0 SEJARAH PENUBUHAN MAJLIS KESELAMATAN N

1.0 SEJARAH PENUBUHAN MAJLIS KESELAMATAN NEGARA

Insiden 13 Mei 1969 telah membawa kepada pengisytiharan Darurat oleh DYMM YDP
Agong pada 15Mei 1969 di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Pengisytiharan
tersebut telah memberikuasa kepada Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang telah
ditubuhkan untuk membantu YAB Perdana Menteri merangkap Pengarah Gerakan Negara
bagi mengukuhkan keselamatan awam, pertahanan negara dan memelihara ketenteraman
awam, bekalan-bekalan dan perkhidmatan-perkhidmatan penting negara dalam usaha
memulihkan negara kepada keadaan aman dan harmoni. MAGERAN telah dibubarkan pada
tahun 1971. Walau bagaimanapun, ancaman pengganas komunis yang masih berterusan dan
bagi mengelakkan berulangnya insiden perselisihan kaum pada masa hadapan. Jemaah
Menteri yang bersidang pada 23 Februari 1971 telah bersetuju untuk menubuhkan Majlis
Keselamatan Negara (MKN) secara rasminya pada 7 Julai 1971. Jemaah Menteri dalam
mesyuarat Bil.83/750/71 pada 31 Julai 1971 telah menghuraikan peranan MKN seperti
berikut:
“Since the future racial peace in this country depends on how well the government handles
the sensitiveissues, it is suggested that the NSC shall be the body to look into the matter”.
Oleh yang demikian, MKN bertanggungjawab menyelaraskan dasar-dasar berkaitan
keselamatan negaradan arahan mengenai langkah-langkah keselamatan termasuk gerakangerakan keselamatan, ketenteraman awam dan perkara-perkara melibatkan keselamatan
secara langsung di seluruh negara diperingkat persekutuan, negeri dan daerah. MKN juga
menjadi badan bertanggungjawab membantu Majlis Tindakan Negara (MTN) dalam perkaraperkara berkaitan keselamatan. Sejak penubuhannya, sebanyak 21 Arahan MKN telah

dikeluarkan bagi menangani pelbagai ancaman-ancaman keselamatan semasa seperti
kebanjiran pelarian Vietnam dan pendatang asing tanpa izin kerjasama dua hala
keselamatan dan pembangunan sempadan, penyeludupan, kawalan keganasan, ketenteraman
awam serta pengurusan krisis dan bencana.

1.

Bilakah Arahan ini diwujudkan?

Arahan ini mula diwujudkan pada 11 Mei 1997 oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),
Jabatan Perdana Menteri (JPM) ekoran daripada tragedi keruntuhan Pangsapuri Highland
Towers di Hulu Klang, Selangor pada 11 Disember 1993. Bagi memperkemas dan
memperluaskan skop pengurusan Bencana yang semakin rumit dan kompleks, Arahan ini
telah disemak semula pada 30 Mac 2012 bagi menerangkan peranan pihak-pihak yang
berkaitan supaya ianya lebih menyeluruh dan bersepadu.
2.

Apakah tujuan Arahan diwujudkan?

Arahan ini disediakan bertujuan untuk menggariskan dasar dan mekanisme pengurusan

bencana secara menyeluruh termasuk peranan dan tanggungjawab Agensi Kerajaan,
badan berkanun, pihak swasta dan badan-badan sukarela meliputi peringkat sebelum,
semasa dan selepas berlaku sesuatu bencana supaya pengemblengan sumber dapat
disepadukan bagi mengelakkan pembaziran, konflik serta pertindihan peranan.
3.

Mengapa skop dasar dan mekanisme Arahan ini hanya bertumpu kepada

pengurusan bencana di darat?
Penumpuan ini adalah kerana kekerapan tinggi kejadian bencana di darat dan
penyelarasan tindakbalas agensi-agensi pengurusan bencana di darat adalah penting.
Walau bagaimanapun Arahan ini juga telah memperjelaskan peranan dan tanggungjawab
Agensi Peneraju bagi kejadian bencana maritim dan udara. Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia (APMM) telah dipertanggungjawabkan bagi mengurus kejadian
bencana di laut manakala Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan mengendalikan
bencana udara dengan kedua-duanya menggunakan Manual Mencari dan Menyelamat
(SAR) Kebangsaan Jilid IV sebagai rujukan.
4.

