MAKANAN TIRUAN FOLIO KILAT ANAK

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

MAKANAN TIRUAN
4TH INDUSTRIAL REVOLUTION

MUHAMMAD HAFIZ BIN ABDUL RAZAK
UMMU SYAHIDAH BINTI MOHD NOR
NURATILIA BINTI SAILAL
MOHD RAFIE BIN HUSSIEN

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

NO
.

TOPIK

1.

DEFINISI REVOLUSI INDUSTRI


2.

MAKANAN TIRUAN

3.

PUNCA MAKANAN TIRUAN

4.

KESAN MAKANAN TIRUAN

5.

MAKANAN TIRUAN DARI SUDUT AGAMA

6.

KESIMPULAN


1.DEFINISI REVOLUSI INDUSTRI KE 4

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Revolusi industri generasi keempat bermula dengan kehadiran sistem
kecerdasan buatan seperti robot pintar dan sistem pemanduan kenderaan
tanpa pemandu atau pengemudi. Selain itu, revolusi ini menjadikan
pengubahsuaian genetik adalah tidak mustahil dan boleh dicapai serta merta.
Perkara ini telah jelas dinyatakan yang oleh Klaus Schwab, pengerusi dan
timbalan pengarah World Economic Forum didalam bukunya The Fourth
Industrial Revolution.

Kemajuan ilmu sains dan pengetahuan teknologi telah mengubah corak
ekonomi dunia. Pada kurun ke 18 , revolusi industri pertama berlaku dengan
kemunculan mesin wap untuk menggantikan tenaga buruh atau haiwan.
Mesin wap memberikan impak yang besar terhadap ekonomi dunia. Justeru, ia
meningkatkan pendapatan ekonomi terhadap mana-mana negara yang
menguasai industri mesin wap.

Revolusi industri kedua tertumpu pada kemunculan tenaga elektrik dan

motor pembakaran dalam. Penemuan ini telah memacu pelbagai perbaharuan
didalam dunia antaranya adalah kereta dan kapal terbang. Ia telah mengubah
wajah dunia secara signifikan. Revolusi Industri ketiga pula adalah ketibaan
dunia digital dan internet. Segala maklumat dapat diperoleh dihujung jari dan
sistem komunikasi yang luas. Ia juga mewujudkan sistem automasi untuk
pelbagai industri dunia. Antaranya industri pembuatan makanan dan
kenderaan.

Seterusnya revolusi industri keempat seperti yang telah disampaikan
pada pembukaan tulisan ini, ia telah menemukan pola baru ekonomi dan lebih
dikenali sebagai teknologi disruptif (disruptive technology). Kehadiran revolusi
ini begitu cepat dan tanpa kita sedari negara kita mampu ketinggalan.

Di dalam revolusi ini, ukuran syarikat yang besar tidak akan menjamin
kestabilannya, sebaliknya kelicikan dan kelincahan mampu menjadikan
syarikat besar tewas dengan syarikat kecil. Sebagai contoh applikasi Uber
yang telah diperkenalkan dinegara ini mampu menewaskan mana-mana
syarikat pengangkutan yang sedia ada, dengan hanya memodalkan telefon
pintar dan kereta sendiri. Setiap syarikat haruslah mengikut perkembangan
ekonomi dunia agar tidak hanyut dan ketinggalan dek zaman.


Selain itu, bermacam-macam produk tiruan dihasilkan, sehingga para
pengguna gagal membezakan yang tulen dan asli. Sebagai contoh telur tiruan
dihasilkan untuk menjimatkan kos pembuatannya. Ia mempunyai ciri fizikal
yang sama tetapi khasiat yang berlainan. Justeru, khasiat yang diperoleh
mampu membantutkan pertumbuhan manusia.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
Revolusi industri keempat ini juga menjadikan masyarakat dunia lalai dan
leka terhadap kesan dan risikonya. Ia menjadikan manusia mampu mengatasi
hukum alam sendiri dan membinasakannya. Sebagai contoh revolusi industri
keempat ini memperkenalkan teknologi pengubahsaian genetik manusia
sendiri. Teknologi ini mampu mengubahsuai janin yang masih didalam rahim
ibu agar bayi yang dilahirkan mempunyai ciri atau sifat yang diinginkan. Dari
sudut islam, ia melanggar hukum tuhan dimana mengubahsuai rupa fizikal
dan tidak menerima takdir dan anugerah ilahi.

Di dalam revolusi industri keempat ini, banyak teknologi baru yang
diperkenalkan perlu dikaji semula untuk mengetauhi kesannya pada jangka
masa yang panjang terhadap dunia. Seharusnya sebuah badan haruslah

ditubuhkan untuk memantau pertumbuhan teknologi baru dan mengkajinya.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

2.MAKANAN TIRUAN
PENGUBAHSUAIAN GENETIK MAKANAN

Pengubahsuaian genetik makanan (PGM), atau lebih dikenali sebagai
kejuruteraan genetik makanan adalah makanan yang dihasilkan daripada
organisma yang mempunyai perubahan di dalam DNA makanan dengan
menggunakan kaedah kejuruteraan genetik. Teknik kejuruteraan genetik
membolehkan pengenalan ciri-ciri baru serta perubahan yang lebih besar
terhadap ciri-ciri daripada kaedah terdahulu seperti pembiakan selektif dan
pembiakan mutasi.

Antara contoh PGM yang sedia ada adalah tomato anti kumbang dan
lembu yang disuntik atau genetik yang diubahsuai. Kesemua contoh-contoh
ini, mendatangkan kebimbangan kesannya terhadap pengguna. Pengguna
seharusnya memantau dan mencegah versi diubahsuai secara genetik
daripada bercampur dengan populasi tumbuh-tumbuhan yang sedia ada dan

diperoleh secara semula jadi. Sebagai contoh tumbuhan bergantung kepada
pemindahan debunga untuk membiak iaitu melalui serangga atau udara..
Para saintis sukar meramal proses pendebungaan tumbuhan baharu yang asli.
Justeru, PGM diwujudkan untuk memudahkan proses meramal pendebungaan
yang tumbuhan baharu.

Walaubagaimanapun pengubahsuaian genetik bukan asli tidak akan
menjejaskan populasi genetik asli yang sedia ada. Setiap produk baharu yang
diubah suai secara genetik digunakan untuk mengkaji lebih lanjut tentang
potensi kesan jangka panjang tumbuhan tersebut ke atas alam sekitar
sebelum menghasilkannya secara besar-besaran.

