filem Bujang Lapok

Kesan dramatik yang digambarkan dalam filem tersebut
memperlihatkan kelojikannya; yakni perkara tersebut barangkali pernah
berlaku dengan isu yang berlainan. Ianya kelihatan sebagai perkara biasa
tetapi sindiran P. Ramlee dalam filem itu yang berlaku dalam kehidupan
masyarakat bandar ketika itu. Beliau paparkan dalam filem kerana
perihatin masalah yang serupa sememangnya berlaku. Begitu juga berlaku
dalam filem “Bujang Lapok”, berlaku pergaduhan jiran sebelah bilik
mereka.21 Pergaduhan suami-isteri merupakan asam-garam kehidupan
berumahtangga, tetapi yang menjadi kelucuannya, perkara yang dipaparkan
sangat simplistik dirungkai dengan penuh sinis dan melucukan.
Sememangnya isu-isu begitu berlaku dalam masyarakat Melayu
yang mana pergaduhan mereka (suami-isteri) tanpa kawalan dapat
didengari dan diketahui oleh jiran tetangga mereka. Barangkali orangorang Melayu sukar mengawal perasaan apabila bergaduh dengan
pasangan mereka, menyebabkan P. Ramlee gambarkan situasi sebenar
dalam filemnya sebagai panduan dan pengajaran.
Dalam filem “Pendekar Bujang Lapok”, memaparkan kehidupan
masyarakat
Melayu yang buta huruf.
P. Ramlee mendokumentasi
sejarah yang mana kerajaan amat prihatin masalah rakyat dengan
mengadakan sekolah dewasa untuk golongan tua. Kerajaan peka masalah
sosial yang dihadapi oleh orang Melayu kerana buta huruf. Mereka diajar
mengeja dan menggira sebagai usaha kerajaan meningkatkan celik huruf di
kalangan rakyat selepas kemerdekaan.
Jika P. Ramlee tidak
menggambarkan isu tersebut dalam filemnya, barangkali generasi mutakhir
akan buta sejarah tentang peranan kerajaan menyediakan pelbagai
kemudahan untuk rakyat.
21Mak

Munah: (Marah) Ceraikan aku! ceraikan aku! ceraikan aku...hah! Kau tak guna
jadi jantan. Jantan tak malu...hah. kau...kau. Pak Nyong: Apa yang kau merepek yang
bukan-bukan ni. Apa kurang yang aku kasi sama kau? Mak Munah: Ya, memang kurang.
Asal aku mintak, kau marah. Asal aku mintak. (menunjuk tangannya) Cuba kau tengok
orang sebelah tu. (menunjuk di tangannya) Nah...! gelangnya. Aku semayam emaspun....
tak pernah kau belikan.

7

Filem: Pendekar Bujang Lapok

Filem Pendekar Bujang Lapok merupakan satu lonjakkan paradigma
pemikiran
P. Ramlee mengorak langkah menghasilkan filem
berlatarsosialkan kehidupan sebenar masyarakat Melayu selepas mengecapi
kemerdekaan. Negara ketika itu, berdepan dengan pelbagai kekurangan
daripada infrastruktur, pendidikan, perubatan dan ekonomi. Ketika itu,
masyarakat Malaysia lebih maklum dan memahami keadaan ekonomi
negara yang mana kerajaan tidak berkemampuan mengadakan segalagalanya secara drastik.
Walaupun begitu, kerajaan tetap mengadakan sekolah khas untuk
warga emas bagi mengambil berat dan perihatin kepada mereka.
Pendidikan merupakan teras utama menjadi agenda politik kerajaan, yakni
jika rakyat ramai yang buta ilmu dan buta huruf, sudah tentu implikasinya
melemahkan jentera kerajaan.
Jentera kerajaan berpaksi kemantapan
pendidikan dan keintelektuan rakyatnya.
Bersatupadu dan Bergotong-royong
Bersatupadu dan bergotong-royong dalam masyarakat Malaysia telah
menjadi satu kemestian dan kewajipan mereka. Kehidupan bermasyarakat
memerlukan kerjasama dan faham-memahami di antara satu dengan lain.
Kehidupan sosial masyarakat Malaysia khasnya orang Melayu ditonjolkan
dalam filem karya P. Ramlee, umpamanya dalam kehidupan bergotongroyong dan bekerjasama menangani setiap masalah. Agama Islam anuti
masyarakat Melayu menjadi perisai dan pedoman mereka.
Dalam filem Semerah Padi memaparkan adegan orang kampung
bergotong-royong mengerjakan sawah dan ladang. Mereka berkerja secara
berkumpulan dalam ertikata menyemerak dan memakmurkan suasana
silaturahim di antara pendudukan kampung. Perlakuan dan perbuatan
orang-orang kampung Semerah Padi, menggambarkan situasi sebenar
kehidupan masyarakat Melayu di zaman silam. Masyarakat Melayu di
zaman silam mempraktikkan semangat bergotong-royong, kerana telah
mendarahdaging amalan tersebut sejak nenek-moyong mereka.
Kesan daripada berganding bahu dalam mengusahakan bidang
pertanian yakni bercucuk tanam, makanya terbit semangat kesepaduan dan
kasih-sayang sebagai hubungan kekeluargaan. Hubungan kekeluargaan
bersendikan khidmat sosial secara bersepakatan, membuahkan hasil yang

