PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH

Rajah 7.5: Lengkung Kekerapan Himpunan (Ogif)

Cuba latihan berikut : Berdasarkan Gambarajah 7.3, tentukan kekerapan himpunan untuk nilai skor kurang daripada 35?.

Tahukah anda bagaimana hendak buatnya? Jika boleh, syabas! Jika tidak, hanya ikut arahan ini: Lukis garis tegak dari skor 35. Pada titik persilangan garis ini dengan lengkung, lukiskan garis mengufuk untuk bertemu dengan paksi-y. Baca kekerapan himpunan pada titik itu. Itulah jawapannya

6.3 Ukuran Kecenderungan Memusat Min, Median, Mod

Ukuran kecenderungan memusat adalah satu nilai purata sesuatu set skor. Terdapat tiga jenis ukuran kecenderungan memusat, iaitu min, median dan mod.

 Mod ialah skor yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi dalam satu

taburan. Simbol statistik mod ialah M 0

 Median ialah skor tengah dalam satu susunan taburan menaik atau menurun. Median boleh dikirakan dengan membahagikan satu set skor yang tersusun

kepada dua bahagaian yang sama.

 Min menunjukkan purata markah yang diperolehi oleh murid dalam sesuatu ujian. Ia juga mengambarkan prestasi keseluruhan untuk tujuan perbandingan.

Prestasi antara murid atau kumpulan dalam ujian yang sama. Min juga berguna semasa mengira sishan piawai dan skor sishan.

Pengiraan Mod

Nilai mod boleh diperolehi dengan menyusun data yang tidak terkumpul itu secara menaik atau menurun.

Mengikut perbincangan awal, mod ( M 0 ) adalah skor yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi dalam satu taburan. Satu taburan mungkin mempunyai satu atau lebih mod. Walaubagaimana pun, ia mungkin langsung tidak mempunyai mod. Beberapa contoh boleh diperlihatkan daripada skor-skor ujian Matematik berikut:

Contoh 1: 66, 55, 33, 81, 60, 40, 70

Taburan skor ini tidak mempunyai mod

Contoh 2: 86, 75, 59, 75, 75, 68, 75

Taburan skor ini mempunyai satu mod ( unimod) sahaja. Nilainya

ialah 75.

Contoh 3: 76, 66, 56, 68, 62, 56, 88, 66

Taburan skor ini mempunyai dua mod (dwi-mod). Nilai mod ialah

66 dan 56.

Pengiraan Median

Median ialah skor tengah apabila jumlah bilangan skor adalah ganjil atau nilai purata dua skor di tengah-tengah taburan jika jumlah bilangan skor adalah genap dalam satu susunan taburan menaik atau menurun. Sebagai contoh, median untuk skor ujian Matematik (44,56,37,77, 87) dan ujian Sains (57,68,96,40,74,80) adalah berikut:

Contoh 1: (Skor Ujian Matematik)

37, 44, 56, 77, 87 (susun secara menaik)

Median = 56

Contoh 2 : (Skor Ujian Sains)

40, 57, 68, 74, 80, 96 (susun secara menaik)

Median =

Pengiraan Min

Min penting kerana ia memudahkan kita menggunakan rumus statistik untuk mengira sishan piawai, skor z dan skor t yang kita akan belajar selepas ini.

Untuk data tidak terkumpul, min dikira dengan menjumlahkan semua skor dalam set dan bahagikan jumlah ini dengan bilangan skor. Contohnya, min untuk skor-skor 70,

85 dan 100 dalam satu ujian ialah:

Min data dikira dengan menggunakan rumus yang berikut:

Min, X

di mana

X = min,  = jumlah, X = skor individu dan N = jumlah bilangan skor.

Cuba latihan berikut.

Dalam satu ujian Matematik, skor untuk 10 orang murid adalah: 35, 42, 55,

67, 75, 88, 90, 94, 96 and 98. Kirakan min dengan menggunakan formula di atas.

Pengiraan:

Min, X =  X

N = 35 +42 +55+67+75+88+90+96+98

Aplikasi Min, Median dan Mod dalam Kehidupan Harian

(a) Mod memberi satu gambaran umum tentang taburan. Sebagai contoh, dalam penghasilan baju-T untuk murid-murid sebuah sekolah, pengetahuan tentang mod akan membantu pengusaha menentukan saiz baju-T yang paling dikehendaki.

