Organisasi Belia Agama

iii. Organisasi Belia Agama

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan mengamalkan hidup beragama dalam kalangan ahli-ahli. Persatuan-persatuan yang tergolong dalam kategori ini ialah:

1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

2. Persaudaraan Belia Methodist Malaysia

3. Persatuan Pemuda Kristian (YMCA)

4. Majlis Belia Hindu Malaysia

5. Persatuan Belia Buddhist Malaysia

iv. Organisasi Belia Pelajar

Matlamat mereka ialah bagi memperkembangkan kemajuan pendidikan belia pelajar yang sedang melalui alam persekolahan atau yang tercicir dalam bidang pendidikan. Persatuan belia yang termasuk dalam kategori ini ialah:

1. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)

2. Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

3. Pergerakan Puteri Islam Malaysia

Kesimpulannya, penggubalan Akta Petubuhan Belia dan Pembangunan Belia dalam konteks negara kita perlu dilihat sebagai satu peluang untuk kita melakukan perubahan dalam pengurusan pembangunan belia. Kita boleh menoleh kebelakang untuk menilai kejayaan dan kegagalan kita. Namun begitu, kita perlu melakukan perubahan untuk menuju ke hadapan. Ini disebabkan jalan ke hadapan adalah satu jalan yang berbeza dengan jalan yang pernah kita lalui. Jalan ke hadapan memerlukan ilmu, pendekatan dan falsafah yang baru untuk menyesuaikan dengan keadaan persekitaran yang kian berubah. Organisasi yang efektif dan berjaya adalah organisasi yang dapat menyesuaikan diri mereka dengan perubahan persekitaran di mana ia menjalankan operasinya. Sekiranya organisasi tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, maka ia akan menjadi tidak relevan dan menyebabkan berlakunya „gulung tikar‟. Perubahan adalah perlu tetapi sukar untuk dilaksanakan. Namun begitu kita perlu berusaha menangani perubahan.

2.6 PERANAN PERTUBUHAN BELIA

Dato‟ Seri Abdullah Ahmad Badawi (2004), dalam ucapannya yang bertajuk „Peranan Pertubuhan Belia dalam Membanteras Gejala Sosial‟ mengatakan pertubuhan belia mempunyai segala potensi untuk berperanan sebagai agen perubahan dalam membanteras gejala sosial. Potensi ini akan menjadi kenyataan apabila belia berkeupayaan menjana potensi yang ada melalui saluran yang disediakan oleh pihak kerajaan mahupun pihak-pihak lain yang terbabit. Pengiktirafan oleh semua pihak perlu dalam meletakkan pertubuhan belia sama ada diperingkat kebangsaan, negeri dan daerah sebagai „one stop center‟ bagi penganjuran aktiviti yang melibatkan belia dan masyarakat.

Konteks dalam menguruskan era borderless world yang bercirikan pengaliran maklumat dan dagangan secara bebas sedikit sebanyak telah menyebabkan belia terdedah kepada gejala Konteks dalam menguruskan era borderless world yang bercirikan pengaliran maklumat dan dagangan secara bebas sedikit sebanyak telah menyebabkan belia terdedah kepada gejala

i. Menambah Keahlian Belia Dalam Pertubuhan

ii. Merekayasa Dan Memperkasa Aktiviti

iii. Rakan Bijak Dalam Membanteras Gejala Sosial iv. Memasyarakatkan Pertubuhan Belia v. Memperkasakan Pertubuhan Belia

Di alaf baru ini, pertubuhan belia sepatutnya memainkan peranan yang global dan mencabar. Tidak hanya tertumpu kepada ahli ataupun mengehadkan penyertaan kepada golongan muda sahaja. Walaupun keahliannya perlu mematuhi peraturan-peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan, program-program tertentu yang dianjurkan perlu dipelbagaikan untuk penyertaannya.

Pertubuhan belia harus berani menilai peranan dan pendekatan yang dibuat. Paul Getty, motivator terkenal barat pernah berpesan jika kita ingin berjaya kita perlu menetapkan matlamat dan berani mendapatkannya. Justeru itu kepimpinan pertubuhan belia harus bermuhasabah dan sanggup bersusah payah menukar paradigma pemikiran kepimpinan belia masa kini serta pengikut mereka.

Selain dari memperbanyakkan pertubuhan belia, usaha memperkasakan pertubuhan sedia ada perlu diutamakan. Program “Pengupayaan Pertubuhan Belia” yang pernah dibuat oleh Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) beberapa tahun yang lampau perlu dihidupkan semula kerana terbukti mampu mengaktifkan sesetengah pertubuhan belia yang hampir berkubur. Pertubuhan belia perlu mengelakkan kebergantungan dan mengelakkan pembaziran dalam menganjurkan program-program. Peranan pertubuhan belia bukan hanya mampu setakat menjalankan program melalui dana yang terhad tetapi harus memikirkan sumber-sumber dana Selain dari memperbanyakkan pertubuhan belia, usaha memperkasakan pertubuhan sedia ada perlu diutamakan. Program “Pengupayaan Pertubuhan Belia” yang pernah dibuat oleh Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) beberapa tahun yang lampau perlu dihidupkan semula kerana terbukti mampu mengaktifkan sesetengah pertubuhan belia yang hampir berkubur. Pertubuhan belia perlu mengelakkan kebergantungan dan mengelakkan pembaziran dalam menganjurkan program-program. Peranan pertubuhan belia bukan hanya mampu setakat menjalankan program melalui dana yang terhad tetapi harus memikirkan sumber-sumber dana

Gerakan belia mesti diberikan nafas baru, antaranya meremajakan belia. Peremajaan pertubuhan belia mudah berlaku, apabila akta belia yang baru dikuatkuasakan pada 2007 sebaik saja diluluskan di Parlimen. Akta baru akan membawa wajah baru kepimpinan belia diharapkan mampu menarik lebih ramai golongan belia menyertai pertubuhan belia. Sekaligus pertubuhan belia akan mendapat suntikan semangat baru yang meminimumkan penglibatan belia dalam gejala yang kurang sihat.

Di samping itu, pertubuhan belia perlu mengambil langkah dalam mewujudkan rangkaian dan kerjasama untuk penganjuran program. Konsep perkongsian bijak ini dapat merealisasikan hasrat memperbanyakkan aktiviti dan menampung keperluan sosial belia (Dato‟ Seri Abdullah Ahmad Badawi, 2004).

2.7 PERANAN MEDIA

Media massa juga merupakan mekanikal perantaraan yang mengandungi, menyimpan dan menghantar mesej. Selain itu, media massa terdiri daripada institusi yang menggunakan perantaraan untuk mesej tersebut. Pada asasnya, media massa terdiri daripada dua bidang, mereka menerbitkan media dan media elektronik yang melibatkan organisasi media, individu dalam industri media, dasar dan teknologi yang terlibat dalam pengedaran komunikasi massa. Contoh media penerbitan ialah akhbar, majalah dan buku manakala, media elektronik terdiri daripada radio,filem, rakaman, televisyen dan komputer. Pada masa kini, media baru dikategorikan di bawah media elektronik yang merangkumi laman web sosial seperti Blog, YouTube , Facebook , Friendster , Twitter dan penggunaan sistem pesanan ringkas (SMS) (Wikipedia, 2014).

Dengan kewujudan pengantara media (media penerbitan dan media elektronik), mesej boleh disalurkan kepada pelbagai orang (Wan Hafiz Hamzah, 2013). Jarak antara penghantar dan penerima tidak lagi menjadi halangan kerana maklumat yang disalurkan dan diterima daripada media massa hanya dalam masa beberapa saat. Selain daripada itu, media massa adalah satu rangkaian maklumat atau web yang mendahului dengan kelajuan perubahan dalam teknologi hari ini. Media psikologi boleh ditakrifkan sebagai mencari pemahaman mengenai bagaimana orang melihat, mentafsir, menggunakan dan bertindak balas melalui media. Dalam mengaplikasikannya, media psikologi dapat mengenal pasti potensi faedah dan kemungkinan masalah serta peningkatan membina media. Pembelajaran media psikologi wujud sebagai disiplin akademik dan profesional kerana permintaan sosial dan komersil untuk mengaplikasi teori-teori psikologi dan kesan penyelidikan media serta teknologi media yang berkembang dengan baik melalui akademik dan juga bidang bukan akademik. Psikologi adalah asas untuk memahami kesan terhadap individu dan kumpulan teknologi media bersepadu dalam masyarakat kita. Bidang ini meliputi semua sudut pengalaman manusia termasuk pemikiran dan tindakan yang mempengaruhi media dalam aktiviti- aktiviti, acara, teori dan tabiat.

Sejarah memainkan peranan yang penting untuk memupuk semangat patriotik dan cintakan negara. Dengan kewujudan sejarah, orang akan belajar dari kesilapan lalu. Selain itu, dengan memahami dan menghargai sejarah, ia secara tidak langsung akan mewujudkan rasa penghargaan dalam kalangan remaja. Oleh itu, pelbagai kaedah dan pendekatan yang boleh dilakukan oleh media di Malaysia bagi membantu kerajaan dalam pengajaran untuk meningkatkan kesedaran mereka serta meningkatkan semangat patriotik terutamanya dalam kalangan belia. Contoh-contoh pendekatan yang digunakan (Ahmad Shah Pakeer, 2011) :

i. Filem - Leftenan Adnan, Hati Malaya 1957, Bukit Kepong, Pasir Salak, Natrah ii.

