Demografi Pelajar Dan Keputusan Ujian

4.5.1 Demografi Pelajar Dan Keputusan Ujian

Seramai 187 orang pelajar merupakan responden kepada kajian ini (Lampiran L). Dari jumlah itu 161 atau 86.1% daripadanya adalah pelajar lelaki dan hanya 26 orang iaitu 13.9% adalah pelajar perempuan (Jadual 4.14). Ini kerana untuk kursus-kursus aliran vokasional ketukangan adalah amat sesuai dengan keadaan fizikal dan keupayaan pelajar-pelajar lelaki. Hanya kursus tertentu sahaja seperti Elektrik dan Elektronik dan Binaan Bangunan yang disertai oleh pelajar perempuan.

Jadual 4.14 :Taburan kekerapan dan peratusan mengikut jantina pelajar

Taburan kekerapan pelajar mengikut sekolah adalah seperti berikut, 34 orang dari SMV Batu Pahat, 17 orang SMV Kluang, 35 orang SMV Kota Tinggi, 36 orang SMV Muar, 35 orang SMV Segamat dan 30 orang dari SMV Tanjung Puteri (Jadual

4.15). Taburan yang pelbagai ini adalah bergantung pada respon pelajar terhadap instrumen yang diedarkan. Pengkaji telah menghantar antara 30 hingga 36 set instrumen dari setiap sekolah dan menerimanya semula sebangaimana bilangan yang tersebut.

Jadual 4.15 :Taburan kekerapan dan peratusan mengikut sekolah

SMV Batu Pahat

34 18.2% SMV Kluang

17 9.1% SMV Kota Tinggi

35 18.7% SMV Muar

36 19.3% SMV Segamat

35 18.7% SMV Tanjung Puteri

Taburan pelajar mengikut kursus pula adalah seperti berikut, 35.8% (67 orang) pelajar adalah dari kursus Elektrik dan Elektronik, 25.7% (48 orang) adalah dari kursus Automotif, 12.8% (24 orang) adalah dari kursus Kimpalan dan Fabrikasi Logam, 11.2% (21 orang) adalah dari kursus Binaan Bangunan, 8.6% (16 orang) adalah dari kursus Penyamanan Udara dan 5.9% (11 orang) adalah dari kursus Amalan Bengkel Mesin (Jadual 4.16). Pembahagian ini adalah ditentukan oleh pihak sekolah yang mengedarkan instrumen kepada pelajar masing-masing mengikut kelapangan waktu pembelajaran mereka supaya tidak mengganggu sesi P&P.

Jadual 4.16 :Taburan kekerapan dan peratusan mengikut kursus

48 25.7% Amalan Bengkel Mesin

Automotif

11 5.9% Binaan Bangunan

21 11.2% Elektrik dan Elektronik

67 35.8% Kimpalan dan Fabrikasi Logam

24 12.8% Penyamanan Udara

Bagi menilai pendapat pelajar terhadap mata pelajaran Sains Gunaan ini, pengkaji telah menyediakan beberapa pilihan jawapan yang boleh dipilih oleh pelajar untuk memberikan pandangan mereka terhadap mata pelajaran ini. Dari analisis yang dibuat sebahagian besar pelajar mamberikan respon yang positif terhadap mata pelajaran Sains Gunaan. Ini terbukti apabila 123 orang pelajar berpendapat bahawa Sains Gunaan adalah mata pelajaran yang sesuai dengan kursus yang mereka ambil. 141 orang pelajar berpendapat mata pelajaran Sains Gunaan adalah mata pelajaran yang menyeronokkan walaupun ada seorang yang berpendapat sebaliknya. 115 orang pelajar memilih bahawa Sains Gunaan adalah mata pelajaran yang mudah atau senang walaupun ada 5 orang pelajar yang menganggapya sukar atau susah (Jadual 4.17).

Jadual 4.17 :Taburan kekerapan pendapat pelajar terhadap mata pelajaran Sains Gunaan

1 0.5% Mudah/senang

61.5% Sukar/susah

5 2.7% Sesuai dengan kursus

65.8% Tidak sesuai dengan kursus

Analisis telah dijalankan ke atas keputusan-keputusan peperiksaan pelajar sebelum, semasa dan selepas mereka mempelajari mata pelajaran Sains Gunaan. Keputusan bagi mata pelajaran Sains pada peperiksaan PMR mereka diambil sebagai keputusan sebelum mempelajari mata pelajaran Sains Gunaan. Keputusan pada Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 diambil sebagai keputusan semasa mempelajari mata pelajaran tersebut dan keputusan Peperiksaan Percubaan SPM dan kertas ujian Instrumen II pula sebagai keputusan selepas mempelajari mata pelajaran Sains Gunaan (Rajah 4.4).

Rajah 4.4: Analisis taburan keputusan pelajar pada peperiksaan PMR, Akhir Tahun Tingkatan 4, Peperiksaan Percubaan SPM dan ujian Instrumen II.

Dari analisis yang dijalankan diadapati sebahagian besar pelajar memperoleh gred B dan C masing-masing seramai 72 dan 77 orang dalam peperiksaan PMR bagi mata pelajaran Sains. Hanya 12 oleh memperoleh A dan 19 orang lagi dengan keputusan D. Ini menunjukkan pelajar yang mengambil mata pelajaran ini mempunyai kebolehan yang sederhana sahaja dalam bidang sains.

