LANGKAH LANGKAH KESELAMATAN DALAM MAKMAL

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DALAM MAKMAL SAINS
SEKOLAH
Perkara-perkara am
A).

Petunjuk

Satu petunjuk JAGALAH KESELAMATAN ANDA berukuran lebih
kurang 2 meter kali setengah meter dalam tulisan besar tersergam
hendaklah diletak disesuatu tempat uang senang diperhati disetiap
makmal;.
B)

Peti pertolongan cemas

peti pertolongan cemas hendaklah lengkap dan diletakkan di
tempat yang sesuai dalam tiap-tiap bilik makmal.
C)

Peraturan


pelajar-pelajar mesti memahami dan mematuhi peraturan makmal
yang disenaraikan. Murid-murid perempuan yang menggunakan
mini telekung perlu berjaga-jaga bila menjalankan ujikaji.Khususnya
yang melibatkan penggunaan penunu bunsen atau asid . Bagi
mereka yang bermbut panjang , adalah dinasihatkan menyangul
rambut mereka bagi mengelakkan sebarang kemalangan.
Seboleh-bolehnya guru yang berkenaan menggunakan
waktu pertama dalam tiap tahun menerangkan peraturan maklmal
kepada pelajar. Ketua jabatan sains hendaklah mengadakan satu
penjumpaan guru-guru sains pada awal tahun untuk
membincangkan dan menarik perhatian guru kepada lengkahlangkah keselamatan dan serta pertolongan cemas di bilik makmal
sains.
Guru juga memastikan bahawa pelajar-pelajar mengetahui
peraturan semasa kebakaran di sekolah.
D.

Pergerakan pelajar

Pergerakan pelajar dalam makmal mestilah dikurangkan
seberapa yang boleh untuk mengelakkan kemalangan. Bilik makmal

yang penuh sesak boleh mendatangkan bahaya.

Pelajar-pelajar hendaklah dinasihatkan supaya jangan
bernakal semasa berada dalam makmal sains.
E.

Peredaran udara

Bilik makmal mesti menpunyai peredaran udara yang baik
untuk mengelak daripada lemas atau menyedut asap yang
beracun.
F.

Lantai

Ruang perjalanan dalam makmal mestilah bebas daripada
sebarang penghalang daripada sebarang penghalang untuk
mengelakkan kaki daripada tersangkut semasa berjalan dan untuk
menyenangkan lalulintas apabila berlaku kecemasan.Lantai yang
basah atau terkena minyak mesti dibersihkan dengan segera.

G.

Bekalan Elektrik

Semua kotak fius hendaklah diperiksa penggal persekolahan
untuk menentukan bahawa ia tidak rosak. Segala kerosakkan
hendaklah diperbaiki oleh juru elektrik yang berkelayakkan.
Pemutar litar ( circuit breaker ), sekiranya ada hendaklah
diperiksa sekali sepenggal .
Semua wayar elektrik hendaklah ditebat dengan baik dan
jangan dibiarkan sebarang wayar elektrik berjuntai.
Tiap-tiap punca kuasa elektrik khususnya yang terdapat di
meja-meja kerja hendaklah dalam keadaan yang baik. Semua punca
kuasa elektrik yang pecah hendaklah diganti baru.
Jangan sentuh alat-alat elektrik atau punca kuasa elektrik
dengan tangan yang basah.
H.

Kaca


Pelajar-pelajar mestilah diajar bagaimana hendak
menggunakan alatan kaca, membulat hujung kaca,dan khususnya
,kaedah yang betul untuk memasukkan saluran kaca kedalam gabus
berlubang dan penyumbat getah. Gunakan kain untuk melindungi
tangan dan air atau minyak untuk melincinkan saluran kaca.
I.

Kemalangan

Semua kemalngan yang berlaku hendaklah dicatatkan.
Catatan hendaklah mengandungi butir-butir,antara lain, nama
murid, tingkatan, kemalangan, masa, rawatan yang diberi dan
catatan guru.
1.2