Risiko utama didalam PGM adalah keracunan atau reaksi alergi. Ramai
orang mengalami alahan terhadap pelbagai jenis makanan, termasuk kacang,
gandum, telur, atau produk tenusu. Terdapat kebimbangan bahawa produk
protein genetik diperkenalkan boleh menjadi toksik atau alergik kepada
individu tertentu.

Apabila petani mula mengembangkan tanaman yang diubahsuai secara
genetik, mereka akan menanam tanaman lama dan mengkacukkan tanaman

lama dan diubahsuai. Jenis genetik asal ini adalah sumber-sumber yang
penting untuk membentuk ciri-ciri tumbuhan yang baru. Sebagai contoh,
perosak atau penyakit tumbuhan boleh datang dan memusnahkan beras yang
diubah suai secara genetik. Sekiranya salah satu daripada ciri-ciri padi yang

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
lama mempunyai genetik yang tahan terhadap penyakit tersebut , ia mampu
menjadi perlindugan terhadap genetik padi yang telah diubahsuai.

Dianggarkan bahawa tujuh puluh peratus dari semua makanan yang
diproses di Amerika Syarikat mengandungi sekurang-kurangnya satu ramuan
yang diubahsuai secara genetik dan kebiasaannya tanaman soya. Terdapat
inisiatif yang telah diambil untuk menjadikan setiap industri makanan
mempamerkan label yang jelas mengenai produk makanan yang
mengandungi bahan-bahan yang diubah suai secara genetik.

Ini akan memudahkan pengguna memilih produk yang selamat dan
terhindar dari mengalami alahan dan bahaya. Antara negara yang
mempamerkan produk yang diubahsuai secara genetik adalah Australia
,Jepun, dan Amerika Syarika. Kerajaan seharusnya mempunyai undangundang yang mengwajibkan industri makanan mempamerkan produk yang

mengandungi bahan-bahan yang diubah suai secara genetik.

PGM telahpun berleluasa diserata dunia. Pengguna haruslah memberikan
perhatian dan peka terhadap setiap kehadiran produk PGM yang baharu agar
dapat mengkaji kesan samada jangka pendek atau panjang terlebih dahulu.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Antara Contoh Produk Pengubahsuaian Genetik Makanan di
Dunia

1. Jagung
Hampir lapanpuluh lima peratus tanaman jagung di Amerika Syarikat
diubahsuai secara genetik. Malah jenama Whole Foods dari serpihan jagung
didapati mengandungi jagung yang diubahsuai secara genetik. Banyak
pengeluar mengubah jagung dan soya supaya mereka mampu bertahan
terhadap glisosat herbisida, ia itu racun yang digunakan untuk membunuh
rumpai.

2. Soya

Sebuah syarikat benih hibrid terbesar untuk pertanian, Pioneer Hi-Bred
International, mencipta kacang soya yang dihasilkan secara genetik, dan telah
diluluskan pada tahun 2010. Ia diubahsuai untuk mempunyai asid oleik yang
tinggi, yang secara semulajadi terdapat dalam minyak zaitun. Asid Oleic
adalah asid lemak omega-9 tanpa monounsaturated yang boleh menurunkan
kolesterol.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

3. Susu
RGBH, atau hormon pertumbuhan bovine rekombinan, adalah sejenis
kejuruteraan genetik pada hormon semulajadi. Ia disuntik ke dalam lembu
tenusu untuk meningkatkan pengeluaran susu.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

3.PUNCA WUJUD MAKANAN TIRUAN
Sejak jutaan tahun dahulu dunia diciptakan Tuhan dengan
iklimnya sentiasa berubah mengikut caturan serta putaran cuaca
sebagai mana kehendak-Nya. Jika dahulu semasa zaman prasejarah

(dinosaur) kehidupan bumi diliputi hutan tropika, sesetengah
tempat diliputi ais, beku serta sejuk. Perubahan demi perubahan
iklim berlaku sehingga haiwan-haiwan pra sejarah tersebut kini
telah bertukar menjadi fosil namun arus perubahan tersebut tidak
pernah terhenti pada titik tertentu. Kini, kita sekali lagi merasakan
perubahan iklim tersebut di mana saintis mendapati suhu di bumi
semakin meningkat secara mendadak saban tahun. Sesetengah
saintis berpendapat perubahan iklim merupakan aturan bumi atau
lebih tepat ia bersifat semulajadi, namun sebahagian pula
mengatakan ia akibat kerakusan aktiviti manusia itu sendiri.
Bagaimanapun, ia terus menjadi perdebatan hangat yang tidak
berkesudahan di kalangan mereka.
Bagi sesetengah pihak pula mendakwa kenaikan suhu bumi
secara mendadak bermula sejak era revolusi perindustrian yang
berlaku di seluruh dunia beberapa abad terdahulu. Maka, teori yang
paling tepat adalah aktiviti manusia itu sendiri telah mendorong ke
arah perubahan iklim yang sangat pantas berlaku terhadap bumi
kini. Mengapa? Perhatikan, sehingga kini perkembangan sektor
perindustrian menyumbang kepada pelepasan gas karbon dioksida
(CO2) secara berleluasa menjadikan hampir keseluruhan bumi kini

