Tajuk 7 PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH

Tajuk 7 PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH

Sinopsis

Bab ini merangkumi mengandungi konsep-konsep asas pentaksiran dalam pendidikan, prinsip dan ciri-ciri utama pentaksiran,pentaksiran sekolah rendah dan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah. Beberapa konsep asas tentang perangkaan asas dalam pentaksiran dan interpretasi data serta pelaporan data akan dibincangkan. Dengan pengetahuan ini, guru akan mempunyai asas yang kukuh untuk mengendalikan pentaksiran yang berkesan dalam bilik darjah.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca babl ini, diharap anda dapat:

1. Menerangkan konsep dan tujuan pentaksiran

2. Mengaplikasikan prinsip dan ciri-ciri pentaksiran dalam mentaksir pengetahuan dan kemahiran

3. Menerangkan konsep pentaksiran berasaskan sekolah, pentaksiran holistik dan pentaksiran autentik

4. Membanding beza pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran tentang pembelajaran

5. Menjelaskan langkah-langkah pelaksanaan pentaksiran

6. Membina alat-alat pentaksiran yang sesuai untuk mentaksir murid sekolah rendah

7. Menghuraikan asas asas statistik dalam pentaksiran

8. Menerangkan jenis-jenis pemarkahan dan pelaporan yang sesuai digunakan disekolah

9. Mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pentaksiran di sekolah

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Pentaksiran Sekolah Rendah

Konsep Asas

Perangkaan Asas

Prinsip dan Ciri-Ciri

Pentaksiran Dalam Pentaksiran

Utama Pentaksiran

Berasaskan Sekolah dan Interpretasi data

Definisi& Tujuan :  Pengujian

 Pengukuran Jenis-jenis alat  Kebolehpercayaan Asas

data dan Pentaksiran

 Kebolehtadbiran

sekolah

sekolah rendah:

 Pentaksiran

 Item Objektif

 Kemudahtafsiran

pelaporan data

untuk

 Item Subjektif

7.1 Konsep dan Tujuan Pentaksiran

7.1.1 Pengujian:

Pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik untuk mengukur perubahan sebahagian daripada semua aspek tingkah laku seseorang individu terhadap pembelajarannya.

Pengujian bertujuan untuk menentukan pencapaian seseorang murid dalam sesuatu pembelajaran dan berguna dalam usaha menempatkan murid dalam kumpulan belajar yang sesuai. Pengujian dapat dilaksanakan dengan cara mengadakan pemerhatian, ujian bertulis atau ujian lisan. Pengujian biasanya dilaksanakan selepas satu atau beberapa pelajaran diajar.

7.1.2 Pengukuran

Pengukuran adalah suatu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif bagi menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan murid dalam pembelajaran.

Pengukuran bertujuan untuk membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan antara murid dalam penguasaan pembelajaran. Hasil pengukuran Pengukuran bertujuan untuk membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan antara murid dalam penguasaan pembelajaran. Hasil pengukuran

7.1.3 Penilaian

Penilaian merupakan proses memperoleh maklumat dan menggunakannya untuk membuat keputusan. Penilaian bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian murid, objektif pembelajaran, kaedah mengajar, dan pelaksanaan kurikulum.

Penilaian berguna untuk membaiki rancangan mengajar, kurikulum, pengesanan punca kelemahan, dan membuat ramalan. Penilaian dibuat berdasarkan jadual atau gred yang dihasilkan melalui pengiraan perangkaan (statistisk). Penilaian boleh dilakukan sebelum, semasa dan selepas satu atau beberapa pelajaran. Penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisaan, dan penyimpulan.

7.1.4 Pentaksiran

Pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapat maklumat tentang prestasi pelajar dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran adalah proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pelajar dalam pembelajaran.

Tujuan Pentaksiran

(a) Pelaporan Pencapaian

Pentaksiran memberi maklum balas kepada guru dan pelajar. Dengan mendapatkan maklumat, guru dapat tahu setakat mana objektif pelajaran telah dicapai. Guru juga dapat menentukan kemajuan dan prestasi pelajar dalam pembelajaran. Maklum balik ini membantu guru membuat penilaian

tentang pengajarannya. Ia bertujuan membantu guru membaiki pengajarannya. Pelajar dapat tahu tentang kekuatan dan kelemahan mereka. Maklumat balik ini menentukan pelajar yang memerlukan pendidikan pemulihan

Pentaksiran merupakan punca penggerak/motivasi untuk pembelajaran. Pentaksiran dapat menggerakkan pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh supaya dapat lulus. Suatu kebiasaan di mana pelajar akan belajar jika mereka tahu bahawa pembelajaran mereka dinilai.

Pentaksiran berguna sebagai cara untuk memperoleh pembelajaran lampau. Pembelajaran lampau membantu dalam pembelajaran pelajar. Pelajar diuji perkara-perkara yang telah dipelajari sebagai menyediakan mereka untuk menerima pelajaran yang baharu. Pelajar-pelajar dibimbing untuk mengaitkan pembelajaran yang lampau dengan pelajaran yang baharu.

Pentaksiran diguna untuk mengesan punca kelemahan. Ujian bersifat diagnostik dalam bilik darjah dapat mengesan punca kelemahan pelajar. Maklumat pentaksiran ini dapat menolong guru menyediakan rancangan pemulihan bagi pelajar yang memerlukannya.

(b) Pemilihan/Penempatan

Keputusan daripada ujian atau peperiksaan digunakan sebagai asas untuk memilih dan menempatkan pelajar dalam satu-satu kursus yang sesuai. Ujian dalam bilik darjah juga boleh digunakan. Ujian yang khusus seperti ujian kesediaan membaca boleh digunakan untuk mengelaskan pelajar dalam kumpulan kecil yang sesuai.

Sebagai contoh, keputusan ujian menjadi kriteria untuk mengumpulkan pelajar kepada kumpulan kecil untuk aktiviti pengajaran berdasarkan tahap kebolehan mereka. Ujian bakat dan ujian kecerdasan digunakan untuk mengenal pasti pelajar yang pintar atau kanak istimewa.

Keputusan pentaksiran juga boleh digunakan untuk memilih pelajar yang layak untuk melangkau kelas dan keputusan SPM dan STPM menjadi kriteria untuk pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti. Keputusan pentaksiran juga digunakan untuk memilih pekerja dalam sektor swasta dan kerajaan.