Jenis kejadian bencana apakah yang termasuk di bawah Arahan ini?


Terdapat 11 jenis bencana yang akan diurus di bawah Arahan ini iaitu
a.

bencana alam (banjir, ribut/taufan, gempa bumi, tsunami, ombak besar, kemarau dan

tanah runtuh);

b.

bencana industri (letupan, kebakaran, pencemaran, kebocoran bahan berbahaya di

kilang/loji/depot yang memproses, mengeluar dan menyimpan bahan ini);
c.

kemalangan melibatkan pengangkutan/penyaluran/pemindahan bahan berbahaya);

d.

keruntuhan bangunan/struktur khas;


e.

kemalangan udara (yang berlaku di kawasan berpendudukan tinggi);

f.

pelanggaran/gelinciran keretapi/lain-lain sistem pengangkutan rel yang melibatkan

jumlah mangsa/kemusnahan harta benda yang besar;
g.

kebakaran (melibatkan kawasan yang luas termasuklah kebakaran bangunan

tinggi/struktur khas yang mempunyai ramai orang);
h.

empangan/takungan air pecah;

i.


kemalangan kimia, biologi, radiologi dan nuklear;

j.

kejadian jerebu;

k.

penularan wabak penyakit berjangkit yang tidak terkawal/pandemik; dan

l.

lain-lain kejadian Bencana yang akan diisytihar/ditetapkan Kerajaan.

Kejadian yang tidak tersenarai di atas akan ditakrifkan sebagai Kejadian Bukan Bencana
dan tidak tertakluk di bawah Arahan ini.
5.

Bagaimana Arahan ini membantu pengurusan bencana?


Arahan ini menerangkan mekanisme pengurusan bencana mengikut tiga (3) tahap iaitu
Tahap I (peringkat Daerah), Tahap II (peringkat Negeri) dan Tahap III (peringkat Pusat).
Penerangan setiap tahap ini adalah seperti berikut:

Peringkat

Tahap I

Tahap II

Tahap III

Daerah

Negeri

Pusat

Bencana


Nama

Jawatankuasa

Jawatankuasa

Jawatankuasa

Pengurusan

Pengurusan

Pengurusan

Bencana Daerah

Bencana Negeri

Bencana


(JPBD)

(JPBN)

Jawatankuasa
Pengurusan Bencana
Pusat (JPBP)

Bencana lebih
Kejadian kecil,
Jenis Bencana

setempat, terkawal
dan tiada potensi
untuk merebak

Kejadian serius dan
merebak ke dua (2)
daerah dan lebih


kompleks di dua (2)
buah negeri dan
lebih serta
mengambil masa
lama

Bantuan aset,
kewangan dan
Sumber

Dapat dilaksana

sumber di peringkat

menggunakan

Negeri serta

sumber setempat


bantuan yang
terhad dari
peringkat Pusat

Pengerusi
Jawatankuasa

Pegawai Daerah

YB Setiausaha
Kerajaan Negeri

Penggemblingan
aset, kewangan dan
sumber yang lebih
besar atau melalui
bantuan dari luar
negara


YB Menteri yang
dilantik oleh YAB
Perdana Menteri

Pengarah
Komander
Operasi
Bencana

Keselamatan Dalam
Ketua Polis Daerah

Ketua Polis Negeri

Negeri dan
Ketenteraman
Awam, PDRM

Timbalan
Komander

Pegawai Bomba

Operasi

Daerah

Bencana

Komander
Kawalan
Hadapan

6.

Pengarah Bomba

Timbalan Ketua

dan Penyelamat

Pengarah (Operasi)

Negeri

JBPM

Dilantik oleh Komander Operasi Bencana mengikut kepakaran
dalam menasihat tindakan mengikut jenis bencana

Bagaimana perintah dan kawalan dilaksana?
Bagi tujuan perintah dan kawalan, kawasan bencana akan dibahagikan kepada tiga (3)
zon iaitu:
a.

