Program Akreditasi Kesatuan Pengarah Makmal Jenayah AmerikaLembaga Akreditasi Makmal ASCLDLAB

5.3 Program Akreditasi Kesatuan Pengarah Makmal Jenayah AmerikaLembaga Akreditasi Makmal ASCLDLAB

Program piawaian ini adalah suatu program sukarela yang terbuka kepada mana-mana makmal yang ingin menyertai bagi menunjukkan pengurusan, operasi, kakitangan, prosedur serta instrumen, keselamatan bangunan dan kakitangan makmal supaya memenuhi beberapa piawai yang telah ditetapkan. Ianya adalah salah satu daripada program jaminan kualiti yang mana menggabungkan dengan kecekapan dalam analisis makmal, kefahaman dan pendidikan yang berterusan dan beberapa program lain bagi memberi servis yang paling optimum kepada interpretasi bukti saintifik di ruang pengadilan. Proses yang dikenali sebagai audit dalaman self-evaluation yang kemudiannya dinilai oleh lembaga akreditasi ASCLDLAB adalah mekanisme penilaian yang digunakan oleh program ini Presley, 1999. ASCLDLAB menawarkan tiga jenis akreditasi; Akreditasi terhadap ujian yang dijalankan oleh makmal ASCLDLAB-International Accreditation for Forensic Science Testing Laboratories, akreditasi terhadap kalibrasi bagi ujian alkohol dalam pernafasan ASCLDLAB-International Accreditation for Forensic Science Breath Alcohol Calibration Laboratories dan juga akreditasi legasi bagi makmal ASCLDLAB Legacy Program yang merupakan program akreditasi makmal yang pertama diwujudkan di dunia. Program akreditasi legasi bagi makmal ASCLDLAB Legacy Program telah dihentikan pada ketika ini terhadap penarafan bagi makmal baru, namun digantikan dengan program akreditasi antarabangsa International Accreditation Program. Kedua program ini walaubagaimanapun mempunyai ruang lingkup penilaian dan penarafan terhadap disiplin yang sama iaitu Board, 2015: 1. Analisis Kimia bagi dadah Drug Chemistry 2. Toksikologi Toxicology 3. Bukti dari jejakkesan Trace Evidence 4. Biologi Biology 5. Kesan Senjata apisenjata FirearmsToolmarks 6. Dokumen yang dipertikaikan Questioned Documents 7. Kesan tinggalan laten Latent Prints 8. Bukti dari bahan digital dan multimedia Digital and Multimedia Evidence 9. Tempat Kejadian Jenayah Crime Scene Program akreditasi ini sebenarnya mempunyai jaringan dan perkaitan dengan akreditasi ISOIEC 17025: 2005 General Requirements for The Competence of Testing and Calibration Laboratories. Makmal yang ingin memohon akreditasi dari ASCLDLAB hendaklah terlebih dahulu memenuhi piawai dan tahap yang diperlukan oleh ISOIEC 17025: 2005. 6.0 KONSEP MAKMAL KRIMINOLOGI FORENSIK PATUH SHARIAH Rajah 1 berikut memaparkan hasil tinjauan awal bagi kerangka model makmal kriminologi forensik untuk kegunaan mahkamah shariah terutama bagi perlaksanaan PKHJS 2013 di Brunei: Rajah 1 Kerangka awal penubuhan makmal kriminologi terakreditasi forensik bagi kegunaan perundangan shariah • Sifar elemen shubhah dalam analisis kes berkaitan hudud • Berdasarkan konsep dan prinsip al-yaqin, zhann, zhann ghalib dan shak • Memaksimumkan tahap keyakinan dengan analisis yang tepat dan dipercayai • Intrumen patuh shariah seperti penggunaan virtopsy untuk autopsi maya • Syor untuk dilakukan komparatif analisis berkaitan syarat saksi pakar forensik dalam Islam dengan undang-undang sedia ada terutama di Brunei • Akta KimiaAnalystChemist perlu dipinda • garispanduan kelayakan berkhidmat sebagai saintis forensik perlu selari dengan kriteria ahl al-khibrah dalam Islam • Latihan pengurusan terhadap kakitangan perlu diaplikasikan berkala • ISO 9000 dan MS ISO 1900 untuk piawaian pengurusan • ISO 17025 dan MS ISO 1500 untuk piawaian analisis makmal • Pembangunan standard baru untuk kegunaan khusus makmal forensik shariah perlu dimulakan • Penarafan dari agensi seperti ASCLDLAB suatu kemestian • Hubungjalin networking dengan rangkaian makmal forensik seluruh dunia • Pembiayaan makmal boleh diambil dari institutsi seperti baitulmal dan wakaf • Audit etika forensik oleh badan pemantau terpilih • Keperluan mewujudkan suatu entiti penyelidikan dan pemantauan etika forensik Islam • Etika selaras dengan prinsip pembuktian dalam Islam • Integrasi sains dan undang-undang Islam perlu diterapkan kepada saintis dan kakitangan makmal terlibat • Kolaborasi antara ilmuan agama dengan saintis mewujudkan dimensi baru dalam etika sains Islam Selari dengan Etika Forensik Islam Akreditasi Antarabangsa dan Patuh Shariah Peralatan Patuh Shariah dan Kompeten Dioperasikan oleh Muslim yang memenuhi kriteria ahl- khibrah dan akta berkaitan

6.1 Terakreditasi Dengan Piawaian dan Tahap Penarafan Bertaraf Antarabangsa