(c) Keputusan-Keputusan bimbingan

Kita tidak dapat nafikan bahawa pelajar anda perlu dibimbing dalam peluang vokesyenal, dalam program pendidikan dan masalah peribadi mereka. Ujian Kita tidak dapat nafikan bahawa pelajar anda perlu dibimbing dalam peluang vokesyenal, dalam program pendidikan dan masalah peribadi mereka. Ujian

mereka memperkembangkan konsep kendiri yang realistik.

(d) Keputusan-keputusan Penyelidikan

Keputusan penyelidikan dibuat apabila maklumat dikumpul daripada pentaksiran sebagai langkah awalan sebelum membuat keputusan. Biasanya penyelidikan tidak dituju kepada penentuan keputusan yang spesifik tetapi lebih kepada memberi gambaran yang luas untuk keputusan-keputusan masa depan.

(e) Tujuan tujuan lain Pentaksiran berbentuk soalan dan pemerhatian penting untuk menentukan kesediaan murid untuk mempelajari kemahiran baharu. Ini berlaku sebelum guru mula sesi pengajaran dan pembelajaran.

Hasil pentaksiran akan memberi input kepada guru tentang keberkesanan pengajarannya. Melalui maklum balas murid, guru boleh menilai sama ada pengajarannya berkesan atau sebaliknya.

Pentaksiran guru bertujuan memberi maklum balas tentang kemajuan dan pencapaian murid kepada ibu bapa dalam mata pelajaran dan aspek sahsiah. Ibu bapa boleh mengambil tindakan sewajarnya terhadap

pencapaian anak mereka.

Buat carian internet untuk membuat perbezaan antara pengujian,

pengukuran dan penilaian.

7.2 Prinsip dan Ciri-Ciri Utama Pentaksiran

Untuk membina ujian yang baik, setiap guru harus memahami prinsip pentaksiran dan ciri-ciri penting suatu ujian yang baik. Antara prinsip –prinsip yang perlu diambil kira termasuk instrumen atau alat yang digunakan untuk pentaksiran, kumpulan murid yang ditaksir, respons murid, kumpulan yang menaksir serta skor yang diperoleh selepas pentaksiran.

Ciri ciri ujian yang baik termasuk:  Kesahan

 Kebolehpercayaan  Keobjektifan  Kemudahtadbiran  Kemudahtafsiran

7.2.1 Kesahan

Kesahan merujuk kepada sejauh manakah sesuatu ujian itu benar-benar menguji perkara-perkara yang hendak diuji itu. Secara ringkasnya, ia bermaksud sesuatu ujian sepatutnya mengukur apa yang sepatutnya diukur Kesahan ujian adalah berdasarkan tujuan ujian itu diadakan. Kesahan terdiri daripada empat jenis kesahan seperti berikut:

Kesahan Kandungan

Kesahan

Kesahan

Kesahan Serentak

Kesahan Kandungan

Kesahan ini menentukan setakat mana ujian tersebut meliputi bidang ujian yang hendak diuji. Item ujian merangkumi kandungan ujian yang hendak diukur. Untuk mencapai kesahan isi, kandungan ujian hendaklah ditentukan dan selaras dengan tujuan ujian itu diadakan, peringkat atau kategori objektif pelajaran bagi tiap-tiap tajuk dan sebagainya. Antara ciri ciri kesahan kandungan ialah kandungan ujian mewakili perkara yang hendak diukur atau diuji, mengukur penguasaan pengetahuan atau kemahiran tertentu bagi mata pelajaran tertentu. Tambahan pula, guru perlu Kesahan ini menentukan setakat mana ujian tersebut meliputi bidang ujian yang hendak diuji. Item ujian merangkumi kandungan ujian yang hendak diukur. Untuk mencapai kesahan isi, kandungan ujian hendaklah ditentukan dan selaras dengan tujuan ujian itu diadakan, peringkat atau kategori objektif pelajaran bagi tiap-tiap tajuk dan sebagainya. Antara ciri ciri kesahan kandungan ialah kandungan ujian mewakili perkara yang hendak diukur atau diuji, mengukur penguasaan pengetahuan atau kemahiran tertentu bagi mata pelajaran tertentu. Tambahan pula, guru perlu

Kesahan Ramalan

Kesahan ramalan bermaksud ketepatan sesuatu ujian meramal kebolehan sebenar seseorang calon untuk menjalankan sesuatu tugas dalam situasi lain pada masa depan. Kesahan ramalan dapat ditentukan dengan membuat penilaian setepat mana ramalan yang dibuat masa kini dapat disahkan daripada maklumat yang dikumpulkan pada masa hadapan. Contohnya, seorang murid memperoleh 4 „A‟ dalam Peperiksaan Percubaan di sekolah juga memperoleh pencapaian yang sama dalam peperiksaan UPSR yang sebenar. Dalam kes ini, Peperiksaan Percubaan di sekolah dikatakan mempunyai kesahan ramalan yang tinggi untuk menentukan pencapaian murid berkenaan dalam peperiksaan UPSR tersebut.

Untuk mendapat kesahan ramalan yang tinggi dalam sesuatu ujian, item-item yang dibina hendaklah benar-benar menguji perkara berkaitan dengan kebolehan, kemahiran atau kelayakan yang diperlukan dalam bidang tugas pada masa depan.

Kesahan Konstruk/Gagasan

Kesahan gagasan adalah ciri yang sah yang terkandung dalam sesuatu ujian yang digunakan untuk mengukur tret, tingkah laku atau tret mental manusia. Tujuan ujian ini diadakan adalah untuk mengukur sejauh mana sesuatu ujian dapat mengukur

konstruk hipotetikal berkenaan dengan sifat semula jadi dan tingkah laku manusia, misalnya, kecerdasan, kreativiti, atau ketidaktentuan perasaan. Ini kerana tret idak t

boleh diperhatikan secara langsung tetapi boleh dibuat telahan berdasarkan kepada kesan tingkah laku yang boleh diperhatikan.

Kesahan Serentak

Kesahan serentak merujuk kepada pencapaian seseorang dalam sesuatu ujian itu sepadan dengan pencapaiannya dalam satu ujian lain yang diakui sah. Ia merupakan hubungkait antara skor ujian dengan kumpulan murid berdasarkan kriteria tertentu. Ujian ditadbir pada masa yang sama atau dalam jangka masa yang pendek. Sesuatu ujian yang mempunyai kesahan serentak yang tinggi jika item- item ujian dapat mengesahkan pengukuran suatu ciri atau menunjukkan ketekalan dalam pengukuran. Contoh lain termasuklah kesahan serentak yang tinggi untuk Kesahan serentak merujuk kepada pencapaian seseorang dalam sesuatu ujian itu sepadan dengan pencapaiannya dalam satu ujian lain yang diakui sah. Ia merupakan hubungkait antara skor ujian dengan kumpulan murid berdasarkan kriteria tertentu. Ujian ditadbir pada masa yang sama atau dalam jangka masa yang pendek. Sesuatu ujian yang mempunyai kesahan serentak yang tinggi jika item- item ujian dapat mengesahkan pengukuran suatu ciri atau menunjukkan ketekalan dalam pengukuran. Contoh lain termasuklah kesahan serentak yang tinggi untuk

Rehat seketika dan buat renungan: Fikirkan apakah yang akan berlaku jika sesuatu ujian itu tidak mempunyai

kesahan gagasan?

