Alatan tangan Modul Pengajaran RBT Thn 4

Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 22 Nama : .................................................................. Tahun : ..................... Lembaran Kerja. Penilaian pengajaran dan pembelajaran Nyatakan fungsi komponen yang diberikan. KOMPONEN FUNGSI Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 23 G TAJUK 3.0 REKA BENTUK MASA 60 Minit STANDARD KANDUNGAN 3.1 Mereka bentuk projek eksperimental STANDARD PEMBELAJARAN 3.1.1 Menyatakan masalah berpandukan situasi yang diberi. 3.1.2 Mengumpul maklumat berkaitan penyataan masalah. 3.1.3 Menjana idea kreatif dalam bentuk lakaran bagi menyelesaikan masalah. 3.1.4 Memilih satu lakaran untuk projek eksperimental. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. Mengenal pasti masalah daripada situasi diberi guru. 2. Mengumpul maklumat daripada masalah yang dinyatakan. 3. Menghasilkan lakaran penjanaan idea. 4. Memilih lakaran bagi projek eksperimental. RINGKASAN Murid akan dapat mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, menghasilkan lakaran penjanaan idea dan memilih lakaran projek eksperimental. KEMAHIRAN 1. Mengumpulkan maklumat. 2. Membuat lakaran. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 1. Keusahawanan EK2 – Boleh menyenarai dan mengumpul maklumat. 2. Kreativiti dan inovasi – Boleh memberi banyak idea. 3. Nilai murni – Daya usaha BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Ketulan ais 2. Gambar produk sedia ada Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 24 G AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Set Induksi Guru meletakkan seketul ais yang berada dalam bekas di atas meja. Murid diminta memerhatikan ais tersebut. Guru menunjukkan gambar berkaitan bongkah ais. Langkah 1 Guru bertanya kepada murid apakah perubahan fizikal yang akan berlaku kepada ais pada suhu bilik. Murid melakukan sesi sumbang saran untuk mendapatkan maklumat penyelesaian masalah. HOTS – menilai Langkah 2 Guru meminta murid melakukan proses penjanaan idea dengan menghasilkan beberapa lakaran. Murid membuat lakaran dan memilih lakaran terbaik sebagai projek eksperimental. HOTS – merekacipta Penutup Murid membuat rumusan tentang aktiviti yang telah dijalankan. PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Semua murid dapat membuat beberapa lakaran berdasarkan masalah yang diberikan. PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid telah didedahkan dengan asas sains dan teknologi semasa belajar mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi. REFLEKSI Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 25 G Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan : Mereka Bentuk Projek Eksperimental Setiap rekaan mempunyai reka be ntuk tertentu. Untuk menghasilkan reka bentuk tersebut, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti antaranya: 1. Menyatakan masalah 2. Mengumpul maklumat 3. Menjana idea kreatif dalam bentuk lakaran 4. Memilih lakaran terbaik 5. Mengenal pasti jenis alatan dan bahan 6. Membina, menguji dan menambah baik projek eksperimental 7. Membuat persembahan projek eksperimental 8. Mendokumentasi projek eksperimental Projek eksperimental ialah projek yang bersifat percubaan terhadap reka bentuk projek sebenar.

1. Menyatakan

masalah Situasi di bawah menunjukkan satu contoh masalah. Murid diminta merujuk grafik di bawah dan berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti masalah daripada situasi tersebut. Rajah menunjukkan situasi masalah yang dihadapi