Persepsi Estetik Aplikasi Seni Ekspresi Kreatif Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memah

17 STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Persepsi Estetik

Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang ada pada karya seni. 1.1.1 Unsur seni 1.1.1.1 Garisan – selari dan melengkung olahan garisan menghasilkan rupa 1.1.1.2 Rupa – organik dan geomatri dihasilkan daripada garisan 1.1.1.3 Warna – primer biru, kuning dan merah 1.1.2 Prinsip rekaan 1.1.2.1 Harmoni – bentuk, rupa, dan warna

1.2 Aplikasi Seni

Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni. 1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 1.1.2.1 Alat – tiada 1.1.2.2 Bahan – kertas lukisan, pensel dan pensel warna 1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya 1.2.2.1 Teknik – lukisan

1.3 Ekspresi Kreatif

Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni. 1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 1.3.2 Menggunakan unsur seni garisan, warna dan rupa dan prinsip rekaan imbangan dan kepelbagaian dalam penghasilan karya

1.4 Apresiasi Seni

Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 1.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan

1.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan

2 18 STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI Persepsi Estetik  Guru menerangkan slaid contoh pelbagai jenis garisan.  Murid menamakan garisan yang ditunjukkan secara lisan.  Guru menunjukkan garisan selari dan melengkung.  Murid diminta menyatakan perbezaan garisan tersebut dengan contoh garisan yang ditunjukkan pada awal pembelajaran.  Murid diminta menyatakan media yang digunakan dalam menghasilkan garisan tersebut. Aplikasi Seni  Guru menunjuk cara membuat garisan selari dan melengkung.  Guru meminta murid menyatakan cara membuat garisan- garisan tersebut.  Guru meminta murid mengeluarkan media yang akan digunakan dalam membuat garisan. Ekspresi Kreatif  Murid menghasilkan lukisan garisan dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut. Langkah 1  Murid membuat garisan selari dan melengkung berpandukan contoh dan tunjuk cara guru. Langkah 2  Murid membuat garisan-garisan selari dan melengkung untuk menghasilkan satu karya seni dengan bimbingan guru. Apresiasi Seni  Murid mempamerkan karya seni yang dihasilkan.  Murid menceritakan pengalamannya ketika melakukan aktiviti. 3 19 Tahun : 1 Bidang : Menggambar Aktiviti : Catan Tema : Alam Benda Tajuk : Rumah Idamanku Masa : 60 minit Media : Alat : berus warna, palet, dan surat khabar lama Bahan: kertas lukisan, pensel dan warna air, atau warna poster atau tempera Bahan Bantu Mengajar : Contoh slaid atau gambar pemandangan sebuah rumah EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif TMK M E N G G A M B A R STANDARD KANDUNGAN 1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual unsur seni dan prinsip rekaan : garisan, rupa, warna, harmoni, dan kesatuan yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan lukisan menggunakan teknik catan. 2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan lukisan. 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan lukisan. 4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya. 4 20 STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni

visual yang ada pada karya seni. 1.1.1 Unsur seni 1.1.1.1 Garisan – lurus dan melengkung untuk lakaran 1.1.1.2 Rupa – organik dan geometri 1.1.1.3 Warna – primer dan sekunder 1.1.2 Prinsip rekaan 1.1.2.1 Harmoni – warna, bentuk, rupa 1.1.2.2 Kesatuan – pelbagai unsur alam semula jadi

1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual

dalam menghasilkan karya seni. 1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 1.2.1.1 Alat – berus warna, palet, dan surat khabar lama 1.2.1.2 Bahan – kertas lukisan dan warna air atau warna poster atau tempera 1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya 1.2.2.1 Teknik – catan basah atas kering

1.3 Ekspresi Kreatif

Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni. 1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif

1.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya

1.4 Apresiasi Seni

Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 1.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan

1.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan

5 21 Contoh lakaran murid STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI Persepsi Estetik  Guru meminta murid menyebut warna yang ada pada pokok, bunga, awan, dinding, dan atap rumah.  Berdasarkan objek yang disebutkan, guru meminta murid mengelaskan objek buatan manusia dan ciptaan Tuhan.  Guru menunjukkan satu hasil karya yang mengandungi gambar rumah, awan, dan pokok bunga. Aplikasi Seni  Guru menunjukkan 2 jenis gambar yang dihasilkan daripada 2 media yang berbeza iaitu pensel warna dan tempera, warna air atau warna poster.  Guru meminta murid membandingkan perbezaan dan persamaan antara kedua-dua gambar itu.  Guru memberikan penerangan tentang media yang digunakan dengan cara yang betul.  Guru menayangkan video teknik cara menyapukan warna pada permukaan kertas lukisan. Ekspresi Kreatif  Murid menghasilkan karya dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut. Langkah 1  Guru mengedarkan kertas lukisan dan bancuhan warna kepada murid.  Murid diminta membuat lakaran sebuah rumah dan beberapa batang pokok atau bunga. Langkah 2  Murid mewarna lakaran gambar mengikut kreativiti masing-masing dengan bimbingan guru. 6 22 7 STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI Apresiasi Seni  Murid mempamerkan dan menceritakan hasil karya mereka.  Murid memberi pendapat tentang karya rakan. Contoh lakaran yang 23 M E N G G A M B A R Tahun : 1 Bidang : Menggambar Aktiviti : Capan Tema : Alam Semula Jadi Tajuk : Jambangan Bunga Masa : 60 minit Media : Alat : berus warna, bendi bawang, palet dan surat khabar lama Bahan : kertas lukisan, warna air atau warna poster atau tempera Bahan Bantu Mengajar : Contoh-contoh hasil karya daripada teknik capan EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif STANDARD KANDUNGAN 1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual unsur seni dan prinsip rekaan : garisan, rupa, jalinan, dan harmoni yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan lukisan menggunakan teknik capan. 2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan lukisan. 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan lukisan. 4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya. 8 24 STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni

visual yang ada pada karya seni. 1.1.1 Unsur seni 1.1.1.1 Garisan – lurus dan melengkung 1.1.1.2 Rupa – organik 1.1.1.3 Jalinan – tampak 1.1.2 Prinsip rekaan 1.1.2.1 Harmoni – bentuk, rupa, dan warna

1.2 Aplikasi Seni