Keselamatan diri dan rakan Penyenggaraan Bengkel

Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 11 G Nama : .................................................................. Tahun : ..................... Lembaran Kerja. Penilaian pengajaran dan pembelajaran Tandakan D pada pernyataan yang betul dan U pada pernyataan yang salah. 1. Murid bermain dan bergurau di dalam bengkel. 2. Murid membawa beg masuk ke dalam bengkel. 3. Murid menyusun semula kerusi dan membersihkan meja kerja. 4. Murid membuka semua tingkap dan pintu untuk pengudaraan. 5. Murid tidak melaporkan kemalangan kepada guru. 6. Memakai kasut semasa berada di dalam bengkel. 7. Bermain atau bergurau semasa membuat aktiviti di bengkel. 8. Basuh tangan selepas melakukan aktiviti. 9. Tutup semua suis elektrik sebelum masuk ke bengkel. 10. Laporkan kemalangan yang berlaku kepada guru bertugas. Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 13 TAJUK 2.0 ASAS TEKNOLOGI MASA 60 minit STANDARD KANDUNGAN 2.1 Memasang dan membuka kit model berfungsi STANDARD PEMBELAJARAN 2.1.1 Membaca dan memahami manual. 2.1.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang digunakan untuk memasang dan membuka kit model seperti pemutar skru mata rata, pemutar skru Philip, playar muncung tirus dan sepana hujung terbuka. 2.1.3 Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model seperti motor, gear, gandar, roda, kerangka, suis dan pemegang bateri. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. Membaca manual dengan betul. 2. Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan dengan betul. 3. Menyatakan nama dan fungsi komponen kit model. RINGKASAN Murid dapat membaca manual, mengenalpasti nama dan fungsi alatan tangan serta komponen kit model. KEMAHIRAN 1. Membaca manual. 2. Menggunakan alatan dengan betul ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 1. Keusahawanan EK4 – pengetahuan teknologi 2. Kreativiti – menggunakan kaedah atau prosedur dengan mengenal pasti ciri-ciri yang betul 3. Nilai murni – bekerjasama, cermat dan bersungguh-sungguh BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Kit model 2. Manual 3. Carta 4. Alatan tangan.