Kajian Terhadap Tahap Patriotisme di Kal

LAPORAN AKHIR KAJIAN BERTERASKAN BIDANG KEBERHASILAN UTAMA (KRA) PERAK AMANJAYA

KAJIAN TERHADAP TAHAP PATRIOTISME DI KALANGAN

BELIA PERAK DISEDIAKAN OLEH: AHMAD ZAHARUDDIN SANI AHMAD SABRI ABDUL RAHMAN ABDUL AZIZ SHAHIDAN SHAFIE MUHAMED NOR AZMAN NORDIN INSTITUT PEMIKIRAN TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD UNIVERSITI UTARA MALAYSIA UNTUK: INSTITUT DARUL RIDZUAN

JUN 2014

© Hak Cipta Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia, 2014

“Pandangan yang dinyatakan dalam penerbitan ini tidak semestinya menggambarkan pandangan Institut Darul Ridzuan atau kerajaan Perak”

ISI KANDUNGAN

SENARAI RAJAH vi SENARAI JADUAL

xiv SENARAI SINGKATAN

xvii

BAB SATU: PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

1.4 HIPOTESIS KAJIAN

1.5 KERANGKA KAJIAN

1.6 SIGNIFIKAN KAJIAN

1.7 SKOP KAJIAN

1.8 DEFINISI KONSEP BAB DUA: ULASAN KARYA

2.2 LATAR BELAKANG PENGURUSAN BELIA DI MALAYSIA

2.3 DASAR PEMBANGUNAN BELIA NEGARA

2.4 PEMBANGUNAN BELIA

2.5 PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA

2.6 PERANAN PERTUBUHAN BELIA

2.7 PERANAN MEDIA

2.8 SEMANGAT PATRIOTISME

2.9 SENARIO PATRIOTISME DI MALAYSIA

2.10 MEMUPUK PATRIOTISME

2.11 SEMANGAT PATRIOTISME DALAM MEMPERTAHANKAN NEGARA

2.12 PENDIDIKAN PATRIOTISME

2.13 GENERASI MUDA DAN PATRIOTISME

2.14 KESIMPULAN

BAB TIGA: METODOLOGI KAJIAN

3.2 REKABENTUK KAJIAN

3.3 LOKASI KAJIAN

3.4 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

3.5 INSTRUMEN KAJIAN

3.6 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

3.7 KAJIAN RINTIS

3.9 PENGANALISISAN DATA

3.10 KESIMPULAN

BAB EMPAT: ANALISIS KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.2 PENGURUSAN BORANG SOAL SELIDIK

4.3 ANALISIS TABURAN RESPONDEN

4.3.1 Jantina Responden

4.3.2 Umur Responden

4.3.3 Bangsa Responden

4.3.4 Pendidikan Responden

4.3.5 Pekerjaan Responden

4.3.6 Daerah Responden

4.4 PENGUJIAN HIPOTESIS

4.5 UJIAN CROSSTAB DAN ANALISIS

4.5.1 Hubungkait Faktor Demografi dengan Soalan Berkaitan Pengetahuan Politik

4.5.2 Hubungkait Faktor Demografi dengan Soalan Berkaitan Semangat Patriotisme

BAB LIMA: KESIMPULAN

5.1 PENGENALAN 163

5.2 CADANGAN 163

5.2.1 Membina Semangat Patriotik Melalui Nilai-Nilai Positif

5.2.2 Memahami Kehendak Belia 164

5.2.3 Peranan Media 164

5.2.4 Cadangan untuk Kajian akan Datang 165

5.3 KESIMPULAN 166 Rujukan

168 Lampiran I

SENARAI RAJAH

Rajah 1 .0: Kerangka Kajian

5 Rajah 4.1:

63 Rajah 4.2:

Carta Pai Taburan Responden Mengikut Jantina

65 Rajah 4.3:

Carta Pai Taburan Responden Mengikut Umur

66 Rajah 4.4:

Carta Pai Taburan Responden Mengikut Bangsa

68 Rajah 4.5:

Carta Pai Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan

69 Rajah 4.6:

Carta Pai Taburan Responden Mengikut Pekerjaan

70 Rajah 4.7:

Carta Pai Taburan Responden Mengikut Daerah

Carta Pai Keseluruhan Responden Berdasarkan Soalan B1 (Yang di-Pertuan Agong akan memerintah negara selama 10 tahun)

73 Rajah 4.8:

Hubungan Faktor Jantina Terhadap Soalan B1 (Yang di-Pertuan Agong akan memerintah negara selama 10 tahun)

74 Rajah 4.9:

Hubungan Faktor Bangsa Terhadap Soalan B1 (Yang di-Pertuan Agong akan memerintah negara selama 10 tahun)

74 Rajah 4.10:

Hubungan Faktor Tahap Pendidikan Terhadap Soalan B1 (Yang di-Pertuan Agong akan memerintah negara selama 10 tahun)

75 Rajah 4.11:

Hubungan Faktor Kawasan Kediaman Terhadap Soalan B1 (Yang di-Pertuan Agong akan memerintah negara selama 10 tahun)

75 Rajah 4.12:

Carta Pai Keseluruhan Responden Bagi Soalan B3 (Binatang yang menjadi lambang negara Malaysia ialah harimau dan bunga kebangsaan Malaysia ialah bunga raya)

78 Rajah 4.13:

Hubungan Faktor Jantina Terhadap Soalan B3 (Binatang yang menjadi lambang negara Malaysia ialah harimau dan bunga kebangsaan Malaysia ialah bunga raya)

79 Rajah 4.14:

Hubungan Faktor Bangsa Terhadap Soalan B3 (Binatang yang Hubungan Faktor Bangsa Terhadap Soalan B3 (Binatang yang

79 Rajah 4.15:

Hubungan Faktor Tahap Pendidikan Terhadap Soalan B3 (Binatang yang menjadi lambang negara Malaysia ialah harimau dan bunga kebangsaan Malaysia ialah bunga raya)

80 Rajah 4.16:

Hubungan Faktor Kawasan Kediaman Terhadap Soalan B3 (Binatang yang menjadiLambang negara Malaysia ialah harimau dan bunga kebangsaan Malaysia ialah bunga raya)

80 Rajah 4.17:

Carta Pai Keseluruhan Responden bagiSoalan B6 (Agama rasmi bagi Malaysia ialah agama Islam)

83 Rajah 4.18:

Hubungan Faktor Jantina Terhadap Soalan B6 (Agama rasmi bagi Malaysia ialah agama Islam)

84 Rajah 4.19:

Hubungan Faktor Bangsa Terhadap Soalan B6 (Agama rasmi bagi Malaysia ialah agama Islam)

84 Rajah 4.20:

Hubungan Faktor Tahap Pendidikan Terhadap Soalan B6 (Agama rasmi bagi Malaysia ialah agama Islam)

85 Rajah 4.21:

Hubungan Faktor Kawasan Kediaman Terhadap Soalan B6 (Agama rasmi bagi Malaysia ialah agama Islam)

85 Rajah 4.22:

Carta Pai Keseluruhan Responden Bagi Soalan B7 (Malaysia dibentuk pada 31 Ogos 1957)

