Sejarah sains Latar belakang sejarah

Sains Islam pada Zaman Pertengahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rencana ini mengenai sejarah sains dalam tamadun Islam di antara abad ke­8 dan ke­16. Untuk maklumat pada sains dalam konteks Islam, sila lihat Islam dan sains.

Sejarah sains Dalam sejarah sains, sains Islam merujuk kepada sains yang dikembangkan

dalam lingkungan tamadun Islam di antara abad ke­8 dan ke­16, sewaktu apa yang disebut sebagai Zaman Kegemilangan Islam. [1] Ia juga dikenali

sebagai "sains Arab" kerana kebanyakan teks pada zaman itu ditulis dalam bahasa Arab, bahasa yang menjadi lingua franca tamadun Islam. Namun, bukan semua ahli sains pada zaman itu Muslim atau Arab. Sebilangan ahli sains terkemuka yang menyumbang kepada sains dalam tamadun Islam bukan berketurunan Arab (yang paling terkemuka ialah orang Parsi), dan

ada juga ahli sains yang bukan Muslim. [2] Latar belakang

Ada beberapa pandangan berlainan di kalangan sejarawan sains berkaitan Teori/sosiologi sains Islam . Pandangan traditional, contohnya pandangan yang dipegang

Historiografi [3]

Bertrand Russell, Pseudosains memegang bahawa sains Islam, sementara mengkagumkan dalam banyak cara, berkurangan tenaga intelek yang Mengikut zaman diperlukan untuk membuat inovasi, dan nilai utamanya ialah sebagai Dalam budaya awal

Dalam Zaman Kuno Klasik penyimpan ilmu kuno dan pengirim kepada Eropah Zaman Pertengahan. Pada Zaman Pertengahan

Para pengulang kaji seperti Abdus Salam [5] dan George Saliba, pula Pada Zaman Pembaharuan berpegang bahawa suatu Revolusi saintifik Islam muncul sewaktu Zaman

Revolusi Saintifik [6][7]

Pertengahan, Mengikut topik satu ungkapan yang digunakan para sarjana seperti Donald Routledge Hill dan Ahmad Y Hassan untuk menyatakan pandangan Sains semulajadi

Astronomi bahawa Islam merupakan daya pendorong pencapaian orang Islam. [8]

Biologi Robert Briffault, seorang sezaman dengan Russell, pula melihat sains Islam

Kimia

sebagai pengasas sains moden. Ekologi Pandangan pengajian terkini seperti Geografi

ditonjolkan Toby E. Huff, [13] Will Durant, Fielding H. Garrison, Geologi

Muhammad Iqbal [14] Hossein Nasr dan Bernard Lewis, [15] ialah para ahli Paleontologi sains Islam menyumbang kepada pengasasan sains bereksperimen melalui Fizik Sains masyarakat

sumbangan mereka kepada kaedah saintifik serta pendekatan empirik, Ekonomi bereksperimen dan kuantitatif yang dibawa kepada penyelidikan, mahupun Linguistik

usaha mereka tidak boleh dikatakan suatu revolusi sains, [10] seperti yang Sains politik telah berlaku pada zaman awal Eropah moden yang membawa kepada

Psikologi

Sosiologi kemunculan sains moden,

melainkan Kitab Optik karya Ibn Al­

Teknologi Haitham yang dianggap ramai sebagai satu revolusi dalam bidang optik dan

Sains pertanian persepsi penglihatan. [18][19][20][21][22][23]

Sains komputer Sains bahan Perubatan

Isi kandungan Laman pengemudian

Garis masa Portal

1 Gambaran keseluruhan Kategori

1.1 Kebangkitan

1.2 Institusi saintifik

1.3 Kemerosotan

1.4 Pengaruh pada sains Eropah

2 Kaedah saintifik

2.1 Semakan setara

3 Sains gunaan

3.1 Sains pertanian

4 Perubatan

5 Sains Formal

5.1 Ilmu mantik

5.2 Matematik

6 Sains Semula jadi

6.1 Astrologi

6.2 Ilmu falak

6.3 Kimia

6.4 Sains Bumi

6.5 Fizik

6.6 Zoologi

7 Sains masyarakat

7.1 Sosiologi dan Antropologi

7.2 Psikologi

8 Pensejarahan Sains Islam

9 Lihat pula

10 Nota

11 Rujukan

12 Bacaan lanjut

13 Pautan luar

Gambaran keseluruhan

Kebangkitan

Maklumat lanjut: Zaman Kegemilangan Islam Sewaktu penaklukan awal Islam, tentera Arab Muslim, yang pada asasnya dipimpin oleh Khalid ibn al­

Walid, menakluki Empayar Parsi Sassanid dan lebih dari setengah Empayar Byzantine (ataupun "Rom"), dan mendirikan Empayar Arab sepanjang Timur Tengah, Asia Tengah, dan Afrika Utara, diikuti pengembangan selanjutnya di sepanjang Pakistan, Itali selatan dan Semenanjung Iberia. Oleh sebab itu, kerajaan­kerajaan Islam mewarisi ilmu dan kemahiran Timur Tengah silam, Greece, Parsi dan India [24]

Seni pembuatan kertas diperoleh daripada banduan China dalam Pertempuran Talas (751 M), dan ini membawa kepada pembinaan kincir kertas di Samarkand dan Baghdad. Orang Arab memperbaiki teknik­teknik China dengan menggunakan kain buruk linen yang diperbuat daripada kulit kayu kertau (mulberi).

Ahli Sains Arab dan ahli sains Iran tinggal dan mengamalkan ilmu masing­masing di tanah jajahan Islam sewaktu Zaman Kegemilangan Islam, walaupun bukan semua ahli sains dalam tamadun Islam berbangsa Arab atau beragama Islam. Sesetengah sarjana membantah penggunaan istilah "Arab­Islam" kerana dirasakan istilah itu tidak menggambarkan kepelbagaian para sarjana Timur yang telah menyumbang kepada sains pada zaman itu. [25]

Sewaktu Zaman Kegemilangan Islam, para sarjana Islam membuat pengembangan penting kepada sains, matematik, perubatan, ilmu falak, kejuruteraan, dan bidang­bidang lain. Sewaktu ini, falsafah Islam awal berkembang dan sering memainkan peranan pangsi dalam perdebatan saintifik — tokoh­tokoh utama, biasanya ahli sains dan ahli falsafah.

Bilangan karya penting dan asli Arab yang ditulis dalam bidang sains matematik adalah lebih besar daripada jumlah gabungan karya Bahasa Latin dan Bahasa Yunani dalam bidang yang sama. [26]

Institusi saintifik

Lihat: Madrasah, Bimaristan dan Ilmu falak Islam Terdapat beberapa institusi penting yang tidak wujud pada zaman kuno diasaskan dalam dunia Islam

Zaman Pertengahan: contoh­contoh utama termasuklah hospital awam (yang menggantikan kuil

penyembuhan dan kuil tidur) [28] dan hospital psikiatri, Perpustakaan awam dan perpustakaan pinjaman, universiti yang mengurniakan ijazah, dan balai cerap ilmu falak yang berfungsi sebagai

institut penyelidikan [27] (berlainan dengan pos pemerhatian peribadi yang terdapat dalam zaman kuno), [29] dan

Waqaf. [30][31] Universiti­universiti pertama yang mengeluarkan diploma ialah

hospital­universiti Bimaristan dunia Islam dalam Zaman Pertengahan. Institusi­institusi ini mengurniakan diploma perubatan kepada penuntut­penuntut perubatan Islam yang layak menjadi pengamal perubatan dalam kurun ke­9.