(b) Median berguna jika terdapat skor yang ekstrim (melampau) dalam taburan tertentu. Contohnya, terdapat 3 skor dalam sesuatu ujian, iaitu 20, 20 dan 80. Min taburan ini ialah 40 dan ini tidak menggambarkan ukuran kecenderungan memusat. Dalam kes ini, nilai median 20 adalah lebih berguna sebagai ukuran kecenderungan memusat.

(c) Min digunakan secara meluas kerana ia mengambil kira semua skor dalam taburan dan ia sangat jitu. Contohnya, min digunakan oleh guru-guru untuk mengira nilai purata skor yang diperolehi oleh murid-murid dalam ujian buatan guru.

6.4 Ukuran Serakan : Julat dan Sisihan Piawai

Setelah memeriksa skrip peperiksaan murid, guru mungkin berminat hendak mengetahui perbezaan skor antara muridnya yang mencapai skor tertinggi dalam sesuatu ujian dan jurang perbezaannya dengan murid yang berpencapaian paling rendah. Maka di sini disarankan guru mengira julat untuk melihat sama ada prestasi muridnya amat berbeza ataupun lebih kurang sama sahaja.

Julat merujuk kepada jurang atau perbezaan di antara skor tertinggi dengan skor terendah dalam satu taburan skor yang diperolehi oleh kumpulan murid.

Contohnya: Dalam satu ujian Bahasa Inggeris, skor untuk muridnya adalah 43, 56,

70, 66, 80, 97, 74, 30 dan 68. Julat skor = Skor tertinggi – skor terendah = 97 – 30

Sisihan piawai adalah satu jenis purata yang digunakan bagi melihat kecenderungan memusat bagi sesuatu set skor dan lazimnya bagi set skor yang terkumpul. Sisihan piawai boleh memberi gambaran tentang ukuran sebaran atau serakan skor sama ada tersebar atau terkelompok dari min.

Simbol bagi sisihan piawai ialah σ

Ada beberapa rumus yang kerap digunakan untuk pengiraan σ seperti di bawah:

fX

fX 

BEBERAPA CONTOH PENGIRAAN SISIHAN PIAWAI

CONTOH 1:

Sekiranya skor mentah bagi suatu ujian ialah: 30, 50, 60,60, dan 70, maka rumus sisihan piawai yang mudah boleh digunakan.

Pengiraan Min : X

Min, X

Skor (X- 2 X ) (X- X )

30 30 – 54 = -24

(-24) x(- 24) = 576

Aplikasi rumus

= 13.6 ( satu titik perpuluhan)

CONTOH 2

Pengiraan sisihan piawai bagi set skor yang ada beberapa kekerapan dan tidak terkumpul:

Jadual 7. 6: Skor bagi satu ujian

SKOR X KEKERAPAN f

fx 2  = 52400 

fx = 1000

Aplikasi rumus σ=   

Tafsiran Prestasi Murid

 Sekiranya nilai sisihan piawai ialah 10 dan min bagi skor itu 50, maka sebaran skor itu dikatakan normal sebab 50% calon yang menduduki ujian itu berada di atas min dan 50% lagi di bawah min.

 Sekiranya nilai sisihan piawai itu kecil iaitu bernilai kurang daripada 10 misalnya 5, maka taburan atau serakan skor itu adalah terkelompok sekitar min bagi set skor itu. Pencapaian kelompok calon itu dikatakan homogen iaitu tidak ada perbezaan ketara antara calon. Prestasi mereka hampir sama antara satu dengan yang lain, kalau tinggi, sama-sama tinggi dan begitulah sebaliknya.

 Sekiranya nilai sisihan piawai itu melebihi 10, skor antara calon yang menduduki ujian itu dikatakan tersebar atau berserakan. Pencapaian calon menjadi tidak begitu sama (heterogen)

LATIHAN

Berikut ialah data suatu ujian yang sudah diproseskan ke bentuk jadual taburan seperti di bawah ini.

Jadual 7.7: Skor bagi satu ujian

SELA KELAS

NILAI TENGAH X

a) Apakah nilai Min bagi skor di atas? _______________________

b) Lengkapkan Jadual kekerapan di bawah ini dan kira sisihan piawainya

Jadual 7.8: Skor bagi satu ujian

Jeda Nilai Tengah x f fx 2 x 2 fx Kelas

c) Nyatakan pandangan anda mengenai sebaran/taburan/serakan skor bagi ujian berkenaan.

TUGASAN TERARAH

Sekiranya anda ingin menggunakan program Microsoft Excel untuk memproses data di atas, anda dipersilakan berbuat demikian.

