Globalisasi dalam pendidikan jasmani dalam

LAPORAN ISU
Pengurusan pembelajaran
Kps 3014
Globalisasi dalam pendidikan
Isu: pengkomeRsilan DAN PENGANTARABANGSAAN
pendidikan
nama

No matrik

Nama pensyarah:
…………………………………………………………………..

ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan

MUKA
SURAT
3
1


2.0 Definisi
2.1 Globalisasi Pendidikan
2.2 Pengkomersilan dan Pengantarabangasaan Pendidikan
3.0 Faktor
3.1 Penubuhan institut pengajian tinggi swasta yang berteknologi
tinggi berlebihan
3.2 Pendidikan negara menjadi lebih terbuka
3.3 Pengenalan pengajian sepanjang hayat (PSH) danpengajian
terbuka jarak jauh (ODL)
4.0 Kesan-kesan Pengantarabangsaan Dan Pengkomersialan
Pendidikan
4.1 Kesan Positif
4.1.1 Mengubah Struktur Pendidikan Negara Ke Arah
Sistematik.
4.1.2 Persaingan Secara Positif Antara IPTA Dan IPTS
4.1.3 Kemudahan Kepada Golongan Orang Kurang
Upaya Dalam Pendidikan.
4.1.4 Memperkukuh Perpaduan, Membina Identiti
Nasional Dan Semangat Kebangsaan
4.2 kesan negatif

4.2.1 Peminggiran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu.
4.2.2 Ahli Koperat Pendidikan Bersikap Tidak
Bertanggungjawab.
4.2.3 Menafikan Konsep Pendemokrasian Pendidikan
4.2.4 Penghayatan Pelajar Terhadap Ilmu Akan Mula
Terhakis.
4.2.5 Penutupan Pusat-Pusat IPTS
4.2.6 Faktor Kebudayaan Dan Keagamaan
5.0 Langkah Mengatasi Isu Pengkomersilan dan Pengantarabangsaan
Pendidikan
5.1 Memperbanyak terjemahan buku bahasa asing ke bahasa
Melayu
5.2 Mengetatkan syarat pembukaan Institut Pendidikan Baru
5.3 Meningkatkan Kesedaran Pelajar
6.0 Kesimpulan
7.0 Bibliografi

6
7
9

11
14

16
16
17
18
19
20
20
21
21
22

23
23
25
26
27


1.0 Pengenalan

2

Tahun 2011 merupakan satu tahun yang mencabar bagi negara kita, Malaysia. Sedar
tidak sedar, sudah hampir 54 tahun usia kemerdekaan negara yang sedang berusaha keras
untuk menjadi nagara industri menjelang tahun 2020 ini. Negara kita sememangnya
mempunyai sejarah tersendiri yang unik dalam meniti usia kemerdekaannya. Dasar Buka
Pintu yang diamalkan oleh penjajah yang rakus iaitu British bagi mengauk segala hasil bumi
bertuah ini telah membawa kepada kepelbagain kaum di negara kita.Melayu, Cina dan India
merupakan kaum utama di negara kita. Pelbagai cara digunan untuk mewujudkan perpaduan
dalam kalangan mereka. Namun, agak sukar untuk mempersatukan ketiga-tiga kaum ini
kerana mereka mempunyai budaya tersendiri.
Sistem pendidikan dilihat dapat menjadi perintis bagi mewujudkan perpaduan.Dasar
pendidikan negara sebelum merdeka telah mewujudkan pelbaga jenis sistem persekolahan
yang terasing di antara satu sama lain. Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada
dasarnya berpandukan sistem Barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad
ke 19, iaitu pada peringkat permulaannya, di Negeri-negeri Selat.Pada awal tahun itu, pihak
British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris.Pendidikan Cina dan
Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian.British mewujudkan pendidikan vernekular

yang dilaksanakan untuk kepentingan kaum tertentu.Kesannya wujudnya empat jenis sekolah
yang berbeza (Melayu, Cina, India dan Inggeris).Sistem ini terus berkembang tanpa ambil
kira soal kepeluan kepada pembangunan tanah air, pembentukan identiti kebangsaan,
perpaduan rakyat dan kemanusiaan.Kesanaya, perpaduan antara kaum amat sukar
dikecapi.Sejak tahun 1946, British sedar satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan
harus diwujudkan bagi menyatukan masyarakat yang berbilang kaum.
Pada Ogos 1950, L.J. Barnes mengetuai satu jawatankuasa yang ditubuhkan bagi
mengkaji masa depan sistem pendidikan di Tanah Melayu. Setelah kajian dijalankan, satu
penyata yang dikenali sebagai Penyata Barnes disediakan dan dikemukakan kepada Kerajaan
British pada tahun 1951.Antara syor-syor ini ialah Sekolah vernakular digantikan dengan
sekolah kebangsaan.Seterusnya pada tahun 1951, kerajaan telah menubuhkan satu
jawatankuasa untuk mengkaji kedudukan sekolah Cina.Jawatankuasa ini diketuai oleh Dr.
W.P. Fenn dan Dr. Wu Teh-Yao.Tugas utama jawatankuasa Fenn-Wu ialah mengkaji
kemungkinan menjadikan sekolah Cina yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa
Melayu sebagai pengantar dan Bahasa Cina sebagai satu matapelajaran pilihan.

3

Pada bulan September 1952 pula, satu jawatankuasa Penasihat Pusat ditubuhkan bagi
mengkaji Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu.Jawatankuasa ini mengesyorkan beberapa

cadangan yang kemudian diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran 1952. Antara cadangannya
ialah penubuhan 2 jenis sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar, pelajaran selama 6 tahun dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, sekolah kebangsaan yang dicadangkan
oleh Barnes dilaksanakan, sekolah Cina dan Tamil tidak termasuk dalam konsep sistem
sekolah kebangsaan. Namun, Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan kerana
berlakunya Darurat.
Pada tahun 30 September 1955 Jawatankuasa Razak pula ditubuhkan untuk mengkaji
Ordinan Pelajaran 1952. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak bin
Hussein. Hasil kajian jawatankuasa ini terkandung dalam Laporan Razak yang dikemukakan
pada bulan April 1956.Laporan Razak telah diluluskan pada April 1957 dan dikuatkuasakan
sebagai Ordinan Pelajaran 1957.Laporan Razak ditentang oleh orang Melayu kerana tiada
ketegasan dalam pelaksanaan bahasa kebangsaan.Orang Cina menentang kerana sesetengah
cadangan dikatakan mengabaikan pendidikan Bahasa Cina.
Pada tahun 1959, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan bagi mengkaji semula
perlaksanaan Laporan Razak dan langkah-langkah bagi mewujudkan satu sistem pendidikan
kebangsaan.Syor-syor Laporan Rahman Talib akhirnya digubal menjadi Akta Pelajaran 1961.
Melalui akta ini semua sekolah menggunakan kurikulum yang sama tanpa mengira aliran
sekolah, Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dari sekolah rendah ke sekolah menengah
sampai institusi pengajian tinggi dan umur minimum meninggalkan sekolah ialah 15 tahun.

Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk
mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya
supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta
memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai.
Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.Dasar ini lebih bertujuan
membentuk perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
kaum.Falsafah Pendidikan Negara pula telah digubal pada tahun 1988. Objektifnya adalah
untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak, seimbang dan harmonis,yang boleh
mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian masyarakat dan
negara.
4

Kini, Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.PendidikanMalaysia.Pendidikan di Malaysia boleh didapatkan dari sekolah
tanggungan kerajaan, sekolah swasta atau secara sendiri.Sistem pendidikan dipusatkan
terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Kerajaan negeri tidak berkuasa
dalam kurikulum dan aspek lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah,
sebaliknya ditentukan oleh kementerian. Pendidikan Malaysia terdiri daripada beberapa
peringkat iaitu peringkat prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pengajian
pra-universiti dan Pengajian tinggi.Jenis – jenis sekolah yang terdapat di Malaysia ialah

Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Bahasa Tamil atau Bahasa Cina sebagai
bahasa pengantar), Sekolah Kluster, Sekolah Agama, Sekolah Wawasan, Sekolah mubaligh,
Sekolah Bestari dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Bidang pendidakan diakui dunia merupakan faktor yang mempengaruhi kemajuan
sesebuah Negara.Oleh sebab itulah bidang pendidikan tidak lari daripada pelbagai cabaran.
Salah satu cabarannya ialah cabaran globalisasi p. Secara umumnya, globalisasi merupakan
satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satuunit yang sama tanpa dibatasi oleh
sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak
lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesabaebuah negara itu terbuka
luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan
media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologisiber. Perkembangan ini
memungkinkan perhubungan di antara sesebuahnegara dengan negara yang lain dan
perhubungan sesama manusia dapatdilakukan dalam tempoh yang singkat. Jadi, pendidikan
di Malaysia juga turut mengalami revolusi daripada proses globalisasi ini.
Wujudnya pendidikan tanpa sempadan akan memberikan impak yang besar terhadap
bidang pendidikan di Malaysia. Pelbagai isu baru dalam institusi pendidikan turut mendapat
perhatian.Salah satu isu yang menarik untuk didiskusi dalam penulisan ini ialah Isu
Pengkomersilan dan Pengantarabangasaan Pendidikan di Malaysia. Penulisan ini akan
merungkai lebih lanjut mengenai definisi, faktor, bagaimana proses ini dijalankan dalam
institusi pendidikan di Malaysia, kesan dan langkah mengatasi kekangan dalam isu ini.


5

2.0 Definasi
2.1 Globalisasi Pendidikan
Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikansebagai fenomena yangmenjadikan
dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkankepantasan perkembangan
teknologi maklumat. Manakala beberapa tokoh mempunyai pendapat masing – masing
mengenai definasi globalisasi:
“Globalization requires us to reinvent everything - to think of ourselves as compared
to others” - Nicolas Sarkozy, President of France
“Globalisation is good. And anyway pretty much unstoppable. It spreads prosperity
and makes us richer culturally” - Javier Solana (Setiausaha Agung NATO ke 9).
“Globalization has changed us into a company that searches the world, not just to sell
or to source, but to find intellectual capital and the world's best talents and greatest ideas”
-Jack Welch(pengarang terkenal buku perniagaan di Amerika Syarikat).
“Globalization is forcing companies or institutions to do things in new ways” – Bill
Gates (usahawan Microsoff, Amerika Syarikat).
“It has been said that arguing against globalization is like arguing against the laws of
gravity.- Kofi Annan quotes (Ahli diplomat Ghana yang merupakan pemenang Nobel Peace

Prize pada tahun 2001)
Ringkasnya, cediakawan mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang
serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan
ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segalagalanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.
Definisi pendidikan dalam Bahasa Melayu berdasarkan Kamus Dewan pendidikan
(berasal daripada kata dasar didik)ialah memelihara dan memberi latihan berupa ajaran
ataupun pimpinan mengenai akhlak dan kecerdasan fikiran.Kata pendidikan dalam Bahasa
Inggeris merujuk kepada ‘education’.Secara etimologinya education diterbitkat daripada

6

perkataan Latin iaitu educare yang bersangkut paut dengan perkataan educere yang
membawa maksud pencetus keupayaan dan ducere yang bermaksud memimpin.
Beberapa cendiakawan mempunyai definasi yang berbeza. Menurut Plato, seorang
filosofis Yunani, pendidikan ialah mengasuh jasmani dan rohani seseorang agar dapat sampai
ke satu tahap keindahan dan kesempurnaan yang paling tinggi.Aristotle pula mengungkapkan
pendidikan sebagai satu usaha untuk menyediakan akal-fikiran untuk diisikan dengan ilmu
pengetahuan, sebagaimana menyiapkan tanah untuk diisikan dengan tanam-tanaman. John
Dewey, seorang pakar pendidikan Amerika Syarikat mentakrifkan pendidikan sebagai satu
proses perkembangan individu. Menurut beliau, pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu

pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya
dapat hidup dengan lebih berguna dan selamat. Manakala Hj. Abdul Malik Karim Amrullah
ataupun lebih di kenali sebagai Hamka mendefinisikan pendidikan sebagai suatu proses yang
boleh membentuk tingkah laku yang baik, sikap yang berani serta budi pekerti yang mulia
seperti sikap rendah diri, sabar, menghormati orang tua dan sebagainya. Durkheim ( 1956 )
umpamanya mendefinisikan pendidikan sebagai penerapan pengaruh generasi dewasa kepada
mereka yang memasuki era baru dalam kehidupan sosial.
Oleh itu, pendidikan secara jelasnya boleh dilihat sebagai suatu proses berterusan
dalam usaha membentuk individu bagi memenuhi keperluan diri dan masyarakatnya.
Glabalisasi pendidikan pula dapat di takrifkan sebagai proses pembelajaran yang lebih
terbuka dan merentasi sempadan dunia.
2.2Pengkomersilan dan Pengantarabangasaan Pendidikan
Perkataan pengkomersilandiambil daripada kata dasar komersil yang membawa maksud
satu prosses yang mengaut keuntungan ataupun mendatangkan faedah kewangan kepada
sesuatu

pihak

mengikut

keperluan



keperluan

tertentu.

Manakala

perkataan

pengantarabangasaan berasal dari kata dasar antarabangsa yang sinonim dengan istilah "luar
negara". Jadi, pengantarabangsaan merupakan sesuatu yang "berasal" atau "terjadi" di luar
wilayah

daerah

kekuasaanMalaysia.

Secara

tuntasnya,

pengkomersilan

dan

pengantarabangasaan pendidikan di Malaysia merujuk kepada proses menaiktaraf sistem
pendidikan yang di negara kita agar setanding dengan negara-negara luar. Hal ini akan dapat
menarik minat warganegara Malaysia atau warga asing untuk mendapatkan pendidikan di

7

institusi pendidikan yang terdapat di Malaysia. Kesannya, bidang pendidikan pada zaman
globalisasi ini dilihat akandapat menyumbangkan keuntungan kepada sektor ekonomi negara.