7.2.2 Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada pencapaian yang ada ketekalan atau ketetapan dalam skor ujian. Secara ringkas, kebolehpercayaan ujian dirujuk kepada ketekalan prestasi pelajar dalam dua ujian yang sama yang ditadbir pada masa yang berlainan. Sebagai contoh, seorang calon memperoleh 80 markah untuk ujian Matematik dan kemudian memperoleh markah yang sama apabila ujian yang sama ditadbirkan selepas seminggu. Dalam kes ini, ujian dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

Satu sifat yang perlu diberi perhatian adalah bahawa kebolehpercayaan merupakan satu keperluan tetapi bukan satu syarat yang cukup untuk kesahan. Satu ujian yang memberi keputusan yang tidak konsisten tidak mungkin merupakan maklumat sah tentang prestasi yang diukur. Pada satu pihak yang lain, keputusan-keputusan ujian yang konsisten mungkin mengukur sesuatu yang salah atau digunakan dalam cara yang tidak sesuai. Akhirnya, kebolehpercayaan ujian mudah dipengaruhi oleh faktor- faktor seperti emosi, tempat ujian, situasi sekitar, kesihatan, masa dan keselamatan item ujian.

Secara umumnya, empat cara untuk menentukan kebolehpercayaan iaitu:  Uji- Ulang uji (test-retest)  Cara bentuk setara (equivalent forms method)  Cara bahagi dua (split half)  Cara Kuder-Richardson

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan

Antara faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan termasuk yang berikut: (a) Panjang ujian.

Semakin panjang ujian semakin boleh dipercayai ujian tersebut. Ini bermaksud lebih banyak bilangan itemnya, lebih tinggi kebolehpercayaannya. Ujian yang lebih panjang akan membekalkan satu sampel soalan yang mencukupi tentang tingkah laku yang diukur, dan skor adalah sesuai dan kurang diseleweng oleh faktor-faktor peluang seperti meneka.

(b) Pentadbiran dan Format Ujian Format ujian juga mempengaruhi kesukaran sesuatu item itu dan seterusnya kebolehpercayaan ujian. Item yang sukar atau terlalu sukar akan membawa kepada kebolehpercayaan yang rendah. Selain itu, arahan yang jelas, mudah difahami dan penyusunan mengikut kesukaran item boleh memberi kesan kepada kebolehpercayaan ujian. Juga, ujian hendaklah ditadbirkan dalam suasana yang sesuai:-  Mengikut masa yang ditetapkan  Bebas daripada gangguan/ bising  Langkah-langkah untuk mengelakkan penipuan  Had masa hendaklah memadai untuk mengelakkan daripada kelajuan

dijadikan sebagai satu faktor pengujian

(c) Kesukaran ujian Ujian yang terlalu mudah atau terlalu sukar untuk kumpulan ahli yang

mengambilnya berkecenderungan menghasilkan skor yang mempunyai kebolehpercayaan yang rendah. Ini kerana kedua-dua ujian yang menghasilkan sebaran skor yang terhad. Untuk ujian yang mudah, skor-skor akan berada rapat sekali pada bahagian atas skala. Manakala, untuk ujian yang sukar, skor-skor berkelompok di bahagian bawah skala. Untuk kedua-dua ujian, perbezaan individu adalah kecil dan tidak boleh dipercayai.

(d) Keobjektifan ujian Ini merujuk kepada takat mana skor-skor yang diperolehi memberi keputusan yang sama. Apabila item ujian objektif digunakan, skor yang diperolehi tidak dipengaruhi oleh penghakiman atau pendapat pemeriksa. Kebolehpercayaan ujian objektif akan meningkat dengan meningkatnya bilangan pilihan jawapan

bagi setiap item. Ujian jenis item Betul-Salah atau dua pilihan jawapan pada bagi setiap item. Ujian jenis item Betul-Salah atau dua pilihan jawapan pada

Untuk ujian bilik darjah yang dibina oleh guru, keobjektifan memainkan peranan penting. Dalam pengujian esei, ia bergantung kepada pemeriksa dan pemeriksa yang tidak konsisten akan mempengaruhi kebolehpercayaan pengukuran.

7.2.3 Keobjektifan

Keobjektifan sesuatu ujian merujuk kepada setakat mana pemeriksa dapat memberikan markah yang sama kepada skrip jawapan yang mempunyai jawapan yang sama. Sekiranya pemeriksa boleh memberikan markah yang sama kepada jawapan-jawapan yang sama mengikut skema pemarkahan, maka ujian ini boleh dikatakan mempunyai ciri keobjektifan yang amat tinggi.

Ujian objektif merupakan ujian yang mempunyai ciri keobjektifan yang tinggi kerana pemarkahan tidak dipengaruhi oleh faktor kemahiran dan emosi seseorang pemeriksa. Manakala ujian subjektif mempunyai keobjektifan yang rendah kerana skor yang diberi mungkin akan berbeza daripada seorang pemeriksa dengan yang lain walau pun mereka diberi kertas jawapan yang sama.

Maka, guru perlu mempastikan keobjektifan dalam ujian subjektif dengan menyedia dan membekalkan skema pemarkahan untuk digunakan oleh semua pemeriksa bagi sesuatu ujian berkenaan. Tambahan pula, mesyuarat penyelarasan pemeriksaan diadakan supaya pemeriksa boleh dilatih dan moderasi pemarkahan dilaksanakan untuk mengurangkan perbezaan dalam skor yang diberikan oleh mereka.

7.2.4 Kemudahtadbiran

Kebolehtadbiran merupakan kelicinan pelaksanaan ujian itu di dalam bilik darjah atau di dewan peperiksaan. Ini bermakna ujian itu harus dapat memenuhi syarat-syarat dan keperluan menguji. Dalam hal ini, pentadbiran ujian itu tidak harus menimbulkan kesukaran kepada pelajar.