Tunjukkan hasil kerja iaitu hardcopy kepada pensyarah mentor anda.

Sila semak jawapan anda dengan pengiraan yang dibuat secara manual untuk soalan di atas.

Sisihan Piawai untuk Data Terkumpul

Untuk data terkumpul, rumus di atas masih boleh digunakan kecuali nilai X ialah nilai tengah sela kelas dalam taburan data. Rumus yang digunakan ialah:

fX 2 

fX 

Sisihan Piawai, =

di mana

f ialah jumlah kekerapan

X ialah nilai tengah sela kelas

Mari kita cuba mengira sisihan piawai skor-skor berikut yang diperolehi dalam satu ujian sains.

Jadual di bawah menunjukkan data terkumpul untuk ujian sains. Kirakan sisihan piawai.

Sela Kelas

Kekerapan (f)

Sela Kekerapan

Nilai

Kelas (f)

Tengah(X)

16245 f=16 2 fX=802 fX

fX 

Sisihan Piawai, =

7.6 Interpretasi Data dan Pelaporan Pentaksiran

Pentafsiran Nilai Sisihan Piawai

Sisihan Piawai adalah ukuran kebolehubahan atau sebaran skor-skor. Ia merupakan sejauh mana skor berubah keliling min. Semakin kecil nilai sisihan piawai, semakin kecil sebaran/serakan skor dalam taburan. Ini membawa implikasi bahawa data adalah berhampiran antara satu sama lain (homogen). Begitu juga, semakin besar nilai sisihan piawai, semakin besar sebaran skor dalam taburan. Ini bermakna data adalah tersebar luas antara satu sama lain (heterogen).

Skor Piawai

Skor Piawai z dan skor piawai T biasanya digunakan untuk membanding pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar-pelajar yang lain. Skor-z adalah salah satu jenis skor piawai. yang menunjukkan kedudukan sesuatu skor berkait dengan min taburan berkenaan. Skor –z menyatakan kadar sisihan piawai di atas atau di bawah min.

Rumus untuk mengira skor –z ialah

Skor-z =

Skor piawai T ialah skor yang mempunyai min 50 dan sisihan piawainya 10.

Rumus untuk mengira skor-T ialah

Skor –T = 50 + 10z

Kedua-dua skor piawai itu amat berguna untuk membanding pencapaian antara mata pelajaran yang min dan sisihan piawa masing-masing berbeza sekali. Sekiranya tidak ditukar ke skor piawai bagi pelbagai mata pelajaran, maka perbandingan yang dibuat mungkin kurang tepat.

Pengiraan Skor Piawai

Contoh: Skor-skor untuk 5 orang murid dalam satu ujian ialah 5,8,10,4 dan 3. Cari skor-z dan skor-t untuk murid yang mempunyai 10 markah.

Skor (X)

Sisihan piawai, =

Skor-z untuk murid yang mempunyai 10 markah =

Skor-T dikira dengan menggunakan rumus berikut:

T = 50 + 10z

Skor-T untuk murid yang mempunyai 10 markah = 50 + 10z

Berdasarkan jadual di bawah ini, pencapaian dalam mata pelajaran manakah lebih baik? Kita mungkin berkata pencapaian pelajar itu sama baik dalam Perakaunan dan Kimia kerana markah mentahnya sama iaitu 80 bagi kedua-duanya. Sebenarnya perbandingan itu kurang tepat kerana asas perbandingan tidak mengambil kira min dan sisihan piawai.

Jadual 7.9: Skor bagi satu ujian

X x  Bahasa Melayu

Mata Pelajaran

Apabila data dalam Jadual 7.9 di atas ditukar ke bentuk skor piawai, maka intepretasi kita mungkin berubah.

Proses pertukaran skor pelajar Y ke skor piawai: Pertama – kirakan skor-z dan selepas itu kirakan skor-T dengan menggunakan rumus-rumus yang berkenaan.