8

3.0 Faktor:
3.1 Penubuhan institut pengajian tinggi swasta yang berteknologi tinggi berlebihan
Pengkomersilan pendidikan bukanlah fenomena yang baru berlaku dalam negara
kita.Pengkomersilan ini berpunca daripada kemasukan pelajar ke unversiti swasta, hasil dari
penubuhan universiti atau institut pengajian swasta yang tinggi.Dari tahun 2002 sehingga
2007 Malaysia meencatatkan bacaan yang tinggi untuk penubuhan institut pengajian tinggi
swasta iaitu purata dalam lingkungan 500.Peningkatan untuk penubuhan universiti swasta
berikutan seruan daripada Perdana Menteri kita, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau
pernah berkata ketika membentang Rancangan Malaysia Kesembilan, “ Dalam konteks dunia
global, modal insan bermutu tinggi satu keperluan, bukan lagi kemewahan. Pembangunan
modal insan dalam RMK-9 dirangka supaya bersifat holistik, menyeluruh dan bersepadu”.
Melalui ungkapan beliau itu, beliau amat berharap agar negara kita akan mencapai hasrat dan
aspirasi dan seterusnya menyertai barisan negara maju menjelang 2020.
Bagi mencapai hasrat untuk menjadi negara maju menjelang 2020, banyak
kemudahan infrastruktur telah ditubuhkan.Selain itu, dengan mengadakan lebih banyak
tempat untuk pembangunan kemahiran, latihan dan pembelajaran kepada tenaga buruh pada
setiap peringkat dan umur termasuk kemahiran penggunaan ICT, misi ini boleh
dicapai.Keupayaan dan keberkesanan sesuatu latihan untuk melahirkan tenaga kerja yang
berkemahiran perlu ditingkatkan dengan membanyakkan institusi latihan awam, menambah
kursus lanjutan dalam bidang-bidang teknikal, serta menggalakkan penyertaan sektor swasta
dalam bidang latihan teknikal. Pengambilan pelatih teknikal juga perlu ditambah lagi agar
misi ini dapat direalisasikan.Selain daripada itu, kemudahan-kemudahan bagi tujuan
pendidikan juga akan terus bertambah bagi tujuan pembelajaran. Bersesuaian dengan dunia
tanpa sempadan, kita seharusnya didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan supaya kita
semua tidak ketinggalan. Maka, kemudahan-kemudahan inilah yang akan membantu kita
sebagai alat bantu mengajar yang boleh dipercayai. Kepesatan arus globalisasi ini juga akan
membuatkan pemikiran anak-anak generasi kita pada masa hadapan akan lebih jauh ke
hadapan dengan bantuan pelbagai kemudahan yang di sediakan.
Hasil daripada penubuhan infrastruktur yang berteknologi tinggi pada asalnya
sememangnya mendatangkan kebaikan dalam menjadi negara yang maju menjelang 2020
namun pembinaan institusi tersebut secara berlebihan dan tidak terkawal akan membawa
kepada keburukan. Hal ini kerana dengan pembinaan institusi swasta tersebut secara tidak
9

langsung memerlukan kos yang tinggi bagi menampung kos pembinaan tersebut. Hal ini
menyebabkan ada pihak- pihak tertentu terutama pihak yang terlibat dengan pembinaan
tersebut mengambil inisiatif iaitu dengan mengenakan yuran pengajian yang tinggi untuk
kemasukan pelajar ke dalam institut pengajian tingi swasta tersebut. Selain itu , kos pengajian
tinggi juga disebabkan disebabkan pengunaan pensyarah dari luar negara dan kos sewaan
bangunan tersebut. Hasil daripada kos pengajian yang dibayar tersebut akan diserahkan
kepada pihak pengurusan atau ahli-ahli koperat yang tertentu yang mengendalikan institusi
pengajian swata tersebut. Didalam ini pelajar akan diaangap sebagai klien kepada duapihak,
iaitu satu ialah piahak institusi tersebut dan pihak kedua ialah pihak dari luar yang
bertanggungjawab dengan institusi tersebut. Dalam erti kata lain, sekolah dan bisnes
menandatangani kontrak.
Hal ini dibuktikan lagi apabila bidang pendidikan sudah dijadikan suatu sumber untuk
menguatkan lagi dalam suatu sektor untuk mengaut keuntungan.Sweeney (1988) dalam
kajiannya mengenal pasti bahawa pendidikan merupakan faktor kritikal dalam menghadapi
situasi tegang seperti masalah pengganguran. Beliau juga turut menegaskan bahawa
kemahiran dan pengetahuan boleh dibina melalui proses latihan dan pendidikan. Pendidikan
juga dilihat menjadi faktor yang penting dalam membantu sesebuah negara menikmati
kelebihan persaingan dan peningkatan ekonomi yang berterusan. Ini kerana melalui
pendidikan, tenaga mahir yang kompeten dan berdaya saing dapat dihasilkan dan ia turut
memberikan impak positif kepada perkembangan ekonomi negara.Hal in dapat dilihat,
apabila ibu bapa mengeluarkan wang untuk pelbagai perbelanjaan pendidikan dari sekolah
rendah hinggalah ke peringkat universiti.Walaupun sesetengah pelajar memperoleh biasiswa,
ibu bapa lazimnya turut menampung sebahagian dari keperluan wang anak mereka.
Dalam hal ini dapat kita lihat bahawa berlakunya sistem ada pihak yang memberi
wang dan ada pihak yang menerima wang dan inilah yang dikatakan pengkomersilan
pendidikan .Dimana ada pihak yang mengaut keuntungan daripada pihak yang menggunakan
khidmat tersebut.Ahli korporat pendidikan akan mengaut keuntungan melalui bidang
pendidikan. Amat dibimbangi jika hal ini berterusan dan tanpa kawalan, matlamat dan
objektif asal pendidikan akan terkorban. Demi mencapai keuntungan semata-mata, kualiti
pendidikan mungkin diabaikan. Masalah ini akan ketara apabila kelayakan masuk pelajar
tidak diambil berat seperti dikenakan syarat yang longgar, pensyarah terdiri daripada mereka
yang kurang terlatih dan kurang pengalaman, kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang
minimum, kualiti ilmu yang diajar meragui dan lain-lain lagi.
10