Kebolehtadbiran merangkumi aspek-aspek seperti penyediaan bilik peperiksaan, pengedaran kertas soalan, memberi arahan, pengawasan, pengutipan skrip-skrip jawapan serta pemarkahan. Tambahan pula,arahan yang jelas dan mudah serta tempoh masa ujian perlu diberi perhatian.

7.2.5 Kemudahtafsiran

Ciri-ciri kemudahtafsiran sesuatu ujian merujuk kepada setakat mana hasil pencapaian calon dapat ditafsirkan dengan jelas mengikut objektif penilaian. Ini bermakna keputusan ujian itu haruslah mudah dikumpulkan dan ditafsirkan supaya dapat memberi gambaran yang jelas serta tepat bagi aspek-aspek berikut:

 Pencapaian murid dalam kelas 

Kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid 

Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran 

Kesesuaian strategi-strategi pengajaran dan bahan bantuan mengajar yang digunakan

 Kesesuaian aras kesukaran item ujian

Secara ringkasnya, kemudahtafsiran bermaksud bahawa markah yang diperolehi dapat ditukar kepada data statistik seperti min, sisihan piawai dan skor piawai dengan mudah. Data yang ditafsir dengan betul dan diaplikasikan secara berkesan akan menyumbang ke arah keputusan-keputusan pendidikan dan tindakan selanjutnya.

7.2.6 Penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Untuk memastikan kesahan ujian dan kebolehpercayaan, guru harus menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) jika ingin membina ujian atau peperiksaan. Satu jadual spesifikasi ujian ialah satu pelan bertulis yang terperinci mengenai sesuatu ujian yang mana merangkumi huraian tujuan ujian dan sasaran; kandungan atau bidang-bidang prestasi yang diliputi, jenis-jenis item dan bilangan item untuk setiap bidang kandungan/prestasi, aras kesukaran item dan jumlah item yang diuji.

JSU mengandungi butiran berikut: 

Bentuk dan tempoh masa ujian 

Kandungan topik-topik 

Aras kemahiran 

Peruntukan peratusan item/soalan 

Bilangan soalan 

Aras kesukaran

Tujuan Penyediaan JSU

Ujian akan dibina dengan lebih terancang dan bukan sembarangan

 Meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan ujian 

Menjadi panduan dan penentu bagi penggubal soalan 

Menyeimbangkan tajuk-tajuk, objektif pelajaran serta aras kemahiran dengan memberi pemberatan yang seimbang

 Sebagai panduan kepada penggubal soalan yang lain agar soalan yang bermutu dapat dihasilkan

 Membolehkan guru-guru membuat perbandingan terhadap aras kesukaran antara satu ujian dengan ujian yang lain.

Panduan menyedia Jadual Spesifikasi Ujian

Di sini ada beberapa faktor yang perlu diberi perhatian apabila menyediakan satu jadual spesifikasi ujian:

(a) Topik-topik yang dipilih Topik-topik yang dipilih harus mencerminkan kepentingan sukatan pelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah

(b) Kemahiran-kemahiran yang hendak diuji Kemahiran-kemahiran yang akan diuji harus dipilih dan disenaraikan. Taksonomi objektif pengajaran Bloom boleh digunakan untuk menguji domin kognitif. Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) digalakkan. Kemahiran-kemahiran yang diuji harus mencerminkan pengajaran dalam bilik darjah dan memadan dengan perkembangan kognitif murid.

(c) Jenis-Jenis Item Ujian Kedua-dua item ujian objektif dan subjektif diutamakan untuk mengoptimumkan kekuatan item-item berkenaan

(d) Bilangan item mengikut topik, kemahiran dan jenis Bilangan harus mencerminkan kepentingan topik dan kemahiran Bilangan item yang sesuai untuk mempastikan interpretasi tingkah laku calon

(e) Aras kesukaran item ujian Kesukaran harus mencerminkan tujuan ujian. Untuk ujian rujukan norma, item mudah, sederhana dan sukar harus mengikut taburan normal iaitu anggaran

1 :3:1. Untuk ujian rujukan kriteria, item mudah atau sukar bergantung kepada kumpulan sasaran.

(f) Agihan markah Taburan markah harus mencerminkan kepentingan topik dan kemahiran yang diuji.

Berikut disertakan carta alir pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian :

Tentukan objektif ujian

Tentukan kandungan ujian

Lukiskan matriks dua arah

Lengkapkan kandungan/topik dalam kolum menegak

Lengkapkan pelbagai kemahiran dalam kolum

melintang

Tentukan jenis-jenis dan bilangan soalan untuk

kandungan dan kemahiran

Semak taburan & peratus soalan untuk topik-topik

dan kemahiran-kemahiran

7.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor(jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). PBS ini mentaksir proses dan produk secara formatif dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor(jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). PBS ini mentaksir proses dan produk secara formatif dan

PBS mentaksir bidang akademik dan bidang bukan akademik. Ia merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan oleh pihak sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Pentaksiran untuk Pembelajaran

Secara umumnya, pentaksiran untuk pembelajaran merupakan sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran dan maklumat yang diperoleh daripada aktiviti-aktiviti pentaksiran boleh digunakan untuk membentuk proses pengajaran dan pembelajaran. Ia direka bentuk untuk merangsang pengajaran serta menambahbaik pembelajaran. Ia memberi murid peluang untuk menghasilkan sesuatu hasil yang akan memperkembangkan pengetahuan, kemahiran dan pemahaman mereka.

Dalam konteks sekolah di Malaysia, pentaksiran untuk pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang diberikan kepada murid untuk membolehkan guru menilai perkembangan dan masalah pembelajaran murid. Oleh itu, maklumat yang diperoleh berupaya memantau dan membantu proses pembelajaran. Maklumat tersebut diguna sebagai maklum balas dalam mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan semua murid. Keperluan setiap murid berbeza antara satu sama lain.

Guru juga boleh mengetahui keperluan murid melalui pelbagai kaedah seperti pencerapan, perbincangan dalam kelas atau kerja bertulis, sama ada kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Pentaksiran kendiri dan rakan sebaya juga boleh digunakan dengan berkesan untuk menyokong pentaksiran untuk pembelajaran.

Pentaksiran untuk pembelajaran boleh menjadi alat yang sangat berkesan untuk membantu semua murid sekiranya maklumbalas disampaikan kepada murid dengan Pentaksiran untuk pembelajaran boleh menjadi alat yang sangat berkesan untuk membantu semua murid sekiranya maklumbalas disampaikan kepada murid dengan

Maklum balas perlu mengandungi tiga elemen berikut:  Kedudukan murid dalam pembelajaran merujuk kepada standard prestasi yang

ditetapkan;  Tahap pembelajaran yang diharapkan; dan  Maklumat untuk merapatkan jurang antara kedudukan sedia ada dan tahap

pembelajaran yang diharapkan.