Iklan - sempena bulan kemerdekaan; iklan dalam pengangkutan awam dan di tempat awam Iklan - sempena bulan kemerdekaan; iklan dalam pengangkutan awam dan di tempat awam

Rancangan Radio – Pertandingan mencipta lagu bertemakan “Gagasan 1Malaysia”

Walaupun media patriotisme dilihat sebagai agen sosialisasi yang berkesan dan mantap dalam memperkasakan semangat patriotisme rakyat, namun matlamat untuk mewujudkan belia yang patriotik sukar untuk dicapai sekiranya inti pati media tersebut kurang diberikan penghayatan yang maksimum. Namun apa yang ingin ditekankan ialah pengisian dan cara penyampaian serta penilaian keberkesanan media patriotisme.

2.8 SEMANGAT PATRIOTISME

Pada zaman dunia globalisasi dan ledakan era teknologi maklumat, semangat patriotisme amat penting sekali seperti yang sering disebut iaitu seperti yang disebut dalam Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “ Cintakan tanah air itu sebahagian dari iman. ” (Hadis riwayat Bukhori dan Muslim). Kecintaan kuat terhasap tanah air adalah obor pencetus semangat untuk terus membawa kemajuan kepada setiap warga negara bagi sama-sama memikul tanggung jawab mengekalkan kemerdekaan atau memajukan negara ke tahap kecemerlangan.

Di Malaysia, sejarah kebangkitan bangsa daripada belenggu penjajahan untuk membentuk negara yang bebas merdeka dan memperlihatkan perjuangan sesuatu bangsa yang penuh dengan semangat patriotisme. Semangat patriotisme yang ditunjukkan oleh generasi terdahulu sanggup berkorban demi mempertahankan negara adalah contoh yang patut dihidupkan sepanjang masa. Pengkaji sejarah melihat semangat patriotisme di Malaysia bermula sejak Zaman Melaka dan menyemarak pada abad ke-17 (Abdul Latif Abu Bakar, 1996).

Secara umumnya patriotisme bersifat motivasi, rasional, harapan dan pembaharuan semula, kelangsungan hidup, rela berkorban, organisasi kesukarelaan, kenegaraan dan cinta Secara umumnya patriotisme bersifat motivasi, rasional, harapan dan pembaharuan semula, kelangsungan hidup, rela berkorban, organisasi kesukarelaan, kenegaraan dan cinta

1. Berbangga sebagai rakyat Malaysia

i. berakhlak dan berbudi pekerti mulia

ii. menghormati raja dan pemimpin negara

iii. menghormati lambang-lambang negara (seperti bendera, lagu kebangsaan, jata negara). iv. menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara v. menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa

2. Bersemangat setia negara

i. cintakan bangsa dan negara

ii. taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara

iii. sedia berkorban untuk bangsa dan negara iv. bertanggungjawab kepada bangsa dan negara v. berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara vi. peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara

3. Bersemangat kekitaan

i. bersatupadu dan berharmoni

ii. bertolak ansur dan bertoleransi

iii. bekerjasama dan tolong-menolong iv. hormat-menghormati v. bersefahaman dan bermuafakat vi. muhibah

4. Berdisplin

i. mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan negara

ii. mematuhi peraturan dan undang-undang

iii. berkelakuan sopan dan bertatasusila iv. bertanggungjawab v. bertindak dengan wajar vi. bersifat amanah dan jujur vii. berlaku adil dan bertimbang rasa

5. Berusaha dan produktif

i. rajin dan gigih

ii. berdikari

iii. sentiasa mempertingkatkan usaha iv. tabah menghadapi cabaran v. menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan negara

Nilai-nilai patriotisme ini telah diterima dan digunapakai oleh Kementerian Pendidikan (1994, 2000), (Ahmad Fawzi Basri, 2002), Haminah Suhaibo (1999). Bagi Wan Zahid (1993) pula, bangsa dan negara yang kuat serta mulia tidak hanya bergantung kepada kekuatan fizikalnya yang bercorak kebendaan dan teknologi. Maka, negara harus membina kekuatan di atas asas budaya, ilmu pengetahuan, akhlak mulia, keyakinan diri yang teguh, semangat tanggungjawab dan pengorbanan diri yang tinggi. Nilai-nilai patriotisme yang merupakan sebahagian daripada nilai-nilai murni, sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin, akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Kekurangan penghayatan nilai-nilai patriotisme akan menyebabkan golongan belia menjadi mangsa kepada pelbagai penyakit sosial.

Generasi muda hari ini perlu sentiasa memupuk semangat setia dan patriotisme dan tidak melakukan sesuatu yang boleh merugikan bangsa dan negara. Sikap berpuak-puak dan bermusuhan sesama sendiri akan menghancurkan semangat patriotisme. Oleh itu, mereka perlu mengamalkan falsafah hidup yang tidak mengutamakan kepentingan diri semata-mata, kepentingan negara perlu diambil kira bersama kerana kepentingan negara akan membawa kebaikan yang lebih baik kepada diri sendiri (Sharifah Buyong, 1998).

Sewajarnya nilai-nilai patriotisme perlu ditanam dalam jiwa remaja kerana pada peringkat ini remaja masih dalam proses menuju dewasa. Patriotisme dapat mengajar remaja mendisiplinkan diri mereka. Disiplin yang utuh akan membantu mereka mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi. Negara memerlukan generasi yang berdisiplin dan produktif kerana ia menjadi kemudi pembangunan dan kepimpinan negara pada masa akan datang (Saifuddin, 2002).

Daripada beberapa kenyataan ini memperlihatkan betapa pentingnya nilai-nilai patriotisme itu dipupuk dalam jiwa setiap rakyat Malaysia agar tidak mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur asing yang mempamerkan acuan lain di luar ciri-ciri Malaysia. Nilai-nilai patriotisme ini juga penting dalam melahirkan warganegara yang cintakan negara, aktif dan produktif dalam pembangunan negara. Kesedaran betapa pentingnya nilai-nilai patriotisme dapat dilihat daripada bermacam-macam usaha yang diambil oleh agensi lain dari sektor pendidikan non formal dan juga dari sektor di luar pendidikan seperti KBS.

Kerajaan dan ibu bapa melihat nilai-nilai patriotisme penting bagi semua anggota masyarakat lebih-lebih lagi bagi golongan yang bakal menjadi pemimpin negara. Kepentingan patriotisme dihubungkaitkan dengan kesedaran bahawa golongan belia perlu disediakan dengan pendidikan formal dan tidak formal yang boleh membantu mereka menyediakan diri untuk menjalani hidup sebagai warganegara yang baik, produktif, bermoral, berdisiplin, bertanggungjawab dan seterusnya mempertahankan negara (Robiah dan Zahara, 1992).

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menyedari bahawa patriotisme penting dalam ketahanan nasional bagi menghalang sebarang bentuk ancaman sama ada dari dalam atau luar negara. Kerajaan perlu menjadikan patriotisme sebagai agenda negara kerana patriotisme adalah tunjang kepada perpaduan nasional dan pembinaan bangsa bermaruah. Ini boleh dilakukan melalui program Rakan Muda dan yang utamanya golongan belia bukan Melayu digalakkan menyertai pasukan tentera dan polis serta lain-lain pertubuhan yang bersifat patriotik. Berdasarkan statistik, sehingga kini daripada lebih 51,000 anggota Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (sukarelawan), hanya 8.8 peratus Cina, 6.6 peratus India dan 6.6 peratus lagi lain-lain kaum (Jaizah Mahamud, 2001).

Melihatkan pentingnya perkara ini, maka kerajaan perlu menguatkuasakan peraturan yang mewajibkan ketua jabatan dan majikan memberi pelepasan kepada kakitangan mengikuti pasukan dan pertubuhan bersifat patriotik. Program-program yang berbentuk patriotisme perlu disemarakkan lagi seperti Bulan Kemerdekaan, mengibarkan Jalur Gemilang dan sebagainya. Di pihak NGO pula, perlu dipergiatkan lagi aktiviti kesukarelaan seperti membantu mangsa bencana alam, membantu komuniti yang kurang bernasib baik dan lain-lain.

Kesimpulannya, agenda patriotisme perlu disemarakkan dalam kalangan rakyat Malaysia dan bukan hanya bermusim. Sebagai sebuah negara berbilang bangsa, maka tanggungjawab mempertahankan negara perlu dipikul oleh semua rakyat. Semangat patriotisme perlu dihayati kerana ia adalah teras kepada pertahanan negara. Oleh itu, kita perlu suburkan kembali jiwa patriotik yang sebenarnya. Dengan nikmat kemerdekaan yang dikecapi kini, kita perlu bergerak maju dan pada masa yang sama menghapuskan saki-baki penjajah yang masih lagi bersarang dalam jiwa masyarakat. Semoga negara dan bangsa Malaysia akan terus maju dengan semangat patriotisme sejati.

2.9 SENARIO PATRIOTISME DI MALAYSIA

Pemupukan dan penghayatan nilai-nilai patriotisme telah bermula sejak daripada sekolah rendah. Menurut Buku Panduan Pemupukan Patriotisme Di Sekolah Rendah (Kementerian Pendidikan, 1994), nilai-nilai patriotisme perlu diterapkan melalui kurikulum dan ko-kurikulum. Oleh itu, subjek seperti Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Kajian Tempatan dan lain-lain subjek sekolah rendah, perlu diterapkan nilai-nilai patriotisme yang disepadukan melalui topik yang diajar. Begitu juga melalui ko-kurikulum seperti aktiviti sukan, lawatan sambil belajar dan sebagainya. Di peringkat menengah pula, penerapan nilai-nilai patriotisme dibuat melalui subjek Sejarah, Pendidikan Moral, Geografi, Pendidikan Islam dan subjek-subjek yang lain. Walau bagaimanapun, setelah melalui proses pendidikan selama 13 tahun, ternyata penghayatan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar masih longgar dan berada pada tahap sederhana (Rizal Uzir, 2002).

