Keselamatan Alatan Alatan bantuan kecemasan.

Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 13 TAJUK 2.0 ASAS TEKNOLOGI MASA 60 minit STANDARD KANDUNGAN 2.1 Memasang dan membuka kit model berfungsi STANDARD PEMBELAJARAN 2.1.1 Membaca dan memahami manual. 2.1.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang digunakan untuk memasang dan membuka kit model seperti pemutar skru mata rata, pemutar skru Philip, playar muncung tirus dan sepana hujung terbuka. 2.1.3 Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model seperti motor, gear, gandar, roda, kerangka, suis dan pemegang bateri. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. Membaca manual dengan betul. 2. Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan dengan betul. 3. Menyatakan nama dan fungsi komponen kit model. RINGKASAN Murid dapat membaca manual, mengenalpasti nama dan fungsi alatan tangan serta komponen kit model. KEMAHIRAN 1. Membaca manual. 2. Menggunakan alatan dengan betul ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 1. Keusahawanan EK4 – pengetahuan teknologi 2. Kreativiti – menggunakan kaedah atau prosedur dengan mengenal pasti ciri-ciri yang betul 3. Nilai murni – bekerjasama, cermat dan bersungguh-sungguh BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Kit model 2. Manual 3. Carta 4. Alatan tangan. Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 14 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Set Induksi Guru mempamerkan kit model yang telah siap dipasang kepada murid. Langkah 1 1. Guru mengedarkan kit model kepada setiap kumpulan. 2. Murid membaca dan memahami manual kit model dengan bimbingan guru. HOTS – mentafsir Langkah 2 1. Murid menyatakan nama, fungsi dan cara menggunakan alatan tangan dengan bimbingan guru. 2. Murid menyatakan nama dan fungsi komponen kit model seperti motor, gear, gandar, roda, kerangka, suis dan pemegang bateri dengan bimbingan guru. Penutup Murid dan guru bersama-sama menyanyikan lagu ‘ Papaku pulang dari kota’. PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan seperti lampiran. PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid telah mempelajari berkaitan dengan kit model dalam mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi. REFLEKSI Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 15 TAJUK 2.0 ASAS TEKNOLOGI MASA 60 minit STANDARD KANDUNGAN 2.1 Memasang dan membuka kit model berfungsi STANDARD PEMBELAJARAN 2.1.4 Memasang komponen kit model berpandukan manual. 2.1.5 Menguji kefungsian kit model. 2.1.6 Membuka dan menyimpan komponen kit model. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. Memasang komponen kit model berpandukan manual dengan betul. 2. Menguji kefungsian kit model. 3. Menyatakan cara yang betul untuk membuka dan menyimpan kit model. RINGKASAN Murid dapat memasang, membuka dan menyimpan kit model. KEMAHIRAN 1. Membaca manual. 2. Menggunakan alatan tangan dengan betul. 3. Memasang, membuka dan menyimpan kit model dengan betul. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 1. Keusahawanan EK5 – mengamalkan nilai moral dan beretika. 2. Kreativiti – boleh mengendalikan komponen dengan selamat. 3. Nilai murni - bekerjasama, berhati-hati dan bertanggungjawab BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Kit model 2. Manual 3. Alatan tangan. Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 16 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Set Induksi 1. Guru menunjukkan kit model yang berfungsi kepada murid. 2. Guru mengedarkan satu set kit model kepada setiap individu kumpulan. Langkah 1. Murid membaca manual yang telah dibekalkan. Murid melakukan aktiviti memasang kit model berpandukan manual secara individu berkumpulan. 2. Murid menguji kit model yang telah dipasang dan membuat pembaikan sekiranya tidak berfungsi. HOTS – menggabung idea dengan menggunakan pemikiran yang kreatif untuk menghasilkan idea Penutup Murid membuka dan menyimpan kit model. Guru memberi penghargaan kepada kumpulan yang berjaya memasang kit model. PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Guru menilai kit model yang telah siap dipasang. 2. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan. PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid telah mempelajari asas binaan kit model dalam mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi. REFLEKSI Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 17 Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan :

1. Alatan tangan

ALATAN TANGAN NAMA KEGUNAAN Pemutar skru philip Untuk mengetat dan melonggarkan skru kepala philip. Pemutar skru rata Untuk mengetat dan melonggarkan skru kepala belah. Kunci Allen Untuk mengetat dan melonggarkan skru kepala Allen. Playar muncung tirus Untuk memegang komponen yang kecil. Sepana hujung terbuka Untuk mengetat dan melonggarkan bol dan nat. Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 18 2. Komponen kit model GAMBAR KOMPONEN NAMA KOMPONEN FUNGSI Motor Untuk menggerakan gear pada kit model. Gear Untuk menukar kelajuan atau arah pergerakan. Gandar Untuk menyambung dan menggerakan roda. Roda Untuk mengurangkan daya geseran dan memudahkan pergerakan kit model. Kerangka Sebagai tapak untuk memasang motor, gear, pemegang bateri dan suis pada kit model. Suis Untuk menyambung dan memutuskan litar elektrik. Pemegang bateri Sebagai tapak untuk meletakan bateri pada kerangka kit model. Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 19 3. Pemasangan kit model. Sebelum aktiviti pemasangan kit model dijalankan, murid mestilah merujuk dan memahami terlebih dahulu manual pemasangan yang dibekalkan bagi setiap kit model. Contoh pemasangan kit model. 6. Kit model kereta yang telah siap dan sedia untuk diuji. 5. Pasangkan badan kereta pada kerangka. 4. Pasangkan bateri pada pemegang bateri. 3. Pasangkan motor pada tempat yang betul. 2. Pasangkan set roda pada gandar 1. Pasangkan set gear pada gandar Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 20

4. Pengujian kit

model. Pengujian kit model dilakukan bagi memastikan kit model berfungsi secara normal. Sekiranya kit model tidak berfungsi atau berfungsi secara tidak normal, pembaikan haruslah dilakukan. Setelah pembaikan dibuat, pengujian dilaksanakan semula.

5. Membuka dan menyimpan kit model.

Kit model yang telah siap dipasang dan diuji akan dibuka semula. Guru perlu membimbing murid untuk memastikan setiap komponen dibuka dengan cermat dan tidak rosak. Semua komponen disimpan semula ke dalam kotak atau bekas penyimpanan yang disediakan. Cadangan Aktiviti Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 21 Nama : .................................................................. Tahun : ..................... Lembaran Kerja. Penilaian pengajaran dan pembelajaran Namakan alatan tangan berikut dan fungsinya di dalam ruangan yang disediakan. ALATAN TANGAN NAMA KEGUNAAN Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 22 Nama : .................................................................. Tahun : ..................... Lembaran Kerja. Penilaian pengajaran dan pembelajaran Nyatakan fungsi komponen yang diberikan. KOMPONEN FUNGSI