Pentaksiran untuk pembelajaran memberi tumpuan terhadap analisis, perkembangan pembelajaran murid dan maklumbalas, bukan semata-mata merekod skor. Oleh itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir.

Secara ringkasnya, pentaksiran untuk pembelajaran akan:

 Menyediakan maklumat pembelajaran murid untuk kedua-dua murid dan guru  Menggalakkan kejayaan untuk semua  Membolehkan refleksi berterusan tentang apa yang murid tahu masa kini dan

apa yang mereka perlu tahu selepas ini.  Menggalakkan intervensi semerta dan hubungkaitkan penghakiman kepada kehendak pembelajaran

Pentaksiran tentang Pembelajaran

Pentaksiran tentang pembelajaran bermaksud proses pengumpulan maklumat untuk mengesan tahap pencapaian pelajar secara keseluruhan setelah pelajar selesai mengikuti sesuatu kursus, unit pembelajaran atau program dalam tempoh yang ditetapkan. Ia dilaksanakan pada akhir segmen pengajaran, contoh, pada akhir semester, atau pada akhir tahun akademik. Tujuan ialah untuk menentukan sama ada pembelajaran disempurnakan secukupnya untuk mengalih pelajar ke segmen pengajaran berikut. Ia digunakan untuk memberi gred kursus atau untuk pensijilan tentang penguasaan pelajar dalam hasil pembelajaran yang diingini.

Dalam konteks bilik darjah sekolah Malaysia, pentaksiran tentang pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang digunakan untuk menentukan Dalam konteks bilik darjah sekolah Malaysia, pentaksiran tentang pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang digunakan untuk menentukan

Pelaporan tentang pencapaian murid dalam pembelajaran dikeluarkan secara bertulis dalam bentuk markah, gred, band, profil, pernyataan deskriptif sebahagian atau kesemuanya. Pelaporan boleh dibuat dalam bentuk sijil, pernyataan keputusan, profil atau testimoni.

Antara tujuan pentaksiran tentang pembelajaran :

 Menyediakan satu rumusan penghakiman mengenai apa yang telah dipelajari

 Menentukan tanda aras mengenai apa yang murid boleh buat dan prestasi

sekolah

 Menggalakkan intervensi selanjutnya

Dengan menggunakan pengurusan grafik, banding beza pentaksiran untuk pembelajaran dengan pentaksiran tentang pembelajaran

7.4 Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Carta Alir Pelaksanaan Pentaksiran di sekolah

Rajah 7. 1 Carta Alir Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah Rendah TUGASAN TERARAH

Layari laman web rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum http://www.moe.gov.my/lp/index.php?option=com_content&view=article&id

=216:pentaksiran-berasaskan-sekolah&catid=53 . Dengan menggunakan pengurusan grafik, terangkan jenis dan ciri-ciri pentaksiran berasaskan sekolah yang dikendalikan pada Tahap 1 di sekolah. Bincangkan sejauh

manakah PBS berjaya dilaksanakan.

Sebagai guru di sekolah, bincangkan bagaimana pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah dijalankan di sekolah anda. Kongsikan pengalaman dengan rakan anda.

Jenis jenis alat pentaksiran untuk sekolah rendah termasuk:

a. Ujian

Pentaksiran melalui ujian lebih berstruktur dan tegar. Ia membolehkan guru mengumpul eviden yang sama bagi semua murid dengan cara dan masa yang sama. Pentaksiran ini mengemukakan eviden tentang pembelajaran berpandukan kepada skor. Sekiranya digunakan dengan betul, ujian dan peperiksaan adalah sebahagian daripada kurikulum yang penting kerana ia memberikan eviden yang baik tentang apa yang telah dipelajari.

Ujian dalam Pentaksiran Sekolah boleh dilaksanakan secara manual seperti kertas-pensil, papan tulis dan lisan atau berbantukan komputer secara online atau offline. Item-item ujian boleh disediakan oleh pihak sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri atau Lembaga Peperiksaan tetapi pengendaliannya adalah oleh guru sama ada secara manual atau berbantukan komputer.

Pembinaan item Objektif

Item objektif biasanya mengukur hasil pembelajaran yang mudah. Item objektif adalah item di mana pemeriksa akan memberi markah yang sama apabila memeriksa kertas jawapan yang sama. Jenis item objektif memerlukan jawapan yang pendek. Respons yang betul telah ditetapkan.

Setiap item objektif mempunyai satu jawapan sahaja. Terdapat dua jenis item ujian objektif, iaitu jenis melengkapkan dan pilihan.

(i) Jenis Melengkapkan

Jenis item ujian ini dibahagikan kepada dua, iaitu (i) jawapan pendek dan (ii) item melengkapkan / kloz. Satu contoh untuk setiap jenis adalah diberi dibawah:

Jawapan Pendek

 Namakan gunung tertinggi di Malaysia?  Cari nilai 8 x 8 =

Item Melengkapkan/Kloz

 Gunung tertinggi di Malaysia ialah ……………………  Dalam persamaan matematik 8 x 8 ialah ………………

(ii) Jenis Pilihan

Sebagai perbandingan, item objektif jenis pilihan dikategorikan kepada (i) item respons alternatif, item padanan, dan (iii) item aneka pilihan. Satu contoh untuk setiap jenis diberikan di bawah.

Item Respons Alternatif

 Perdana Menteri Malaysia pertama ialah Dr. Mahathir

Mohamad. Betul/Salah  Jika 2x – 3 = 7, maka x = 5. Betul/Salah  Ikan adalah sumber baik protin Ya/Tidak

Item Padanan

 Ikan karbohidrat  Roti Lemak  Margerin Protin

Garam galian

(iii)

Item Aneka Pilihan (MCQ)

Apakah tujuan penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896?

A Menyelaraskan pentadbiran

B Mengembalikan kuasa sultan

C Menghapuskan kuasa residen

D Memperkenalkan sistem demokrasi

Garis Panduan Pembinaan Item Objektif

CIRI-CIRI SENARAI SEMAK Soalan menguji isi

(a) Adakah soalan menguji satu hasil pembelajaran kandungan dan

yang penting?

kemahiran yang (b) Adakah soalan menepati Jadual Spesifikasi Ujian sepatut diuji.

(JSU) dari segi kandungan dan aras kemahiran? (c) Adakah soalan menguji lebih daripada hanya

pengetahuan fakta?