KEMALANGAN

Antara jenis peralatan memadam api yang boleh di gunakan adalah
seperti berikut:
i. Gebar api ( fire blanket ) yang terkandung dalam

bungkusan yang sesuai gebar api ini hendaklah dipasang pada
diding bilik makmal dan digunakan bila pakaian terkena api.
ii. Setimba pasir yang bersih serta kering dengan
penyeduknya.
ii. Pemadam api jenis karbon dioksida dab jenis busa.
Biasanya pemadam api jenis ABC digunakan kerana ia dapat
memadamkan banyak jenis api.
Peralatan pemadam api tersebut hendaklah disediakan didalam
makmal berdekatan denagn pintu dan hendaklah diperiksa oleh
pihak bomba sekurang-kurangnya sekali setahun.
Guru dan kakitangan makmal hendaklah biasa dengan penggunaan
peralatan melawan api. Latihan kecemasan api hendaklah
dijalankan khas untuk pelajar di bilik makmal pada awal
pertengahan tahun. Jabatan bomba hendaklah dihubungi bagi
mendapatkan nasihat dan tunjukcara.
1.3 LETUPAN
a. Kebanyakan letupan dalam makmal adalah oleh gas
hidrogen. Bila menjalan percubaan yang mungkin merbahaya
( misalnya pembakaran gas hidrogen ), adang keselamatan
hendaklah digunakan.

b. Letupan juga boleh berlaku akibat kebocoran gas daripada
selinder gas. Gas mampat di dalam selinder tidak boleh di simpan di
dalam bilik persediaan, makmal atau atau berhampiran dengan
cecair mudah terbakar. Silinder ini hendaklah disimpan di tempat
yang agak sejuk serta mempunyai peredaran udara yang baik dan

hendaklah diapitkan dalam keadaan tegak. Troli boleh digunakan
untuk mengangkut selinder ini.
Selinder gas , kepala paip dan paip gas serta paip tiup
penunu bunsen hendakalh diperiksa selalu, jika perlu tiap-tiap pagi
supaya tidak ada yang bocor. Sebarang kebocoran tidak boleh sama
sekali diuji dengan api ia hendaklah diuji dengan air sabun.
Kunci paip gas induk hendaklah ditutup bila tidak digunakan.
Ia mestilah berada dalam keadaan yang mudah sampai kepadanya
apabila berlaku kebakaran.
Lekapan kepala selinder gas oksigen jangan sekali-kali
disapu gris untuk mengelakkan daripada kemungkinan berlaku
letupan.
c. Pepejal, cecair mudah terbakar juga boleh mengakibatkan
letupan.

1.4

PERCUBAAN YANG MERBAHAYA

a.

Menyalakan hidrogen

sentiasa uji gas yang mengalir keluar itu sebelum menyalakannya.
Ambil contohnya ke dalam tabung uji dan nyalakanya di tempat
yang jauh daripada radas. Ujian ini mesti diulang hingga gas ini
menyala dengan api yang sempurna.
b.

Campuran yang mempunyai klorat

jangan panaskan klorat bersama-sama dengan bahan yang mudah
teroksida seperti fosfur atau sulfur.
c.


Pemanasan Ammonium Nitrat

sebahagian kecil daripadanya mungkin meletup bila dipanaskan.
Proses pemanasan hendaklah diberhentikan sebelum sebatiannya
terurai.
d).

Natrium dan kalium

Gunakan sedikit sahaja. Kalium yang tersimpan lama boleh melatup
walaupun segala langkah pengawasana baginya dijalankan. Kalium
yang tersimpan lama dan bertukar menjadi kuning hendaklah
dimusnahkan dengan sermat dengan menukarnya menjadi garam.

e).

Asid

jangan sekali-kali mencampur asid pekat dengan klorat. Bila hendak
mencairkan asid pekat, tuang asid ke dalam air serta mengacaukan

larutan JANGAN SEKALI-KALI dituang air ke dalam asid pekat.
f).

Radas yang mengandungi cecair yang mudah terbakar

jangan seksli-kali meeletakkan kelalang berisi cecair yang mudah
terbakar di tengah panas. Kerana pancaran matahari yang
bertumpu padanya boleh menyebabkan berlakunya letupan.
g)

Voltan tinggi

Pelajar-pelajar tidak digalakkan menjalankan apa-apa percubaan
yang melibatkan penggunaan peralatan sains voltan tinggi.
h).

Barang-barang kaca bagi kerja tekanan tinggi dan rendah

salur kaca, kelalang dan sebagainya hendaklah mempunyai dinding
yang tebal dan berada dalam keadaan yang baik.

I).

Tunjukcara

Dalam tunjukcara yang melibatkan penggunaan radas voltan tinggi
tekanan tinggi, bahan radio aktif, tindakbalas kencang dan
sebagainya , tentukan yang pelajar berada di tempat yang cukup
jauh. Jika keadaan memerlukan supaya mereka berada dekat, maka
adang yang mencukupi hendaklah diadakan dan pelajar-pelajar
hendaklah diberitakan tentang bahayanya.
j).

