undang undang kawalan penyebaran agama b

UNDANG-UNDANG KAWALAN PENYEBARAN AGAMA BUKAN ISLAM KEPADA
ORANG ISLAM – SATU PENILAIAN SELEPAS 50 TAHUN PERLEMBAGAAN1
PERSEKUTUAN
Oleh
NurHafilah Musa
Pensyarah
Fakulti Undang-undang
Universiti Kebangsaan Malaysia
hafilahmusa@gmail.com
Kebebasan beragama merupakan satu hak yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 11(4)
menyatakan bahawa negeri boleh membuat undang-undang untuk mengawal penyebaran agama bukan Islam
kepada orang Islam. Sehingga kini, kebanyakan negeri telah menggubal dan mewartakan Enakmen Kawalan
Agama Bukan Islam. Persoalannya, setelah sekian lama undang-undang ini digazetkan, amat jarang sekali
kedengaran mana-mana pihak dituduh dan dibicarakan menggunakan peruntukan tersebut. Walhal, kes-kes
orang Islam murtad semakin berleluasa sehingga mendapat sokongan daripada orang bukan Islam atas
alasan jaminan hak kebebasan beragama. Kertas kerja ini akan meninjau enakmen tersebut yang wujud di
beberapa buah negeri di Malaysia dan melihat kebekesanan serta penguatkuasaanya selepas 50 tahun
penggubalan Perlembagaan Persekutuan.

PENDAHULUAN
Islam merupakan agama yang menjadi sistem kehidupan masyarakat di Tanah Melayu sejak

pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-14. Hukum Islam dikanunkan dalan dua kod
undang-undang yang dikuatkuasakan di seluruh jajahan Melaka, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undangundang Laut Melaka. Kuasa asing yang memerintah Tanah Melayu sehinggalah British mengiktiraf
hubungan erat Islam dan Melayu serta menjadikan urusan adat istiadat orang Melayu dan Islam berada di
bawah kuasa Sultan. Pengaruh perundangan Islam pada zaman Melaka telah meresap ke dalam sistem
perundangan negeri-negeri Melayu dan tidak dapat dipisahkan.
Penggubalan Perlembagaan Persekutuan mengambil kira kedudukan Islam dalam masyarakat. Salah
satu perkara yang diambil kira oleh Suruhanjaya Reid dalam penggubalan perlembagaan Malaysia ialah
kepentingan memelihara kedudukan istimewa orang Melayu serta kepentingan kaum lain yang ada di Tanah
Melayu2. Walaupun perkataan Islam tidak dinyatakan secara jelas tetapi hubungan Melayu dan Islam tidak
dapat dipisahkan. Tun Salleh Abas pernah menyatakan bahawa ‘ The notion of a non-Muslim Malay is alien
to the Malay mind. Such a person would be a murtad – excluded from the faith. To be a Malay one must be a
Muslim, although he may not be a practising or devout Muslim.3
Rentetan daripada itu, walaupun laporan Suruhanjaya Reid dalam bab Hak-hak Asasi mencadangkan
supaya Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak kebebasan beragama termasuk hak
memeluk, mengamalkan dan menyebarkan agama, Perkara 57 dalam Kertas Putih Cadangan-cadangan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 menjelaskan bahawa hak menyebarkan agama bukan Islam
kepada orang Islam tertakluk kepada undang-undang negeri. Ini menunjukkan bahawa perbincangan ke arah
penggubalan Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf kedudukan dan kepentingan Islam dalam masyarakat di
Tanah Melayu pada masa itu.
Penulisan ini berhasrat untuk meninjau secara ringkas mengenai kesalahan murtad dalam Islam dan

menyorot sepintas lalu tentang kebebasan beragama di Malaysia tanpa membincangkan kes-kes yang telah

1

Kertas kerja ini dibentangkan dalam Persidangan Tuanku Jaafar 2007, 21 & 22 Ogos 2007, anjuran Fakulti Undangundang UKM
2
Federation of Malaya Constitutional Commission, 1956-1957 Report
3
Mohd Salleh Abas, Traditional Elements of the Malaysian Constitution’ in F.A. Trindade & H.P. Lee (eds), (1986)
The Constitution of Malaysia : Further Perspectives and Developments, Oxford University Press, ms 5

1

diputuskan. Fokus utama penulis ialah untuk meneliti dan menilai Enakmen Kawalan Penyebaran Agama
Bukan Islam kepada Orang Islam yang dikuatkuasakan di beberapa buah negeri Malaysia serta melihat
beberapa isu dan perkembangan yang berkaitan dengannya.
MURTAD & PERBUATAN MENGAJAK ORANG ISLAM MURTAD
Murtad didefinisikan sebagai meninggalkan agama Islam dan keluar daripadanya selepas
menganutinya. Murtad merupakan salah satu daripada jenayah hudud dan hukuman ke atas orang Islam yang
keluar daripada agama Islam ialah hukuman bunuh4. Islam menghukum orang yang murtad kerana orang ini

dikira bertindak melawan Islam yang menjadi sistem pemerintahan dalam masyarakat5. Dalam perspektif
perundangan Islam, tidak ada kebebasan beragama bagi orang yang mengaku dirinya Islam. Jenayah murtad
merupakan jenayah terhadap agama dan jika orang yang murtad ini dibiarkan begitu sahaja dalam sebuah
negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Islam, orang ini akan menjejaskan maqasid syariah agama
Islam yang pertama, iaitu memelihara agama.
Para ulama telah mengemukakan pelbagai pendapat tentang bagaimana pemeliharaan agama ini
dilakukan sama ada dari sudut perbuatan yang berbentuk pengukuhan agama atau perbuatan yang
menghalang perkara yang boleh menjejaskan agama. Ibnu Taimiyah, misalnya, berpendapat bahawa menjaga
agama dari sudut mengukuhkannya boleh dilakukan dengan mematuhi perintah Allah serta mengetahui sifatsifat dan nama-nama-Nya. Selain itu, perbuatan yang dikira termasuk dalam memelihara agama ialah
berpegang dengan ajaran Islam, mempelajarinya dan menyeru orang lain kepada Islam6. Manakala menjaga
agama dari aspek menghindari daripada perbuatan yang boleh menjejaskannya ialah dengan menjauhkan diri
daripada perbuatan syirik dan riya', memerangi golongan murtad dan berhati-hati daripada melakukan
perkara bid'ah dan menentang golongan yang melakukan perkara bid'ah7.
Imam al-'Izz ibn ‘Abd al-Salam bersetuju dengan pendapat Ibnu Taimiyah dan menambah bahawa
memelihara agama juga boleh dilakukan dengan menegakkan syiar agama melalui pelbagai ibadat serta
melaksanakan ketaatan kepada Allah. Dari aspek tegahan, beliau berpendapat bahawa, orang Islam perlu
mencegah, menegah dan menghindari daripada perbuatan yang membawa kepada kekufuran, syirik dan
bid'ah. Orang Islam juga perlu menjauhi daripada bergaul dengan orang kafir sehingga membawa kepada
kesesatan, menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah dan memberi fatwa dalam keadaan tidak
berilmu. Islam juga mensyariatkan hudud dan ta'zir sebagai hukuman ke atas mereka yang melakukan

