Ekonomi Alam Sekitar di Zoo Melaka

EKONOMI ALAM SEKITAR PERKEMBANGAN EKONOMI PELANCONGAN DAN PENGURUSAN PERSEKITARAN MAMPAN BAGI KAWASAN PELANCONGAN: KAJIAN KES DI ZOO MELAKA, AYER KEROH NAMA NO PELAJAR ABDILLA BIN KHAIROL P72778 MOHD NASIR BIN MOHAMED P71796 MOHD SHUKRI BIN MAT SUDIN P66872 PENSYARAH DR. SARMILA BT MD SUM

ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT

1.1 Latarbelakang kawasan kajian

1.2 Permasalahan kajian

1.3 Kepentingan kajian 06

1.4 Limitasi kajian

2.0 Sorotan literatur

2.1 Konsep persepsi pelancong

2.2 Persepsi pelancong

3.2 Rekabentuk kajian

3.3 Instrumen kajian

3.4 Kaedah kajian

4.0 Dapatan kajian

4.1 Analisis responden

4.2 Dapatan objektif pertama

4.2.1.1 Usahawan kecil

4.2.1.2 Pengurusan zoo

4.2.1.3 Kerajaan negeri

4.2.1.4 Peluang pekerjaan

4.2.2.1 Interaksi sosial

4.2.2.2 Pembelajaran tidak formal

4.2.3 Alam sekitar

4.3 Dapatan objektif kedua

4.4 Dapatan objektif ketiga

5.0 Perbincangan dan kesimpulan

5.1 Analisis responden

5.2 Analisis objektif pertama

5.2.1.1 Perkembangan mikro ekonomi

5.2.1.2 Pulangan pelaburan kepada ekonomi negeri

5.2.1.3 Pengurusan zoo yang efisien

5.2.2.1 Peranan zoo terhadap masyarakat

5.2.3 Alam sekitar

5.2.3.1 Pusat pemeliharaan kepelbagaian biologi

5.3 Analisis objektif kedua

5.4 Analisis objektif ketiga

5.4.1 Pengurusan mapan

5.4.2 Aspek pengurusan

5.4.3 Jenis dan susunan haiwan

5.4.4 Penyediaan fasiliti

5.4.5 Sudut informasi

5.5 Aktiviti ekonomi dalam Zoo Melaka

5.6 Kesimpulan 48

Rujukan

1.0 PENDAHULUAN

Pelancongan dan impak terhadap ekonomi sesebuah kawasan pelancongan adalah sangat ketara, kerana melalui pelancongan ini juga, ianya secara langsung melibatkan komuniti setempat dan akhirnya memberikan impak terhadap persekitaran. Alam sekitar menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling Malaysia (1974) adalah ditakrifkan sebagai faktor- faktor fizikal iaitu tanah, air, udara, iklim, bunyi, bau, rasa, faktor biologi dan faktor sosial yang saling bergantungan antara satu sama lain yang mengelilingi kehidupan manusia.

Kemusnahan alam sekitar adalah dipengaruhi oleh kegiatan industri perlancongan, yang mana pernyataan tersebut luas diperkatakan pada suatu ketika dahulu. Namun, pada hari ini ianya boleh dikatakan sebaliknya, yang mana industri perlancongan kini telah dilihat sebagai antara aplikasi yang digunapakai untuk pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Industri perlancongan di Malaysia dipandang serius bermula sekitar 1970an. Langkah pertama oleh Malaysia adalah melalui penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia (TDC) pada Ogos 1972. TDC berperanan dalam kemajuan sektor pelancongan dan rekreasi negara.

Penyediaan sumber alam sekitar adalah dominan sebagai keterusan industri perlancongan. Selain daripada produk perlancongan yang berasaskan barang nyata, barang tidak nyata seperti budaya dan warisan juga menjadi antara produk yang terangkum (Jurry, 2011). Komuniti yang kreatif dan inovatif dengan kerjasama agensi berkaitan dan sokongan kerajaan memungkinkan sesuatu sumber sedia ada mampu dibangunkan sebagai produk perlancongan. Kesedaran komuniti ini menjadi antara pencetus kepada kelestarian penggunaan sumber alam sekitar disamping pengekalan budaya dan warisan setempat.

Menurut Jamaluddin (2009), kini sektor pelancongan negara giat mempertingkatkan keupayaan tenaga kerja dalam sektor ini melalui latihan; pembangunan produk pelancongan seperti mempromosikan Malaysia sebagai destinasi peranginan bukit dan pulau, upacara-upacara bertema dan destinasi membeli-belah. Promosi juga galak dilaksanakan untuk pelancongan sukan dan rekreasi, pelancongan Menurut Jamaluddin (2009), kini sektor pelancongan negara giat mempertingkatkan keupayaan tenaga kerja dalam sektor ini melalui latihan; pembangunan produk pelancongan seperti mempromosikan Malaysia sebagai destinasi peranginan bukit dan pulau, upacara-upacara bertema dan destinasi membeli-belah. Promosi juga galak dilaksanakan untuk pelancongan sukan dan rekreasi, pelancongan

Perkaitan antara perlancongan dan alam sekitar adalah signifikan, adalah tidak mustahil Menurut Jurry Foo (2011), beliau melihat pelancongan sebagai, suatu kajian manusia yang bertentangan atau seiringan dengan habitat semula jadi mereka serta penglibatan industri yang bertindak balas dalam keperluan mereka, dan juga kesan ke atas diri mereka dan industri itu daripada sudut sosiobudaya, ekonomi dan persekitaran. Manakala menurut Albuqerque K & McElroy J. (1999), menjelaskan pelancongan sebagai, suatu sistem terbuka yang mempunyai hubungan dengan persekitaran yang luas, elemen manusia iaitu pelancong, elemen kawasan iaitu kawasan asal, kawasan persinggahan dan kawasan destinasi yang terpilih, elemen ekonomi iaitu industri pelancongan dan elemen dinamik iaitu terdiri daripada individu yang mengembara.

World Tourism Organization (WTO) pula merujuk perlancongan sebagai aktiviti pengembaraan seseorang individu ke suatu tempat keluar daripada persekitaran asalnya dan menetap di situ tidak lebih daripada setahun bagi tujuan rehat, perniagaan dan sebagainya. Definisi WTO ini secara langsung membawa kepada pengertian apa yang dimaksudkan sebagai pelancongan antarabangsa, pelancongan dalaman, pelancongan domestik dan pelancongan kebangsaan. Manakla menurut Biagi B. (2012), mengatakan bahawa pelancongan adalah suatu fenomena dan hubungan yang wujud akibat daripada interaksi di antara pelancong, ahli perniagaan, kerajaan dan komuniti selaku tuan rumah dalam proses menarik pelancong dan pelawat asing.