1. Skor-Z dalam Bahasa Melayu =

Skor-T dalam Bahasa Melayu = 50 + 10Z

= 50 + (10 x 2) = 50 + 20 = 70

2. Skor-Z dalam Matematik

8 = -1

Skor-T dalam Matematik= 50 + 10 ( -1)

= 50 + (-10) = 50 - 10 = 40

3. Skor-z dalam Sains

Skor-T dalam Sains = 50 + 10 (+2)

Jadual 7.10: Skor bagi satu ujian

Skor piawai

X X  Skor-z

Mata Pelajaran

Skor-T

Bahasa Melayu

Terbuktilah bahawa prestasi pelajar Y tersebut adalah sama baik dalam Bahasa Melayu dan Sains kerana skor piawainya 70. Pelajar ini mendapat skor piawai yang rendah ialah 40 walaupun skor mentahnya ialah 80 jauh lebih tinggi daripada Sains iaitu 66. Malah, nilai negatif 1(-1) bagi Matematik menampakkan pencapaian pelajar itu dalam Matematik adalah di bawah min dan sekiranya markah lulus ialah 50, maka pelajar itu dikatakan gagal dalam Matematik.

Pengukuhan Diri:

Jadual di bawah ini menunjukkan pencapaian murid M dalam dua mata pelajaran.

Murid M

Bahasa Inggeris Skor mentah (X)

(a) Kirakan skor-z dan skor-T murid M bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris dengan melengkapkan Jadual di bawah:

Bahasa Inggeris Skor mentah (X)

Murid M

Skor piawai

(b) Dalam mata pelajaran manakah murid M lebih baik?

Maklum balas prestasi murid kepada pihak tertentu

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maklum balas daripada guru adalah penting. Terdapat empat jenis maklum balas iaitu maklum balas prestasi (performance feedback), maklum balas motivasi (motivation feedback), maklum balas attribut (attributional feedback) dan maklum balas strategi (strategy feedback) (Pintrich & Schunk, 1996).

Maklum balas merupakan maklumat yang diberi kepada individu-individu tentang kesesuaian tindakan atau respons mereka. Ia sebahagian daripada proses komunikasi biasa dan berfungsi sebagai pengawalan. Maklum balas adalah Maklum balas merupakan maklumat yang diberi kepada individu-individu tentang kesesuaian tindakan atau respons mereka. Ia sebahagian daripada proses komunikasi biasa dan berfungsi sebagai pengawalan. Maklum balas adalah

Maklum balas prestasi merupakan maklum balas guru terhadap tahap ketepatan dan kemajuan dalam ujian, peperiksaan, dan tugasan yang dilakukan oleh murid. Ia juga melibatkan pembetulan kesilapan mereka dalam melakukan tugasan tersebut. Jenis pemarkahan biasanya dalam bentuk markah mentah dan gred. Maklum balas yang menyatakan bahawa pencapaian di dalam ujian, peperiksaan dan tugasan murid adalah dipercayai dapat meningkatkan motivasi murid . Ini kerana ia menyebabkan murid merasa lebih kompeten dan mampu meneruskan pembelajaran pada masa hadapan. Maklum balas yang menyatakan kesilapan mereka dalam menjawab soalan dan tugasan juga dipercayai mampu meningkatkan motivasi murid sekiranya disusuli dengan pembetulan yang sepatutnya. Ini kerana murid percaya bahawa mereka boleh meningkatkan prestasi mereka dengan mengikuti pembetulan yang disediakan oleh guru.

Maklum balas merangkumi keputusan peperiksaan yang diberi kepada pelajar, komen-komen yang dicatat pada kertas ujian, kata-kata daripada guru tentang prestasi kerja pelajar dan komen-komen mengenai pembelajaran sesuatu kumpulan

atau individu.

Dari perspektif kognitif, maklum balas dianggap sebagai satu punca maklumat yang perlu untuk verifikasi, huraian, pembentukan konsep dan adaptasi metakognitif Mengikut Guskey (2001), maklum balas haruslah diagnostik, preskriptif dan sesuai untuk aras pembelajaran pelajar. Seperti yang kita tahu, maklum balas bukan hanya merupakan pemerosesan maklumat tetapi ia harus mempunyai pengaruh terhadap proses-proses afektif dan motivasi pelajar. Maklum balas dalam bentuk isyarat, penglibatan dan peneguhan adalah unsur-unsur untuk menentukan mutu pengajaran. Ia merupakan aspek penting untuk menambahbaik pengajaran dan prestasi.

Antara jenis maklum balas yang paling biasa digunakan ialah maklum balas positif dan negatif, maklum balas jenis menilai dan tanpa penilaian ,maklum balas lisan dan tidak lisan. Kita akan membincang setiap jenis secara ringkas.