Sir John Bagot Glubb menulis: [32] "Sekolah­sekolah perubatan sangat aktif di Baghdad

setibanya zaman Ma'mun. Hospital awam percuma pertama dibuka di Baghdad pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al­Rashid. Dengan pembangunan sistem ini, para pakar perubatan dan pembedahan dilantik sebagai pensyarah kepada penuntut perubatan dan mengurniakan diploma kepada mereka yang dikira layak menjadi pengamal perubatan. Hospital pertama di Mesir dibuka

Sarjana Islam pada Zaman pada tahun 872 M dan selepas itu hospital­hospital awam

Pertengahan

dibuka di seluruh empayar Islam, dari Al­Andalus dan Maghreb hinggalah ke wilayah Parsi."

Universiti Al­Karaouine di Fez, Maghribi, yang ditubuhkan pada tahun 859 M diiktiraf Buku Rekod Dunia Guinness sebagai universiti tertua di dunia. [33] Universiti Al­Azhar yang ditubuhkan di Kaherah, Mesir pada abad ke­10, menawarkan beberapa ijazah akademik termasuklah ijazah pascasiswazah, dan

dianggap universiti penuh yang pertama. Beberapa ciri tersendiri perpustakaan moden diperkenalkan dalam dunia Islam. Perpustakaan bukan

sahaja merupakan kumpulan manuskrip lama seperti pada zaman kuno, tetapi juga berfungsi sebagai perpustakaan awam dan pinjaman, pusat pendidikan dan penyebaran sains dan idea, tempat mesyuarat dan muzakarah, dan kadangkala sebagai rumah pertumpangan para sarjana atau murid. Konsep katalog perpustakaan juga diperkenalkan di dalam perpustakaan Islam Zaman Pertengahan, dan buku­buku disusun mengikut genre dan kategori tertentu. [34]

Satu ciri yang sering terdapat pada Zaman Keemasan Islam ialah jumlah besar orang Islam yang pakar dalam pelbagai bidang (polymath) ataupun "orang bergeliga" yang menyumbang dalam pelbagai bidang. Mereka ini dikenali sebagai Hakim dan mereka memiliki ilmu meluas dalam beberapa bidang agama dan sekular, setanding dengan tokoh­tokoh Zaman Pembaharuan seperti Leonardo da Vinci. Sarjana pelbagai bidang sering ditemui semasa Zaman Keemasan Islam sehinggakan sukar mencari seorang sarjana yang

pakar hanya dalam satu bidang kajian. [35] Tokoh­tokoh genius atau polymath ini termasuklah, antara lain, Al­Biruni, Al­Jahiz, Al­Kindi, Abu Bakr Muhammad Al­Razi, Ibnu Sina, Al­Idrisi, Ibnu Bajjah (Avempace), Ibnu Zuhr, Ibnu Tufayl, Ibnu Rushd, Al­Suyuti [36] Abu Musa Jabir bin Hayyan (Geber),

Al­Khawarizmi, Banu Musa, Abbas Ibn Firnas, Al­Farabi, Al­Masudi, Al­Muqaddasi, Ibnu Al­Haytham (Alhazen), Omar Khayyam, Al­Ghazali, Al­Khazini, Al­Jazari, Al­Nafis, Al­Tusi, Ibn al­Shatir, Ibnu

Khaldun, dan Taqi Al­Din. [35]

Kemerosotan

Lihat juga: Zaman Kegemilangan Islam:Kemerosotan Dipercayai sains Islam mula merosot pada abad ke­12 dan ke­13 ‐ walaupun tamadun Islam pada

masa itu masih menghasilkan ahli sains, hakikat ini lebih pengecualian daripada kebiasaan. Namun, mahupun zaman ini disebut "zaman kemerosotan" sains Islam, dari segi ilmu falak, ia sebenarnya zaman yang amat berdaya keluarannya di mana teori­teori ilmu falak yang bermutu tinggi dihasilkan. Karya Ibn al­Shatir (1304–1375 M) di Damsyik menjadi contoh yang menarik. [37][38] Keadaan demikian juga

terdapat dalam bidang­bidang lain seperti perubatan dengan karya­karya Ibn al­Nafis dan Serafeddin Sabuncuoglu, dan sains sosial dengan Ibnu Khaldun dan Muqaddimahnya (1370 M). Malah, Muqaddimah sendiri mencatatkan keadaan ini, dengan menyatakan bahawa sains merosot di Iraq, Al­ Andalus dan Maghreb, tetapi berkembang di Parsi, Syria dan Mesir. [39]

Satu faktor yang diutarakan sebagai penyebab kemerosotan ini ialah cabaran terhadap teologi rasional Muktazilah oleh teologi ortodoks Ash'ari seperti yang ditonjolkan dalam kitab Tahafut al­falasifa ("Ketakpaduan Ahli Falsafah") hasil penulisan Imam Al­Ghazali. Tafsiran ini diutarakan Ignaz Goldziher, ahli Orientalis Yahudi dari Hungary yang mempercayai bahawa terdapat penentangan di

antara teologi ortodoks dengan sains yang dipengaruhi adat serta pemikiran Yunani. [40] Namun, kesarjanaan baharu mencabar pandangan tradisional ini. Beberapa sarjana menunjukkan bahawa aliran teologi Ash'ari sebenarnya menyokong sains dan hanya membangkang falsafah spekulatif, dan beberapa ahli sains agung Islam seperti Ibn al­Haitham, al­Biruni, Ibn al­Nafis and Ibn Khaldun merupakan penganut teologi Ash'ari. [36][39] Emilie Savage­Smith juga menyatakan bahawa pandangan positif Imam al­Ghazali terhadap bidang perubatan, khususnya anatomi, menggalakkan ahli perubatan Islam seperti Ibn Zuhr (Avenzoar) dan Ibn al­Nafis untuk melakukan diseksi pada abad­abad ke­12 dan ke­13. [41]

Penyebab­penyebab lain kemorosatan sains termasuk persengketaan antara orang Islam ahli Sunnah dengan Syiah, dan pencerobohan terhadap tanah air orang Islam oleh tentera Salib dan Mongol antara kurun ke­11 dan ke­13, khususnya pencerobohan Mongol dalam kurun ke­13. Pihak Mongol memusnahkan perpustakaan, balai cerap, hospital dan universiti Islam, berpuncak dengan pemusnahan Baghdad pada tahun 1258 M. Baghdad merupakan ibu negeri Kekhalifahan Abbasiyyah serta pusat intelek Islam dan kemusnahannya dianggap sebagai titik berakhirnya Zaman Kegemilangan Islam. [42]

Bermula pada abad ke­13, beberapa orang Islam berpandangan tradisional menganggap pencerobohan tentera Salib dan Mongol sebagai hukuman yang diturunkan ke atas orang Islam kerana mereka telah menyimpang daripada Sunnah, satu pendirian yang juga disokong oleh seorang polymath termasyhur, Ibn al­Nafis. [43] Dipercayai bahawa pandangan tradisional sedimikian serta perang dan persengketaan Bermula pada abad ke­13, beberapa orang Islam berpandangan tradisional menganggap pencerobohan tentera Salib dan Mongol sebagai hukuman yang diturunkan ke atas orang Islam kerana mereka telah menyimpang daripada Sunnah, satu pendirian yang juga disokong oleh seorang polymath termasyhur, Ibn al­Nafis. [43] Dipercayai bahawa pandangan tradisional sedimikian serta perang dan persengketaan

Satu lagi faktor yang dikemukakan sebagai penyebab kemerosatan sains Islam ialah kitaran ekuiti (kitaran kesaksamaan) berdasarkan model masyhur Asabiyyah (kebangkitan dan kemerosotan tamadun) Ibnu Khaldun yang menyatakan bahawa kemerosotan itu ekoran kesan ekonomi dan politik dan bukan agama. [39]

Pengaruh pada sains Eropah

Maklumat terperinci: Terjemahan bahasa Latin pada abad ke­12 Menyumbang pada perkembangan sains Eropah adalah pencarian utama oleh sarjana Eropah tentang

pembelajaran baru yang hanya dapat ditemui di kalangan orang Islam, khususnya di al­Andalus dan Sicily. Sarjana­sarjana ini menterjemahkan teks­teks saintifik dan falsafah yang baru dari bahasa Arab ke bahasa Latin.