Menurut Jamaluddin Jahi (2009), pembangunan pelancongan sukan di Malaysia menjadikan Malaysia cepat melangkah jauh ke arah kemajuan termasuklah dalam peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia itu sendiri. Namun begitu, impak persekitaran ini turut menyentuh aspek negatif kepada persekiataran alam semulajadi tersebut. Pelancongan sukan merupakan sambutan dan harapan pihak kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan negara melalui langkah-langkah dalam Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (PPEN). Walau bagaimanapun pelancongan sukan dan alam sekitar merupakan Menurut Jamaluddin Jahi (2009), pembangunan pelancongan sukan di Malaysia menjadikan Malaysia cepat melangkah jauh ke arah kemajuan termasuklah dalam peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia itu sendiri. Namun begitu, impak persekitaran ini turut menyentuh aspek negatif kepada persekiataran alam semulajadi tersebut. Pelancongan sukan merupakan sambutan dan harapan pihak kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan negara melalui langkah-langkah dalam Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (PPEN). Walau bagaimanapun pelancongan sukan dan alam sekitar merupakan

Menurut Haris Abd Wahab (t.t), kualiti hidup bermaksud keadaan persekitaran seperti pemakan, keadaan, tempat tinggal, pembentungan dan sebagainya yang akan mempengaruhi kehidupan seseorang individu. Jabatan Perdana Menteri (1999), mendefinisikan kualiti hidup dalam konteks yang lebih luas iaitu dengan mengambil kira sebarang aspek dan aktiviti penduduk untuk tujuan meningkatkan tahap kesejahteraan diri, cara hidup yang sihat, akses dan kebebasan memperolehi pengetahuan dan taraf kehidupan yang melebihi keperluan asa individu serta keperluan psikologi. Manakala menurut Azahan Awang (2008), kualiti hidup meliputi dua bidang utama iaitu objektif dan subjektif. Dari segi objektif, kualiti hidup merupakan perkara yang berkaitan dengan kehendak social dan budaya seperti kekayaan, status sosial, dan kesihatan. Manakala bagi subjektif pula, kualiti hidup umumnya merujuk kepada keadaan di mana individu merasa bahagia dan kepuasan terhadap perkara yang bersangkutan dengan kehidupannya. Takrifan ini membabitkan kebahagiaan luaran dan kebahagiaan dalaman.

Menurut Murdie et al. 1992, kualiti hidup bandar adalah berasaskan lingkungan kepuasan hati. Ini bermaksud mereka menjadikan persepsi dan piawan perbandingan sebagai asasnya. Ini kerana tempat yang berbeza mempunyai taraf hidup dan persepsi yang berbeza terhadap lingkungan kepuasan. Lingkungan kepuasan ini bersasakan kepada pengalaman hidup, sikap, nilai dan suara hati atau kehendak golongan penduduk setempat. Dalam teras perkembangan ekonomi itu sendiri, ianya memperlihatkan satu

keadaan yang mana permintaan dan penawaran akan dipengaruhi oleh kesanggupan untuk membayar. Yang mana sesuatu ekonomi pelancongan yang berlangsung, akan dipengaruhi oleh permintaan pelancong dan penduduk di kawasan setempat yang mana ianya akan menyebabkan penawaran terhadap sesuatu perkara akan berubah. Berdasarkan Anang Muftiadi (t.t), permintaan seseorang individu dipengaruhi oleh harga barang, pendapatan, harga barang pengganti dan barang pelengkap serta faktor-faktor yang lainnya. Ini juga menunjukkan bahawa melaui faktor yang diperlihatkan tadi, ianya mempengaruhi bagaimana ekonomi pelancongan itu berkembang dan juga membesar. Begitu juga dengan konsep penawaran, yang mana penawaran terhadap ekonomi akan dipengaruhi oleh permintaan, harga barang yang lain, perbelanjaan atau kos pembuatan dan juga dari aspek keuntungan yang ingin diperolehi (matakuliah.files.wordpress.com). Melalui penawaran itu juga, ianya akan dilihat dari aspek keupayaan atau kesanggupan untu membayar, yang mana kesanggupan seseorang individu itu boleh diukur melalui pendapatan dan juga kualiti serta keadaan semasa sesuatu barang itu ditawarkan dalam pasaran(Breidert C et al., 2006; Berry J et al., 2012).

1.1 LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN

Zoo melaka merupakan satu kawasan zoo yang berlandaskan kepada alam sekitar dan menjadikan tarikan alam sekitar sebagai satu tarikan kepada pelancong melalui koleksi haiwan-haiwan eksotik dan juga haiwan-haiwan yang jarang dilihat. Keluasan Zoo Melaka ini adalah kira-kira 21.22 ha dan terletak di jalan Lebuh Ayer Keroh 143 di bandar Ayer Keroh, Melaka (www.cuti.my). Tarikan ke Zoo Melaka khususnya pada tahun tahun Oktober 2011 telah menarik sebanyak 11.6 juta pelancong ke Zoo Melaka yang merupakan angka yang terbesar untuk sektor pelancongan di melaka (Utusan Malaysia, 2012). Tarikan utama di Zoo Melaka adalah 1200 jenis haiwan, dan 215 spesis boleh ditemui di Zoo ini, yang menjadikannya sebagai Zoo kedua terbesar di Malaysia. Tarikan utama di Zoo Melaka ini adalah seperti Badak Sumatera, Harimau dan juga beberapa spesis reptilia yang lain dan juga burung-burung, serta konsep Zoo Melaka yang lebih terbuka menyebabkan ianya lebih ke arah alam semulajadi dengan mengekalkan sumber alam hijau di kawasan itu.

Zoo Melaka ditubuhkan pada 1963 bersama-sama dengan Zoo Negara Malaysia yang mana pengurusannya adalah di bawah Jabatan Hidupan Liar dan Taman Kebangsaan Malaysia 1979. Kawasan Zoo Melaka itu pada asalnya digunakan sebagai kawasan pemuliharaan binatang terancam, dan dibuka kepada orang awam yang dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad pada 13 Ogos 1987. Berdasarkan kepada senarai Pertubuhan Taman Zoologi Asia Tenggara (SEAZA), ianya menunjukkan bahawa Zoo Melaka merupakan ahli kepada pertubuhan ini, yang disebabkan oleh fungsinya sebagai pusat kajian hidupan liar, pusat pembiakan, pusat pendidikan zoo dan kawasan tarikan pelancongan yang menarik.

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Dalam kajian ini, beberapa permasalahan yang telah dilihat yang boleh dijadikan sebagai isu dalam kajian ini. Dalam Zoo Melaka itu sendiri, beberapa masalah yang boleh dilihat antaranya yang melibatkan kepada penawaran yang sedia ada di kawasan tersebut. Ianya boleh dikatakan bahawa, penawaran tersebut akan menjadi satu tarikan dan juga menjadi barang pelengkap dalam memastikan pengunjung dan pelancong sentiasa kembali dan juga berasa selesa di sepanjang lawatan mereka dalam Zoo itu sendiri. Melalui penawaran itu jugalah yang membolehkan ekonomi pelancongan khususnya di Zoo Melaka akan berkembang dan sentiasa dalam tahap yang terbaik. Penawaran yang disediakan itu bukan sahaja akan melibatkan kepada faktor ekonomi, tetapi ianya juga akan melibatkan aspek sosial dan juga alam sekitar, yang mana ketiga- tiga elemen ini saling berkaitan dan memberikan impak dalam perkembangan ekonomi pelancongan di Zoo Melaka itu sendiri.