Semaian Hidupan Seni

Adalah mungkin bagi hidupan janapenyakit untuk membiak
bersama-sama dengan semaian hidupan seni di dalam agar-agar
suci kuman ( dalam mangkuk patri atau pada bahagian salur yang
curam) untuk mengelak daripada jangkitan, mangkuk pateri yang
hendak diperiksa oleh pelajar hendaklah dibalut dengan pita
selofan.

Pelajar yang menjalankan percubaan ini di rumah hendaklah
diberitahu tentang bahayanya dan arahkan mereka supaya
membubuh bahan pembunuhan kuman yang kuat ke dalam semaian
itu sebelum membuangnya.

1.5

BAHAN KIMIA

Terdapat banyak jenis bahan kimia yang merbahaya yang sering
digunakan dalam makmal sains sekolah pada masa ini. Antaranya
ada yang mudah terbakar, mengkakis, beracun, mudah meletup dan
kesan-kesan lain yang mempunyai gabungan bahaya tersebut di
atas.
Pelajar-pelajar hendaklah membasuh tangan selepas menjalankan
ujikaji dengan penggunaan bahan kimia.
Jika pipet digunakan untuk mengukur isipadu larutan bahan kimia,
pengisi pipet hendaklah digunakan untuk untuk menyedut keluar
larutan. Jangan sedut dengan mulut.
Mesti berhati-hati serta cermat bila menggunakan bahan-bahan
kimia yang berlabel RACUN.
a)

Pepejal Yang Mudah Terbakar

Logam natrium dan kalium hendaklah disimpan terendam
sepenuhnya didalam minyak (kerosen atau minyak tanah) dan
terletak jauh daripada larutan berair. Fosfur (kuning) mestilah
disimpan sepenuhnya didalam air dan jangan dibiarkan menjadi
kering.
Pemyimpanan ketiga-tiga bahan ini hendaklah diperiksa selali untuk
menentukan bahawa ia terendam sepenuhnya didalam air. (Fosfus
kuning tidak digalakkan penggunaanya di sekolah.)
Bahan pengoksida yang kuat(misalnya klorat,perklorat, nitrat,
permanganat peroksida, asid nitrik)mestilah disimpan berjauhan
daripada bahan-bahan yang mudah teroksi dan jangan diletakkan di
atas kertas di atas bagku makmal.
Jadual di bawah menunjukkan beberapa pepejal yang mudah
terbakar dengan kesan merbahaya, penyimpanan dan pembuangan
masing-masing.
Bahan
Kimia

Kesan-Kesan
Merbahaya

Penyimpanan dan Catatan
Pembuangan

Litium,

bertindak balas dan Disimpan dalam

Api

meletup dengan air

parafin (kerosin)

Bertindak balas
dengan cergas
dengan
tetraklorometana

Bertindak balas
dengan etanol
sebelum dibuang

Natriun,
Kalium

Serbuk
Magnesium
,
Aluminium,
Zink dan
Ferum

Sulfur

Litium,Natrium
dan kalium mesti
dipadam dengan
pemadam jenis
serbuk

Mesti dijauhkan
Mudah terbakar
daripada agen
dan terbakar denga pengoksida
cergas
seperti
nitrat,klorat,
perklorat dan
peroksida

Mesti dijauhkan
daripada agen
peroksida
Menghasilkan gas
Sulfur yang
beracun apabila
dipanaskan
Membentuk
campuran letupan
dengan serbuk
logam atau agen
pengoksida seperti
klorat
Mesti disimpan di
dalam air

Fosfurus
Kuning

Membakar sertamerta apabila
terdedah kepada
udara

Mesti dipotong di
dalam air

Mesti digunakan

dalam kuantiti
kecil

Fosfurus
triklorida,
Silikon
tetraklorida
,
Aluminium

Bertindak balas
dan meletup
dengan air

Fosfurus triklorida
ialah cecair yang
sangat beracun
Ujikaji mesti
dilakukan di
dalam almari
wasap

klorida

b)

