Pengujian kit Membuka dan menyimpan kit model.

Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 25 G Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan : Mereka Bentuk Projek Eksperimental Setiap rekaan mempunyai reka be ntuk tertentu. Untuk menghasilkan reka bentuk tersebut, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti antaranya: 1. Menyatakan masalah 2. Mengumpul maklumat 3. Menjana idea kreatif dalam bentuk lakaran 4. Memilih lakaran terbaik 5. Mengenal pasti jenis alatan dan bahan 6. Membina, menguji dan menambah baik projek eksperimental 7. Membuat persembahan projek eksperimental 8. Mendokumentasi projek eksperimental Projek eksperimental ialah projek yang bersifat percubaan terhadap reka bentuk projek sebenar.

1. Menyatakan

masalah Situasi di bawah menunjukkan satu contoh masalah. Murid diminta merujuk grafik di bawah dan berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti masalah daripada situasi tersebut. Rajah menunjukkan situasi masalah yang dihadapi Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 26 G

2. Mengumpul Maklumat

Murid hendaklah memilih cara terbaik bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Penyelesaian terbaik terhadap masalah pencairan ais dan mengekalkan bentuk ais. Berikut adalah kaedah mengumpulkan maklumat. Rajah menunjukkan kaedah mengumpul maklumat Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 27 G

A. Sifat Fizikal Ais

Ais pepejal boleh berubah menjadi air cecair dan seterusnya menjadi wap air gas. Seketul ais yang diletakkan ke dalam gelas atau bekas dan dibiarkan pada suhu bilik akan menjadi cair perlahan-lahan. Ini ialah kerana ais tersebut telah menyerap tenaga haba dari sekeliling dan berubah menjadi air. Ais dikatakan telah melebur dan proses perubahan ini dipanggil peleburan. Suhu di mana ais melebur dipanggil takat lebur. Takat lebur ais ialah 0 . Bebas Tenaga Haba Ais pepejal Ais cecair Serap Tenaga Haba Rajah menunjukan perubahan fizikal seketul ais Rajah menunjukan perubahan air dalam tiga keadaan Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 28 G

B. Penebat haba

Bagi mengekalkan fizikal ais, proses yang digunakan adalah penebatan haba. Pengekalan fizikal dan sifat ais dapat dikekalkan apabila penyerapan haba dari udara dihalang secara konduksi. Contoh bahan yang boleh digunakan sebagai penebat haba adalah : x Polisterina x Serbuk kayu x Sekam padi x Fabrik x Seramik x Tanah x Garam menurunkan suhu Langkah Kerja Amali : Langkah 1: a Murid membuat e ksperimen untuk memerhatikan perubahan si fat ais apabila didedahkan pada suhu bilik. b Murid membincangkan bagaimana ais boleh berubah menjadi cecair. c Murid mengenal pasti masalah projek eksperimental bagaimana untuk mengekalkan fizikal dan sifat ais dalam tempoh yang paling maksima. Langkah 2: a Murid menyatakan kaedah atau produk sedia ada bagi mengekalkan fizikal ais. b Murid memberi contoh bahan-bahan yang boleh berfungsi sebagai penebat haba. c Murid membincangkan bagaimana penebat haba berfungsi. Langkah 3: a Murid membuat bebe rapa lakaran penjanaan idea untuk melambatkan proses peleburan ais. b Murid melakar dengan pemantauan guru. c Murid membincangkan lakaran yang telah dihasilkan. d Murid memilih lakaran untuk dihasilkan sebagai projek eksperimental. Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 29 G Ujian KendiriPenilaian : NAMA MURID :______________________________________ TAHUN : _______________ LEMBARAN KERJA Arahan: a Jawab semua soalan Rajah 1 1. Rajah 1 menunjukkan ketulan ais. Apakah yang akan terjadi pada ketulan ais tersebut apabila terdedah pada suhu bilik. Tandakan √ pada jawapan yang betul. Pencairan Pemanasan Pengekalan 2. Bagi mengekalkan fizikal ais, proses yang digunakan adalah penebatan haba. Tandakan √ bagi bahan yang boleh digunakan sebagai penebat haba. Polisterina Besi Serbuk kayu Sekam padi Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 30 Arahan: a Lakarkan tiga idea penyelesaian berkaitan penyataan masalah pada ruang yang disediakan. b Pilih satu lakaran pilihan bagi projek eksperimental pada ruang yang disediakan. Idea 1 Idea 2 Idea 3 Lakaran idea pilihan