Salah seorang penterjemah yang produktif di Sepanyol ialah Gerard dari Cremona, yang menterjemahkan 87 buah buku dari bahasa Arab ke bahasa Latin, [45] termasuklah On Algebra and Almucabala oleh Muhammad ibn Mūsā al­Khwārizmī, Elementa astronomica oleh Jabir ibn Aflah, [46] On Optics oleh al­Kindi, On Elements of Astronomy on the Celestial Motions oleh Ahmad ibn

Muhammad ibn Kathīr al­Farghānī, On the Classification of the Sciences oleh al­Farabi, [47] karya­karya al­Razi tentang alkemi dan perubatan, [48] karya­karya Thabit ibn Qurra dan Hunayn ibn Ishaq, [49] dan

karya­karya al­Zarqali, Banū Mūsā, Abū Kāmil Shujā ibn Aslam, Abu al­Qasim, dan Ibn al­Haytham (termasuklah Book of Optics). [45]

Karya­karya berbahasa Arab lain yang diterjemahkan ke bahasa Latin pada kurun ke­12 termasuklah karya­karya Muhammad ibn Jābir al­Harrānī al­Battānī dan Muhammad ibn Mūsā al­Khwārizmī, [46]

karya­karya al­Zahrawi (antaranya al­Tasrif), [50][45] Great Sindhind oleh Muhammad al­Fazari (yang berdasarkan Surya Siddhanta dan karya­karya Brahmagupta), [51] karya­karya al­Razi dan Ibnu Sina

(termasuklah Kitab Penyembuhan dan Kanun Perubatan), [50] karya­karya Ibnu Rusyd, karya­karya Thabit ibn Qurra, al­Farabi, Ahmad ibn Muhammad ibn Kathīr al­Farghānī, Hunayn ibn Ishaq, dan anak

saudaranya Hubaysh ibn al­Hasan, [53] karya­karya al­Kindi, Liber embadorum oleh Abraham bar Hiyya, De Simplicibus oleh Ibn Sarabi (Serapion Junior), [50] karya­karya Qusta ibn Luqa, [54] karya­karya

Maslamah Ibn Ahmad al­Majriti, Ja'far ibn Muhammad Abu Ma'shar al­Balkhi, dan al­Ghazali, [45] karya­karya al­Bitruji termasuklah On the Motions of the Heavens, [55][48] ensiklopedia perubatan Ali ibn

Abbas al­Majusi, The Complete Book of the Medical Art, [48] Introduction to Astrology oleh Abu Mashar, [56] karya­karya Maimonides, Ibn Zezla (Byngezla), Masawaiyh, Serapion, al­Qifti, dan Ibnu Baytar. [57] Algebra oleh Abū Kāmil Shujā ibn Aslam, [46] karya alkemi Jabir, dan De Proprietatibus Elementorum, karya berbahasa Arab tentang geologi yang ditulis oleh seorang pseudo­Aristotle. [48] Pada permulaan kurun ke­13, Mark dari Toledo menterjemahkan Qur'an dan pelbagai karya­karya perubatan

Islam. [58]

Fibonacci mempersembahkan laporan Eropah lengkap yang pertama mengenai Sistem angka Hindu­ Arab dari sumber­sumber Arab di dalam Liber Abacinya (1202). [48] Zij as­Sanjari oleh Al­Khazini diterjemahkan ke bahasa Yunani oleh Gregory Choniades pada kurun ke­13 dan dikaji di dalam

Empayar Byzantium. [59] Pembetulan astronomi terhadap model Ptolemy dibuat oleh al­Battani dan Ibnu Rusyd dan model­model bukan Ptolemy yang dihasilkan oleh Mo'ayyeduddin Urdi (Urdi lemma), Nasīr

al­Dīn al­Tūsī (Ganding Tusi) dan Ibn al­Shatir kemudiannya disadur ke dalam model heliosentrik Copernicus. Hukum graviti bumi al­Kindi mempengaruhi hukum graviti cakerawala, yang pula mengilhamkan Hukum kegravitian semesta Newton. Ta'rikh al­Hind dan Kitab al­qanun al­Mas’udi oleh Abū al­Rayhān al­Bīrūnī diterjemahkan ke bahasa Latin dengan judul Indica dan Canon Mas’udicus. Commentary on Compound Drugs oleh Ibn al­Nafis diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Andrea Alpago (m. 1522), yang juga mungkin menterjemahkan Commentary on Anatomy in the Canon of Avicenna tulisan Ibn al­Nafis, yang pertama kali menggambarkan peredaran paru­paru dan peredaran koronari, dan mungkin mempengaruhi Michael Servetus, Realdo Colombo dan William Harvey. [60]

Terjemahan karya­karya algebra dan geometri Ibn al­Haytham, Omar Khayyám dan Nasīr al­Dīn al­Tūsī kemudiannya mempengaruhi perkembangan geometri bukan Euclid di Eropah dari kurun ke­17. [61][62]

Hayy ibn Yaqdhan tulisan Ibn Tufail diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Edward Pococke pada tahun 1671 dan ke bahasa Inggeris oleh Simon Ockley pada tahun 1708 dan menjadi "salah sebuah buku paling penting yang menandakan Revolusi Saintifik." [63] Kitab al­Jami fi al­Adwiyah al­Mufradah

tulisan Ibn al­Baitar juga mempengaruhi botani Eropah setelah ia diterjemahkan ke bahasa Latin pada tahun 1758. [64]

Kaedah saintifik

Para ahli sains Islam lebih menitikberatkan ujikaji daripada para pengkaji tamadun purba sebelum mereka (misalnya, ahli falsafah Yunani lebih cenderung kepada kerasionalan berbanding empirisisme). [9][12] Sikap ini berpunca daripada pemerhatian empirik yang terkandung di dalam Al­Qur'an dan

Sunnah [65] dan kaedah ketat sejarah yang diasaskan dalam kajian hadith. Justeru, para saintis Islam menggabungkan pemerhatian persis, ujikaji terkawal dan catatan yang terperinci. [12] dengan pendekatan baru terhadap siasatan saintifik, yang membawa kepada perkembangan [9] kaedah saintifk. [69] Khususnya, pemerhatian empirik Ibn Al­Haitham (Alhazen) yang tercatat di dalam bukunya berjudul Kitab Optik (1021 M) dilihat sebagai permulaan kaedah saintifik moden, [70] yang mula­mula diperkenalkan beliau kepada optik dan psikologi. Rosanna Gorini menulis:

"Mengikut kebanyakkan ahli sejarah, Al­Haitham ialah peneroka kaedah saintifik moden melalui bukunya. Dia menukar makna istilah optik dan mengasaskan ujikaji ataupun eksperimen sebagai norma pembuktian dalam bidang itu. Ujikajinya tidak berlandaskan teori­teori mujarad, tetapi berdiri di atas bukti­bukti ujikaji, dan ujikajinya teratur dan dapat diulangi." [69]

Kaedah­kaedah awal ujikaji dibangunkan oleh Jabir (bagi kimia), Imam Al­Bukhari (bagi sejarah dan sains hadith), [65] Al­Kindi (bagi Sains Bumi), [71] Ibnu Sina (bagi perubatan), Al­Biruni (bagi ilmu falak

dan mekanik), [74] Ibn Zuhr (bagi pembedahan) dan Ibnu Khaldun (bagi sains sosial). Pengubahan terpenting kaedah sains, yakni penggunaan ujikaji dan pengkuantitian untuk membezakan teori­teori

saintifik yang secara amnya empirik tetapi bersaing, diperkenalkan oleh ahli sains Islam.