perbuatan yang melanggar hak Allah, atau dalam erti kata lain, bertentangan dengan ajaran Islam. Jihad juga
termasuk dalam perkara yang dituntut ke arah mengukuhkan agama kerana tanpa jihad atau perjuangan,
Islam tidak akan tertegak di atas muka bumi ini8.
Kedua-dua orang ulama' yang dinyatakan di atas mengemukakan pendapat yang hampir sama
mengenai bagaimana pemeliharaan agama dilakukan. Penekanan lebih banyak diberi kepada aspek amalan
ketaatan dan menghindari daripada melakukan maksiat dan perkara-perkara bid'ah. Jihad juga merupakan
sebahagian daripada usaha-usaha untuk memelihara kepentingan agama. Apa yang tidak dikemukakan oleh
mereka ialah aspek perundangan, iaitu bagaimana syariat mengadakan peraturan tertentu bagi mengawal hak
kebebasan beragama bagi orang bukan Islam selari dengan konsep pemeliharaan agama yang dikehendaki
berdasarkan maqasid syariah.
Bahaya terbesar menimpa umat Islam ialah bahaya yang meruntuhkan aqidah. Oleh itu, murtad
merupakan bahaya yang paling besar kepada masyarakat Islam9. Gejala murtad yang dilakukan oleh
seseorang itu perlu ditentang dan dihapuskan supaya tidak merebak kepada orang lain yang seterusnya

4

Rujuk surah ali Imran : 85-89 dan Sahih Bukhari (edisi ketiga, terjemahan Dr. Muhammad Muhsin Khan),Kitab
Istitabah al-Murtaddin wa al-Mua’nidin wa Qitaluhum, Bab Hukm al-Murtad wa al-Murtaddah, Hadith no. 57
5
Abdul Qadir Audah (t.t.) At-Tasyri’ al-Jinaii al-Islami – Muqarinan bi al-Qanun al-Wadhii (Juzu’ 2) Beirut : Dar AlKitab Al-‘Arabi, ms 661-662

6
Yusuf Ahmad Muhammad al-Badwiy (2000) Maqasid Syari’ah 'inda Ibn Taimiyah. Jordan : Dar al-Nafais li an-Nasyr
wa al-Tawzi', ms. 448-450
7
Ibid.,ms. 453-457
8
‘Umar Salih ‘Umar (2003) Maqasid Syari’ah 'inda al-Imam al-'Izz ibn Abd al-Salam. Jordan : Dar al-Nafais, ms. 477
9
Yusuf Qaradhawi (2000) Jenayah Murtad dan Hukumannya menurut Perspektif al-Quran dan Sunnah, Shah Alam :
RMi Multimedia Publishing, ms 47

2

menyebabkan murtad secara ramai ibarat kata pepatah ‘kebakaran yang besar berpunca daripada api yang
kecil’.10 Oleh itu, perbuatan mengajak orang Islam untuk keluar daripada agama Islam merupakan satu
perbuatan yang mengancam agama Islam dan dikira satu kesalahan. Menjadi tangungjawab pemerintah umat
Islam untuk menggubal undang-undang bagi mengawal dan menyekat penyebaran agama bukan Islam
kepada orang Islam.
TINJAUAN RINGKAS KEBEBASAN BERAGAMA DI MALAYSIA
Kebebasan beragama merupakan hak yang dijamin bagi semua orang, sama ada warganegara atau

tidak, di dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa
setiap orang di Malaysia berhak menganut, mengamalkan dan menyebarkan agama. Perkara 11 boleh
dikaitkan dengan Perkara 3 kerana Perkara 11 jelas memberi keistimewaan kepada orang-orang Islam. Ini
jelas kelihatan dalam fasal 4 yang melarang penyebaran agama-agama selain Islam kepada orang
Islam.Walaupun kebebasan beragama dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan, ia tidak dihuraikan dengan
jelas. Larangan menyebarkan agama-agama lain kepada orang Islam secara langsung menunjukkan
kelebihan yang diberikan kepada Islam berbanding agama-agama lain.11
Wu Min Aun, dalam membincangkan peruntukan 11(4) Perlembagaan Persekutuan berpendapat :
It is clear that while non-Muslims are free to practise their religions and to proselyte them, they may
not propagate their religions to Muslims. State and Federal laws have been enacted to restrict such
propagation. However, Islam may be propagated to non-Muslims. In consequence, the right to
propagate is not equal; but given the Islamic law relating to apostasy; it is not difficult to decipher
the rationale. A balance is drawn between the freedom to parctice religion and the requirement of
Article 11(4).....This fragile balance is constantly under pressure through the conduct of both
Muslims and non-Muslim alike. Islam and Christianity are both evangelistic in their practice of faith
and in consequence, they are more prone to conflict in terms of proselytizing12.
Apa yang cuba dikemukakan oleh beliau ialah dalam konteks Malaysia yang mempunyai penduduk
pelbagai bangsa dan agama, Perkara 11(4) kelihatan agak tidak adil. Namun, penganut agama bukan Islam
yang mengetahui bahawa murtad atau perbuatan keluar daripada agama Islam itu suatu kesalahan akan
memahami mengapa peruntukan sebegitu diperlukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang

mana-mana negara digubal berlandaskan realiti semasa dan sejarah negara tersebut. Dalam konteks
Malaysia, sejarah pelaksanaan perundangan Islam dan faktor majoriti penduduk yang beragama Islam tanpa
mengira bangsa perlu diiktiraf dan diambil kira dalam menrangka perlembagaan.
Dalam sebuah masyarakat yang berbilang bangsa dan agama seperti di Malaysia, undang-undang
berfungsi untuk mewujudkan dan mengekalkan persekitaran di mana semua kepercayaan boleh bersaing
secara aman, berdasarkan ajaran agama mereka. Namun begitu, layanan yang sama terhadap semua agama
tidak bermakna semua agama mempunyai kebenaran yang sama.13
Melihat keadilan dari sudut falsafah konvensional adalah sesuatu yang ilusif dan tidak berpijak di
bumi yang nyata. Banyak perkara, apabila dibahagi sama rata, tidak membawa keadilan. Keadilan boleh
berlaku walaupun hak tidak diberi sama rata tetapi diberi bersesuaian dengan keadaan serta kewajaran.
Sejarah Tanah Melayu sememangnya memaparkan sistem perundangan Islam yang bertapak lebih awal dan
lebih menyeluruh pelaksanaannya. Oleh itu, tidak semestinya tidak adil apabila Perlembagaan Persekutuan
memberi kelebihan kepada agama Islam dan penganutnya14.
Hak Menyebarkan Agama

10

Ibid., ms 48-49
Abdul Aziz Bari (2005) Islam dalam Perlembagaan Malaysia, Petaling Jaya : Intel Multimedia & Publication, ms 117
12

Wu Min Aun & RH Hickling (2003) Hickling’s Malaysian Public Law, Petaling Jaya : Pearson Malaysia, ms 110
13
Tan, Kevin YL & Thio Li-Ann (1997) Constitutional Law in Malaysia and Singapore. Singapore,
Hong Kong & Malaysia : Butterworths Asia, ms 877
14
Saya berterima kasih kepada Prof. Abdul Aziz Bari atas pandangan beliau dalam hal ini
11

3

Penyebaran agama merupakan salah satu elemen penting untuk memastikan ajaran agama tersebut
akan diikuti oleh lebih ramai orang. Maksud hak penyebaran ialah seseorang itu boleh menyebarkan
pengetahuan agamanya dengan memberitahu orang lain tentang prinsip-prinsipnya. Ini bererti akan berlaku
interaksi secara ilmiah antara dua orang atau lebih melalui pelbagai cara tanpa menggunakan paksaan,
pujukan atau penipuan. Ini kerana orang yang diseru itulah nanti yang akan membuat keputusan sama ada
mahu mengikut agama tersebut atau tidak15.
Penyebaran agama berlaku melalui pelbagai medium. Medium lisan termasuklah perbualan,
ceramah, ucapan dan lain-lain manakala penyebaran melalui media cetakan mungkin dalam berbentuk buku,
artikel, risalah dan sebagainya. Dalam dunia yang serba canggih ini, teknologi banyak membantu dalam
penyebaran agama seperti internet yang boleh menyalurkan maklumat ke serata dunia. Walaupun begitu,

terdapat kawalan yang dilakukan ke atas penyebaran agama bukan Islam terutamanya penyebaran terhadap
orang Islam.
Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan,
Undang-undang negeri dan mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan
Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa
iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam.
Berdasarkan peruntukan di atas, terdapat beberapa undang-undang di peringkat negeri yang telah
digubal untuk mengawal kebebasan beragama kerana hak ini bukan satu hak yang mutlak. Prof Shad Saleem
Faruqi berpendapat tujuan Perkara 11(4) dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan ialah untuk
melindungi orang Melayu daripada kuasa antarabangsa yang menjalankan aktiviti pengembangan agama
bukan Islam di Malaysia yang telah berakar umbi sejak pentadbiran penjajah Inggeris16. Kawalan undangundang ke atas hak kebebasan beragama di Malaysia boleh dibahagikan kepada kawalan ke atas orang bukan
Islam dan kawalan ke atas orang Islam.
Lee Min Choon telah memberi beberapa pandangan mengenai tafsiran Perkara 11(4). Umumnya,
beliau merasakan peruntukan ini tidaklah menghalang penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam
tetapi hanya memberi kuasa kepada kerajaan negeri untuk membataskannya sahaja. Beliau menghujahkan
bahawa, pertama, hak untuk menyebarkan agama di mana sahaja di Malaysia merupakan hak mutlak
sehinggalah ada negeri yan meluluskan undang-undang mengawal hak tersebut, iaitu menyebarkan agama
bukan Islam kepada orang Islam. Perbuatan menyebarkana agama bukan Islam kepada orang Islam tidak
menjadi satu kesalahan sehingga ada undang-undang yang dikuatkuasakan mengenainya.
Kedua, beliau mengatakan bahawa Perkara 11(4) hanya membataskan kategori orang yang boleh

disebarkan agama kepadanya. Masyarakat Islam ialah satu-satunya kategori yang dihadkan penyebaran
agama bukan Islam kepada mereka. Tiada sebarang sekatan untuk menyebarkan agama kepada penganutpenganut agama lain. Oleh yang demikian, pengembangan agama kepada penganut agama selain daripada
penganut agama Islam adalah dibolehkan di sisi undang-undang.
Ketiga, beliau juga melihat bahawa peruntukan 11(4) tidak menyatakan kawalan akan dikenakan ke
atas agama bukan Islam sahaja kerana frasa ‘apa-apa iktikad atau kepercayaan agama’ adalah umum. Ia
boleh meliputi juga agama Islam. Hujah beliau yang keempat ialah Perkara 11(4) menggunakan perkataan
‘mengawal’ dan ‘menyekat’ bukan ‘menghalang’ atau ‘mengharamkan sama sekali’. Oleh itu, undangundang yang boleh dikuatkuasakan oleh negeri-negeri hanya boleh mengawal dan menyekat tetapi tidak
boleh menghalang daripada penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam17.
Sebarang tafsiran mengenai peruntukan Perlembagaan Persekutuan perlu dilakukan seiring dan selari
dengan peruntukan-peruntukan lain yang berkaitan. Dato’ Faiza Tamby Chik, dalam membuat keputusan kes
Lina Joy di peringkat Mahkamah Tinggi, berpendapat bahawa, dengan menggunakan prinsip ‘harmonious
construction’, peruntukan 11(1) perlu dibaca bersama-sama Perkara 3(1), 12(2), 74, 121(1A) dan 160