dilitupi gas tersebut.
Hal demikian menyebabkan hawa panas daripada sinaran
mentari yang diterima bumi tidak dapat dipantulkan semula ke
angkasa lepas kerana terperangkap dalam litupan gas yang
mengelilingi bumi. Maka wujud fenomena menggerunkan
menyelubungi saintis dunia yang dikenali sebagai kesan rumah
hijau. Apakah kesan rumah hijau? Bayangkan anda sedang berada
di dalam sebuah balang kaca yang sedang dipancarkan dengan
sinaran matahari terik tanpa ada sebarang pelindungan, apakah
yang akan terjadi? Pastinya anda akan kepanasan, sesak nafas,
berpeluh dan mungkin mengakibatkan berlakunya penyahidratan
dan akhirnya pengsan.
Kejadian musim kemarau bertambah panjang menyebabkan
sesetengah tempat berubah menjadi gurun dan tidak lagi sesuai
untuk dijadikan kawasan pertanian. Jadi apakah kaitan situasi
perubahan iklim ini terhadap stok makanan dunia? Menurut
Pensyarah Kanan, Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Keselamatan
Makanan (CEFSR), Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr. Jinap Selamat, perubahan iklim
mampu meningkatkan bencana alam kepada tahap yang tidak
dapat dijangka.
"Perubahan iklim bukan berkenaan kenaikan suhu dunia
sahaja, ia termasuk perubahan sistem ribut yang lebih kuat,
kemarau yang panjang, serta peningkatan aras laut yang
melampau. "Apa yang lebih membimbangkan adalah, perubahan ini
mempengaruhi pengeluaran makanan, jaminan makanan serta
keselamatan makanan untuk manusia itu sendiri," ujarnya ketika
ditemui di pejabatnya di Serdang baru-baru ini. Jelas Jinap,
terminologi tersebut kadang kala digunakan khusus merujuk kepada
perubahan iklim yang disebabkan aktiviti manusia. Malah, ujar
beliau, Malaysia juga mencatatkan kenaikan suhu antara 0.5 hingga
1.5 darjah celsius dalam masa 40 tahun kebelakangan ini dan
kenaikan tersebut terus meningkat tanpa ada tanda-tanda akan
kembali menurun. Lebih mencemaskan, peningkatan suhu dunia
secara mendadak mampu mempengaruhi sifat, taburan dan
kelaziman patogen dan juga pencemaran kimia dalam bekalan
makanan. Hal demikian kerana kehadiran patogen seperti bakteria,
kulat, parasit, virus, kimia (mikotoksin), antibiotik serta dadah
veterinar dalam makanan tidak mampu lagi disekat kerana ia
mampu menjadi rintang terhadap sebarang pencegahan apabila
suhu meningkat naik;
Perubahan iklim juga menyebabkan penyakit bawaan
makanan tidak dapat di kawal seterusnya menyebabkan bekalan
makanan menjadi tidak selamat dan dicemari dengan pelbagai
patogen berbahaya. Sementelah itu, menurut Pensyarah Kanan,
Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan (IKDPM), UPM, Profesor
Dr. Fatimah Mohamed Arshad, perubahan iklim dunia secara
mendadak juga turut menjejaskan jaminan bekalan makanan dunia.
"Apabila berlakunya perubahan iklim, bumi akan menunjukkan
reaksinya yang tersendiri. "Ia seperti berlakunya bencana alam
seperti banjir besar, ribut, kemarau panjang yang pastinya
menjejaskan pengeluaran produk makanan dunia," katanya.
Sebagai contoh, krisis makanan pernah melanda dunia ketika awal
1970 an, di mana Rusia dan Amerika Syarikat yang merupakan
kuasa besar dunia mengalami musim kemarau yang panjang sekali
gus menjejaskan pengeluaran bijirin terutamanya gandum.
Penurunan bekalan bijirin dari dua negara tersebut telah
memberi kesan terhadap harga pasaran bagi beras di mana harga
untuk makanan ruji tersebut meningkat tinggi berikutan
permintaannya melonjak naik. Cuaca juga turut menjadi faktor
utama mendorong berlakunya krisis makanan yang teruk pada
tahun 2008. Cuaca buruk telah menjejaskan pengeluaran bijirin di

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Eropah Utara, Rusia, Australia, dan Afrika Barat. Pada masa sama,
negara pengeluar beras utama seperti Vietnam mengalami masalah
infestasi manakala Bangladesh mengalami banjir yang teruk.
Sementara itu, China turut mengalami masalah cuaca di tambah
pula pasaran beras adalah amat tipis, sekitar tujuh peratus kerana
kebanyakan negara yang menghasilkannya adalah untuk kegunaan
sendiri dan bukan untuk di eksport.
Justeru apakah cara terbaik bagi menangani permasalahan
serta kebimbangan yang sedang melanda dunia kini? Apakah masih
adakah harapan untuk umat manusia kembali memulihkan keadaan
dunia yang sedang dilanda perubahan iklim yang tidak dijangka
tersebut. "Mereka perlu segera menyedari kepentingan dasar serta
polisi yang didokong kini agar mampu menangani permasalahan
tersebut," katanya. Justeru, mengambil konteks Malaysia sahaja,
kerajaan telah memberikan tekanan terhadap jaminan makanan
sebagai salah satu strategi utama dalam polisi makanann
Isu krisis makanan global terus mendapat perhatian
pemerhati ekonomi dunia, khususnya hal yang bersangkutan
dengan peningkatan harga makanan dalam pasaran
antarabangsa. Selain mewujudkan masalah kebuluran di
beberapa buah wilayah di dunia, perkembangan ini memberikan
kesan langsung kepada harga pasaran bahan makanan
tempatan dan sekali gus menggugat penawaran terhadap
bekalan makanan dalam pasaran domestik.

Masalah kekurangan makanan, yang pada mulanya
bersifat setempat dan hanya melanda negara dunia ketiga,
menjadi semakin kritikal apabila harga pasaran bekalan
makanan pada peringkat antarabangsa turut meningkat dan
mula memberikan ancaman dan kesan yang lebih global,
termasuklah melibatkan negara maju. Menurut statistik Bank
Dunia, harga pasaran makanan global secara purata meningkat
sebanyak 75 peratus sejak tahun 2000, manakala kadar
simpanan bijirin dunia berada pada tahap terendah sejak 30
tahun.
Sementara itu, harga gandum dalam pasaran dunia sahaja
mencatatkan kenaikan sebanyak 200 peratus dan harga
makanan ruji yang lain, seperti beras dan kacang soya pula,
mencatatkan paras tertinggi. Secara tidak langsung, kenaikan
harga pasaran bijirin turut memaksa kenaikan harga pasaran
makanan yang lain, seperti harga daging, ayam, telur, dan
makanan tenusu. Pada tahun 2009, John Holmes, Timbalan
Setiausaha Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan dan Bencana
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mengeluarkan
amaran bahawa peningkatan harga makanan yang berterusan

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

boleh mencetuskan kekacauan dan ketidakstabilan politik di
seluruh dunia. Beliau mengeluarkan pernyataan tersebut
memandangkan perkembangan harga purata makanan
meningkat yang dengan ketara, iaitu mencecah 40 peratus
sejak pertengahan tahun 2008.

Punca Barangan Tiruan Banyak Dikeluarkan dan Dijual :
1. Kemunculan sikap mengagung-agung barangan berjenama terutama dalam kalangan masyarakat yang tidak berkemampuan /
berpendapatan rendah - ingin bergaya - mempercayai bahawa
penggunaan barangan berjenama meningkatkan imej dan status beli
nyang
tiruan
dapat
mengisi
kepuasan
diri
itu.
2. Harga yang murah menyebabkan permintaan menjadi tinggi
-rupa fizikal hampir sama dengan produk asal/ kualiti pula ada yang
tinggi,- cth jersi bolasepak dikategorikan dalam gred A,B, dan C.
Barangan asli pula terlalui tinggi misalnya, jersi asli RM 200 dan ke
atas. Kos pembuatan pula lebih murah, modal jualan juga rendah ini
semua
menggalakkan
perniagaan
barangan
tiruan.
3. Kesedaran tentang harta intelek dan ilmu kepenggunaan yang
rendah dalam kalangan masyarakat - menganggap berjual beli
barangan
tiruan
bukan
kesalahan
besar.
4. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah - tindakan
bermusim - bertindak berdasarkan laporan sahaja - sukar kawal
sebab melibatkan jumlah orang terlibat yang banyak - KPDNHEP
pula kurang kakitangan - wujud pula masalah rasuah dalam
kalangan penguatkuasa- undang-undang tidak dapat dilaksanakan
dengan berkesan.

