ANALISIS OBJEKTIF KETIGA

5.4 ANALISIS OBJEKTIF KETIGA

Seperti dijelaskan dalam perenggan ulasan terhadap penawaran Zoo Melaka, dapat dinilai keberadaan Zoo Melaka yang menjadi sumber tarikan utama kepada industri pelancongan di Negeri Melaka, sehubungan dengan itu Zoo Melaka harus ditadbir dan diuruskan dengan cekap untuk menjamin keberadaan Zoo Melaka terus menjadi sumber tarikan kepada pelawat dan pelancong. Pada 1 Februari 2013, berlaku peralihan pengurusan Zoo Melaka dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kepada sebuah syarikat swasta iaitu Konsortium KKW Sdn. Bhd. (KKW), tujuan peswastaan pengurusan Zoo Melaka adalah untuk meningkatkan kemampuan Zoo Melaka menjadi sebuah Zoo yang terbaik di rantau asia setanding dengan Zoo Singapura.

Sasaran pihak kerajaan selepas penswastaan ialah untuk menarik pengunjung sehingga satu juta orang dengan janaan pendapatan RM 8 juta setahun, berbanding kedatangan pengunjung tahun 2012 sekitar 750 000 pengunjung. Berdasarkan pemerhatian dan temuramah semasa kajian dibuat, pihak pengurusan baru perlu membuat penambahbaikan terhadap beberapa aspek bagi menjamin keselesaan pengunjung dan mengundang pelawat untuk datang berulang kali. Penambahbaikan harus dibuat dengan Sasaran pihak kerajaan selepas penswastaan ialah untuk menarik pengunjung sehingga satu juta orang dengan janaan pendapatan RM 8 juta setahun, berbanding kedatangan pengunjung tahun 2012 sekitar 750 000 pengunjung. Berdasarkan pemerhatian dan temuramah semasa kajian dibuat, pihak pengurusan baru perlu membuat penambahbaikan terhadap beberapa aspek bagi menjamin keselesaan pengunjung dan mengundang pelawat untuk datang berulang kali. Penambahbaikan harus dibuat dengan

5.4.1 PENGURUSAN MAPAN.

Aspek pengurusan merupakan elemen yang sangat penting dalam pembangunan dan perkembangan sesebuah industri termasuklah industri pelancongan, peranan pihak pengurusan terutamanya pengurusan Zoo Melaka harus ditingkatkan dalam mencari pembaharuan untuk memberikan kepuasan kepada pengunjung dan memberikan pengalaman yang menarik untuk dinikmati semasa melawat Zoo Melaka.

Satu kajian yang menyeluruh perlu dilaksanakan oleh pihak pengurusan Zoo Melaka untuk menilai tahap kepuasan yang diperolehi oleh pengunjung bersesuaian dengan kos dan masa yang diluangkan semasa melawat Zoo Melaka. Tahap kepuasan pelancong terhadap sesuatu fasiliti pelancongan dapat diukur. Bagi menilai tahap jangkaan kepuasan pelawat atau pelancong di Zoo Melaka, persoalan berikut harus dinilai sebelum sebarang keputusan dalam pengurusan dibuat untuk menjamin kemampanan

industri pelancongan, iaitu “apa yang dijangkakan atau diharapkan” dan “apa yang diperolehi atau dinik mati” oleh pelancong. Perbandingan antara kedua-dua elemen ini seterusnya menghasilkan suatu output yang dirujuk sebagai “kepuasan”. Kepuasan menjadi pengalaman yang bermakna dan indah buat pelancong. Seterusnya, pengalaman yang positif menggalakkan pelancong mengunjungi semula sesuatu destinasi pelancongan.

5.4.2 ASPEK PENGURUSAN.

Secara umumnya, dua elemen penting yang perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan Zoo Melaka iaitu aspek apa yang dipersembahkan kepada pengunjung dan aspek pengalaman yang diperolehi semasa berada di Zoo Melaka, kedua-dua elemen tersebut adalah berkaitan dengan persoalan diatas yang akan berhubungkait dengan dengan tahap kepuasan pengunjung. Disamping itu pihak pengurusan juga perlu menilai dan mencari kekuatan baru sebagai nilai tambah untuk memberikan satu pengalaman positif kepada Secara umumnya, dua elemen penting yang perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan Zoo Melaka iaitu aspek apa yang dipersembahkan kepada pengunjung dan aspek pengalaman yang diperolehi semasa berada di Zoo Melaka, kedua-dua elemen tersebut adalah berkaitan dengan persoalan diatas yang akan berhubungkait dengan dengan tahap kepuasan pengunjung. Disamping itu pihak pengurusan juga perlu menilai dan mencari kekuatan baru sebagai nilai tambah untuk memberikan satu pengalaman positif kepada