87 Rajah 4.23:

Hubungan Faktor Jantina Terhadap Soalan B7 (Malaysia dibentuk pada 31 Ogos 1957)

88 Rajah 4.24:

Hubungan Faktor Bangsa Terhadap Soalan B7 (Malaysia dibentuk pada 31 Ogos 1957)

89 Rajah 4.25:

Hubungan Faktor Tahap Pendidikan Terhadap Soalan B7 (Malaysia dibentuk pada 31 Ogos 1957)

89 Rajah 4.26:

Hubungan Faktor Kawasan Kediaman Terhadap Soalan B7

90 Rajah 4.27:

(Malaysia dibentuk pada 31 Ogos 1957)

Carta Pai Keseluruhan Responden Bagi Soalan B8 (Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur)

92 Rajah 4.28:

Hubungan Faktor Jantina Terhadap Soalan B8 (Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur)

93 Rajah 4.29:

Hubungan Faktor Bangsa Terhadap Soalan B8 (Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur)

94 Rajah 4.30:

Hubungan Faktor Tahap Pendidikan Terhadap Soalan B8 (Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur)

94 Rajah 4.31:

Hubungan Faktor Kawasan Kediaman Terhadap Soalan B8 (Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur)

95 Rajah 4.32:

Carta Pai Keseluruhan Responden Bagi Soalan B13 (Jalur Gemilang merupakan nama kepada bendera Malaysia)

97 Rajah 4.33:

Hubungan Faktor Jantina Terhadap Soalan B13 (Jalur Gemilang merupakan nama kepada bendera Malaysia)

98 Rajah 4.34:

Hubungan Faktor Bangsa Terhadap Soalan B13 (Jalur Gemilang merupakan nama kepada bendera Malaysia)

99 Rajah 4.35:

Hubungan Faktor Tahap Pendidikan Terhadap Soalan B13 (Jalur Gemilang merupakan nama kepada bendera Malaysia)

99 Rajah 4.36:

Hubungan Faktor Kawasan Kediaman Terhadap Soalan B13 (Jalur Gemilang merupakan nama kepada bendera Malaysia)

100 Rajah 4.37:

Carta Pai Keseluruhan Responden Bagi Soalan B15 (Lagu Kebangsaan Negara Malaysia ialah Satu Malaysia)

102 Rajah 4.38:

Hubungan Faktor Jantina Terhadap Soalan B15 (Lagu Kebangsaan Negara Malaysia ialah Satu Malaysia)

103 Rajah 4.39:

Hubungan Faktor Bangsa Terhadap Soalan B15 (Lagu Kebangsaan Negara Malaysia ialah Satu Malaysia)

Rajah 4.40: Hubungan Faktor Tahap Pendidikan Terhadap Soalan B15 (Lagu Kebangsaan Negara Malaysia ialah Satu Malaysia)

104 Rajah 4.41:

Hubungan Faktor Kawasan Kediaman Terhadap Soalan B15 (Lagu Kebangsaan Negara Malaysia ialah Satu Malaysia)

105 Rajah 4.42:

Carta Pai Keseluruhan Responden Bagi Soalan B17 (Terdapat

3 komponen dalam parlimen iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat)

108 Rajah 4.43:

Hubungan Faktor Jantina Terhadap Soalan B17 (Terdapat

3 komponen Dalam parlimen iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat)

109 Rajah 4.44:

Hubungan Faktor Bangsa Terhadap Soalan B17 (Terdapat

3 komponen Dalam parlimen iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat)

109 Rajah 4.45:

Hubungan Faktor Tahap Pendidikan Terhadap Soalan B17 (Terdapat 3 komponen Dalam parlimen iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat)

110 Rajah 4.46:

Hubungan Faktor Kawasan Kediaman Terhadap Soalan B17 (Terdapat 3 komponen Dalam parlimen iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat)

111 Rajah 4.47:

Carta Pai Keseluruhan Responden Bagi Soalan C1 (Saya lebih mementingkan tugas berkaitan dengan diri saya berbanding tugas terhadap negara)

113 Rajah 4.48:

Hubungan Faktor Jantina Terhadap Soalan C1 (Saya lebih mementingkan tugas berkaitan dengan diri saya berbanding tugas terhadap negara)

114 Rajah 4.49:

Hubungan Faktor Bangsa Terhadap Soalan C1 (Saya lebih mementingkan tugas dengan diri saya Hubungan Faktor Bangsa Terhadap Soalan C1 (Saya lebih mementingkan tugas dengan diri saya

Hubungan Faktor Tahap Pendidikan Terhadap Soalan C1 (Saya lebih mementingkan tugas berkaitan dengan diri saya berbanding tugas terhadap negara)

115 Rajah 4.51:

Hubungan Faktor Kawasan Kediaman Terhadap Soalan C1 (Saya lebih mementingkan tugas berkaitan dengan diri saya berbanding tugas terhadap negara)

116 Rajah 4.52:

Carta Pai Keseluruhan Responden Bagi Soalan C2 (Saya berasa gembira jika dipilih untuk menyertai PLKN)

120 Rajah 4.53:

Hubungan Faktor Jantina Terhadap Soalan C2 (Saya berasa gembira jika dipilih untuk menyertai PLKN)

121 Rajah 4.54:

Hubungan Faktor Bangsa Terhadap Soalan C2 (Saya berasa gembira jika dipilih untuk menyertai PLKN)

121 Rajah 4.55:

Hubungan Faktor Tahap Pendidikan Terhadap Soalan C2 (Saya berasa gembira jika dipilih untuk menyertai PLKN)

122 Rajah 4.56:

Hubungan Faktor Kawasan Kediaman Terhadap Soalan C2 (Saya berasa gembira jika dipilih untuk menyertai PLKN)

122 Rajah 4.57:

Carta Pai Keseluruhan Responden Bagi Soalan C3 (Jika diberi peluang saya mahu bekerja dengan agensi kerajaan)

126 Rajah 4.58:

Hubungan Faktor Jantina Terhadap Soalan C3 (Jika diberi peluang saya mahu bekerja dengan agensi kerajaan)

127 Rajah 4.59:

Hubungan Faktor Bangsa Terhadap Soalan C3 (Jika diberi peluang saya mahu bekerja dengan agensi kerajaan)

127 Rajah 4.60:

Hubungan Faktor Tahap Pendidikan Terhadap Soalan C3 (Jika diberi peluang saya mahu bekerja dengan agensi kerajaan)

128 Rajah 4.61:

Hubungan Faktor Kawasan Kediaman Terhadap Soalan C3 (Jika diberi peluang saya mahu bekerja dengan agensi kerajaan)

Rajah 4.62: Carta Pai Keseluruhan Responden Bagi Soalan C6 (Saya sangat menghormati pahlawan yang telah berkorban untuk mempertahankan negara Malaysia)

132 Rajah 4.63:

Hubungan Faktor Jantina Terhadap Soalan C6 (Saya sangat menghormati pahlawan yang telah berkorban untuk mempertahankan negara Malaysia)

