Cadangan Penambahbaikan
5.4.1 Cadangan Penambahbaikan
Bagi meningkatkan lagi kualiti dan kebolehpercayaan masyarakat terhadap mata pelajaran Sains Gunaan ini, adalah dicadangkan supaya semua guru yang mengajar mata pelajaran Sains Gunaan ini diberikan latihan yang mencukupi memandangkan hanya 37.5% sahaja guru yang pernah menjalani latihan yang dianjurkan oleh BPTV. Sebahagian besar guru (71.9%) hanya menjalani latihan dalaman yang dikendalikan sendiri oleh pihak sekolah. Kursus penilaian bagi sesuatu mata pelajaran yang baru diperkenalkan adalah amat penting kerana pendedahan yang kurang akan menyebabkan penilaian yang dijalankan di peringkat sekolah adalah tidak selaras dengan penilaian peringkat peperiksaan awam. Berdasarkan keputusan kajian yang mendapati hanya 3.1% sahaja yang pernah menghadirinya pada peringkat BPTV keadaan ini amat kritikal dan perlu ditangani dengan segera. Walaupun 40.8% guru pernah menghadiri kursus peringkat dalaman ia adalah amat tidak memadai. Subahan (1999) menyatakan usaha perlu dibuat supaya kurikulum dipadankan kesediaan guru kerana kejayaan kurikulum terletak kepada guru yang melaksanakan kurikulum di sekolah. Kaedah yang lebih berkesan ialah merancang kursus yang berfokuskan kesediaan guru dalam pengetahuan dan kemahiran yang perlu dipunyai untuk pelaksanaan kurikulum baru (Subahan, 1999).
Rata-rata guru menyatakan bahan rujukan adalah tidak mudah didapati dan tidak mencukupi. Bagi menangani masalah ini, bahan-bahan rujukan perlulah disediakan dengan secukupnya. Pemberian insentif kepada guru-guru yang menyediakan bahan rujukan dan bahan bantu mengajar yang dapat digunakan oleh guru-guru atau sekolah-sekolah yang lain perlu diperkenalkan agar ia dapat menarik minat guru-guru untuk memberikan inovasi dalam teknik pengajaran mereka. Pihak BPTV juga boleh mendapatkan bantuan dari pakar dalam bidang Sains Gunaan dari dalam dan luar negara bagi mendapatkan bahan rujukan yang terkini dan terbaik untuk pelajar. Guru yang berkesan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan mempelbagaikan bahan media atau alat bantu mengajar (Shahril, 2004). Menurut Noraziah (1981), penggunaan alat bantu mengajar adalah perlu untuk pelajar memahami konsep abstrak yang tidak difahami melalui pembelajaran biasa.
Kelengkapan di makmal-makmal Sains Gunaan perlulah disediakan dengan segera dan mencukupi. Berdasarkan hasil kajian didapati masih ada guru (31.2%) yang menyatakan bahawa kemudahan yang disediakan adalah tidak mencukupi dan kerja amali tidak dapat dijalankan sebagaimana yang terkandung dalam HSP. Masalah ini juga mengundang kepada rasa tidak seronok dan hilang minat pelajar semasa menjalankan aktiviti. Untuk memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran pihak sekolah perlulah menyediakan peralatan yang mencukupi supaya pelajar dapat belajar dalam keadaan yang memuaskan tanpa sebarang halangan yang boleh mengganggu proses pembelajaran (Rohana, 1996). Memandangkan mata pelajaran Sains Gunaan ini mengandungi 70% komponen fizik, adalah amat penting dijalankan kerja-kerja amali bagi meningkatkan kefahaman pelajar kepada konsep fizik secara lebih praktikal.
Kerja-kerja amali pelajar perlu dinilai dan diletakkan sebagai salah satu komponen pentaksiran supaya menggalakkan pelajar melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan sejajar dengan matlamat mata pelajaran Sains Gunaan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dan boleh diguna pakai dalam kerjaya pelajar. Konsep sains tidak diperoleh secara spontan, sebaliknya terbentuk secara beransur-ansur berdasarkan pengalaman pelajar yang sentiasa berhadapan dengan Kerja-kerja amali pelajar perlu dinilai dan diletakkan sebagai salah satu komponen pentaksiran supaya menggalakkan pelajar melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan sejajar dengan matlamat mata pelajaran Sains Gunaan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dan boleh diguna pakai dalam kerjaya pelajar. Konsep sains tidak diperoleh secara spontan, sebaliknya terbentuk secara beransur-ansur berdasarkan pengalaman pelajar yang sentiasa berhadapan dengan