Adab Bersama al Quran dalam Kalangan Pel

Adab Bersama al-Quran dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah
Oleh
Bhasah Abu Bakar, Mohd Najib Jaafar
Azizi Ismail dan Salako Taofiki Ajani
Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai.
ABSTRAK:
Kajian ini dijalankan untuk melihat konstruk adab bersama al-Quran dalam kalangan
pelajar-pelajar Sekolah Menengah di daerah Nilai, Negeri Sembilan. Pelajar-pelajar diasuh
untuk membaca al-Quran melalui kelas wajib fardhu ain atau KAFA semasa menuntut di
Sekolah Rendah. Kajian ini melibatkan sejumlah 232 orang pelajar dari empat buah Sekolah
Menengah Kebangsaan, yang terdiri dari 139 lelaki dan 93 perempuan, yang berumur antara
13 ke 16 tahun. Soalselidik yang dibina menggunakan skala kekerapan untuk mengukur
kekerapan para pelajar mengamalkan aktiviti itu dinyatakan dalam instrumen berkenaan.
Sebanyak 44 item telah berjaya dibina untuk mengukur amalan pelajar dalam aktiviti yang
berkaitan dengan adab bersama al-Quran seperti yang telah diajar oleh guru-guru mereka
semasa belajar di Sekolah Rendah dan juga dari bimbingan ibubapa mereka di rumah dan
orang ramai. Kajian ini mendapati kekerapan amalan mereka mematuhi etika bersama alQuran didapati berada pada tahap yang sederhana dengan min = 2.94 dan sisihan piawai =
0.289 – peringkat mengorganisasi. Kajian ini juga mendapati terdapat perbezaan yang
ketara antara pelajar lelaki (min=2.87, sp=0.278) dan perempuan (min=3.04, sp=0.275)
dalam amalan etika bersama al-Quran. Terdapat peningkatan dalam kekerapan amalan
bersama al-Quran dari Tingkatan 1 (min=2.936, sp=0.309) hingga ke Tingkatan 4

(min=2.946, sp=0.239).
Kata kunci: qiblah, penghayatan, siwak,
PENGENALAN
Akhlak merupakan cermin keperibadian seseorang, sehingga baik buruknya seseorang itu
menjadi pengukuran dari keperibadiannya. Al-Quran adalah sumber pokok dalam berperilaku
dan menjadi acuan kehidupan, kerana di dalamnya terdapat berbagai aturan kehidupan yang
dimulai dari hal yang penting kepada hal yang sederhana. Jika al-Quran telah dapat dihayati
dengan sebaiknya dalam kehidupan setiap insan, maka ketenangan dan ketenteraman jiwa
akan menjadi budaya hidup yang murni (Abdullah, 2008). Menurut Wan Aminurrashid
(2002), istilah adab mempunyai persamaan dengan etiket, yang bermaksud, ilmu yang
mengajar perlakuan baik dan buruk manusia berdasarkan kepada al-Quran dan hadith. Dengan
kata lain, adab dalam Islam bukanlah sesuatu yang dicipta atau diada-adakan oleh manusia
menurut kehendak atau kemahuan nafsu mereka sendiri. Manakala adab terhadap al-Quran
adalah memelihara dan menjaga kemuliaan al-Quran dengan mempraktikkan adab-adab yang
dituntut sebelum, semasa dan selepas membaca al-Quran.
Amalan adab bersama al-Quran dikalangan pelajar khususnya pelajar Sekolah Menengah
dilihat semakin ditinggalkan dan hanya kadang-kadang sahaja diamalkan dalam kehidupan
harian mereka. Kajian dari Bhasah et al (2010) mendapati min pembacaan al-Quran dalam
1