Selepas setahun mempelajari mata pelajaran Sains Gunaan ini, berlaku sedikit peningkatan apabila taburan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan empat adalah lebih sekata di mana bilangan pelajar yang paling ramai adalah dalam gred B (33 orang) diikuti gred A- (28 orang), gred C (24 orang), gred C+ (22 orang), gred B+ (16 orang), gred A (15 orang), gred D (12 orang), 3 orang gred E dan seorang gred A+. Walau bagaimanapun terdapat 2 orang pelajar yang gagal pada peperiksaan ini.

Setelah menyelesaikan semua silibus, pada peperiksaan percubaan SPM, angka-angka ini semakin berubah apabila pengumpulan pelajar adalah ke arah gred yang lebih baik. 42 orang pelajar berjaya mencapai gred A-, diikuti 29 orang dalam gred B+, 24 orang dalam gred A, 22 orang dalam gred C+, 15 orang gred C dan 7 orang dalam gred D. Masih seorang sahaja yang berjaya mendapat gred A+ dan seorang lagi pelajar gagal dalam peperiksaan tersebut.

Bilangan soalan yang lebih sedikit dan soalan-soalan yang diambil dari koleksi bank soalan mungkin menyebabkan kertas ujian Instrumen II menghasilkan keputusan yang terbaik dari semua keputusan peperiksaan sebelumnya. Dengan seramai 42 orang pelajar mendapat A+, 56 orang A dan 30 orang A- membuktikan pernyataan di atas. Sebahagian lagi pelajar mendapat B+ (10 orang), B (11 orang), C+ (3 orang), C (6 orang), D (1 orang) dan E (2 orang). Tiada pelajar yang gagal dalam ujian Instrumen II ini.

Peningkatan dalam setiap keputusan peperiksaan ini jelas dilihat dari pola taburan yang ditunjukkan dalam Rajah 4.5. jelas kelihatan dari pola tersebut bahawa keputusan peperiksaan PMR lebih terkumpul di bahagian kanan graf yang menunjukkan pencapaian yang lebih rendah oleh pelajar. Keputusan peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 pula menunjukkan kadar yang seragam di mana penumpuan adalah lebih di kawasan tengah iaitu pencapaian yang sederhana.

Bagi keputusan Peperiksaan Percubaan SPM dan keputusan ujian Instrumen

II pula, pola penumpuan lebih condong ke sebelah kiri. Ini menunjukkan prestasi pelajar yang semakin meningkat dan baik.

Rajah 4.5: Pola taburan keputusan pelajar pada peperiksaan PMR, Akhir Tahun Tingkatan 4, Peperiksaan Percubaan SPM dan ujian Instrumen II.

Dokumen yang terkait

ANALISIS KOMPONEN MAKNA KATA YANG BERMAKNA DASAR MEMUKUL DALAM BAHASA MADURA DIALEK PAMEKASAN

28 440 50

PERHITUNGAN KEKUATAN KOMPONEN MESIN PENGGILING DAN PENYARING BAHAN TAPIOKA DENGAN KAPASITAS 20 KG/JAM

0 48 1

PENGARUH PENILAIAN dan PENGETAHUAN GAYA BUSANA PRESENTER TELEVISI TERHADAP PERILAKU IMITASI BERBUSANA (Studi Tayangan Ceriwis Pada Mahasiswa Universitas Muhammadiyah Malang Jurusan Komunikasi Angkatan 2004)

0 51 2

PENGARUH TERPAAN LIRIK LAGU IWAN FALS TERHADAP PENILAIAN MAHASISWA TENTANG KEPEDULIAN PEMERINTAH TERHADAP MASYARAKAT MISKIN(Study Pada Mahasiswa Universitas Muhammadiyah Malang Pada Lagu Siang Seberang Istana)

2 56 3

PENILAIAN MASYARAKAT TENTANG FILM LASKAR PELANGI Studi Pada Penonton Film Laskar Pelangi Di Studio 21 Malang Town Squere

17 165 2

ANALISIS PENILAIAN TINGKAT KEPENTINGAN (IMPORTANCE ) DAN KINERJA (PERFORMANCE ) KUALITAS PELAYANAN TERHADAP KEPUASAN KONSUMEN CAHAYA MULYA TRAVEL PACITAN

0 10 16

HUBUN GAN AN TAR A KUA LITAS P ELAYA NA N DA N P ROMOTION MIX (BERD ASARKAN P ERSE P S I P ASIEN) DE NGAN P ROSES P ENGAM BILAN KEP UT USAN P ASIEN DA LAM P EM AN F AA TAN P ELAY AN AN RA WAT INAP DI RSD KAL IS AT

0 36 20

IDENTIFIKASI BAHAYA, PENILAIAN RISIKO DAN PENGENDALIAN RISIKO PADA PEKERJAAN TAMBANG BELERANG (Studi pada Pekerja Tambang Belerang di Taman Wisata Alam Kawah Ijen)

14 133 76

4 INSTRUMEN PENILAIAN HASIL BELAJAR MATE

5 35 106

PENDUGAAN KOMPONEN GENETIK, DAYA GABUNG, DAN SEGREGASI BIJI PADA JAGUNG MANIS KUNING KISUT

2 62 34