Zon Merah

Zon ini meliputi suatu kawasan yang ditetapkan oleh Komander Operasi Bencana bagi
menjalankan operasi mencari dan menyelamat oleh Agensi Penyelamat dan pasukanpasukan khas yang mempunyai kepakaran tertentu sahaja. Kebenaran masuk ke dalam
zon ini perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Komander Operasi Bencana
dengan nasihat Komander Kawalan Hadapan.
b.

Zon Kuning

Zon ini adalah kawasan di luar tempat kejadian yang ditetapkan oleh Komander Operasi
Bencana untuk menempatkan pos-pos Agensi Penyelamat dan pasukan-pasukan khas
yang mempunyai kepakaran tertentu. Penempatan pos-pos dan akses masuk ke zon ini
perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Komander Operasi Bencana.
c.

Zon Hijau

Zon ini adalah kawasan di luar Zon Kuning yang menempatkan pos-pos dan petugaspetugas Agensi Bantuan dan Pemulihan serta badan-badan sukarela. Zon ini juga

menempatkan Pusat Pengurusan Media, Pusat Keluarga Mangsa, Pusat Kaunseling,
Tempat Bekalan Makanan, Tempat Rehat dan Tempat Mayat. Lain-lain fungsi zon ini
akan diputuskan oleh Komander Operasi Bencana.

7.

Bagaimana operasi mencari dan menyelamat diselaras?

Bagi melicinkan tugas, Komander Operasi Bencana akan melantik Komander Kawalan
Hadapan (Forward Commander) untuk mengetuai semua operasi mencari dan
menyelamat di tempat kejadian. Komander Kawalan Hadapan ini hendaklah terdiri
daripada mana-mana Komander pasukan Agensi Penyelamat. Tugas Komander Kawalan
Hadapan adalah untuk menilai dan melaporkan situasi Bencana kepada Komander
Operasi Bencana.
8.

Adakah Arahan ini akan mengehadkan pihak media untuk menjalankan tugas?

Pihak media masih dibenarkan untuk mendapatkan maklumat dan berita berkenaan
kejadian bencana. Satu kawasan yang dikenali sebagai Pusat Pengurusan Media yang
diwujudkan di Zon Hijau. Pusat yang diselaras oleh Jabatan Penerangan ini akan
memudahkan pihak media untuk mendapatkan maklumat melalui sesi sidang media yang
akan disampaikan oleh Pegawai yang berkelayakan. Prosedur ini diwujudkan supaya
hanya fakta penting disampaikan kepada orang awam bagi mengelak berlakunya
kekeliruan yang tidak diingini.
9.

Bagaimanakah prosedur jika terdapat pihak-pihak merancang untuk memohon

atau menghantar bantuan kemanusiaan terutama sekali dari/ke luar negara?
Mana-mana pihak yang merancang untuk memohon bantuan kemanusiaan dari luar
negara atau menghantar bantuan kemanusiaan ke luar negara hendaklah terlebih dahulu
merujuk kepada MKN. Berdasarkan Arahan ini, MKN sebagai Agensi Peneraju Utama
pengurusan bencana Negara bertanggungjawab untuk menyelaras pelaksanaan bantuan
kemanusiaan supaya pelaksanaannya selari dengan keputusan dasar Kerajaan serta

instrumen antarabangsa seperti perjanjian, memorandum persefahaman, deklarasi dan
sebagainya yang telah dimetrai Kerajaan dengan pihak antarabangsa.

10. Apakah peranan yang boleh dimainkan Agensi Kerajaan, badan berkanun, pihak
swasta dan badan sukarela dalam mencapai matlamat pengurusan bencana secara
berkesan?
Setiap pihak boleh bekerjasama untuk melaksanakan setiap perkara yang telah digariskan
di dalam Arahan ini. Kerjasama yang boleh dijalinkan adalah seperti membantu
melaksanakan program-program kesedaran dan kependidikan awan berkaitan pengurusan
bencana, membantu menyalurkan bantuan dari segi penggunaan logistik pada waktu yang
diperlukan, menyalurkan sumbangan kewangan kepada Kumpulan Wang Amanah
Bantuan Bencana Negara (KWABBN) serta menggembleng tenaga dalam usaha-usaha
pengurangan risiko bencana.
http://portalbencana.ndcc.gov.my/Portal/Board/Detail?board=147&entity=7516