Bagaimana cara-cara untuk mengenalpasti barangan tiruan .
1) Langkah pertama yang harus dilakukan oleh pengguna untuk
mengenalpasti barangan tiruan ialah dapatkan maklumat mengenai
barangan asli. Maklumat boleh didapati melalui internet, majalah,
surat khabar, televisyen dan lain-lain media masa. Maklumat juga
boleh didapati daripada rakan-rakan dan pengalaman sendiri dalam
menggunakan produk asli.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Antara maklumat yang diselidiki ialah:
· Pengeluar utama – Barangan tiruan adalah produk yang
dihasilkan oleh syarikat bukan pengeluar utama dan tidak
mendapat kebenaran dari syarikat pengeluar utama untuk
berbuat demikian. Untuk mengenapasti barangan asli, perkara
pertama yang harus diketahui ialah siapakah pengeluar utama
sesuatu produk tersebut.
· Harga – Pastikan berapa harga produk asli yang ditawarkan
oleh syarikat pengeluar utama.
·

Label – Pastikan bagaimana label sesuatu produk yang asli.
Biasanya label barangan tiruan adalah hampir sama dengan
yang asli tetapi masih terdapat kecacatan di label produk
tiruan yang kita tidak sedari.

·

Ciri-ciri – Ketahui apakah ciri-ciri produk asli yang kita ingin
selidiki seperti fungsi produk itu dan hasil yang pengguna
perolehi setelah menggunakan produk tersebut. Contohnya
telefon pintar seperti Blackberry mempunyai applikasi
BBM(Blackberry Messanger) dan boleh berhubung dengan
pengguna Blackberry yang lain.

2) Mendapat maklumat dan mendengar daripada orang lain
mengenai produk asli tidak mencukupi. Langkah kedua yang
perlu dilakukan ialah dengan melihat sendiri bagaimanakah
produk asli tersebut dengan pergi ke tempat pusat membeli
belah atau di mana-mana tempat yang menjual produk yang
ingin kita selidiki.
3) Kemudian barulah buat perbandingan berdasarkan maklumat
yang telah diperolehi mengenai produk tersebut. Misalnya
harga produk tersebut ialah RM 300 tetapi yang kita lihat
dipasaran ialah RM100 atau lebih rendah. Jika berlaku
demikian kita hendaklah berfikir sama ada produk itu benarbenar asli yang diturunkan harga ataupun ia adalah produk
tiruan.
Masakan Zaman
Pertengahan termasuk makanan,
tabiat makan, dan cara memasak daripada pelbagai kebudayaan
Eropah semasa Zaman Pertengahan, suatu masa dalam kurun
waktu sekitar abad ke-5 hingga abad ke -16. Semasa tempoh
ini, pola makan dan memasak sedikit sebanyak mengalami
perubahan di Eropah berbanding pada awal tempoh moden
(sebelum Revolusi Industri) yang lebih singkat, di mana perubahan-

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

perubahan itu
Eropah moden.

berperanan

meletakkan

asas

bagi masakan

Bijirin masih merupakan bahan pokok terpenting sepanjang
awal
Zaman
Pertengahan
kerana berasdiperkenalkan
lebih
kemudian ke Eropah dan kentang baru diperkenalkan pada tahun
1536, yang mana di kemudian hari baru dikenali secara
luas. Barli, oat dan gandum
hitam bagi
kaum
miskin,
dan gandum bagi kaum pemerintah, dimakan sebagai roti, bubur,
dan ubat oleh
semua
lapisan
masyarakat. Kacang
parang dan sayur merupakan tambahan penting untuk pola
pemakanan yang berasaskan bijirin dari kelas yang lebih rendah.
(Kacang Phaseolus, kini Phaseolus vulgaris, berasal dari Dunia
Baru dan diperkenalkan selepas Pertukaran Colombia pada abad ke16)
Daging adalah lebih mahal, lebih berprestij, dan dalam bentuk
permainan memburu biasanya hanya dimakan kaum bangsawan.
Yang paling biasa dijual oleh tukang daging adalah daging
babi, ayam,
dan burung domestik
lain; lembu,
yang
mana
memerlukan
pelaburan
tanah
lebih
besar,
lebih
jarang
dijumpai. Ikan kod dan hering menjadi ruji di daerah bahagian utara;
bahan makanan tersebut dikeringkan, disalai atau diperap oleh
mereka yang tinggal di kawasan pedalaman, tetapi pelbagai ikan air
tawar dan ikan air masin lain juga digunakan oleh mereka.
Teknik pengawetan
makanan (terutama
pengeringan, pengasinan, penyalaian, dan penjerukan) dan masa
pengangkutan yang lama menjadikan perdagangan jarak jauh
daripada banyak jenis makanan menjadi sangat mahal. Disebabkan
itu, makanan kaum bangsawan lebih cenderung dipengaruhi bangsa
asing berbanding dengan masakan kaum miskin; ini bergantung
pada rempah eksotik dan kos import yang mahal. Sebagaimana
setiap lapisan masyarakat mengikuti salah satu perkara di atas,
inovasi-inovasi
daripada
perdagangan
antarabangsa
dan
peperangan dengan bangsa asing sejak abad ke-12 dan seterusnya
secara beransur-ansur tersebar luas melalui kelas menengah atas di
bandar-bandar abad pertengahan. Selain tidak tersedianya barang
mewah - seperti rempah-rempah - secara ekonomi, ada pelbagai
ketetapan yang melarang pengambilan makanan tertentu di kelaskelas sosial tertentu dan undang-undang yang mengehadkan
pengambilan berlebihan (demi publisiti) pada golongan orang kaya
baru. Norma sosial juga menetapkan bahawa makanan kelas
pekerja harus lebih sederhana, kerana dipercayai terdapat
persamaan semula jadi antara pekerjaan dan makanan seseorang;
pekerja kasar perlu makanan yang lebih kesat, yang lebih murah.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Suatu jenis masakan olahan dibangunkan pada Zaman
Pertengahan Akhir yang mana menjadi norma kalangan bangsawan
di seluruh Eropa. Perasa lazim dalam koleksi manis-masam yang
sangat berempah tipikal makanan zaman pertengahan kelas atasan
termasuk verjuice, arakdan cuka dalam kombinasi dengan rempah
seperti lada hitam, kesumba dan halia. Semua itu, seiring dengan
meluasnya penggunaan gulaatau madu, memberi rasa masammanis pada banyak hidangan. Badam sangat popular sebagai
pemekat dalam sup, rebusan, dan sos, terutama sebagai susu
almond.