kalangan awal remaja adalah pada 2.75 dengan sisihan piawai=0.58 pada skala 4. Surah yang
paling kerap dibaca ialah surah al-Ikhlas dengan kekerapan hampir 60%, manakala surah alGhasiah (8.8%) merupakan surah yang paling rendah peratusan pembacaan dalam kalangan
awal remaja masakini. Punca masalah ini terjadi disebabkan kurangnya galakan membaca alQuran daripada ibubapa di rumah mahupun guru di sekolah. Ada juga sebahagian besar
pelajar yang tidak tahu mengenai adab-adab yang perlu dijaga semasa bersama al-Quran.
Keadaan ini secara tidak langsung mendorong pelajar jauh dari mengamalkan budaya
membaca al-Quran dalam kehidupan mereka. Selain itu juga, kajian mengenai adab bersama
al-Quran dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah juga kurang dibuat secara terperinci dan
menyeluruh.
Penyelidik memilih tajuk kajian yang ringkas ini untuk merungkai persoalan mengenai
amalan adab-adab bersama al-Quran dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah dengan
mengenalpasti samaada pelajar mengamalkan adab-adab terhadap al-Quran ataupun tidak.
Pendekatan ini dilakukan agar pembelajaran adab dan akhlak di sekolah khususnya adab dan
akhlak terhadap al-Quran dipandang serius oleh pihak-pihak yang berkenaan. Ini kerana amat
penting dan dituntut dalam Islam agar umatnya sentiasa beradab dan berakhlak terhadap
Quran bagi memelihara kesucian dan kemuliaan al-Quran yang merupakan mukjizat terbesar
bagi nabi kita Muhammad saw.
ADAB MEMBACA QURAN
1. Adab yang mula-mula yang wajib ke atas pembaca ialah ikhlas. Ini termasuk juga
adab meraikan al-Quran. Sewajarnya seseorang qari mengingatkan didalam hatinya
bahawa dia sedang bermunajat dengan Allah swt dan sedang membaca seperti keadaan

orang yang sedang melihat Allah swt dan Allah melihatnya.
2. Apabila hendak membaca al-Quran hendaklah terlebih dahulu membersihkan
mulutnya (bersiwak) yakni bersugi dengan memberus gigi. Alat yang paling baik
untuk bersugi ialah dengan menggunakan kayu siwak
3. Digalakkan orang yang membaca al-Quran dalam keadaan suci. Jika membaca dalam
keadaan berhadas, maka hukumnya adalah harus berdasarkan Ijma’ul Muslim. Kata
Imam al-Haramain dia tidak dikatakan telah membuat perkara yang makruh tetapi
dikatakan telah meninggalkan yang afdal. Adapun haram membaca al-Quran bagi
mereka yang berhadas besar kecuali membaca didalam hati tanpa lafaz.
4. Hendaklah berwuduk sebelum membaca al-Quran. Perlu bertayammum jika tidak ada
air. Jika dibaca dalam keadaan Muhdis (yakni tidak bersuci terlebih dahulu), maka
hukumnya boleh juga dengan sepakaat ulama kaum Muslimin.
5. Kitab suci al-Quran hendaklah dipegang, memberi atau menerimnya dengan tangan
kanan, bukannnya tangan kiri. Hendaklah memuliakan al-Quran dengan
memegangnya dengan tangan kanan kerana al-Quran adalah kitab yang suci.
6. Di sunatkan membaca al-Quran di tempat yang bersih dan terpilih kesuciannya. Asysya’bi berkata, makruh membaca al-Quran di tiga tempat: di tempat mandi, tempat
buang air dan tempat penggilingan gandum. Dirawayatkan daripada Abu Maisarah,
“tidaklah disebut nama Allah, kecuali di tempat yang baik”.