Maklum balas positif digunakan untuk memberi maklumat kepada pelajar mengenai aspek yang sesuai dan betul tentang pembelajaran atau prestasi. Guru-guru boleh memberi respons lisan untuk memaklumkan bahawa pelajar menjawab dengan betul atau mencatat komen-komen yang menggalakkan dalam buku kerja. Kadang kala guru-guru memberi maklum balas negatif untuk memaklumkan pelajar bahawa jawapan mereka tidak betul. Sebagai contoh, guru boleh menyatakan bahawa jawapan “tidak betul” atau membetulkan kesilapan-kesilapan ejaan dalam tugasan. Maklum balas ini adalah efektif dalam jangka masa pendek tetapi tidak seharusnya menggunakannya dengan kerap.

Maklum balas jenis menilai mengandungi nilai penghakiman implicit atau eksplisit mengenai prestasi yang diperhatikan. Sebagai contoh, pernyataan seperti “baik” atau “lemah” adalah berbentuk penilaian. Ia boleh dinyatakan secara lisan dengan senyuman untuk menunjukkan prestasi pelajar atau bermasam muka menunjukkan keadaan tidak senang hati. Disebaliknya, maklum balas tanpa penilaian menumpukan kepada kriteria sebenar. Sebagai contoh, anda mungkin kata” Anda memperoleh 9 daripada 10 untuk tugasan ini” tanpa membuat penghakiman sama ada skor adalah baik atau lemah.

Selain daripada itu, maklum balas lisan dan tanpa lisan diberi untuk memaklumkan pelajar-pelajar tentang betul atau tidak betul jawapan mereka. Ini termasuk komunikasi lisan seperti senyuman atau bermuka masam secara tindakbalas terhadap prestasi pelajar.

Secara umumnya, selepas apa jua tugasan atau penilaian yang dilaksanakan, guru- guru harus menganalisis prestasi pelajar dan memberi maklum balas tentang kesesuaian dan mutu tugasan pelajar atau prestasi penilaian. Ia bermakna kerana ia bukan sahaja memberi maklumat tentang kemajuan kepada pelajar tersebut tetapi kepada semua pelajar yang memerhati pelajar menerima maklum balas tersebut.

Maklum balas akan berkesan jika ia berdasarkan kepada analisis tepat tentang prestasi pelajar dalam situasi pembelajaran. Dengan maklum balas, pelajar-pelajar dapat menilai kemajuan pembelajaran dan merancang modifikasi dan pembetulan Maklum balas akan berkesan jika ia berdasarkan kepada analisis tepat tentang prestasi pelajar dalam situasi pembelajaran. Dengan maklum balas, pelajar-pelajar dapat menilai kemajuan pembelajaran dan merancang modifikasi dan pembetulan

Maka, semua guru perlu menggunakan satu pelan penilaian yang sistematik dalam mentadbir penilaian yang sesuai, mengesan kemajuan dengan menganalisis prestasi dan memberi maklum balas kemajuan kepada pelajar. Apabila maklum balas yang berkesan diperolehi, banyak pengubahsuaian dan modifikasi dilaksanakan oleh guru untuk menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran.

Rekod dan Pelaporan Pentaksiran

Semua maklumat daripada pentaksiran bilik darjah harus direkod untuk membantu guru merancang pengajaran –pembelajaran membuat tindakan susulan dan pelaporan.

Merekod merupakan aktiviti mencatat maklumat secara tertib untuk memperjelaskan tahap perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian pelajar. Maklumat yang tercatat dalam rekod perlu jelas dan dikemaskinikan agar guru dapat membuat keputusan yang wajar. Maklumat dalam rekod hendaklah ditafsirkan dan dianalisis agar tindakan susulan dapat diambil oleh guru. Guru boleh memastikan agar murid yang lemah dalam pembelajaran diberi aktiviti pemulihan manakala murid yang pintar diberi aktiviti pengayaan.

Maklumat yang direkod boleh dibuat dalam bentuk

 pernyataan misalnya ditulis dalam rekod „Seorang murid yang cemerlang‟  simbol: contoh: „ √ ‟ atau „X‟ untuk menyatakan betul atau salah

 markah: contoh: 80% untuk menunjukkan markah yang diperoleh ialah 80 per seratus.  Gred: contoh A, B, C atau I, II, dan III.

Terdapat beberapa jenis rekod, antaranya buku catatan guru, rekod prestasi, laporan kemajuan murid, senarai semak, sijil penghargaan, rekod profil, buku rekod mengajar dan sebagainya.