3.2 Pendidikan negara menjadi lebih terbuka
Dalam kita berusaha dan bersaing untuk menjadi negara maju menjelang 2020, tanpa
kita sedar sebenarnya pendidikan di negara kita telah menjdai satu sistem pendidkan tanpa
batasan. Hal ini dibuktikan , dengan pendidikan di negara ini menjadi terbuka kepada dunia
luar sama ada untuk belajar mahupun menubuhkan cawangan universiti asing di sini. Sudah
tentu peluang yang sebegini akan diambil oleh universiti luar, terutamanya yang terkemuka
dan berprestij. Mereka akan membuka cawangannya di negara ini. Walaupun cara ini
merupakan suatu persaingan yang sihat, namun institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan
masih belum bersedia untuk menghadapi situasi ini. Hal ini akan memberi kesan yang besar
kepada IPT tempatan, terutamanya Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Para pelajar
tentu akan memilih universiti luar yang terkemuka demi pasaran kerja mereka. Hal seperti ini
telahpun berlaku apabila graduan IPT luar negara menjadi pilihan utama majikan berbanding
graduan IPT tempatan. Dengan demikian juga, IPT tempatan akan mengalami masalah
kekurangan pelajar dan akhirnya membawa kepada penutupan IPT berkenaan, khususnya
IPTS yang bersaiz kecil.
Berbalik kepada faktor pendidikan negara menjadi lebih terbuka, dimana kita dapat
penubuhan cawangan universiti asing dan kemasukan pelajar dari luar negara. Kebanyakan
pelajar dari luar negara akan memilih universiti swasta berbanding universiti awam kerana
syarat kemasukannya lebih mudah berbanding dengan syarat kemasukan ke universiti awam.
Apa yang diperlukan ialah duit untuk pembiayaan pengajian dan syarat kemasukan yang
fleksibiliti. Hal in mungkin fenomena baru di negara kita ,tetapi di China, India dan Poland ia
merupakan suatu masalah yang telah lama dan tiada penyelesaian. Hal ini dibuktikan lagi
dengan yuran pengajian di universiti swasta lebih mahal berbanding dengan unversiti awam
an ini kerana ada pihak- pihak tertentu mengaut keuntungan daripada yuran pengajian
tersebut. Mengikut statistik kemasukan pelajar ke institut pengajian tinggi swasta meningkat
dari tahun 2002 sehingga 2007 iaitu daripada 294,600 kepada 365,800. Institut pengajian
tinggi swasta ini termasuklah IPTS Bertaraf Universiti,IPTS Bertaraf Kolej Universiti,IPJJ
Bertaraf Universiti, IPTS Bertaraf Universiti (Kampus Cawangan Universiti Dalam Negara),
IPTS Bertaraf Universiti (Kampus Cawangan Universiti Luar Negara) dan IPTS Bukan
Bertaraf Universiti. Penubuhan universiti – unversiti ini juga boleh menyebabkan
penghijrahan pensyarah (brain drain). Penghijrahan pensyarah institusi pengajian tinggi
awam bukanlah satu fenomena yang baru. Ia telah lama berlaku. Menurut Encik Wan
Mokhtar Wan Yusuf ( Y.D.P. Persatuan Kakitangan Akademik UKM), penghijrahan ini
11

merupakan satu fenomena biasa yang sering berlaku dalam mana-mana sektor. Penghijrahan
ini sepatutnya dilihat sebagai tuntutan kepada keperluan tenaga pengajar yang bertambah
dalam sektor pendidikan swasta sejajar dengan perkembangan pendidikan negara ini dan ini
bakal memberi ancaman kepada institusi pendidikan di negara kita. Memang tidak dapat
dinafikan sektor swasta menawarkan skim gaji dan beberapa kemudahan yang menarik
berbanding dengan apa yang disediakan oleh institusi pengajian tinggi awam dan terbuktilan
peranan wang wasih lagi menjadi isu dan secara tidak langsung boleh mencemarkan
pendidikan dinegara kita dengan masalah ini atau dengan kata lain inilah yang dikenali
pengkomersilan pendidikan. Dimana wang digunakan sebagai mediuum untuk melakukan
seseuatu perkara.
Sementara itu, selain daripda pihak swasta ini, kerajaan juga telah mengambil langkah
inisiatif iatu dengan memperkenalkan pendidikan sepanjang hayat (PSH). Jika dikaji
perkembangan PSH sejak mula diperkenalkan di negara ini, ia semakin meningkat
berdasarkan kapasiti penyediaan kemudahan dan jumlah universiti yang menawarkan PSH
atau pengajian terbuka jarak jauh (ODL). Setakat ini, terdapat 12 institusi pengajian tinggi
awam dan swasta yang menawarkan program PSH dan Universiti Terbuka Malaysia (OUM)
antara universiti pelopor dalam menyediakan perkhidmatan PSH. Perkembangan itu
bagaimanapun belum selari dengan senario kemasukan pelajar khususnya kalangan bekerjaya
bagi merebut peluang pendidikan tinggi. Apa yang kita lihat disini ialah kejayaan yang telah
dicapai oleh kerajaan dalam memperkenalkan langkah tersebut. Namun apabila dikaji dari
sudut yang berbeza kita akan daapat dilihat bahawa kebanyakan badan - badan swasta
mengaut keuntungan daripada kemasukan pelajar ke universiti tersebut. Hal ini kerana
kebanyakan pelajar yang mengambil pendidikan sepanjang hayat dan pengajian terbuka jarak
jauh adalah golongan yang bekerjaya dan golongan yang mempunyai wang. Dari sini kita
dapat lihat dengan jelas lagi bahawa hanya golongan yang berkemampuan akan dapat yang
yang dikehendaki, dan ini dapat diumpamakan sebagai suatu perniagaan, dimana hanya
golongan yang berkemampuan dapat membeli apa yang dikehendaki.
Dalam kita tidak sedar dan hanya memandang kearah kebaikan, sebenarnya
pengkomersilan pendidikan seperti ini akan menafikan konsep pendemokrasian pendidikan.
Hanya pelajar yang mampu dari segi kewangan sahaja yang berpeluang melanjutkan
pelajaran. Hal ini hanya sekitar 20 peratus sahaja bilangan pelajar bumiputera di IPTS
berbanding ratusan ribu pelajar IPTS keseluruhannya. Perkara ini jika tidak dibendung akan
meluaskan jurang antara golongan bumiputera dengan golongan bukan bumiputera. Selain
12

itu, hanya yang kaya sahaja akan dapat menikmati pendidikan tinggi, manakala yang miskin
dinafikan peluang mereka. Ini bertentangan dengan dasar kerajaan yang ingin melahirkan
masyarakat berilmu tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa. Apabila
pendemokrasian pendidikan semakin pudar dalam sistem pendidikan negara kita, ia akan
menjadi satu masalah kepada negara kita kerana Malaysia terdiri daripada rakyat yang
berbilang kaum seperti Melayu, Cina, dan India yang masing-masing mengamalkan cara
hidup dan pegangan adat yang berbeza. Masyarakat Melayu Islam akan menghormati dan
menghentikan sesuatu aktiviti apabila masuknya waktu solat berbeza dengan budaya
masyarakat lain. Hal yang demikian merupakan cabaran dalam mewujudkan suatu
pendidikan yang globalisasi. Selain itu, keperluan sesebuah masyarakat adalah berbeza antara
satu sama lain. Hal ini bergantung pada faktor ekonomi mereka. Jika sesebuah masyarakat itu
berekonomikan pertanian, maka mustahil bagi mereka untuk menggunakan pendidikan yang
mengglobalisasikan perindustrian kerana faktor perolehan ekonomi dan situasi yang
berlainan. Oleh yang demikian jelaslah ia bakal menimbulkan impak yang besar kepada
negara kita.

