SASTERA DALAM MEDIA BARU POTENSI DAN SUM

SASTERA DALAM MEDIA BARU, POTENSI DAN SUMBANGAN1
Rozan Yunos2

Sejarah Wahana Sastera
Aristotle per ah erkata aha a Ma is a so ial a i al a d a

ot li e ithout so iety . Manusia hidup

di dalam kumpulan sosial, dalam komuniti dan dalam masyarakat. Kehidupan manusia dan kehidupan
masyarakat adalah sama sehaluan. Berinteraksi dan keperluan untuk berhubung dan menurunkan dan
mewariskan ilmu pengetahuan atau apa jua bentuk ilmu termasuk sastera adalah satu perkara yang
penting di dalam kehidupan bermasyarakat. Perkara ini dapat kita perhatikan daripada awal sejarah
temadun manusia.

Apa yang dapat diperhatikan di dunia sekarang apabila mengimbas kembali laluan sastera nenek moyang
ialah perubahan wahana di dalam memasyarakatkan karya sastera.

Kalau dahulu, kelisanan merupakan wahana utama untuk memasyarakatkan apa jua karya sastera. Ceritacerita epik dan lagenda diturunkan dan diwariskan dari generasi ke generasi melalui Syair-Syair, PantunPantun, Puisi-Puisi, Sajak-Sajak dan sebagainya.

Tetapi sekarang kelisanan sebagai sastera tradisi sudah lama tidak diamalkan sebagai wahana utama.
Kalau di Negara Brunei Darussalam, walaupun masih terdapat terdengarnya cerita-cerita dan bualan lama

seperti siri-siri popular di kotak radio seperti Diangdangan dan yang masih popular sehingga sekarang
seperti Memukun, secara realitinya perkara ini sudah jauh berkurangan. Jikapun ada, ianya sudah
diterbitkan di dalam buku-buku dan pembaca hanya perlu membeli ataupun mendapatkan buku tersebut
bagi mengetahui dan membaca sendiri. Wahana utama telah berubah daripada kelisanan kepada
pembacaan.

1

Kertaskerja ucaptama ini telah disampaikan di Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara (SAKAT) yang
dikendalikan oleh Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) dan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei di Bandar Seri
Begawan pada 17-18 September 2014.
2
Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos adalah Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri dan
telah berkhidmat dengan Kerajaan Brunei semenjak 1987.

Jika berawal dengan kelisanan sebagai wahana utama untuk memasyarakatkan karya sastera, kelisanan
sudah melepasi zamannya. Kelisanan sebagai tradisi sastera tidak lagi diamalkan sesudah tampuknya
diambil oleh tradisi persuratan atau penulisan.

Dunia sastera berkembang selaras dengan inovasi mesin cetak di Abad ke 15 dan dari sinilah lahirnya

ledakan percetakan buku-buku, majalah-majalah dan apa jua bahan bacaan sehingga sekarang.

Dunia sastera mulai berkembang dengan adanya percambahan minda dan penciptaan mesin pencetak
oleh Johannes Gensfleisch zur Laden zum Gutenberg (lahir 1398 hingga 1468), seorang pencipta Jerman
yang mencapai kemasyhuran dengan sumbangannya kepada teknologi percetakan pada tahun 1440an.

Atur halaman dan pencetakan taip cerai atau offset printing dengan mesin lebih cepat dan lebih tahan
lama. Kepingan-kepingan taip logam lebih utuh dan bentuk hurufnya lebih seragam, yang mana ciptaan
kedua-dua ini telah melahirkan ilmu tipografi dan fon.

Mutu percetakan yang tinggi dengan harga yang agak rendah memantapkan keunggulan taip cerai untuk
bahasa-bahasa barat, maka mesin cetak cepat tersebar ke serata Eropah hingga mencetuskan zaman
Pembaharuan ataupun dalam bahasa Inggerisnya, Renaissance, dan kemudiannya tersebar ke seluruh
dunia. Kini, rata-rata semua pencetakan taip cerai berasal dari inovasi Gutenberg. Pencetakan taip cerai
adalah disanjungi sebagai antara ciptaan paling penting pada alaf kedua.