2


7. Ketika duduk membaca al-Quran dianjurkan mengadap kiblat, memberi perhatian dan
tunduk kepada al-Quran. Bahkan boleh berdiri, duduk dan tidur berbaring dilantai
ketika membaca al-Quran, tetapi jangan duduk bersilang kaki sambil menyandar, baik
duduk ialah mengadap kiblat” (Imam Nawawi).
Firman Allah swt yang maksudnya: ia itu orang yang menyebut dan mengingati Allah
semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan
mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan dumi (sambil berkata): Wahai
tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha suci
engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka (surah al-Imaran: 191)
8. Membaca basmallah pada tiap-tiap permulaan surah al-Quran, kecuali surat at-Baraah.
Perlu juga membaca istia’zah sebelum memulakan membaca al-Quran. Sesetengah
ulama’ mengatakan: Dia mengucapkan istia’zah selepas bacaan kerana firman Allah
swt yang maksudnya: “oleh itu, apabila engaku membaca al-Quran, maka hendaklah
Engkau terlebih dahulu memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan
yang kena rejam”. (Surah al-Nahl: 98)
Memohon perlindungan ialah mengharapkan pemeliharaan dan penjagaan Allah dari
syaitan terkutuk dan sesiapa sahaja yang berniat jahat. Golongan keji ini tidak akan
dapat menyesatkan manusia yang beriman dan memegang pertunjuk Allah swt. Allah
swt menegaskan dalam firmannya yang bermaksud, “sesungguhnya syaitan itu tidak

mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang yang beriman dan yang berserah
bulat-bulat kepada Tuhan mereka”. (Surah al-Nahl:99)
9. Membaca al-Quran secara tertil. Para ulama berpendapat bahawa disunatkan membaca
al-Quran dengan cara tartil yang maksudnya: ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya,
dan bacalah al-Quran dengan tertil. (surah al-Muzammil:4). Tartil ialah membaca
dengan terang iaitu membaca dengan teratur dan perlahan-lahan serta membaguskan
bacaan huruf dan mengenal wakafnya.
10. Apabila memulakan bacaan maka hendaklah dia khusu’ dan meneliti maknya.
Membaca al-Quran dengan penuh khusyu’ dan tawaddhu’ kerana takut kepada Allah
swt. Firman Allah swt yang maksudnya: dan mereka segera tunduk sujud itu sambil
menangis, sedang al-Quran menambahkan mereka khusyu’ (Surah al-Isra’:109).
Sesungguhnya membaca al-Quran dengan khusyu’ dapat menambahkan keimanan
kepada mereka yang membacanya.
METODOLOGI:
Persampelan
Penyelidik telah menggunakan convenience sampling bagi mendapatkan pelajar-pelajar dari
empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan di persekitaran daerah Nilai, Negeri Sembilan
sebagai partisipan kajian. Mereka merupakan satu kumpulan individu yang berada di
Tingkatan 1 hingga ke Tingkatan 4 tanpa memasukkan pelajar dari Tingkatan 3 yang akan
mengambil peperiksaan PMR pada akhir Tahun 2012 nanti. Huraian sampel adalah seperti

dalam Jadual 1 – Demografi partisipan. Bilangan sampel dianggap mencukupi berdasarkan
formula yang dikemukakan oleh Linda dan James (1986).
3

Jadual 1: Demografi Partisipan
Maklumat Demografi

Bilangan (%)

Lelaki
Perempuan

139 (59.9)
93 (40.1)

Tingkatan 1
Tingkatan 2
Tingkatan 4

84 (36.4)

76 (32.9)
71 (30.7)

Jantina
Tingkatan

Tempat Tinggal
Bandar
Taman
Kampung
Pendapatan Keluarga Sebulan
RM 2000.00 dan kebawah
RM 2000.00 ke 3000.00
RM 3001.00 ke 4000.00
RM 4001.00 ke 5000.00
Lebih RM 5000.00
Pekerjaan Bapa
Kerajaan
Swasta
Sendiri

Pekerjaan Ibu
Kerajaan
Swasta
Sendiri
Program TV yang diminati
Sukan
Hiburan
Ceramah dan Motivasi
Belajar Tentang Adab Membaca al-Quran
Tidak Pernah
Kadang-Kadang
Kerap
Sentiasa
Menyertai Program Ceramah Agama
Tidak Pernah
Kadang-Kadang
Kerap
Sentiasa
Mengikuti Kelas Pengajian Agama di Luar
Waktu Sekolah

