INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHA

DEFINISI MUZIK - satu cabang seni dan juga sains yang
menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan/atau instrumental
termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan
dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika,
corak pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh
mencerminkan sesuatu budaya tertentu.
MATLAMAT
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS
PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH (SR)
AMBILAN KHAS DISEMBER 2011
SENI DALAM PENDIDIKAN
SPK2102W
HBEF 1403
TOPIK 5 - PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK
LIM SIEW CHIN
LOO LEK FONG
TAN SIA PENG

810605-14-5814
810727-04-5184
851205-05-5220


ENCIK PETER ONG
JABATAN PENDIDIKAN MUZIK
IPG KIK

Memperkembangkan potensi dan kualiti diri individu dari segi nilai
estetika muzik dan etika melalui pelbagai pengalaman muzik ke
arah meningkatkan kesejahteraan hidup dalam konteks budaya dan
aspirasi negara.
OBJEKTIF













Menikmati pelbagai pengalaman muzik;
Memperkembangkan nilai estetika, kreativiti dan ekspresi diri;
Merasai dan mengenal konsep muzik;
Meningkatkan kemahiran mendengar muzik secara aktif;
Mengenal dan memahami sistem notasi muzik yang asas;
Memperkembangkan kemahiran asas dalam kegiatan nyanyian,
muzik dengan gerakan dan permainan alat;
Memupuk semangat berusaha, disiplin diri dan yakin diri;
Mengamalkan semangat toleransi dan kerjasama;
Mengenal dan menghargai pelbagai jenis muzik tanah air,
tradisional dan semasa yang sesuai;
Mengenal muzik yang sesuai dari beberapa negara lain; dan
Menjadi pengguna muzik yang berpengetahuan dan
berdiskriminasi

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MUZIK
Principles of the Pestalozzian System of Music mengenai prinsip
pengajaran dan pembelajaran muzik adalah seperti berikut:








Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda (kaedah
hafalan sebelum mencatat).
Mendidik pelajar dengan memberikan galakan kepada mereka
supaya memerhati, mendengar, meniru, serta membezakan
bunyi-bunyi yang didengarnya itu (kaedah penemuan kendiri).
Mengajar satu unsur muzik sahaja (melodi, harmoni, irama,
ekspresi, bentuk, warna ton atau jalinan) pada satu ketika.
(pembelajaran mengikut urutan).
Prinsip-psinsip dan segala teori harus diberi hanya selepas
amalan praktik dijalankan (pembelajaran heuristik).
Pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk mengkaji
muzik dan membuat latihan-latihan (kaedah pendekatan
berkonsep).

Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental harus
diselaraskan.

KAEDAH-KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MUZIK

1. Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi keutamaan kerana
menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara
berperingkat atau ‘sequential’. Gordon juga mengutamakan
prinsip ‘sound before symbol’ dimana keutamaan diberikan
kepada pembelajaran permainan muzik tanpa notasi dahulu
sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan.
2. Emile Jacques Dalcroze banyak menggunakan gerak geri tubuh
badan untuk menanam kefahaman dan menimbulkan kepekaan
atau sensitiviti terhadap aspek-aspek muzik. Pergerakan secara
berirama dan tarian dengan aktiviti eurhythmic merupakan
pendekatan Dalcroze.
3. Pendekatan Carl Orff memberi penekanan kepada beraneka jenis
pengalaman muzikal. Satu unsur yang tersendiri dalam
pendekatan Orff adalah kegunaan peralatan muzik direka atau
dipilih khas untuk pendidikan muzik.

 Imitasi (Mengajuk Balik) – Perkembangan kemahirankemahiran asas dengan menggunakan pertuturan berirama
dan juga irama badan seperti aktiviti bertepuk tangan, petik
jari dan sebagainya.
 Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri) – Membuat eksperimen
dengan bunyi-bunyi muzikal dan membuat gerakan dengan
usaha sendiri.
 Improvisasi- Belajar dari asas ton. Skel pentatonik ialah skel
yang mempunyai lima ton.
 Creation (Mencipta) - Penciptaan dengan menggunakan
bahan asas dari fasa-fasa.
 Literasi – Menulis dan membaca nota muzik.

4. Zoltan Kodaly telah merancang satu program muzik secara
berperingkat atau sequential dalam beberapa aspek pembelajaran
muzik seperti nyanyian, latihan aural, notasi muzik dan permainan
alat muzik. Beliau menekankan aktiviti membaca dan menulis
notasi muzik dari peringkat awal. Kaedah Kodaly banyak
menggunakan isyarat tangan, latihan solfa tangan nada pentatonik
dan nyanyian lagu rakyat secara a capella (nyanyian tanpa iringan
alat muzik). John Spencer Curwen dari England mencipta isyaratisyarat tangan untuk mengiringi suku kata solfa (do re mi).


5. Pendekatan Shinuci Suzuki pernah digelar “pendekatan bahasa
ibunda”. Suzuki menamakan kaedahnya talent education atau
“pendekatan bakat”. Pendekatan Suzuki melibatkan ibu bapa
dalam proses pengajaran dan pembelajaran muzik secara
individu.
KONSEP MUZIK
Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan
mempunyai kualiti tersendiri. Penghasilan muzik yang berkualiti
mempunyai penyusunan konsep muzik yang betul dan terperinci.
Konsep muzik merangkumi 7 elemen iaitu irama, melodi, harmoni,
warna ton, tekstur, bentuk dan ekspresi.
7 KONSEP ASAS MUZIK
 Irama - Terbentuk daripada susunan bunyi.
 Melodi - Susunan pic sama ada menaik atau menurun atau
mendatar.
 Harmoni - Kombinasi 2 atau lebih not yang berbunyi serentak.
 Tekstur - Jalinan lapisan suara dalam lagu sama ada tebal atau
nipis suara atau bunyi dalam gubahan.
 Warna Ton - Karekter atau kualiti bunyi yang dihasilkan oleh

sesuatu alat muzik atau suara, sama ada bunyi berat atau bunyi.
 Bentuk - Seksyen atau bahagian lagu. Lagu biasanya mempunyai
intro, koros, rangkai. Bahagian akhir dinamakan koda.
 Ekspresi - Penyataan perasaan dan fikiran yang ditonjolkan
dalam sesebuah lagu. Dapat disampaikan melalui mud dan
dinamik.

KONSEP 1: IRAMA
Irama ialah gabungan pelbagai not muzik yang berbeza yang akan
menghasilkan not irama yang berbeza. Ukuran masa atau tempo
pada muzik, serta panjang pendek bunyi yang teratur, turun naik
bunyi yang teratur pada lagu akan menghasilkan irama yang
berbeza. Irama merangkumi detik, meter, tekanan, tempo, rentak
dan corak irama.
1.1 Detik
Detik bermaksud bit konsisten atau denyutan. Denyutan yang
berulang dan berterusan merupakan elemen yang penting dalam
muzik. Dalam muzik terdapat bunyi berkala iaitu bunyi yang tetap
yang boleh ditepuk sepanjang muzik tersebut. Jangka masa satu
detik ke detik yang lain diukur dengan nilai not muzik.


Nilai 4 (angka di atas) mewakili detik dalam setiap bar manakala 4
(angka di bawah) mewakili jenis not yang digunakan (krocet).
1.3 Tekanan
Tekanan bermaksud detik yang dirasai lebih kuat dan diberikan
penegasan. Penegasan atau menguatkan detik tertentu diertikan
sebagai memberi tekanan. Terdapat detik yang dibunyikan kuat dan
ada yang dibunyikan kurang kuat. Detik yang kuat dikenali sebangai
tekanan dan disimbolkan sebagai tanda “>” atau “^”.
Contoh tekanan:

1.2 Meter
Meter ialah kiraan masa dalam sesuatu muzik. Terdapat pelbagai
kiraan masa dalam muzik. Biasanya jumlah detik adalah sama
banyak dalam setiap bar. Pengumpulan detik dikenali sebagai
pembahagian meter. Ia dinyatakan dalam skor lagu dalam bentuk
tanda masa.

1.4 Tempo
Tempo biasanya merujuk kepada kelajuan detik sesuatu lagu atau

corak irama muzik. Setiap lagu mempunyai tempo yang berbeza
samada cepat, sederhana atau lambat.
Antara jenis-jenis tempo ialah:
 ALLEGRO (Rancak, Cepat)
 AN DAN TE (Sederhana Cepat)



Pergerakan Mendatar



Pergerakan Melompat



Pergerakan Bertangga

1.5 Corak Irama
Corak irama terbentuk apabila bunyi dan rehat disusun berlainan

masa untuk menjadi corak yang nyata.
1.6 Rentak
Corak irama tertentu yang digunakan untuk mengiringi nyanyian
atau permainan alat, contohnya rentak masri.

KONSEP 2: MELODI
Melodi bermaksud susunan seni kata berirama yang disusun
mengikut turutan pic yang sama ada secara menaik, menurun atau
mendatar. Melodi berubah apabila pic dan not berubah. Melodi
merangkumi pic, skel, fasa, jeda, tanda kromat, baluk, solfa,
kontur dan rangkai lagu.

2.2 Skel
Skel bermaksud pic yang disusun secara menaik atau menurun
mengikut jeda tertentu dan mewujudkan kesan nada atau tonalti.
 Skel Major Menaik

2.1 Pic
Pic adalah berkaitan dengan aras sesuatu bunyi samada bunyi tinggi
atau bunyi rendah. Pic bergerak secara mendatar, melompat dan

bertangga.

 Skel Minor Menaik

2.6 Baluk
Digunakan untuk menada pic yang ditunjukkan garis dan dalam
ruangan baluk. Jenis klef ialah alto, trebel, tenor dan bes.
2.7 Solfa
Solfa ialah nyanyian pic menggunakan sebutan not C.

2.3 Frasa
Frasa bermaksud sekumpulan not yang membentuk satu penyataan
muzik yang signifikan atau satu keratan lagu. Frasa disimbolkan
dengan:

KONSEP 3: HARMONI
 Harmoni adalah bunyi muzikal yang dihasilkan melalui
kombinasi dua atau lebih not yang dibunyikan bersama atau
serentak. Ia melibatkan kaunter melodi yang melibatkan
daripada 2 lapisan suara, dalam bentuk kaunter melodi, kord,
dron dan ostinato.

Contoh:

2.4 Jeda
Jarak bunyi di antara 2 pic. Contoh jeda iaitu “do re mi” (jeda tiga)



2.5 Tanda Kromat
Tanda yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu not dinaikkan
atau diturunkan. ‘#’- naik ½ ton, ‘b’ turun ½ ton, ‘Neutral” kembali
ke not asal.



Kaden merupakan pengakhiran atau penutup frasa kepada
setiap ayat dalam muzik. Kaden terbahagi kepada 3 kumpulan
iaitu perfek, imperfek dan plagal.
Tiga elemen dalam harmoni ialah:
o Triad: Gabungan tiga not maka terjadilah kod. Untuk
membentuk triad, not yang digunakan adalah not asas, not
ketiga dan not kelima dari satu skel.

o Arpeggio: Not-not dalam sesuatu kod boleh dimainkan
secara satu persatu, menaik atau menurun. Susunan not
secara ini dinamakan arpeggio atau kod curai.
o Pergerakan Kod: Apabila satu kod bergerak ke satu kod
yang lain, ianya disebut sebagai pergerakan kod.
KONSEP 4: TEKSTUR
 Tekstur bermaksud jalinan antara lapisan-lapisan suara yang
terdapat dalam sesebuah lagu. Tekstur lagu boleh jadi nipis
atau tebal bergantung kepada bilangan lapisan suara atau
bunyi yang yang terdapat dalam sesebuah gubahan.

Tekstur terbahagi kepada 4 iaitu Monofoni, Homofoni,
Heterofoni dan Polifoni.
o Monofoni - Bermaksud satu baris melodi atau muzik satu
suara yang dimainkan tanpa sebarang iringan muzik.
Contohnya apabila kita menyanyi sebuah lagu tanpa
iringan.
o Homofoni – Apabila melodi diiringi oleh alat muzik yang
berharmoni yang mempunyai kod seperti gitar, piano,
organ dan sebagainya.
o Heterofoni - Bermaksud berbilang suara
o Polifoni - Bermaksud dua atau lebih lapis muzik yang
dinyanyikan bersama. Setiap lapisan bunyi mempunyai ciri
dan kepentingannya yang tersendiri tetapi menyokong
antara satu sama lain dan memperkayakan ekspresi muzik.

KONSEP 5: WARNA TON
 Warna ton merupakan karekter atau kualiti bunyi yang
dihasilkan oleh sesuatu alat muzik atau suara, sama ada bunyi
berat atau bunyi ringan. Contoh : Dram bes - bunyi berat;
Kastanet - bunyi ringan.
 Dalam nyanyian, suara perempuan boleh dikategorikan kepada
dua jenis iaitu soprano dan alto. Manakala suara lelaki boleh
dikategorikan kepada tiga jenis iaitu baritone, tenor dan bes.
KONSEP 6: BENTUK
 Bentuk dalam bahasa muzik merujuk kepada susunan idea atau
satu corak melodi yang mempunyai ciri-ciri yang khusus.
Bentuk sesebuah karya ditentukan oleh gabungan beberapa
segmen muzik.
 Sesebuah lagu biasanya mempunyai intro, rangkai dan korus.
Bahagian akhir lagu dinamakan “coda”. Dalam muzik, seksyen
ini biasanya ditulis sebagai A B C dan seterusnya.
 Antara bentuk yang terkenal ialah Bentuk AB (Binari) dan
Bentuk Tenari (ABA).
 Terdapat juga bentuk-bentuk lain seperti Rondo dan strofik.
 Contoh: Lagu “Jingle bells” adalah berbentuk Binari.
o Bahagian A: Jingle bells, jingle bells, jingle all the way
o Bahagian B: Oh, what fun it is to ride in a one open sleigh

KONSEP 7: EKSPRESI
Ekspresi adalah berkaitan dengan pernyataan perasaan dan fikiran
yang ditonjolkan oleh sesebuah lagu atau karya muzik. Ia
merupakan ciri muzikal yang mempengaruhi sesuatu persembahan
vokal atau instrumental. Ekspresi merangkumi mud, dinamik,
istilah dinamik dan tanda isyarat.

7.4 Tanda Isyarat
Simbol-simbol yang digunakan dalam notasi muzik dengan maksud
khusus. Contohnya:

7.1 Mud
Mud membentuk sifat atau suasana sesebuah karya muzik. Ia selalu
dilahirkan dalam bentuk perasaan ketika karya muzik
dipersembahkan samada riang, bersemangat, sedih dan sebagainya.
7.2 Dinamik
Dinamik adalah berkaitan dengan sifat kuat atau lembut bunyi
muzik yang dihasilkan. Dalam skor Iagu, dinamik dinyatakan dalam
bentuk tanda isyarat dan istilah seperti beransur lembut (>) dan
beransur kuat (