Di akhir Abad ke 20 hingga ke dalam Abad ke 21 ini, wahana utama melalui pembacaan tradisi sastera ini
juga sebenarnya sedang berhadapan lagi dengan cabaran baru iaitu aliran baru dan keunikan baru dalam
dunia lalu lintas sastera. Kewujudan dan perkembangan teknologi-teknologi maklumat memberi pilihan
baru kepada masyarakat sejagat dalam menikmati bukan sahaja karya sastera tetapi sebagai sumber

utama untuk informasi, hiburan dan pembelajaran.

Dengan sejarahnya yang bermula lebih kurang pertengahan tahun 1970an, komputer peribadi mulai
diperkenalkan dan digunakan bagi kerja-kerja penulisan dan mencetak. Satu dekad selepasnya pula,
muncul teknologi dan seterusnya usaha bagi memperkenalkan jaringan sistem internet dan sekaligus
sistem komunikasi yang baru dan meluas. Internet mulai digunakan oleh penulis-penulis bagi penulisan
dan penyebaran sastera melalui media baru ini.

Integrasi media dalam teknologi maklumat jauh lebih kompleks dan menuntut perubahan dan inovasi
dalam laluan sastera itu sendiri. Penciptaan internet telah membuka kepada interaksi sosial yang lebih
luas dan terbuka menerusi aplikasi-aplikasi seperti facebook, blog, google plus, twitter, instagram, dan
segala macam pembaharuan digital yang lain.

Pembaharuan-pembaharuan ini memerlukan penulisan secara amnya dan sastera secara khususnya untuk
bergerak seiringan bagi membolehkan ia sentiasa kekal dinamik dan terbuka untuk semua. Buku-buku
yang selama ini hanya diisikan dengan foto-foto dan teks berganti dengan laman dan penulisan yang
diselimuti dengan aspek-aspek multimedia.

Definisi Media Baru
Walaupun secara umum, kita boleh bercakap dan boleh faham apa yang dimaksudkan dengan media baru,

tetapi dari segi penulisan, agak sukar untuk mendefinisikan media baru ini kerana penggunaan terma
Ne Media adalah satu ter a ya g digu aka di A ad ke
apa sahaja ya g ada hu u ga

ya de ga i ter et da

i i se ara

e yeluruh u tuk

i ter-play dia tara tek ologi,

era gku i

uzik da i ej

atau gambaran.

Definisi media baru adalah akan sentiasa berubah setiap hari dan akan berterusan berubah dengan
adanya perubahan dan ciptaan baru teknologi. Dari itu, jangkaan masa depan media baru adalah sesuatu

yang akan sentiasa berubah dan bertukar wajah secara berterusan. Kebanyakan pakar-pakar juga tidak
dapat meramalkan apa sebenarnya perkembangan teknologi yang akan berlaku di masa-masa akan
datang. Walau bagaimanapun untuk memahaminya, kita perlu meneliti apa yang ada sekarang dan
memandangkan Wikipedia telah menjadi sumber maklumat di zaman media baru ini, kita akan dapat
menggunakan apa yang sudah didefinisikan di sana.

Secara umumnya, definisi yang digunakan oleh Wikipedia ialah New Media atau Media baru adalah
merujuk kepada akses segera apabila dikehendaki ke atas permintaan kepada kandungan, di mana sahaja,
di mana-mana peralatan digital, dan juga maklum balas pengguna secara interaktif, dan penyertaan
pengguna secara kreatif. Satu lagi aspek media baru adalah pengeluaran masa sebenar (real-time
generation) kandungan baru dan tidak dikawalselia.

Wikipedia menggambarkan tekonologi-tek ologi ya g oleh dia ggap se agai

edia aru adalah

digital, sering mempunyai ciri-ciri yang membolehkannya untuk dimanipulasi, boleh dijaringkan
(networkable), padat, mampat, dan interaktif. Beberapa contoh termasuklah Internet, laman web,
multimedia komputer, permainan video, ditambah realiti, CD ROM dan DVD.


