PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN GUR (1)

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN GURU PRINSIP AKAUN YANG
BERKESAN

Oleh: Zubedah Hanam bte. Mohd. Thani, Rusmina bte. Ismail dan Faizah bte. Ghazali
ABSTRAK

Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar terhadap pengajran guru Prinsip Akaun yang berkesan.
Ciri-ciri pengajaran yang berkesan dikaji dari aspek personaliti, perlakuan pengajaran serta hubungan dan sikap
guru terhadap pelajar. Responden dalam kajian ini terdiri daripada pelajar tingkatan 5 yang mengambil mata
pelajaran Prinsip Akaun di sekolah sekitar Cheras dan Datuk Keramat. Soal selidik dihantar ke sekolah
berkenaan dan data dianalisis menggunakan komputer. Berdasarkan dapatan kajian ini beberapa cadangan
dikemukakan bagi menghasilkan pengajaran guru yang berkesan.

PENGENALAN
Guru memainkan peranan yang penting dalam proses pendidikan, pengajaran dan
pembelajaran. Guru yang mempunyai sahsiah yang baik boleh melaksanakan dengan berjaya
pendidikan yang bersepadu berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dapat
melahirkan rakyat Malaysia berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai keyakinan diri serta memberi sokongan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.


Guru ialah seorang “pengurus” kerana melaksanakan beberapa fungsi pengurusan dalam bilik
darjah dalam melaksanakan kurikulum . Proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan
interaksi guru dengan pelajar. Hasil perhubungan ini akan menentukan sama ada guru boleh
mengajar dan pelajar bersedia belajar. Oleh itu keberkesanan pengajaran guru bergantung
kepada bagaimana seseorang guru itu dapat menyesuaikan diri dan memahami masalah
pembelajaran pelajar.
Menurut Abdullah Hj. Omar(1980) sifat-sifat orang yang menjadi guru terbahagi kepada tiga
golongan.
a)

Guru yang sebenar-benarnya guru dalam ertikata ia adalah berdedikasi, suka dan
minat pada pekerjaannya.

b)

Guru yang bukan guru dalam ertikata ia tidak berminat dengan profesionnya. Ia
menjadi guru secara kebetulan dan menunggu peluang untuk melompat ke
pekerjaan lain.
c) Guru yang kehilangan arah disebabkan kekecewaan dan masalah peribadi yang
tidak dapat diatasinya. Kedudukan golongan ini adalah antara (a) dan (b). Ia boleh

berubah untuk menjadi golongan (a) atau (b) jika dia mahu.
Proses pemgajaran adalah kompleks. Pengajaran yang menarik serta berkesan merupakan pengajaran yang boleh
menghasilkan pembelajaran pelajar sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat dan negara

PENYATAAN MASALAH

Seseorang pelajar itu akan berhadapan dengan guru bermula dari peringkat kanak-kanak
hinggalah ia dewasa. Guru mengajar, membimbing, menegur, memuji, memujuk dan
memarahi pelajar-pelajarnya. Semua ini dilakukan oleh guru dalam masa berinteraksi dengan
murid semasa menjalankan tugas pengajaranya dalam bilik darjah.
Para sarjana pendidikan berpendapat bahawa ciri-ciri personaliti guru seperti mudah
dihubungi, riang, bertanggungjawab, jujur, bermoral dan sabar merupakan salah satu
pemboleh ubah yang penting yang mempengaruhi proses pembelajaran-pengajaran. Ini boleh
menyenangkan atau memberi masalah kepada guru dalam menjalankan tugasnya.
Adalah diharapkan dengan kajian ini akan menghasilkan penemuan yang memberi jawapan
sejauh manakah faktor-faktor yang dinyatakan benar dan bagaimana cara untuk mengatasi
masalah ini.
TINJAUAN LITERATUR
J. Currie(1869) berpendapat kualiti perhubungan antara guru dan murid mempunyai kesan
terhadap kesediaan murid mengambil bahagian dalam kelas. Ia berpendapat bahawa jika

hubungan yang positif yang wujud antara guru dan murid akan membuat seseorang murid
itu berusaha dan bekerjasama dengan guru.
Kepada seseorang murid peranan utama seorang guru ialah mengajar. Selalunya murid
memerlukan penerangan yang jelas dari guru., kenyataan yang jelas tentang masalah
pembelajaran serta bimbingan ke arah penyelesaian masalah.
Sweeney(1982) berpendapat bahawa kepimpinan guru dalam bilik darjah mempunyai kesan
yang positif terhadap hasil pembelajaran dari segi akademik, sikap dan tingkahlaku.

