Analisis Data Bagi Dimensi Konteks
4.2 Analisis Data Bagi Dimensi Konteks
Mata pelajaran Sains Gunaan ini ditawarkan sebagai mata pelajaran teras kepada calon peperiksaan SPM dari Bidang Ketukangan Kejuruteraan menggantikan mata pelajaran Sains yang dipelajari oleh semua pelajar yang bukan dari aliran Sains (LPM, 2009). Mata pelajaran ini adalah hasil gabungan tiga komponen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi. Ia mengandungi sepuluh tajuk yang mana tujuh daripadanya adalah dari bidang Fizik.
“Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah meluluskan kurikulum bagi Mata Pelajaran Vokasional (MPAV) Applied Science (Sains
Gunaan) pada tahun 2007. Perlaksanaan pegajaran dan pembelajaran mata pelajaran tersebut pada peringkat Tingkatan IV bermula pada tahun 2008, seiring dengan perlaksanaan MPAV Fasa ke-2. Mata pelajaran teras Applied Science dilaksanakan di 58 buah sekolah menengah Teknik yang menawarkan MPAV dari Bidang Ketukangan Kejuruteraan .”
(LPM, 2009, 2)
Walaupun pembinaan kurikulum mata pelajaran Sains Gunaan menekankan kepada aplikasi dan dikhususkan kepada pelajar-pelajar dari aliran Vokasional sahaja namun ia masih lagi berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Sains Kebangsaan sebagaimana yang tersebut di bawah,
“Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi
tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi .”
(JPT, 2003, iii)
Objektif kurikulum mata pelajaran Sains Gunaan ini adalah bagi membolehkan pelajar untuk (JPT, 2003, 2): (i) Memperoleh pengetahuan, konsep dan prinsip sains. (ii) Memahami aplikasi sains dalam bidang industri, sains dan teknologi serta kehidupan harian.
(iii) Menyelesaikan masalah dengan menggunakan prinsip sains dan strategi berfikir dalam konteks simulasi kepada keadaan sebenar. (iv) Memperoleh kemahiran saintifik melalui pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. (v) Mengaplikasikan pengetahuan saintifik dalam pengendalian peralatan, bahan sintetik dan meningkatkan kualiti kehidupan.
(vi) Menyedari aplikasi sains dan teknologi untuk kesejahteraan manusia sejagat. (vii) Menghargai dan sedia memberikan sumbangan kepada pembangunan sains dan teknologi untuk kemajuan diri dan pembangunan negara.
Tujuan pembentukan kurikulum mata pelajaran Sains Gunaan ini adalah untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains dan teknologi. Kurikulum ini memberikan inspirasi kepada pelajar untuk mendalami pengetahuan saintifik dengan kecenderungan dan berkemampuan untuk meningkatkan kemahiran daya kerja dalam bidang industri, sains dan teknologi. Kurikulum ini juga membolehkan pelajar untuk memahami dan membina konsep dan prinsip-prinsip sains serta diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka. Tambahan pula, pelajar yang mengikuti kurikulum ini diharap akan menyedari dan menghargai sumbangan dan aplikasi sains dan teknologi untuk kesejahteraan manusia sejagat. Kurikulum ini juga bertujuan menghasilkan pelajar yang mempunyai asas yang kukuh untuk melanjutkan pengajian mereka atau dalam meneroka pelbagai bidang industri (JPT, 2003, 2).
Merujuk kepada Jadual 4.1, berdasarkan soal selidik yang dijalankan ke atas guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sains Gunaan ini secara puratanya dengan min 3.91, mereka setuju bahawa mata pelajaran Sains Gunaan ini adalah merupakan satu mata pelajaran yang menarik. Ini dinyatakan oleh 29 orang yang mewakili 90.6% guru yang menyatakan setuju manakala 3 orang guru (9.4%) tidak pasti mengenainya. Ini menunjukkan guru-guru juga berminat untuk mengajar mata pelajaran ini kerana ia mampu menarik minat pelajar untuk mempelajarinya.
Jadual 4.1 : Analisis pendapat guru terhadap mata pelajaran Sains Gunaan dari dimensi Konteks
Item Pendapat
SS Min Tahap
1 Mata pelajaran Applied
Science adalah satu mata 3.91 Tinggi
pelajaran yang menarik 2 Mata pelajaran Applied Science adalah mata
1 25 8 pelajaran yang sesuai
4.12 Tinggi
78.1% 18.8% untuk pelajar-pelajar
aliran vokasional 3 Silibus mata pelajaran Applied Science adalah
5 1 23 3 3.75 Tinggi mencukupi untuk aras
15.6% 3.1% 71.9% 9.4% pengetahuan pelajar
Keseluruhan
3.93 Tinggi
25 orang iaitu 78.1% bersetuju dan 8 orang iaitu 18.8% sangat bersetuju dengan pendapat bahawa mata pelajaran Sains Gunaan adalah mata pelajaran yang sesuai untuk pelajar-pelajar aliran vokasional. Hanya seorang sahaja yang tidak bersetuju dengan pendapat itu. Secara puratanya (min 4.12) guru-guru bersetuju dengan pendapat tersebut. Kesesuaian saru-satu mata pelajaran untuk golongan pelajar tertentu adalah amat penting bagi membolehkan mata pelajaran tersebut diajar dan difahami dengan lebih baik. Ia juga penting untuk memastikan ia beerti bagi pelajar.
Terdapat respon yang pelbagai pada pendapat bahawa silibus mata pelajaran Sains Gunaan adalah mencukupi untuk aras pengetahuan pelajar. 23 responden Terdapat respon yang pelbagai pada pendapat bahawa silibus mata pelajaran Sains Gunaan adalah mencukupi untuk aras pengetahuan pelajar. 23 responden
Secara keseluruhannya, penilaian sejauh manakah kurikulum Sains Gunaan (komponen fizik) relevan dengan matlamat dan wawasan pembentukannya pada dimensi konteks adalah mencapai pada tahap tinggi dengan nilai min keseluruhan sebanyak 3.93.