Media baru tidak termasuk program-program televisyen (hanya siaran analog), filem, majalah, buku-buku,
atau penerbitan berasaskan kertas - kecuali jika ia mengandungi teknologi yang membolehkan interaktif
secara digital.
Wikipedia Bahasa Melayu , se uah e siklopedia o -line, adalah satu contoh, menggabungkan Internet,
teks diakses digital, imej dan video dengan web-link, penyertaan kreatif penyumbang, maklum balas
interaktif dari pengguna dan pembentukan masyarakat peserta penyunting dan penderma untuk manfaat
semua pembaca. Facebook adalah contoh model media sosial, di mana kebanyakan pengguna juga
peserta.
Wikitude pula adalah contoh untuk realiti diperkukuhkan. Ia memaparkan maklumat mengenai
persekitaran yang pengguna memandangkan kamera mudah alih, termasuk pengiktirafan imej,
pemodelan 3-D dan pendekatan berasaskan lokasi kepada realiti diperkukuhkan.
Blog adalah pada asalnya dikenali sebagai weblog, satu terma yang diperkenalkan oleh Jorn Barger pada
bulan Disember 1997. Perkataan weblog ini pula dipendekan menjadi blog dimana ianya adalah
merupakan laman perbincangan dan permakluman yang menggunakan world wide web. Kebanyakan blog
adalah dikarang oleh orang perseorangan sementara pada masa ini terdapat juga blog dengan ramai
pe ulis. Blog

u ul pada akhir tahu

99 a


de ga

terdapat ya

e -pu lishi g tools ya g

membolehkan bagi pengguna bukan teknikal membuat entri bagi blog masing-masing. Kebanyakan blog
adalah interaktif membolehkan penulis dan pembaca berhubung melalui kotakkotak komen dan pautan
kepada laman lain.

Sastera Elektronik
Keseronokan pengguna dan pembaca dan keupayaan untuk berinteraksi di antara penulis/aplikasi dengan
pengguna telah menjadi pemangkin dan menjadikan dunia siber dan multimedia sangat popular.

Bagi sastera untuk menjadi popular, ianya juga harus dibangunkan dalam bentuk baru yang menggunakan
keupayaan berinteraksi supaya sastera juga dapat dibawa bersama dengan arus perubahan yang kita lihat
sekarang.

Ledakan penulisan menggantikan kelisanan sudah dilihat sebagai suatu pembaharuan yang amat

menuntut kepada dimensi dan gaya baru persembahan sastera. Apa lagi dengan kehadiran multimedia ia
memerlukan perubahan yang ketara dalam penikmatan dan penghasilan karya sastera. Jika perubahan ini
gagal ditangani sastera akan terhindar dari lalu lintas zaman yang berubah.
Dalam hubungan ini, rujukan boleh dibuat kepada satu kertas kerja bertajuk “astera “i er da
Perke

a ga

ya Di Malaysia yang ditulis oleh Chew Fong Peng dari Fakulti Pendidikan, Universiti

Malaya dimana kaji selidik telah dijalankan terhadap 52 mahasiswa.

Daripada kajian tersebut, adalah didapati bahawa terdapat lebih 500 laman web sudah wujud untuk
sastera siber Melayu di Internet. Dengan menggunakan carian (search) melalui Google, ada terdapat lebih
kurang 2,600,000 bahan yang menunjukan bahawa betapa besarnya dunia sastera melayu di laman-laman
web.

Dalam erti kata lain, sastera siber merupakan satu fenomena yang luar biasa dan tidak lagi dapat
dipandang ringan. Penggunanan sastera siber ini tidak bererti tumpuan kepada buku, karya, penulis atau
informasi malahan merangkumi bermacam-macam seperti debat, wacana dan chat room. Sebahagian

besar penulis-penulis mungkin tidak dikenali di luar dunia siber sebagai novelis atau penulis cerpen
ataupun penyair tetapi mereka juga mempunyai peminat dan pengikut yang bukan sedikit.

Beberapa laman utama yang menyediakan ruang untuk peminat dan kelompok penulis, terutamanya
generasi

muda

www.melayu.com,

untuk

berkarya,

termasuklah

www.karyanet.com.my,

laman-laman


seperti

www.arahkiri,cjb.net,

www.pustakamaya.net,

www.idealis.mahasiswa.net,

www.esastera.com dan lain-lain. Kesemuanya bertumpu khusus untuk mengembangkan bahasa dan
sastera kebangsaan disamping membina dan membangunkan masyarakat Melayu Malaysia yang celik
huruf, bermaklumat dan berpengetahuan.