8

menyeluruh. Mereka dapat mengukuhkan ekonomi pendudukan kampung
Kerja bergotong-royong adalah satu sistem
secara sepadu.22
kemasyarakatan yang diamalkan dari generasi ke generasi sebagai amalan
adat masyarakat Melayu.
Muhibah dalam bermasyarakat
Muhibah dalam bermasyarakat telah menjadi teras utama pembinaan
keperibadian manusia sama ada di zaman silam dan semasa penulisan ini
dihasilkan.
Di zaman lampau, para pemimpin melaungkan slogan
“Muhibah dalam bermasyarakat” untuk memenangi hati semua kaum.
Slogan itu penting untuk menyatupadukan semua rakyat yang berbilang
kaum di negara ini. Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum
mempunyai fahaman dan anuti agama yang berbeza, tetapi menjalani
kehidupan aman dan sentosa.
P. Ramlee menyahut seruan dan saranan kerajaan, menjadi
muhibbah dalam bermasyarakat di dalam filemnya. Cetusan rasa dan
keperihatinan beliau menghasilkan beberapa buah filem menyelitkan isuisu kemuhibbahan di antara kaum adalah menjadi tanggungjawabnya.
Sama ada audiens sedari ataupun tidak peranan P. Ramlee melaksanakan
kehendaki kerajaan terserah pada penerimaan dan persepsi mereka sendiri.
Jaluran kemuhibbahan di antara kaum dapat dilihat dan dihayati dalam
filem Sesudah Subuh, Sarjan Hassan, Gerimis, Seniman Bujang Lapok,
Bujang Lapok dan lain-lain.

Filem Bujang Lapok

Filem Semerah Padi

Filem Madu Tiga

Selain itu, susunan masyarakat dalam disatukan di bawah satu
bumbung perpaduan pelbagai kaum dan keturunan. Gambaran tersebut
jelas dipaparkan di dalam filem-filem yang dinyatakan di atas. Umum
mengetahui bahawa filem adalah wadah yang paling dekat dengan
masyarakat audiens. Mereka terdedah dengan maklumat dan mesej yang
Melakukan kerja secara berkelompok ataupun „estet‟ adalah resam kehidupan di
kampung. Pendapatan secara berkelompok dapat menjana ekonomi orang kampung yang
kini mereka mengamalkan tradisi „syarikat koperasi‟ dimilik secara bersama tetapi bukan
individu.