5.4.3 JENIS DAN SUSUNAN HAIWAN

Pihak pengurusan perlu mempelbagaikan jenis-jenis haiwan sebagai tarikan dan memberikan kepuasan dan pengalaman yang positif kepada pengunjung, sebagai contoh haiwan yang perlu ditambah ialah hidupan akuatik seperti sepesis ikan, mengambil contoh Zoo Negara yang telah menyediakan kepelbagaian haiwan yang lengkap. Ianya penting dalam aspek kepuasan pelanggan dan aspek Dari pemerhatian dan temubual yang dijalankan, masih terdapat ruang yang boleh ditambahbaik dari aspek susunan haiwan.

5.4.4 PENYEDIAAN FASILITI

Tahap kepuasan pelancong terhadap fasiliti sokongan dapat dinilai berasaskan kepada lima kriteria pertimbangan penting, iaitu keselesaan, keselamatan, kebersihan, kecukupan dan kebolehfungsian fasiliti yang disediakan. Dari aspek pengurusan fasiliti di Zoo Melaka, didapati masih terdapat kekurangan yang perlu dilakukan penambahbaikan sebagai contoh terdapat tandas awam yang tidak berfungsi, kemudahan tong sampah yang masih tidak mencukupi, disamping penyediaan tong kitar semula sebagai galakan dan pendidikan kepada pengunjung untuk melakukan aktiviti kitar semula sepanjang berada di Zoo. Ini bertepatan dengan program ekopelancongan yang dilaksanakan selain selaras dengan kempen pihak kerajaan negeri iaitu pembangunan kearah teknologi hijau.

Dari aspek keselamatan, terdapat kes dimana pengunjung telah diserang oleh haiwan yang terlepas dari kandang Zoo pada penghujung tahun 2011 (Harian Metro 2011), kejadian tersebut telah menimbulkan kesan negetif terhadap tahap keselamatan di Zoo Melaka, namum penambahbaikan telah dilakukan seperti dalam kenyataan pihak pengurusan selepas kejadian tersebut. Bagi meningkatkan kepercayaan pelawat terhadap keselamatan semasa berada di Zoo, pihak pengurusan perlu menyediakan garis panduan Dari aspek keselamatan, terdapat kes dimana pengunjung telah diserang oleh haiwan yang terlepas dari kandang Zoo pada penghujung tahun 2011 (Harian Metro 2011), kejadian tersebut telah menimbulkan kesan negetif terhadap tahap keselamatan di Zoo Melaka, namum penambahbaikan telah dilakukan seperti dalam kenyataan pihak pengurusan selepas kejadian tersebut. Bagi meningkatkan kepercayaan pelawat terhadap keselamatan semasa berada di Zoo, pihak pengurusan perlu menyediakan garis panduan

5.4.5 SUDUT INFOMASI

Penyediaan sumber maklumat dan sudut ruangan informasi juga perlu ditambahbaik dan dipelbagaikan untuk memberikan maklumat yang berguna kepada pelawat sepanjang berada di Zoo Melaka. Pelancongan berasaskan pengetahuan dapat memberikan pengalaman yang positif kepada pelawat selain terdapat juga pelawat dari kalangan pelajar sekolah yang akan menambahkan ilmu dan pengetahuan mereka. Untuk penambahbaikan sumber maklumat, pihak pengurusan perlu menambah bilangan ruangan infomasi berdasarkan susunan haiwan, maklumat am tentang haiwan yang terdapat dalam kandang, dan aspek pendidikan untuk pemeliharan dan perlindungan terhadap haiwan yang bakal pupus. Pihak pengurusan juga boleh menggunakan teknologi untuk menyalurkan maklumat kepada pelawat selain mewujudkan hubungan yang interaktif dari aspek pemaparan visual dalam memberikan maklumat kepada pelawat. Pengunaan teknologi ini juga akan meningkatkan taraf Zoo Melaka untuk menjadi Zoo yang terbaik di asia seperti disasarkan oleh pihak kerajaan.