133 Rajah 4.64:

Hubungan Faktor Bangsa Terhadap Soalan C6 (Saya sangat menghormati pahlawan yang telah berkorban untuk mempertahankan negara Malaysia)

134 Rajah 4.65:

Hubungan Faktor Tahap Pendidikan Terhadap Soalan C6 (Saya sangat menghormati pahlawan yang telah berkorban untuk mempertahankan negara Malaysia)

134 Rajah 4.66:

Hubungan Faktor Kawasan Kediaman Terhadap Soalan C6 (Saya sangat menghormati pahlawan yang telah berkorban untuk mempertahankan negara Malaysia)

135 Rajah 4.67:

Carta Pai Keseluruhan Responden Bagi Soalan C11 (Saya merasa penuh bersemangat semasa menyanyikan Lagu Kebangsaan)

138 Rajah 4.68:

Hubungan Faktor Jantina Terhadap Soalan C11 (Saya merasa penuh bersemangat semasa menyanyikan Lagu Kebangsaan)

139 Rajah 4.69:

Hubungan Faktor Bangsa Terhadap Soalan C11 (Saya merasa penuh bersemangat semasa menyanyikan Lagu Kebangsaan)

139 Rajah 4.70:

Hubungan Faktor Tahap Pendidikan Terhadap Soalan C11 (Saya merasa penuh bersemangat semasa menyanyikan Lagu Kebangsaan)

140 Rajah 4.71:

Hubungan Faktor Kawasan Kediaman Terhadap Soalan C11 (Saya merasa penuh bersemangat semasa menyanyikan Lagu Kebangsaan)

Rajah 4.72: Carta Pai Keseluruhan Responden Bagi Soalan C16 (Saya bangga menjadi warganegara Malaysia)

144 Rajah 4.73:

Hubungan Faktor Jantina Terhadap Soalan C16 (Saya bangga menjadi warganegara Malaysia)

145 Rajah 4.74:

Hubungan Faktor Bangsa Terhadap Soalan C16 (Saya bangga menjadi warganegara Malaysia)

145 Rajah 4.75:

Hubungan Faktor Tahap Pendidikan Terhadap Soalan C16 (Saya bangga menjadi warganegara Malaysia)

146 Rajah 4.76:

Hubungan Faktor Kawasan Kediaman Terhadap Soalan C16 (Saya bangga menjadi warganegara Malaysia)

147 Rajah 4.77:

Carta Pai Keseluruhan Responden Bagi Soalan C18 (Saya bersedia berbakti untuk negara)

150 Rajah 4.78:

Hubungan Faktor Jantina Terhadap Soalan C18 (Saya bersedia berbakti untuk negara)

151 Rajah 4.79:

Hubungan Faktor Bangsa Terhadap Soalan C18 (Saya bersedia berbakti untuk negara)

152 Rajah 4.80:

Hubungan Faktor Tahap Pendidikan Terhadap Soalan C18 (Saya bersedia berbakti untuk negara)

152 Rajah 4.81:

Hubungan Faktor Kawasan Kediaman Terhadap Soalan C18 (Saya bersedia berbakti untuk negara)

153 Rajah 4.82:

Carta Pai Keseluruhan Responden Bagi Soalan C20 (Saya tidak rela nama Malaysia diburukkan)

156 Rajah 4.83:

Hubungan Faktor Jantina Terhadap Soalan C20 (Saya tidak rela nama Malaysia diburukkan)

157 Rajah 4.84:

Hubungan Faktor Bangsa Terhadap Soalan C20 (Saya tidak rela nama Malaysia diburukkan)

158 Rajah 4.85:

Hubungan Faktor Tahap Pendidikan Terhadap Soalan C20

(Saya tidak rela nama Malaysia diburukkan) 158 Rajah 4.86:

Hubungan Faktor Kawasan Kediaman Terhadap Soalan C20 (Saya tidak rela nama Malaysia diburukkan)

159

SENARAI JADUAL

7 Jadual 3.1:

Jadual 1.0: Takrifan Umur Belia Mengikut Negara

60 Jadual 4.1:

Nilai Kebolehpercayaan Pemboleh ubah-pemboleh ubah

63 Jadual 4.2:

Taburan Responden Mengikut Jantina

64 Jadual 4.3:

Taburan Responden Mengikut Umur

65 Jadual 4.4:

Taburan Responden Mengikut Bangsa

67 Jadual 4.5:

Taburan Responden Mengikut Pendidikan

68 Jadual 4.6:

Taburan Responden Mengikut Pekerjaan

70 Jadual 4.7:

Taburan Responden Mengikut Daerah

Analisis Korelasi Pearson antara Pengetahuan Politik dengan Semangat Patriotisme

71 Jadual 4.8:

Frekuensi Responden Bagi Soalan B1 (Yang di-Pertuan Agong Akan memerintah Negara selama 10 tahun)

72 Jadual 4.9:

Ujian Crosstab Terhadap Soalan B1 (Yang di-Pertuan Agong Akan memerintah Negara selama 10 tahun) Berdasarkan Jantina

73 Jadual 4.10:

Frekuensi Responden Bagi Soalan B3 (Binatang yang menjadi Lambang negara Malaysia ialah harimau dan bunga kebangsaan Malaysia ialah bunga raya)

77 Jadual 4.11:

Ujian Crosstab Terhadap Soalan B3 (Binatang yang menjadi Lambang negara Malaysia ialah harimau dan bunga kebangsaan Malaysia ialah bunga raya) Berdasarkan Jantina

78 Jadual 4.12:

Frekuensi Responden Bagi Soalan B6 (Agama rasmi bagi Malaysia ialah agama Islam)

82 Jadual 4.13:

Ujian Crosstab Terhadap Soalan B6 (Agama rasmi bagi Malaysia

83 Jadual 4.14:

ialah agama Islam) Mengikut Jantina

Frekuensi Responden Bagi Soalan B7 (Malaysia dibentuk pada 31 Ogos 1957)

87 Jadual 4.15:

Ujian Crosstab Terhadap Soalan B7 (Malaysia dibentuk pada 31 Ogos 1957) Mengikut Jantina

88 Jadual 4.16:

Frekuensi Responden Bagi Soalan B8 (Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur)

92 Jadual 4.17:

Ujian Crosstab Terhadap Soalan B8 (Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur) Mengikut Jantina

93 Jadual 4.18:

Frekuensi Keseluruhan Responden Bagi Soalan B13 (Jalur Gemilang merupakan nama kepada bendera Malaysia)

97 Jadual 4.19:

Ujian Crosstab Terhadap Soalan B13 (Jalur Gemilang merupakan nama kepada bendera Malaysia) Mengikut Jantina

98 Jadual 4.20:

Frekuensi Keseluruhan Responden Bagi Soalan B15 (Lagu Kebangsaan Negara Malaysia ialah Satu Malaysia

102 Jadual 4.21:

Ujian Crosstab Terhadap Soalan B15 (Lagu Kebangsaan Negara Malaysia ialah Satu Malaysia) Mengikut Jantina