Melalui penawaran itu juga, ianya boleh dikatakan bahawa akan terdapat kekurangan yang mana mungkin dilihat oleh para pengunjung yang berada di kawasan tersebut. Ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan yang menunjukkan bahawa pelancong dan pengunjung yang datang ke kawasan tersebut mempunyai beberapa permintaan yang mana ianya boleh dikatakan sebagai, satu keadaan yang membolehkan mereka menikmati masa mereka ketika berada di dalam zoo itu sendiri. Bukan itu sahaja, dalam Zoo Melaka Melalui penawaran itu juga, ianya boleh dikatakan bahawa akan terdapat kekurangan yang mana mungkin dilihat oleh para pengunjung yang berada di kawasan tersebut. Ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan yang menunjukkan bahawa pelancong dan pengunjung yang datang ke kawasan tersebut mempunyai beberapa permintaan yang mana ianya boleh dikatakan sebagai, satu keadaan yang membolehkan mereka menikmati masa mereka ketika berada di dalam zoo itu sendiri. Bukan itu sahaja, dalam Zoo Melaka

Oleh yang demikian, persoalan kajian yang ingin dilihat dalam kajian ini adalah apakah penawaran yang terdapat dalam Zoo Melaka itu? Adakah ianya hanya melibatkan kepada kemudahan semata-mata? Atau ianya juga melibatkan aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar? Bagaimana pula dengan permintaan pengunjung dan pelancong di Zoo Melaka? Adakah permintaan tersebut hanya melibatkan harga dan kepuasan mereka semata-mata? Atau ianya melibatkan aspek pandangan mereka yang terlibat dalam aktiviti ekonomi di Zoo Melaka? Bagaimana pula dengan permasalahan yang wujud dala Zoo Melaka itu sendiri? Adakah terdapat cadangan yang bersesuaian dalam menambahbaik dan meningkatkan pengurusan persekitaran yang mapan di Zoo Melaka itu? Atau ianya hanya akan melibatkan aktiviti pelancongan yakni ekonomi semata-mata? Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah seperti berikut;

1. Mengenal pasti penawaran ekonomi pelancongan di Zoo Melaka.

2. Mengkaji permintaan penduduk setempat, pelancong dan peniaga di Zoo Melaka.

3. Memberi cadangan tentang pengurusan persekitaran yang mapan di Zoo Melaka.

1.3 KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan kajian ini adalah ianya dapat memberikan informasi tambahan dalam sistem pengurusan persekitaran yang mapan. Selain itu, ianya juga dapat memberikan sedikit isu dann juga informasi tentang pengurusan zoo yang mana ianya bukan hanya melibatkan kepada faktor ekonomi dan alam sekitar semata-mata, tetapi ianya juga memberikan Kepentingan kajian ini adalah ianya dapat memberikan informasi tambahan dalam sistem pengurusan persekitaran yang mapan. Selain itu, ianya juga dapat memberikan sedikit isu dann juga informasi tentang pengurusan zoo yang mana ianya bukan hanya melibatkan kepada faktor ekonomi dan alam sekitar semata-mata, tetapi ianya juga memberikan

1.4 LIMITASI KAJIAN

Kajian ini mempunyai beberapa limitasi di sepanjang perlaksanaannya, yang pertama dari aspek responden, masa dan juga instrumen kajian. Pertama sekali adalah aspek responden yang mana ianya melibatkan jumlah responden yang terlibat. Jumlah responden haruslah melebihi 50 responden untuk ianya mempunyai kebolehpercayaan dan kesahihan data yang tinggi. Selain itu juga, ianya harus memisahkan antara pengunjung, pelancong dan peniaga di kawasan kajian. Walaupun ianya mendapat impak yang sama namun dati aspek pendekatan dan perincian permasalahan adalah berbeza di antara jenis responden yang terlibat.

Kedua adalah masa yang mana kajian ini dijalankan pada 8/12/2013 yang hanya berlangsung dalam 3 jam sahaja. masa yang diperuntukkan ini adalah sangat singkat dan ianya boleh memberi impak dalam kurangnya data dan kurangnya liputan terhadap kawasan kajian. Seterusnya adalah dari aspek instrumen kajian, yang mana pada asasnya kajian ini hanya bersandarkan kepada pemerhatian, dan ianya menyebabkan kajian ini hanya akan tertumpu dari penyerapan data melalui visualisasi dan juga melalui pencerapan terhadap kawasan kajian. Namun disebabkan keinginan untuk mendapatkan data yang lebih, kaedah temubual mula dilaksanakan dan disebabkan oleh itu, ianya menyebabkan borang soal selidik serta instrumen dalam kaedah temubual tidak dapat digunakan dengan sepenuhnya. Walaupun data yang diperolehi adalah sahih, namun disebabkan kurangnya instrumen kajian, maka data yang diperolehi boleh diragui dan menyebabkan kesahihan data berkurangan.

2.0 SOROTAN LITERATUR

Menurut Mazdiah (2012), pelancongan melibatkan kegiatan yang dilakukan oleh seseorang individu yang berada atau tinggal di destinasi tersebut seperti membeli-belah dan berinteraksi dengan masyarakat tempatan serta menggunakan kemudahan yang telah disediakan di kawasan pelancongan bagi mencapai keperluan mereka. Manakala menurut

Mohamad Zaki (2010) telah mentafsirkan pelancongan sebagai “gabungan fenomena dan hubungan-hubungan yang wujud daripada interaksi antara pelancong dengan pelancong

lain, menarik dan menerima kedatangan para pelancong ini dan pelawat dengan pelawat yang lain.

Pembangunan pelancongan sudah semestinya akan memberikan kesan terhadap alam sekitar dan juga penduduk tempatan. Pembangunan pelancongan bukan sahaja mengundang kepada impak negatif malah memberi impak positif. Salah satu impak yang boleh bermafaat kepada komuniti tempatan adalah perubahan taraf sosioekonomi. Sebelum kewujudan pembangunan pelancongan misalnya pelancongan scuba, penduduk tempatan hanya menjalankan aktiviti menangkap ikan dan bercucuk tanam sahaja. Setelah kewujudan sektor pelancongan ramai komuniti tempatan bertukar pekerjaan dengan menceburi sektor ekonomi yang lebih baik khususnya dalam sektor pelancongan sebagai pekerja di resort, pemandu pelancong dan lain-lain (Jabil et.al, 2012). Sektor pekerjaan di hotel tidak memerlukan kemahiran dan kelulusan yang tinggi kerana adanya latihan sambil bekerja. Industri pelancongan turut menyumpang kepada impak positif kerana industri ini antara industri yang sangat berpotensi sebagai salah satu sumber pendapatan kepada kerajaan negeri dan seterusnya kepada sumber pendapatan negara (Lee Kuok Tiong dan Siti Suriani Othman, 2010).