Pokok soalan (a) Adakah pokok soalan mengemukakan satu berfokus pada suatu

permasalahan yang jelas sahaja? tugas atau

(b) Adakah pokok soalan mengandungi maklumat yang permasalahan

relevan sahaja?

sahaja. (c) Adakah kehendak dan aras soalan dapat diperjelaskan/ditingkatkan lagi dengan gambar rajah,

CIRI-CIRI SENARAI SEMAK scenario situasi benar, jadual dll?

Pokok soalan yang (a) Adakah pokok soalan dalam bentuk positif? positif dan berbentuk (b) Adakah perkataan negatif (jika digunakan) dalam pertanyaan

pokok soalan ditonjolkan.

diutamakan. (c) Adakah dihitamkan/diboldkan perkataan yang hendak ditonjolkan dalam pokok soalan spt bukan, paling dan bilangan (cth: dua)

Jawapan adalah (a) Adakah pakar bidang setuju dengan jawapan? tepat / paling sesuai (b) Adakah pilihan-pilihan jawapan yang bertindan-

dan tidak boleh

tindih?

dipertikaikan (c) Adakah jawapan (dan soalan) berasaskan pendapat

dielakkan?

Tiada petunjuk atau (a) Adakah distraktor berfungsi /munasabah? bayangan kepada

(b) Adakah pilihan-pilihan jawapan homogen? jawapan

(c) Adakah pilihan jawapan dalam lingkungan sukatan

pelajaran (d) Adakah semua pilihan jawapan selaras/selari dari segi tatabahasa dengan pokok soalan? (e) Adakah terdapat pembayang jawapan pada pilihan

jawapan („verbal clues‟)? (f) Adakah terdapat pembayang jawapan pada soalan-

soalan lain? (g) Adakah pilihan jawapan “Semua di atas”” atau ”Tiada jawapan yang betul” dielakkan?

(h) Adakah pilihan-pilihan jawapan hampir sama

panjang?

Penggunaan (a) Adakah bahasa mudah difahami? petikan, istilah dan

(b) Adakah struktur bahasa dan istilah betul/sesuai? tatabahasa yang

(c) Adakah ejaan betul dan tekal?

sesuai, tepat dan (d) Adakah singkatan perkataan (akronim) digunakan tekal

dengan betul dan telah dinyatakan sebelumnya? (e) Adakah petikan atau bahan rujukan dinyatakan

sumbernya?

Pilihan-pilihan (a) Adakah pilihan-pilihan jawapan disusun mengikut jawapan disusun

kronologi /numerik /abjad / panjang-pendek? secara logik dan

(b) Adakah perkataan yang berulang-ulang dalam berdasarkan sistem

semua pilihan jawapan dipindah ke pokok soalan? yang ditetapkan

(c) Adakah 4 pilihan jawapan (A),(B), (C) dan (D) sahaja

ditetapkan untuk setiap soalan? (d) Adakah terdapat lima unsur (I, II, III, IV dan V) disediakan sebagai pilihan bagi soalan berbentuk pelbagai cantuman?

(e) Adakah lima unsur (I, II, III, IV dan V) dicantum dan

disebarkan secara seimbang

CIRI-CIRI SENARAI SEMAK Format („layout‟)

(a) Adakah seluruh soalan yang lengkap berada pada soalan adalah

satu halaman yang sama?

konsisten, kemas (b) Adakah terlalu banyak soalan pada satu muka dan jelas.

surat/halaman? (c) Adakah gambar rajah dalam soalan dibingkaikan

(jika boleh), diberi ruang yang mencukupi dan dilabel?

(d) Adakah ruang jawapan di pangkal atau di tengah pokok soalan jenis pelengkap dielakkan? (e) Adakah pokok soalan dijarakkan dari pilihan-pilihan

jawapan? (f) Adakah pilihan jawapan menggunakan huruf besar, dalam kurungan penuh dan ditulis 1 tab dari nombor

soalan serta dijarakkan daripada pokok soalan?

Tanda bacaan ( . , ? (a) Adakah pokok soalan atau pilihan jawapan ; : ) digunakan

berbentuk penyataan lengkap diakhiri dengan dengan betul.

noktah? (b) Adakah tanda bacaan digunakan dengan betul?

(c) Adakah mengelakkan sebarang tanda bacaan pada hujung pokok soalan berbentuk pelengkap?. (d) Adakah huruf besar digunakan dalam permulaan ayat, nama khas, selepas tanda noktah dan tanda soal?

Sebaran jawapan (a) Adakah kelihatan pola pada senarai jawapan?

adalah secara rawak (b) Adakah bilangan A, B, C dan D hampir sama banyak?

Kertas ujian (a) Adakah terdapat kesilapan ”typo” ? mengandungi

(b) Adakah arahan menjawab soalan dan ujian jelas maklumat yang

dan lengkap?

lengkap dan teratur. (c) Adakah masa mencukupi untuk menjawab ujian ini

Jadual 7.1 Garis Panduan Pembinaan Item Objektif

Item Ujian Subjektif

Item ujian subjektif memerlukan calon untuk menjawab item-item dengan menggunakan perkataan sendiri. Terdapat dua jenis yang asas, iaitu jenis respons terhad dan jenis respons lanjutan (terbuka).

(i) Jenis Respons Terhad

Jenis item ini menghadkan kandungan dan gaya jawapan. Ia memerlukan calon untuk menjawab secara tepat, dalam satu frasa, ayat atau pernyataan pendek. Biasanya soalan- soalan ini bermula dengan perkataan seperti Apa….. Nyata….., Senarai…., Hurai….., Definisi….., dan sebagainya. Sebagai contoh: “ Dalam satu ayat, definisikan istilah penilaian”

 Nyatakan dua tujuan penubuhan Negeri-Negeri Melayu

Bersekutu pada tahun 1896?  Berikan maksud untuk fotosintesis?

(ii) Jenis Respons Lanjutan(Terbuka)

Secara perbandingan, jenis respons lanjutan/ terbuka memberi calon peluang untuk memilih tujuhala dan skop jawapan. Calon bebas untuk melanjutkan jawapannya, menggunakan pemikiran-pemikiran sendiri dan pendapat, menggunakan gaya penulisan sendiri tetapi menepati topik. Biasanya, soalan jenis ini menggunakan perkataan seperti “ Bincangkan sebab-sebab yang mungkin…..” , “ Bandingbeza ……” , “ Bagaimana , pada pendapat anda …..” Sebagai contoh, “ Bincangkan kepentingan penilaian dalam bilik darjah”

 Pada pendapat anda, mengapa berlakunya kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur?