22

9

pantas sehingga kesan penerimaannya juga pantas. Perubahan sosial
berlaku dengan drastik tanpa menggunakan baget yang besar.23 Tugas P.
Ramlee membawa perubahan ini seharusnya mendapat pengitirafan secara
global, tetapi tidak hanya rakyat negara ini sahaja mengetahui
sumbangannya.
Justeru, karya dalam filemnya membariskan beberapa pelakon
bukan Melayu, dapat mengassimilasikan slogan “Muhibah dalam
bermasyarakat”. Paparan elemen-elemen muhibah dalam filem P. Ramlee
jelas memberi kesan optimun melonjakkan paradigma kehidupan
bermasyarakat yang berharmoni di Malaysia.
Hormat dan menghargai
Satu bangsa yang disanjungi dan dihormati adalah bangsa bersopan-santun
dan berbudi bahasa. Sifat hormat dan menghargai sesama insan menjadi
tonggak aplikasi tabiat itu sejak turun-temurun lagi. P. Ramlee mendasari
pemikiran sebegitu sehingga dapat melonjakkan filem karyanya diterima
pelbagai lapisan masyarakat, contohnya filem Gerimis, Sesudah Subuh, dan
lain-lain.
Dalam filem Sarjan Hassan umpamanya, P. Ramlee memaparkan
sikap Hassan yang sangat menghormati bapa angkat dan orang gaji yang
membelanya dan menganggapkan Hassan macam anak sendiri. Begitu juga
Hassan yang menghormati rakan-rakannya dan Ajis yang dianggap
adiknya sendiri. Namun, Ajis sentiasa mencari helah untuk memercikkan
suasana kebencian terhadap Hassan. Hassan tetap dengan pendiriannya,
iaitu tetap menghormati Ajis kerana tidak mahu dikatakan “anak yang tidak
sedar diuntung”.
Begitu juga dailog-dailog yang terdapat dalam filem tersebut amat
merakyat sifatnya, kerana mudah ditauladani dan menusuk sanubari
audiens. Paparan ataupun gambaran kehidupan kekampungan yang sangat
realiti sebagai bukti sejarah sosial masyarakat Melayu yang sentiasa
terbela. Umpamanya, dalam filem Nujum Pak Belalang memaparkan
kehidupan orang kampung saling bantu-membantu dalam kerja perladangan
dan lain-lain. Mereka bekerja berpasukan dalam berusaha bercucuk tanam.
Jika berlaku musibah dan lain-lain hal, mereka sekampung cuba
menyelesaikan tanpa menggira darjah dan keturunan.
P. Ramlee menggambarkan Kacong dan Cinkaduk cuba memujuk
Pak Belalang berusaha di bendang bersama orang kampung.
Ini
memperlihatkan keprihatinan orang kampung mengenai kehidupan rakanrakan dan jiran mereka yang lain. Penghulu yang bertindak sebagai orang
tengah dalam segala hal, memperlihatkan tanggungjawapnya yang tidak
berbelah bagi. Gambaran ini sememangnya berlaku dalam kehidupan
masyarakat Melayu di zaman silam yang sangat menghormati jiran
23

Kerajaan tidak perlu mengeluarkan modal itu tujuan ini, kerana ianya berlaku secara
observasi secara perlahan-lahan. Peranan filem telah terbukti mempengaruhi minda
audiens, sebagaimana yang dilakukan oleh dunia barat.