Golongan pelajar adalah satu golongan yang besar. Apabila dihalusi, istilah besar ini membawa erti yang luas jika diambilkira bahawa golongan ini juga adalah golongan yang paling berpengaruh kerana pelajarlah yang mewakili masa depan negara. Identiti negara dan penerus budayanya adalah dicorakkan oleh pelajar hari ini. Oleh itu, golongan pelajar merupakan golongan yang senang dipengaruhi dan mudah dicabar (Ahmad Ahmad Rusdi, 2002). Bagi keadaan masyarakat yang sedang bergolak menghadapi dan menyesuaikan diri dengan perubahan yang begitu besar, pelajar begitu mudah dipengaruhi dan memerlukan bimbingan tertentu. Tanpa bimbingan mereka senang menjadi sasaran bermacam-macam unsur negatif yang sudah pasti timbul selari dengan perubahan yang berlaku. Tanda-tanda ini telah banyak kelihatan,yang paling ketara seperti membakar bendera, memijak serta mengoyakkan gambar-gambar orang kenamaan, tingkahlaku yang bercorak jenayah, penyalahgunaan dadah, bersikap mengagungkan nilai-nilai luaran dan memandang rendah unsur-unsur dalam negara, bersikap tidak apa dan lain-lain.

Menurut Aznan Bakar (2010), belia dikatakan lebih suka mengejar kebendaan dan perkara yang berkaitan hiburan sehingga mereka lupa kepada nilai patriotisme. Ini menyebabkan mereka mudah terjerumus ke dalam pelbagai kancah masalah.

Selain itu, kepelbagaian masyarakat yang unik di negara ini mesti diurus dengan baik dan mengambil kira supaya semangat patriotisme dirasai dengan menyeluruh. Gagasan 1Malaysia merupakan satu jenama nasional yang mesti disokong. Identiti etnik tidak boleh dibiarkan menjadi punca yang memecahbelahkan perpaduan hingga mengganggu gugat kestabilan negara. Malaysia adalah tanah tumpah darah setiap rakyatnya tanpa mengira kaum. Pepatah lama memperingatkan di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Nasionalis Allahyarham Dr. Burhanuddin Al- Helmi pernah mengingatkan “di atas runtuhan kota Melaka, kita dirikan jiwa merdeka. ” Ahli Falsafah Rom pula mengungkapkan “ ubi panis, ibi patria ” yang maksudnya „di mana ada roti, di sanalah negaraku‟. Oleh itu, tidak salah jika para belia menjadikan agenda menyuburkan semangat patriotisme sebagai azam utama pada setiap tahun (Aznan Bakar, 2010).

2.10 MEMUPUK PATRIOTISME

Menurut Azizan Bahari (2009), bagi generasi muda di Malaysia, idea patriotisme termaktub di dalam Dasar Pembangunan Belia Negara (sebelum 1997, Dasar Belia Negara) dan mendasari Program Khidmat Sosial Negara (PKSN) yang diperkenalkan pada lewat 1990-an. Kini dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikelolakan kerajaan di bawah Kementerian Pertahanan. Dalam dasar dan melalui program ini peningkatan patriotisme dan semangat kesukarelawanan digalakkan melalui kerja-kerja amal, kebajikan dan kemasyarakatan. Melalui kegiatan-kegiatan tersebut perasaan simpati, bertimbang rasa dan cinta kepada bangsa dan negara akan bercambah dan berkembang.

Di samping itu, dalam hal ini pertubuhan-pertubuhan belia dan sukarela yang lain harus memainkan peranan aktif mereka. Seluruh prasarana, struktur, dan rangkaian kerja belia yang telah wujud sekian lama boleh dimanfaatkan sebaiknya. Melalui program-program yang menarik dan positif, para remaja belia kita sepatutnya dapat digembleng untuk kegiatan-kegiatan demikian.

Di samping itu, pertubuhan-pertubuhan yang prihatin harus terus-menerus menganjurkan wacana ilmu dan intelektual yang dapat melibatkan generasi muda dalam perdebatan, polemik dan permasalahan serta isu-isu semasa. Penglibatan remaja belia dalam kegiatan ini akan menggalakkan keprihatinan sosial dan sikap bertanggungjawab terhadap bangsa dan negara dalam kalangan mereka.

Melalui wacana ilmu dan intelektual, maka pengetahuan dan kefahaman mereka tentang sesuatu isu dan permasalahan negara akan meningkat dan ini dapat mendorong komitmen yang lebih tinggi untuk menyumbang kepada negara (Samsudin A. Rahim dan Latiffah Pawanteh , 2009). Jika pandangan, perasaan dan fikiran generasi muda ini diberi perhatian dan dihargai sewajarnya maka mereka tentunya berasa penting dan lebih yakin untuk menjadi peserta yang aktif dalam hal-hal kenegaraan dan kepentingan bersama.

2.11 SEMANGAT PATRIOTISME DALAM MEMPERTAHANKAN NEGARA

Semangat cintakan bangsa dan negara bukan merupakan warisan daripada ibu bapa atau darah keturunan semata-mata. Sebaliknya, ia juga wujud hasil dari fenomena sosial serta budaya masyarakat (Abd. Rahim Abd. Rashid 1999).

Semangat patriotisme Melayu tercetus kesan daripada kedatangan pengaruh Islam yang membawa semangat jihad menentang penjajahan asing( Dr. Rushdi Ramli, 2006). Akibat campur tangan kuasa-kuasa Barat kemudiannya telah menimbulkan semangat kedaerahan dan kenegerian.

Seterusnya lahirlah negara-negara bangsa di rantau Nusantara seperti Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia. Keempat negara ini telah membangunkan nasionalisme masing-masing tetapi Malaysia sahaja yang berteraskan Nasionalisme Melayu Semenanjung Tanah Melayu. Hasil usaha dan semangat patriotisme dalam kalangan orang Melayu akhirnya telah menghasilkan kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957. Semangat orang Melayu terus berkobar sehingga mereka berjaya menguasai kepimpinan politik di negara ini dan seterusnya menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan beberapa perkara lain. Kejayaan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara merupakan suatu kebanggaan dan mercu kemenangan bagi orang Melayu.

Mana-mana negara maju yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan keturunan sewajarnya mempunyai suatu ideologi kebangsaan bagi menyatukan rakyatnya. Di Malaysia, ideologi kebangsaan yang paling sesuai mengikut hasrat dan cita-cita Wawasan 2020 ialah ideologi nasionalisme Malaysia. Berdasarkan ideologi ini diharapkan mengikat rakyat Malaysia dalam satu ikatan yang teguh dan seterusnya dapat menangani kerumitan yang dialami oleh pelbagai kumpulan etnik di negara kita selama ini.

Cinta kepada negara dan semangat patriotisme juga adalah suatu nilai nasionalisme di mana sejarah membuktikan nasionalisme telah berjaya membentuk perpaduan, menyatukan perasaan rakyat terutama apabila dijajah dan melahirkan sikap benci kepada penjajahan atau kuasa asing. Ketika Perang Dunia Kedua, nasionalisme masih menjadi faktor utama penentangan terhadap penjajahan kerana dengannya dapat mencetuskan semangat patriotisme dan kesedaran bersatu serta keinginan yang kuat untuk mendapatkan kebebasan berpolitik yang akhirnya

mewujudkan negara merdeka ( Paul Gomberg, 2002). Kini, keadaan negara yang selesa, aman dan makmur telah membuatkan semua rakyat dan masyarakat berada dalam zon keselesaan sehingga sebahagian besarnya lupa akan tanggungjawab kepada negara serta terhakisnya semangat patriotik yang tinggi kepada negara.

Namun, cabaran sekarang semakin berbeza dengan beberapa perkembangan baru terutama perkembangan teknologi maklumat dan beberapa bentuk kebebasan yang diberikan kerajaan kepada rakyat. Keadaan ini telah disalahguna oleh sesetengah pihak yang merosakkan keharmonian rakyat dengan mempertikai atau mempersoalkan beberapa perkara yang tidak sepatutnya dipertikaikan.

Menurut Ahmad Shah Pakeer (2011), beberapa teori boleh digunakan secara langsung dalam usaha-usaha oleh media untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan belia Malaysia. Sebahagian daripadanya dengan menggunakan teori-teori di bawah:

i. Strategy of Psychological Combat (Sun Tzu) Melalui strategi ini, media pendekatan yang digunakan bagi mengawal pemikiran rakyat dengan hanya menyiarkan fakta-fakta tertentu atau berkempen tentang patriotisme. Ini secara langsung akan mengawal pemikiran masyarakat tentang patriotisme.

ii. Theories of Propaganda (Lasswell‟s) Ini adalah salah satu teori-teori utama dan yang paling penting di dalam media. Teori ini secara langsung menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab media atau peranan untuk menyampaikan propaganda atau dasar-dasar kerajaan kepada rakyat.

iii. Deterrence Theory Satu strategi yang digunakan oleh kerajaan dalam peperangan bermakna bahawa jika negara ini adalah di bawah serangan musuh, maka mereka akan menghadapi keputusan atau hukuman yang bersamaan dengan itu.

iv. Putting The Country‟s Importance Above Their Own (Machiavelli)

Teori ini menyatakan dengan tegas kepada semua orang dalam perkara yang melibatkan kepentingan antara negara dan individu serta rakyat mesti mengutamakan kepentingan negara sebelum perkara-perkara lain berlaku.