Cecair Mudah Terbakar

Cecair mudah terbakar yang bayak seperti yang terdapat
dalam botol Winchester hendaklah disimpan pada aras terbawah di
dalam almari. Almari ini harus mempunyai ambang bagi mencecah
cecair mengalir keluar dari botol yang pecah. Cecair ini haruslah
disimpan dalam bekas yang terhindar dari bara api dan sumber
elektrik kerana wap daripadanya boleh menyebabkan letupan.
Cecair Winchester yang mudah terbakar tidak sepatutnya dibawa
masuk ke dalam makmal. Sekiranya hendaklah membawa botol
Winchester , jangan bawanya dengan tangan. Gunakan alat yang
sesuai.
Cecair tersebut mesti dipanaskan dengan menggunakan kukus air.
Apabila api digunakan dalam makmal, jangan gunakan karbon
disulfida atau aseton.
Jadual di bawah menunjukkan beberapa cecair yang mudah
terbakar, serta takat kilat masing-masing.

Bahan kimia

Takat Kilat /0C

Propana

-104

Dietil eter

- 45

Dimetil eter

- 41

Karbon disulfida

- 30

Aseton

- 18

Sprit Petroleum

- 17

Metanol

10

Etanol

12

c)

Bahan Kimia Yang Mengkakis

Bahan kimia yang bersifat mengkakis termasuk asid-asia
pekat seperti asid nitrik, asid hidroklorik, asid sulfurik, asid etanoik.
Asid metanoik, ammonia pekat, hidrogen peroksida pekat, metanol,
fenol, cecair bromin, kalium manganat(VII) dan argentum nitrat.
Bahan tersebut tidak boleh dibenarkan menyentuh mana-mana
permukaan badan kita. Kerja denga bahan-bahan kimia ini
hendaklah dilakukan dalam almari wasap dengan memakai
perlindungan mata serta srung tangan.
Sekiranya sebahagian badan terkena bahan kimia mengkakis,
bahagian tersebut hendaklah dibasuh di bawah air pili dengan
segera. Selalunya jika melibatkan bahan kimia ini dengan bahan
organik, kuantiti yang kecil sahaja digunakan.
D)

Bahan Kimia Beracun

Satu senarai bahan kimia yang berracun dan penawar dan
rawatan yangsepadan baginya hendaklah diadakan di dalam
makmal.
Ujikaji dengan gan beracun mesti dilakukan dalam almari
wasap untuk mengurangkan gas beracun terdapat dalam udara
makmal.

Hanya pengisi pipet yang boleh digunakan untuk menyedut
keluar cecair yang beracun.
Seseorang yang menggunkan bahan kimia beracun
mestimemakai perlindungan mata dan sarung tangan. Selepas
ujikaji , tangan hendaklah dibasuh dengan segara.
Bahan-bahan kimia yang berikut mempunyai kesan yang
boleh memudaratkan:
i) ANILIN mudah menyerap ke dalam mulut
ii)BENZIN jika disedut sedikit-sedikit dalam tempoh masa
yang agak lama, boleh menjadi racun. Ia juga boleh menyerap ke
dalamkulit. Jika boleh ia mestilah digantikan dengan bahan yang
kurang beracun misalnya, toluena,xyele.
iii) WAP BROMIN adalah merbahaya kepada mata, hidung
dan paru. Ia juga merbahaya bula bersentuhan dengan kulit.
iv) KARBON DISULFID boleh menyerap ke dalam mulut dan
wapnya sangat beracun. Ia sangat mudah terbakar dan mempunyai
takat suhu nyala yang rendah.
V) WAP KARBON TETRAKLORID adalah beracun dan boleh
menyerap ke dalam kulit.
Vi) KLOROFOM adalah beracun dan boleh menyerap ke
dalam kulit.
Vii) HIDROGEN SULFID sama beracun seprti hidrogen sainid,
tetapi ia bukanlah racun yan menokok. Ia mesti digunakan hanya
dalam almari wasap sahaja.
Viii) RAKSA mesti dipanaskan hanya didalam almari wasap
tetapi lebih baik lagi jika tidal dipanaskan langsung. Wapnya adalah
sangat merbahaya.
ix) SULFIDA DIOKSODA adalah beracun.
Penyimpanan bahan kima hendaklah mengikut peraturan-peraturan
berikut:
i) Semua botol bhan kimia mestilah dilabel dengan jelas dan label
itu hendaklah diperiksa dari semasa kesemasa.