Joseph E. Mbaiwa (2003), dalam “The Socioeconomic and Environmental Impacts of Tourism Development on The Okavango Delta, North- Western Bostwana” menyatakan Delta Okavango merupakan salah satu daripada kawasan yang terkemuka sebagai kawasan pelancongan di Bostwana kerana kawasan tersebut kaya dengan sumber hidupan liar serta mempunyai kawasan pelancongan yang cantik dan indah. Aktiviti Joseph E. Mbaiwa (2003), dalam “The Socioeconomic and Environmental Impacts of Tourism Development on The Okavango Delta, North- Western Bostwana” menyatakan Delta Okavango merupakan salah satu daripada kawasan yang terkemuka sebagai kawasan pelancongan di Bostwana kerana kawasan tersebut kaya dengan sumber hidupan liar serta mempunyai kawasan pelancongan yang cantik dan indah. Aktiviti

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan dalam kajian ini, ianya mendapati bahawa pelbagai kemudahan telah dibangunkan di kawasan tersebut, antaranya ialah hotel, pusat hiburan, lapangan terbang, kedai runcit, aktiviti perniagaan yang besar serta menjual pelbagai barangan. Di samping itu juga, jalan raya juga telah ditar untuk memudahkan para pengunjung sampai ke destinasi pelancongan tersebut. Aktivti pelancongan juga telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar Bostwana. Hasil ananlisis mendapati walaupun sosio-ekonomi pelancongan memberikan impak yang positif, namun aktiviti pelancongan turut menimbulkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Contohnya berlaku kemusnahan ekologi, pencemaran bunyi dan pengurusan sisa pepejal yang kurang dipertimbangkan di kawasan Delta. Hal ini terbukti apabila terdapat timbunan sampah sarap seperti beg plastik, kertas dan botol di sepanjang jalan dan di tapak perkhemahan Delta Okavango. Kajian yang dijalankan ini juga telah mengemukakan beberapa cadangan untuk mengatasi masalah alam sekitar yang berlaku iaitu mewujudkan dasar, pelaksanaan dan pemantauan seterusnya melibatkan penyertaan orang awam untuk memastikan kemampanan pelancongan di Delta Okavango.

2.1 KONSEP PERSEPSI PELANCONG

Persepsi didefinisikan sebagai satu proses di mana individu menerima, memilih, mengatur dan menginterpretasi untuk mencipta satu gambaran yang bermakna (Mayo dan Javis, 1981). Persepsi adalah suatu konsep yang penting dan kompleks dalam geografi manusia yang telah bermula pada tahun 1960. Persepsi bergantung kepada dorongan dan kemampuan organ pancaindera termasuk pengalaman individu yang lama dan sekarang atau sikap individu yang bertindak melalui penilaian, kehendak, ingatan, perasaan hati, keadaan sosial dan harapan (Saarinen, 2001). Persepsi akan mempengaruhi individu membuat keputusan melancong. Persepsi adalah penting kepada perancang dan pengurus destinasi pelancongan untuk menggalakkan imej baik sesuatu destinasi pelancongan kepada orang ramai (Boniface dan Cooper, 1994). Persepsi pelancong boleh didefinisikan Persepsi didefinisikan sebagai satu proses di mana individu menerima, memilih, mengatur dan menginterpretasi untuk mencipta satu gambaran yang bermakna (Mayo dan Javis, 1981). Persepsi adalah suatu konsep yang penting dan kompleks dalam geografi manusia yang telah bermula pada tahun 1960. Persepsi bergantung kepada dorongan dan kemampuan organ pancaindera termasuk pengalaman individu yang lama dan sekarang atau sikap individu yang bertindak melalui penilaian, kehendak, ingatan, perasaan hati, keadaan sosial dan harapan (Saarinen, 2001). Persepsi akan mempengaruhi individu membuat keputusan melancong. Persepsi adalah penting kepada perancang dan pengurus destinasi pelancongan untuk menggalakkan imej baik sesuatu destinasi pelancongan kepada orang ramai (Boniface dan Cooper, 1994). Persepsi pelancong boleh didefinisikan

Sikap dan persepsi itu sendiri tidak dapat menjelaskan bahawa mengapa seseorang individu ingin melancong. Individu yang mempunyai inisiatif permintaan melancong kerana adanya desakan daripada motivasi (Boniface dan Cooper, 1994). Motivasi wujud apabila individu ingin memenuhi kepuasan (Mill dan Morrison, 1992). Pelancong dimotivasi melalui dua faktor iaitu keinginan untuk mengembara atau merantau di mana individu ingin melihat sesuatu tempat, orang dan budaya yang berlainan (wanderlust) dan keinginan mengunjungi tempat yang lebih selesa dari rumah terutama berkaitan dengan iklim (sunlust) (Boniface dan Cooper, 1994; Walmsley dan Lewis, 1993; Pearce, 1982). Robert, C. Lucas menyatakan bahawa terdapat banyak persepsi yang berlainan bergantung kepada mod pelancongan yang dijalankan (Saarinen, 2001). Cohen telah mengenal pasti bahawa terdapat lima jenis mod pelancongan iaitu mod rekreasi, mod pelencongan, mod pengalaman, mod eksperimen dan mod kewujudan (Walmsley dan Lewis, 1993).

2.2 PERSEPSI PELANCONG

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi persepsi pelancong, antaranya adalah faktor fizikal, sosial, budaya, teknologi, ekonomi dan politik. Dalam aspek fizikal elemen- elemen seperti sumber semula jadi iaitu pemandangan bentuk muka bumi, flora dan fauna dan keadaan cuaca merupakan kesan persekitaran yang mempengaruhi persepsi (Murphy et al., 2000). Selain itu faktor cuaca juga akan mempengaruhi persepsi pelancong terhadap sesesuah lokasi pelancongan. Sebagai contoh semasa musim tengkujuh di kawasan pantai timur kadar kedatangan pelancong akan menurun disebabkan cuaca yang tidak baik.

2.3 KESIMPULAN.

Sebagai kesimpulan pemahaman terhadap persepsi pelancong dalam membuat keputusan untuk perjalanan pelancongan dapat menilai perkembangan industri pelancongan di Malaysia. Hubungan ini dapat dinilai melalui perkembangan industri pelancongan yang ditunjukkan dalam laporan oleh pihak kerajaan, dan pemahaman terhadap persepsi pelancongan dapat mengembangkan dan membantu industri pelancongan menilai tahap penawaran sedia ada dan membuat penambahbaikan yang bersesuaian.

3.0 METODOLOGI

3.1 PENDAHULUAN

Berdasarkan rujukan dan carian yang dilakukan, kajian khusus berkaitan Zoo Melaka secara komprehensif masih belum dilakukan oleh mana-mana pihak. Limitasi kajian ini dimana Borang Soal Selidik yang digunakan adalah menjurus kepada kajian kawasan pelancongan di Melaka secara umum memerlukan maklumat tambahan untuk membantu melengkapkan laporan ini.