2.12 PENDIDIKAN PATRIOTISME

Pendidikan patriotisme di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang khusus diperkenalkan semata-mata untuk memperkukuhkan semangat patriotisme adalah seperti subjek Kenegaraan Malaysia dan Hubungan Etnik. Subjek-subjek ini memberi penekanan perbincangan tentang kepentingan perpaduan kaum dalam negara, integrasi dan sejarah kemerdekaan negara. Justeru, sekiranya para pelajar memberikan penghayatan dan minat terhadap subjek-subjek sebegini, ianya sudah pasti akan memberi kesedaran tentang kepentingan konsep persefahaman dan penyatuan yang mesti ada dalam jiwa masyarakat Malaysia. Subjek-subjek ini memberi gambaran betapa pentingnya perpaduan sebagai pengikat dalam kalangan rakyat Malaysia yang bersifat majmuk. Tanpa perpaduan, masyarakat kita yang berbeza ras, latar budaya dan agama lebih mudah diadu domba oleh pihak yang berkepentingan sama ada dalam mahupun luar negara. Melalui kefahaman dan penghayatan yang tinggi setiap warganegara terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemerkasaan perpaduan antara kaum di Malaysia, antara peristiwa yang boleh menggugat keamanan negara dan bangsa seperti tragedi 13 Mei 1969 dan Peristiwa Kampung Medan 4 Mac 2001 akan dapat dihindari. Sehubungan itu, suasana masyarakat yang harmoni dapat diwujudkan dan sekali gus matlamat untuk membangunkan serta memajukan negara akan lebih fokus dan berjaya. Warganegara yang telah menjiwai nilai-nilai patriotisme serta mempraktikkannya akan dapat menyumbang untuk memacu kemajuan negara kerana mempunyai hala tuju yang jelas dan bersifat objektif. Oleh itu, mereka lebih bersemangat untuk mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi dan pada masa yang sama berbakti kepada negara. Penghayatan yang tinggi terhadap pendidikan patriotisme juga dapat memajukan serta mempertingkatkan nilai moral rakyat.

Oleh yang demikian, masalah-masalah sosial yang boleh menghancurkan negara seperti pengedaran dadah, vandalisme, samseng jalanan, rasuah dan sebagainya dapat diminimumkan. Tanpa masalah-masalah sebegini, rakyat akan hidup dalam keadaan aman dan tenteram serta dapat mengecap kemajuan dalam semua bidang sekali gus memajukan negara. Secara idealistik, pendidikan patriotisme merupakan pelaburan strategik keselamatan negara kerana menyediakan rakyat dari pelbagai peringkat usia dan lapisan masyarakat agar berani dan bersedia mempertahankan negara mengikut bidang kepakaran masing-masing.

Oleh itu, konsep „cegah rintang‟ terhadap sebarang elemen ancaman kedaulatan negara memudahkan kerajaan atau pihak berkuasa mendapatkan sokongan rakyat. Walaupun pendidikan patriotisme dilihat sebagai agen sosialisasi yang berkesan dan mantap dalam memperkasakan semangat patriotisme rakyat, namun matlamat untuk mewujudkan rakyat yang patriotik sukar untuk dicapai sekiranya inti pati pendidikan tersebut kurang diberikan penghayatan yang maksimum. Hal ini membawa erti bahawa pendidikan merupakan platform yang paling sesuai kerana pendidikanlah yang menjadi asas ketamadunan mana-mana bangsa di dunia sejak zaman berzaman lagi. Namun demikian, apa yang ingin ditekankan ialah pengisian dan cara penyampaian serta penilaian keberkesanan pendidikan patriotisme. Kita perlu mempunyai instrumen semakan bertujuan untuk memastikan kaedah yang digunapakai adalah sesuai dan tepat dengan aras kesediaan golongan sasaran mengikut keperluan semasa. Selain itu, golongan pendidik terlebih dahulu mestilah mempunyai minat, semangat, motivasi serta kreativiti yang tinggi bagi menarik minat pelajar untuk menjiwai subjek sebegini selain mempunyai silibus dan latihan terkini daripada semasa ke semasa. Penyampaian pendidikan berunsurkan patriotisme yang statik atau kaku sudah pasti akan mengundang rasa kebosanan dan akan mewujudkan situasi hanya belajar berorientasikan peperiksaan dalam kalangan para pelajar (Shahril Marzuki, Zainun Ishak, Lee Pau Wing & Saedah Siraj, 1998).

Selain itu, kejayaan patriotisme dalam memerlukan kolaborasi semua pihak seperti pada peringkat kanak-kanak dan remaja perlu melibatkan ibu bapa, keluarga dan persekolahan. Manakala, di peringkat belia melibatkan institusi pengajian tinggi dan seterusnya diperkukuhkan oleh pendidikan melalui saluran-saluran media massa. Hal ini adalah kerana, pendidikan patriotisme sememangnya merupakan proses sepanjang hayat walaupun seseorang itu telah tamat persekolahan kerana ancaman kedaulatan negara tidak statik dan hadir dalam bentuk seperti ancaman ekonomi, budaya dan militer. Justeru, semangat patriotisme perlu ditambah nilai daripada semasa ke semasa secara konsisten agar semangat tersebut tidak mudah pudar dan terhakis dalam jiwa seseorang. Contohnya seperti pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang merupakan antara proses pendidikan berterusan oleh kerajaan agar generasi muda mempunyai jati diri yang ampuh sebagai rakyat Malaysia.

Selain itu, pelaksanaan kursus-kursus anjuran Biro Tata Negara yang dijalankan terhadap kakitangan awam merupakan satu keperluan berterusan untuk menyuburkan semangat patriotisme secara berterusan. Kerajaan juga berterusan menyampaikan gagasan bernilai patriotisme kepada rakyat daripada semasa ke semasa, misalnya Gagasan Satu Malaysia yang merupakan contoh terkini yang dilaksanakan oleh kerajaan secara berskala mega dan menyeluruh sehinggakan terdapat dalam kalangan pihak korporat yang menggunakan 1Malaysia sebagai ikon mereka (Ku Hasnita Ku Samsu & Mohd Haizam Mohd Nor, 2011).

2.13 GENERASI MUDA DAN PATRIOTISME

Menurut Abd. Rahim (2004), patriotisme pada umumnya boleh dikaitkan dengan semangat, perasaan, sikap, kesedaran, idealisme yang menyentuh soal-soal kebangsaan, perasaan, kenegaraan, tanggungjawab, perjuangan, pengorbanan, kecintaan, kesetiaan, ketahanan diri dan sumbangan warganegara terhadap negara, bangsa dan agama. Patriotisme merupakan unsur ketahanan nasional yang amat penting bagi meningkatkan komitmen dan tanggungjawab rakyat Menurut Abd. Rahim (2004), patriotisme pada umumnya boleh dikaitkan dengan semangat, perasaan, sikap, kesedaran, idealisme yang menyentuh soal-soal kebangsaan, perasaan, kenegaraan, tanggungjawab, perjuangan, pengorbanan, kecintaan, kesetiaan, ketahanan diri dan sumbangan warganegara terhadap negara, bangsa dan agama. Patriotisme merupakan unsur ketahanan nasional yang amat penting bagi meningkatkan komitmen dan tanggungjawab rakyat

Masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang mempunyai kebudayaan yang berbeza. Menurut Pye dan Verba (1965), identiti kebangsaan ialah kepercayaan individu dan dikaitkan dengan bagaimana mereka memikirkan diri sendiri sebagai ahli dalam negara mereka. Wujudnya identiti kebangsaan antara ahli-ahli dalam sesebuah negara ialah satu budaya di mana berdasarkan sempadan antara negara. Justeru, kita tidak harus membiarkan keadaan perbezaan yang tidak sesuai dan mungkin dapat menghalangkan perpaduan antara kaum.

Menurut Azizan Bahari (2009), patriotisme bukan sekadar mengibar bendera semasa menyambut ulang tahun kemerdekaan. Ia juga tidak sekadar beruniform kemas serta aksi berkawat yang tersusun rapi dengan gaya segak dan wajah yang serius. Ia suatu komitmen, suatu perasaan mendalam, suatu semangat yang dihayati, menyerlah serta berkobar-kobar apabila dituntut keadaan.

Dalam konteks masa kini, patriotisme boleh kita tafsirkan sebagai sikap, semangat dan tindak-tanduk yang menjurus kepada gagasan dan usaha mengawal kepentingan, maruah dan kedaulatan bangsa dan negara dalam pelbagai bidang kehidupan seperti ekonomi, politik, sosial, hubungan antarabangsa, kedaulatan, kebudayaan, agama, keselamatan, undang-undang, dan sebagainya. Seseorang yang patriotik sangat prihatin terhadap untung nasib negaranya. Dia akan mudah tercuit dengan sebarang bentuk ancaman atau tindakan yang seakan memperlekehkan negaranya dan mudah terpanggil untuk bertindak balas, atau melakukan sesuatu.