Aktiviti merekod dilakukan dari masa ke masa supaya maklumat menyeluruh tentang tahap perkembangan, pencapaian atau prestasi pelajar dapat dibuat rujukan oleh pihak yang berwajib seperti PIBG, Guru Besar, Pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pihak Kolej Matrikulasi, Maktab, Politeknik, Universiti dan sebagainya.

Melapor adalah suatu proses penyampaian maklumat penilaian dari masa ke masa tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan pencapaian murid.

Maklumat untuk tujuan pelaporan boleh diperoleh daripada rekod penilaian seperti rekod profil murid, rekod prestasi, rekod mengajar guru dan sebagainya. Pelaporan seperti ini perlu dilakukan selalu untuk disampaikan kepada pihak yang ingin mengetahui tentang kemajuan, kelemahan dan bakat seseorang murid. Ibu bapa dan pihak lain seperti Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Daerah, agensi swasta dan awam memerlukan maklumat ini untuk kepentingan masing-masing.

Tujuan pelaporan dibuat adalah untuk pihak atasan membuat keputusan yang wajar dari segi penempatan pelajar dalam pelbagai aliran pembelajaran seperti aliran Sains, Sastera, Perakaunan).

Pelaporan dibuat juga dengan tujuan untuk membolehkan guru mengambil tindakan susulan iaitu menentukan sama ada seseorang pelajar perlu diberi aktiviti pemulihan ataupun pengayaan. Pernyataan tentang minat, sikap dan perlakuan murid-murid

boleh dilaporkan supaya tindakan susulan boleh dilaksanakan.

Pelaporan mengenai prestasi pelajar dibuat antara ibu bapa, pelajar dan guru dalam konferens merupakan cara yang berkesan. Untuk guru, pelaporan dapat:

 Membolehkan tanggungjawab pembelajaran pelajar, pentaksiran dan

pelaporan dikongsi bersama antara guru, ibu bapa dan pelajar  Mengukuhkan komunikasi dengan ibu bapa melalui perbincangan hasil

pembelajaran dalam kurikulum serta bagaimana pelajar berkembang

Untuk pelajar, pelaporan bersama tiga pihak dapat:  Merangsang konsep kendiri melalui peluang berkongsi pencapaian dan kemajuan pembelajaran dalam satu persekitaran positif

 Melibatkan pelajar secara langsung dalam pentaksiran dan membolehkan mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka

 Member autoriti kepada pelajar untuk memandu arah diri ke arah pencapaian hasil pembelajaran kurikulum

Untuk ibu bapa pula, pelaporan sebegini dapat:  Meningkatkan pemahaman mereka tentang pembelajaran dan pentaksiran dalam pendekatan berasaskan hasil  Memberi peluang kepada mereka untuk melibatkan diri dalam proses pelaporan, bukan hanya member respons kepadanya  Membekalkan bukti untuk menyokong laporan bertulis

Pelaporan harus meliputi:  Pencapaian pelajar dari segi pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap

 Kekuatan dan kelemahan pelajar  Cadangan mengatasi kelemahan pelajar dan mempertingkatkan lagi

pembelajaran New South Wales Department of School Education, 1997) (

Pelaporan dibuat secara lisan dan bertulis dalam bentuk pernyataan dan gred. Perbandingan pencapaian dan kedudukan di antara pelajar tidak diperlukan. Pelaporan secara umumnya memberi gambaran menyeluruh tentang perkembangan pelajar dalam penguasaan ,pencapaian pengetahuan dan kemahiran ,sikap dan amalan.

Antara rekod pelaporan termasuklah:  rekod kemajuan murid

 rekod anekdot  senarai semak kemahiran

Rekod kemajuan merupakan rumusan penilaian kemajuan pembelajaran murid yang akan digunakan maklumatnya oleh ibu bapa dan guru untuk memandu arah pembelajaran dan perkembangan murid.

Rekod kemajuan boleh menggunakan sistem markah di mana rumusan penilaian terdiri daripada gred dan peratusan, sistem lulus atau gagal dan senarai semak kemahiran. Gred boleh dalam bentuk A, B, C dan D untuk menggredkan prestasi Rekod kemajuan boleh menggunakan sistem markah di mana rumusan penilaian terdiri daripada gred dan peratusan, sistem lulus atau gagal dan senarai semak kemahiran. Gred boleh dalam bentuk A, B, C dan D untuk menggredkan prestasi

Tambahan pula, peratus juga digunakan dalam rekod kemajuan. Ini terutamanya dalam ujian di mana peratus jawapan yang dijawab dengan betul. Contohnya, dalam ujian Matematik berbentuk objektif, jumlah peratus item yang dijawab dengan betul. Contohnya, 93% yang diperolehi daripada ujian tersebut akan dicatatkan dalam rekod kemajuan. Skor ini mudah dikira, rekod dan boleh digabungkan untuk mendapat peratus keseluruhan pada akhir peperiksaan.