13

3.3 Pengenalan Pengajian Sepanjang Hayat (PSH) dan Pengajian Terbuka Jarak Jauh
(ODL)
Laporan Unit Perancang Ekonomi dalam Model Baru Ekonomi pada tahun 2010
mendedahkan bahawa sebahagian besar tenaga kerja yang terdapat di negara ini adalah dari
kelompok yang tidak berkemahiran tinggi dan ia dikhuatiri terus menjadi kekangan kepada
sasaran negara kita untuk mencapai status negara maju. Malah, setiap tahun, hanya sekitar 33
peratus dari kohort berumur 19 hingga 24 tahun berpeluang memasuki universiti berbanding
kohort sama di kebanyakan negara lain yang sudah pun mencecah 60 peratus.
Justeru, kerajaan meletakkan Pengajian Sepanjang Hayat (PSH) sebagai sebahagian
polisi penting dalam kerangka pembangunan tenaga kerja dan lantas dapat memajukan
negara.PSH bermaksud aktiviti pelajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan sepanjang
hayat khususnya orang dewasa.Melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (20012010) contohnya, secara jelas memberi penekanan kepada penggalakan PSH dengan
menyediakan pelbagai kemudahan bagi menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran biarpun
telah tamat latihan dan pendidikan secara formal.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program pembelajaran
sepanjang hayat akan dijadikan sebagai agenda untuk meningkatkan keupayaan modal insan
negara. Beliau berkata, program yang dijadikan sebagai tiang ketiga selepas pendidikan asas
dan pendidikan tertiari dianggap penting untuk meningkatkan peratusan tenaga kerja
berkemahiran tinggi daripada 28 peratus pada masa ini kepada 33 peratus menjelang 2015.
Beliau juga bersetuju dengan Pelan Induk Pembangunan Pembelajaran Sepanjang Hayat
2010-2020 bagi memajukan program PSH di negara ini telah dibentangkan oleh Kementerian
Pengajian Tinggi.Selain daripada PSH, pengajian terbuka jarak jauh (ODL) juga turut
dipekenalkan.
Namun begitu masalah yang hadapi oleh kementerian ialah kesedaran rakyat terhadap
PSH. Prof Emeritus Tan Sri Anuwar Ali, Presiden dan Naib Canselor, Universiti Terbuka
Malaysia (OUM) melontarkan pandangan bahawa rakyat negara ini masih belum memahami
kepentingan pembelajaran sepanjang hayat biarpun sudah banyak usaha dan peluang
disediakan bagi membolehkan mereka menikmati pendidikan sedemikian. Justeru, pelbagai
promosi dilakukan bagi menarik minat warga Malaysia terhadap PSH dengan melaksanakan

14

sistem kemasukan terbuka bagi program pengajian ditawarkan dengan mengenakan syarat
kemasukan yang fleksibel.
PSH mempunyai sejak mula diperkenalkan di negara ini, ia semakin meningkat
berdasarkan kapasiti penyediaan kemudahan dan jumlah universiti yang menawarkan PSH
atau ODL. Setakat ini, terdapat 12 institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang
menawarkan program PSH dan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) antara universiti pelopor
dalam menyediakan perkhidmatan PSH.
Bagaimana PSH ataupun ODL dapat mencetuskan pengantarabagsaan dan
pengkormersilan dalam bidang pendidikan di Malaysia? Hal ini dijayakan apabila institusi
pendidikan yang menawarkan PSH dan ODL mengeksport program pengajian ke luar negara
dengan mewujudkan pusat pembelajaran di luar negara bagi membuka peluang kepada
lepasan sekolah dan golongan profesional luar negara mengikuti program ditawarkan.
Contohnya OUM. Setakat ini, lima negara menjadi lokasi pusat pembelajaran global bagi
OUM iaitu Yaman, Bahrain, Maldives, Sri Lanka dan Ghana dan OUM juga merancang
untuk mengembangkan lagi sayap ke Eropah Timur dengan sasaran Hungary sebagai lokasi
permulaan. Perkembagan seperti ini dapat melaksanakan agenda pengantarabangsaan lantas
mengkormersilkan pendidikan di Malaysia dan dapat membuktikan bahawa kualiti program
pengajian

sepanjang

hayat

setanding

program

sama

di

peringkat

antarabangsa.

15

4.0 Kesan-kesan Pengantarabangsaan Dan Pengkomersialan Pendidikan.
4.1 Kesan Positif:
4.1.1 Mengubah Struktur Pendidikan Negara Ke Arah Sistematik.
Globalisasi

dalam

mengantarabangsakan

pendidikan

akanmerubah

struktur

pendidikan di negara ini ke arah yang lebih sistematik. Sistem pendidikan yang
bercorak “rigid” atau berpusat yang menggunakan bahan konkrit semata-mata tidak lagi
digunakan. Bahan-bahan seperti ini tidak dapat merangsang minda pelajar untuk terus
mendalami ilmu.Pembelajaran kini menggunakan pendekatan teknologi siber melalui
Program Pembestarian ICT Sekolah.Penggunaan perisian multimedia, Internet, dan e-mel
secara inkuiri penemuan lebih memberangsangkan para pelajar. Perisian multimedia
menggabungkan penggunaan visual, audio, dan kesan mampu memberikan gambaran
pelajaran yang jelas walaupun dengan hanya menggunakan teori.
Penggunaan Internet pula menyaksikan lambakan maklumat yang boleh diperoleh
pelajar daripada jurnal, laman forum, ensiklopedia, dokumen, dan persembahan elektronik
dengan hanya menekan kata kunci untuk mencarinya.Semua maklumat berada di hujung jari.
Maklumat juga boleh dikongsi dengan menggunakan e-mel dengan kos yang rendah. Oleh
yang demikian, pelajar dapat menerokai sesuatu ilmu dengan lebih mendalam dan berkesan
dengan perubahan struktur pendidikan ini.
4.1.2 Persaingan Secara Positif Antara IPTA Dan IPTS
Peluang pendidikan semakin luas dalam meniti arus globalisasi. Kerajaan dan badan
bukan kerajaan berlumba-lumba untuk menubuhkan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi memberi peluang pendidikan kepada rakyat
Malaysia tanpa mengenal usia dengan syarat kemasukan yang fleksibiliti. Program yang
dijalankan pula dapat menyediakan guna tenaga yang diperlukan dalam pelbagai sektor
negara terutamanya dalam sektor perindustrian, perniagaan, dan pertanian.Selain itu,
pendidikan negara juga terbuka kepada dunia luar dengan kelulusan di peringkat
antarabangsa seperti University Lim Kok Wing dan Kolej Stamford.Keadaan ini dapat
memberi peluang kepada generasi muda negara memperoleh kelulusan dan kelayakan
akademik di peringkat antarabangsa seterusnya menjamin pasaran kerja mereka dalam firmafirma negara yang memerlukan kepakaran luar.