Sastera elektronik yang menggunakan media baru ini adalah merupakan fenomena seluruh dunia dan
sebahagiannya telah melangkah ke hadapan dimana perubahan ini merupakan evolusi dunia sastera yang
baru.

Menurut Electronic Literature Organisation, bidang sastera elektronik ini adalah dijangka akan kian
berkembang. Sastera bukan sahaja telah berhijrah daripada media cetak kepada media elektronik tetapi
juga kerja-kerja digital telah direka khas bagi kegunaan komputer yang mempunyai jaringan (networked):
The o fro tatio


ith te h ology at the le el of reatio is hat disti guishes ele tronic literature from,

for example, e- ooks, digitized ersio s of pri t orks, a d other produ ts of pri t authors goi g digital .

Kita dapat melihat potensi dunia sastera di dalam media baru ini daripada berbagai sudut.

Sastera elektronik, atau e-Lit adalah merujuk kepada karya-karya atau kerja-kerja sastera dimana terdapat
aspek-aspek sastera penting yang mengambil kesempatan daripada keupayaan dan konteks disediakan
oleh komputer berdiri sendiri atau komputer berangkaian. Kategori sastera elektronik adalah luas dan di
dalamnya terdapat beberapa bentuk, beberapa di antaranya adalah:
✓ Hypertext fiksyen dan puisi, pada dan di luar Web;

✓ Puisi kinetik dibentangkan dalam Flash dan menggunakan platform lain;

✓ Pemasangan seni komputer yang meminta penonton untuk membacanya atau tidak mempunyai
aspek-aspek sastera;

✓ Aksara perbualan, juga dikenali sebagai chatterbots;

✓ Fiksyen interaktif;

✓ Novel yang mengambil bentuk e-mel, mesej SMS, atau blog;

✓ Puisi dan cerita-cerita yang dihasilkan oleh komputer, sama ada secara interaktif atau
berdasarkan parameter diberikan pada permulaan;

✓ Penulisan kolaboratif yang membolehkan pembaca untuk menyumbang kepada teks sesuatu
karya; dan

✓ Persembahan sastera online yang membangunkan cara-cara penulisan yang baru.
Sastera elektronik sering bersilang dengan seni konseptual dan bunyi, tetapi membaca dan menulis kekal
penting kepada seni sastera. Walau bagaimanapun, aktiviti-aktiviti ini, yang memang tidak terikat kepada

muka surat dan buku yang dicetak, kini bergerak bebas melalui galeri-galeri pameran, ruang-ruang
prestasi, dan muzium-muzium. Sastera elektronik tidak bermastautin di mana-mana media atau di manamana institusi.

Media Pemberigaan dan Penyebaran Sastera
Seseorang penulis tidak lagi terikat kepada satu medium sahaja di dalam pemberigaan karya-karyanya.
Ianya mempunyai potensi yang sangat luas untuk menyebarkan karyanya. Medium penyebaran adalah
banyak seperti laman-laman web, blog dan sebagainya dan peralatan termasuklah komputer peribadi,
tablet, telefon dan sebagainya.

Dengan itu, ianya juga bererti terdapat banyaknya skop dan peluang yang sangat meluas berserta
berbagai keupayaan bagi seseorang penulis untuk menyebarkan dan menyalurkan karya sasteranya. Pada
masa yang sama juga, karya tersebut boleh diperkaya dengan menambahkan imej dan suara serta pautanpautan ke laman web atau maklumat-maklumat yang lain.

Satu lagi daripada kemudahan di dalam media baru ialah kemudahan untuk membolehkan digital
pu lishi g da digital pri ti g atau per etaka digital. Per etaka digital i i
de a d iaitu per etaka de ga segera. Ber eza de ga per etaka

e

olehka

pri t-on-

e ggu aka offset, per etaka

digital adalah percetakan dengan kos yang sama (fixed cost) tanpa mengira beberapa jumlah percetakan.
Sementara percetakan offset boleh memberikan kos setiap unit percetakan lebih rendah mengikut jumlah
percetakan. Bagi percetakan yang kecil seperti satu atau beberapa buah buku, percetakan digital
membolehkan seorang penulis untuk menerbitkan buku tanpa melalui penerbitan dan percetakan
tradisional.