3.2 REKABENTUK KAJIAN

Memandangkan pelaksanaan kajian ini adalah untuk menilai sejauh mana perkembangan ekonomi pelancongan serta menggariskan pengurusan persekitaran mampan dalam konteks untuk memastikan kelestarian kawasan pelancongan di Zoo Melaka, maka kajian ini merupakan kajian berbentuk emperikal yang dijalankan secara kuantitatif. Kaedah ini bertujuan menganalisa data yang diperolehi melalui borang soal selidik dan temubual yang dijalankan terhadap sampel yang dipilih secara rawak untuk dijadikan input dalam perbincangan dan cadangan bagi pembentukan kawasan pelancongan lestari khususnya di Zoo Melaka.

3.3 INSTRUMEN KAJIAN

Kaedah soal selidik dikenal pasti sebagai instrumen yang sesuai bagi mendapatkan data untuk dianalis dalam kajian ini. Menurut Sekaran (2009), soal selidik merupakan instrumen yang paling berkesan dalam pengumpulan data. Soal selidik untuk kajian ini mengandungi 3 bahagian. Bahagian I menjelaskan tentang demografi responden serta penglibatan komuniti, Bahagian II pula melibatkan kepada tahap kepuasan responden, dan Bahagian III berkaitan dengan cadangan.

Rekabentuk soal selidik adalah Fixed Alternative dengan skala pengukuran Dichotomous dan skala Likert. Kaedah ini membolehkan responden menjawab borang soal selidik secara lebih santai tanpa mengganggu aktiviti yang sedang dilakukan. Namun Rekabentuk soal selidik adalah Fixed Alternative dengan skala pengukuran Dichotomous dan skala Likert. Kaedah ini membolehkan responden menjawab borang soal selidik secara lebih santai tanpa mengganggu aktiviti yang sedang dilakukan. Namun

Selain itu, kaedah temubual turut digunapakai dalam kajian ini. Temubual dilakukan bagi memperolehi data berkaitan aktiviti ekonomi yang terdapat di kawasan kajian. Responden adalah terdiri dari kalangan pengusaha perniagaan yang melibatkan kafe, kiosk, khemah jualan dan lain -lain. Melalui kaedah ini, aspek permintaan dan penawaran berkaitan dengan ekonomi perlancongan dapat dikenalpasti dan dibuat analisa ringkas untuk tujuan perbincangan. Kaedah terakhir yang digunakan adalah pemerhatian. Pelaksanaan kaedah ini diperkukuhkan lagi dengan bantuan peralatan seperti kamera dan alat tulis untuk merekodkan pemerhatian bagi melengkapkan maklumat yang diperlukan dalam aspek berkaitan terutamanya aspek sosial dan alam sekitar.

3.4 KAEDAH KAJIAN

Pelaksanaan kajian ini dilakukan ke atas kajian kes Zoo Melaka, Ayer Keroh. Zoo Melaka telah dibangunkan pada tahun 1963 oleh pihak Kerajaan Negeri Melaka. Pemilihan kawasan ini adalah berdasarkan faktor lokasinya yang strategik dan merupakan salah satu tarikan pelancongan utama di Melaka.

Borang soal selidik telah diedarkan kepada 14 responden pada 7 Disember 2013 bermula dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Kesemua responden telah melengkapkan borang soal selidik yang telah diberikan. Lokasi edaran borang soal selidik adalah di dalam kawasan Zoo Melaka terutamanya di kawasan berehat seperti kafe dan wakaf (gazebo) untuk mendapatkan kerjasama dari responden dalam suasana yang lebih santai.

Temubual pula dijalankan terhadap responden yang menjalankan perniagaan di dalam kawasan Zoo Melaka. Sejumlah 7 responden telah ditemubual. Perlaksanaan temubual dijalankan dalam bentuk kasual bagi membolehkan peniaga melayan pelanggan Temubual pula dijalankan terhadap responden yang menjalankan perniagaan di dalam kawasan Zoo Melaka. Sejumlah 7 responden telah ditemubual. Perlaksanaan temubual dijalankan dalam bentuk kasual bagi membolehkan peniaga melayan pelanggan

4.0 DAPATAN KAJIAN

4.1 ANALISIS RESPONDEN

Perkara

Zoo Melaka Bilangan

40 ke atas

TARAF PERKAHWINAN

PENDAPATAN RESPONDEN missing

1-1000

1001-2000

2001-3000

3001 ke atas

TAHAP PENDIDIKAN Diploma/Ijazah

rendah sekolah

menengah Lain-lain

TEMPAT TINGGAL KINI

Kuala Lumpur

Pulau Pinang

Shah Alam

BILANGAN PENGUNJUNG BERSAMA 1-4

9 ke atas

STATUS KUNJUNGAN Penduduk

setempat Pelawat

Pelancong

Jumlah

4.2 DAPATAN OBJEKTIF PERTAMA

Kewujudan Zoo Melaka sejak sekian lama iaitu hampir 50 tahun menyaksikan perkembangan kawasan ini sebagai tarikan pelancongan penting di negeri Melaka. Kedudukannya yang strategik di laluan masuk utama menuju ke Bandar Melaka menjadikan kawasan ini lokasi wajib untuk dilawati sama ada waktu tiba ataupun sewaktu meninggalkan Melaka terutama bagi pelancong dalam negara. Angka tertinggi pernah dicatatkan ialah pada tahun 2007 dengan jumlah pelawat seramai 619,194 orang. Manakala secara purata, jumlah pelawat setiap tahun adalah seramai 400,000 orang (Bernama, 2012).

Kehadiran jumlah pelawat yang besar ini memungkinkan perkembangan penawaran dalam aspek tertentu untuk membentuk ekosistem ekonomi yang dinamik dan mampu menyumbang kepada penjanaan pendapatan kepada Kerajaan Negeri Melaka. Berdasarkan maklumat dari laman web Kerajaan Negeri Melaka, sektor perlancongan merupakan agenda penting untuk dibangunkan sebagai penyumbang utama ekonomi Melaka selaras dengan salah satu Misi Pelancongan Melaka untuk "Memajukan industri pelancongan agar menjadi penyumbang utama kepada Pertumbuhan Ekonomi (GDP) dan Penjanaan Peluang Pekerjaan Negeri Melaka" (Kerajaan Negeri Melaka, 2013).

Kewujudan Zoo Melaka juga telah membentuk aspek penawaran selain ekonomi yang turut menjadi faktor yang dikaji dalam penyediaan laporan ini. Aspek penawaran tersebut ialah sosial dan alam sekitar yang merupakan faktor penting untuk kemampanan ekonomi pelancongan dalam konteks kawasan kajian. Sehubungan itu, bab ini akan memaparkan dapatan kajian bagi aspek penawaran ekonomi, sosial dan alam sekitar untuk dijadikan input perbincangan bagi melihat kaitannya dengan kemampanan ekonomi pelancongan di Zoo Melaka.