103 Jadual 4.22:

Frekuensi Keseluruhan Responden Bagi Soalan B17 (Terdapat 3 komponen dalam parlimen iaitu Yang di-PertuanAgong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat)

107 Jadual 4.23:

Ujian Crosstab Terhadap Soalan B17 (Terdapat 3 komponen dalam parlimen iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat) Mengikut Jantina

108 Jadual 4.24:

Frekuensi Keseluruhan Responden Bagi Soalan C1 (Saya lebih Mementingkan tugas berkaitan dengan diri saya berbanding tugas terhadap negara)

113 Jadual 4.25:

Ujian Crosstab Terhadap Soalan C1 (Saya lebih mementingkan

Tugas berkaitan dengan diri saya berbanding tugas terhadap negara) Mengikut Jantina

114 Jadual 4.26:

Frekuensi Keseluruhan Responden Bagi Soalan C2 (Saya berasa gembira jika dipilih untuk menyertai PLKN)

119 Jadual 4.27:

Ujian Crosstab Terhadap Soalan C2 (Saya berasa gembira jika dipilih untuk menyertai PLKN) Mengikut Jantina

120 Jadual 4.28:

Frekuensi Keseluruhan Responden Bagi Soalan C3 (Jika diberi peluang saya mahu bekerja dengan agensi kerajaan)

125 Jadual 4.29:

Ujian Crosstab Terhadap Soalan C3 (Jika diberi peluang saya mahu bekerja dengan agensi kerajaan) Mengikut Jantina

126 Jadual 4.30:

Frekuensi Keseluruhan Responden Bagi Soalan C6 (Saya sangat menghormati pahlawan yang telah berkorban untuk mempertahankan negara Malaysia)

132 Jadual 4.31:

Ujian Crosstab Terhadap Ujian Crosstab Terhadap Soalan C6 (Saya sangat menghormati pahlawan yang telah berkorban untuk mempertahankan negara Malaysia) Mengikut Jantina

133 Jadual 4.32:

Frekuensi Keseluruhan Responden Bagi Soalan C11 (Saya merasa penuh bersemangat semasa menyanyikan Lagu Kebangsaan)

137 Jadual 4.33:

Ujian Crosstab Terhadap Soalan C11 (Saya merasa penuh bersemangat semasa menyanyikan Lagu Kebangsaan) MengikutJantina

138 Jadual 4.34:

Frekuensi Keseluruhan Responden Bagi Soalan C16 (Saya bangga menjadi warganegara Malaysia)

143 Jadual 4.35:

Ujian Crosstab Terhadap Soalan C16 (Saya bangga menjadi warganegara Malaysia) Mengikut Jantina

144 Jadual 4.36:

Frekuensi Keseluruhan Responden Bagi Soalan C18

(Saya bersedia berbakti untuk negara) 150 Jadual 4.37:

Ujian Crosstab Terhadap Soalan C18 (Saya bersedia berbakti untuk negara) Mengikut Jantina

151 Jadual 4.38:

Frekuensi Keseluruhan Responden Bagi Soalan C20 (Saya tidak rela nama Malaysia diburukkan)

156 Jadual 4.39:

Ujian Crosstab Terhadap Soalan C20 (Saya tidak rela nama Malaysia diburukkan) Mengikut Jantina

157

SENARAI SINGKATAN

DBN

Dasar Belia Negara

IPPBM

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia KBS

Kementerian Belia dan Sukan

PLKN

Program Latihan Khidmat Negara

PKSN

Program Khidmat Sosial Negara

Sekolah Menengah

BAB SATU PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Patriotisme seringkali dikaitkan dengan cintakan watan merupakan satu semangat atau nilai yang perlu dihayati oleh segenap lapisan masyarakat khususnya generasi muda. Maka, nilai-nilai patriotisme yang merupakan sebahagian daripada nilai-nilai murni, sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin, akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Oleh itu, adalah sangat wajar bagi generasi muda khususnya menjadikan nilai-nilai patriotisme sebagai amalan atau pegangan serta disemai dalam jiwa segenap lapisan masyarakat Malaysia demi kelangsungan negara dalam menghadapi era pasca modenisme dan dikenali sebagai masyarakat majmuk.

Belia adalah kekuatan utama kepada pembangunan negara. Ia juga amat penting bagi belia untuk mempunyai perasaan persaingan dan semangat yang tinggi untuk mencintai negara mereka supaya generasi negara akan datang terdiri daripada generasi yang mempunyai semangat untuk memajukan negara. Malangnya, pada masa ini ramai generasi muda mempunyai semangat patriotik yang sangat rendah dalam dirinya. Ini merupakan satu perkara biasa dalam kalangan generasi muda yang dilahirkan selepas kemerdekaan. Kesedaran patriotik mereka semakin berkurangan dari masa ke masa dan ia telah menjadi satu keperluan untuk menjalankan penyelidikan untuk mengetahui tahap patriotisme. Mereka sekadar mengetahui takrif patriotik kerana mudah ditemui dan difahami dari akhbar dan iklan di media elektronik. Punca kekurangan semangat nasionalisme dalam kalangan generasi muda ini adalah kerana mereka mempunyai kehidupan yang selesa dan tidak pernah berjuang untuk membebaskan negara daripada Belia adalah kekuatan utama kepada pembangunan negara. Ia juga amat penting bagi belia untuk mempunyai perasaan persaingan dan semangat yang tinggi untuk mencintai negara mereka supaya generasi negara akan datang terdiri daripada generasi yang mempunyai semangat untuk memajukan negara. Malangnya, pada masa ini ramai generasi muda mempunyai semangat patriotik yang sangat rendah dalam dirinya. Ini merupakan satu perkara biasa dalam kalangan generasi muda yang dilahirkan selepas kemerdekaan. Kesedaran patriotik mereka semakin berkurangan dari masa ke masa dan ia telah menjadi satu keperluan untuk menjalankan penyelidikan untuk mengetahui tahap patriotisme. Mereka sekadar mengetahui takrif patriotik kerana mudah ditemui dan difahami dari akhbar dan iklan di media elektronik. Punca kekurangan semangat nasionalisme dalam kalangan generasi muda ini adalah kerana mereka mempunyai kehidupan yang selesa dan tidak pernah berjuang untuk membebaskan negara daripada

Menurut Saifuddin (2002), generasi muda hari ini hendaklah sentiasa memupuk semangat setia dan patriotisme dan tidak melakukan sesuatu yang boleh merugikan bangsa dan negara. Sikap berpuak-puak dan bermusuhan sesama sendiri akan menghancurkan semangat patriotisme. Oleh itu, mereka perlu mengamalkan falsafah hidup yang tidak mengutamakan kepentingan diri semata-mata, kepentingan negara hendaklah diambil kira bersama kerana kepentingan negara akan membawa kebaikan yang lebih baik kepada diri sendiri. Sewajarnya nilai-nilai patriotisme perlu ditanam dalam jiwa remaja kerana pada peringkat ini remaja masih dalam proses menuju dewasa. Patriotisme dapat mengajar remaja mendisiplinkan diri mereka. Disiplin yang utuh akan membantu mereka mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi. Negara memerlukan generasi yang berdisiplin dan produktif kerana ia menjadi kemudi pembangunan dan kepimpinan negara pada masa akan datang. Kesimpulannya, kerajaan perlu memupuk semangat cintakan negara dalam setiap orang rakyat, khususnya dalam kalangan remaja supaya dapat melahirkan modal insan yang cinta akan negara dan pemimpin yang berwibawa untuk masa yang akan datang.

