ANALISIS OBJEKTIF PERTAMA

5.2.2 SOSIAL

5.2.2.1 PERANAN ZOO TERHADAP MASYARAKAT

Melalui pemerhatian yang telah dinyatakan dalam bab sebelum ini, Zoo Melaka dilihat dapat memainkan peranan dalam membentuk interaksi sosial yang lebih sihat di kalangan masyarakat selain mampu menjadi medium pembelajaran tidak formal untuk penambahan pengetahuan tentang haiwan dan alam sekitar. Dalam hal ini, pembangunan ruang dan infrastruktur Zoo serta kaedah pameran haiwan yang bersesuaian merupakan faktor penting untuk memastikan Zoo yang dibangunkan dapat memainkan peranan seperti yang dihasratkan.

Dalam situasi masyarakat kini yang kian sibuk dengan urusan harian, peluang berada di tempat awam merupakan masa produktif untuk berinteraksi dengan ahli keluarga dan masyarakat. Bagi membentuk suasana yang menyokong kepada aktiviti ini secara positif, rekabentuk ruang fizikal mempunyai kaitan secara langsung dengan interaksi sosial (J.L. Brand, 2009). Penyediaan ruang berserta infrastruktur yang bersesuaian perlu dirancang untuk memenuhi tuntutan perlakuan sosial secara individu dan berkumpulan bagi mengukuhkan peranan Zoo sebagai pusat interaksi sosial masyarakat.

Selain itu, pendekatan konsep pembangunan Zoo Melaka perlu dibuat penilaian dan kajian terperinci supaya mampu menarik pelancong luar negara untuk mengunjunginya. Kajian 'bench marking' dengan Zoo serantau yang dilihat lebih berjaya perlu dilakukan untuk menilai kelebihan dan kekurangan yang perlu di buat penambahbaikan. Kehadiran lebih ramai pelancong asing ke Zoo Melaka tentunya memberi ruang kepada interaksi sosial merentasi budaya yang mampu menghasilkan kesan sampingan yang positif sama ada dari sudut sosial mahupun ekonomi. Zoo merupakan alternatif terbaik masyarakat untuk mengenali pelbagai spesies haiwan secara lebih dekat dan interaktif selain memahami peranan individu tentang hubungan dengan alam sekitar dan kepentingan untuk memeliharanya (Falk, J.H et al., 2007). Berdasarkan penyataan ini, pengurusan Zoo perlu dilengkapkan dengan input akademik dari disiplin Selain itu, pendekatan konsep pembangunan Zoo Melaka perlu dibuat penilaian dan kajian terperinci supaya mampu menarik pelancong luar negara untuk mengunjunginya. Kajian 'bench marking' dengan Zoo serantau yang dilihat lebih berjaya perlu dilakukan untuk menilai kelebihan dan kekurangan yang perlu di buat penambahbaikan. Kehadiran lebih ramai pelancong asing ke Zoo Melaka tentunya memberi ruang kepada interaksi sosial merentasi budaya yang mampu menghasilkan kesan sampingan yang positif sama ada dari sudut sosial mahupun ekonomi. Zoo merupakan alternatif terbaik masyarakat untuk mengenali pelbagai spesies haiwan secara lebih dekat dan interaktif selain memahami peranan individu tentang hubungan dengan alam sekitar dan kepentingan untuk memeliharanya (Falk, J.H et al., 2007). Berdasarkan penyataan ini, pengurusan Zoo perlu dilengkapkan dengan input akademik dari disiplin

5.2.3 ALAM SEKITAR

5.2.3.1 PUSAT PEMELIHARAAN KEPELBAGAIAN BIOLOGI

Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) yang diterbitkan pada tahun 1998 telah menyatakan Zoo sebagai kemudahan pusat pemeliharaan ex-situ spesies haiwan di luar habitat asal mereka. DKBK di bawah Strategi V : Memperkukuh dan Mengintegrasikan Program Pemuliharaan telah menggariskan Pelan Tindakan untuk 'Memperkukuh keupayaan dan peranan kemudahan ex-situ dalam aktivti dan penyelidikan pemuliharaan dengan tujuan untuk melengkapi pemuliharaan in-situ'. Penyataan ini wajar dijadikan justifikasi untuk menambahbaik persekitaran Zoo Melaka yang lebih mampan bagi membuka ruang kepada pelaksanaan aktiviti penyelidikan secara lebih sistematik dan komprehensif sejajar dengan aspirasi untuk menjadikannya sebagai pusat pemeliharaan kepelbagaian biologi.

Lokasi Zoo Melaka yang berjiranan dengan kawasan pelancongan lain yang berteraskan kehijauan seperti dinyatakan dalam bab sebelum ini turut menyerlahkan potensi Zoo Melaka dan kawasan persekitarannya sebagai hab kepelbagaian biologi kawasan perbandaran yang perlu dikekalkan. Dalam hal ini, pihak Kerajaan Negeri perlu mengambil langkah proaktif untuk melaksanakan inisiatif mewartakan keseluruhan kawasan Zoo dan persekitarannya sebagai kawasan hijau bagi memastikan pelaksanaan pembangunan di kawasan ini adalah dalam acuan yang lestari.