Patriotisme atau sifat patriotik juga harus merangkumi usaha-usaha yang dapat meningkatkan martabat bangsa dan negara serta menyumbang kepada ketamadunan manusia Patriotisme atau sifat patriotik juga harus merangkumi usaha-usaha yang dapat meningkatkan martabat bangsa dan negara serta menyumbang kepada ketamadunan manusia

Patriotisme digalakkan kerana ia menjamin ketahanan nasional. Ia juga dilihat sebagai satu-satunya tenaga yang mampu mempertahankan negara daripada sebarang bentuk ancaman (dari dalam dan luar negeri) dan dengan itu memastikan kestabilan, keutuhan dan kelangsungan sesebuah negara-bangsa (Yahaya Ibrahim dan Abd. Hair Awang, 2008).

Hakikatnya, menerusi pengumpulan kajian literatur, patriotisme juga penting dalam kalangan generasi muda pada masa kini disebabkan beberapa faktor berikut:

i. Kehidupan affluent

Kehidupan yang serba senang dan mudah dalam kalangan generasi muda masa kini adalah satu faktor yang dikhuatiri mengurangkan semangat patriotisme dalam kalangan mereka. Pelbagai kemudahan sosial, kemajuan ekonomi, kehadiran berbagai-bagai barangan dan perkhidmatan di pasaran, aneka bentuk hiburan, semua ini boleh melekakan/mengalpakan generasi muda daripada hal-hal yang lebih serius seperti soal kedudukan dan kemajuan bangsanya atau peranan dan tanggungjawabnya terhadap masyarakat dan negara. Mereka mungkin asyik atau mudah dibuai oleh segala kesenangan dan kemewahan hidup demikian sehingga tidak terpanggil untuk memberikan sumbangan kepada pembangunan bangsanya, atau beranggapan bahawa soal pembangunan, kemajuan dan masa depan bangsa dan negaranya bukan bidang yang menuntut perhatian mereka.

ii. Kekurangan pengetahuan sejarah

Generasi muda juga didapati cetek pengetahuan tentang latar belakang dan sejarah bangsanya. Keadaan ini terjadi disebabkan sejarah tidak lagi menduduki tempat yang istimewa seperti sebelum ini. Pengetahuan sejarah tidak dianggap suatu perkara penting di pasaran kerja dan tidak mendapat galakan yang sepatutnya daripada kalangan dewasa. Kegiatan-kegiatan yang dapat mendidik atau mendedahkan generasi muda kepada akar dan sejarah bangsanya seperti melalui pelbagai kegiatan seni dan budaya ternyata amat terhad dan ini tidak membantu memupuk kesedaran dan keinsafan terhadap nasib masa depan bangsa dan negara dalam kalangan mereka. Kekurangan kesedaran dan kefahaman sejarah tentu tidak membantu memupuk patriotisme dalam kalangan generasi muda.

iii. Pengaruh budaya global

Sehubungan di atas, kini kita juga menyaksikan pelbagai alat elektronik, hiburan, kegiatan seni, makanan dan minuman, bahan bacaan dari luar membanjiri pasaran tempatan. Remaja belia jelas merupakan kumpulan sasar utama bagi segala alat, barangan dan bahan tersebut. Globalisasi tambah memudahkan nilai dan budaya luar (tidak kira baik atau buruk bagi masyarakat kita) mempengaruhi generasi muda, menjadikan mereka lebih global. Dengan globalisasi yang semakin memecahkan segala tembok sempadan, perasaan sepunya (senseofbelonging) turut terhakis. Patriotisme dengan nilai-nilai, semangat dan tindak-tanduk yang bertunjangkan kepentingan nasional sudah tentu terpaksa bersaing hebat dengan pengaruh global yang kuat dan semakin meluas ini.

iv. Nilai-nilai kolektif berkurangan

Begitu juga patriotisme yang menganjurkan nilai dan semangat kolektif seperti keprihatinan sosial, kejiranan, perpaduan/solidariti, kerjasama, perkongsian dan permuafakatan dalam kalangan anggota-anggota masyarakat terus ditekan oleh individualisme yang semakin membudayai masyarakat, khususnya generasi muda. Kemajuan kebendaan, budaya wang dan keghairahan kepada gaya hidup mewah menguatkan nilai dan sikap individualistik dalam kalangan remaja belia dan ini memberi kesan langsung terhadap nilai-nilai kolektif dan patriotisme mereka.

Menurut Wong (2005), isu kelunturan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda pada hari ini adalah kerana kurangnya kesedaran dalam kalangan mereka mengenai cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka bagi menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara. Ini kerana mereka adalah generasi yang lahir selepas merdeka dan menikmati segala peluang yang tersedia tanpa menyedari pahit jerih yang terpaksa diharungi oleh generasi terdahulu dalam perjuangan mereka bagi memastikan kesenangan ini dapat dinikmati oleh anak cucu mereka. Hal ini telah mencetuskan kewujudan „budaya selesa‟ ( complacent culture ) dalam kalangan generasi muda pada hari ini. Segala kemewahan dan kemudahan yang diperuntukkan oleh keluarga dan negara menyebabkan mereka tidak rasa terancam oleh kemajuan dan pencapaian negara atau bangsa lain. Budaya ini menjerumuskan sebahagian daripada generasi muda hari ini dalam masalah sosial yang serius.

Bagi melahirkan satu bangsa yang tulen yang digelar bangsa Malaysia yang mampu menunjukkan identiti tersendiri untuk bertanding dengan bangsa atau negara lain, rakyat yang berkongsi satu ciri semangat patriotik amat penting untuk menonjolkan identiti bangsa negara. Unsur-unsur patriotisme itu mestilah dapat memberikan bangsa Malaysia satu keperibadian yang Bagi melahirkan satu bangsa yang tulen yang digelar bangsa Malaysia yang mampu menunjukkan identiti tersendiri untuk bertanding dengan bangsa atau negara lain, rakyat yang berkongsi satu ciri semangat patriotik amat penting untuk menonjolkan identiti bangsa negara. Unsur-unsur patriotisme itu mestilah dapat memberikan bangsa Malaysia satu keperibadian yang

Berdasarkan Taksonomi Bloom (1984), domain afektif yang memberi tumpuan kepada unsur-unsur kesedaran, sensitiviti, sikap, pertimbangan, emosi, pendirian dan sebagainya bertujuan mengembangkan pemikiran moral dan aspek-aspek kemanusiaan kepada pelajar. Justeru, peranan guru sebagai pemupuk nilai dalam pengajarannya adalah cukup penting.

Melalui pemupukan semangat patriotisme ini, ianya sangat penting untuk memantapkan diri pelajar dari segi ketahanan mental, fizikal dan emosi yang akan membolehkan seseorang itu mampu dan berupaya menghadapi segala bentuk cabaran. Kekurangan nilai patriotisme dalam diri pelajar akan memberikan kesan kepada rendahnya semangat juang dan semangat jati diri dalam diri mereka yang menyebabkan ada sesetengah daripada mereka mudah untuk menyerah kalah dan tunduk kepada sesuatu tekanan (Abd. Rahim, 2004).

Menurut MaharoomMahmood (2000), dalam memperkatakan tentang patriotisme ini ia merupakan satu perkara yang abstrak dan sukar untuk diukur serta dinilai tetapi sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan maka ia bolehlah dikatakan mempunyai semangat patriotisme. Walaupun semangat patriotisme tidak dapat diukur secara metrik namun melalui perbuatan serta tingkahlaku ia telah mencerminkan semangat patriotisme yang ada di dalam diri setiap individu. Antaranya ialah seperti berikut:

i. Berbangga sebagai rakyat Malaysia Patriotisme bukan sahaja dapat dipupuk dan ditanam dalam kalangan generasi muda hari ini tetapi kita dapat menzahirkan semangat itu dengan melahirkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia. Sebagaimana yang i. Berbangga sebagai rakyat Malaysia Patriotisme bukan sahaja dapat dipupuk dan ditanam dalam kalangan generasi muda hari ini tetapi kita dapat menzahirkan semangat itu dengan melahirkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia. Sebagaimana yang

Bagi memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara ia hendaklah dengan cara memberi kesedaran kepada seluruh lapisan masyarakat di negara ini tentang pentingnya pencapaian kemerdekaan. Mereka perlu didedahkan dengan sejarah, iaitu bagaimana sukarnya pemimpin-pemimpin ketika itu berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan negara. Melalui pembacaan penulisan sejarah tanah air kita dapat mengenal dan memahami perjuangan tokoh-tokoh negara ketika memperjuangkan kemerdekaan dan jasa serta pengorbanan tokoh-tokoh tersebut perlulah dihargai. Ini kerana tanpa kesedaran serta perjuangan tokoh-tokoh yang terlibat sudah tentulah generasi hari ini tidak dapat mengecap erti nikmat kemerdekaan.