15

Lee Min Choon (1999) Freedom of Religion in Malaysia. Kuala Lumpur : Kairos Research Centre, ms 83
Shad Saleem Faruqi (25th May 2006) Constitutional Limits on Religious Liberty.
http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=14215
17
Lee Min Choon, op. cit., ms 89

16

4

Perlembagaan Persekutuan untuk memberi makna yang dikehendaki oleh penggubal perlembagaan. Beliau
menambah bahawa terdapat hubungan yang jelas antara Perkara 3(1) dan 11(1) di mana kedua-duanya
menyentuh tentang isu agama. Perkara 11(4) adalah natijah daripada perisytiharan bahawa Islam adalah
agama Persekutuan18.
Oleh yang demikian, mentafsirkan mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan secara
bersendirian tanpa merujuk kepada peruntukan-peruntukan lain yang berkaitan akan memberi implikasi yang
bertentangan dengan sejarah dan perkembangan masyarakat yang ada sekarang. Sekalipun Perkara 11(4)
menyatakan bahawa kerajaan negeri ‘boleh menyekat dan mengawal penyebaran agama bukan Islam kepada
orang bukan Islam’, ini menunjukkan bahawa perbuatan mengembangkan agama bukan Islam, dengan
mengambil kira kedudukan kesalahan murtad sebagai satu kesalahan yang besar di sisi agama Islam, perlu
dijadikan satu kesalahan kerana boleh menggugat kedudukan agama Islam itu sendiri.
Kes Jamaluddin Othman19 merupakan kes yang sering dirujuk mengenai kebebasan menyebarkan
agama di Malaysia. Kes ini diputuskan di peringkat Mahkamah Tinggi pada tahun 1988, 31 tahun selepas
penggubalan Perlembagaan Persekutuan. Jamaluddin telah ditahan di bawah ISA kerana dikatakan terlibat
dalam kegiatan menyebarkan agama Kristian kepada orang Islam. Pada masa tahanan dilakukan ke atas
beliau, Wilayah Persekutuan tidak mempunyai sebarang undang-undang yang menghalang penyebaran
agama bukan Islam kepada orang Islam sebagaimana yang dibenarkan di bawah Perkara 11(4) Perlembagaan
Persekutuan. Oleh kerana Yang Arif Hakim merujuk kepada Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan
berkaitan undang-undang menentang subversif serta tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan
sebagainya, beliau berpendapat bahawa tahanan yang dilakukan itu di luar skop Perkara 149 dan dianggap
tidak sah. Sekiranya Kerajaan Persekutuan menggubal undang-undang di bawah Perkara 11(4) untuk
Wilayah Persekutuan, sudah tentu kes seumpama ini akan dibicarakan di bawah undang-undang tersebut.
ENAKMEN KAWALAN PENYEBARAN AGAMA BUKAN ISLAM KEPADA ORANG ISLAM
Terdapat beberapa aspek kawalan kebebasan beragama yang dikenakan ke atas orang bukan Islam di
Malaysia khususnya berkaitan pengamalan dan penyebaran agama. Senarai II Jadual Kesembilan
Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa negeri-negeri mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan
undang-undang untuk mengawal pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam. Hak untuk
menyebarkan agama merupakan hak yang boleh dikawal dan disekat oleh kerajaan negeri. Tujuan mengapa
negeri diberi bidang kuasa untuk mengawal pengembangan agama bukan Islam ialah aktiviti penyebaran
agama boleh menyebabkan tercetusnya perselisihan antara penganut agama-agama. Ini boleh menjejaskan
ketenteraman awam dan memerlukan kuasa kerajaan negeri untuk menangani masalah setempat.20
Beberapa negeri yang telah menguatkuasakan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan
Agama Bukan Islam ialah Kelantan, Negeri Sembilan, Kedah, Pahang, Melaka, Johor dan Perak21.
Contohnya seksyen 4 Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam (Johor)
1991 menyatakan,
(1) Seseorang melakukan suatu kesalahan jika ia (a) memujuk, mempengaruhi, memaksa atau menghasut; atau
(b) mengadakan atau mengendalikan apa-apa aktiviti, pertunjukan, hiburan atau persembahan di
mana isi kandungannya atau perutusannya adalah bertujuan untuk memujuk, mempengaruhi atau
menghasut seorang Islam –

18

Lina Joy v Majlis Agama Islam Wilayah & Anor [2004] 2 MLJ 119, 129
Jamaluddin Othman v Menteri Hal Ehwal dalam Negeri Malaysia & Anor [1989] 1 MLJ 368
20
Mohamed Imam, Freedom of Religion under the Federal Constitution – A Reappraisal (1994) 2 CLJ lvii, lxxxiii
21
Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Ugama Bukan Islam (Kelantan) 1981, Enakmen Kawalan dan
Sekatan (Pengembangan Agama-agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam) (Negeri Sembilan) 1991, Enakmen
Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam (Kedah) 1988, Enakmen Kawalan dan Sekatan
Pengembangan Agama-agama Bukan Islam (Pahang) 1989, Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama
Bukan Islam kepada Orang Islam (Melaka) 1988, Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan
Islam (Johor) 1991) dan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam (Perak) 1988