Ibn Al­Haitham, peneroka optik moden, [75] menggunakan kaedah saintifik untuk memperoleh hasil yang tercatat di dalam bukunya, Kitab Optik. Khususnya beliau menggabungkan pemerhatian, ujikaji dan hujah­hujah rasional bagi menunjukkan yang teori moden intromisinya (penyusupan) berkaitan penglihatan, di mana pancaran cahaya dikeluarkan oleh objek dan bukannya mata, ialah betul dari segi sains, dan teori kuno yakni teori pancaran cahaya yang didokong Ptolemy dan Euclid (di mana mata memancarkan cahaya), dan teori kuno intromisi yang didokong Aristotle (di mana objek memancarkan

zarah fizikal kepada mata) adalah salah kedua­duanya. [76] Diketahui umum bahawa Roger Bacon maklum akan usaha kerja Ibnu Al­Haytham.

Ibn Al­Haitham membangunkan kaedah ketat ujikaji yang menggunakan ujian saintifik terkawal bagi memastikan hipotesis teori dan mengesahkan terkaan (konjektur) induktif. [77]

Kaedah saintifik Ibn Al­Haitham sama dengan kaedah saintifik moden dengan erti kata kedua­dua mengandungi prosedur­prosedur berikut: [78]

1. Pemerhatian

2. Pernyataan masalah

3. Perumusan hipotesis

4. Pengujian hipotesis dengan ujikaji

5. Kajian hasil ujikaji

6. Tafsiran data dan perumusan kesimpulan

7. Penerbitan hasil kajian Pembangunan kaedah saintifik dianggap sangat dasar dan penting bagi sains moden dan ada beberapa

pihak — ahli falsafah sains dan ahli sains — menganggap kajian­kajian alam awal sebagai "pra­ saintifik." Oleh sebab itu Ibn Al­Haitham dianggap ahli sains "pertama." [79] Di dalam bukunya berjudul

Model Pergerakan, Ibn Al­Haitham juga menggambarkan versi awal Occam's razor, di mana beliau menggunakan hipotesis minimal berkaitan sifat­sifat pergerakan cakerawala, dalam usaha beliau mengeluarkan hipotesis kosmologi yang tidak didokong oleh pemerhatian dari bumi daripada model planet beliau. [80]

Robert Briffault menulis di dalam bukunya, Pembuatan Kemanusiaan: [9] "Hutang sains kita dengan sains Arab bukan dalam bentuk penemuan yang mengejutkan

atau teori­teori revolusioner; sains berhutang lebih banyak daripada itu dengan budaya Arab, ia berhutang kewujudannya. Dunia purba, seperti yang dapat kita lihat, ialah pra­ saintifik. Ilmu falak dan matematik Yunani merupakan import asing yang tidak pernah betul­betul menyerapi kebudayaan Yunani. Orang Yunani membuat sistem, memperumumkan dan membuat teori, akan tetapi cara penyelidikan yang sabar, pengumpulan ilmu, kaedah rapi sains, pemerhatian terperinci dan yang memakan masa lama, penyelidikan ujikaji, kesemuanya asing kepada perangai ataupun temperamen Yunani. [...] Apa yang kita dipanggil sains timbul di Eropah hasil daripada semangat baru, cara­cara penyelidikan baharu, kaedah membuat ujikaji, pemerhatian, pengukuran, pembangunan matematik dalam bentuk yang asing kepada Yunani. Semangat dan kaedah­kaedah itu diperkenalkan kepada Eropah oleh orang Arab."

"Sains ialah sumbangan terbesar orang Arab kepada dunia moden tetapi mengambil masa yang lama untuk menghasilkan buah. Tidak lama selepas kebudayaan Moor tenggelam dalam kegelapan baharulah muncul gergasi kelahirannya. Bukan sains sahaja yang menghidupkan semula Eropah. Banyak pengaruh daripada tamadun Islam memancarkan cahaya awal ke atas kehidupan Eropah." [81]

George Sarton pula menulis di dalam Pengenalan kepada Sejarah Sains: "Kejayaan utama, dan yang paling tidak ketara, Zaman Pertengahan ialah pembetukan

semangat ujikaji dan ini pada sebahagian besarnya disebabkan orang Islam hingga ke abad ke­12." [82]

Oliver Joseph Lodge menulis di dalam Peneroka­peneroka Sains: "Hubungan efektif tunggal antara sains lama dan baharu diberikan orang Arab. Zaman

Gelap (Zaman Pertengahan) merupakan lompang dalam sejarah sains di Eropah, dan selama seribu tahun tidak wujud seorang ahli sains yang ternama melainkan di dalam empayar Arab." [83]

Semakan setara

Gambaran pertama proses semakan setara yang didokumentasi dapat diketemu di dalam Etika Doktor karya Ishaq bin Ali Al­Rahwi 854–931 M) dari Al­Raha Syria, yang menggambarkan proses pertama semakan setara perubatan. Karya beliau, serta manual perubatan Arab terkemudian, menyatakan bahawa seseorang doktor pelawat mesti membuat nota pendua tentang keadaan pesakit pada setiap lawatan. Apabila pesakit sembuh atau meninggal dunia, nota­nota doktor akan disemak oleh satu majlis terdiri daripada para doktor bagi memastikan rawatan bersesuaian telah diberikan oleh doktor dan sama ada prestasinya menepati piawai bagi penjagaan pesakit. Sekiranya semakan mereka negatif, maka doktor tersebut mungkin menghadapi tindakan undang­undang daripada pesakit yang tidak mendapat rawatan

bersesuaian. [84]

Sains gunaan

Maklumat lanjut: Rekacipta di Dunia Islam Revolusi Pertanian Islam Garis masa saintis dan jurutera Muslim

Fielding H. Garrison menulis di dalam History of Medicine: "Saracen mereka sendiri merupakan orang yang memulakan bukan sahaja algebra, kimia

dan geologi, tetapi juga banyak apa yang dipanggil perbaikan peradaban, seperti lampu jalan, tingkap kaca, bunga api, alat muzik bertali, penanaman buah­buahan, minyak wangi, rempah­ratus, dll..." [13]

Dalam sains gunaan, sebilangan ketara ciptaan dan teknologi dihasilkan oleh saintis dan jurutera Muslim Zaman Pertengahan, seperti Abbas Ibn Firnas, Taqi al­Din, dan terutama sekali al­Jazari, yang dianggap sebagai seorang perintis dalam kejuruteraan moden. [85] Sebahagian ciptaan itu dipercayai berasal dari

dunia Islam Zaman Pertengahan termasuklah automaton boleh atur cara, [86] kopi, sabun, syampu, penyulingan tulen, pencecairan, penghabluran, penulenan, pengoksidaan, penyejatan, penurasan, alkohol

suling, asid urik, asid nitrik, alembik, aci engkol, injap, pam omboh sedut salingan, jam mekanikal yang digerakkan air dan pemberat, kunci gabungan, gebaran, gerbang runcing, skalpel, gergaji tulang, forseps, katgut pembedahan, kincir angin, inokulasi, pena, pemecahan tulisan rahsia, analisis kekerapan, hidangan tiga peringkat, kaca berwarna dan kaca kuarza, permaidani Parsi, cek moden, glob cakerawala, roket peledak dan bom pembakar, torpedo, dan taman ria buatan. [87]

Sains pertanian

Maklumat lanjut:Revolusi Pertanian Islam dan Geografi Islam Pada waktu Revolusi Pertanian Islam para ahli sains Islam membuat

kemajuan besar dalam bidang botani dan meletakkan asas sains pertanian. Ahli botani dan pertanian Islam mempamerkan pengetahuan agronomi, teknik pertanian dan ekonomi termaju dalam bidang­bidang seperti meteorologi, kaji iklim, hidrologi, penggunaan tanah, dan ekonomi serta pengurusan pengusahaan pertanian. Mereka menunjukkan pengetahuan pertanian dalam bidang­bidang seperti pedologi tanah (kajian saintifik tentang pembentukan, ciri dan penggunaan tanah), ekologi pertanian, pengairan, persiapan tanah, penanaman, pembajaan, pencantuman, pemangkasan, fitoterapi, penjagaan dan pemeliharaan kultur dan tumbuhan, dan penuaian serta

Pam sedut enjin salingan

beromboh Al­Jazari. pengstoran tanaman.