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Terdapat beberapa faktor yang menghalang usaha menyemai dan menyubur semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat, lebih-lebih lagi apabila rakyat Malaysia terdiri dari pelbagai kaum atau masyarakat majmuk. Pertama ialah nilai-nilai individualisme. Sikap ini merujuk kepada mementingkan diri tanpa menghiraukan kepentingan negara dan masyarakat. Mereka yang mengamalkan sikap ini akan berusaha agar diri mereka didahulukan dari kepentingan negara jika berlaku sesuatu hal seperti negara mengalami kegawatan ekonomi atau berada dalam peperangan, maka mereka akan melarikan diri ke negara lain. Sikap ini semakin merebak dalam masyarakat yang boleh ditandai melalui perkembangan sikap „individu autonomi' atau individu berdaulat.

Kedua ialah, era globalisasi dan liberalisme. Era globaliasi dan liberalisme merujuk kepada negara tanpa sempadan, perdagangan bebas, kemasukan budaya asing dengan mudah dan sebagainya. Situasi ini akan melahirkan masyarakat yang bebas, mudah terpengaruh dengan budaya asing yang negatif, ekonomi negara dikuasai oleh syarikat multinasional dan sektor pelaburan dimonopoli oleh negara maju. Akibatnya, kedaulatan negara akan tergugat dan masyarakat akan terikut dengan budaya asing dan seterusnya, semangat cintakan negara akan terkubur. Inilah yang dibimbangi oleh Perdana Menteri iaitu globalisasi menyebabkan negara menjadi hanya sebuah daerah dunia, dan pada ketika itu sukar untuk memupuk semangat patriotisme pada sebuah negara yang tidak wujud lagi.

Ketiga ialah sikap prasangka. Ia merupakan tindakan menyangka dahulu berasaskan generalisasi-generalisasi umum (stereotaip) tanpa bukti yang kukuh dan biasanya merupakan sangkaan buruk. Jika ini telah menjadi stereotaip, ia akan sukar diubah walaupun ada bukti untuk menafikannya. Sebagai contoh, jika masyarakat bukan Melayu menganggap Malaysia sebagai tanah air bagi masyarakat Melayu dan bukan Melayu sebagai pendatang, maka ia akan menyebabkan semangat patriotisme itu sukar untuk disemai dalam diri masyarakat bukan Melayu. Ini ditambah lagi dengan masyarakat berbilang kaum di mana sifat prasangka antara kaum masih lagi dijiwai oleh rakyat.

Keempat ialah sentimen perkauman, ia merupakan sikap mementingkan kumpulan etnik sendiri. Fenomena ini wujud dalam aspek ekonomi, politik dan sosial di mana setiap kumpulan etnik akan mementingkan kumpulannya sahaja. Ini ditambah lagi dengan pemisahan fizikal tempat kediaman, perbezaan sosioekonomi dalam kalangan kaum dan perbezaan budaya pula ditonjolkan dalam setiap kehidupan. Keadaan ini akan membawa kepada perjuangan kepentingan kaum dari kepentingan negara. Dalam masyarakat berbilang kaum, agama dan keturunan, isu patriotisme lebih mencabar kerana unsur keturunan dan agama boleh mempengaruhi jiwa dan Keempat ialah sentimen perkauman, ia merupakan sikap mementingkan kumpulan etnik sendiri. Fenomena ini wujud dalam aspek ekonomi, politik dan sosial di mana setiap kumpulan etnik akan mementingkan kumpulannya sahaja. Ini ditambah lagi dengan pemisahan fizikal tempat kediaman, perbezaan sosioekonomi dalam kalangan kaum dan perbezaan budaya pula ditonjolkan dalam setiap kehidupan. Keadaan ini akan membawa kepada perjuangan kepentingan kaum dari kepentingan negara. Dalam masyarakat berbilang kaum, agama dan keturunan, isu patriotisme lebih mencabar kerana unsur keturunan dan agama boleh mempengaruhi jiwa dan

Masih juga terdapat rakyat yang tidak lagi menghayati erti kemerdekaan yang telah dikecap mereka. Ini berkemungkinan semangat patriotisme semakin luput dalam jiwa segelintir penduduk Malaysia ataupun mereka tidak menyedari akan kepentingan semangat patriotisme dalam kehidupan mereka. Ini tidak dapat dinafikan tanpa semangat patriotisme, jati diri masyarakat Malaysia akan lenyap ditelan arus globalisasi apatah lagi terdapat kekurangan usaha dalam menerapkan nilai patriotisme dalam kalangan remaja yang menimbulkan masalah-masalah sosial yang semakin kronik kini berpunca dari ketiadaan nilai patriotisme dalam kalangan remaja.

Begitu juga, sikap individu dan materialistik yang menjadi aliran hidup masa kini seolah- olah menyekat perkembangan sikap dan semangat patriotisme. Era kepesatan ekonomi masa kini seolah-olah menarik seluruh tenaga dan fikiran umum ke arah yang bercorak materialistik. Berdasarkan tinjauan rambang ke atas remaja di Kuala Lumpur, kebanyakan mereka mengaku semangat patriotisme tidak wujud lagi. Jika ada pun, peratusnya dalam jumlah yang sedikit sekali (Fahda Nur Akma, 1995).

Kenyataan tersebut selari dengan pendapat Tajul Ariffin Nordin (1985) yang mengatakan antara sebab patriotisme luntur dalam kalangan pelajar ialah kemewahan hidup. Matlamat utama pembangunan adalah dalam sektor pembangunan berasaskan sains dan teknologi, nilai-nilai kebendaan, kekayaan dan kemewahan diletakkan terlalu tinggi dari nilai-nilai agama, moral, akhlak, sejarah dan negara. Oleh itu, tidak menghairankan apabila mereka telah memperoleh kekayaan dan kemewahan, sikap dan tanggungjawab terhadap negara dilupakan. Fenomena ini benar di seluruh negara.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua objektif khusus dalam kajian ini iaitu:

1. Mengenalpasti sejauh mana tahap pengetahuan politik dalam kalangan belia di Perak.

2. Mengenalpasti sejauh mana tahap semangat patriotisme dalam kalangan belia di Perak.

1.4 HIPOTESIS KAJIAN

Penyelidik telah membentuk hipotesis alternatif yang terdapat hubungan dengan kesedaran patriotisme. Antara andaian yang dibuat oleh penyelidik ialah:

Ha 1 - Terdapat hubungan antara pengetahuan politik dengan semangat patriotisme dalam kalangan belia di Perak.

