Cabaran dari segi hukum globalisasi

Cabaran dari segi globalisasi
Selain dari cabaran-cabaran lain, cabaran dari segi globalisasi merupakan satu
cabaran dalam pembentukan masyarakat berintegrasi di Malaysia. Cabaran-cabaran dari
segi globalisasi memang tidak dapat dinafikan akan menghalang pembentukan
masyarakat berintergrasi di Malaysia. Globalisasi merujuk kepada satu dunia yang luas
dengan tanpa sempadan dan perhubungan antara negara-negara dalam dunia ini semakin
cepat dan pantas serta kita boleh mengetahui apa-apa yang telah berlaku di dunia ini atau
mendapat apa-apa maklumat dengan cepat dan mudah seta tanpa sekatan. Dengan
globalisasi, semua pengaruh dari barat mahupun dari segi ideologi, budaya, sains atau
teknologi boleh dibawa masuk ke satu negara dengan cepat dan tanpa halangan. Menurut
Budi Winarno, 1947 “globalisasi menjadi sebuah fenomena multifaset yang menimbulkan
beraneka ragam pandangan dan interpretasi, terutama jika dikaitkan dengan kesejahteraan
umat manusia di dunia.” Cabaran ini memang boleh menghalang pembentukan
masyarakat berintergrasi di Malaysia dengan menyerapkan pelbagai nilai negatif yang
boleh menroskan nilai di negara kita. Cabaran ini boleh menjejaskan seseorang dari segi
pemikiran atau segi fizikal. Contoh-contoh penjejasan ini boleh dinampak dari segi
permakaian, genre lagu dan juga gaya rambut yang dipakai oleh generasi muda sekarang.
Selain daripada ini juga, sikap masyarakat juga akan dijejas oleh masalah globalisasi ini,
sikap mementingkan diri sendiri mudah dinampak pada masa sekarang dan banyak keskes sejuk hati ini berlaku, mereka langsung tidak peduli kepada apa-apa yang berlaku
sekeliling mereka. Serta juga sikap sekularisme yang lebih mementingkan kehidupan
duniawi dan mengabaikan nilai-nilai agama juga dapat dilihat dalam masyarakat

sekarang.
CARA MENGHADAPI
Pertama, mengurangkan budaya asing yang dibawa masuk ke negara kita harus yang
sesuai dengan kepribadian bangsa iaitu menapiskan filem-filem atau buku yang dibawa
atau diimport dari negara luar. Ini akan dapat mengurangkan masalah globalisasi kepada
process pembentukan masyarakat berintegrasi di Malaysia. Melalui konsep negara bangsa
ini, semua masyarakat mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu
identiti negara yang sama yang dimenifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya,
lambang-lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang
tinggi. Bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri.
Masyarakat berperanan dalam pemupukan hubungan etnik agar negara kita malaysia
sentiasa dalam keadaan aman dan selesa.
Kedua, salah satu contoh peranan masarakat adalah dalam penerimaan budaya.
Secara amnya, memang ada kesamaan unsur kebudayaan antara ketiga- tiga golongan
rakyat di negara ini. Ciri- ciri hindu telah meresap masuk ke dalam kebudayaan
masyarakat melayu. Dari kepelbagaian budaya ini akan menyatukan nilai pelbagai

bangsa. Orang cina yang datang ke negara ini untuk bekerja di lombong- lombong bijih
timah diterima menjadi warganegara malaysia akhirnya. Persesuaian yang kelihatan
antara tiga golongan utama iaitu melayu, cina, dan india berasaskan ciri budaya yang

sama. Antaranya ialah mementingkan kekeluargaan dengan menghormati ibu bapa dan
adik beradik. Disamping itu kepentingan agama didahulukan.. Satu daripada cara
mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi bahasa serta akhlak dalam
pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan kepentingan
pemupukan budl bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa dlpatuhl dan
diamalkan dalam masyarakat Malaysia terutamanya pada hari perayaan. Adat istiadat ini
mencirikan Kebudayaan Kebangsaan.
Ketiga, media massa bukan hanya membekalkan fakta dan data tertentu. Ia juga
memberikan maklumat tentang matlamat, maksud dan kesignifikanan sesuatu peristiwa.
Media massa ini pula perlu peka dalam menyampaikan sesuatu dasar, lebih-lebih lagi jika
isu tersebut menyentuh isu-isu sensitif supaya tidak menimbulkan konflik dikalangan
masyarakat. Melalui matlamat yang tepat, masyarakat akan dapat memahami kehendak
dan matlamat kerajaan dalam melaksanakan sesuatu dasar.
Keempat, pematuhan terhadap peraturan, undang-undang dan rukun negara,
menunjukkan kita bersedia bersikap adil terhadap kaum lain dan menghormati amalan
dan kepercayaan mereka serta hak mereka untuk hidup di negara ini. Kita hendaklah
menunjukkan bahawa kita mahukan yang terbaik untuk kaum lain sebagaimana kita
mahukan yang terbaik untuk diri kita. Hal ini akan mendorong kita untuk lebih bersikap
bertolak ansur dan cuba memahami hak kaum lain. Kita tidak akan memperjuangkan hak
untuk kaum kita semata-mata dengan menindas atau membelakangkan hak yang

sepatutnya turut diterima oleh kaum lain. Kita juga akan sentiasa bersedia untuk
berkongsi dalam sesuatu perkara yang dibenarkan oleh budaya kita tanpa mengorbankan
prinsip undang-undang dan keadilan selaras dengan prinsip rukun negara.