Kajiannya mendedahkan tujuh faktor utama yang mendorong kepada keberkesanan
pengajaran seseorang guru iaitu berketerampilan, suasana pembelajaran yang tenteram, masa
yang mencukupi, peralatan yang mencukupi, pengharagaan yang tinggi terhadap
pelajar,pengesanan kemajuan pelajarnya dan penyeliaan pengajaran yang berkesan.
Menurut Hunter (1969) dalam bukunya Teach More Faster, pengajaran yang berkesan
merupakan pengajaran yang boleh meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar.
Pembelajaran yang efektif hanya boleh berlaku dalam suasana yang sihat serta bersemangat
dan demokratik. Hasil pembelajaran ini akan mengubah tingkah laku murid akibat
penerimaan pengetahuan atau kepercayaan baru. Perkembangan seseorang murid itu
merangkumi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Ryans(1959) dalam satu kajiannya mendapati bahawa guru yang efektif ialah guru yang
mempuyai sifat-sifat seperti adil, tanggungjawab, dinamik, terbuka, tegas, dedikasi,

demokratik, pengetahuan yang mendalam dan perhubungan yang baik.
TUJUAN KAJIAN

Dapatan kajian menunjukkan banyak faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar di
sekolah. Terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi sikap seseorang pelajar iaitu
persekitiran, guru dan pelajar itu sendiri. Mengikut Mayfield(1976) Tamir(1876) dan Case
(1980) terdapat berbagai strategi pengajaran di bilik darjah yang boleh mempengaruhi sikap
pelajar terhadap pembelajaran dan pencapaian mereka.
Mengikut Medley(1982) keberkesanan seseorang guru itu boleh diukur dari perlakuan murid
dan bukanya guru. Oleh itu prestasi seseorang guru itu merujuk kepada perlakuannya semasa
ia mengajar dalam kelas.
Penemuan Waller(1932) mendapati bahawa guru yang berkesan hendaklah
mengekalkan “jarak sosial” daripada murid-muridnya. Ini boleh dihasilkan dengan
mengadakan berbagai aktiviti yang bercorak intelektual.
Oleh itu kajian ini dibuat bertujuan untuk mengenalpasti ciri-ciri yang sepatutnya dimiliki
oleh seseorang guru Prinsip Akaun dari aspek personaliti yang boleh menarik minat murid
untuk belajar.
Kajian ini akan dijalankan melalui pentadbiran soalselidik kepada 600 pelajar tingkatan 5 di
8 buah sekolah menengah di sekitar Cheras dan Datuk Keramat.


SOALAN KAJIAN
1. Sejauh manakah pelajar berminat pada mata pelajaran Prinsip Akaun?
2. Mengapakah pelajar Prinsip Akaun menghadiri kelas tuisyen?
3. Mengapakah pelajar Prinsip Akaun ponteng kelas?
4. Apakah persepsi pelajar Prinsip Akaun tentang pesonaliti guru-guru Prinsip Akaun yang
berkesan?
5. Apakah bentuk hubungan antara guru dengan pelajar yang mempengaruhi keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran?
6. Apakah persepsi pelajar Prinsip Akaun tentang sifat sahsiah guru Prinsip Akaun yang
berkesan?

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ialah untuk meninjau persepsi pelajar terhadap ciri-ciri pengajaran guru
Prinsip Akaun yang berkesan di sekolah menengah
Selain daripada itu kajian ini juga diharap dapat mengenal pasti:
1)
2)
3)
4)

5)
6)

Ciri-ciri seorang guru Prinsip Akaun dari aspek personaliti yang boleh menarik minat
pelajar untuk belajar.
Ciri-ciri guru Prinsip Akaun yang berkesan sebelum memulakan pengajaran
Ciri-ciri guru Prinsip Akaun yang berkesan semasa pengajaran.
Ciri-ciri guru Prinsip Akaun yang berkesan di akhir pengajaran
Bentuk perhubungan antara guru dengan pelajar yang mempengaruhi keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran.
Sifat sahsiah guru yang mempengaruhi minat murid untuk belajar.