 Pembelajaran koperatif yang berasaskan model pengajaran sosial mementingkan penyelesaian tugasan bersama demi mencapai

matlamat yang sama.

Bincangkan sejauh manakah pembelajaran koperatif merupakan kaedah pengajaran yang berkesan di dalam bilik darjah di Malaysia.

Langkah-Langkah Pembinaan Item

Prosedur yang betul dan sistematik amat penting untuk mempastikan rekabentuk sesuatu ujian yang berkualiti. Berikut adalah langkah –langkah pembinaan item yang perlu diikuti:

1. Spesifikasikan objektif ujian

2. Bina Jadual Spesifikasi Ujian

3. Gubal item ujian

4. Susunatur item ujian

5. Ubahsuai item ujian

6. Tentukan agihan markah

7. Simpan bahan ujian dan item di

tempat yang selamat

Rajah 7.2 : Langkah –Langkah Pembinaan Ujian

Senarai Semak

Senarai semak ialah alat pentaksiran yang mengandungi senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap, kebolehan dan tingkah laku murid. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada: (a) Sesuatu tingkah laku/ciri ada atau dapat diperhatikan (b) Sesuatu perlakuan telah dilakukan (c) Kekerapan sesuatu tingkah laku

Aspek-aspek yang perlu diambil kira dalam penyediaan dan penggunaansenarai semak termasuk :

 Disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat  Tingkah laku yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas.  Digunakan menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi.  Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.  Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan

tingkah laku yang akan diperlihatkan

 Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan maklumat/amalan yang lebih tepat/ kekal.

 Tidak menunjukkan darjah kemajuan hasil pembelajaran atau hasil pembelajaran atau tingkah laku murid.

Kelebihan menggunakan senarai semak dalam pemerhatian atau pencerapan adalah alat ini mudah dan praktikal. Ia boleh diigunakan oleh individu yang kurang mahir. Tambahan pula, ia dapat dilakukan semasa atau selepas pemerhatian dilakukan dan boleh dilakukan oleh beberapa orang pemerhati bagi memastikan kesahihan pemerhatian dari segi kebolehpercayaan antara pemeriksa. Seperkara lagi, senarai semak dapat menfokus kepada tingkah laku tertentu.

Skala Pemeringkatan (Rating Scale)

Skala pemeringkatan merupakan alat untuk mengukur suatu kuantiti yang sukar diukur secara objektif. Misalnya, mengukur perlakuan seseorang murid. Skala pemeringkatan memberi peluang kepada responden merekodkan pendapatnya tentang darjah perlakuan itu. Skala pemeringkatan biasanya diletakkan di atas satu baris dari rendah ke tinggi atau sebaliknya. Terdapat jenis skala iaitu skala ordinal, interval(sela) dan nisbah.

Skala ordinal menunjukkan urutan atau pangkat dan skala ordinal sebenarnya membolehkan seseorang mendapat maklumat lebih dari sekadar maklumat asas sahaja seperti yang diperolehi dalam skala nominal. Perbezaan magnitud antara

setiap nilai atau tidak diketahui atau tidak tetap. Contohnya ialah skala likert :

Pernyataan : Saya tidak boleh hidup tanpa komputer riba saya Opsyen:

1. Sangat Tidak Setuju ( Strongly disagree)

2. Tidak Setuju (Disagree)

3. Setuju (Agree)

4. Sangat Setuju (Strongly agree)

Skala interval(sela) merupakan skala yang membezakan kategori dengan selang atau jarak tertentu dengan jarak antara kategorinya sama. Skala interval tidak memiliki nilai sifar mutlak . Misalnya, membahagi sampel berat badan ke dalam 4 interval iaitu: 40-49, 50-59, 60-69, dan 70-79.

Skala nisbah mempunyai kesemua ciri yang dipunyai oleh skala-skala nominal, ordinal dan interval yakni mempunyai kategori, urutan dan juga perbezaan magnitud yang sama dan mempunyai nilai 0 (sifar) yang mutlak. Nilai 0 (sifar) ini merupakan nilai yang mempunyai makna umur, pendapatan, berat, bilangan anak merupakan skala yang mempunyai kuasa statistik yang tinggi dan data- data yang diperolehi menggunakan skala ini berupaya dianalisis menggunakan analisis statistik

Kaedah lain untuk Pentaksiran Sekolah Rendah

Pencerapan/Pentaksiran

Pentaksiran melalui cerapan biasanya kurang berstruktur (terancang) dan selalunya dilakukan untuk menilai interaksi murid antara satu sama lain dalam tugasan untuk mendapatkan hasil penyelesaian yang umum. Pencerapan perlu mempunyai tujuan dan dijalankan dengan menggunakan suatu instrumen cerapan yang bersesuaian untuk mengurangkan penyimpanan rekod, seperti senarai semak dan skala kadar (rating scale) yang hanya memerlukan sedikit catatan dan masa untuk merekod.

Tugasan atau Pentaksiran Prestasi

Tugasan atau pentaksiran prestasi kurang berstruktur (berbanding dengan ujian) dan melibatkan tugasan yang menilai aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap murid dalam pelbagai situasi dan konteks yang sebenar. Pentaksiran prestasi meliputi komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dalam amalan. Ia merupakan pentaksiran yang autentik kerana murid mempunyai gaya yang tersendiri untuk belajar. Antara contoh ialah projek, pameran, penyampaian visual dan lisan, debat, simulasi komputer dan persembahan.

Pentaksiran Kendiri, rakan sebaya dan kerja berkumpulan

Pentaksiran kendiri memerlukan perhatian khusus daripada guru kerana mungkin ramai murid memerlukan bantuan mempelajari bagaimana untuk menilai kemahiran akademik dan prestasi dengan tepat. Murid perlu dimaklumkan tentang kriteria tugas khusus untuk prestasi (pentaksiran rujukan kriteria). Murid juga mungkin memerlukan bantuan dalam mempelajari bagaimana untuk menyimpan rekod dan mengulas ringkasan kerja. Refleksi ke atas pembelajaran seseorang adalah komponen yang amat penting dalam pembelajaran murid yang perlu dilakukan oleh murid.

Pentaksiran rakan sebaya, menggunakan senarai semak atau rubrik, membantu murid sama ada yang ditaksir atau yang mentaksir. Perkongsian kriteria untuk pentaksiran memberi kuasa kepada murid untuk menilai prestasi mereka sendiri dan juga rakan mereka.

Pentaksiran kerja berkumpulan memberi eviden daripada aspek kerjasama, bantu membantu, pengagihan kerja dan sumbangan setiap individu melalui satu produk. Pentaksiran kerja berkumpulan dinilai melalui proses selain daripada produk atau hasil kerja. Ia melibatkan pentaksiran kemahiran sosial, pengurusan masa dan kedinamikan kumpulan, selain daripada hasil kerja kumpulan.