ii) Bahan kimia tidak sepatutnya disimpan di dalam makmal tetapi
mestilah disimpan didalam stor bahan kimia yang udaranya bebas
bersilih ganti. Rak menyimpan bahan ini mestilah berbibir untuk
mencegah bahan kimia daripada menggelonsor jatuh.
iii) Cecair meruap dan lain-lain cecair yang merbahaya hendaklah di
simpan dalam stor yang khas. Ia mestilah mempunyai sebuah
lubang untuk menempatkan mana-mana cecair yang tumpah di
dalam stor. Stor ini mestilah kalis api.
iv) Racun mestilah di simpan dalam almari yang berkunci di dalam
stor. Penggunaan racun hendaklah direkodkan.
vii) Di dalam makmal tidak sepatutnya disimpan cecair yang lebih
daripada 500 cm3. Bahan kimia yang tidak boleh digunakan lagi
adalah merupakan sebagai sumber yang akan mendatangkan
bahaya (misalnya letupan). Ia mestilan dibuang mengikut cara yang
betul.
1.6.

BAHAN RADIOAKTIF

a) Guru yang menggunakan sumber atau bahan radioaktif di
dalam makmal sains sekolah hendaklah merupakan guru terlatih.
b) Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif
Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif mestilah
mendapatkan kebenaran daripada Penolong Pengarah
Matematik/Sains Negeri terlebih dahulu.
Jubah makmal hendaklah dipakai semasa menjalankan
percubaan yang nelibatkan bahan radioaktif . Kerja yang
menggunakan cecair hendaklah dijalankan di atas talam atau
dulang. Selepas menjalankan percubaan,tangan hendaklah dibasuh
dengan sabun hingga bersih sebelum meninggalkan makmal.
Sumber radioaktif sentiasa dikendalikan dengan
menggunakan pengepit dan jangan sekali-kali memegangnya
dengan tangan. Penggunaan sumber cecair atau sumber lebih aktif
tidak boleh dikendalikan dengan mulut (misalnya dalam
penggunaan salur pipet dan botol basuh) dan tidak boleh dijilat
labelnya. Sumber radioaktif janganlah sekali-kali dihampirkan
dengan mata.

Bahan radioaktif mestilah diisi dalam bekas plumbum.
Pemindahan bahan radioaktif mestilah dilakukan hanya oleh orangorang tertentu yang bertanggunjawab baginya sahaja. Jika sumber
tidak berskel di gunakan, maka sarung tanga getah hendaklah
digunakan.
Sisa-sia yang terdapat hendaklah dilupuskan mengikut peraturan
yang ditentukan baginya ( lihat pelupusan).
C) Penyimpanan
Sekolah tidak dibenarkan menyimpan lebih daripada 2 millicurie
sumber terbuka dalam mana-mana bahagianya dalam satu masa
dan lazimnya jumlah keaktifan sumber terbuka dan tertutup tidak
dibenarkan melebihi 4 millicurie. Sumber terbuka mestilah TIDAK
termasuk Strontium 90 atau mana-mana nuklid seperti Radium yang
membebaskan zarah alfa.
Semua bahan yang diluluskan penggunaanya hendaklah disimpan di
dalam stor atau alamari bertanda dan berkunci dan Jabatan Bomba
tempatan hendaklah diberitahu tentang adanya bahan-bahan
tersebut di dalam simpanan sekolah berkenaan. Stor atau almari
tersebut hendaklah terletak jauah daripada segala ruang yang
diduduki secara kekal dan dosi yang dikeluarkan dari dalamnya
hendaklah dikira atau disukat serta ditanda padanya. Mana-mana
dosi yang terdedah kepada tiap-tiap seorang itu mestilah tidak lebih
daripada yang dibenarkan yakni dosi tahunannya tidak boleh lebih
daripada 50 mr.
Jika man-mana sumbernya hilang atau kecurian, maka pihak Polis
Jabatan kimia dan Penolong Pengarah Matematik/Sains Negeri
hendaklah diberitahu dengan serta merta.
Semua sumber dan bekasnya hendaklah dilabelkan dengan terang
dan bila tidak digunakan hendaklah disimpan dalam stor yang
sesuai dan dikunci.
D)

Kemalangan dalam Makmal

Bagi bahan lembab yang tumpah hendaklah digunakan
kertas penyerap untuk memedapnya hingga kering. Dulang atau
bekas mengisi bahan tumpah ini hendaklah dibasuh dengan sabun
atau bahan-bahan pembasuh.