SIGNIFIKAN KAJIAN

Adalah diharapkan kajian ini dapat membantu pihak yang berkenaan mempertingkatkan tahap
pencapaian pelajar-pelajar dalam mata pelajaran Prinsip Akaun . Kajian ini mengenal pasti
ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang guru Prinsip Akaun supaya pelajar berminat untuk
terus belajar.
Kajian ini akan membantu pelajar, guru dan pentadbir sekolah dalam menangani masalah
pelajar yang lemah dalam mata pelajaran Prinsip Akaun.

BATASAN KAJIAN

Kajian ini terhad kepada persepsi pelajar terhadap pengajaran guru Prinsip Akaun
sahaja. Skop kajian terbatas kepada sampel yang mewakili populasi yang kecil
sahaja. Dapatan kajian tidak dapat diinferenskan kepada keseluruhan pelajar di Malaysia.

ISTILAH

Berikut adalah istilah yang digunakan untuh memudahkan membaca dan memahami kajian
ini.
Persepsi
Didefinisikan persepsi sebagai penanggapan,pencerapan atau sebagai satu cara untuk
melahirkan tanggapan dan pengalaman.
2. Prinsip Akaun
Merujuk kepada simpan kira dan merupakan elemen dalam perakaunan yang diajar
kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 disekolah menengah
3. Pelajar
Merujuk kepada pelajar-pelajr tingkatan 5 yang merupakan responden dalam soal
selidik.
4. Keberkesanan

Merujuk kepada perubahan tingkah laku pelajar atau kemajuan hasil daripada
pengajaran guru.
1.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini bertujuan menilai dan meninjau ciri-ciri yang berkesan terhadap
pembelajaran pelajar yang harus ada pada seseorang guru Prinsip Akaun. Empat aspek
rekabentuk kajian terdiri daripada personaliti guru, perlakuan pengajaran guru sebelum ,
semasa dan selepas, hubungan pelajar dengan guru dan sikap sahsiah guru.
SAMPEL KAJIAN
Dalam pemilihan sampel, responden terdiri daripada murid-murid di sekolah kawasan Cheras
dan Datuk Keramat. Rasionalnya sekolah ini dipilih kerana sekolah ini ialah sebuah sekolah
harian dan dapat membekalkan sampel yang sahih kerana terdiri daripada berbagai peringkat
kebolehan pelajar. Sebanyak 8 buah sekolah dan 600 responden telah dipilih dari Tingkatan
Lima. Hanya 452 responden yang memulangkan soal selidik ini.

INSTRUMEN KAJIAN
Kajian ini menggunakan instrumen yang berbentuk soalselidik yang mengandungi dua
bahagian iaitu:

1) Bahagian A untuk biodata pelajar.
2) Bahagian B merupakan penilaian pelajar terhadap ciri-ciri keberkesanan pengajaran guru
dari aspek personaliti, perlakuan pengajaran, perhubungan guru-pelajar dan sahsiah guru.
Jawapan untuk soal selidik berdasarkan kepada sekala berikut:
i)
Amat Tidak Bersetuju (ATS)
ii)
Tidak setuju (TS)

iii)
iv)

Setuju (S)
Amat Setuju (AS)

Borang soal selidik ini diedarkan kepada murid-murid di sekolah yang berkenaan melalui
guru-guru pelatih yang menjalankan praktikum di sekolah tersebut.
PENGANALISAAN DATA

Data-data dianalisiskan dengan bantuan komputer. Analisis kekerapan dan peratusan setiap

pemboleh ubah diperoleh dibentangkan dalam bentuk jadual.
4.1 . Latar Belakang Sampel
Bahagian A soal selidik dikhususkan kepada biodata pelajar dan minat terhadap mata
pelajaran Prinsip Akaun.
Jadual 1

Kekerapan dan Peratus Responden mengikut jantina
Jantina

Bilangan responden

Peratusan (%)