19

5

(i) supaya menjadi penganut atau anggota atau cenderung ke arah suatu agama bukan Islam; atau
(ii) supaya meninggalkan atau tidak suka kepada agama Islam
(2) Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen kecil (1) boleh, apabila
disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh
tidak lebih daripada empat tahun atau kedua-dua denda dan penjara itu.
Walaupun kebanyakan negeri di seluruh Malaysia telah menggubal dan menguatkuasakan undangundang untuk mengawal penyebaran agama lain di kalangan orang Islam, terdapat 4 buah negeri yang masih
belum lagi berbuat demikian. Negeri-negeri tersebut ialah Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan
Putrajaya), Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Pada sekitar pertengahan tahun lepas, YAB Perdana Menteri
Malaysia telah mengarahkan keempat-empat negeri tersebut supaya mengambil tindakan untuk menggubal
undang-undang yang sesuai bagi mengawal penyebaran atau pengembangan apa-apa iktikad dan
kepercayaan lain di kalangan orang Islam22. Bagi negeri Terengganu, setakat carian yang telah dilakukan,
tidak dijumpai sebarang enakmen atau peruntukan undang-undang berkaitan kawalan pengembangan agama
bukan Islam kepada orang Islam.
Masalah sekatan dalam penyebaran agama merupakan satu isu yang hangat sejak dahulu lagi.
Disebabkan faktor negara Malaysia yang berbilang bangsa dan agama, penyebaran agama di kalangan rakyat
adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Larangan penyebaran agama lain kepada orang Islam ialah
untuk memelihara pengikut agama Islam dilihat sebagai sekatan yang bertentangan dengan hak kebebasan
beragama. Mereka yang melihat hak ini dalam konteks universal berpendapat bahawa hak untuk
menyebarkan agama perlu diberikan sama rata kepada semua agama. Namun begitu, untuk menjamin
keharmonian dan keamanan masyarakat berbilang bangsa dan agama di Malaysia, sekatan ini perlu untuk
menjaga status agama Islam sebagai agama rasmi dan untuk menjaga sensitiviti umat Islam di Malaysia.
Hampir kesemua negeri di Malaysia mempunyai Enakmen Kawalan Penyebaran Agama Bukan
Islam kepada Orang Islam cuma nama yang digunapakai berbeza-beza mengikut negeri. Oleh kerana isi
kandungannya hampir sama, penulisan ini hanya akan menumpukan kepada Enakmen Kawalan dan Sekatan
(Pengembangan Agama-agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam) (Negeri Sembilan) 1991(selepas ini
disebut ‘Enakmen’).
Enakmen ini diluluskan pada tahun 1991, agak lewat berbanding negeri-negeri lain yang meluluskan
enakmen yang sama pada sekitar tahun 1980-an. Dinyatakan pada bahagian awal Enakmen bahawa tujuan
undang-undang ini ialah untuk mengawal dan menyekat pengembangan iktikad dan kepercayaankepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang-orang yang menganuti agama Islam. Enakmen ini
mengandungi 15 fasal yang dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu Bahagian I – Permulaan, Bahagian II –
Kesalahan-kesalahan dan Bahagian III – Penguatkuasaan dan Pelbagai.
Fasal 2(1) Enakmen mentafsirkan agama bukan Islam bererti,
Agama Kristian, Hindu, Buddha, Sikh, Yahudi atau apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang
mana-mana agama tersebut, dan termasuklah apa-apa pegangan, ideologi, falsafah, atau apa-apa
kumpulan atau sistem amalan atau penunaian –
(a) Yang mana salah satu daripada sifat-sifatnya ialah menyembah suatu wujudan atau kuasa
kebatinan atau ghaib, sama ada benar atau yang disangkakan; atau
(b) Yang mengakui bahawa tujuannya atau salah satu daripada tujuan-tujuannya ialah pencapaian
pengajaran kebatinan, perlindungan kebatinan atau kewujudan kebatinan,
Iaitu suatu pegangan, ideologi, falsafah atau kumpulan atau sistem amalan atau penunaian yang
tidak diakui oleh agama Islam sebagai agama Islam.

Gubal Perundangan –PM-Kawal pengembangan agama lain di kalangan orang Islam
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0822&pub=Utusan_Malaysia&sec=muka_hadapan&pg=m
h_01.htm
22

6

Tafsiran yang diberikan mengenai agama bukan Islam bukan sahaja meliputi agama-agama utama
yang dianuti oleh penduduk Malaysia tetapi juga apa-apa pegangan, ideologi, falsafah atau sistem amalan
yang tidak diakui oleh Islam sebagai agama Islam. Boleh diandaikan bahawa kumpulan-kumpulan ajaran
sesat yang digazetkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau yang difatwakan oleh Majlis
Fatwa Kebangsaan atau Majlis Fatwa Negeri termasuk dalam definisi ini.
Fasal 2 turut mentakrifkan beberapa istilah lain yang dianggap sebagai media penyebaran seperti
‘bahan publisiti’, ‘filem’, ‘rakaman audio’ dan ‘terbitan’. Daripada huraian yang diberikan di bawah Fasal 2,
boleh disimpulkan bahawa apa-apa sahaja bahan, sama ada bentuk bercetak di atas helaian kertas atau
berbentuk rakaman boleh dianggap sebagai bahan sebaran. Fasal 2(2) menghuraikan apakah yang
dimaksudkan terbitan mengenai agama bukan Islam, iaitu yang mengandungi pegangan ajaran tersebut atau
yang bertujuan memberi maklumat mengenai ajaran tersebut atau bertujuan memujuk, mempengaruhi,
memaksa atau menghasut orang supaya menjadi penganut atau anggota ajaran tersebut atau mempelajari
atau bertanya tentang ajaran tersebut atau mempunyai kombinasi tujuan yang telah dinyatakan. Namun
begitu Fasal 3 menjelaskan bahawa suatu terbitan agama bukan Islam tidak menjadi subjek kesalahan di
bawah Enakmen ini jika diterbitkan bagi kepentingan umat Islam.
Bahagian II Enakmen mengandungi 6 fasal yang menghuraikan jenis-jenis kesalahan yang
dikategorikan sebagai perbuatan mengembangkan agama bukan Islam kepada orang Islam. Jadual di bawah
menerangkan secara ringkas jenis-jenis kesalahan dan hukuman yang dikenakan.
Fasal Kesalahan