1.5 KERANGKA KAJIAN

Pemboleh ubah terikat Pembolehubah tidak terikat

Tahap pengetahuan politik Tahap kesedaran patriotisme

Rajah 1: Kerangka Kajian

1.6 SIGNIFIKAN KAJIAN

Belia merupakan aset terpenting negara dan merupakan pewaris kepimpinan pada masa depan yang akan meneruskan kesinambungan pembangunan negara. Justeru, pembangunan golongan belia yang mapan harus dititikberatkan dan langkah yang wajar perlu diambil bagi menjamin golongan belia dapat menyumbang secara positif ke arah itu. Golongan belia ini haruslah diperlengkap dengan segala asas contohnya dalam bidang keusahawanan, kepimpinan, ICT dan berkeperibadian tinggi supaya mereka dapat mengatasi halangan dalam arus globalisasi seterusnya dapat menjawat segala tanggungjawab mereka di masa hadapan.Kajian ini penting dijalankan kerana dapat mengkaji tahap kesedaran patriotisme dalam kalangan belia di Perak.

1.7 SKOP KAJIAN

Kajian ini juga memberi tumpuan untuk mengkaji pengetahuan politik dalam meningkatkan kesedaran patriotisme dalam kalangan belia. Populasi kajian terdiri daripada golongan belia di negeri Perak.

1.8 DEFINISI KONSEP

1.8.1 Belia

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (2010), mentakrifkan bahawa belia adalah individu daripada kelompok umur 15 hingga 40 tahun. Definisi ini adalah selaras dengan Dasar Pembangunan Belia Negara yang telah digubal pada 1985. Secara umumnya, Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu (PBB), mentafsir belia terdiri daripada mereka yang berumur 15 hingga 24 tahun. Commonwealth Youth Programme mengiktiraf individu yang berumur 15 sehingga 29 tahun sebagai belia. Sebenarnya definisi belia mengikut kelompak umur berbeza-beza mengikut negara.

Jadual 1.0 Takrifan Umur Belia Mengikut Negara

Negara

Kategori Umur Belia

15 – 25 tahun Singapura

13 – 35 tahun Australia

India

15 – 25 tahun New Zealand

15 – 24 tahun Sumber: YouthPolicyFormulation Manual, United Nation 1999

Azizan Bahari (1995), menyatakan lingkungan umur antara 15 hingga 40 tahun sebagai belia itu adalah luas dan barangkali yang sesuai adalah antara 13 hingga 30 tahun. Ia adalah satu lingkungan umur yang sesuai dipanggil belia, walaupun masih terdapat beberapa hal yang berbeza daripada aspek tahap bersekolah, mencari kerja, memulakan kerjaya, berkenalan, mencari pasangan hidup, berumah tangga dan sebagainya. Biasanya, individu yang berusia lebih daripada

30 tahun sudah berkeluarga manakala mereka yang berusia lebih daripada 35 tahun, meletakkan kerjaya di samping masa depan keluarga sebagai fokus hidup.

Menurut Azizan Bahari (1995), sebagaimana yang dinyatakan di atas adalah luas dan tidak sesuai lagi bagi masyarakat kita yang cepat berkembang. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (khasnya ESCAP) menggunakan lingkungan umur antara 15 hingga 25 tahun manakala, Commonwealth Youth Programme (CYP) pula menganggap kumpulan umur 18 hingga 35 tahun sebagai belia . Walaupun pelbagai interpretasi dikemukakan apabila membincangkan isu belia, definisi yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan dijadikan fokus yang dibincangkan Menurut Azizan Bahari (1995), sebagaimana yang dinyatakan di atas adalah luas dan tidak sesuai lagi bagi masyarakat kita yang cepat berkembang. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (khasnya ESCAP) menggunakan lingkungan umur antara 15 hingga 25 tahun manakala, Commonwealth Youth Programme (CYP) pula menganggap kumpulan umur 18 hingga 35 tahun sebagai belia . Walaupun pelbagai interpretasi dikemukakan apabila membincangkan isu belia, definisi yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan dijadikan fokus yang dibincangkan

Merujuk Siri Pembangunan Belia: Belia dan Pembangunan Modal Insan (2009), istilah belia itu sendiri memberikan gambaran kepada kita sebagai seorang insan yang mempunyai ciri- ciri positif termasuk bertenaga, tangkas, kreatif dan inovasi. Jika kita teliti fakta sejarah, Nabi Muhammad SAW telah menerima wahyu menjadi rasul pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan sahabat lain yang ketika itu juga dalam kelompok muda seperti Saidina Abu Bakar 37 tahun, Umar Al-Khatab 27 tahun, Usman bin Affan 34 tahun dan Ali bin Abu Talib 13 tahun. Dalam konteks kepimpinan pula, golongan muda diberikan kepercayaan penuh termasuk: Ali bin Abu Talib untuk menggantikan tempat tidur baginda sewaktu orang kafir Quraisy mengepung rumah baginda dengan tujuan membunuh baginda di dalam peristiwa hijrah; dan Abdullah bin Masud, Abdul Rahman bin Auf, Usamah bin Zaid, Musab bin Umair, Bilal bin Rabah serta Amar bin Yasir dalam mengerak, memperjuang dan mengembangkan agama Islam. Ini membuktikan bahawa golongan muda jika diberikan kepercayaan dan bimbingan akan memberikan impak yang besar kepada sesebuah bangsa dan negara. Justeru, kerajaan telah merancang pelbagai program bagi memastikan golongan belia dapat menyertai program dan aktiviti persatuan, dan memastikan matlamat kerajaan untuk membangunkan belia tercapai.

Menurut Fareza Othman (2007), belia bermaksud mereka yang berumur antara 20 hingga

40 tahun. Golongan belia di Malaysia mewakili 40 peratus penduduknya. Belia dikatakan sebagai stakeholder kepada pemacu dan pemangkin kemajuan negara. Dalam perkembangan pembangunan belia, mereka sebenarnya mengikut pola perkembangan yang boleh diramal; setiap individu berkembang mengikut cara gaya yang tersendiri. Ini bermakna setiap belia adalah berbeza semenjak dilahirkan dan perbezaan ini adalah wujud sepanjang masa. Ini bermakna, perkembangan pembangunan sahsiah belia amat bergantung kepada dua keadaan iaitu baka dan 40 tahun. Golongan belia di Malaysia mewakili 40 peratus penduduknya. Belia dikatakan sebagai stakeholder kepada pemacu dan pemangkin kemajuan negara. Dalam perkembangan pembangunan belia, mereka sebenarnya mengikut pola perkembangan yang boleh diramal; setiap individu berkembang mengikut cara gaya yang tersendiri. Ini bermakna setiap belia adalah berbeza semenjak dilahirkan dan perbezaan ini adalah wujud sepanjang masa. Ini bermakna, perkembangan pembangunan sahsiah belia amat bergantung kepada dua keadaan iaitu baka dan