Lelaki

153

33.8

Perempuan


299

66.2

Jumlah

452

100%

Berdasarkan Jadual 1 di atas bilangan responden lelaki seramai 153 orang atau 34%
dan perempuan 299 orang atau 66%.
Jadual 2

Minat

Kekerapan dan peratusan responden yang berminat mata pelajaran
Prinsip Akaun.
Bilangan responden

Peratus(%)

Berminat

393

86.9

Tidak berminat

59

13.1

Jumlah

452

100

Berdasarkan Jadual 2 seramai 393 orang atau 87% berminat belajar mata pelajaran
Prinsip Akaun manakala 13% tidak berminat.
Jadual 3

Kekerapan responden yang pergi tuisyen Prinsip Akaun

Tuisyen

Bilangan responden

Peratus(%)

Pergi

220

48.7

Tidak pergi

232

51.3

Jumlah

452

100

Dari Jadual 3 didapati bahawa seramai 220 atau 49% menghadiri kelas tuisyen dan
232 atau 51% tidak pergi kelas tuisyen.
Jadual 4

Kekerapan sebab responden menghadiri kelas tuisyen

Sebab-sebab menghadiri tuisyen

Bilangan

Peratus(%)

responden
Pengajaran guru di sekolah tidak jelas

168

76.4

Pengajaran guru di sekolah tidak menarik

26

5.8

Ikut rakan sebaya

26

5.8

Jumlah

452

100

Berdasarkan Jadual 4, lebih 75% responden menyatakan pengajaran guru tidak jelas menjadi penyebab
mereka menghadiri kelas tuisyen.

Jadual 5

Kekerapan responden yang ponteng kelas

Ponteng kelas

Bilangan responden

Peratus(%)

Ya

35

7.7

Tidak

417

92.3

Jumlah

452

100

Berdasarkan Jadual 5, hanya 35 responden atau 8% yang ponteng kelas dan 417
responden atau 92% yang tidak ponteng kelas
Jadual 6

Kekerapan sebab responden ponteng kelas

Sebab Ponteng kelas

Bilangan responden

Peratus(%)

Guru

26

75

Mata pelajaran

9

25

Jumlah

35

100

Berdasarkan Jadual 6, 75% daripada responden yang ponteng kelas disebabkan oleh
guru yang mengajar mata pelajaran tersebut.
4.1

Personaliti guru

Dalam Bahagian B soal selidik soalan 1 hingga 14 dikhususkan kepada ciri-ciri personaliti
guru yang memberi kesan kepada pengajaran.
Jadual 7

Ciri-ciri seorang guru yang diminati oleh pelajar
Ciri-ciri guru

Tidak setuju

Setuju

1

Berpakaian kemas

3.5% (16)

96.5% (436)

2

Cergas

12.6% (57)

87.4% (395)

3

Menepati masa

11.1% (50)

88.9% (402)

4

Ceria

10.9% (49)

89.1% (403)

5

Peramah

8.4% (38)

91.6% (414)

6

Mesra

12.8% (58)

87.2% (394)

7

Berjenaka

21.5% (97)

78.5% (355)

8

Garang

73.0% (330)

27.0% (122)

9

Penyayang

18.8% (85)

81.2% (376)

10

Perihatin

13.1% (59)

86.9% (393)

11

Penyabar

9.3% (42)

90.7% (410)

12

Rajin

9.3% (42)

90.7% (410)

13

Menghormati

9.7% (44)

90.3% (408)

14

Tegas

20.3% (92)

79.7% (360)

Nota:

Angka-angka dalam kurungan menunjukkan kekerapan

Daripada Jadual 7 didapati lebih 85% responden menyatakan guru Prinsip Akaun yang
berkesan adalah guru yang berpakaian kemas dan menepati masa, ceria peramah
dan mesra. Seramai 330 orang responden atau 73% tidak berminat guru Prinsip Akaun
yang garang dan 27% bersetuju bahawa guru mestilah garang dalam kelas. Meski pun
demikian hanya 80% bersetuju bahawa seseorang guru itu mestilah berpersonaliti tegas.
4.3. Ciri-ciri seorang guru Prinsip Akaun sebelum memulakan pengajaran.
Jadual 8