Percetakan digital juga memberikan kebaikan dan keuntungan kerana penyediaan teknikalnya lebih
pantas, tidak perlu menyimpan banyak buku sebagai inventory dan ini mengurangkan perbelanjaan
penyimpanan, pengurusan dan perakaunan inventori dan tidak ada pembaziran dari stok buku yang tidak
terjual. Dengan adanya kebaikan-kebaikan ini, risiko mencetak dan mengeluarkan buku-buku
berkurangan dan dari itu meningkatkan pilihan untuk orang ramai.

Kemudahan bagi mengeluarkan karya dan hasil kerja di dalam belbagai media dan tidak terhad kepada
media cetak tradisional menimbulkan berbagai kesan kepada penulis, pembaca dan pengawalselia.

Kesan-Kesan, Potensi dan Sumbangan
Suratkhabar Inggeris, The Guardian dalam satu rencana menggariskan kerja Graham Hann,
seorang Rakankongsi di Taylor Wessing, di sebuah syarikat guaman di London dalam bidang perhubungan
media baru, teknologi dan undang-undang, yang telah melihat perkembangan yang penting dimana
pengguna dan syarikat-syarikat mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan keadilan dan kesaksamaan
dalam hal ini.

Di antara isu-isu utama adalah daripada segi:

o

monetisation of content ataupun mendapatkan pendapatan kewangan daripada perisian;

o

pergerakan ataupun mobility;

o

privacy; dan

o

undang-undang

Menurut beliau, There are a y u

er of legal issues i all this, fro

orki g out

hi h jurisdi tio 's

laws apply, to potential invasions of privacy, to advertising law and data protection. The law has to play
at h up a d deal ith this te sio

et ee

o su ers a d suppliers.

Kesan kepada Penulis
Kesan-kesan daripada penggunaan media baru boleh dilihat daripada kesan-kesan kepada penulis,
pembaca dan juga pihak lain yang bertanggungjawab seperti pembuat dasar dan pengawalselia.

Daripada segi penulis, ianya membukakan peluang yang terpaling luas bagi seseorang untuk mempraktis
seni penulisannya. Ia mempunyai peluang untuk menulis di dalam bahan cetak tradisional seperti menulis
buku, cerpen-cerpen dan rencana-rencana untuk dimuatkan ke dalam bahan-bahan percetakan seperti
jurnal-jurnal, surat-surat khabar, majalah-majalah dan sebagainya.

Jika peluang tidak diperolehi oleh penulis tersebut di dalam media tradisi disebabkan oleh kekurangan
kebolehannya, akses yang terhad dan apa jua yang boleh menjadi penghalang, penulis boleh menerbitkan
dan mengeluarkan karya sasteranya sendiri melalui berbagai media yang sudah ada.

Penulis boleh mendapat berbagai pendapatan melalui karya sasteranya. Model pembayaran jika
menggunakan media baru kebanyakannya berkisar kepada pembayaran melalui akses iklan dan berapa
kekerapan iklan dilihat oleh pembaca kepada laman atau karya tersebut.

Model pendapatan kedua adalah melalui penjualan karya melalui laman-laman buku jualan on-line. Ini
membukakan peluang bagi penulis-penulis yang tidak dikenali ramai untuk menjual penulisan mereka
dengan kos yang berpatutan dan tidak ada risiko oleh syarikat-syarikat percetakan untuk mencetak bukubuku daripada penulis baru yang tidak dikenali. Harga-harga buku yang dijual secara online adalah jauh
lebih murah jika dibandingkan dengan harga-harga buku yang dikeluarkan oleh media cetak tradisional.

Walau bagaimanapun perlu ditekankan di sini, keupayaan yang mudah bagi mengeluarkan maklumat,
pendapat dan karya sastera tidak dengan sendirinya memberikan kemudahan bagi ianya dibaca. Penulis
perlu mempastikan bahawa penulisannya masih mempunyai mutu yang membolehkan dan menarik
minat pembaca dan jika ini tidak ada, penulisannya itu walaupun berada di world wide web, ianya tidak
akan dibaca oleh sesiapa kecuali penulis itu sendiri.