16

Menurut kata bekas Perdana Menteri Ke-5 Datuk Seri Abdullah Bin Ahmad Badawi
(2005) “Kerajaan tidak melihat IPTS sebagai pesaing kepada IPTA sebaliknya membantu
kerajaan menyediakan lebih banyak tempat belajar serta lebih banyak pilihan untuk
pendidikan tinggi.Sejak merdeka lagi kerajaan telah menitikberatkan bidang pendidikan dan
banyak wang telah dilaburkan.Dalam kesemua Rancangan 5 tahun Malaysia, pendidikan
menelan belanja amat besar.Sungguhpun kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan yang
besar bagi membiayai pendidikan tinggi, tetapi IPTA masih tidak dapat menyediakan
infrastruktur, kemudahan dan tempat yang cukup bagi memenuhi permintaan yang terus
meningkat. Setiap tahun lebih kurang 400 ribu pelajar daripada sekolah bantuan kerajaan,
swasta mahupun persendirian menduduki peperiksaan SPM dan rekod pada tahun 2002
adalah seramai 412,577 orang manakala untuk peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia (STPM) bilangan calon tahun 2002 adalah sejumlah 47,022 orang. Daripada jumlah
ini hanya 30% yang berjaya melanjutkan pengajian mereka ke institusi-institusi pengajian
tinggi samada di dalam mahupun luar negara. Peluang pengajian di IPTA adalah terhad
kerana IPTA yang sedia ada hanya dapat menampung 10% daripada pelajar lepasan SPM dan
STPM

yang

layak

pada

setiap

tahun”.Oleh

itu,

jelaslah

globalisasi

dalam

mengantarabangsakan pendidikan memberikan peluang pendidikan kepada rakyat Malaysia
mahupun luar negara.
4.1.3 Kemudahan Kepada Golongan Orang Kurang Upaya Dalam Pendidikan.
Globalisasi turut memberikan kemudahan kepada golongan istimewa (OKU) yang
mempunyai kekurangan sama ada dari segi fizikal atau mental. Mengantarangsakan dan
mengkomersialkan

pendidikan

akanmenjadikan

negara

menandatangani

Proklamasi

Penyertaan Penuh dan Penyamaan Peluang bagi Orang Kurang Upaya di Rantau Asia dan
Pasifik dan membentuk akta bagi golongan kurang upaya. Hal ini bagi memberi peluang
kepada OKU kemudahan pendidikan yang sama rata dan mengelakkan diskriminasi daripada
insan normal.
Lantaran itu, kemudahan perpustakaan dicipta untuk golongan ini. Contohnya seperti
Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang dengan kerjasama sekolah Pendidikan Khas
Alma, St. Nicholas Home Penang, dan Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah telah
menyediakan katalog induk untuk kegunaan golongan istimewa yang cacat penglihatan.
Bahan-bahan tersebut dibekalkan dalam bentuk Braille, iaitu ‘Talking Book’, dan ‘Large
prints’. Oleh yang demikian, globalisasi jelasnya memberikan kemudahan pendidikan kepada
golongan istimewa sama seperti masyarakat normal yang lain.
17

4.1.4

Memperkukuh

Perpaduan,

Membina

Identiti

Nasional

Dan

Semangat

Kebangsaan
Mengantarabangsakan pendidikan dapat membina Negara Bangsa.Pembinaan Negara
Bangsa bagi sesebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia dapat memperkukuh
perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan.Penanaman nilai toleransi
dalam kalangan rakyat dapat dilakukan melalui aktiviti kurikulum, dan kokurikulum yang
dijalankan di sekolah. Kurikulum yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai asas bahasa
ilmu dapat mewujudkan integrasi nasional.
Dalam kegiatan kokurikulum pula penyertaan pelajar dalam aktiviti berpersatuan
seperti Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah, dan Kadet Bersatu jelasnya dapat membina
perpaduan melalui aktiviti pendidikan luar yang dijalankan. Aktiviti pendidikan luar yang
dijalankan dapat membina nilai bantu-membantu (teamworking) dalam diri individu sekali
gus membentuk nilai peribadi yang unggul. Selain itu, melalui program warisan dan budaya
juga dapat membudayakan rakyat yang berbilang kaum. Nilai hormat-menghormati terhadap
sensitiviti masyarakat yang pelbagai kaum dapat disemai apabila setiap kaum mengetahui dan
memahami adat kaum lain. Sehubungan itu, pembinaan Negara Bangsa yang mengekalkan
semangat perpaduan dalam kalangan rakyat dapat dibina melalui globalisasi pendidikan.

18

4.2 Kesan Negatif:
4.2.1 Peminggiran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu.
Menurut kata Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan Datuk Dr. Hassan Ahmad: “Kita
tidak mahu negara ini menjadi negara maju dalam tahun 2020 tetapi bangsa Melayu hilang
martabat dan kuasa sebagai bangsa yang cemerlang dan maju disebabkan bahasanya tidak
dijadikan alat utama dalam proses itu. Menurut beliau lagi “Banyak negara bukan berbahasa
Inggeris mengajar bahasa Inggeris di sekolah tetapi para pemimpin mereka (Jepun, Perancis,
Jerman dan Korea Selatan) tidak menyeru rakyat mereka menggunakan bahasa asing itu
sebagai alat kemajuan bangsa dan negara mereka,’’
Kesan daripada Pengantarabangsaan dan Pengkomersialan Pendidikanialah akan
meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hal ini berlaku kerana para pelajar
mudah

mendapat

maklumat

melaluibuku,

majalah,

ensiklopedia,

mahupun

di

internet.Maklumat yang disebarkan melalui internet sebahagian besarnya dalam bahasa
Inggeris.Bahasa Inggeris menjadi bahasa standard yang diterima pakai oleh semua negara
membangun. Justeru, bahasa Inggeris telah diiktiraf kerajaan sebagai bahasa pengantara
dalam proses pengajaran bagi memudahkan pengaksesan maklumat. Hal ini dapat dilihat
dalam mata pelajaran Sains dan Matematik yang sebelum ini menggunakan bahasa Melayu
tetapi mula di tukar kepada bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah dan menengah pada
tahun 2002.Penukaran bahasa ini juga adalah bagi mengelakkan para pelajar daripada
mengalami kejutan budaya semasa melanjutkan pembelajaran di peringkat universiti kelak.
Selain itu, cawangan universiti luar akan terus menjadikan bahasa Inggeris sebagai
wahana dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa ini juga, sudah banyak IPTS
yang telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Hal sebegini akan
meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu walaupun sudah terbukti bahawa bahasa
Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dalam semua bidang. Jika hal ini berlaku, bahasa
Melayu akan menjadi bahasa kedua dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan usaha ke arah
pembinaan bangsa Malaysia berdasarkan bahasa Melayu akan terbantut.Oleh yang demikian
jelaslah bahawa arus globalisasi pendidikan akan meminggirkan Bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu.