Ciri-ciri guru sebelum memulakan pengajaran
Ciri-ciri

Setuju

Tidak setuju

1

Guru perlu mempunyai pengetahuan yang

99.6% (450)

mendalam terhadap isi pelajaran
2
3
4
5

0.4%
(2)

Guru meluangkan masa untuk berbincang

96.0%

4.0%

menyelesaikan sesuatu masalah

((434)

(18)

Guru perlu mengetahui tahap kemampuan

97.0%

3.0%

pelajar

(440)

(12)

Guru perlu mengetahui tahap kemahiran pelajar

96.0%

4.0%

(435)

(17)

Guru mesti mempunyai fikiran dan pandangan

95.0%

5.0%

terbuka

(430)

(22)

Berdasarkan Jadual 8, lebih dari 95% responden berpendapat seseorang guru Prinsip
Akaun mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang isi pelajaran, mengetahui
tahap kemahiran dan kemampuan pelajar serta mempunyai pandangan terbuka dan dapat
meluangkan masa menyelesaikan sesuatu masalah sebelum memulakan pengajaran.
4.4 Ciri-ciri seorang guru Prinsip Akaun semasa pengajaran
Jadual 9

Ciri-ciri seorang guru semasa pengajaran
Ciri-ciri

1

Suara guru mestilah jelas dan boleh didengar oleh
pelajar

2
3

TidakSetuju

Setuju

1.8%

98.2% (444)

(8)

Guru boleh menghidupkan suasana

5.0%

pengajaran supaya pelajar tidak bosan

(23)

Bahasa yang mudah untuk difahami

3.7%

95.5% (429)
96.3% (435)

(17)
4

Guru hendaklah melibatkan pelajar dengan aktif

9.5%

90.5% (409)

(43)
5

Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran

6.0%

94.0% (425)

(27)
6
7

Guru hendaklah mengaitkan isi pelajaran dengan
pengetahuan dan pengalaman pelajar

(46)

Guru perlu memberi bimbingan kepada pelajar yang

1.6%

tidak faham
8

10.2%

Guru perlu mempelbagai tugasan atau aktiviti supaya
pembelajaran menyeronokkan

89.8% (406)
98.4% (445)

(7)
14.4%
(65)

85.6% (387)

9

Guru hendaklah merancang pengajarannya.

2.5%

93.5% (441)

(11)
10

Guru hendaklah selalu memberi galakan

4.2%

95.8% (433)

(19)
11

Guru hendaklah memberi ransangan kepada pelajar

5.3%

94.7% (428)

(24)
12

Guru mesti menggunakan alat bantu mengajar.

20.5%

79.5% (359)

(93)

Daripada Jadual 9, didapati lebih dari 95% responden menyatakan suara guru mestilah
jelas serta dapat menghidupkan suasana pengajaran yang tidak membosankan. Sembilan
puluh empat peratus daripada responden menghendaki guru mempelbagaikan kaedah
pengajaran. Di samping itu lebih dari 95% guru perlu memberi bimbingan serta memberi
galakan kepada pelajar.
4.5
Jadual 10

Ciri-ciri guru Prinsip Akaun di akhir pengajaran
Ciri-ciri seorang guru di akhir pengajaran
Cir-ciri

1
2
3
4

Tidak setuju

Setuju

Guru memeriksa dan menanda latihan yang

8.0%

92.0%

diberikan kepada pelajar

(36)

(416)

Guru membuat rumusan dan kesimpulan terhadap

7.0%

93.0%

apa yang diajar

(32)

(420)

Pengajaran yang disampaikan dapat menimbulkan

6.4%

92.6%

minat pelajar

(29)

(423)

Guru mesti menjawab soalan pelajar dan memberi

3.1%

96.9%

jawapan yang memuaskan.