Peluang untuk menggunakan pelbagai instrumen amat penting bagi kedua-dua pentaksiran untuk pembelajaran dan juga pentaksiran tentang pembelajaran. Isu penting ialah instrumen mestilah sepadan dengan apa yang ditaksir. Eviden yang bersesuaian dan mencukupi mesti dikumpulkan; dan ia mesti dijelaskan kepada murid sama ada mereka sedang melalui proses pentaksiran untuk pembelajaran atau pentaksiran tentang pembelajaran.

7.5 Perangkaan Asas dalam Pentaksiran

Statistik asas merupakan satu teknik matematik untuk memproses, menyusun, menganalisis dan membuat kesimpulan tentang data yang berbentuk kuantitatif. Dalam pentaksiran, kaedah statistik digunakan untuk analisis dan membuat kesimpulan. Data yang dikumpul dalam pentaksiran biasanya tidak disusun dengan Statistik asas merupakan satu teknik matematik untuk memproses, menyusun, menganalisis dan membuat kesimpulan tentang data yang berbentuk kuantitatif. Dalam pentaksiran, kaedah statistik digunakan untuk analisis dan membuat kesimpulan. Data yang dikumpul dalam pentaksiran biasanya tidak disusun dengan

7.5.1 Jadual Kekerapan

Apabila skor ujian diperolehi dari sekumpulan murid, skor akan berada dalam susunan rawak seperti yang ditunjukkan:

Kesemua ini adalah skor-skor mentah. Seorang guru perlu mengorganisasi dan mempamerkan skor dalam bentuk yang teratur supaya ia bermakna. Guru perlu membuat pengiraan mudah untuk mentafsirkan data secara tepat.

Taburan Secara Menaik dan Menurun

(a) Susunan Menaik

Data-data disusun daripada yang terendah kepada tertinggi seperti:

(b) Susunan Menurun

Dalam susunan menurun pula, data-data disusun daripada yang tertinggi kepada yang terendah. Contohnya:

Taburan Kekerapan

Sebelum kita beralih kepada taburan kekerapan, kita mesti faham istilah kekerapan. Lihat data berikut:

Skor

Bilangan Murid yang mendapat skor

Kekerapan merujuk kepada berapa kali sesuatu skor wujud dalam taburan. Dalam contoh di atas, kekerapan untuk skor 70% ialah 7 ( kekerapan tertinggi) manakala kekerapan untuk 90% ialah 3 ( kekerapan terendah)

Akan tetapi dalam kumpulan murid yang ramai, bilangan skor akan banyak. Maka, adalah berguna untuk membina taburan kekerapan secara berkumpul dan graf taburan. Untuk tujuan ini, skor-skor dikumpulkan dalam sela kelas, dan bilangan skor yang ada dalam setiap sela digundalkan. Gundal-gundal ini dikira untuk memperoleh kekerapan, iaitu bilangan skor dalam setiap sela kelas.

Sebagai contoh, perhatikan bagaimana skor-skor berikut disusun dalam taburan kekerapan dengan julat kelas sebanyak 5

Jadual 7.3 : Jadual Taburan Kekerapan

(Sela Kelas)

Jadual taburan kekerapan merupakan taburan dalam bentuk jadual yang menunjukkan susunan data secara sistematik dan kekerapannya. Untuk mengurangkan bilangan baris, kita boleh mengumpulkan skor-skor atau menggabung skor yang berbeza ke dalam sela kelas.

Di sini ada beberapa garis panduan semasa menyediakan sela kelas. Pertama, sela kelas harus dipilih sebegitu agar ia meliputi kesemua skor-skor. Kedua, jika boleh saiz sela kelas seharusnya merupakan angka ganjil supaya nilai tengah merupakan angka bulat. Ini akan memudahkan perwakilan grafik dan pengiraan.

7.5.2 Histogram, Poligon kekerapan dan Ogif

Sekarang kita akan meneroka bagaimana menukar data dalam jadual taburan kekerapan kepada perwakilan grafik. Dua jenis graf yang paling kerap digunakan ialah histogram dan poligon kekerapan.

(a) Histogram

Histogram mempersembahkan data dalam bentuk lajur-lajur empat segi bujur. Asas setiap kolum ialah julat kelas dan ketinggian lajur menunjukkan kekerapan berlakunya skor tersebut.

Contoh:

Jadual 7.4 : Jadual Taburan Kekerapan 1

Skor

Had Sela Kelas

Kekerapan (f)

(Sela Kelas)

45 - 49

44.5 – 49.5

40 - 44

39.5 – 44.5

35 - 39

34.5 – 39.5

30 - 34

29.5 – 345

12

25 - 29

24.5 – 29.5

12

20 - 24

19.5 – 24.5

15 - 19

14.5 – 19.5

10 - 14

9.5 – 14.5

5-9

4.5 – 9.5

0-4

0 – 4.5

Rajah 7.3 : Histogram untuk Jadual Taburan Kekerapan 1

(b) Poligon Kekerapan

Poligon kekerapan dibina dengan memplotkan titik di nilai tengah setiap sela kelas ke ketinggian selaras dengan bilangan kekerapan kelas berkenaan. Kemudian, sambungkan kesemua poin-poin dengan garis lurus. Poin awalan dan akhir harus berada pada paksi-X

erap ek

Skor

Rajah 7.4: Histogram dan poligon kekerapan untuk Jadual Taburan Kekerapan

(c) Kekerapan Himpunan (Ogif)

Kekerapan himpunan ialah jumlah kekerapan data dan kekerapan data sebelumnya. Mari kita perhati jadual 1.6 untuk melihat bagaimana kekerapan kumulatif dikira.

Berdasarkan kepada jadual di atas, kita boleh menentukan bilangan murid yang memperolehi skor yang sama atau kurang daripada sesuatu skor yang tertentu. Contohnya, kita boleh katakan bahawa bilangan murid yang memperolehi skor antara 15 – 19 skor atau kurang daripadanya ialah 16.

Jadual 7.5 : Kekerapan Kumulatif

Skor(X)

Kekerapan Pengiraan

Kekerapan

(Sela Kelas)

55 Kekerapan 2 di tambah kepada

40 - 44

53 kekerapan sebelumnya,

Berhenti dan Renungkan :

Berdasarkan Jadual 7.5 di atas, berapa jumlah murid memperolehi markah kurang daripada 25? Berapa murid gagal jika markah lulus ialah 20?