2.0 PENGENALAN KEPADA TEKNIK MENYELAMAT DARI TEMPAT
TINGGI
Menyelamat dari tempat tinggi adalah salah satu cara menurunkan mangsa dari tempat
tinggi ke bawah/ kawasan yang lebih selamat dengan menggunakan tali’
Terdapat 2 teknik untuk menurunkan mangsa iaitu:
1. Rappelling = Teknik penurunan menggunakan tali pada tempat berdinding seperti
menara Penyelamat dan bangunan.
2. Abseilling = Teknik penurunan secara terus tanpa dinding. Contohnya, menara
penyelamat, helicopter, pokok dan anjung bangunan.

TRIAGE
Triage adalah satu prosedur penilaian dan pengelasan pesakit untuk tujuan rawatan dan
pemindahan mengikut prioriti.Konsep triage adalah untuk menghadapi bilangan peskit
yang ramai dan memerlukan keutamaan, tujuan memberi bantuan yang terlalu banyak,
mengelaskan pesakit mengikut keutamaan rawatan iaitu 1 minit 1 mangsa, setelah itu
pesakit juga akan ditandakan dengan tag atau label triage seterusnyahantar ke
hospital.American Heritage Dictionary menyatakan triage membawa maksud satu proses
pengelasan mangsa yang tercedera kepada kumpulan-kumpulan tertentu mengikut tahap
kecederaan mereka. Kaedah triage ini digunakan di dalam bilik-bilik kecemasan hospital,
pada medan-medan peperangan, dan tempat-tempat bencana apabila sumber-sumber
perubatan yang diperuntukkan itu adalah terhad. Menurut Oxford Companion untuk
Sejarah Ketenteraan, menyatakan bahawa triage adalah satu sistem yang diguna pakai
dalam bidang ketenteraan untuk membuat penilaian dan pengelasan mangsa-mangsa

kecederaan. Kaedah ini bertujuan untuk mengategorikan tahap kecederaan mangsa untuk
rawatan dan pemindahan yang selanjutnya. Dalam melaksanakan triage ini memerlukan
dua unsur utama. Pertama, pengisihan segera mangsa-mangsa menurut sifat dan tahap
keseriusan luka-luka mereka dan kemungkinan kemampuan mereka untuk diselamatkan.

Mengapa triage penting
- Kematian boleh berlaku dalam beberapa minit/jam.
- Mangsa yang terlalu ramai/malapetaka.
- Pembantu yang sedikit
- Mangsa trauma yang memerlukan pembedahan segera hanya seorang pada satu masa
- Pemindahan dan pengangkutan yang terhad

Bagaimana melakukan triage

Langkah 1: PenilaianPersekitaran
-

Stop, listen & think

-

Memastikankeselamatan &menghindar bahaya

Langkah 2: Melaksanakan Triage Suara

-

Mengenalkan identiti memberi arahan kepada mangsa yg boleh berjalan ke lokasi
yang ditentukan.

-

Ditandakan Tag HIJAU & KUNING.

Langkah 3: PenilaianMangsa & MenandakanTag
-

Menilai mangsa terdekat kepada yg jauh & memberi tanda tag MERAH, KUNING &
HITAM.

-

Setiap pesakit yang tertinggal diperiksa Airway, pernafasan, kuku & mental

Langkah 4: Merawat Mangsa Kritikal
-

Mengurus airway, merawat pendarahan & renjatan.

Langkah 5: Merawat Mangsa Separa & Tidak Kritikal

KATEGORI TRIAGE
Dalam kaedah triage ini, mangsa kecederaan dapat dikelaskan kepada empat kategori,
kategori ini dibezakan melalui warna-warna yang telah ditetapkan

MERAH ( P1/IMMEDIATE )
= Mereka yang berada dalam zon warna ini adalah dalam keadaan kritikal dan
memerlukan pembedahan segera atau bantuan kecemasan dengan kadarsegera. Dan ahli-

ahli pertolongan cemas hendaklah memberi keutamaankepada mangsa yang berada pada
zon ini agar mereka dapat diselamatkan

KUNING ( P2/OBSERVATION )
= Mangsa yang berada pada kategori ini adalah dalam keadaan separa kritikal.mereka
perlu juga di hantar ke hospital segera selepas kesemua mangsa-mangsa kecederaan
dalam kategori warna merah di hantar ke hospital

HIJAU ( P3/WAIT )
= Keadaan mangsa yang tidak kritikal. Mereka yang dalam kategori ini tidak memerlukan
keutamaan yang segera namun, memerlukan penjagaan seorangdoktor dalam beberapa
jam atau hari-hari tetapi bukan dengan kadar segeraatau serta merta.