1.8.2 Patriotisme

Menurut Ahmad Shah Pakeer etal. (2011), patriotisme adalah untuk membina sebuah negara,ia memerlukan banyak perjuangan dan pengorbanan untuk mencapai matlamat secara keseluruhannya.Oleh itu, kemerdekaan adalah puncak untuk mencapai semangat patriotik dalam kalanganrakyat. Ia adalah satu tugas yang sukar untuk mendidik semangat patriotisme dalam kalangan rakyat kerana ia bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak. Bagi mengekalkan kemerdekaan yang dimiliki, semangat patriotik telah wujud. Perkataan patriotisme berasal daripada bahasa Greek, iaitu ' patriotes ' yang membawa makna rakan-rakan dari negara yang sama dan ' patrice ' yang bermaksud tanah air atau negara. Ia bermakna hubungan antara sekumpulan rakan-rakan di negara yang sama dengan tanah yang asli. Dalam bahasa Arab, ia diwakili oleh perkataan ' wataniah ' atau dalam erti kata lain, perkara-perkara yang berkaitan dengan tanah air. Walaupun patriotisme sering disamakan dengan nasionalisme tetapi kedua-duanya mempunyai perbezaan masing-masing. Ini kerana semangat patriotik dapat disimpulkan sebagai roh atau kumpulan orang-orang yang mempunyai pendapat yang sama dalam mengekalkan dan melindungi negara tercinta. Nasionalisme wujud selepas patriotisme dibina di dalam jiwa setiap individu dalam masyarakat tersebut. Ia wujud selepas beransur-ansur penjanaan nilai-nilai positif patriotik dalam individu untuk mempertahankan semangat nasionalisme.

Seorang patriot dikatakan sebagai seorang yang cintakan negaranya dan akan membuat apa sahaja untuk mempertahankannya. Patriot bermaksud orang yang mempertahankan (memperjuangkan) kebebasan atau hak tanah air atau pembela negara. Patriot juga bererti orang yang cinta tanah airnya dan akan melakukan apa saja demi untuknya.

Bill Totten (1998) menjelaskan patriotisme bermaksud semangat cintakan negara. Menurut beliau, tidak ada bangsa, keluarga, pasukan dan kumpulan dalam apa bentuk pun boleh berfungsi dengan baik melainkan semua ahli cintakan negara. Bagi Doob (1964), beliau menjelaskan patriotisme itu ialah “ as the more or less conscious conviction of a person that his own welfare and that of the significant groups to which he belongs are dependent upon the preservation or expansion (or both) of the power and culture of his society” .

Nordin Kardi (2003) menerangkan bahawa patriotisme membawa erti fahaman atau pegangan serta kepercayaan yang menggabungkan individu, kelompok dan wilayah di mana kelompok tersebut menghuni. Ia juga melibatkan slogan dan simbol yang mencetuskan pengaruh yang kuat terhadap tingkahlaku manusia. Ia sering kali dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan seseorang terhadap negaranya sendiri. Seseorang itu dianggap patriot apabila tindakan dan amalannya menepati ciri-ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara.

Selain itu, patriotisme juga didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap „tanah air‟ oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. „Tanah air‟ atau „ibu pertiwi‟ itu mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini memaksudkan bangsa dan negara. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Patriotisme berkait rapat dengan nasionalisme dan istilah-istilah ini digunakan seolah- olah sinonim dengan satu sama lain. Patriotisme mengandungi konotasi etika. Contohnya 'tanah air' ini sendirinya adalah satu taraf moral atau nilai moral. Patriotisme juga membayangkan bahawa seseorang wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan kelompoknya. Ketika peperangan, mungkin nyawa diri yang perlu dikorbankan. Gugur dalam pertempuran demi tanah air merupakan contoh tipikal bagi patriotisme ekstrem. Patriotisme boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu: Selain itu, patriotisme juga didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap „tanah air‟ oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. „Tanah air‟ atau „ibu pertiwi‟ itu mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini memaksudkan bangsa dan negara. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Patriotisme berkait rapat dengan nasionalisme dan istilah-istilah ini digunakan seolah- olah sinonim dengan satu sama lain. Patriotisme mengandungi konotasi etika. Contohnya 'tanah air' ini sendirinya adalah satu taraf moral atau nilai moral. Patriotisme juga membayangkan bahawa seseorang wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan kelompoknya. Ketika peperangan, mungkin nyawa diri yang perlu dikorbankan. Gugur dalam pertempuran demi tanah air merupakan contoh tipikal bagi patriotisme ekstrem. Patriotisme boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

ii. Patriotisme rasmi

Patriotisme peribadi adalah berperasaan dan sukarela. Patriot mematuhi nilai-nilai patriotik tertentu, seperti menghormati bendera. Kerajaan memupuk patriotisme rasmi yang penuh isi simbolik dan istiadatnya. Patriotisme ini adalah kepentingan logik negeri itu sendiri, yang memperoleh kesahan dari menjadi penyataan kebaikan bersama komuniti politik. Tugu negara dan Hari Bekas Perajurit dan upacara peringatan merupakan contoh-contoh bagi jenis patriotisme ini. Selalunya patriotisme rasmi diatur oleh protokol, dengan kaedah-kaedah tertentu untuk mengendali bendera, atau jaminan atau penunjukan kesetiaan tertentu.

Patriotisme banyak bergantung kepada tindakan simbolik, seperti mempamerkan bendera, menyanyi lagu kebangsaan, menyertai perhimpunan beramai-ramai, meletakkan pelekat bampar patriotik pada kenderaan, atau apa-apa cara sekalipun untuk menyatakan kesetiaan kepada negara di peringkat umum. Patriotisme simbolik ketika perang dijangka menaikkan semangat yang pula menyumbang kepada usaha perang. Patriotisme masa aman tidak boleh dikaitkan begitu mudah kepada faedah yang boleh diukur untuk negeri, namun patriot tidak merendah-rendahkannya (Amanda Libbie Kelebit etal. , 2009).

Bagi Zulhilmi Paidi etal. (2011), patriotisme adalah perasaan, sikap, world-view serta nilai terhadap negara atau negeri sendiri. Maksud perasaan di sini ialah seperti cinta, menghormati atau kasih terhadap objek yang ditujukan.

Berns (1997), menegaskan bahawa semangat patriotisme bukanlah wujud secara semula jadi dalam diri individu tetapi semangat tersebut perlu disemai, dipupuk dan diajar. Justeru, pendidikan merupakan mekanisme yang efisien untuk mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat sesebuah negara.

1.8.3 Perak

Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa. Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama Perak Man. Negeri Perak lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran dari penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848 oleh Cik Long Jaafar. Dengan kejumpaan ini ekonomi Negeri Perak berkembang dengan pesat dan lebih banyak kawasan perlombongan dibuka. Selain bijih timah, getah juga memainkan peranan yang penting dan ditanam setelah 34 orang Sultan memerintah turun temurun (Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak, 2014).