4.KESAN MAKANAN TIRUAN

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Kini telah wujud di pasaran pelbagai produk yang 'sub-standard'
atau tiruan. Ia merangkumi ubat-ubatan, alat gantian kereta, jam,
minyak wangi, barangan sukan, cakera padat (CD) cakera optik dan
sebagainya. Yang terbaru yang hangat diperkatakan ialah telur dan
beras palsu. Hal ini telah mendatangkan kerugian kepada
pengguna, industri dan ekonomi negara. Adalah menjadi kesalahan
untuk membuat dan menjual barangan tiruan seperti yang
dinyatakan di bawah Seksyen 8 (2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011.
Produk tiruan diperbuat untuk menyerupai barangan asli dengan
menggunakan logo asli dan trademarks daripada pengilang untuk
memperdaya pengguna. Mengapa produk tiruan tidak diiktiraf dan
pengguna pula cenderung untuk membeli produk tiruan? Produk
tiruan dijual pada harga yang rendah, yang sehingga setengah
harga produk asli. Seringkali pengguna menjadikan taraf hidup yang
tinggi menyebabkan mereka menggunakan produk palsu atau
produk sub-standard. Namun, ini sebenarnya bukan sahaja
merugikan mereka dari segi kualiti produk, tetapi turut
membahayakan keselamatan diri sendiri dan orang di sekeliling
mereka.
Baru-baru ini penguatkuasa KPDNKK telah melakukan rampasan
sebanyak 80,000 unit produk perkakasan pintu tiruan bernilai
RM2.46 juta selepas menyerbu sebuah gudang di Sungai Buloh,
Selangor. Pintu tiruan daripada jenis material pyro, antara yang
dirampas dalam serbuan berkenaan biasanya digunakan untuk Pintu
kaca dan Pintu rintangan api. Bayangkan apa yang akan terjadi
sekranya Pintu tiruan jenis ini, apabila digunakan di rumah atau
pejabat, gagal berfungsi ketika berlaku kejadian yang tidak di ingini.
Banyak sebab produk asli adalah lebih baik dan selamat. Pihak
industri melaburkan kos yang banyak untuk memastikan setiap
produk yang dikeluarkan mematuhi standard kualiti dan
keselamatan. Tambahan pula, standard yang menetapkan bahan
yang digunakan, terutama bahan kimia, adalah mengikut skala yang
dibenarkan berdasarkan uji kaji yang amat teliti ke atas
penggunaannya. Standard untuk reka bentuk juga adalah satu
daripada keperluan bagi pihak industri untuk memastikan produk
mereka tidak akan membahayakan keselamatan. Malang memang
tidak berbau, tetapi inovasi manusia mungkin boleh menyelamatkan
nyawa dan mengelakkan kecelakaan.
Penggunaan produk tiruan seperti minyak wangi tiruan boleh
menyebabkan tindak balas alahan yang teruk dan kesan terbakar
kepada kulit; alat mainan kanak-kanak tiruan pula menggunakan
bahagian kecil yang mungkin longgar dan boleh menyebabkan
kanak-kanak tercekik atau mempunyai kandungan bahan kirma
yang tinggi pada pewarna yang digunakan; dan ubat-ubatan palsu
seperti vitamin kanak-kanak dan pil untuk mengurangkan atau

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

melegakan kesakitan yang mungkin mengandungi bahan tidak asli
dan tahap keselamatannya yang tidak diuji.
Permintaan pengguna terhadap produk tiruan sebenarya membantu
peniaga yang tidak beretika untuk meneruskan perniagaan mereka,
selain daripada menyumbang kepada kehilangan kerja kerana
pengilang barangan asli tidak berupaya untuk menandingi harga
produk tiruan ini. Perniagaan yang membayar cukai secara sah
mengalami kerugian yang banyak dan ini sebenarnya sedikit
sebanyak memberi kesan negatif kepada ekonomi negara.
Pengguna sepatutnya lebih bijak dalam pembelian sesuatu produk.
Dengan adanya teknologi, proses mendapatkan maklumat
sepatutnya lebih memudahkan. Teknologi sepatutnya digunakan
untuk mendapatkan maklumat yang boleh menambahkan
pengetahuan dan mengelakkan daripada tertipu.
Semak terlebih dahulu kualiti mana-mana produk yang hendak
dibeli dan juga label yang pada produk berkenaan. Contohnya untuk
barangan elektrik, label yang digunakan di Malaysia ialah logo
SIRIM-ST (ST ialah singkatan untuk Suruhanjaya Tenaga).
Beras Palsu diperbuat daripada plastik
Dipetik dari Mingguan Hong Kong, terdapat beras tiruan yang
diperbuat daripada plastic dan telah dijual secara besar-besaran di
China. Menurut laporan itu, beberapa pengedar menjual beras di
Taiyuan, Wilayah Shaanxi, dan menurut kata pakar pemakanan,
beras ini adalah campuran kentang ubi jalur dan plastic. Beras
plastic ini dibuat dengan membentuk kentang dan ubi jalar ke dalam
bentuk padi, lalu ditambah dengan resin sintetik kerana bersia ini
berbeza dariapada beras biasa, ia lebih keras seperti batu seleas
dimasak. Selain itu resin sintetik yang terdapat didalamnya sangat
berbahaya kepada tubuh manusia.
Jika benar perkara seumpama ini berlaku di Malaysia Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak akan
sewenang-wenangnya melepaskan dalang dalam perkara ini.
Namun tanpa laporan daripada orang ramai, agak sukar pihak
berkuasa membanteras gejala licik sebegini kerana pengedar tiruan
beras plastik ini mencampurkan beras plastik ke dalam beras tulen.
Hasilnya, beras yang dimasak tidak sekeras jika hanya memasak
beras plastik sahaja.
Menurut Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan, Hasan Malek, pasukan penyiasat itu akan
memberi tumpuan kepada kedai-kedai runcit kecil untuk memeriksa
sama ada mereka menjual beras palsu, terutama di luar bandar dan
kawasan luar bandar.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