Apa-apa pencemaran di lantai, bagku atau lain-lain
permukaan makmal hendaklah dibasuh dengan bersih dan diuji sifat
keradioaktifannya. Pakaian yang tercemar hendaklah sama ada
dihantar kepada orang yang layak dalam bidang tekniknya( seperti
Pegawai Keselamatan Radioaktif Hospital) untuk dibersihkan secara
khas atau dirawat dan dijadikan sisa pepejal.
E)

Pelupusan
i)

Sumber tertutup

Sumber yang tidak diperlukan hendaklah
dikembalikan kepada pembekal atau pembuatnya.Jika sumber
tertutup itu disyaki merbahaya atau bocor, pihak berkuasa yang
berkenaan hendaklah diberitahu dengan serta-merta.
ii)

Sumber terbuka

Sisanya hendaklah dilupuskan secepat yang mungkin
melalui sink dan dicurahkan denga air yang banyak atau dengan
membuangkannya ke dalam tong sampah seperti yang
diperuntukkan. Pelupusab sisa pepejal mestilah tidak lebih daripada
10 mikrocurie seminggu. Bagi menumpukan perhatian tentang
perlunya mengawal perlupusan sisa radioaktif , maka beakas bagi
mengisinya mestilah diuji supaya pencemaran secara tidak sengaja
tidak berlaku.
1.7 PELUPUSAN BAHAN SISA
a) Gas
Gunakan almari wasap untuk membuangnya.
B) Cecair yang mengurai hendaklah dicairkan dengan air yang
banyak dan dituang ke dalam sink.
Cecair yang mudah terbakar hendaklah dibuangkan ke dalam botol
kosong dan dibakar di luar makmal. JANGAN SEKALI-KALI dibuang
ke dalam sink.
C)

Pepajel

Bagi pepejal yang tidak larut dan aktif, ia bolehlah dimasukkan ke
dalam kotak bekas sisa.

Natrium dan kalium hendaklah dimusnahkan dengan menukarnya
menjadi garam (misalnya dengan mencampurkannya perlahanlahan dengan spirit). AMARAN : Perlindung mata hendaklah
digunakan.
Pepejal yang bertindakbalas dengan air, misalnya kalsium karbid,
hendaklah dimusnahkan di tempat lapang dengan menuang air
kepadanya secara sedikit demi sedikit.
D) Kaca
Sebuah kotak bekas sisa yang khas membuang kaca mestilah
diadakan.
E)

Haiwan yang dibelah

ia hendaklah ditanam sebaik sahaja selepas digunakan untuk
mencegah lalat dan renga,
f)

Semaian hidupan seni

semua semaian mestilah dicampur dengan formalin sebelum
membuangnya.
1.8
a.

PAMERAN SAINS SEKOLAH
Percubaan mengenai roket tidak dibenarkan.

B.
Setengah-setengah projek, misalnya pemancaran
gelombang radio, memerlukan kelulusan dari pihak berkuasa. Oleh
sebab itu guru hendaklah meminta kelulusan daripada pihak yang
berkenaan terlebih dahulu.
C.
Jika radas X-ray, pancaran pra-merah dan voltan tinggi yang
digunakan . Langkah keselamatana yang memuaskan hendaklah
diadakan bagi para peserta dan pelawat. Guru penjaga mestilah
mengawasi pameran ini setiap masa.
D.
Projek yang melibatkan pengeluaran gas beracun tidak boleh
dijalankan.
E.
Percubaan tidak boleh dibiarkan berjaalan bersendirian di
dalam makmal . mesti ada dua orang yang mengawasi perjalanan
percubaan.

F.
Sekurang-kurangnya mesti ada seorang guru yang menjaga
pelajar -pelajar yang mengendalikan peojek bagi memastikan
bahawa mereka mematuhi segala langkah keselamatan makmal.
G.
Bahan pengoksida hendaklah dicampaurkan atau digaul
dengan bekas yang bersih. Pencemaran dari kekotoran (misalnya
meja yang kotor) karbon dan surat khabar boleh mengakibatkan
letupan.
H.
Jika masih ragu-ragu tentang keselamatan sesuatu projek itu,
maka penolong pengarah matematik /sains negeri hendaklah
dihubungi.
I)
Sekiranya sesebuah sekolah ingin menganjurkan sesuatu
pameran sains, pihak sekolah perlulah menghantarkan senarai
projek yang ingin dijalankan dalam pameran itu kepada penolong
pengarah matematik sains negeri terlebih awal, Projek-projek yang
yang melibatkan bahan kimia yang merbahaya mestilah dijalankan
dengan panduan dan arahan guru yang bertugas