19

4.2.2 Ahli Koperat Pendidikan Bersikap Tidak Bertanggungjawab.
Globalisasi akan memesatkan pengkomersilan pendidikan itu sendiri. Ahli korporat
pendidikan akan mengaut keuntungan melalui bidang pendidikan. Amat dibimbangi jika hal
ini berterusan dan tanpa kawalan, matlamat dan objektif asal pendidikan akan terkorban.
Demi mencapai keuntungan semata-mata, kualiti pendidikan mungkin diabaikan. Masalah ini
akan ketara apabila kelayakan masuk pelajar tidak diambil berat seperti dikenakan syarat
yang longgar, pensyarah terdiri daripada mereka yang kurang terlatih dan kurang
pengalaman, kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang minimum, kualiti ilmu yang
diajar meragui dan lain-lain lagi. Perkara ini akan memberi impak yang lebih buruk kepada
kemajuan pembangunan dalam pendidikan di negara kita.
4.2.3 Menafikan Konsep Pendemokrasian Pendidikan.
Pendemokrasian pendidikan yang dimaksudkan bukanlah sekadar pendemokrasian
sahaja tetapi ialah persamaan hak yang sama rata dari segi peluang mendapat pendidikan
yang bermutu (democratization of access to quality education). Justeru itu, pendemokrasian
pendidikan dari segi konsepnya adalah berkait rapat dengan peluang serta mutu keseluruhan
proses pendidikan dan melibatkan di semua peringkat pendidikan.
Pengkomersilan pendidikan seperti ini akan menafikan konsep pendemokrasian
pendidikan. Hanya pelajar yang mampu dari segi kewangan sahaja yang berpeluang
melanjutkan pelajaran.Hal ini hanya sekitar 20 peratus sahaja bilangan pelajar bumiputera di
IPTS berbanding ratusan ribu pelajar IPTS keseluruhannya. Perkara ini jika tidak dibendung
akan meluaskan jurang antara golongan bumiputera dengan golongan bukan bumiputera.
Selain itu, hanya yang kaya sahaja akan dapat menikmati pendidikan tinggi, manakala yang
miskin dinafikan peluang mereka. Ini bertentangan dengan dasar kerajaan yang ingin
melahirkan masyarakat berilmu tanpa mengira latar belakang, agama dan bangsa.
Menurut Nor Aziah bt. Alias dan Azni Zain bt. Ahmed (1995) pendidikan seharusnya
merangkumi dan terbuka kepada segenap lapisan masyarakat, bukan sahaja dari segi geografi
bahkan juga dari segi golongan jenis dan sektor ekonomi. Pendekatan dan pelaksanaan
pendemokrasian pendidikan dalam sistem pendidikan di negara kita kebanyakannya adalah
didorong oleh reformasi-reformasi pendidikan.Justeru itu, dari segi pendekatan, pelaksanaan
serta amalannya, reformasi-reformasi pendidikan dalam sistem pendidikan negara selama ini
20

adalah juga merupakan salah satu isu yang berkait amat rapat dengan pendemokrasian
pendidikan. Dalam perkembangan yang sama, Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Noordin (1993)
menegaskan bahawa:
"Reformasi Pendidikan juga telah menyediakan ruang

untuk kitamelaksanakan

pendemokrasian pendidikan.”(Pendidikan Profesional, 1993 hal.2)
4.2.4 Penghayatan Pelajar Terhadap Ilmu Akan Mula Terhakis.
Kesan seterusnya yang akan timbul ialah penghayatan ilmu itu semakin terhakis. Hal
ini demikian kerana para pelajar hanya belajar ilmu sahaja tanpa menghayati ilmu itu
sendiri.Mereka belajar hanya untuk tujuan peperiksaan atau demi memenuhi tugasan yang
diberikan sahaja.Perolehan maklumat melalui guru adalah penting kerana guru adalah model
yang terbaik. Kebiasaannya seseorang guru akan mengamalkan etika keguruan yang mulia.
Ini akan melahirkan generasi yang cerdik pandai tanpa diimbangi dengan penghayatan ilmu
itu sendiri. Mereka akan menyalahgunakan ilmu atau kemahiran yang diperoleh untuk tujuan
negatif seperti pecah amanah, memindahkan atau meminda akaun bank, menceroboh masuk
maklumat sesuatu organisasi, dan sebagainya. Justeru, cabaran yang dapat dilihat dengan
jelas apabila berlakunya globalisasi adalah kurangnya penghayatan ilmu oleh individu.
4.2.5 Penutupan Pusat-Pusat IPTS
Natijah daripada dunia tanpa sempadan, pendidikan di negara ini menjadi terbuka
kepada dunia luar sama ada untuk belajar mahupun menubuhkan cawangan universiti asing di
sini. Sudah tentu peluang yang sebegini akan diambil oleh universiti luar, terutamanya yang
terkemuka dan berprestij. Mereka akan membuka cawangannya di negara ini. Walaupun cara
ini merupakan suatu persaingan yang sihat, namun institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan
masih belum bersedia untuk menghadapi situasi ini. Hal ini akan memberi kesan yang besar
kepada IPT tempatan, terutamanya Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Para pelajar
tentu akan memilih universiti luar yang terkemuka demi pasaran kerja mereka. Hal seperti ini
telahpun berlaku apabila graduan IPT luar negara menjadi pilihan utama majikan berbanding
graduan IPT tempatan. Dengan demikian juga, IPT tempatan akan mengalami masalah
kekurangan pelajar dan akhirnya membawa kepada penutupan IPT berkenaan, khususnya
IPTS yang bersaiz kecil.

21

4.2.6 Faktor Kebudayaan Dan Keagamaan
Faktor kebudayaan dan keperluan masyarakat yang berbeza juga merupakan salah
satu cabaran dalam globalisasi pendidikan. Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang
kaum seperti Melayu, Cina, dan India yang masing-masing mengamalkan cara hidup dan
pegangan adat yang berbeza. Masyarakat Melayu Islam akan menghormati dan menghentikan
sesuatu aktiviti apabila masuknya waktu solat berbeza dengan budaya masyarakat lain. Hal
yang demikian merupakan cabaran dalam mewujudkan suatu pendidikan yang globalisasi.
Selain itu, keperluan sesebuah masyarakat adalah berbeza antara satu sama lain. Hal ini
bergantung pada faktor ekonomi mereka.Jika sesebuah masyarakat itu berekonomikan
pertanian,

maka

mustahil

bagi

mereka

untuk

menggunakan

pendidikan

yang

mengglobalisasikan perindustrian kerana faktor perolehan ekonomi dan situasi yang
berlainan.Oleh yang demikian jelaslah bahawa faktor kebudayaan dan keperluan masyarakat
yang berbeza merupakan salah satu cabaran dalam globalisasi pendidikan.