4.2.1 EKONOMI

Berdasarkan maklumat yang dinyatakan sebelum ini, kehadiran pelawat secara purata seramai 400,000 orang setahun tentunya mendatangkan kesan positif terhadap perkembangan ekonomi mikro kawasan kajian. Aktiviti ekonomi di kawasan kajian boleh dikategorikan melalui penglibatan usahawan kecil, pengurusan zoo, Kerajaan Negeri serta peluang pekerjaan yang dihasilkan.

4.2.1.1 USAHAWAN KECIL

Melalui pemerhatian, terdapat sejumlah besar gerai terdapat di luar perkarangan zoo yang menjual barangan cenderamata dan makanan ringan seperti air dan snek. Manakala di dalam kawasan zoo pula, jenis perniagaan adalah kafe makanan, kiosk makanan ringan serta khemah jualan barangan dan perkhidmatan.

Gambar 4.1.1.1a Gerai Jualan di kawasan luar zoo

Gerai jualan di luar perkarangan zoo yang menawarkan barangan cenderamata dan makanan ringan. Kedudukannya yang strategik berhampiran kawasan meletak kenderaan memudahkan pelawat membeli cenderamata sebelum pulang. Aktiviti jual beli ini Gerai jualan di luar perkarangan zoo yang menawarkan barangan cenderamata dan makanan ringan. Kedudukannya yang strategik berhampiran kawasan meletak kenderaan memudahkan pelawat membeli cenderamata sebelum pulang. Aktiviti jual beli ini

Gambar 4.1.1.1b Gerai Jualan di kawasan dalam Zoo Melaka

Gambar 4.1.1.1c Tema gerai (Kiosk) yang mesra alam

Kafe jualan makanan dalam bentuk lebih santai dengan lokasinya di bawah pokok memberi suasana berbeza kepada pengunjung. Kiosk yang menjual makanan ringan dan Kafe jualan makanan dalam bentuk lebih santai dengan lokasinya di bawah pokok memberi suasana berbeza kepada pengunjung. Kiosk yang menjual makanan ringan dan

4.2.1.2 PENGURUSAN ZOO

Pihak pengurusan zoo turut mengambil peluang untuk meningkatkan pendapatan dengan bilangan pelawat yang semakin meningkat bagi tujuan membiayai pengurusan dan penyelenggaraan zoo yang kini telah diswastakan. Antara tindakan yang telah diambil adalah menaikkan harga tiket, menyediakan program amal, menggalakkan program penajaan haiwan, kedai cenderamata Zoo Melaka dan gerai jualan makanan di perkarangan masuk ke zoo.

Gambar 4.1.1.2 Kaunter Jualan Tiket

Bayaran tiket yang dinaikkan tidak menghalang pelawat dari mengunjungi Zoo Melaka terutamanya pada musim cuti persekolahan. Terdapat juga aktiviti bergambar sambil menderma yang diperkenalkan oleh pihak pengurusan zoo bagi membantu membiayai penyelenggaraan zoo dan terdapat juga program penajaan haiwan membantu mengurangkan kos penyelenggaraan.

Gambar 4.1.1.2b Aktiviti bergambar

Gambar 4.1.1.2d Penajaan dari pihak luar

Gambar 4.1.1.2e Gerai sagu hati

4.2.1.3 KERAJAAN NEGERI

Dalam konteks Kerajaan Negeri, pulangan ekonomi yang diterima adalah secara langsung dan tidak langsung. Secara langsungnya, kutipan bayaran tempat letak kereta dan cukai yang dikenakan ke atas pengusaha perniagaan serta pengurusan Zoo Melaka. Kehadiran pelancong yang ramai memberi pulangan ekonomi secara tidak langsung dari perbelanjaan yang dibuat sepanjang tempoh berada di Melaka. Kutipan bayaran parking memberi pulangan ekonomi kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Peningkatan jumlah kehadiran pelancong terutamanya pada musim cuti sekolah membantu meningkatkan kegiatan ekonomi negeri Melaka.

Gambar 4.1.1.3a Kawasan letak kereta

Gambar 4.1.1.3b Tempat tiket letak kereta

4.2.1.4 PELUANG PEKERJAAN

Pelancongan merupakan sektor yang melibatkan perkhidmatan. Menurut kajian (Nurul, Poo & Norlida, 2012) pelancongan meliputi lima (5) subsektor utama dalam sektor perkhidmatan iaitu hotel, restoran, pengangkutan, perdagangan runcit serta subsektor hiburan dan rekreasi. Dalam konteks Zoo Melaka, peluang pekerjaan secara langsung adalah daripada sektor perdagangan runcit dan sebagai pekerja Zoo Melaka itu sendiri.

4.2.2 SOSIAL

Selain penawaran Zoo Melaka dalam aspek ekonomi, aspek sosial turut menjadi faktor yang dikaji dalam laporan ini. Pembangunan Zoo Melaka ataupun kawasan pelancongan yang lain mampu dijadikan medium untuk perkembangan sosial yang lebih sihat. Aktiviti pelancongan mampu menyumbang terhadap peningkatan kesejahteraan sosial yang mempengaruhi kualiti hidup secara lebih positif (J. Hamzah et al., 2013). Berdasarkan pemerhatian, Zoo Melaka merupakan kawasan yang menjadi ruang kepada interaksi sosial, medium pembelajaran tidak formal dan menghidupkan suasana kawasan tersebut sama ada pada waktu siang ataupun malam melalui pengisian aktiviti yang dilaksanakan.

4.2.2.1 INTERAKSI SOSIAL

Melalui pemerhatian, pelawat yang mengunjungi Zoo Melaka secara keseluruhannya hadir secara berkumpulan ataupun berpasangan. Komposisi kaum adalah pelbagai, namun secara majoritinya adalah kaum Melayu. Ketika pemerhatian dijalankan, kelibat pelancong dari luar negara tidak begitu kelihatan di dalam kawasan zoo. Melalui interaksi sosial yang berlaku ini, ianya juga mampu meningkatkan aktiviti sosial yang pelbagai dalam Zoo Melaka itu sendiri.

Gambar 4.2.2.1a Interaksi Sosial di Kawasan Kajian

4.2.2.2 PEMBELAJARAN TIDAK FORMAL

Zoo Melaka yang mengenengahkan pameran pelbagai spesies haiwan dari kumpulan mamalia, reptilia, amfibia, burung dan serangga eksotik memberi peluang kepada kewujudan aktiviti pembelajaran tidak formal kepada pelawat. Selain mengenali haiwan- haiwan tersebut secara lebih dekat, golongan pelajar terutamanya dapat menjadikan Zoo Melaka sebagai tempat rujukan tambahan bagi mengukuhkan lagi pembelajaran yang diperolehi di sekolah.