Tidak Pernah
Kadang-Kadang
Kerap
Sentiasa

28 (12.3)
147 (64.5)
53 (23.2)
101
63
21
15
18

(46.3)
(28.9)
(09.6)
(06.9)
(08.3)


67 (30.6)
102 (46.6)
50 (22.8)
39 (20.9)
39 (20.9)
109 (58.3)
95 (42.2)
112 (49.8)
18 (08.0)
06
136
51
39

(02.6)
(58.6)
(22.0)
(16.8)

24

175
21
10

(10.4)
(76.1)
(09.1)
(04.3)

82
110
15
23

(35.7)
(47.8)
(06.5)
(10.0)

4

Instrumen:

Instrumen kajian terdiri dari dua bahagian; Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A adalah
untuk mendapatkan maklumat latarbelakang partisipan dan maklumat kajian adalah dari
Bahagian B. Item-item yang kami bina adalah bertujuan untuk mengukur konstruk adab
bersama al-Quran, sebelum, semasa dan sesudah membacanya. Penyelidik telah berjaya
mengumpul sebanyak 44 item yang apabila dibuatkan analisis factor ia telah dapat dikecilkan
kepada 14 sub-konstruk adab bersama al-Quran. Penyelidik telahpun membuat item validasi
dari pensyarah-pensyarah yang merupakan pakar-pakar pengajian dari Fakulti Quran dan
Sunnah dan mendapati 86% pengesahan dari mereka. Kajian ini menggunakan kaedah
persampelan convenient melibatkan seramai 232 orang partisipan yang telah dipilih secara
rawak dari ke empat-empat sekolah berkenaan. Konstruk pengukuran adalah kekerapan perlakuan
mereka terhadap beberapa aktivit dengan al-Quran.

Prosedur:
Dalam proses kami menentukan perlakuan partisipan bila bersama al-Quran, penyelidik telah
menggunakan rekabentuk penghayatan afektif dari Krathwohl untuk menentukan darjah atau
tahap adab mereka apabila bersama-sama (pendampingan) dengan al-Quran. Penyelidik telah
menggunakan skala Likert dengan 4 skala kekerapan dimana 1 = Tidak pernah, 2 = Kadangkadang, 3 = Kerap kali dan 4 = Sentiasa. Jadual 2 menunjukkan asas pengiraan dan skor yang
terbit dari penggunaan skala Likert kepada taksonomi Krathwohl bagi domain afektif. Nilai
skala Likert yang telah ditransformasikan kepada taksonomi Krathwohl adalah seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 2 di mana unit sela perbezaan antara sela adalah pada 0.59.
Lantaran itu, skor untuk setiap peringkat dalam taksonomi Krathwohl juga dihitung mengikut
sela yang telah ditentukan itu.
Jadual 2:

Menggunakan 4 Skala Likert dengan menyesuaikan kepada 5 Kategori
Domain Afektif secara linear.

Peringkat Taksonomi
Krathwohl

Skor

Jarak

Menerima

1.00 – 1.60

0.60

Merespon

1.61 – 2.20

0.59

Menilai

2.21 – 2.80

0.59

Mengorganisasi

2.81 – 3.40

0.59

Menghayati

3.41 – 4.00

0.59

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap adab partisipan bila bersama al-Quran dalam
kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Nilai, Negeri Sembilan. Di samping itu, kajian
ini cuba melihat kedudukan tahap penghayatan pelajar berdasarkan domain afektif seperti
yang dijelaskan oleh Krathwohl (1966).
5