HITAM ( P4/DIE )
= Mangsa berada dalam keadaan yang amat parah/kematian yang mungkin tiada harapan
untuk hidup. Mereka mengalami kecederaan yang parah yang akan menyebabkan mereka
akan meninggal di tempat kejadian. Golongan ini akan diletakkan di tempat yang
berasingan

Rajah 1 : METTAG system in Japanese

Rajah 2 : Even sample tape can be used as a last
resort

Rajah 3 : ET Light Picture 352×240

Rajah 4 : SMART TAG system

https://www.scribd.com/doc/102346799/SISPASemester-3-Pertahanan-Awam

3.0 MENYELAMAT DARI TEMPAT
TINGGI
Tergantung dari 2 sudut (two point vertical suspension)

TEKNIK DAN TATACARA KERJA
• Kaedah menggunakan usungan untuk menurunkan mangsa dari tingkat atas ke bawah.
• Mangsa diselimut & diikat secara melintang pada dahinya supaya tidak terensut.
• Menggunakan tali yang berukuran 40 kaki panjang dilipat 2 digunakan menggunakan
ikatan bowline (tindih kasih) di bahagian kepala usungan.
• Bowline diikat pada D'Ring kerana ia lebih kekal dalam kedudukan.
• Menggunakan 4 orang ahli penyelamat.
• Kedua-dua ahli penyelamat perlu menghulurkan dengan perlahan-lahan dari atas
dinding dengan memegang tali dengan tangan.
• 2 orang ahli penyelamat di bawah akan memegang tali sebelah bawah sambil mengawal
pergerakan usungan supaya tidak terkena sebarang halangan.

LANGKAH KESELAMATAN
-

Peralatan : Memastikan peralatan yang hendak diguna berada dalam keadaan baik

-

Usungan : Usungan akan diuji sebelum digunakan

-

Kedudukan mangsa : Mangsa diletakkan di atas usungan dengan betul

-

Menyelimut mangsa : Bagi mangsa yang tidak sedarkan diri, penggunaan usungan
amat diperlukan dan diikat kepada usungan berkenaan menggunakan tali

-

Mengikat mangsa : Sebagai tali pandu keselamatan dan untuk membawa mangsa
keluar ke kawasan yang selamat

-

Menguji ikatan : Menguji ikatan dengan cara mendirikan usungan agar mangsa tidak
terlucut daripada usungan

-

Membawa usungan : Membawa usungan dengan cara yang telah diajar dalam teknik
ini

PERALATAN YANG DIGUNAKAN
-

Tali Karamantel 40 kaki x 4 unit

-

Selimut.

-

Usungan.

-

D’Ring.

-

Helmet.

-

4 orang ahli penyelamat

Rajah 5 : Tergantung dari 2 sudut

Tergantung dari empat sudut ( four vertical suspension )

TEKNIK DAN TATACARA KERJA
• Mangsa diselimut & diikat pada usungan.
• Menggunakan 4 utas tali yang berasingan diikat pada D'Ring stretcher ikatan bowline
.• 1 lubang yang sesuai berukuran 7 kaki 6 inci x 2 kaki 6 inci perlu ditebuk pada
lantaiuntuk menghulurkan usungan ke bawah.
• Menggunakan 4 orang ahli penyelamat - 2 orang di bahagian kepala dan 2 orang
dibahagian kaki mangsa.