Semangat patriotisme secara tidak langsung dapat disemai dan dipupuk melalui pengisahan sejarah tokoh-tokoh patriot dan dapat dijadikan iktibar kepada generasi hari ini. Seharusnya, kita berbangga dengan sumbangan para sejarawan dan sarjana tempatan yang telah banyak menulis perjuangan tokoh- tokoh tempatan walaupun pada awalnya dianggap oleh para orientalis Barat mereka ini diklasifikasikan sebagai penderhaka. Perkembangan penulisan sejarah bercorak tempatan telah membela nasib dan meletakkan jasa para pejuang yang terdahulu pada tempat yang sesuai. Sumbangan dan peranan Semangat patriotisme secara tidak langsung dapat disemai dan dipupuk melalui pengisahan sejarah tokoh-tokoh patriot dan dapat dijadikan iktibar kepada generasi hari ini. Seharusnya, kita berbangga dengan sumbangan para sejarawan dan sarjana tempatan yang telah banyak menulis perjuangan tokoh- tokoh tempatan walaupun pada awalnya dianggap oleh para orientalis Barat mereka ini diklasifikasikan sebagai penderhaka. Perkembangan penulisan sejarah bercorak tempatan telah membela nasib dan meletakkan jasa para pejuang yang terdahulu pada tempat yang sesuai. Sumbangan dan peranan

ii. Bersemangat Setia Negara

Kesetiaan terhadap negara merupakan satu ciri penting dalam memastikan kelahiran masyarakat Malaysia yang berjiwa patriotik. Setiap rakyat Malaysia harus memiliki sifat setia atau taat kepada raja dan negara. Selepas mencapai kemerdekaan, institusi pemerintahan beraja telah diteruskan tetapi beberapa pindaan telah dibuat supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan. Raja berperlembagaan tidak seperti raja berkuasa mutlak iaitu memerintah dengan kuasa terbatas. Peranan dan fungsinya, sama ada sebagai ketua negara atau ketua negeri ditetapkan secara bertulis oleh perlembagaan. Meskipun kedudukan institusi raja pada hari ini berbeza daripada zaman kegemilangannya, namun langkah menjaga dan memelihara daripada lenyapnya institusi yang agung ini harus dipuji. Yang Dipertuan Agung masih kekal kedudukannya sebagai ketua negara dan perlu dihormati sebagai simbol perpaduan rakyat Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa institusi raja amatlah penting terutamanya untuk maksud perpaduan negara, darjat negara sebagai sebuah negara merdeka dengan mempunyai sistem raja berperlembagaan. Demi kepentingan institusi raja, adalah menjadi tanggungjawab rakyat untuk mendukung Perlembagaan Negara dan mendukung institusi raja mengikut lunas undang-undang. Sekalipun raja-raja Melayu selepas merdeka tidak lagi mempunyai kuasa mutlak dan mereka hanya menjadi raja berperlembagaan tetapi mereka tetap diberi kedudukan yang cukup istimewa. Fasal (1) Perkara 32 memperuntukkan bahawa Yang

Dipertuan Agong tidak boleh didakwa dalam apa-apa juga perbicaraan di mana-mana mahkamah. Imuniti di sisi undang-undang ini juga diberikan kepada sultan. Namun ini tidak bermakna bahawa raja bebas melakukan sesuka hati.

Bersemangat setia kepada negara bukanlah hanya mentaati sultan, raja atau pemimpin sebaliknya setiap warganegara Malaysia haruslah mempunyai satu semangat sedia mempertahankan negara daripada musuh atau anasir-anasir yang boleh menggugat kestabilan politik dan perpaduan masyarakatnya. Saranan Tun Dr. Mahathir agar rakyat bukan bumiputera turut serta dalam pasukan keselamatan adalah satu langkah bijak bagi meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat di negara ini kerana sanggup berjuang mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Ini dapat menjelaskan lagi tugas dan peranan sebagai rakyat Malaysia seperti slogan “Negara Kita adalah Tanggungjawab Kita”.

iii. Bersemangat Kekitaan

Semangat kekitaan bererti setiap warganegara Malaysia seharusnya memiliki semangat bekerjasama, semangat bantu-membantu dalam masyarakat tanpa mengira bangsa, agama mahupun keturunan atau semangat persaudaraan. Semangat kekitaan merupakan satu ciri yang ada pada dasarnya nampak mudah untuk dibentuk tetapi pada hakikatnya ciri inilah yang paling sukar dibentuk. Ini kerana ia melibatkan hubungan pelbagai hala di antara masyarakat. Jika sebelum ini ciri-ciri patriotisme digambarkan melalui hubungan individu dengan negara dan juga pemimpin tetapi semangat kekitaan melibatkan hubungan sesama masyarakat. Bagi menjamin stabiliti Semangat kekitaan bererti setiap warganegara Malaysia seharusnya memiliki semangat bekerjasama, semangat bantu-membantu dalam masyarakat tanpa mengira bangsa, agama mahupun keturunan atau semangat persaudaraan. Semangat kekitaan merupakan satu ciri yang ada pada dasarnya nampak mudah untuk dibentuk tetapi pada hakikatnya ciri inilah yang paling sukar dibentuk. Ini kerana ia melibatkan hubungan pelbagai hala di antara masyarakat. Jika sebelum ini ciri-ciri patriotisme digambarkan melalui hubungan individu dengan negara dan juga pemimpin tetapi semangat kekitaan melibatkan hubungan sesama masyarakat. Bagi menjamin stabiliti

iv. Berdisiplin

Rakyat yang mempunyai semangat patriotisme mestilah seorang yang berdisiplin. Ini membawa maksud setiap warganegara Malaysia perlu patuh dan taat kepada peraturan, undang-undang mahupun perlembagaan negara. Seseorang warganegara yang bertanggungjawab sudah pastinya akan sentiasa patuh dan mengikut undang-undang dan perlembagaan negara. Kesediaan rakyat Malaysia mematuhi undang-undang adalah amat penting kerana tanpa undang-undang negara akan berada dalam keadaan kacau-bilau. Keadaan negara yang tidak stabil akan menyukarkan proses pembentukan perpaduan dalam kalangan rakyat, dan ini boleh menjejaskan perancangan kerajaan untuk mencapai tahap negara maju menjelang tahun 2020. Lantas semangat patriotisme yang diimpikan tidak akan tercapai kerana perpaduan rakyat tunjang lahirnya semangat cintakannegara. Dalam konteks membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat perlu ada sifat-sifat seperti berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi. Kepelbagaian kaum di Malaysia menuntut kesemua rakyatnya memahami tuntutan setiap kaum dari aspek agama, budaya dan bahasa yang berbeza melalui perlakuan tingkahlaku dan juga pertuturan. Menyedari kepada wujudnya perbezaan ini maka setiap warganegara perlulah patuh kepada undang-undang dan perlembagaan dan Rakyat yang mempunyai semangat patriotisme mestilah seorang yang berdisiplin. Ini membawa maksud setiap warganegara Malaysia perlu patuh dan taat kepada peraturan, undang-undang mahupun perlembagaan negara. Seseorang warganegara yang bertanggungjawab sudah pastinya akan sentiasa patuh dan mengikut undang-undang dan perlembagaan negara. Kesediaan rakyat Malaysia mematuhi undang-undang adalah amat penting kerana tanpa undang-undang negara akan berada dalam keadaan kacau-bilau. Keadaan negara yang tidak stabil akan menyukarkan proses pembentukan perpaduan dalam kalangan rakyat, dan ini boleh menjejaskan perancangan kerajaan untuk mencapai tahap negara maju menjelang tahun 2020. Lantas semangat patriotisme yang diimpikan tidak akan tercapai kerana perpaduan rakyat tunjang lahirnya semangat cintakannegara. Dalam konteks membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat perlu ada sifat-sifat seperti berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi. Kepelbagaian kaum di Malaysia menuntut kesemua rakyatnya memahami tuntutan setiap kaum dari aspek agama, budaya dan bahasa yang berbeza melalui perlakuan tingkahlaku dan juga pertuturan. Menyedari kepada wujudnya perbezaan ini maka setiap warganegara perlulah patuh kepada undang-undang dan perlembagaan dan

v. Berusaha dan Produktif

Wawasan 2020 berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian yang setanding dengan negara maju di dunia. Bagi mencapai ke tahap negara maju menjelang tahun 2020 rakyat Malaysia perlulah rajin berusaha, mengamalkan sikap suka berdikari, berdaya saing, tabah, proaktif dan produktif. Justeru, bagi mempercepatkan proses ini, Malaysia memerlukan warganegara yang berilmu pengetahuan, mempunyai kemahiran, bermaruah, sanggup berkorban, melakukan anjakan paradigma terhadap sikap dan nilai daripada hanya mengharapkan bantuan atau sokongan daripada pihak kerajaan. Sebaliknya warganegara Malaysia perlu mengamalkan sikap- sikap positif dan inovatif dalam melahirkan sesuatu yang baru melalui proses R&D dan penggunaan kemudahan ICT yang canggih. Oleh itu, sekiranya wujud perasaan patriotisme yang jitu dalam kalangan rakyat Malaysia ianya akan memudahkan pihak kerajaan mengatur rancangan ke arah pembangunan dan memajukan negara seiring dengan pencapaian negara-negara maju.

2.14 KESIMPULAN

Patriotisme diperlukan untuk ketahanan nasional dan menjamin kestabilan, keutuhan dan kelangsungan negara-bangsa. Akibat pelbagai faktor membantut percambahan dan perkembangan patriotisme khususnya dalam kalangan generasi muda, maka patriotisme semakin mendapat perhatian luas masyarakat. Ia malahan suatu tuntutan nasional yang mendesak. Pelbagai idea dan rancangan diwujudkan untuk memupuk patriotisme dalam kalangan belia di Malaysia.

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Bab ini menerangkan tentang cara bagaimana data diperoleh dan cara data dianalisis bagi mendapatkan hasil kajian. Kajian yang dilakukan oleh penyelidik adalah berbentuk kuantitatif. Antara perkara-perkara yang terdapat di dalam bab ini ialah reka bentuk kajian, lokasi kajian, pemilihan populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, kaedah pengumpulan data, kajian rintis serta analisis data.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Berdasarkan kajian yang dijalankan, penyelidik boleh menggunakan kaedah analisis statistik deskriptif atau analisis statistik inferensi. Kaedah analisis statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis mengenai kekerapan dan peratusan responden yang melibatkan pengujian ke atas faktor demografi. Kaedah analisis statistik inferensi pula digunakan adalah untuk membuat ujian ke atas hipotesis yang dibina. Antara analisis statistik inferensi yang boleh digunakan oleh penyelidik seperti ujian-t, ujian ANOVA sehala, ujian korelasi dan sebagainya. Ujian-t dan ujian ANOVA sehala digunakan untuk melihat perbezaan di antara pembolehubah. Justeru, ujian korelasi boleh digunakan untuk melihat hubungan atau perkaitan di antara pembolehubah. Analisis-analisis ini bertujuan bagi memudahkan penyelidik menguji hipotesis atau pembolehubah yang dibina.