Isu utama juga ialah mengenai dengan hak cipta atau copyright. Karya-karya yang dikeluarkan di mediamedia baru jauh lebih senang untuk dicetak rompak dan ditiru oleh pembaca. Karya-karya lisan tidak
mempunyai isu hak cipta dan kepengarangan kerana ianya pada kelazimannya merupakan karya yang
diturunkan dan diwarisi. Sipencerita boleh menokok tambah tetapi tidak ada credit diberikan kepada
mereka yang mengubahsuai dan menambah nilai ataupun memperbaiki karya tersebut.

Karya di media tradisi iaitu di media-media cetak boleh ditiru dengan mengambil ayat-ayat dan apa sahaja
yang diperlukan samada melalui fotokopi ataupun scanning. Tetapi bagi karya di media baru, ianya mudah
di copy paste dengan hanya menggunakan tetikus ataupun pen digital. Pengawalan daripada di cetak
rompak ini pada kelazimannya boleh tidak dikatakan tiada.

Kesan kepada Pembaca
Daripada segi pembaca ataupun pengguna, mereka mempunyai pilihan yang meluas untuk membaca
karya-karya sastera ataupun saja yang telah ditulis dan dikarang. Media-media ini tidak terhad kepada
komputer peribadi tetapi juga dirangkumi oleh telefon-telefon pintar, alat-alat media eletronik kecil

seperti Apple iPad ataupun tablet dan juga kepada media-media lain seperti buku elekronik seperti
Amazon Kindle, Barnes and Noble Nook , Sony E-Book dan Kobo E-book.

Apa yang menjadi masalah kepada penulis daripada segi isu hakcipta merupakan satu potensi bagi
pengguna-pengguna. Pembaca boleh dengan senang mendapatkan maklumat daripada buku-buku dan
dengan senang menggunakannya bagi tujuan sendiri atapun bagi tujuan-tujua u tuk e share ataupu
berkongsi sama bacaan atau rujukan tersebut kepada teman-teman lain.

Kos belian karya-karya juga adalah rendah. Kebanyakan buku-buku dijual secara digital hanya dalam
lingkungan harga yang murah dan sederhana kerana tidak ada keperluan perbelanjaan seperti untuk
mencetak ataupun mempromosi ataupun kos logistic seperti pengangkutan dan storage. Dengan ini,
harga-harganya boleh dikatakan kelaziman dalam harga $1 satu buku.

Kesan utama bagi pengguna ialah memperluaskan lagi bidang sumber bacaan-bacaan yang boleh diakses
kepada pengguna tanpa berharapkan kepada buku-buku yang diterbitkan oleh media cetak tradisional.

Kesan kepada Pengawalseliaan
Penyebaran karya-karya sastera di dalam berbagai format menimbulkan masalah kepada pengawalseliaan
penyebaran tersebut. Jika sekiranya ianya merupakan penyebaran melalui media cetak tradisi, karyakarya ini mudah dikawal melalui undang-undang mengawal karya-karya yang tidak diingini. Walau
bagaimanapun dengan berbagai format, isu agensi mana yang seharusnya mengawal penyebaran karyakarya di dunia baru ini telah timbul.

Jurisdiction atau siapa yang berkuasa boleh menimbulkan kekeliruan. Sebagai contoh, media cetak pada
kelazimannya dikawalselia oleh agensi yang bertanggungjawab mengenai dengan media cetak. Tetapi
pengeluaran yang dibuat melalui alat-alat elektronik adalah kelazimannya dikawal selia oleh agensi yang
bertanggungjawab bagi penyiaran dan perhubungan elektronik. Kedua agensi mungkin mempunyai
kaedah pengawalan dan penyeliaan yang tidak sama.

Isu-isu lain juga seperti milik hak cipta, pengawalan penggunaan hak cipta. Kebanyakan websites yang
menjadi hos kepada media-media baru ini tidak mempunyai lokasi di Negara dimana penulis menetap.

Tambahan lagi dengan penggunaan technology awan (cloud technology), adalah agak sukar bagi sesuatu
pihak berkuasa untuk menguatkuasakan undang-undangnya.