Gambar 4.2.2.2 Pembelajaran Tidak Formal Melalui Interaksi Dengan Alam Semulajadi

4.2.3 ALAM SEKITAR

Kewujudan Zoo Melaka yang mengekalkan sebahagian besar kawasan hijau sebagai penyesuaian kepada suasana persekitaran untuk membolehkan haiwan yang terdapat di dalamnya hidup memberi impak positif terhadap keseimbangan persekitaran mikro kawasan kajian. Berdasarkan pemerhatian, keadaan ini memberi peluang kepada kewujudan ekosistem di dalam kawasan zoo serta memastikan kesinambungan kawasan hijau di persekitaran kawasan kajian yang berjiranan dengan kawasan pelancongan lain iaitu Taman Mini Malaysia dan Mini Asean, Dataran Sejarah, Taman Botanikal Melaka, Taman Buaya Melaka serta Ayer Keroh Golf and Country Club.

Gambar 4.2.3 Keadaan Alam Sekitar di Zoo Melaka

4.3 DAPATAN OBJEKTIF KEDUA

Lokasi Kajian: Zoo

Perkara

Melaka Bilangan Peratus Min

PAMERAN HAIWAN

Sangat tidak puas hati

Tidak puas hati

0 0 Tidak pasti

7 50 Berpuas hati

4 28.57 Sangat berpuas hati KEBERSIHAN KAWASAN PELANCONGAN

Sangat tidak puas hati

Tidak berpuas hati

2 14.29 Tidak pasti

7 50 Berpuas hati

4 28.57 Sangat berpuas hati

KUALITI PERSEKITARAN PELANCONGAN BAIK Sangat tidak puas hati

1 7.14 Tidak pasti

Tidak berpuas hati

6 42.86 Berpuas hati

5 35.71 Sangat berpuas hati PEMANDANGAN ALAM SEKITAR

Sangat tidak puas hati

Tidak berpuas hati

2 14.29 Tidak pasti

6 42.86 Berpuas hati

5 35.71 Sangat berpuas hati KESELAMATAN PELANCONG/PELAWAT

Sangat tidak puas hati

Tidak berpuas hati

4 28.57 Tidak pasti

3 21.43 Berpuas hati

5 35.71 Sangat berpuas hati

2 14.29 Jumlah

JARINGAN DAN AKSES PENGANGKUTAN

Sangat tidak puas hati

Tidak berpuas hati

1 7.14 Tidak pasti

6 42.86 Berpuas hati

4 28.57 Sangat berpuas hati JARINGAN MAKLUMAT

Sangat tidak puas hati

Tidak berpuas hati

5 35.71 Tidak pasti

3 21.43 Berpuas hati

5 35.71 Sangat berpuas hati KEMUDAHAN REHAT

Sangat tidak puas hati

Tidak puas hati

0 0 Tidak pasti

2 14.29 Berpuas hati

10 71.43 Sangat berpuas hati

2 14.29 Jumlah

KEMUDAHAN MAKANAN

Sangat tidak puas hati

Tidak berpuas hati

0 0 Tidak pasti

Berpuas hati

7 50 Sangat berpuas hati

KEMESRAAN MASYARAKAT

Sangat tidak puas hati

Tidak berpuas hati

0 0 Tidak pasti

4 28.57 Berpuas hati

8 57.14 Sangat berpuas hati

PERKHIDMATAN MAKLUMAT PELANCONGAN Sangat tidak puas hati

Tidak berpuas hati

1 7.14 Tidak pasti

3 21.43 Berpuas hati

Sangat berpuas hati

KEMUDAHAN TEMPAT LETAK

Sangat tidak puas hati

Tidak berpuas hati

1 7.14 Tidak pasti

3 21.43 Berpuas hati

7 50 Sangat berpuas hati PENGENDALIAN ACARA ATAU PROGRAM

Sangat tidak puas hati

Tidak berpuas hati

2 14.29 Tidak pasti

4 28.57 Berpuas hati

5 35.71 Sangat berpuas hati

Sangat tidak puas hati

Tidak berpuas hati

3 21.43 Tidak pasti

2 14.29 Berpuas hati

6 42.86 Sangat berpuas hati

4.4 OBJEKTIF KETIGA

Bil Perkara

Penjelasa

01. Pengurusan Mapan

 Pengurusan mapan  Tahap kepuasan

02. Aspek Pengurusan

 Persembahan pameran  Pengalaman untuk pelancong

03. Jenis dan susuan haiwan

 Penyusunan yang sistematik  Penambahbaikan

tentang penggunaan ruang

04. Penyediaan fasiliti

 Keselesaan  Keselamatan  Kebersihan

05. Sudut informasi

 Menarik  Rantaian informasi  Trivia

5.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 ANALISIS RESPONDEN

Graf 5.1a Graf Analisis Responden: Jantina

Berdasarkan kepada jumlah responden yang terlibat ianya mengambil kira sebanyak 14 orang responden yang mana majoritinya adalah lelaki (8 orang; 57.14%), manakala perempuan hanyalah 42.86% (6 orang). Ini menunjukkan bahawa responden yang paling senang didekati adalah lelaki yang mungkin disebabkan aspek keselesaan antara gender. Bagi kumpulan umur pula, majoriti responden adalah yang berumur 20-24, 25-29 dan 40 ke atas yang menunjukkan peratusan sebanyak 21%. Manakala responden yang berumur 15-19 tahun hanyalah sebanyak 7%.

Graf 5.1b Graf Analisis Responden: Umur

Graf 5.1c Graf Analisis Responden: Etnik

Dalam kajian yang dilaksanakan ini, majoritinya etnik yang terlibat adalah etnik Melayu yang mewakili sebanyak 64% (9 orang) dan etnik Cina sebanyak 36% (5 orang). Hal ini secara tidak langsung memudahkan dari aspek capaian data kerana penggunaan bahasa melayu menjadi bahasa perantaraan utama. Namun, ianya tidak bermakna bahawa responden etnik Cina tidak fasih berbahasa Melayu, tetapi penggunaan kosa kata yang terhad menyebabkan sebahagian maklumat susah untuk difahami. Disebabkan majoriti responden adalah etnik Melayu, maka dengan itu, majoriti responden yang beragama Islam adalah sebanyak 64%. Selebihnya adalah mereka yang beragama Buddha (14.29%) dan Kristian (21.43%).

Graf 5.1d Graf Analisis Responden: Agama

Graf 5.1e Graf Analisis Responden: Taraf Perkahwinan

Kebanyakan responden yang terlibat adalah mereka yang bujang iaitu sebanyak 8 orang (57.14%) dan mereka yang berkahwin adalah sebanyak 6 orang (42.86%). Dalam prospek pekerjaan pula, ianya menunjukkan bahawa mereka yang bekerja dalam sektor swasta merupakan bilangan responden yang paling banyak yang mana ianya mewakili sebanyak 53.85% (7 orang), manakala mereka yang bekerja sendiri merupakan responden yang paling sedikit iaitu sebanyak 2 orang (15.38%). Bagi mereka yang bekerja dalam sektor kerajaan pula adalah sebanyak 30.77% (4 orang).