Al­Dinawari (828­896 M) dianggap pengasas botani Arab kerana di dalam bukunya Kitab Tumbuhan, beliau menggambarkan sekurang­kurangnya 637 jenis tumbuhan dan membincangkan evolusi tumbuhan dari lahir sehingga kematian, menggambarkan fasa ketumbuhan tanaman dan fasa bunga serta buah. [89]

Pada kurun ke­13, ahli biologi Al­Andalus Abu Al­Abbas Al­Nabati memabangunkan kaedah saintifik awal bagi botani, dengan memperkenalkan teknik empirik dan bereksperimen dalam pengujian, penggambaran dan pengenalan pelbagai materia medika, serta mengasingkan laporan yang tidak ditentusahkan daripada laporan yang disokong ujian dan pemerhatian. [90] Muridnya Ibn Al­Baitar

menerbitkan Kitab al­Jami fi al­Adwiya al­Mufrada, yang dianggap himpunan botani terhebat dalam sejarah, dan merupakan bahan rujukan botani untuk waktu berkurun­kurun lamanya. Ia mengandungi butiran berkenaan sekurang­kurangnya 1,400 jenis tumbuhan, makanan, dan ubat. 300 daripada bahan yang terkandung di dalam kitab itu merupakan penemuan nya sendiri. Karya Ibn Al­Baitar berpengaruh di Eropah selepas terjemahnya ke dalam Latin dalam tahun 1758 M. [91][64]

Perubatan

Maklumat lanjut: Perubatan Islam dan Bimaristan Para pakar perubatan Islam membuat banyak kemajuan serta sumbangan dalam bidang­bidang

perubatan, termasuk anatomi, patologi, oftalmologi, sains­sains farmaseutik termasuk farmasi dan farmakologi, fisiologi dan pembedahan. Doktor­doktor Islam menubuhkan hospital khusus yang terawal

sewaktu terjadinya Perang Salib, yang mengilhamkan pembinaan hospital yang sama di Eropah. [92] Al­Kindi menulis De Gradibus, di mana beliau buat pertama kalinya menunjukkan penggunaan

pengkuantitian dan matematik dalam perubatan, khususnya dalam bidang farmakologi. Ini termasuk pembangunan skala matematik bagi pengkuantitian kekuatan ubat, serta satu aturcara yang dapat membolehkan para doktor menentukan hari­hari kritikal sesuatu penyakit dari awal. [93] al­Razi (Rhazes)

(865­925 M), seorang pelopor pediatrik, [94] mencatatkan kes­kes klinikal yang ditemukan dan memberikan catatan yang amat berguna tentang pelbagai penyakit. Bukunya Kitab Menyeluruh berkaitan Perubatan (al­Hawi ﻱﻭﺎﺤﻟﺍ ) yang memperkenalkan campak dan cacar, sangat berpengaruh di Eropah. Dalam kitab Syak terhadap Galen (Shukuk 'ala alinusor), al­Razi juga yang pertama membuktikan, melalui penggunaan ujikaji, bahawa teori humor Galen dan teori unsur klasik Aristotle silap. [95] Beliau juga memperkenalkan urinalisis dan ujian najis. [96] (865­925 M), seorang pelopor pediatrik, [94] mencatatkan kes­kes klinikal yang ditemukan dan memberikan catatan yang amat berguna tentang pelbagai penyakit. Bukunya Kitab Menyeluruh berkaitan Perubatan (al­Hawi ﻱﻭﺎﺤﻟﺍ ) yang memperkenalkan campak dan cacar, sangat berpengaruh di Eropah. Dalam kitab Syak terhadap Galen (Shukuk 'ala alinusor), al­Razi juga yang pertama membuktikan, melalui penggunaan ujikaji, bahawa teori humor Galen dan teori unsur klasik Aristotle silap. [95] Beliau juga memperkenalkan urinalisis dan ujian najis. [96]

perubatan Islam dan Eropah sehingga kurun ke­17. Beliau mencipta pelbagai peralatan pembedahan, termasuk alat pertama yang khusus

bagi wanita, [98] disamping kegunaan catgut dan forceps dalam pembedahan, ligatur, jarum bedah, skalpel, kuret, retraktor, sudu bedah, sound, cangkuk bedah, rod bedah, dan spekula, [99] gergaji

tulang, [100] dan plaster. Pada tahun 1021 M, Ibn al­Haitham (Alhazen) membuat kemajuan

penting dalam pembedahan mata, semasa beliau mengkaji dan dengan tepatnya menjelaskan jujukan penglihatan dan persepsi penglihatan

al­Zahrawi (Abulcasis), buat kali pertamanya dalam buku beliau, Kitab Optik (c. 1021 M). seorang perintis pembedahan

Ibn Zuhr (Avenzoar) dianggap pelopor pembedahan bereksperimen, moden. [101] oleh sebab memperkenalkan kaedah ujikaji ke dalam pemebedahan pada kurun ke­12 – beliau yang pertama menggunakan ujian terhadap binatang bagi menguji tatacara pembedahan sebelum melakukannya ke atas manusia. [73] He also performed the first dissections and postmortem autopsies on both humans as well as animals. [102]

Pada tahun 1242, Ibn al­Nafis, yang dianggap pelopor fisiologi kardiovaskular [103] merupakan yang pertama menggambarkan sistem edaran pulmonari dan edaran koronari, [104] yang menjadi asas sistem peredaran (sistem darah, pembuluh darah, limfa, dan jantung yang berkaitan dengan peredaran darah dan limfa); kerana itu beliau dianggap seorang daripada ahli fisiologi terunggul dalam sejarah. [105] Beliau juga menggambarkan konsep terawal berkaitan metabolisme, [106] dan membangunkan aturcara fisiologi dan psikologi baharu mbagi menggantikan sistem Ibnu Sina dan Galen, disamping menyangkal teori

mereka tentang [[humor], Denyutan, [107] tulang, otot, usus, organ deria, hempedu kanal, esofagus, perut, dan lain­lain. [108]

Ibn al­Lubudi (1210­1267 M) menolak teori Empat Humor yang disokong Galen dan Hippocrates, menemukan hakikat bahawa tubuh dan pemeliharaannya bergantung secara ekslusif pada darah, menolak idea Galen bahawa wanita dapat mengeluarkan sperma, dan menemukan bahawa pergerakan arteri tidak bergantung pada pergerakan jantung, bahawa jantung ialah oragn pertama yang terbentuk di dalam tubuh janin (dan bukannya otak seperti dikatakan Hippocrates), dan tulang yang membentuk

tengkorak dapat menjadi tumor. [109] Tashrih al­badan (Anatomi tubuh badan) karya Mansur ibn Ilyas (c. 1390 M) mengandungi rajah­rajah

lengkap berkaitan sistem struktur tubuh, saraf dan peredaran darah. [110] Semasa berlakunya plag bubonik (Black Death) di Al­Andalus dalam kurun ke­14, Ibn Khatima and Ibn al­Khatib memberi

hipotesis bahawa penyakit berjangkit disebabkan "entiti yang menular" yang memasuki tubuh badan manusia. [111]