Satu alternatif kepada rekod kemajuan yang tradisional ialah senarai semak yang boleh digunakan untuk memberi maklumat tentang prestasi kemahiran dalam setiap aspek pembelajaran. Guru menyediakan satu set pernyataan yang menerangkan aspek prestasi murid dan satu ruang untuk ditanda oleh guru (/) semasa menaksir tingkahlaku yang dipamerkan oleh murid berkenaan. Selain itu, pelaporan boleh dinilai berdasarkan kepada skala pencapaian di mana guru tanda mengikut tahap pencapaian murid tersebut.

Selain itu, huraian bertulis dalam bentuk anekdot boleh digunakan. Ia mengandungi komen dan pernyataan tentang prestasi setiap murid secara individu. Rekod anecdotal ini berkesan kerana huraian akan menonjolkan kekuatan dan kelemahan murid. Maklum balas cara ini memberi maklumat yang amat berguna dan bermakna kepada murid untuk menambahbaik kelemahan mereka

Kini dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah, pelaporan murid dalam bentuk l aporan deskriptif dan formatif dapat diperoleh melalui Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) pada bila- bila masa sekiranya

diperlukan. Sistem ini juga menyimpan maklumat perkembangan murid daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data base).

Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh membantu murid mengenalpasti kekuatan, kelemahan, kesilapan dan apa yang perlu dibaiki, bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik.

Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka.

Keadaan inilah yang memberi motivasi kepada pelajar untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan.

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pentaksiran

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK) dalam proses pentaksiran kian diberi perhatian. Kini istilah pentaksiran berasaskan web digunakan dan ia merangkumi pelbagai kegiatan di mana teknologi digital digunakan dalam aktiviti- aktiviti yang terdiri daripada perancangan dan penggubalan instrumen pentaksiran, pemeriksaan oleh komputer dan alat-alat atas talian. Ia juga melibatkan semua proses perekodan dan pelaporan, penyimpanan dan pemindahan data yang berkaitan dengan pentaksiran di peringkat sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Pentaksiran berasaskan web ini sebagai proses pentaksiran secara elektronik yang mana Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) telah digunakan untuk persembahan aktiviti pentaksiran dan mendapatkan maklum balas. Oleh itu, Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(SPPBS) juga menggunakan TMK untuk pelaporan markah kepada murid dan pihak berkenaan seperti ibu bapa. Penggunaan teknologi dicadangkan untuk diperluaskan dalam sistem pentaksiran berasaskan sekolah.

Murid boleh melaksanakan pentaksiran ini pada bila-bila masa di mana sahaja mengikut kesesuaian masa murid itu sendiri. Bull (1999) telah mendapati bahawa murid lebih menyukai pentaksiran menggunakan komputer kerana dapat memberi maklum balas serta membuat analisis statistik dengan cepat dan tepat berikutan dari penandaan secara automatik. Penggunaan teknologi maklumat dan pembelajaran berasaskan web dapat membantu ke arah pentaksiran pengajaran dan pembelajaran yang lebih cekap dan berkesan (Bennett, 2000). Menurut Vendlinski dan Stevens (2002) pula, teknologi menawarkan kaedah pengukuran baharu bagi mentaksir pembelajaran yang berupaya memberikan maklum balas serta merta prestasi pencapaian murid.

Pentaksiran berasaskan web membolehkan guru untuk membina instrument pentaksiran, membentuk bank soalan dan menyediakan ujian formatif dan sumatif atas talian (Liang & Creasy, 2004). Sistem sebegini member peluang kepada guru untuk mengurus, menyusun dan memuat naik bahan pengajaran dan pentaksiran Pentaksiran berasaskan web membolehkan guru untuk membina instrument pentaksiran, membentuk bank soalan dan menyediakan ujian formatif dan sumatif atas talian (Liang & Creasy, 2004). Sistem sebegini member peluang kepada guru untuk mengurus, menyusun dan memuat naik bahan pengajaran dan pentaksiran