"Kami akan menjalankan siasatan kami, tetapi saya ingin menggesa
pengguna untuk tampil ke hadapan dan melaporkan kepada
kementerian jika mereka mencari beras tersebut.
"Semua laporan yang dibuat akan dirahsiakan," tegasnya.
Jika dilihat, semua makanan yang dihasilkan untuk rakyat moden
zaman ini sebahagiannya memang mengandungi racun formalin
dan bahan kimia yang lain. Kehadian beras plastik menambah lagi
senarai makanan 'beracun' yang boleh dibeli dipasaran. Dalam
jangka masa pendek, makanan 'beracun ini bakal menimbulkan
gangguan penyakit.
Dalam jangka masa panjang pula, dapat dilihat kualiti generasi
bangsa Malaysia yang menggunakan beras plastik sebagai makanan
ruji akan menurun dan kurang daya berbanding penduduk negara
lain. Akibatnya, mungkin rakyat Malaysia bakal mengidap penyakit
berbahaya dalam usia muda.
Pakar kesihatan di China melaporkan jika seseorang memakan beras
plastik ini dicampur dengan resin beracun, boleh merosakkan sistem
penghadaman.
Satu laporan di Very Vietnam menyatakan bahawa seorang pegawai
dari Persatuan Pengusaha Restoran Cina telah mengumumkan
bahawa makan tiga mangkuk beras tiruan ini adalah sama dengan
makan sekeping beg plastik.

Telur ayam palsu

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Dipetik daripada Pulau Pinang, Georgetown, sebuah keluarga yang
menyangka sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat
daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan
kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.Telur palsu
itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila
dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat
dan kasar. Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang
(CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang
membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau
Tikus di sini semalam.
Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit
telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan
kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur
menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid
benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.
"Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna
seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan
fungsi hati," katanya. Mohamed Idris berkata, kerajaan harus
mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua
telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain
memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu
dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang
dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah
mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio."Setelah
mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus
memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur
ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya. Loh berkata,
beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu
sejak sebulan lalu
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di
Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat
telur tiruan dijual di pasaran. Pagi ini, seorang pengguna datang ke
pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa
bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau
seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana
beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu,

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus
membuat aduan mengenainya.
Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur
tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar
dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan
legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung
kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak
berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan
adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah
dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak
membeli telur.
Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan
kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning
telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum,
gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna
makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan
pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium
klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam
acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur
diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat
dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah
penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia
menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai
sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar. Kes
telur tiruan makin berleluasa sehinggakan pengguna Malaysia
dikejutkan lagi dengan berita tentang aduan seorang pengguna
yang mendakwa telur yang dibeli di Pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang
adalah telur tiruan. Namun, hasil ujian Jabatan Kimia mendapati
empat sampel telur ayam adalah tulen dan keputusan analisis
mendapati kandungan protein sampel telur berkenaan adalah sama
dengan
telur
ayam.
Kes masalah makanan dan keracunan makanan dilaporkan banyak
berlaku di Tanah Besar China beberapa tahun yang lalu. Pada tahun
2001, terdapat 185 kes keracunan makanan yang menjejaskan
sebanyak 15,715 orang dengan mengakibatkan 146 kematian.
Kejadian ini bertambah dua kali ganda pada tahun 2002 dan pada
2003, bilangan kes yang dilaporkan adalah sepuluh kali ganda
daripada tahun 2001.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Jumlah orang menderita ialah mencecah 29,660 orang termasuk
262 kematian dan pada September 2008 hampir 53,000 kanakkanak China menderita akibat pencemaran susu bayi dengan 4
orang bayi meninggal dunia.
Seorang maut dan 42 orang mengalami keracunan nitrat di hotel
barat daya China pada Oktober 2010 dan 200 pelajar sekolah
mengalami sakit perut dan muntah akibat meminum susu sarapan
pagi di sekolah pada April 2010. Kesimpulannya terlalu banyak kes
keracunan dan makanan tiruan berlalu di negara China dengan
mengakibatkan
sejumlah
besar
rakyat
mereka.
Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China.
Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur
tiruan ketika mereka hendak membeli telur. Menurut laporan
tersebut,
telur
tiruan
mengandungi
bahan-bahan
kimia.
Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur
dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin,
asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan.
Menurut artikel daripada Xiamen News, sekiranya telur tiruan ini
dimakan dalam masa yang panjang boleh mengakibatkan kesan
kecacatan otak. Justeru itu, pengguna dinasihatkan supaya lebih
berwaspada dengan telur tiruan. Sekiranya pengguna ragu-ragu
dengan keasliannya sila hubungi Bahagian Penguatkuasa
Kementerian
Perdagangan
vDalam
Negeri,
Koperasi
dan
Kepenggunaan yang berhampiran tempat anda.

Berikut adalah tip untuk membezakan telur tiruan dengan telur asli:-

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan
segera bercampur.

Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur
sebenar, tetapi tidak begitu ketara.

Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar
berbanding telur sebenar.

Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana
air berlebihan daripada bahan pepejal.

Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi
lebih rapuh berbanding telur
tiruan.

Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan
putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning
telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah
yang sama.

Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan
mengembang tanpa disentuh.
Cadangan kerajaan untuk mewajibkan semua pengeluar telur
berdaftar dengan Jabatan Veterinar dan diberikan pensijilan untuk
memastikan telur yang dihasilkan memenuhi piawaian yang
ditetapkan adalah langkah yang seharusnya telah dimulakan dari
dahulu lagi. Melalui sistem itu, telur yang dikeluarkan akan dicop
dengan label ladang, gred telur dan tarikh ia.
Dikeluarkan bagi menambah keyakinan pengguna terhadap telur
tersebut.
Mengikut rekod, terdapat 390 ladang ayam penelur di negara ini
dengan kapasiti sebanyak 37.82 juta ekor ayam dan pengeluaran
telur sebanyak 23.46 juta sehari. Pada ketika ini, pengguna
diharapkan dapat memanfaatkan maklumat dan label yang
diwujudkan agar dapat membuat pilihan yang bijak.
Mi segera adalah makanan tiruan beracun
Rakyat Malaysia telah memakan 870 juta paket mi segera pada
tahun 2004 dan telah meningkat kepada 1,210 juta paket pada
tahun 2008. Peningkatan sebanyak 40 peratus dalam jangkamasa 4
tahun. Pada tahun 2014, sudah tentu ianya meningkat lagi
memandangkan kos harga makanan harian yang semakin mahal.
Ianya boleh dikategorikan sebagai makanan rapu yang tidak
berkhasiat, karbohidrat tinggi dan kurang vitamin, mineral dan fiber.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