SOALAN KAJIAN:
Berdasarkan objektif kajian yang disediakan, maka soalan kajian yang dikemukakan adalah
seperti berikut:
1. Apakah tahap adab bersama al-Quran ?
2. Dimanakah kedudukan tahap adab bersama al-Quran partisipan berkenaan dalam
domain taksonomi afektif Krathwohl (1966) ?
3. Adakah terdapat perbezaan adab bersama al-Quran berdasarkan jantina dan
tingkatan ?
ANALISIS DATA:
Kajian ini dilakukan untuk mendapatkan jawapan kepada ketiga-tiga soalan kajian yang
dikemukakan itu agar mendapat satu keputusan yang terbaik terhadap perlakuan partisipan
terhadap pendampingan mereka dengan al-Quran. Ini bermakna, kajian tidak hanya
menumpukan kepada aktiviti pembacaan, tetapi juga kepada penghormatan mereka kepada alQuran itu sendiri – Qalamullah.
Soalan Kajian 1.
Apakah tahap adab bersama al-Quran ?
Untuk menjawab persoalan ini, beberapa aktiviti berkaitan dengan hubungan partisipan
dengan al-Quran telah dikemukakan melalui instrument yang diedarkan kepada mereka.
Berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti mereka bersama al-Quran, beberapa rumusan boleh
dibuat berdasarkan pengakuan mereka yang jujur terhadap pemdampingan dengan al-Quran.
Secara umumnya, tahap atau kekerapan amalan mereka dengan al-Quran adalah dianggap
baik. Ini dapata diperhatikan melalui Jadual 3 yang menerangkan peratusan perlakuan bagi
aktiviti-aktiviti pembacaan al-Quran. Penghormatan mereka terhadap al-Quran adalah pada
tahap yang baik dengan skor min 2.94 dengan sisihan piawai 0.289. Ini bermakna partisipan
begitu kerap dalam mematuhi adab-adab dalam pendampingan mereka dengan al-Quran.
Jadual 3: Peratusan Perlakuan bagi Aktiviti-aktiviti Adab Bersama al-Quran
Aktiviti Pembacaan al-Quran