Hukuman

4

kesalahan memujuk, mempengaruhi, memaksa atau Denda tidak melebihi RM10,000
menghasut seorang Islam untuk menjadi seorang pengikut atau penjara tidak melebihi 3
ajaran bukan Islam
tahun atau kedua-duanya

5

Kesalahan mendedahkan seorang Islam di bawah umur 18 Denda tidak melebihi RM10,000
tahun kepada pengaruh-pengaruh suatu agama bukan Islam
atau penjara tidak melebihi 3
tahun atau kedua-duanya

6

Kesalahan mendekati seorang Islam untuk mendedahkannya Denda tidak melebihi RM5000
kepada apa-apa ucapan atau pertunjukkan apa-apa perkara atau penjara tidak melebihi 2
mengenai suatu agama bukan Islam
tahun atau kedua-duanya

7

Kesalahan menghantar atau menyerahkan terbitan-terbitan Denda tidak melebihi RM5000
mengenai apa-apa agama bukan Islam kepada orang yang atau penjara tidak melebihi 2
beragama Islam
tahun atau kedua-duanya

8

Kesalahan membahagikan apa-apa terbitan atau bahan Denda tidak melebihi RM3000
publisiti mengenai agama bukan Islam kepada orang yang atau penjara tidak melebihi
beragama Islam
setahun atau kedua-duanya

9

Kesalahan berhubung penggunaan perkataan-perkataan dan Denda tidak melebihi RM1000
perbahasan-perbahasan tertentu yang bersumber Islam (Rujuk atau penjara tidak melebihi 6
Jadual Bahagian I & II dalam Enakmen)
bulan atau kedua-duanya

Penelitian yang dilakukan ke atas setiap fasal dalam Bahagian II mendapati, umumnya, setiap fasal
mempunyai lima perkara, iaitu cara kesalahan dilakukan, tujuan perbuatan tersebut, hukuman, pembelaan
dan perbuatan yang tidak dikira sebagai pembelaan. Contohnya, Fasal 4(1) menyatakan bahawa perbuatan
yang dianggap kesalahan ialah memujuk, mempengaruhi, memaksa atau menghasut atau mengadakan apaapa aktiviti, pertunjukan, hiburan atau persembahan yang mana isi kandungannyabertujuan memujuk,
mempengaruhi atau menghasut seorang Islam supaya menjadi penganut ajaran bukan Islam atau cenderung
kepada mana-mana agama bukan Islam atau meninggalkan atau tidak suka kepada agama Islam. Fasal 4(2)
menjelaskan tentang hukuman manakala Fasal 4(3) menerangkan bahawa boleh menjadi suatu pembelaan
jika tertuduh mempunyai sebab untuk mempercayai dan sebenarnya mempercayai bahawa orang yang
7

ditujukan itu bukan seorang Islam. Fasal 4(4) menyebut bahawa tidak menjadi suatu pembelaan jika orang
yang ditujukan itu tidak terpengaruh dengan apa-apa yang dilakukan oleh yang tertuduh kepadanya.
Persoalan mengenai bagaimana untuk mengetahui sama ada seseorang itu beragama Islam atau tidak
bagi tujuan membuktikan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini dijawab oleh Fasal 3. Fasal ini
menerangkan bahawa persoalan sama ada seseorang itu Islam atau tidak hendaklah diputuskan mengikut
kriteria reputasi am, tanpa membuat apa-apa percubaan untuk mempersoalkan keimana, kepercayaan,
kelakuan, perangai, watak, perbuatan atau kemungkiran orang itu.
PENGUATKUASAAN ENAKMEN
Fasal 1(2) menyatakan bahawa Enakmen ini dipakai bagi Negeri Sembilan sahaja. Fasal 2(1)
menghuraikan siapakah yang dimaksudkan pegawai diberikuasa. Pegawai ini ialah pegawai awam yang
dilantik di bawah seksyen 10 supaya menjalankan kuasa-kuasa pegawai yang diberikuasa di bawah Enakmen
ini, dan termasuklah seorang pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada Inspektor. Seksyen 10
menerangkan bahawa Pihak Berkuasa Negeri, iaitu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, boleh
melantik mana-mana pegawai awam menjadi seorang pegawai diberikuasa di bawah Enakmen ini.
Pelantikan dibuat secara bertulis. Mengikut Fasal 11(3) menyebut bahawa mana-mana pegawai yang dilantik
mempunyai kad kuasa yang hendaklah dikemukakan apabila menjalankan tugas.
Pihak yang boleh membuat dakwaan ke atas pelaku kesalahan ini ialah Pendakwa Raya termasuk
Timbalan Pendakwa Raya. Fasal 11 (1) menghuraikan bahawa semua kesalahan di bawah Enakmen ini
disifatkan sebagai kesalahan boleh tangkap dan kes boleh tangkap bagi maksud Kanun Prosedur Jenayah.
Secara tidak langsung, ini menunjukkan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini merupakan kesalahan
jenayah yang berkait rapat dengan peruntukan dalam Kanun Keseksaan dan prosedur-prosedur sebelum
perbicaraan mengunapakai peruntukan dalam Kanun Prosedur Jenayah. Kesalahan boleh tangkap, mengikut
Kanun Prosedur Jenayah ialah kesalahan yang mana pelakunya boleh ditangkap tanpa waran. Oleh yang
demikian, sesiapa yang disyaki melakukan mana-mana kesalahan dalam Enakmen ini boleh ditangkap tanpa
memerlukan waran tangkap.
Fasal 13 dan 14 menerangkan tentang kuasa pegawai yang diberikuasa untuk menghendaki saksisaksi hadir dan kuasa membuat penyiasatan yang diberi kepada pegawai tersebut. Fasal 15 menjelaskan
tentang pengendalian pendakwaan di mana-mana setiap pegawai diberikuasa atau mana-mana pegawai polis
berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh mengendalikan pendakwaan berkaitan mana-mana
kesalahan di bawah Enakmen ini.
Kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini dibicarakan di mahkamah sivil dan bukan di mahkamah
syariah walaupun kesalahan yang dilakukan menyentuh diri orang Islam dan agama Islam. Selain itu, proses
pembuktian di mahkamah sivil tertakluk kepada Akta Keterangan 1950 dan bukan Enakmen Keterangan
Mahkamah Syariah. Merujuk kepada takat hukuman yang dikenakan ke atas pihak yang tertuduh, kes
seumpama ini dibicarakan di Mahkamah Majistret.
Realiti yag berlaku sekarang ialah penyebaran maklumat berlaku begitu pantas. Undang-undang
yang digubal hampir 20 tahun dahulu di kesemua negeri-negeri memerlukan satu semakan. Perkembangan
sains dan teknologi telah membolehkan sebaran maklumat berlaku melalui telefon bimbit mahupun
komputer. Kecanggihan teknologi telefon bimbit bukan sahaja mengeluarkan suara malahan sebarang teks
atau gambar boleh diedarkan secara percuma atau dengan kos yang amat murah. Teknologi jalur lebar
membolehkan apa sahaja maklumat disampaikan dari satu tempat lain ke tempat lain tanpa menggunakan
seurat wayar.
Kemajuan dalan teknologi komunikasi dan perhubungan sememangnya memberi kemudahan kepada
manusia tetapi dalam masa yang sama, jika tidak dipantau, boleh membawa kemudaratan. Penyebaran agama
bukan Islam boleh berlaku dan sedang berlaku secara meluas. Perbuatan ini tidak semestinya satu kesalahan
tetapi boleh terjatuh dalam mana-mana peruntukan kesalahan di bawah Enakmen. Apa yang menjadi titik
tumpuan di sini ialah adakah peruntukan kesalahan dalam Enakmen ini selari dengan perkembangan sains
dan teknologi yang semakin canggih sekarang ?

8

Sehingga kini, hanya negeri Pahang yang menguatkuasakan undang-undang kawalan pengembangan
agama bukan Islam. Dalam kes PP lwn Krishnan a/l Muthu23, pengadu telah berkenalan dan bercinta dengan
pihak tertuduh selama tujuh tahun. Pihak tertuduh sudah beristeri. Apabila pengadu tidak mepunyai tempat
tinggal, dia memohon kebenaran pihak tertuduh dan isterinya untuk tinggal bersama. Beberapa pertengkaran
telah berlaku antara pengadu dan pihak tertuduh sehingga melaibatkan pergaduhan. Pengadu pernah diugut
keluar daripada agama Islam dan memeluk agama Hindu. Pengadu juga pernah disuruh bersumpah dengan
kuil Hindu dan pernah dilarang mengerjakan solat. Selain dari dikenakan pertuduhan di bawah peruntukan
Kanun Keseksaan, pihak tertuduh juga dikenakan denda sebanyak RM1,500 dan penjara selama 20 haro di
bawah seksyen 4(2)(i) Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam negeri
Pahang 198924.
PERKEMBANGAN TERKINI
Kelantan merupakan antara negeri yang terawal menggubal dan meluluskan enakmen seumpama ini.
Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Ugama Bukan Islam negeri Kelantan telah dikuatkuasakan
pada tahun 1981. Jadual di bawah menghuraikan kesalahan-kesalahan serta hukuman yang termaktub dalam
Enakmen tersebut. Terdapat perbezaan yang ketara antara peruntukan hukuman dalam Enakmen Kelantan
dan Enakmen Negeri Sembilan memandangkan perbezaan tempoh penggubalan dan penguatkuasaan antara
kedua-dua negeri ini ialah 10 tahun.
Fasal Kesalahan

Hukuman

4(2)

kesalahan memujuk, mempengaruhi, memaksa atau Denda tidak melebihi RM10,000
menghasut seorang Islam untuk menjadi seorang pengikut atau penjara 1 tahun atau keduaajaran bukan Islam
duanya

5(2)

Kesalahan mendedahkan seorang Islam di bawah umur 18 Denda tidak melebihi RM10,000
tahun kepada pengaruh-pengaruh suatu agama bukan Islam atau penjara 1 tahun atau keduaduanya

6(2)

Kesalahan
mendekati
seorang
Islam
untuk Denda tidak melebihi RM5000
mendedahkannya
kepada
apa-apa
ucapan
atau atau penjara 6 bulan atau keduapertunjukkan apa-apa perkara mengenai suatu agama duanya
bukan Islam

7(2)

Kesalahan menghantar atau menyerahkan terbitan-terbitan Denda tidak melebihi RM3000
mengenai apa-apa agama bukan Islam kepada orang yang atau penjara 3 bulan atau keduaberagama Islam
duanya

8(2)

Kesalahan membahagikan apa-apa terbitan atau bahan Denda RM1000
publisiti mengenai agama bukan Islam kepada orang yang
beragama Islam

9(2)

Kesalahan berhubung penggunaan perkataan-perkataan dan Denda RM1000
perbahasan-perbahasan tertentu yang bersumber Islam
(Rujuk Jadual Bahagian I & II) dalam Enakmen)

Kerajaan Kelantan telah mengambil inisiatif meminda beberapa peruntukan di dalam Enakmen
Kawalan dan Sekatan Pengembangan Ugama Bukan Islam dengan meluluskan Enakmen Kawalan dan
Sekatan Pengembangan Ugama Bukan Islam (Pindaan) 2007 semasa Sidang Dewan Negeri pada bulan Mei
lalu. Kesemua seksyen berkaitan kesalahan telah dipinda dengan meningkatkan hukuman ke atas setiap
kesalahan tersebut.

23

Kes rujukan : MA 83-146-2002
Mohamed Azam Mohamed Adil, ‘Kebebasan Beragama dan Hukuman ke atas orang Murtad di Malaysia, dalam
Ahmad Hidayat Buang (ed.)(2005) Mahkamah Syariah di Malaysia, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, ms 174

24

9

Fasal Hukuman Dahulu

Hukuman Sekarang

4(2)

Denda RM10,000 atau penjara Denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 5
1 tahun atau kedua-duanya
tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan sebatan

5(2)

Denda RM10,000 atau penjara Denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 5
1 tahun atau kedua-duanya
tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan sebatan

6(2)

Denda RM5000 atau penjara 6 Denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 5
bulan atau kedua-duanya
tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan sebatan

7(2)

Denda RM3000 atau penjara 3 Denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 5
bulan atau kedua-duanya
tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan sebatan

8(2)

Denda RM1000

Denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 5
tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan sebatan

9(2)

Denda RM1000

Denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 5
tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan sebatan

KESIMPULAN & CADANGAN
Semua pihak perlu mengiktiraf kedudukan agama Islam yang dinyatakan dalam Perlembagaan
Persekutuan. Dengan itu, masyarakat tidak akan mentafsirkan hak kebebasan beragam secara mutlak tanpa
melihat latar belakang sejarah penggubalan Perlembagaan serta memahami implikasi perbuatan keluar
daripada agama Islam ke atas orang Islam.
Oleh kerana Islam telah diletakkan dalam bidangkuasa negeri, maka pihak berkuasa negeri perlu
lebih tegas dan menggunakan bidang kuasa yang ada. Apa yang menjadi masalah ialah tidak semua negeri
telah meluluskan enakmen untuk mengawal penyebaran agama lain kepada umat Islam. Selain itu, timbul
juga persoalan keberkesanan peruntukan berkenaan dalam menangani masalah murtad. Ini memandangkan
kepada terhadnya bidang kuasa mahkamah syariah.25
Disebabkan sudah ada peruntukan yang memberi kuasa kepada negeri dan kerajaan Persekutuan,
bagi Wilayah-wilayah Persekutuan, untuk menguatkuasakan undang-undang bagi mengawal penyebaran
agama bukan Islam kepada orang Islam, kuasa ini perlu digunakan bagi memelihara kesucian agama Islam
dan menjaga akidah umat Islam di Malaysia. Agensi-agensi kerajaan yang berkaitan seperti Jabatan
Perkhidmatan Awam dan Jabatan Peguam Negeri serta cawangan-cawangannya perlulah mengambil inisiatif
mewujudkan jawatan dan mengadakan peruntukan undang-undang serta peraturan yang sewajarnya. Semua
pihak perlu bertanggungjawab dan memainkan peranan agar kuasa yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan tidak tinggal peruntukan semata-mata tanpa diberi nafas kuasa perundangan yang sebenar.
Pihak Jabatan Agama Islam, terutamanya bahagian penguatkuasaan serta pihak polis di negeri-negeri
turut terlibat dalam menguatkuasakan undang-undang kawalan penyebaran agama bukan Islam. Latihan yang
secukupnya perlu diberikan kepada kakitangan Jabatan Agama Islam negeri supaya memahami prosedur
Acara Jenayah di mahkamah sivil termasuk prosedur keterangan sebagaimana yang terkandung dalam Akta
Keterangan 195026. Pihak polis juga perlu diberi kefahaman yang jelas mengenai ajaran-ajaran selain agama
Islam yang mungkin disebarkan kepada orang Islam. Pendedahan kepada fatwa-fatwa serta ciri-ciri
kumpulan ajaran sesat yang telah digazetkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia juga amat mustahak
agar setiap kakitangan yang terbabit bagi melicinkan lagi penguatkuasaan undang-undang.

25
26

Abdul Aziz Bari (2005) op.cit., ms 127
Saya berterima kasih kepada Prof. Madya Dr. Faridah Jalil atas pandangan beliau dalam hal ini

10

BIBLIOGRAFI
1. Abdul Aziz Bari (2005) Islam dalam Perlembagaan Malaysia, Petaling Jaya : Intel Multimedia &
Publication
2. Abdul Qadir Audah (t.t.) At-Tasyri’ al-Jinaii al-Islami – Muqarinan bi al-Qanun al-Wadhii (Juzu’ 2)
Beirut : Dar Al-Kitab Al-‘Arabi
3. Federation of Malaya Constitutional Commission, 1956-1957 Report
4. Gubal Perundangan –PM-Kawal pengembangan agama lain di kalangan orang Islam
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0822&pub=Utusan_Malaysia&sec=muka_h
adapan&pg=mh_01.htm
5. Jamaluddin Othman v Menteri Hal Ehwal dalam Negeri Malaysia & Anor [1989] 1 MLJ 368
6. Lee Min Choon (1999) Freedom of Religion in Malaysia. Kuala Lumpur : Kairos Research Centre
7. Lina Joy v Majlis Agama Islam Wilayah & Anor [2004] 2 MLJ 119
8. Mohamed Azam Mohamed Adil, ‘Kebebasan Beragama dan Hukuman ke atas orang Murtad di
Malaysia, dalam Ahmad Hidayat Buang (ed.) (2005) Mahkamah Syariah di Malaysia, Kuala Lumpur :
Universiti Malaya
9. Mohamed Imam, Freedom of Religion in the Federal Constitution (1994) 2 CLJ lvii
10. Mohd Salleh Abas,’ Traditional Elements of the Malaysian Constitution’ in F.A. Trindade & H.P. Lee
(eds), (1986) The Constitution of Malaysia : Further Perspectives and Developments, Oxford University
Press
11. Shad Saleem Faruqi (25th May 2006) Constitutional Limits on Religious Liberty.
http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=14215
12. Tan, Kevin YL & Thio Li-Ann (1997) Constitutional Law in Malaysia and Singapore. Singapore,
Hong Kong & Malaysia : Butterworths Asia
13. ‘Umar Salih ‘Umar (2003) Maqasid Syari’ah 'inda al-Imam al-'Izz ibn Abd al-Salam. Jordan : Dar alNafais
14. Wu Min Aun & RH Hickling (2003) Hickling’s Malaysian Public Law, Petaling Jaya : Pearson Malaysia
15. Yusuf Ahmad Muhammad al-Badwiy (2000) Maqasid Syari’ah 'inda Ibn Taimiyah. Jordan : Dar alNafais li an-Nasyr wa al-Tawzi'
16. Yusuf Qaradhawi (2000) Jenayah Murtad dan Hukumannya menurut Perspektif al-Quran dan Sunnah,
Shah Alam : RMi Multimedia Publishing

11