MI SEGERA merupakan mi separa masak yang dikeringkan dan
dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau
direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini
amat popular di kalangan orang bujang mahupun golongan yang
sedang kekeringan poket.
Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mi
segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang
sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara
berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee
tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang
tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada
kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian
yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG
mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit
merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk
yang mengandungi MSG yang tinggi.
Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung
dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau
cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan
kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air
panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk
secara terus. Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera
anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera
mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana
pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?
Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah
penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari
3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi
ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau
menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita,
cubalah elakkan mengidam mee segera. Cuba gantikan dengan
makanan lain yang lebih berkhasiat.
136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan
ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan
WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.
Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam
natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan
itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Gambar di atas bukan nugget goreng, tapi sepasang buah pinggang
yang telah rosak kerana 'dosa' pemakanan yang salah. Satu paket
mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum
pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium. Di samping
banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera
juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera
digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna
Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3
cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g
daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih
daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak
untuk diet 2,000-kcal.

Bahan kimia di dalam makanan tiruan
Banyak bahan kimia yang digunakan dalam makanan yang kita
ambil setiap hari seperti bahan pewarna, bahan pengawet dan
bahan perasa. Penggunaan bahan kimia dalam makanan yang
diproses menjadi semakin penting, walau bagaimanapun,
penggunaannya secara yang tidak betul akan menimbulkan kesan
sampingan kepada pengguna.
Kebaikan bahan kimia

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

1. Bahan kimia digunakan untuk menggantikan penggunaan
bahan asli. Penciptaan bahan perasa tiruan telah dapat
menggantikan penggunaan bahan asli dalam membuat
sesetengah bahan makanan. Sebagai contoh bahan tiruan
yang digunakan dalam membuat aiskrim yang pelbagai rasa.
2. Bahan kimia digunakan bagi menambah keenakan makanan.
Penggunaan bahan perasa seperti MSG yang ditambah dalam
makanan segera atau makanan ringan menjadikan makanan
lebih enak. Penggunaan bahan pewarna dalam makanan juga
menjadikan makanan yang dihasilkan kelihatan lebih menarik.
Sebagai contoh, mi dan kuih muih yang menggunakan
pewarna tertentu nampak lebih menarik.
3. Bahan kimia membantu mengekalkan kesegaran makanan.
Penggunaan bahan pengawet dalam industri makanan dapat
mengekalkan kesegaran makanan tersebut dalam jangka
panjang.
Bahan
pengawet
yang
digunakan
dapat
mengekalkan nisbah kelembapan dan mengawal kerosakan.
4. Bahan kimia membantu aktiviti memproses makanan. Adanya
bahan kimia seperti pengawet telah menggalakkan
pertumbuhan industri hiliran yang berasaskan pertanian,
penternakan dan hasil laut. Buah-buahan boleh diproses
menjadi jus minuman seperti jus mangga, kacang soya dan
limau. Penggunaan bahan kimia membolehkan buah-buahan
boleh ditinkan seperti nanas dan laici boleh ditinkan. Bahan
pengawet juga membolehkan hasil-hasil ternakan ditinkan
seperti kari ayam, lembu dan sambal ikan bilis. Bahan kimia
boleh meningkatkan tekstur makanan yang dikehendaki
seperti kek lembut, ais krim yang lebih lekit, gebu dan kenyal.
5. Bahan kimia dapat menambah nilai nutrisi makanan.
Penggunaan agen penambah nutrisi seperti vitamin dan
garam galian digunakan dalam produk tenusu, bijirin, tepung
dan majerin. Penggunaan agen nutrisi ini dapat meningkatkan
nilai nutrisi makanan dan mewujudkan sumber makanan yang
seimbang.
Keburukkan dan kesan makanan yang mengandungi bahan kimia
1. Penggunaan bahan kimia menyebabkan penyakit berbahaya.
Penggunaan secara berlebihan oleh pengeluar makanan boleh
mendatangkan pelbagai penyakit kepada pengguna, misalnya
asid benzoik yang digunakan sebagai pengawet dalam sos cili
dan jus buah-buahan secara berlebihan boleh mengakibatkan
gangguan saraf. Penggunaan pewarna yang berlebihan boleh
mengakibatkan penyakit kanser, kencing manis, buah
pinggang, gastrik dan lain-lain lagi.
2. Keracunan juga boleh berlaku akibat mengambil makanan
yang menggunakan bahan kimia berlebihan. Makanan yang

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

mengandungi perasa dan pewarna yang berlebihan boleh
menyebabkan sakit perut, muntah-muntah dan cirit birit.
Dalam kes keracunan yang teruk boleh menyebabkan
kematian.
3. Penggunaan bahan kimia yang berlebihan juga boleh
menyebabkan ketagihan. Kandungan kafein dan alkohol dalam
makanan boleh menyebabkan penggemar makanan
berkenaan ketagih. Penggunaan yang berterusan boleh
menyebabkan ulser.
4. Penggunaan bahan kimia tertentu dalam makanan boleh
menjejaskan tumbesaran. Kandungan aluminium, plumbum
dalam makanan ringan boleh menyebabkan tumbesaran
terjejas dari segi mental dan fizikal.
5. Bahan kimia yang digunakan dalam makanan juga boleh
menyebabkan alahan. Bahan Tartazin (E102) yang digunakan
dalam memproses makanan boleh menyebabkan gatal kulit
yang amat sangat serta mengkibatkan pembengkakan
sesetengah tisu lembut seperti kelopak mata, bibir, lidah dan
tangan.
Penggunaan bahan kimia dalam makanan menjadi pemangkin
kepada industri makanan dan pemprosesan makanan. Namun
tanpa pemantauan dan penguatkuasaan dari pihak berkuasa
akan mewujudkan suasana yang tidak sihat akibat
penggunaan yang tidak mengikut peraturan.
Bagaimana cara-cara untuk mengenalpasti barangan tiruan?
1)