3.3 LOKASI KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan di negeri Perak yang melibatkan 10 daerah iaitu daerah Kampar, Kinta, Hilir Perak, Perak Tengah, Batang Padang, Kuala Kangsar, Larut Matang dan Selama, Kerian, Manjung dan Hulu Perak. Responden dalam kalangan belia di sekitar daerah negeri Perak yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

3.4 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Populasi kajian ialah yang terdiri daripada golongan belia di 10 daerah negeri Perak. Sampel kajian yang diambil ialah seramai 1,500 orang yang dipilih oleh penyelidik untuk menjawab borang soal selidik. Sampel kajian yang diambil adalah mewakili jantina, umur, bangsa, agama, kawasan kediaman, sekolah rendah, sekolah menengah, pekerjaan, tahap pendidikan, pendapatan dan daerah yang diwakili oleh responden. Sampel dipilih mengikut pensampelan secara rawak berstratifikasi.

3.5 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen atau alat kajian yang digunakan adalah dengan mengedarkan borang soal selidik kepada responden. Penyelidik telah mengambil dan mengubahsuai dari jurnal-jurnal yang berkait rapat dengan soalan-soalan yang diolah oleh penyelidik sendiri.

Soal selidik ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian utama. Bahagian A mengandungi soalan berkaitan dengan maklumat diri responden (ciri demografi). Bahagian ini mengandungi 11 soalan yang terdiri daripada kategori jantina, umur, bangsa, agama, kawasan kediaman, sekolah rendah, sekolah menengah, pekerjaan, tahap pendidikan, pendapatan dan daerah.

Bahagian B ialah soalan untuk mengukur sejauh mana pengetahuan politik dalam memupuk semangat patriotisme terhadap negara dalam kalangan belia. Bahagian ini juga mempunyai 20 soalan namun hanya 8 soalan terpilih telah dianalisa. Antara contoh soalannya ial

ah “agama rasmi bagi Malaysia ialah agama Islam”. Bahagian ini dibahagikan dengan cara pemarkatan dengan menggunakan dua skala iaitu:

1. Ya

2. Tidak

Bahagian C pula berkaitan dengan soalan-soalan yang dikemukakan untuk mengukur sejauh mana semangat patriotisme terhadap negara. Bahagian ini juga mempunyai 20 soalan namun hanya 8 soalan terpilih telah dianalisa . Contoh soalan yang berkaitan ialah “saya bersedia berbakti kepada negara ”. Bahagian ini dibahagikan dengan cara pemarkatan yang berbeza iaitu menggunakan empat skala Likert yang mewakili:

1. Sangat Tidak Setuju

2. Tidak Setuju

3. Setuju

4. Sangat Setuju

3.6 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Penyelidik telah mengedar borang soal selidik kepada golongan belia di semua daerah negeri Perak. Masa yang diambil oleh penyelidik adalah selama sebulan untuk mendapatkan semula pulangan borang soal selidik tersebut yang telah lengkap diisi oleh responden. Penyelidik juga telah mengedar sebanyak 1,500 borang soal selidik dan telah mendapat pulangan sebanyak 911 borang soal selidik sahaja yang telah lengkap diisi oleh responden. Ini bermakna sebanyak 589 Penyelidik telah mengedar borang soal selidik kepada golongan belia di semua daerah negeri Perak. Masa yang diambil oleh penyelidik adalah selama sebulan untuk mendapatkan semula pulangan borang soal selidik tersebut yang telah lengkap diisi oleh responden. Penyelidik juga telah mengedar sebanyak 1,500 borang soal selidik dan telah mendapat pulangan sebanyak 911 borang soal selidik sahaja yang telah lengkap diisi oleh responden. Ini bermakna sebanyak 589

3.7 KAJIAN RINTIS

Penyelidik telah menjalankan kajian rintis terlebih dahulu untuk menentukan kebolehpercayaan bagi borang soal selidik yang digunakan dalam kajian. Lokasi yang dipilih oleh penyelidik bagi melakukan kajian rintis ini ialah di Universiti Utara Malaysia. Penyelidik telah mengedar sebanyak 50 borang soal selidik kepada pelajar di Universiti Utara Malaysia. Walau bagaimanapun, penyelidik telah mendapat pulangan borang soal selidik tersebut sebanyak 42 borang yang mengambil masa selama seminggu.

Selepas borang soal selidik dikutip, penyelidik perlu menguji kebolehpercayaan dengan menganalisis data dan maklumat yang diperoleh daripada responden melalui borang soal selidik yang diedar. Analisis boleh diuji dengan menggunakan pakej perisian SPSS ( Statistical Package for Social Sciences ) versi 20.0. Ujian Cronbach‟s Alpha akan digunakan bagi mengukur kebolehpercayaan (reliabiliti) dan kesahan (validiti) instrumen dalam soal selidik. Item yang diukur iaitu pembolehubah bersandar dan semua pembolehubah tidak bersandar supaya kebolehpercayaan terhadap soal selidik dapat diperoleh. Secara ringkasnya, nilai kebolehpercayaan ( Cronbach‟s Alpha ) bagi semua pembolehubah dalam kajian rintis yang dilakukan oleh penyelidik adalah seperti yang ditunjukkan pada Jadual 3.1 di bawah.

Jadual 3.1 Nilai Kebolehpercayaan Pembolehubah-pembolehubah

Pembolehubah Nilai CronbachAlpha

Pengetahuan politik 0.681

Semangat patriotisme terhadap negara 0.774 Sumber : Mohd Majid Konting(1990)

3.8 HIPOTESIS

Berdasarkan kepada sorotan karya dan rangka kerja konseptual yang dibentuk, hipotesis bagi kajian ini dibentuk bagi 10 buah daerah (Batang Padang, Kinta, Kuala Kangsar, Larut, Matang dan Selama, Kerian, Manjung, Hilir Perak, Perak Tengah dan Hulu Perak) yang dikaji dan hipotesisnya adalah seperti berikut:

3.8.1 Ho 1 : Tidak terdapat hubungan antara pengetahuan politik dengan semangat patriotisme. Ha 1 : Terdapat hubungan antara pengetahuan politik dengan semangat patriotisme

3.9 PENGANALISISAN DATA

Penyelidik menggunakan aplikasi komputer dengan menggunakan pakej perisian IBM Statistical Package for Social Sciences SPSS ( ) versi 20.0 untuk menganalisis data. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan statistik inferensi.

Kaedah statistik deskriptif merupakan analisis yang digunakan bagi memerihalkan sesuatu keadaan. Ia digunakan kerana dapat memberikan perihalan secara ringkas bagi keseluruhan data. Penganalisisan yang dilakukan terhadap ciri-ciri demografi responden iaitu mewakili jantina, umur, bangsa, agama, kawasan kediaman, sekolah rendah, sekolah menengah, pekerjaan, tahap pendidikan, pendapatan dan daerah. Data yang diperoleh dipersembahkan dalam bentuk deskriptif frekuensi atau kekerapan.

Kaedah statistik inferensi pula digunakan bagi menguji hipotesis kajian dengan menggunakan ujian korelasi Pearson . Kaedah ini digunakan untuk mengenalpasti hubungan yang signifikan antara pengetahuan politik dengan tahap semangat patriotisme terhadap negara dalam kalangan belia di negeri Perak. Data yang diperoleh daripada soal selidik dimasukkan ke dalam perisian SPSS mengikut kod-kod angka yang telah ditetapkan. Data yang diperoleh daripada soal selidik dimasukkan ke dalam perisian SPSS mengikut kod-kod angka yang telah ditetapkan.

3.10 KESIMPULAN

Kesimpulannya, secara keseluruhan kajian ini penyelidik ingin melihat objektifnya tercapai ataupun tidak untuk melihat sejauhmanakah tahap pengetahuan politik dan persepsi terhadap semangat patriotik dalam kalangan belia dan beliawanis di Perak. Oleh itu, penyelidik juga mencadangkan kajian seterusnya dijalankan ke atas pembolehubah-pembolehubah yang mempunyai hubungan yang signifikan dan mengkaji ke atas pembolehubah lain yang berpotensi untuk menghasilkan maklumat yang lebih mendalam bagi mengetahui hubungkait tahap semangat patriotisme di kalangan belia negeri Perak.

BAB EMPAT ANALISIS KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.1 PENGENALAN

Bab ini mengemukakan hasil kajian yang telah diperoleh melalui penganalisisan data yang dilakukan oleh penyelidik. Perbincangan dalam bab ini dibahagikan kepada dua iaitu analisis statistik deskriptif digunakan bagi ciri-ciri demografi dalam bentuk kekerapan dan peratus manakala, statistik inferensi adalah untuk menguji hipotesis-hipotesis yang dibina oleh penyelidik dengan menggunakan ujian korelasi Pearson dan crosstab .