N

% Kekerapan Setiap Kategori
TP

KK

K

S

Min

Sisihan
Piawai

Saya mengambil wudu' sebelum membaca
al-Quran

231

1.3

21.2

15.6

61.9

3.38

.861

Saya bersugi sebelum membaca al-quran

230

33

42.2

13.9

10.9

2.03

.953

Saya mencari tempat yang bersih untuk
membaca al-Quran

229

1.3

3.9

17.5

77.3

3.71

.605

Saya memastikan saya bersih dari hadas
kecil sebelum membaca al-Quran

231

1.3

6.9

18.6

73.2

3.64

.671

Saya memastikan saya bersih dari hadas
besar contohnya haid, bermimpi keluar air

227

5.7

7.9

13.2

73.1

3.54

.868

6

mani sebelum baca al-Quran
Saya memilih tempat yang sunyi untuk baca
al-Quran

230

21.7

30.0

21.7

26.5

2.53

1.104

Saya membaca bismillah sebelum membaca
al-quran

229

1.3

4.8

7.0

86.9

3.79

.582

Saya pernah membaca buku tentang
kepentingan menutup aurat sebelum baca alQuran

231

5.6

50.2

21.6

22.5

2.61

.897

Saya mengadap kiblat semasa membaca alQuran

228

7.9

42.1

16.2

33.8

2.76

1.010

Saya menutup kepala semasa membaca alQuran

232

14.2

30.2

12.1

43.5

2.85

1.135

Saya memakai pakaian yang bersih semasa
membaca al-Quran

231

0.9

7.8

20.3

71.0

3.61

.668

Saya menutup aurat semasa membaca alQuran

232

3.9

18.1

21.1

56.9

3.31

.901

Saya menggunakan kedua-dua belah tangan
semasa memegang al-Quran

230

3.0

18.3

21.3

57.4

3.33

.879

Saya kusyu dan tenang semasa membaca alQuran

232

4.7

37.1

37.1

21.1

2.75

.843

Saya membaca al-Quran secara tenang dan
perlahan-lahan

232

4.3

28.4

33.6

33.6

2.97

.892

Saya berbual-bual semasa membaca alQuran*

231

0.9

8.7

55.0

35.5

3.25

.644

Saya membaca al-Quran dalam tandas*

232

0.0

0.9

7.3

91.8

3.91

.316

Saya membaca al-Quran dengan suara yang
merdu

232

22.4

48.7

19.0

9.9

2.16

.887

Saya membaca al-Quran sambil baring

231

93.5

4.3

1.7

0.4

1.09

.379

Saya membaca al-Quran dengan tajwid yang
betul

232

5.6

53.9

27.6

12.9

2.48

.789

Saya membaca al-Quran dengan memahami
maksud – terjemahan

232

35.3

53.9

5.6

5.2

1.81

.762

Saya meletakkan al-Quran di tempat yang
tinggi selepas membacanya

232

3.9

14.7

18.5

62.9

3.41

.878

Saya berdoa selepas membaca al-Quran

229

13.1

43.2

18.3

25.3

2.56

1.010

Saya membaca al-Quran sambil mendengar
radio*

230

0.4

0.9

4.3

94.3

3.93

.335

Saya membaca al-Quran di masjid

231

22.5

59.7

9.1

8.7

2.04

.815

Saya membaca al-Quran di padang*

230

0.9

0.0

4.8

94.3

3.93

.348

Saya membaca al-Quran sambil berjalan*

229

0.9

0.9

4.8

93.4

3.91

.392

7

Saya menghadiri ceramah tentang adab
membaca al-Quran

230

22.2

57.0

11.3

9.6

2.08

.845

Saya membaca al-Quran sambil menonton
TV – Telivisyen

229

0.9

1.7

9.6

87.8

3.84

.470

Saya membaca al-Quran sambil makan*

231

0.0

0.9

1.7

97.4

3.97

.226

Saya membaca al-Quran dalam pasar* kawasan bising

230

0.4

2.6

24.8

72.2

3.69

.543

Saya meletakkan Quran di tempat yang
rendah*

231

1.3

1.7

26.3

70.3

3.66

.581

Saya membaca al-Quran selepas solat

231

6.5

55.4

19.5

18.6

2.50

.869

Saya membaca al-Quran sebelum solat

227

37.9

53.7

7.0

1.3

1.72

.652

Saya membaca al-Quran tanpa menghayati
kandungan*

230

2.2

10.9

59.6

27.4

3.12

.676

Saya membaca al-Quran sambil duduk

229

4.4

3.1

11.8

80.8

3.69

.734

Saya gemar membaca al-quran

229

6.1

56.8

24.0

13.1

2.44

.796

Saya membaca al-Quran sambil bergurau
dengan kawan*

231

1.3

3.9

17.3

77.5

3.71

.603

Saya membaca al-Quran setiap hari

230

7.8

61.7

18.3

12.2

2.35

.793

Saya membaca al-Quran bersama ayah

230

33.0

49.6

10.0

7.4

1.92

.850

Saya membaca al-Quran bersama ibu

230

21.7

48.7

15.2

14.3

2.22

.948

Saya membaca al-Quran bersama guru

231

12.6

52.4

18.2

16.9

2.39

.912

Saya membaca al-Quran bersama kawankawan

231

19.9

51.5

16.9

11.7

2.20

.893

Saya membaca al-Quran bersama adekberadek

230

23.5

38.3

16.1

22.2

2.37

1.073

Lagenda:
TP = Tidak Pernah, KK=Kadang-Kadang, K= Kerap dan S=Sentiasa.
Soalan Kajian 2.
Dimanakah kedudukan tahap adab bersama al-Quran partisipan berkenaan dalam taksonomi
domain afektif Krathwohl (1964) ?
Penyelidik telah mentransformasikan 4 skala Likert kepada 5 skala Likert secara linear untuk
menepati 5 kategori hieraki domain afektif Krathwohl. Di sini kita akan dapati bahawa tiada
partisipan berada pada tahap menerima. Hampir 66% partisipan adalah berada pada tahap
mengorganisasi adab bersama al-Quran pada diri mereka. Seperkara lagi yang dapat dilihat di
sini ialah 6% partisipan juga adalah berada pada tahap menghayati dalam adab-adab bila
bersama al-Quran. Namun demikian, terdapat 26.7% para partisipan yang masih lagi dalam
proses menilai tentang perlakuan yang sewajarnya dilakukan untuk dijadikan amalan apabila
8

mereka mendatangi/mendampingi al–Quran. Keadaan ini dapat diperhatikan dalam Jadual 4
berikut.
Jadual 4:

Tahap Adab Pendampingan al-Quran berdasarkan Skala Likert
Bil.

Tahap Penghayatan

Kekerapan (f)

Peratusan (%)

1

Menerima

-

-

2

Merespon

03

01.3

3

Menilai

62

26.7

4

Mengorganisasi

153

65.9

5

Menghayati

14

06.0

Jumlah

232

100

Soalan Kajian 3.
Adakah terdapat perbezaan adab bersama al-Quran berdasarkan Jantina dan Tingkatan ?
Ujian-t digunakan untuk menentukan perbezaan adab bila bersama al-Quran berdasarkan
jantina. Pada umumnya didapati partisipan perempuan(min=3.039, sp=0.275) lebih beradab
dalam pendampingan mereka dengan al-Quran berbanding partisipan lelaki (min=2.865,
sp=0.278). Perbezaannya juga adalah signifikan statistic dengan nilai-t(230) = - 4.686, p < 0.01.
Jadual 5: Ujian-t Perbezaan adab bersama al-quran antara partisipan lelaki dan
perempuan.
Jantina

N

Min

Sisihan Piawai

t

Dk

Sig.

Lelaki

139

2.865

0.278

- 4.686

230

0.000**

Perempuan

93

3.039

0.275

** p < 0.01
Adab bersama al-Quran adalah lebih tinggi pada partisipan Tingkatan 4 (min=2.946,
sp=0.239) berbanding dengan partisipan di Tingkatan 1 (min=2.936, sp=0.308) dan Tingkatan
2 (min=2.922, sp=0.313). Namun demikian, partisipan Tingkatan 2 lebih rendah berbanding
dengan partisipan di Tingkatan 1. Apabila ujian ANOVA dijalankan ke atas perbezaan adab
bersama al-Quran ke atas ketiga-tiga Tingkatan ini, didapati, perbezaan adalah tidak
signifikan statistic F(2,228) = 0.129, p > 0.05. Ini bermakna, walaupun pelajar Tingkatan 4
menunjukkan peradaban bersama al-Quran agak tertinggi dengan lain-lain tingkatan, namun
perbezaan itu tidaklah signifikan. Pada hakikatnya, adab bersama al-Quran adalah sama
sahaja bagi partisipan di Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 4.

9

Jadual 6: Skor min dan sisihan Piawai bagi Adab Bersama al-Quran Berdasarkan
Tingkatan.
Tingkatan

N

Min

Sisihan Piawai

Tingkatan 1

84

2.936

0.308

Tingkatan 2

76

2.922

0.313

Tingkatan 4

71

2.946

0.239

Jadual 7: ANOVA Bagi Perbezaan Adab Bersama al-Quran Berdasarkan Tingkatan.
Sumber

Jumlah
Kuasa Dua

Dk

Min Kuasa
Dua

F

Sig.

Antara Kumpulan

0.022

2

0.011

0.129

0.879

Dalam Kumpulan

19.252

228

0.084

Jumlah

19.273

230

p> 0.05
RUMUSAN:
Al-Quran merupakan sebuah buku yang mengumpulkan firman-firman Allah swt diturunkan
kepada Rasulnya Muhammad saw secara terus atau melalui malaikatnya dalam tempoh 23
tahun. Ianya merupakan sebuah buku yang suci dan menjadi panduan, bimbingan dan segalagalanya dari Allah swt untuk hambanya yang berada di muka bumi ini mendapat
keredhaanNYA di dunia dan di akhirat. Lantaran itu adalah menjadi tanggungjawab kepada
ummatnya untuk memastikan firman-firman Allah swt itu dapat dijaga dengan baik dan
diletakkan di satu tempat yang suci dan mulia. Oleh itu kedengaran pada masa kini bagaimana
ummat Islam merusuh dan melakukan sesuatu apabila didapati terdapat al-Quran di hina oleh
mereka yang tidak bertanggungjawab dan tidak sensitive dengan nilai sesebuah al-Quran itu
kepada orang-orang Islam.
Alhamdullillah, kajian ini telah menampakkan tahap penghormatan dan pengiktirafan pelajarpelajar awal remaja yang berada di Sekolah Menengah dan dapat memahami serta
menunjukkan sikap yang begitu perihatin terhadap al-Quran. Namun demikian terdapat lagi
beberapa adab yang perlu diberikan perhatian lebih apabila berada bersama-sama al-Quran.
Ini jelas ditunjukkan dari item-item kajian yang menunjukkan pelajar-pelajar kita agar lebih
memahami al-Quran bila membacanya. Di dapati juga, pelajar perempuan lebih beradab bila
berhadapan dengan al-Quran. Mereka tahu dan memahami perkara-perkara yang perlu
dilakukan bila kita memegang atau ingin membaca al-Quran atau penghormatan yang harus
diberikan kepada kitab Allah swt ini. Di samping itu, penyelidik juga mendapati, kadar
10

pembacaan awal remaja kita kian meningkat apabila umur mereka terus meningkat dari
setahun ke setahun – dari Tingkatan 1 ke Tingkatan 4.
RUJUKAN:
Abdullah Huseri (2008). Nilai-nilai pendidikan akhlak dalam al-Quran. Fakultas Ilmu
Tarbiyah dan Keguruan, universitas Islam Negeri (UIN) syarif Hidayatul Jakarta.
Al-Quran
Anwar Fakhri Omar (1997). Adab-adab bersama al-Quran. Terjemahan dari Imam Nawawi.
Terbitan Pustaka Salam Sdn. Bhd. 12A Bangunan Seri Pantai, Jalan Pantai Baru, 59200
K.Lumpur.
Bhasah Abu Bakar (2011). Satu pendekatan pengukuran penerapan nilai Islam dalam
kalangan awal remaja. Kertas Seminar di Bentangkan di The Internatioanal Conference
on Measurement and Evaluation in Education 2011 (ICMEE 4). USM. Sustaining
Effective Culture of Measurement and Evaluation in Learning Organisation. 09-12
October 2011.
Bhasah Abu Bakar, Rosni Samah, Noor azizi Ismail, Azharuddin Sahil, Maziahtusima Ishak
dan Sakinah Ahmad (2010). Penerapan nilai-nilai Islam dalam kalangan awal remaja.
Kertas penyelidikan USIM. PPP/FBU-04-10808.
Krathwohl, D.R; Bloom, B.S. & Masia, B.B (1964). Taxonomy of Educational Objectives.
Handbook II: Affective Domain. New York: David McKay Co., Inc.
Linda Crocker dan james Algina (1986). Introduction to classical & modern test theory.
Harcourt Brace Jovanovich, Inc. Orlando. Florida 32887.
Osman Khalid (1997). Metodologi al-Quran dalam pendidikan. Terjemahan dari Muhammad
Shadid. Terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Kuala Lumpur.
Syed Ahmad Semait (2010). Tata tertib pengajian al-Quran. Terjemahan dari Imam Nawawi.
Pustaka Nasional Pte Ltd. Singapura.

11