Graf 5.1f Graf Analisis Responden: Pekerjaan

28.57% merupakan jumlah responden yang mempunyai pendapatan diantara 2001-3000 ke atas, manakala mereka yang mempunyai pendapatan 3001 ke atas adalah sebanyak 7.14% manakala sebanyak 42.86% responden tidak menyatakan pendapatan 28.57% merupakan jumlah responden yang mempunyai pendapatan diantara 2001-3000 ke atas, manakala mereka yang mempunyai pendapatan 3001 ke atas adalah sebanyak 7.14% manakala sebanyak 42.86% responden tidak menyatakan pendapatan

Graf 5.1g Graf Analisis Responden: Pendapatan

Bagi tahap pendidikan pula, ianya menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai pendidikan peringkat Diploma/Ijazah adalah yang paling ramai iaitu sebanyak 76.92% (10 orang). Selain itu, ada juga di antara mereka yang hanya mempunyai pendidikan pada tahap sekolah menengah yang mana mereka ini merupakan pekerja yang bekerja di Zoo Melaka iaitu sebanyak 23.08%.

Graf 5.1h Graf Analisis Responden: Tahap Pendidikan

Majoriti pelancong dalam negara adalah pengunjung utama di Zoo Melaka ini, yang mana mereka berasal dari Semenanjung Malaysia iaitu sebanyak 92.86%, manakala sebanyak 7.14% pula adalah pelancong dari luar negara iaitu United Kingdom. Namun Majoriti pelancong dalam negara adalah pengunjung utama di Zoo Melaka ini, yang mana mereka berasal dari Semenanjung Malaysia iaitu sebanyak 92.86%, manakala sebanyak 7.14% pula adalah pelancong dari luar negara iaitu United Kingdom. Namun

Graf 5.1i Graf Analisis Responden: Asal

Dalam kunjugan pelancong dan pengunjung ke kawasan tersebut, ianya menunjukkan bahawa ada di atara responden yang datang berseorangan dan ada juga yang berpasangan serta dalam kumpulan yang ramai. Bagi jumlah reponden yang berkunjung ke Zoo Melaka di antara 1-4 orang adalah sebanyak 63.64% (7 orang). Manakala yang datang ke kawasan tersebut dengan jumlah di antara 5-6 orang adalah sebanyak 36.36%. walaupun dalam pemerhatian yang dijalankan, ianya juga ada mendapati bahawa jumlah pengunjung yang datang dalam jumlah yang melebihi 10 orang juga turut ada, namun ianya adalah dalam aktiviti Hari Keluarga untuk sesuatu syarikat, dan ia bukannya aktiviti dalam keluarga itu sendiri.

Graf 5.1j Graf Analisis Responden: Bilangan Berkunjung

Dalam status kunjungan responden pada masa tersebut, ianya menunjukkan bahawa pelancong merupakan jumlah yang terbesar sekali iaitu sebanyak 64.25%. bagi mereka yang cuma datang melawat ke kawasan tersebut adalah sebanyak 21.43%, manakala penduduk setempat yang juga merupakan pekerja di kawasan tersebut adalah sebanyak 14.29% daripada jumlah responden yang ada.

Graf 5.1k Graf Analisis Responden: Status Kunjungan

5.2 ANALISIS OBJEKTIF PERTAMA

Bab sebelum ini menyatakan dapatan kajian aspek penawaran Zoo Melaka dari segi ekonomi, sosial dan alam sekitar. Seterusnya dapatan kajian tersebut dibincangkan dalam bab ini melalui rujuk silang dengan sumber yang diperolehi sama ada jurnal, laporan ataupun arkib keratan akhbar dari laman web memandangkan limitasi laporan ini dari segi sumber dan masa. Rujuk silang ini dibuat untuk menyokong perbincangan, kesimpulan dan cadangan yang dikemukakan.

5.2.1 EKONOMI

5.2.1.1 PERKEMBANGAN MIKRO EKONOMI

Penawaran aspek ekonomi dapat dilihat dalam kepelbagaian bentuk aktiviti ekonomi yang berkembang melalui peranan usahawan kecil, pihak pengurusan Zoo dan Kerajaan Negeri Melaka. Perkembangan ini adalah seiring dengan kemampuan Zoo Melaka untuk menarik kunjungan pelawat setiap tahun. Bilangan pelawat mempengaruhi kegiatan ekonomi di Zoo Melaka terutamanya jika perbandingan dibuat pada hari biasa dan musim cuti sekolah. Berdasarkan senario ini, dapat disimpulkan bahawa penawaran aspek ekonomi berkadar langsung dengan permintaan iaitu tahap konsistensi jumlah pelawat setiap tahun ke Zoo Melaka.

Sehubungan dengan itu, usaha perlu diteruskan oleh pihak berkaitan seperti Kerajaan Negeri Melaka, PERHILITAN dan Pengurusan Zoo Melaka untuk memastikan kelestarian Zoo Melaka. Langkah ini penting bagi memastikan kemampuan Zoo Melaka sebagai ikon pelancongan Melaka dapat dikekalkan. Sekiranya berlaku degradasi terhadap imej Zoo Melaka, tentunya akan merencatkan perkembangan pelancongan di kawasan ini yang pastinya meninggalkan kesan terhadap mikro ekonomi setempat.

5.2.1.2 PULANGAN PELABURAN KEPADA EKONOMI NEGERI

Laporan 'Blue Print Melaka Maju Negeriku Sayang 2011-2020' mencatatkan bahawa, sehingga tahun 2008 sektor pembuatan merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negeri Melaka. Kemudian pada tahun 2010, sektor ini menyumbang kepada KDNK sebanyak RM7.0 bilion atau 45.4%. Pengurangan ini berpunca dari pengenalan sektor perkhidmatan terutamanya sub-sektor perlancongan yang menjadi penyumbang penting terhadap pertumbuhan KDNK Negeri Melaka. Berdasarkan laporan tersebut juga, jumlah pelancong pada tahun 2010 meningkat kepada 377% berbanding pada tahun 2000 dengan anggaran janaan pendapatan dalam tempoh tersebut sebanyak 12.7 bilion (UPEN Melaka, 2011).

Kerajaan Negeri Melaka dalam usaha untuk merancang strategi pelancongan Melaka yang lebih berdaya saing dan mampan telah menetapkan 12 sub-sektor pelancongan yang perlu diberi perhatian. Zoo Melaka merupakan program yang terkandung di bawah Sub-Sektor Pelancongan Rekreasi. Program ini merupakan antara Kerajaan Negeri Melaka dalam usaha untuk merancang strategi pelancongan Melaka yang lebih berdaya saing dan mampan telah menetapkan 12 sub-sektor pelancongan yang perlu diberi perhatian. Zoo Melaka merupakan program yang terkandung di bawah Sub-Sektor Pelancongan Rekreasi. Program ini merupakan antara

5.2.1.3 PENGURUSAN ZOO YANG EFISIEN