(14)

(438)

Berdasarkan Jadual 10, lebih dari 90% daripada responden berpendapat bahawa guru
mesti memeriksa latihan pelajar , merumuskan apa yang diajar dan menjawab soalan
pelajar dengan memuaskan supaya pengajaran dapat menimbulkan minat pelajar untuk
belajar.
4.6
Jadual 11

Hubungan guru dengan pelajar
Ciri-ciri hubungan guru dengan pelajar
Ciri-ciri

Tidak setuju

Setuju

1
2
3
4
5

Guru memberikan keyakinan dan harapan kepada

4.7%

95.3%

pelajar untuk terus berjaya

(21)

(431)

Guru memberikan dorongan dan galakan kepada

4.7%

95.3%

pelajar supaya berusaha dengan gigih

(21)

(431)

Guru menggalakkan persaingan yang positif di

8.6%

91.4%

kalangan pelajar

(39)

(413)

Guru menghargai pendapat dan pandangan pelajar

4.5%

95.5%

(20)

(432)

19%

81%

(86)

(366)

Guru tidak mengancam untuk mendenda pelajar

Dalam hubungan guru dengan pelajar adalah didapati 96% atau 432 responden mendapati
guru seharusnya menghargai pendapat dan pandangan pelajar, sementara 81% meminati
guru tidak mengancam untuk mendakwa pelajar.
4.7 Sikap guru (sifat sahsiah)
Jadual 12

Ciri-ciri sikap dan sahsiah guru
Ciri-ciri

1
2
3
4
5
6
7

Tidak setuju

Setuju

1.3%

98.7%

(6)

(446)

11.3%

88.7%

(51)

(401)

34.1%

65.9%

(154)

(298)

Guru tidak seharusnya menyindir atau

6%

94%

memperkecilkan pelajar

(27)

(425)

10.4%

89.6%

(47)

(405)

5.7%

94.3%

(26)

(426)

1.8%

98.2%

(8)

(444)

Guru mestilah bertimbang rasa dengan menunjukkan

8.6%

91.4%

simpati di atas kelemahan pelajar

(39)

(413)

Guru perlu bersikap adil dan timbang rasa
Guru tidak seharusnya berleter atau marah-marah
Guru tidak seharusnya mencari kesalahan pelajar

Guru memberi pujian untuk jawapan yang betul
Guru tidak membezakan pelajar dalam kelas
Guru mestilah bersikap adil terhadap setiap orang
pelajar

8

Daripada Jadual 12, didapati lebih 95% responden bersetuju bahawa sesorang guru itu
perlu bersikap adil terhadap setiap pelajar dan lebih 90% berpendapat guru mestilah tidak
membezakan pelajar dalam kelas dan guru tidak seharus menyindir atau memperkecilkan
pelajar.
RUMUSAN DAN CADANGAN

Dari aspek personaliti, dapatan yang telah dianalisis menunjukkan responden menghendaki ciri-ciri
personaliti guru yang berpakaian kemas, peramah,penyabar, rajin, perihatin , menghormati murid dan
yang paling tidak diminati oleh pelajar adalah guru yang garang.

Dari aspek perlakuan pengajaran guru yang berkesan sebelum memulakan pengajaran ialah di
mana hampir semua responden mahukan guru yang mempunyai pengetahuan mendalam
terhadap isi pelajaran supaya guru dapat memberi penerangan dengan jelas dan mudah
difahami murid. Bagi masalah kaedah pengajaran yang sesuai guru mestilah tahu akan tahap
kemampuan dan kemahiran pelajar-pelajarnya. Ramai responden yang setuju bahawa guru
perlu meluangkan masa dan berbincang untuk menyelesaikan sesuatu masalah dari latihan
yang diberi oleh guru sebagai latihan di rumah. Guru mestilah memastikan bahawa muridmuridnya telah mencuba latihan itu di rumah dan sama-sama menyelesaikan masalah itu
daripada bergantung sepenuhnya kepada jawapan guru
Semasa pengajaran seorang guru Prinsip Akaun yang berkesan seharusnya mempunyai suara
yang jelas yang boleh didengar oleh setiap pelajar dengan menggunakan bahasa yang mudah
difahami. Guru juga perlu merancang pengajarannya dengan mempelbagaikan kaedah
pengajarannya. Guru yang mengajar dengan kaedah pengajaran yang menarik dengan
menggunakan alat bantuan mengajar akan membuat pelajar seronok untuk belajar.
Ciri pengajaran guru yang berkesan pada akhir pengajaran pula ialah pengajaran yang
disampaikan dapat menimbulkan minat pelajar. Seseorang yang berminat dalam perkara yang
dipelajarinya akan menunjukkan pencapaian yang tinggi. Di akhir pengajaran guru mestilah
membuat rumusan dan kesimpulan terhadap apa yang telah diajar. Disamping itu guru juga
dikehendaki menjawab soalan pelajar dan memberi jawapan yang memuaskan.
Dalam hubungan guru dengan pelajar, guru sepatutnya memberi dorongan dan galakkan
kepada pelajar supaya berusaha dengan gigih. Disamping itu juga guru digalakkan memberi
persaingan yang positif di antara pelajar dan menerima pendapat dan pandangan pelajar dan
tidak mendakwa pelajar dengan mendenda.