10

sekampung. Jika berlaku sakit pening dan kematian, mereka sekampung
turun beramai-ramai melaksanakan.
Sejarah sosial sebegini dapat
digambarkan dengan jelas dalam filem-filem yang dikaji iaitu filem Bujang
Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Pendekar Bujang Lapok.
Kesimpulan
Zaman silam dan zaman mutakhir iaitu ketika tinjauan dilakukan, adalah
dua peralihan zaman yang banyak digambarkan dalam filem karya P.
Ramlee. Gambaran kehidupan masyarakat Melayu yang membabitkan
masyarakat majmuk menunjukkan bukti sejarah sosial kehidupan
masyarakat Malaysia. Kontrak sosial yang disebut dan dilaungkan dan
dipertikaikan individu tertentu sudah difilemkan sebagai tanda dan
pengesahannya sebagai modal insan negara. Gadingan kehidupan pelbagai
kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa dalam filem tersebut
dapat melahirkan perasaan kasih-sayang dan perpaduan di kalangan
mereka.
Masyarakat berbilang kaum di Malaysia adalah masyarakat yang
ideal dan terbilang, kerana boleh hidup dengan aman dan sentosa semacam
satu rumpun bangsa dan keluarga. Dalam filem P. Ramlee, bangsa lain
tidak ketinggalan dipaparkan dan digandingankan dengan pelakon bangsa
Melayu. Contohnya; orang Cina memegang watak peniaga, orang India
sebagai jiran tetangga, orang Sikh sebagai (jaga) bertindak mendamaikan
pertikaian dalam berbahasa dan hormat-menghormati. Paparan ini dapat
dilihat dalam Seniman Bujang Lapok, ketika seorang Jaga berketurunan
Sikh mengajar dan menyedarkan Sudin dan Aziz berbahasa iaitu
menghormati orang lain.
Kesemuanya ini dapat memperbetul dan mengajar manusia
berbahasa dan menghormati orang lain. Budaya mementingkan diri sendiri
tidak perlu wujud dalam masyarakat Malaysia, kerana gabungan semua
adat daripada semua bangsa dapat menjernih dan memberi nilai tambah
kepada budaya tempatan. Warna-warni kehidupan masyarakat Malaysia
yang dibangunkan oleh semua bangsa menjadi kontrak sosial serta
merakamkan sejarah sosialnya yang tidak dapat dipertikaikan oleh manamana pihak. Filem karya agong tersebut telah menggambarkan semua
aspek kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia yang sungguh menarik
dan dapat dikongsikan oleh semua bangsa.
Justeru, kajian ini dapat menimba dan merungkai fakta sejarah
sosial yang tidak mungkin boleh dipadamkan ataupun dipandang ringan
oleh golongan tertentu yang cuba ingin memecah-belahkan perpaduan
rakyat yang telah tertanam dengan suburnya sejak zaman berzaman.
Semua bangsa menerima filem Melayu karya seniman Agong P. Ramlee
sebagai satu sejarah sosial 1Malaysia yang menjadi slogan yang diihami
oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Najib Tun Razak sebagai peneraju
dan pemimpin di pentas pentadbiran negara mengikut acuan yang sama
sebagaimana paparan dalam filem P. Ramlee.

11

Rujukan
1. Asmah bt. Idris. (1999). Filem Melayu: Satu Analisis Historikal
Tumpuan Terhadap Idea, Bentuk dan Kandungan. Jabatan Pengajian
Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
2. Ahmad Sarji. (1999).
Pelandok Publication.

P. Ramlee: Erti Yang Sakti. Kuala Lumpur:

3. Aimi Jarr. (2008). Jejak Terbilang. Selangor: Perbadanan Kemajuan
Filem Nasional Malaysia.
4. Nik Amirul Mu‟min bin Nik Min. (1999), Filem: Pengaruh Medianya
Ke Atas Masyarakat Tinjauan Terhadap Filem-Filem Melayu. Jabatan
Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
5. Ninozaireen Hassan. (1999). Filem Melayu: Sejauhmana Paparan
Budaya Melayu. Jabatan Pengajian Media, Faklti Sastera dan Sains
Sosial. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
6. Mansor Puteh (2009). Filem Melayu Dilema Dua Era. Dewan Budaya,
Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
7. Madzniyah bt. Md. Jaafar (1985). Filem-Filem Arahan P. Ramlee:
Suatu Penelitian Dari Perspektif Budaya. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
8. Haniff Haji Hassan. (1990). Filem Komedi: Satu Analisa Ke atas
Filem-Filem Bujang Lapok. Universiti Kebangsaan Malaysia.
9. Ramli Mohamed. (2003). Senima dan Penontonan di Malaysia. Pulau
Pinang: Pusat Pengajian Komunikasi USM.
10. Lizawati Bahaman. (2000). Filem Penarik Beca Sebagai Karya Klasik
Melayu: Satu Kajian Konsep dan Teoritikal. Sintok: Universiti Utara
Malaysia.
11. Syed Muhad Kahirudin Aljunid. (2002). Films As Social History – P.
Ramlee‟s “Seniman Bujang Lapok” and Malays in Singapore (1950s60s). National University of Singapore.
12. Timothy White (2008). Historical Poetics, Malaysian Cinema, and the
Japanese Occupation: A Journal fof Film and audiovisual Media.
University of Waterloo Site.
13. Zaini Bt. Mohamed Hashim. (1984). Nilai Estetik Dalam Lagu-Lagu
Ciptaan dan Nyanyian P. Ramlee. Universiti Kebangsaan Malaysia.

12