LANGKAH KESELAMATAN
Sebelum melakukan aktiviti menyelamat, pastikan semua peralatan berada dalamkeadaan
baik dan peralatan tidak mengalami sebarang kerosakkan yang akanmembahayakan nyawa
mangsa dan penyelamat itu sendiri

PERALATAN YANG DIGUNAKAN
-

Selimut

-

Stretche

-

rTali x 4 utas

-

D’Ring

-

4 orang ahli penyelamat

Rajah 6 : Tergantung dari 4 sudut
https://www.scribd.com/doc/102346799/SISPA-Semester-3-Pertahanan-Awam

4.0 TEKNIK MENYELAMAT DAN MENURUNKAN MANGSA DARI
TEMPAT TINGGI
Tangga gelongsor ( ladder slide )

TEKNIK DAN TATACARA KERJA
• Untuk menurunkan mangsa dari tingkat 1/2 sahaja.
• Mangsa akan diselimut & diikat pada usungan & 2 utas tali pandu akan diikat
padaD'Ring stretcher dengan ikatan bowline
.• Tangga akan ditempatkan secara condong oleh 3 orang anggota dibawah, 1 akan
memijak pangkal tangga (no.4) & 1 lagi (no.5) menahan dibawah tangga supaya lurus.
• Perlu menggunakan kayu bulat/buluh pada D'Ring di bahagian kepala untuk
bertindak sebagai roda.
• Ketua no.1 di bahagian kaki menyambut tangga secara perlahan-perlahan, secara
berundur& memandu usungan.
• No.2 & 3 - akan menghulurkan tali pandu & mengawal perlahan-lahan sehingga
no.1sampai ke bawah & no.4 & 5 akan menyambut usungan & bawa ke sesuatu tempat.

LANGKAH KESELAMATAN
-

Pastikan kesemua penyelamat bersedia untuk menurunkan mangsa terutamanyaketua
yang mengawal di bahagian bawah.

-

Penyelamat dari atas perlu mendengar arahan ketua agar mangsa tidak turundengan
terlalu laju/lambat dan seimbang.

-

Teknik ini hanya boleh digunakan pada situasi yang rendah (satu/dua tingkat sahaja)

PERALATAN YANG DIGUNAKAN
-

Usungan

-

Selimut

-

Tangga

-

Tali

-

D’Ring

-

Kayu bulat/buluh

-

Topi keselamatan

-

Sarung tangan

Rajah 7 : Tangga gelongsor

Tangga berbuai ( ladder hinge / swing )

TEKNIK DAN TATACARA
• Lebih mudah & cepat & dikehendaki membawa usungan dalam keadaan
melintang/dibangunan yang tidak teguh.
• Mangsa diselimut & dilihat seperti biasa.
• Tangga disandar lurus pada dinding (rapat).
• No.4 dibahagian kepala.
• No.5 ikat pada bahagian kaki kat tangga kira-kira 10 inci dari permukaan jendela.
• Bodyline berukuran 15 kaki akan digunakan untuk mengikat.
• Mulakan dengan bowline pada D'Ring diikat setengah pusingan pada bahagian paha
tangga sehingga 10 inci dari bendul jendela.
• Buat lilitan 6 kali hingga 8 kali pada anak tangga & disudahi dengan lilitan 2 setengah
belit pada D'Ring.
• 2 utas tali berukuran 40 kakidiikat di kepala D'Ring menggunakan ikatan bowline
sebagai tali pandu.
• Ketua akan bagi arahan untuk mengeluarkan usungan dari jendela kepada no.4 & 5
dengan memegang tali pandu.

• No.2 & 3 duduk tepat pada tangga & menentukan supaya tangga tidak terhayun ke kiri
&kanan.

LANGKAH KESELAMATAN
-

Mangsa perlu diikat pada usungan dan pembalut tambahan mesti diikat melintang di
dahi mangsa untuk mengelakkan mangsa bergerak jika mangsa pengsan. Ikatan perlu
kemas kerana ianya berisiko tinggi.