Penemuan dari kajian ini tentang sifat sahsiah guru pula mendapati responden memerlukan
guru bersifat adil terhadap setiap pelajar dengan tidak membezakan pelajar dan
bertimbangrasa dengan menunujukkan simpati di atas kelemahan pelajarnya. Guru juga tidak
seharusnya mencari kesalahan pelajar dan menyindir atau memperkecilkan pelajarnya.
Disamping itu juga guru harus memberi pujian kepada pelajar yang beri jawapan yang betul
sebagai motivasi untuk pelajar minat belajar. Ramai juga pelajar yang tidak suka guru yang
suka berleter atau marah-marah tanpa sebab. Guru yang mempunyai sikap yang positif akan
memberi kesan terhadap pelajarnya.
Secara keseluruhannya seseorang guru yang baik adalah yang dapat menguasai isi kandungan
pelajaran dengan baik. Apabila seseorang guru mempunyai pengetahuan yang mendalam
tentang isi pelajaran, beliau akan lebih berkeyakinan semasa pengajaran dan dapat
menyampaikannya dengan baik. Persediaan yang rapi sebelum memulakan pengajaran juga
merupakan satu faktor yang penting yang dapat mempengaruhi kualiti pengajaran guru.
Aspek pengurusan masa merupakan satu lagi aspek penting yang perlu diberi perhatian. Guru
hendaklah sentiasa menepati masa. Guru perlu peruntukkan sedikit masa untuk sesi
perbincangan, tidak kira sama ada untuk membincangkan masalah yang timbul dari kerja
rumah yang diberikan atau pun masalah yang ujud semasa sesi pengajaran pembelajaran
dalam kelas.
Pengajaran guru akan menjadi lebih berkesan dan dapat menarik perhatian jika suara jelas dan tegas, sentiasa
cergas dan ceria. Guru juga perlu tegas dengan pelajar tetapi bukannya garang. Cara guru berpakaian juga
hendaklah kemas dan sesuai dengan personaliti seorang pendidik.

Seseorang guru tidak seharusnya membezakan pelajar di dalam kelas. Guru mestilah bersikap
adil dan bertimbangrasa terhadap setiap pelajar dalam semua perkara. Guru seharusnya jangan
suka menyindir atau memperkecilkan kebolehan pelajar, sentiasa mencari kesalahan pelajar
dan suka berleter kerana semua ini akan membuatkan pelajar bosan dan membenci guru.
Guru perlu menyediakan pelbagai peluang untuk mengembangkan potensi individu
pelajarnya. Perbezaan kebolehan individu hendaklah diambilkira dalam pengajaran guru bagi
memenuhi keperluan yang berbeza dari segi minat. Guru perlu mempelbagaikan usaha bagi
menarik minat pelajar.

Guru perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan pelajar. Perhubungan yang baik boleh
mewujudkan persefahaman, humur kemesraan dan perkembangan sahsiah yang sihat. Apabila
perhubungan ini wujud maka pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar.

Daripada kajian ini beberapa rumusan dihasilkan terhadap ciri-ciri guru Prinsip Akaun yang
berkesan yang dilihat dari aspek personaliti, perlakuan pengajaran, hubungan serta sikap guru
terhadap pelajar. Dapatan ini bukanlah mutamad, walaubagaimanapun ia boleh dijadikan
sebagai bahan rujukan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran Prinsip Akaun dan juga
mereka yang memerlukan maklumat tambahan sebagai bahan kajian. Diharapkan dapatan ini
boleh digunakan untuk memperbaiki sistem pengajaran dan pembalajaran di sekolah-sekolah.