Pembaharuan­pembaharuan perubatan lain yang asalnya dengan ahli perubatan Islam termasuk penemuan sistem imun, penggunaan ujian terhadap binatang, dan pemaduan perubatan dengan sains­ sains lain (pertanian, botani, kimia, dan farmakologi), [98] disamping perekaan picagari Suntikan

(perubatan) oleh Ammar ibn Ali al­Mawsili di [[Iraq} dalam abad kesembilan, farmasi di Baghdad (754 M), perbezaan antara perubatan dengan farmasi pada kurun ke­12, dan penemuan sekurang­kurangnya 2,000 bahan perubatan dan kimia. [112]

Ibnu Sina yang merupakan perintis perubatan ujikaji dan juga merupakan seorang pemikir dan cendiakawan perubatan yang berpengaruh, [92] menulis Kanun Perubatan (1025) dan Kitab

Penyembuhan (1027) yang kekal sebagai buku teks standard di universiti­universiti Islam dan Eropah sehingga kurun ke­17. Sumbangan­sumbangan Ibnu Sina termasuklah pengenalan pengujikajian dan pengkuantitian yang sistematik ke dalam kajian fisiologi, [113] penemuan tabiat berjangkit penyakit

berjangkit, pengenalan kuarantin untuk mengekang penyebaran penyakit berjangkit, pengenalan

perubatan ujikaji, [115] perubatan berasaskan bukti, percubaan klinikal, percubaan terkawal rawak, [116][117] ujian­ujian kemujaraban, [118][119] dan farmakologi klinikal, [120] kepentingan dietetik

dan pengaruh iklim dan persekitaran terhadap kesihatan, [121] pembezaan mediastinitis daripada pleurisi, tabiat berjangkit ftisis dan batuk kering, penyebaran penyakit menerusi air dan tanah, dan gambaran teliti pertama masalah­masalah kulit, penyakit bawaan seks, sumbaleweng, dan penyakit saraf, [92] dan juga

penggunaan ais untuk merawat demam, dan pemisahan perubatan daripada farmakologi yang penting bagi perkembangan sains farmatikal. [98]

Sains Formal

Ilmu mantik

Syariat Islam terawal mementingkan piawai merumuskan hujah, yang membangkitkan pendekatan baru kepada ilmu mantik dalam ilmu kalam, tetapi pendekatan ini kemudiannya dipengaruhi oleh idea­idea daripada falsafah Yunani dan falsafah Hellenistik dengan kebangkitan ahli­ahli agama Muktazilah yang memandang tinggi Organon Aristotle. Karya­karya ahli­ahli falsafah Islam yang dipegaruhi Hellenistik menjadi penentu dalam penerimaan ilmu mantik Aristotle di Eropah pada Zaman Pertengahan, bersekali dengan ulasan­ulasan Ibnu Rusyd terhadap Organon. Karya­karya al­Farabi, Ibnu Sina, al­Ghazali dan ahli­ahli ilmu mantik Muslim lain yang sering mengkritik dan membetulkan ilmu mantik Aristotle dan memperkenalkan bentuk ilmu mantik mereka sendiri, juga memainkan peranan utama dalam perkembangan berikutnya ilmu mantik Eropah pada Zaman Pertengahan.

Ilmu mantik Islam bukan sahaja melibatkan kajian corak rasmi kesimpulan dan kesahannya tetapi juga unsur­unsur falsafah bahasa dan unsur­unsur epistemologi dan metafizik. Disebabkan pertikaian dengan ahli tatabahasa bahasa Arab, ahli falsafah Islam sangat berminat mencari hubungan antara ilmu mantik dan bahasa, dan mereka menumpukan banyak perbahasan tentang persoalan isi dan matlamat ilmu mantik yang berkaitan dengan taakulan dan ucapan. Dalam bidang analisis mantik formal, mereka menghuraikan teori istilah, dalil dan silogisme. Mereka menganggap silogisme menjadi bentuk yang semua penghujahan rasional dapat dikurangkan, dan mereka memandang teori silogistik sebagai titik fokus ilmu mantik. Sehinggakan puitika dianggap sebagai seni silogistik pada sebahagian gaya oleh ramai ahli mantik Islam utama.

Perkembangan penting yang dilakukan oleh ahli­ahli ilmu mantik Muslim termasuklah perkembangan "ilmu mantik Ibnu Sina" sebagai pengganti ilmu mantik Aristotle. Sistem mantik Ibnu Sina

bertanggungjawab dalam pengenalan silogisme hipotesis, [123][124] ilmu mantik modal temporal, dan ilmu mantik beraruhan. [125][126] Perkembangan penting lain termasuklah perkembangan sains

pemetikan, isnad atau "sandaran", dan perkembangan kaedah saintifik bagi siasatan terbuka untuk membuktikan sesuatu dakwaan itu salah, ijtihad yang dapat digunapakai secara amnya kepada banyak pemetikan, isnad atau "sandaran", dan perkembangan kaedah saintifik bagi siasatan terbuka untuk membuktikan sesuatu dakwaan itu salah, ijtihad yang dapat digunapakai secara amnya kepada banyak

mantik di dunia Islam, meskipun ia berterusan hingga kurun ke­15.

Matematik

John J. O'Connor and Edmund F. Robertson menulis di dalam MacTutor History of Mathematics archive:

"Kajian terkini melakarkan gambaran baru hutang kita terhadap matematik Islam. Tidak syak lagi banyak idea yang sebelumnya dianggap menjadi tanggapan baru yang bijak disebabkan oleh ahli­ahli matematik Eropah kurun ke­16, 17 dan 18 kini diketahui dikembangkan oleh ahli­ ahli matematik Arab/Islam kira­kira empat kurun lebih awal." [127]

Al­Khawarizmi (780­850), yang terbit daripada namanya perkataan algoritma, banyak menyumbang pada algebra, yang dinamakan menurut bukunya, Kitab al­Jabr, buku pertama mengenai algebra permulaan. [128] Beliau juga memperkenalkan

apa yang kini dikenali sebagai angka Arab, yang pada asalnya datang dari India, meskipun ahli­ahli matematik Muslim

membuat beberapa perbaikan bagi sistem nombor itu, seperti Al­Khawarizmi, seorang perintis pengenalan notasi titik perpuluhan. Al­Kindi (801­873) algebra dan algoritma.

merupakan seorang perintis dalam pemecahan tulisan rahsia dan kriptologi. Beliau memberi penjelasan bercatatan yang pertama diketahui mengenai pemecahan tulisan

rahsia dan analisis kekerapan di dalam A Manuscript on Deciphering Cryptographic Messages. [129][130] Pembuktian oleh aruhan bermatematikaan yang pertama diketahui muncul di dalam sebuah buku yang

ditulis Al­Karaji sekitar tahun 1000 M, yang menggunakannya membuktikan teorem binomial, segitiga

Pascal dan hasil tambah kubus kamiran. [132] Sejarawan matematik, F. Woepcke, memuji al­Karaji sebagai "orang pertama memperkenalkan teori kalkulus algebra." Ibn al­Haitham merupakan ahli

matematik pertama yang menerbitkan formula bagi hasil tambah kuasa empat, dan menggunakan kaedah aruhan, beliau mengembangkan kaedah untuk menentukan formula am bagi hasil tambah sebarang kuasa kamiran, yang merupakan asas kepada perkembangan kalkulus kamiran. [133] Ahli matematik dan

penyair kurun ke­11 Omar Khayyám merupakan orang pertama yang mencari penyelesaian geometri am bagi persamaan kuasatiga dan meletakkan batu asas bagi perkembangan geometri analisaan, geometri aljabar dan geometri bukan Euclid. Sharaf al­Din al­Tusi (1135­1213) menemui penyelesaian aljabar dan berangka bagi persamaan kuasatiga dan merupakan orang pertama yang menjumpai terbitan polinomial kubus, satu hasil penting dalam kalkulus pembezaan. [134]