Langkah-Langkah Memajukan Sastera Media Baru
Pengasas-pengasas sastera perlu memikirkan bagaimana membolehkan sastera untuk berdaya maju
dalam media baru dan seterusnya membawakan ke alam siber dengan bentuk dan dimensi baru dengan
memahami konsep-konsep sastera sebagai bahan yang hendak disampaikan dan fungsi media baru
sebagai wahana baru penyampaian sastera.

Ciri-ciri media baru akan mengangkat karya sastera sebagai bahan atau isinya dengan keupayaan media
baru membawa dua elemen penting iaitu audio dan bunyi atau muzik. Elemen baru ini perlu dikuasai dan
keupayaan interaktif yang ada dalam media baru juga harus menjadi upaya yang dapat membawa dimensi
baru penikmatan karya sastera.

Latar karya yang secara tradisionalnya hanyalah dilatari oleh hiasan kata-kata pengarang dalam novel atau
cerpennya dimana pembaca hanya menikmati karya berkenaan dari sudut pandang yang diberikan
pengarang. Tetapi kehadiran dunia media baru membolehkan foto dipaparkan dalam foto dan video dan
tidak lagi perlu dibayangkan dan sekarang mudah dilihat dan difahami oleh pembacanya. Jika ditambah
pula dengan muzik maka pengalaman yang terpapar dalam novel atau cerpen tadi diperkayakan dengan
muzik, foto dan video yang berinformasi. Prinsip media baru yang harus dikuasai meliputi teks, grafik,
audio visual, dan animasi dengan memahami prinsip berkaitan dalam pembinaan bahan multimedia
sastera.

Sastera perlu bergerak dalam perubahan ini. Sastera harus dinikmati dengan gaya baru dan wahana baru
yang lebih berkesan. Sastera tidak harus dibiarkan untuk tertinggal dari arus pembaharuan ini sebaliknya
berupaya membina dimensi yang lebih efektif dengan pembaharuan yang ada.

Rumusan
Wahana sastera Melayu telah melalui tiga fasa iaitu daripada bentuk lisan kepada bentuk bercetak dan
sekarang kepada sastera siber dengan adanya media baru. Evolusi penulisan dan pemberigaan sastera
dijangka akan berterusan kerana media baru juga sentiasa berada dalam peringkat evolusi iaitu sentiasa
berubah dan berkembang menurut kemudahan dan keupayaan teknologi. Karya siber boleh

dipersembahkan di dalam berbagai bentuk seperti multi-media, gabungan 3-D termasuk teks, grafik dan
audio. Ini memberikan keupayaan dan potensi kepada penulis-penulis untuk memperkayakan sastera
masing-masing. Selain dari memperkayakan penulisan sastera, teknologi juga memberikan potensi bagi
kemudahan percetakan (on-line publishing) atau penyiaran melalui laman-laman web tanpa
menggunakan percetakan tradisional. Percetakan digital juga menimbulkan isu-isu cetak rompak dan
pengawalan kepengarangan. Media baru memberikan nafas baru dan potensi dan peluang baru kepada
penulis-penulis dan akan menyumbang kepada perkembangan sastera Melayu tetapi penulis-penulis
perlu mengetahui bagaimana untuk mengimbangi risiko dan masalah-masalah di dalam pengawalan
penulisan dan kepengarangan.

Sumber Rujukan:
Alex Wade, 2011. Making Sense of a Changing New Media World. The Guardian Newspaper, UK Edition
10 January 2011.
Paul Smyth, 2014. Advantages and Disadvantages of New Media.
http://paulsmythlearnerrecord.blogspot.com/2011/11/advantages-and-disadvantages-ofnew.html (retrieved 10 September 2014)
Blog Mimbar Kata, 2014. Multimedia dan Sastera.
http://mimbarkata.blogspot.com/2013/06/multimedia-dan-sastera.html (retrieved 10 September
2014)
Aristotle. Aristotle in 23 Volumes, Vol. 21, translated by H. Rackham. Cambridge, MA, Harvard University
Press; London, William Heinemann Ltd. 1944
Bailey Socha and Barbara Eber-Schmid, 2014. What is New Media? http://www.newmedia.org/what-isnew-media.html (retrieved 10 September 2014)