-

Tindakan perlu dilakukan denga arahan ketua

-

Pastikan tangga tidak terhayun ke kiri dan kanan ketika mangsa diturunkan

PERALATAN YANG DIGUNAKAN
- Selimut
- Usungan ( stretcher )
- Tali pandu 40 kaki/12m ( membuat ikatan /ikat usungan )
- Tangga
- Topi keselamatan
- Sarung tangan

Tangga bersandar ( leaning leader )
• Turun secara melintang.
• 1 snatch blok diikat dihujung kepala tangga menggunakan tali vire.
• Mulakan dengan lilitan disekeliling tiang tangga & matikan punca akhir dengan manuk.
• Masukkan snatch lalu pintal supaya menjadi angka 8 tapi jangan terlalu ketat.
• Tangga akan didirikan tegak & dipanjangkan sehingga snatch blok itu sekurangkurangnya10 kaki tinggi dari permukaan ruangan dari mana mangsa di bawa keluar.
• 6 orang anggota.
• No.5 & 6 - diatas untuk menyelimut, membuat ikatan kerusi & 2 tali pandu
dicampakkankepada no.3 & 4.
• No.3 & 4 - kawal usungan & sambut.

• No.2 - kawal turun usungan.
• No.1 - memberi arahan.

Derik tangga ( ladder derick )
• Khas apabila struktur binaan yang tidak kukuh untuk menyelamat mangsa.
• Pelantar (rig) didirikan atas kekuatan sendiri & tidak memerlukan sokongan (berdiri atas
diri sendiri).
• Memerlukan 7 orang penyelamat.

Rajah 8 : Tangga Gelungsur
Rajah 9 : Tangga Berbuai
Rajah 10 : Tangga Bersandar

Rajah 11 : Derrik Tangga
Rajah 12 : Jib

https://www.scribd.com/doc/102346799/SISPA-Semester-3-Pertahanan-Awam

Dokumen yang terkait

AN ALIS IS YU RID IS PUT USAN BE B AS DAL AM P E RKAR A TIND AK P IDA NA P E NY E RTA AN M E L AK U K A N P R AK T IK K E DO K T E RA N YA NG M E N G A K IB ATK AN M ATINYA P AS IE N ( PUT USA N N O MOR: 9 0/PID.B /2011/ PN.MD O)

0 82 16

ANALISIS DAN PENGENDALIAN RISIKO KESELAMATAN KERJA DENGAN METODE SEMI KUANTITATIF BERDASARKAN AS/NZS 4360-1999 (Studi Kasus : Proyek Pembangunan Movenpick Hotel & Resort Jimbaran, Bali )

2 59 88

MEDIA USED FOR ENGLISH SUBJECT ON RSBI CLASS AT SMP N 1 BATU

0 28 14

HUBUNGAN ANTARA IKLIM KESELAMATAN KERJA DENGAN KINERJA KARYAWAN DI PT SEMANGGI AGUNG SEJAHTERA KABUPATEN TULUNGAGUNG

1 36 20

HUBUN GAN AN TAR A KUA LITAS P ELAYA NA N DA N P ROMOTION MIX (BERD ASARKAN P ERSE P S I P ASIEN) DE NGAN P ROSES P ENGAM BILAN KEP UT USAN P ASIEN DA LAM P EM AN F AA TAN P ELAY AN AN RA WAT INAP DI RSD KAL IS AT

0 36 20

MAKALAH SEJARAH BULUTANGKIS DAN TENIS

0 2 6

PENGARUH PERSEPSI SISWA TENTANG KETERAMPILAN GURU DALAM MENGELOLA KELAS DAN PEMANFAATAN MEDIA PEMBELAJARAN TERHADAP HASIL BELAJAR SEJARAH SISWA KELAS XI IPS SEMESTER GANJIL SMA NEGERI 4 BANDAR LAMPUNG TAHUN PELAJARAN 2011/2012

0 32 102

Laporan Realisasi Anggaran N e r a c a C

0 11 4

PENINGKATAN AKTIVITAS DAN KETRAMPILAN MEMBACA DENGAN MENGGUNAKAN MEDIA GAMBAR KELAS II SD N 2 PERUMNAS WAY KANDIS BANDAR LAMPUNG TAHUN 2012-2013

0 10 52

EFFECT OF THE USE OF STUDENT PERCEPTION COOPERATIVE LEARNING MODEL N UMBER HEAD TOGETHER LEARNING AND MOTIVATION OF CREATIVITY IN LEARNING SOCIAL STUDIES IN SMP NEGERI TUMIJAJAR TULANG BAWANG BARAT ACADEMIC YEAR 2012/2013 P ENGARUH PERSEPSI SISWA TENTANG

2 24 135