Pencapaian lain ahli­ahli matematik Muslim termasuklah ciptaan trigonometri sfera, [135] penemuan semua fungsi trigonometri selain sinus dan kosinus, siasatan terawal yang membantu perkembangan

geometri analisaan oleh Ibn al­Haitham, sangkalan pertama terhadap geometri Euclid dan postulat selari oleh Nasīr al­Dīn al­Tūsī, cubaan pertama pada geometri bukan Euclid oleh Sadr al­Din, perkembangan algebra simbolik oleh Abū al­Hasan ibn Alī al­Qalasādī, [136] dan banyak lagi kemajuan lain dalam

algebra, aritmetik, kalkulus, pemecahan tulisan rahsia, geometri, teori nombor dan trigonometri.

Sains Semula jadi

Astrologi

Astrologi Islam, dalam bahasa Arab ilm al­nujum ialah kajian tentang langit oleh Muslim terawal. Di dalam sumber­sumber berbahasa Arab terawal, ilm al­nujum digunakan untuk merujuk kepada astronomi dan astrologi. Bagaimana pun, di dalam sumber­sumber Zaman Pertengahan, perbezaan yang jelas diletakkan antara ilm al­nujum (ilmu bintang) atau ilm al­falak (ilmu bebola cakerawala) yang merujuk pada astrologi, dan ilm al­haya (ilmu lembaga cakerawala) yang merujuk pada astronomi. Kedua­dua bidang itu berakar umbi pada tradisi­tradisi Yunani, Parsi dan India. Di sebalik kritikan berterusan terhadap astrologi oleh ahli sains dan ulama, ramalan astrologi memerlukan pengetahuan saintifik tepat yang agak banyak dan oleh itu memberikan galakan separa bagi kajian dan perkembangan astronomi.

Perbezaan semantik pertama antara astronomi dan astrologi diberi oleh al­Biruni pada kurun ke­11, meskipun beliau sendiri menyangkal kajian astrologi. [137] Kajian astrologi juga disangkal oleh ahli

astronomi Muslim lain pada masa itu termasuklah al­Farabi, Ibn al­Haitham, Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd. Sebab mereka menyangkal astrologi adalah disebabkan kaedah yang digunakan ahli astrologi lebih kepada tekaan berbanding empirik dan juga disebabkan pandangan ahli astrologi bercanggah dengan ajaran Islam yang ortodoks. [138]

Ilmu falak

Lihat juga: Balai cerap Maragheh, Balai cerap Istanbul al­Din, Senarai ahli falak Islam, dan Senarai nama bintang Arab

Dalam astronomi, karya­karya ahli astronomi Yunani­Mesir Ptolemy, terutamanya Almagest, dan karya India Brahmagupta, diperhalusi bertahun­ tahun oleh ahli­ahli astronomi Muslim. Jadual­jadual astronomi Al­ Khawarizmi dan Maslamah Ibn Ahmad al­Majriti menjadi sumber maklumat yang penting bagi pemikir­pemikir Eropah yang diLatinkan untuk menemui kembali karya­karya astronomi, yang tidak menggalakkan minat meluas terhadap astrologi.

Pada kurun ke­11, ahli­ahli astronomi Muslim mula mempersoalkan sistem Ptolemy, bermula dengan Ibn al­Haytham, dan mereka adalah orang pertama yang menjalankan ujikaji lanjut berkaitan dengan fenomena astronomi, bermula dengan pengenalan kaedah secara ujikaji kepada astronomi oleh al­Biruni. [139] Ramai daripada mereka membuat perubahan

Nasir al­Din Tusi adalah dan pembetulan dalam model Ptolemy dan mencadangkan model­model

seorang pakar dalam alternatif bukan Ptolemy dalam rangka geosentrisme. Khususnya,

pelbagai bidang yang pembetulan dan kritikan al­Battani, Ibn al­Haitham, dan Ibnu Rusyd, dan

menyelesaikan masalah model­model bukan Ptolemy ahli­ahli astronomi Maragheh, Nasir al­Din al­

penting pada sistem Tusi (Ganding Tusi), Mo'ayyeduddin Urdi (Urdi lemma), dan Ibn al­Shatir,

Ptolemy dengan Ganding yang kemudiannya disesuaikan ke dalam model heliosentrisme

Tusi, yang memainkan Copernicus, [140][141] dan hujah Copernicus bagi putaran bumi adalah serupa

suatu peranan penting dengan hujah al­Tusi dan Ali al­Qushji. [142] Sesetengah pihak merujuk

pada Heliosentrisme pencapaian sekolah Maragheh sebagai "Revolusi Maragheh", "Revolusi

Copernicus. Sekolah Maragheh", atau "Revolusi Saintifik sebelum Renaissance". [5]

Sumbangan lain daripada ahli astronomi Muslim termasuklah al­Biruni yang mengagak bahawa galaksi Bima Sakti adalah satu kumpulan banyak bintang Nebula [139] , perkembangan model planet tanpa sebarang epikitar oleh Ibn Bajjah, [143] penulisan optik Ibnu al­Haitsam yang meletakkan batu asas bagi

perkembangan astronomi teleskop di Eropah kemudiannya, [145] perkembangan astrolab sejagat, ciptaan banyak peralatan astronomi yang lain, sambungan siasatan terhadap pergerakan planet,

penemuan Ja'far Muhammad ibn Mūsā ibn Shākir bahawa jasad samawi dan sfera cakerawala adalah terikat pada hukum fizik yang sama dengan bumi, [146] ujikaji lanjut yang pertama berkaitan fenomena

astronomi dan perbezaan semantik yang pertama antara astronomi dan astrologi oleh al­Biruni, [137] penggunaan pencerapan empirik yang tepat dan teknik­teknik ujikaji, [147] penemuan Ibn al­Haitsam bahawa sfera cakerawala adalah tidak bersifat pepejal dan bahawa langit adalah kurang tumpat berbanding udara, [148] pemisahan falsafah tabi'i daripada astronomi oleh Ibn al­Haitsam [149] dan al­ Qushji, [142] penolakan terhadap model Ptolemy berdasarkan empirik berbanding falsafah oleh Ibn al­ Shatir, [5] dan bukti cerapan empirik yang pertama mengenai putaran bumi oleh al­Tusi and al­ Qushji. [142] Beberapa ahli astronomi Muslim juga membincangkan kemungkinan model heliosentrisme dengan orbit elipsis, [150] seperti Ja'far ibn Muhammad Abu Ma'shar al­Balkhi, Ibn al­Haitham, al­ Biruni, al­Sijzi, 'Umar al­Katibi al­Qazwini, dan Qutb al­Din al­Shirazi. [151]

Kimia

Maklumat terperinci: Reka cipta dalam dunia Islam Ahli kimia kurun ke­9, Jabir ibn Hayyan dianggap sebagai

perintis kimia, [152][153][87] kerana memperkenalkan kaedah ujikaji terawal bagi kimia, dan juga alembik, radas penyulingan, retort, penyulingan tulen, pencecairan, penghabluran, penulenan, pengoksidaan, pemeluwapan, dan penurasan. [87]

Al­Kindi merupakan orang pertama yang menyangkal kajian alkimia tradisional dan teori transmutasi logam, [154] followed by