Portfolio Elektronik

E-portfolio atau portfolio elektronik merupakan satu bentuk portfolio yang dihasilkan menggunakan teknologi digital sama ada melalui atas talian iaitu berasaskan web ataupun menggunakan media seperti cakera optik (CD ROM). E-portfolio merupakan satu koleksi artifak dari koleksi peribadi ataupun organisasi dengan tujuan yang tertentu dan disimpan secara elektronik yang dikendalikan oleh individu ataupun organisasi. E-portfolio juga dapat digunakan bagi menunjukkan perkembangan diri dan pengetahuan individu. Berdasarkan tugasan yang dilakukan ,e-portfolio sangat berguna kepada pelajar untuk menerangkan perkara-perkara yang telah dipelajari. Justeru itu, e-portfolio bolehlah dikatakan sebagai buku elektronik peribadi kepada mereka yang membangunkanya. Misalnya untuk guru, e-portfolio boleh digunakan sebagai medium pengajaran. Ia membolehkan guru dan pelajar untuk berkolaborasi dan memberi peluang kepada guru untuk membekalkan contoh-contoh hasil kerja pelajar yang konkrit serta mempunyai hubungan jelas dengan hasil pembelajaran kurikulum. Manakala bagi pelajar , e-portfolio boleh digunakan sebagai tempat untuk menyimpan segala bahan pembelajaran dan hasil pentaksiran.

Ia juga member peluang pelajar untuk membuat refleksi, menilai kendiri dan memantau

perkembangan diri dalam pembelajaran.

Jika e-portfolio digunakan untuk pentaksiran untuk pembelajaran, ia seharusnya membolehkan pelajar untuk menceritakan pembelajaran mereka. Ia satu kaedah untuk menyimpan hasil kerja mereka dan boleh dijadikan evidens pentaksiran dalam merekod perkembangan murid. Ini seterusnya akan menggalakkan fasa refleksi dan pembelajaran secara mendalam(deep learning) (Barrett & Carney, 2005)

Penutup

Secara keseluruhan, bab 7 telah membincangkan konsep-konsep asas pentaksiran dalam pendidikan, prinsip dan ciri-ciri utama pentaksiran, pentaksiran sekolah rendah dan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah. Konsep asas tentang perangkaan asas dalam pentaksiran seperti kekerapan, ukuran kecenderungan memusat, Secara keseluruhan, bab 7 telah membincangkan konsep-konsep asas pentaksiran dalam pendidikan, prinsip dan ciri-ciri utama pentaksiran, pentaksiran sekolah rendah dan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah. Konsep asas tentang perangkaan asas dalam pentaksiran seperti kekerapan, ukuran kecenderungan memusat,

Rujukan

Barret, H.,& Carney, J. (2005) Conflicting paradigms and competing purposes in electronic portfolio development Retrieved 20 June 2005, from

http://electronicportfolios.org/portfolios/LEAJournal-BarrettCarney.pdf,

Bennett, M. 2000. Assessment to promote learning. The Law Teacher 34 (2) : 167 - 174.KA1 JALT (LW Cur Periodical)

Bahagian Pendidikan Guru.(2005). Unit 3 Penilaian. Dalam Modul LPBS. Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

Bahagian Pendidikan Guru. (2000). Modul 3: Ilmu Pendidikan, Pengetahuan dan

Ketrampilan Ikhtisas. Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

Bull, J. (1999) Update on the National TLTP3 Project The Implementation and Evaluation of Computer-assisted Assessment, in: M. Danson (Ed.), 3rd International CAA Conference,Loughborough University, 16 –17 June 1999.

Guskey, T. R. (2001). Mastery learning. In J. S. Neil & B. B. Paul (Eds.), International Journal of the NUS Teaching Academy Encyclopedia of the Social & Behavioral Sciences (pp. 9372-9377). Oxford: Pergamon.

Liang, X. & Creasy, K. (2004). Classroom assessment in web-based instructional environment: instructors’ experience. Practical assessment, research & evaluation,

2009 from http://PAREonline.net/getvn.asp?v=9&n=7.

New South Wales Department of School Education.(1997). Strategies for assessment and reporting primary schools. NSW: Department of School.

Pintrich, P. R., & Schunk, D. H. (1996). Motivation in education: Theory, research and applications. Englewood Cliffs: Prentice-Hall Inc.

Vendlinski, T. & Stevens, R. (2002). Assessing student problem-solving skills with complex computer based tasks. Journal of Technology, Learning and Assessment,

20, 2008, from http://escholarship.bc.edu/jtla/vol1/3

1(3).

Retrieved

November