Terdapat perlbagai pendapat mengenai asal usul nama “Perak”. Setengah pendapat mengatakan bahawa nama itu diambil bersempena dengan Bendahara Tun Perak dari Melaka dan setengahnya pula mengatakan ia diambil dari „kilatan ikan dalam air‟ yang berkilau seperti perak. Justeru, pengenalan nama negeri ini sendiri telah membayangkan tentang khazanah yang

terkandung di buminya. Perak mempunyai keluasan kira-kira 21,005 km 2 (6.4% daripada jumlah keluasan Malaysia) dan merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia.Ibu

negeri Perak ialah Ipoh dan Kuala Kangsar merupakan Bandar Diraja. Perak mempunyai 24 kawasan Parlimen, 59 kawasan Dewan Undangan Negeri dan 10 daerah iaitu Batang Padang, Kinta, Kuala Kangsar, Larut, Matang dan Selama, Kerian, Manjung, Hilir Perak, Perak Tengah dan Hulu Perak. Sungai Perak pula merupakan sungai yang terpanjang di negeri Perak serta yang kedua terpanjang di Semenanjung selepas Sungai Pahang. Bandar-bandar lain adalah seperti Bidor, Tapah, Teluk Intan, Sungkai, Lumut dan Taiping. Perak menawarkan destinasi pelancongan menarik seperti Lumut, Pulau Pangkor, Teluk Batik, Bukit Larut (Maxwell Hill), Muzium Darul Ridzuan, Muzium Geologi, Stesen Kereta Api Ipoh, Istana Kellie‟s, Kuala Gula,

Air Terjun Lata Iskandar, Lata Kinjang, Kompleks Sejarah Pasir Salak, Muzium Perak, Perak Tong, Projek Sungai Terrapin Bota Kanan, Muzium Diraja, Ladang Rusa Sungkai, Air Panas Tambun, Taman Tasik Taiping, Zoo Taiping, Menara Condong Teluk Intan, Tasik Temenggor dan Gua Tempurung (Portal Pusat Maklumat Rakyat, 2014).

Unjuran penduduk di Perak pada tahun 2010 adalah seramai 2,460,800 orang.Secara keseluruhannya, golongan belia di Perak adalah seramai 973,000 orang yang terdiri daripada 501,000 orang belia dan 472,000 orang beliawanis (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2013).

1.9 KESIMPULAN

Kesimpulannya, program atau aktiviti yang berkaitan dengan belia perlu dipertingkatkan supaya dapat mewujudkan semangat patriotisme dalam kalangan belia di seluruh Malaysia.

BAB DUA ULASAN KARYA

2.1 PENGENALAN

Dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan dan mengulas beberapa karya yang memfokus kepada skop kajian yang dilakukan ini. Ia memberikan gambaran awal untuk merekabentuk penyelidikan ini. Menerusi tinjauan kajian-kajian atau jurnal yang lepas, penyelidik dapat mengenalpasti objektif-objektif yang digunakan sebagai panduan asas kepada kajian ini.

2.2 LATAR BELAKANG PENGURUSAN BELIA DI MALAYSIA

Proses pengurusan belia di negara ini telah berlangsung iaitu semenjak sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi, namun pada masa itu usaha-usaha penyelarasan setiap fungsi dan pelan pembangunan belia berlangsung secara tidak jelas tanpa koordinasi yang jitu daripada pihak kerajaan. Menyedari kegiatan belia secara berpersatuan yang semakin berkembang dan bagi tujuan memupuk serta membantu perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) pada tahun 1964 dan pada tahun 2000 proses gerakan belia di negara ini terus mengalami transformasi apabila Bahagian Belia telah diletakkan pentadbirannya di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara yang baru ditubuhkan dan ia dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Belia.

2.3 DASAR PEMBANGUNAN BELIA NEGARA

Memperakui peranan besar golongan belia dalam mengisi wawasan negara dan menyedari hakikat perlunya agenda pembangunan belia dirancang secara bersepadu lagi menyeluruh berdasarkan Memperakui peranan besar golongan belia dalam mengisi wawasan negara dan menyedari hakikat perlunya agenda pembangunan belia dirancang secara bersepadu lagi menyeluruh berdasarkan

Dasar ini adalah sangat penting kerana menjadi dokumen pertama secara rasminya memberi takrifan belia di Malaysia adalah mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun dan telah menggariskan matlamat pembangunan belia yang lebih berfokus dan jelas. Menurut kenyataan Dasar Pembangunan Belia, matlamat utama pembangunan belia ialah untuk:

“Mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akhliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, berdikari bersemangat sukarela dan patriotik, serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan

kemakmuran bangsa, agama dan negara selaras dengan wawasan 2020”.

Bagi mencapai matlamat tersebut Dasar Pembangunan Belia Negara 1997 telah menggariskan tujuh (7) strategi yang perlu dilaksanakan iaitu:

i. Pembangunan Ilmu ii.

Pembentukan Sikap iii.

Pembangunan Kemahiran dan Keusahawanan iv.

Pemupukan Gaya Hidup Sihat v.

Kemudahan lnteraksi Sosial vi.

Perkongsian dan Pembangunan vii.

Jaringan Hubungan Antarabangsa

2.4 PEMBANGUNAN BELIA

Berdasarkan ucapan Y.B. Dato‟ Ismail Sabri Yaakob Menteri Belia Dan Sukan Malaysia Sempena Majlis Pelancaran Hari Dan Minggu Belia Negara 2008 menyatakan bahawa pembangunan belia adalah satu isu yang penting dalam pembangunan negara. Kalau dahulu, pembangunan belia ini dianggap sebagai satu isu yang mudah dan kurang mendapat perhatian, namun sejak kerajaan diambilalih oleh YAB Dato‟ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, sebagai Perdana Menteri, perhatian besar diberikan kepada golongan muda. Sehingga kini, pembuat dasar, pelaksana, penyelidik dan pemimpin belia terus berusaha melakukan sesuatu untuk memastikan mereka mendapat hasil yang sesuai daripada usaha pembangunan yang mereka usahakan. Usaha pembangunan belia tidak boleh dijalankan secara „tangkap muat‟. Pembangunan belia mesti mengikut selera dan minat individu atau kelompok tertentu serta ia juga tidak boleh dijalankan dalam konteks yang terasing daripada ekologi belia, rakan sebaya dan keluarga yang di mana ia merupakan tempat mereka tinggal serta berinteraksi. Masyarakat dan institusi perlu memberikan peluang untuk golongan belia membangun dalam perkara-perkara penting seperti kemahiran, keyakinan, keperibadian dan sebagainya sebagai memperkasakan modal sumber manusianya.

Pembangunan belia berbentuk positif merupakan satu pelaburan ke atas pembangunan setiap individu. Ia merangkumi satu bentuk kepimpinan diri sama ada dari sudut pemikiran, emosi dan fizikal melalui sumber dan pendekatan yang betul. Kualiti kepimpinan generasi belia seringkali mencuri tumpuan bual bicara yang meresahkan pelbagai pihak dalam masyarakat. Mereka yang terbabit dengan pembangunan belia di Malaysia perlu melihat realiti semasa dan akan datang. Perubahan yang berlaku di sekeliling kita memerlukan kita mengambil langkah- langkah yang sesuai untuk menilai kembali usaha kita dalam pembangunan belia. Pendekatan- pendekatan baru perlu digubal dan diambilkira seperti menggunakan penyelidikan-penyelidikan dalam perancangan dan penilaian program pembangunan belia.