Abū Rayhān al­Bīrūnī, diikuti oleh al­Biruni, [156] Ibnu Sina, dan Ibn Khaldun. Ibnu Sina juga mencipta penyulingan stim dan

menghasilkan minyak pati yang pertama, yang membawa pada perkembangan terapi aroma. Al­Razi merupakan orang pertama menyuling petroleum, mencipta kerosin dan lampu gasolin, buku sabun dan resipi moden bagi pembuatan sabun, dan antiseptik. Di

Jabir ibn Hayyan (Geber) adalah dalam bukunya al­shukuk ala jalinius, al­Razi juga merupakan

seorang polymath yang dianggap orang pertama yang membuktikan bahawa teori unsur klasik

seorang peneroka kimia dan minyak Aristotle dan teori humorisme Galen adalah salah menerusi

wangi.

kaedah ujikaji. [95] Pada kurun ke­13, Nasīr al­Dīn al­Tūsī menyatakan versi terawal hukum pengabadian jisim, yang

menyebutkan bahawa sesuatu jasad jirim mampu berubah, tetapi tidak mampu menghilang. [157] Will Durant menulis di dalam The Story of Civilization IV: The Age of Faith:

"Kimia sebagai satu sains kebanyakannya dicipta oleh Muslim; kerana dalam bidang ini, yang orang Yunani (setakat yang kita ketahui) terbatas kepada pengalaman industri dan hipotesis yang kabur, orang Islam memperkenalkan pemerhatian tepat, dan catatan yang "Kimia sebagai satu sains kebanyakannya dicipta oleh Muslim; kerana dalam bidang ini, yang orang Yunani (setakat yang kita ketahui) terbatas kepada pengalaman industri dan hipotesis yang kabur, orang Islam memperkenalkan pemerhatian tepat, dan catatan yang

George Sarton menulis di dalam Introduction to the History of Science: "Kita dapati di dalam penulisannya (Jabir ibn Hayyan) pandangan­pandangan kukuh yang

luar biasa mengenai kaedah­kaedah kajian kimia, teori tentang pembentukan geologi logam (enam logam berbeza secara asasnya disebabkan nisbah sulfur dan merkuri yang berbeza di dalamnya); penyediaan pelbagai bahan (misalnya serusit asas, arsenik dan antimoni daripada sulfidanya)." [139]

Sains Bumi

Maklumat terperinci: Revolusi Pertanian Islam

Saintis Muslim membuat sejumlah sumbangan pada sains bumi. Al­Kindi merupakan orang pertama yang memperkenalkan pengujikajian kepada sains bumi. [71] Al­Biruni dianggap sebagai perintis geodesi

kerana sumbangan pentingnya kepada lapangan itu, [158][159] bersama­sama sumbangan signifikannya kepada geografi dan geologi.

Di kalangan tulisan beliau tentang geologi, al­Biruni menulis yang berikut tentang geologi India:

"Tetapi jika kamu lihat tanah di India dengan mata kamu sendiri dan memikirkan tabiatnya, jika kamu fikirkan batu­batu bulat yang ditemui di bumi sedalam mana pun kamu gali, batu­ batu yang besar berdekatan gunung dan tempat sungai mempunyai aliran kuat: batu­batu bersaiz lebih kecil berada pada jarak yang lebih jauh daripada gunung dan tempat arus mengalir dengan lebih perlahan: batu­batu yang kelihatan berdebu pasir di tempat arus mula menguncup berhampiran mulutnya dan berhampiran laut ­ jika kamu fikirkan semua ini, kamu cuma dapat memikirkan bahawa India pada suatu ketika dahulu adalah sebuah laut, yang sedikit demi sedikit dipenuhi dengan lanar arus." [160]

John J. O'Connor and Edmund F. Robertson menulis di dalam MacTutor History of Mathematics archive:

"Beliau memperkenalkan teknik mengukur bumi dan di atasnya menggunakan penyegitigaan. Beliau mendapati jejari bumi adalah 6339.6 km, satu nilai yang tidak diperolehi di dunia Barat sehinggalah kurun ke­16. Kanun Mas'udinya mengandungi sebuah jadual yang memberikan koordinat 600 buah tempat, hampir kesemuanya yang beliau miliki pengetahuan terus." [72]

Fielding H. Garrison menulis di dalam History of Medicine: "Orang Islam mereka sendiri adalah orang yang memulakan bukan sahaja algebra, kimia

dan geologi, tetapi juga banyak apa yang dipanggil pembaikan atau penghalusan peradaban..."

George Sarton menulis di dalam Introduction to the History of Science:

"Kita dapati di dalam penulisannya (Jabir ibn Hayyan) pandangan­pandangan kukuh yang luar biasa mengenai kaedah­kaedah kajian kimia, teori tentang pembentukan geologi logam (enam logam berbeza secara asasnya disebabkan nisbah sulfur dan merkuri yang berbeza di dalamnya)..." [139]

Dalam geologi, Ibnu Sina membuat hipotesis mengenai dua sebab gunung di dalam Kitab Penyembuhan (1027) dan mengembangkan hukum tindanan dan konsep Uniformitarianisme. [161][162] Dalam

kartografi, peta Piri Reis yang dilukis oleh ahli kartografi Uthmaniyyah Piri Reis pada tahun 1513, merupakan salah satu peta dunia terawal yang memasukkan Amerika, dan mungkin yang pertama memasukkan Antartika. Peta dunia beliau dianggap paling tepat pada kurun ke­16.

Karya­karya terawal yang diketahui membicarakan environmentalisme dan sains alam sekitar, terutamanya pencemaran, adalah karya­karya berbahasa Arab yang ditulis oleh al­Kindi, al­Razi, Ibn Al­ Jazzar, al­Tamimi, al­Masihi, Ibnu Sina, Ali ibn Ridwan, Abdul latif, dan Ibn al­Nafis. Karya­karya mereka mencakupi sebilangan subjek berkaitan pencemaran seperti pencemaran udara, pencemaran air, pemalaan tanah, salah pengendalian sisa pepejal bandaran, dan penilaian kesan alam sekitar bagi kawasan­kawasan tertentu. [163] Cordoba di al­Andalus juga mempunyai kemudahan bekas sisa dan

pelupusan sisa yang pertama bagi kutipan sampah. [164]

Fizik

Maklumat terperinci: Kitab Optik Dalam bidang optik bagi fizik, Ibn Sahl (c. 940­1000), seorang

ahli matematik dan ahli fizik yang berhubungan dengan istana di Baghdad, menulis sebuah karya yang berjudul Tentang Cermin dan Kanta yang Membakar pada tahun 984 yang di dalamnya beliau menjelaskan pemahamannya tentang bagaimana cermin melengkung dan kanta membiaskan dan menumpukan cahaya. Ibn Sahl kini dianggap orang pertama yang menemui hukum

pembiasan, yang biasanya dipanggil Hukum Snell. [165][166] Beliau menggunakan hukum ini untuk mencipta bentuk­bentuk kanta yang memfokuskan cahaya tanpa penyimpangan geometri, yang dikenali sebagai kanta asfera.

Ibn al­Haitham (965­1039), yang dianggap perintis optik dan kaedah saintifik, telah mengembangkan teori umum tentang cahaya dan optik di dalam Kitab Optiknya yang menjelaskan mengenai penglihatan, dengan menggunakan geometri dan

Sehelai halaman manuskrip Ibn Sahl anatomi, dan menyatakan bahawa setiap titik pada kawasan yang

yang memaparkan penemuannya diterangi pada objek memancarkan sinar cahaya pada setiap arah,

dalam hukum pembiasan (Hukum tetapi hanya satu sinar dari setiap titik, yang mengenai mata

Snell).