22

5.0 Langkah Mengatasi Isu Pengkomersilan dan Pengantarabangsaan Pendidikan
5.1 Memperbanyak terjemahan buku bahasa asing ke bahasa Melayu
Apabila banyak buku dari luar yang diterjemah ke bahasa Melayu, maka masyarakat
akan lebih ramai membaca buku rujukan bahasa Melayu. Jadi isu Bahasa Melayu
dipinggirkan tidak timbul. Pada zaman teknologi kini, kebanyakan buku akademik lebih
banyak yang berbahasa Inggeris, atas faktor inilah kebanyakan masyarakat di Malaysia
berusaha untuk mempelajari bahasa Inggeris bagi mengetahui isi kandungan buku. Ditambah
pula dengan zaman teknologi masakini yang mana segala maklumat boleh didapati dari
internet. Pelajar-pelajar university dan pelajar sekolah masakini lebihbanyak mencari
maklumat menggunakan internet. Kebanyakan maklumat pula berbahasa Inggeris, jadi
mereka akan berusaha untuk memahirkan diri dengan bahasa inggeris. Jika banyak buku
rujukan yang diterjemah ke bahasa Melayu dan diedarkan ke sekolah dan university di
Malaysia maka masalah peminggiran Bahasa Melayu dapat diselesaikan.
5.2 Mengetatkan syarat pembukaan Institut Pendidikan Baru
Pihak kerajaan haruslah mengetatkan lagi syarat-syarat pembukaan Institut
Pendidikan Baru, contohnya Universiti Swasta, tabika dan Pusat Tusyen Swasta. Ini kerana
pendidikan sudah ,menjadi komersial yang mana ada dalam kalangan pengusaha Institut
swasta lebih mengutamakan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan apa yang penuntut
akan dapat. Bagi pembukaan Institut pendidikan di peringkat sekolah, ia tertakluk di bawah
akta pendidikan. Akta pendidkan di Malaysia sememangnya sudah lengkap, tetapi dari segi
pelaksanaannya masih kurang. Atas factor inilah sesetengah Institusi Pendidikan memandang
remeh perkara ini. Contohnya pusat Tusyen, dewasa ini banyak pusat tusyen dibuka dan
sememannganya mendapat tarikan dari ibu bapa. Ini kerana pada pendapat ibu bapa masa
kini. Pada pendapat ibu bapa, anak-anak mereka memerlukan lebih pembelajaran tambahan
bagi menhadapi peperiksaan. Tetapi ada sesetengan pengusaha mengambil kesempatan
dengan keadaan ini. Apabila mereka mengenakan yuran yang mahal tetapi sesi pembelajaran
kurang berkesan. Mereka juga kurang mengambil kisah mengenai kebajikan pelajar. Ini dapat
dilihat dalam kehadiran pelajar. Pusat Tusyen kebiasaannya kurang ambil kisah mengenai
kehadiran pelajar. Setiap pengusaha yang ingin membuka pusat tusyen atau apa institute
pendidikan swasta haruslah berdaftar dengan kemeterian Pedidikan Malaysia di Bahagian
Pendidikan Swasta. Di dalam bahagian itu terkandungnya tatacara pembukaan Institut
Pendidikan yang baru. Bagi pembukaan sekolah swasta juga yerdapat tatacara tertentu yang
23

perlu diikuti oleh pengusaha. Sekalipon sekolah swasta mereka tidak boleh menggunakan
sukatan pelajaran sesuka hati. Pihak yang berkaitan haruslah sentiasa mengadakan
pemantauan bagi minilai prestasi Institut Pendidikan Swasta dari terpesong matlamat asal.
Di peringkat Universiti pengantarabangsaan dan pengkomersialan pendidikan dpat
dilihat dengan lebih jelas. Contohnya Universiti Islam Antarabangsa(UIAM) merupakan
sebuah university antarabangsa yang mana terdapat ramai pelajar dari luar Negara yang
menuntut di sana. Universiti Kebangsaan Malaysia juga telah mengorak langkah apabila
menerima pelajar antarabangsa. UKM juga menubuhkan Kajian Oksidental bagi mengkaji
bahasa-bahasa asing. UKM turut menyertai pameran penyelidikan di luar negara sebagai
salah satu usaha pengantarabangsaan contohnya Pameran Antarabangsa Rekacipta, Teknik
dan Produk baru di Geneva sejak 1993. Sehingga tahun lalu, UKM telah berjaya menggondol
14 pingat emas, sembilan pingat perak dan tujuh pingat gangsa. Kejayaan itu juga mendorong
UKM untuk menyertai pameran penyelidikan di Korea dan Amerika Syarikat (AS). Bermula
2003 PUSPA turut mengadakan program baru contohnya Program Pertukaran Pelajar
Siswazah dengan menyediakan dana kepada mereka berjumlah RM8,000. Mereka akan
bertugas di makmal-makmal luar negara yang terkenal selama tiga bulan. Antaranya ialah
Universiti of Cambridge; University of Cantebury, New Zealand; Australia National
University; dan Universityof Capetown, Afrika. UKM berusaha menjelmakan slogan "Sebuah
Universiti Kebangsaan di persada antarabangsa". UKM adalah sebuah university yang
menggunakan bahasa kebangsaan, tetapi masih mampu melakukan pengantarabangsaan dan
mengkormesialkan. Apa yang penting ialah kualiti sesebuah university itu.
Antara peristiwan buruk yang pernah berlaku dalam pengkomersialan pendidikan ini
ialah, apabila berates-ratus pelajar Masterskill berdemonstrasi apabila wang PTPTN mereka
dipotong dengan kadar yang banyak tanpa diberitahu. Jadi pihak kerajaan haruslah
memainkan peranan dengan menyenaraihitam atau mengmbil tindakan terhadap kolej atau
Universitit yang mempunyai rekod yang buruk. Antara peristiswa lain yang pernah berlaku
ialah peristiwa seorang pelajar Masterskill dirogol. Pelajar perempuan itu dirogol oleh
seorang lelaki yang menceroboh masuh ke asrama perempuan. Jadi disini, pihak kolej cuai
dan tidak menjaga keselamatan penuntut kolej. Isu lain yang pernah masuk surat khabar ialah
apabila seorang pelajar Kolej Ikram yang telah tamat belajar baru mengetahui bahawa
diploma yang diperoleh beliau tidak diiktiraf. Kebanyakkan pihak yang membuka university
dan kolej swasta tidak mengutamakan kebajikan pelajar malah sanggup mengambil wang

24

pelajar untuk keuntungan semata-mata. Pihak kerajaan haruslah mengambil tindakan
tegasdalam menangani isu ini supaya pendidikan di Malaysia akan terus berkembang.
5.3 Meningkatkan Kesedaran Pelajar
Pihak kerajaan mahupun swasta atau pihak media haruslah memainkan peranan dalam
membantu pelajar dalam memilih institut pendidikan terutama di peringkat pengajian tinggi.
Selepas keluarnya keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia, maka akan sampai banyak surat yang menawarkan pusat pengajian kepada lepasan
SPM dan STPM ini. Jadi pihak sekolah haruslah membantu dalam tunjuk ajar bagi pemilihan
Universiti atau Kolej supaya masalah berkaitan kebajikan pelajar dan masalah system
pembelajaran dapat diatasi. Apabila seseorang individu gagal mendapat tempat di Institut
pengajian Awam, maka mereka akan memilih university atau kolej swasta. Maka disinilah
perlunya tunjuk ajar supaya mereka ini tidak tersilap memilih Institut Pengajian Tinggi. Pihak
media juga, haruslah mengambil peranan dalam membantu pelajar dalam menyambung
pelajaran. Contohnya berita Harian kini membuat satu halam