·

·

Langkah pertama yang harus dilakukan oleh pengguna untuk
mengenalpasti barangan tiruan ialah dapatkan maklumat mengenai
barangan asli. Maklumat boleh didapati melalui internet, majalah,
surat khabar, televisyen dan lain-lain media masa. Maklumat juga
boleh didapati daripada rakan-rakan dan pengalaman sendiri dalam
menggunakan produk asli.
Antara maklumat yang diselidiki ialah:
Pengeluar utama – Barangan tiruan adalah produk yang dihasilkan
oleh syarikat bukan pengeluar utama dan tidak mendapat
kebenaran dari syarikat pengeluar utama untuk berbuat demikian.
Untuk mengenapasti barangan asli, perkara pertama yang harus
diketahui ialah siapakah pengeluar utama sesuatu produk tersebut.
Harga – Pastikan berapa harga produk asli yang ditawarkan oleh
syarikat pengeluar utama.
Label – Pastikan bagaimana label sesuatu produk yang asli.
Biasanya label barangan tiruan adalah hampir sama dengan yang

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

asli tetapi masih terdapat kecacatan di label produk tiruan yang kita
tidak sedari.
·

Ciri-ciri – bandingkan dengan barang yang kualiti dan structur
makanan yang asli
Mendapat maklumat dan mendengar daripada orang lain mengenai
produk asli tidak mencukupi. Langkah kedua yang perlu dilakukan
ialah dengan melihat sendiri bagaimanakah produk asli tersebut
dengan pergi ke tempat pusat membeli belah atau di mana-mana
tempat yang menjual produk yang ingin kita selidiki. Kemudian
barulah buat perbandingan berdasarkan maklumat yang telah
diperolehi mengenai produk tersebut. Misalnya harga produk
tersebut ialah RM 30 tetapi yang kita lihat dipasaran ialah RM10
atau lebih rendah. Jika berlaku demikian kita hendaklah berfikir
sama ada produk itu benar-benar asli yang diturunkan harga
ataupun ia adalah produk tiruan.
Kesimpulan
Makanan adalah merupakan suatu keperluan fisiologi yang
mesti dipenuhi untuk kehidupan. Pengambilan makanan yang tidak
seimbang atau tabiat pemakanan yang tidak sihat boleh
menyebabkan seseorang itu berhadapan dengan risiko pelbagai
jenis penyakit. Akan tetapi perlu difahami, bahawa makanan
bukanlah merupakan faktor tunggal yang boleh menyebabkan
kemudaratan atau boleh mendatangkan penyakit. Ini kerana
penyakit mungkin boleh disebabkan oleh berbagai-bagai faktor
seperti kuman, jangkitan dan tekanan emosi. Kajian menunjukkan
bahawa kadar kematian yang disebabkan oleh penyakit kronik di
kalangan masyarakat masa kini adalah berpunca daripada
kandungan makanan itu sendiri seperti kandungan lemak, gula dan
garam dan bahan bahan tiruan bukannya dari aditif makanan
apatah lagi apabila makanan ini dimakan tanpa kawalan. Oleh yang
demikian, seseorang itu perlu teliti dalam hal-hal yang berkaitan
dengan makanan dan pemakanan agar makanan yang diambil tidak
mendatangkan kemudaratan pada diri sama ada dari sudut fizikal,
mental, spiritual dan seterusnya terhadap pembentukan sifat-sifat
mulia kemanusiaan. Islam amat mementingkan kesihatan tubuh
badan kerana dari situ terhasilnya minda yang sihat dan buah
fikiran yang bernas. Sehubungan dengan itu, melalui kajian dan
analisis yang dibuat penulis merumuskan bahawa definisi makanan
segera bukan sahaja merujuk kepada makanan ala barat tetapi
harus juga merujuk kepada makanan tradisional yang mempunyai
ciri-ciri atau kriteria makanan segera yang disepakati secara umum
oleh pakar pemakanan. Pada masa yang sama, sikap masyarakat
umum yang melabelkan kesemua aditif makanan (kandungan bahan

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

kimia dalam makanan) khususnya yang terdapat dalam makanan
segera sebagai tidak selamat dan memudaratkan kesihatan
berdasarkan kepada kes keburukan bahan kimia secara am adalah
suatu tanggapan yang tidak tepat, suatu prasangka atau spekulasi
semata-mata. Berdasarkan kepada fakta-fakta yang diperoleh
melalui kajian dan penyelidikan yang dijalankan, dapatlah
dirumuskan bahawa penggunaan bahan kimia dalam makanan yang
telah diluluskan oleh pihak yang berkuasa adalah selamat
digunakan Tanpa pengecualian makanan yang di makan oleh
seseorang juga terdiri daripada berbagai-bagai jenis bahan kimia.
Perlu di fahami, bahawa kebanyakan aditif makanan yang diluluskan
terdiri daripada bahan yang terdapat pada makanan itu sendiri.
Setiap aditif yang diluluskan adalah berdasarkan kepada fakta-fakta
sains setelah melalui proses penilaian yang ketat. Bagi memastikan
keselamatan pengguna pula, setiap aditif yang telah diluluskan akan
dinilai semula status keselamatannya dari masa ke semasa
berdasarkan kepada fakta sains yang terkini. Oleh itu, tanggapan
masyarakat awam yang mengatakan bahawa semua aditif makanan
ialah bahan kimia tiruan atau ciptaan manusia adalah kurang tepat
ini kerana menurut fakta sejarah, kebanyakan aditif makanan yang
diluluskan telah digunakan sejak kira-kira 50 tahun yang lalu.
Namun yang demikian, tidak dapat dinafikan bahawa aditif
makanan yang diluluskan juga boleh memudaratkan kesihatan,
walaubagaimanapun risikonya amat rendah jika dibandingkan
dengan kebaikan dan kemanfaatan yang diperolehi. Ini terbukti
selepas lebih daripada 40 tahun aditif digunakan, tidak terdapat
tanda-tanda atau kesan negatif terhadap manusia. Dalam kes-kes
tertentu, jika berlaku kemudaratan terhadap pengguna yang
disebabkan oleh kandungan aditif dalam makanan, ia adalah
berpunca daripada kelemahan dalam membuat penilaian terhadap
keselamatan aditif yang digunakan, penggunaan aditif yang tidak
tulen, penggunaan aditif yang tercemar atau penggunaan aditif
yang berlebihan. Perlu dijelaskan di sini bahawa pengharaman
penggunaan
aditif
dalam
makanan
belum
tentu
dapat
meningkatkan taraf kesihatan pengguna. Ini adalah kerana menurut
Howard Roberts dari pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA)
Amerika Syarikat, bahaya yang berpunca daripada aditif makanan
berada di tempat kelima dalam senarai punca-punca bahaya dalam
makanan. Jika dibandingkan antara risiko dan manfaatnya, didapati
bahawa aditif makanan mempunyai