DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Persepsi Ketidakterlibatan Aktiviti Sosial Dalam Komuniti dikalangan Pelajar Malaysia dan China

Jadual 1.9 memperlihatkan min dan peratusan persepsi ketidakterlibatan aktiviti sosial dalam komuniti dikalangan pelajar Malaysia dan China. Majoriti pelajar Malaysia tidak teribat aktiviti sosial dalam komuniti kerana pertamanya kekangan masa iaitu (80%), kedua kurang minat (75%) dan ketiga aktiviti kurang menarik iaitu 72.5%. Manakala pelajar China menunjukkan trend paling tinggi disebabkan ketidakterlibatan adalah pertama aktiviti kurang menarik iaitu 80%, kedua dan ketiga kurang minat dan kekangan masa dengan nilai peratus sama iaitu 77.5%.

Faktor keluarga bukanlah sebab utama tidak terlibat dalam aktiviti sosial komuniti dengan hanya nilai peratus yang paling rendah iaitu 45%. Hal ini juga menunjukkan trend yang sama pada pelajar China dimana menunjukkan nilai peratus paling rendah disebabkan faktor keluarga iaitu 25%. Namun begitu data pelajar China yang menunjukkan persepsi paling rendah ketidakterlibatan dalam aktiviti komuniti sosial ialah ketiadaan persatuan komuniti di kawasan setempat mereka iaitu 22.5%.

Jadual 1.9 : Min dan Peratusan Persepsi Ketidakterlibatan Aktiviti Sosial Dalam Komuniti

dikalangan Pelajar Malaysia dan China

Bil Pelajar Tidak Terlibat Dalam Aktiviti Sosial Di Malaysia China Peringkat Komuniti Kerana :

2 Kurang minat

3 Kekangan masa

5 Tidak diberi peluang

6 Maklumat aktiviti persatuan tidak disebar luas

7 Pemimpin komuniti kurang aktif

8 Tidak gemar bersosial

9 Aktiviti yang kurang menarik

10 Ketiadaan persatuan komuniti di kawasan setempat

Min Keseluruhan 3.74

(Skala : 1. Sangat Tidak Setuju; 2. Tidak Setuju; 3. Tidak Pasti; 4. Setuju; 5.Sangat Setuju) (Sumber : Kerja Lapangan 2013)

Dapatan kajian ini menunjukkan ada perbezaan dengan kajian Mustafa Kamal (2000), dimana nilai peratusan setuju yang tinggi bagi faktor minat sebagai faktor pendorong penglibatan pelajar dalam aktiviti luar. Manakala dalam kajian ini, kurang minat berhadap ketidakterlibatan mereka dalam aktiviti komuniti berada pada tahap sederhana tinggi bagi responden kedua-dua negara Ini membuktikan bahawa minat mempengaruhi individu dalam membuat sesuatu keputusan. Minat yang mendalam adalah faktor penggerak pelajar untuk terus kecenderungan berusaha ke arah mencapai matlamat sehingga berjaya. Selain minat, kajian ini juga menyentuh kekangan masa mengapa ketidakterlibatan pelajar dalam aktiviti selari dengan Wankel (1988) melalui dapatannya menyatakan faktor yang menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan luar adalah kerana kekurangan masa untuk melakukannya. Kebanyakan pelajar terlalu sibuk dengan aktiviti bersifat akademik yang menjurus pada sistem peperiksaan dan pengredan.

Secara keseluruhannya pelajar Malaysia lebih dominon pada kekangan masa dan aktiviti kurang menarik berbanding di China pada item aktiviti kurang manarik sahaja yang telah dinyatakan oleh responden dalam melihat persepsi ketidakterlibatan pelajar dalam aktiviti sosial dalam komuniti .

Min dan Peratusan Kesan Aktiviti Sosial dalam Komuniti Terhadap Penglibatan Pelajar Universiti Malaysia dan China

Jadual 1.10 menunjukkan min dan peratusan kesan aktiviti sosial dalam komuniti terhadap penglibatan pelajar universiti Malaysia dan China. Majoriti pelajar Malaysia bersetuju menambahkan ramai kenalan, meningkatkan kemahiran komunikasi dan mengeratkan hubungan persaudaraan memberikan faedah kepada mereka dengan keterlibatan dalam aktiviti sosial komuniti dengan nilai peratusan tertinggi iaitu (90%) ke atas. Manakala pelajar China pula menunjukkan trend yang lebih kurang sama iaitu menambahkan ramai kenalan dan meningkatkan kemahiran komunikasi memberikan faedah kepada mereka dengan keterlibatan dalam aktiviti sosial komuniti dengan nilai peratusan tertinggi iaitu (100%) termasuk faedah meningkatkan motivasi kepimpinan.

Jadual 1.10 : Min dan Peratusan Kesan Aktiviti Sosial dalam Komuniti TerhadapPenglibatan

Pelajar Universiti Malaysia dan China

Bil Penyertaan Belia Dalam Aktiviti Sosial Di Mlaysia China Peringkat Komuniti Memberikan Faedah

1 Meningkatkan pengaruh dalam komuniti

2 Meningkatkan motivasi kepimpinan

3 Menambahkan ramai kenalan

4 Menambahkan sumber pendapatan

5 Mengurangkan tekanan (stress)

6 Menambah ilmu keagamaan

7 Meningkatkan kepercayaan diri

8 Meningkatkan kemahiran komunikasi

9 Mengeratkan hubungan persaudaraan

10 Membentuk semangat berkumpulan

4.23 87.5 4.43 95.0 Min Keseluruhan 4.021 80.0 3.95 81.5

(Skala : 1. Sangat Tidak Setuju; 2. Tidak Setuju; 3. Tidak Pasti; 4. Setuju; 5.Sangat Setuju) (Sumber : Kerja Lapangan 2013)

Manakala peratusan terendah keterlibatan aktiviti komuniti sosial dikalangan pelajar Malaysia dari aspek faedah menambahkan sumber pendapatan iaitu 40% berbanding pelajar China 27.5%. Disamping itu pelajar China juga menunjukkan peratusan terendah faedah menambah ilmu keagamaan dalam keterlibatan aktiviti komuniti sosial dengan nilai peratus 25% sahaja.

Dapatan kajian ini selari dengan Rohanida dan Mohd Sofian (2002) yang mendapati bahawa aktiviti sosial dalam komuniti memainkan peranan mustahak dalam membangunkan kemahiran insaniah individu. Aktiviti sosial dalam komuniti yang sesuai dapat menanam, memupuk dan memberi latihan dari aspek kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan dalam diri pelajar. Perkara ini juga disokong oleh Syarifah Meriam Syed Akil (2007) menyatakan melalui aktiviti sosial dalam komuniti, pelajar dari pelbagai kaum, etnik dan agama dapat saling membantu antara satu sama lain. Dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti yang melibatkan pelajar menjadi AJK seperti kursus dan Khidmat Komuniti. Secara tidak langsung mewujudkan ikatan komunikasi yang baik antara ahli dan dapat membantu mereka melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

Kesimpulannya kesan terhadap penglibatan pelajar universiti dalam aktiviti komuniti sosial menunjukkan di Malaysia nilai min yang paling tinggi adalah menambahkan ramai kenalan Kesimpulannya kesan terhadap penglibatan pelajar universiti dalam aktiviti komuniti sosial menunjukkan di Malaysia nilai min yang paling tinggi adalah menambahkan ramai kenalan