4.2 PENGURUSAN BORANG SOAL SELIDIK

Semua borang soal selidik yang diedar oleh penyelidik telah disemak terlebih dahulu bagi memastikan borang tersebut mencapai sasaran yang dikehendaki. Semakan juga dilakukan bertujuan untuk menyemak segala butiran yang diisi oleh responden lengkap dan tiada borang soal selidik yang rosak serta tidak diisi oleh responden sepenuhnya. Borang soal selidik yang telah diedar oleh penyelidik adalah sebanyak 1500 set tetapi hanya sebanyak 911 set yang diterima kembali. Ini bermakna sebanyak 589 borang yang tidak dikembalikan dan ia merupakan batasan yang dihadapi oleh penyelidik di mana 100 peratus yang diharapkan oleh penyelidik tidak tercapai.

4.3 ANALISIS TABURAN RESPONDEN

Bahagian ini akan menghuraikan mengenai latar belakang responden atau ciri demografi yang dipilih berdasarkan jantina, umur, bangsa, pekerjaan, tahap pendidikan dan daerah. Struktur taburan responden adalah seperti berikut:

4.3.1 Jantina Responden

Jumlah responden keseluruhan adalah seramai 911 orang yang terdiri daripada seramai 351 orang responden lelaki manakala, responden perempuan pula seramai 560 orang. Taburan responden mengikut jantina ditunjukkan dalam Jadual 4.1 di bawah.

Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina

Peratus Terkumpul

Rajah 4.1 Carta Pai Taburan Responden Mengikut Jantina

4.3.2 Umur Responden

Bagi kategori umur pula, seramai 702 orang responden atau 77.1 peratus adalah berusia 16 tahun hingga 20 tahun. Bagi responden yang berumur 21 tahun hingga 25 tahun adalah seramai 117 orang atau sebanyak 12.8 peratus. Responden yang berumur 26 tahun hingga 30 tahun adalah seramai 42 orang atau mewakili 4.6 peratus manakala, responden yang berumur 31 tahun hingga

35 tahun adalah seramai 29 orang atau 3.2 peratus. Umur yang terakhir adalah 36 tahun hingga 40 tahun adalah seramai 21 orang mewakili 2.3 peratus. Taburan responden mengikut umur ditunjukkan dalam Jadual 4.2 di bawah.

Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Umur

Umur Frekuensi Peratus Peratus Terkumpul

16 tahun hingga 20 tahun

21 tahun hingga 25 tahun

26 tahun hingga 30 tahun

31 tahun hingga 35 tahun

36 tahun hingga 40 tahun

Jumlah

Rajah 4.2 Carta Pai Taburan Responden Mengikut Umur

4.3.3 Bangsa Responden

Bagi kategori bangsa responden, terdapat 4 kategori yang dipilih oleh penyelidik iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Responden berbangsa Melayu ialah seramai 849 orang atau 93.2 peratus manakala, bangsa Cina mewakili seramai 32 orang atau 3.5 peratus, bangsa India mewakili 21 orang atau 2.3 peratus dan responden bagi kategori lain-lain hanya 9 orang sahaja atau 1.0 peratus. Jadual 4.3 di bawah menunjukkan kategori bangsa responden.

Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa

Peratus Terkumpul

Melayu

93.2 93.2 Cina

Rajah 4.3 Carta Pai Taburan Responden Mengikut Bangsa

4.3.4 Pendidikan Responden

Kategori pendidikan yang dipilih adalah terdiri daripada PhD, Sarjana, Ijazah, Diploma, Sijil, STPM, SPM, PMR, Darjah Enam dan lain-lain. Hanya 16 orang atau 1.8 peratus responden yang mempunyai pendidikan tahap Sarjana (Master). Sebanyak 127 orang responden atau 13.9 peratus mempunyai pendidikan tahap Ijazah manakala, responden yang mempunyai pendidikan tahap Diploma adalah seramai 118 orang atau 13.0 peratus. Bagi pendidikan tahap Sijil pula ialah seramai 41 orang atau 4.5 peratus. Bilangan responden yang paling tinggi ialah pendidikan tahap SPM iaitu seramai 461 orang atau 50.6 peratus. Pendidikan tahap STPM ialah 45 orang atau 4.9 peratus manakala, pendidikan tahap PMR ialah seramai 43 orang atau 4.7 peratus dan pendidikan Kategori pendidikan yang dipilih adalah terdiri daripada PhD, Sarjana, Ijazah, Diploma, Sijil, STPM, SPM, PMR, Darjah Enam dan lain-lain. Hanya 16 orang atau 1.8 peratus responden yang mempunyai pendidikan tahap Sarjana (Master). Sebanyak 127 orang responden atau 13.9 peratus mempunyai pendidikan tahap Ijazah manakala, responden yang mempunyai pendidikan tahap Diploma adalah seramai 118 orang atau 13.0 peratus. Bagi pendidikan tahap Sijil pula ialah seramai 41 orang atau 4.5 peratus. Bilangan responden yang paling tinggi ialah pendidikan tahap SPM iaitu seramai 461 orang atau 50.6 peratus. Pendidikan tahap STPM ialah 45 orang atau 4.9 peratus manakala, pendidikan tahap PMR ialah seramai 43 orang atau 4.7 peratus dan pendidikan

Jadual 4.4 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan

Tahap Pendidikan

Frekuensi

Peratus

Peratus Terkumpul

43 4.7 5.3 Darjah Enam

5 0.5 0.5 Lain-lain

55 6.0 100

Jumlah

911

100

Rajah 4.4 Carta Pai Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan

4.3.5 Pekerjaan Responden

Bagi kategori pekerjaan responden, terdapat 4 kategori yang dipilih oleh penyelidik iaitu kerajaan, swasta, pelajar dan bekerja sendiri. Responden yang bekerja dalam sektor kerajaan ialah seramai

99 orang atau 10.9 peratus manakala, sektor swasta 12 orang atau 1.3 peratus, responden kategori pelajar seramai 790 orang atau 86.7 peratus dan responden yang bekerja sendiri hanya 10 orang mewakili 1.1 peratus. Jadual 4.5 di bawah menunjukkan kategori pekerjaan responden.

Jadual 4.5 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan

Peratus Terkumpul

Kerajaan

Rajah 4.5 Carta Pai Taburan Responden Mengikut Pekerjaan

4.3.6 Daerah Responden

Kategori daerah yang dipilih adalah Kampar, Kinta, Hilir Perak, Perak Tengah, Batang Padang, Kuala Kangsar, Larut Matang dan Selama, Kerian, Manjung dan Hulu Perak. Daerah Kampar ialah seramai 76 orang, daerah Kinta seramai 171 orang, daerah Hilir Perak seramai 73 orang, daerah Perak Tengah seramai 80 orang dan daerah Batang Padang seramai 62 orang. Bagi daerah Kuala Kangsar ialah seramai 102 orang, daerah Larut Matang dan Selama seramai 116 orang, daerah Kerian seramai 83 orang dan daerah Manjung seramai 82 orang serta daerah Hulu Perak seramai 66 orang. Taburan responden mengikut daerah adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.6 di bawah.

Jadual 4.6 Taburan Responden Mengikut Daerah

Peratus Terkumpul

Kampar

76 8.3 8.3 Kinta

18.8 27.1 Hilir Perak

171

73 8.0 35.1 Perak Tengah

80 8.8 43.9 Batang Padang

62 6.8 50.7 Kuala Kangsar

11.2 61.9 Larut Matang dan Selama

82 9.0 92.8 Hulu Perak

Rajah 4.6 Carta Pai Taburan Responden Mengikut Daerah

4.4 PENGUJIAN HIPOTESIS

Jadual 4.7 menunjukkan analisis korelasi bagi pengujian hipotesis yang menentukan hubungan antara pengetahuan politik dalam memupuk semangat patriotisme. Jadual 4.8 hingga 4.22 jadualpula, menunjukkan analisis untuk menguji crosstab antara ciri-ciri demografi dengan pembolehubah pengetahuan politik dan semangat patriotisme.

Hubungan korelasi antara pengetahuan politik dengan semangat patriotisme

Ha1: Terdapat hubungan antara pengetahuan politik dengan semangat patriotisme

Jadual 4.7 di bawah menunjukkan hasil analisis terdapat hubungan yang negatif dan signifikan antara pengetahuan politik dengan semangat patriotisme. Hasil kajian mendapati nilai r = -0.016 dan nilai p = 0.620 (p > 0.05). Aras signifikan yang digunakan ialah 0.05. Ini bermakna hipotesis alternatif pertama (Ha1) yang dibentuk diterima kerana terdapat hubungan antara pengetahuan politik dengan semangat patriotisme.

Ringkasan keputusan ujian korelasi bagi menguji hubungan di antara pengetahuan politik dengan semangat patriotisme.

Jadual 4.7 Analisis KolerasiPearson antara Pengetahuan Politik dengan Semangat Patriotisme

Patriotisme Pengetahuan

Pengetahuan

Korelasi Pearson

1 -.016

Sig. (2-tailed)

Korelasi Pearson

Sig. (2-tailed)

911 ** Korelasi adalah signifikan pada aras 0.05

4.5 UJIAN CROSSTAB DAN ANALISIS

Terdapat empat faktor demografi yang analisakan iaitu Jantina, Bangsa, TahapPendidikan, KawasanKediaman dan daripada kesemua soalan, enam belas soalan telah terpilih untuk dianalisa dan diteliti bagi menguji tahap pengetahuan politik serta semangat patriotisme belia dan beliawanis di Perak. Hal ini kerana pemiliuhan soalan-soalan untuk dianalisa ini dipilih mengikut hasil keputusan yang memberangsangkan dan lebih dominan untuk dianalisa. Keputusan analisis- analisis yang telah di kaji terdapat seperti di bawah: