Metode Penafsiran Muhammad Said Umar Dalam Tafsîr Nûr al-Ihsân.

mengetahui bilangan mereka yang sebenar dan adapun apa yang diketahui oleh sebagian kecil daripada umatnya adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan kisah tersebut secara umum kerana diandaikan yang dimaksudkan di sini ialah bilangannya nescaya Allah s.w.t. akan menyambungkan pengetahuanya tersebut dengan pengetahuan sebahagian daripada umatnya tersebut dengan al-‘Ataf 20 . Dengan pembahasan terdahulu, Maka Tafsîr Nûr al-Ihsân merupakan salah satu karya yang dikelompokkan dalam tafsîr bi al-ra’yi yang mahmûdah. Karena penafsirannya yang disertai dengan merujuk kepada al-Qur`ân dan al-Hadîts serta didukung dengan kutipan pendapat para ulama’ yang menjadikan ia dapat dipertanggung jawabkan keabsahannya. Sementara perkara yang berkaitan dengan Isrâiliyyât, ia sudah banyak dibahaskan di dalam hasil-hasil kajian dan penelitian yang banyak. Hasil-hasil penelitian tersebut telah memurnikan Tafsîr Nûr a-Ihsân dari terus mengandungi riwayat-riwayat Isrâiliyyât tanpa disertakan sebarang penjelasan dan kritikan.

B. Metode Penafsiran Muhammad Said Umar Dalam Tafsîr Nûr al-Ihsân.

Metode penafsiran Tafsîr Nûr al-Ihsân adalah tahlîli, yaitu dengan menjelaskan makna ayat-ayat al-Qur`an dari beragam aspeknya dan menyingkap seluruh maksudnya. Bahkan menjelaskan kosakata dan lafaz, serta kandungannya dalam berbagai aspek pengetahuan, historis, dan hukum. Di samping itu beliau ﺔ ﺎ نﻮ ﻮﻘﻴﺳ ﻢﻬﺒ آ ﻢﻬﻨ ﺎ و ٌﺔ ﺒﺳ نﻮ ﻮﻘ و ﻴﻐ ﺎ ﺎً ﺟر ﻢﻬﺒ آ ﻢﻬﺳدﺎﺳ ٌﺔ ﺧ نﻮ ﻮﻘ و ﻢﻬﺒ آ ﻢﻬ ار ﻢﻬ ﺎ ﻢﻬﺗﱠﺪ ﻢ ﻋأ ﱢر أ ﻢﻬﻨ ﻢﻬﻴﻓ ﺘ ﺗ ﺎ و اًﺮهﺎ ًءاﺮ ﺎﱠإ ﻢﻬﻴﻓ رﺎ ﺗ ﺎ ﻓ ٌ ﻴ ﺎﱠإ اًﺪ . 20 Al-‘Ataf adalah penyambungan ayat dengan salah satu abjad penyambungan seperti ‘dan’ untuk menunjukkan ketersamaan antara dua perkara pada hukum dan al-i’rab. Mush afa al-Ghulaini, Jami’ al-Durûs al-‘Arabiyyah, Cairo: Dâr Ibn al-Jauzi, 2010, hal. 604. menyebut pendapat-pendapat para ulama’ sebagai pendukung terhadap ra’yu-nya. Ini semua dilakukan berdasarkan tahap pencapaian ilmu di kalangan masyarakat pada ketika itu yang rata-ratanya kurang terdedah kepada bidang ilmu tafsir dan masih ramai lagi yang tidak mahir dalam bahasa Arab. Kenyataan ini boleh dirujuk kepada permintaan masyarakat tempatan agar pengarang menulis tafsir dalam Bahasa Melayu untuk memudahkan mereka memahami maksud ayat-ayat al-Qur’an. Sebelum memulakan penafsiran dalam Tafsîr Nûr al-Ihsân, beliau menulis satu pendahuluan yang ringkas dengan dwibahasa yaitu Bahasa Arab dan Bahasa Melayu. Beliau menyatakan padanya kesyukuran kepada Allah swt dan shalawat ke atas Rasulullah saw, tujuan pengarangan beliau, dan sumber-sumber referensi dalam penafsiran 21 . Pada satu halaman selepas pendahuluan, beliau menulis muqaddimah, yang terdapat padanya penjelasan ringkas tentang makna Islam dan rukun-rukunnya, rukun Iman, syarat-syarat shalat, fardhu-fardhu wudhu`, dan rukun-rukun shalat 22 . Metode Muhammad Said terhadap ayat-ayat al-Qur`ân dalam Tafsîr Nûr al- Ihsân dengan metode yang diterapkan Jalâl al-Dîn al-Suyûti dan Jalâl al-Dîn al- Mahalli dalam Tafsîr al-Jalâlain. Beliau mengemukakan suatu ayat dengan memberikan terjemahannya disertakan uraian. Maka metode penafsiran dalam Tafsîr Nûr al-Ihsân adalah metode penafsiran kuno atau klasik. Semasa melakukan penafsiran, beliau menggunakan Bahasa Melayu Kedah Lama dengan tulisan Arab Jawi 23 . Mengenai penggunaan bahasa dan ejaan dalam 21 Muhammad Said Umar, Tafsîr Nûr al-Ihsân........jilid ke-1, hal. 2. 22 Ibid, hal. 3 dan 4. 23 Tulisan Melayu huruf Arab atau lebih dikenali di Malaysia sebagai Tulisan Jawi telah lama wujud dan digunakan sebagai tulisan rasmi Melayu, iaitu sejak abad ke 14 Masihi atau sebelumnya. Ia merupakan bukti kokoh kedatangan Islam ke Kepulauan Nusantara. Lihat Mohd. Alwee Yusoff, kitab ini, pengarang banyak menggunakan Bahasa Melayu Kedah lama dan sebahagiannya agak sukar untuk difahami oleh generasi sekarang seperti “hambat keluar”, “menyengehaja”, dan “tiada sayugia’ 24 . Keadaan ini terjadi lantaran kerana faktor zaman penghasilan kitab ini, dimana tahap pembinaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu masih rendah dan masih kuat dipengaruhi oleh gaya bahasa Melayu lama. Beliau juga memasukkan perkatan-perkataan Arab diselangi perkataan- perkataan Melayu. Tidak sebarang petanda yang menunjukkan perkataan-perkataan Arab tersebut. Maka, para pembaca harus mempunyai asas Bahasa Arab dalam proses mempelajari dan memahami karya tafsir ini. Jika diteliti, Muhammad Said sebenarnya telah memudahkan jalan kepada para pembaca kerana beliau terus membawa terjemahan bagi setiap kalimat Arab itu. Selain daripada itu, dalam masa yang sama juga pembaca boleh mengambil faidah untuk memperkuatkan lagi perbendaharaan kata dalam Bahasa Arab. Malah beliau tidak mencatit nomor bagi ayat-ayat yang ditafsirkan. Tafsîr Nûr al-Ihsân adalah satu karya tafsir tradisionalis karena Muhammad Said mengutip pandangan dari para ulama` klasik. Beliau meletakkannya secara langsung di dalam yang ditafsirkan tanpa menggunakan sebarang tanda, akan tetapi kadang-kadang beliau menyatakan bahwa sesuatu penafsirannya itu diambil daripada cendikiawan tertentu. Untuk menjelaskan lagi perkara di atas, penulis menyajikan penafsiran beliau yang dikutip dari tafsiran para ulama’ Salaf dan takwilan ulama’ Khalaf pada tafsiran ayat mutasyâbihât tanpa menyatakan kutipan dari para ulama, Perkembangan Tulisan Jawi Dan Aplikasinya Dalam Masyarakat Islam Di Malaysia, Jurnal Usuluddin, t.tp, 2005, Bil. 21. 24 “Hambat keluar” dalam bahasa Indonesia bermakna usir keluar, “menyegehaja” bermakna sengaja, dan “tiada sayugia” bermakna tidak sewajarnya. hanya menyebutnya dan tidak mengurainya secara panjang seperti penafsiran beliau terhadap ayat 10 Surat al-Fath: ﻢﻬ ﺪ أ قﻮﻓ ﷲا ﺪ “Tangan Allah atas tangan mereka itu ia memandang atas mubaya’ah mereka itu dibalas atasnya dengan syurga atau kekuatan Allah dan pertolongannya dan nikmatnya atas mereka itu” 25 . Tangan Allah atas tangan mereka itu, Allah memandang atas mubâya’ah berbai’ah dengan menjanjikan untuk mereka itu dibalas atasnya dengan syurga atau kekuatan Allah, pertolongannya dan nikmatnya atas mereka itu”. Beliau amat berhati-hati ketika melakukan penafsiran terhadap ayat-ayat Muqatta‘ah sehingga beliau tidak pernah mentakwilkannya walaupun satu abjad darinya. Sungguh ulama` mengizinkan agar memberi suatu takwil yang berpadanan terhadap Muqatta‘ah, asal tidak menyalahi dengan sesuatu penetapan al-Qur`ân dan Sunnah 26 . Untuk membuktikannya pernyataan ini, penulis mengemukakan satu contoh daripada penafsiran tersebut yaitu penafsiran beliau terhadap ayat Muqa a‘ah daripada ayat 1 surat Luqmân: ﻢ ﺁ ﻢﻴ ﱠﺮ ا ﻦ ﱠﺮ ا ﷲا ﻢ “Allah terlebih ketahui kehendakNya 27 ”. Demikian perkataan beliau ketika menafsirkan ayat-ayat Muqatta‘ah. Beliau juga menggunakan lafaz-lafaz seumpamanya seperti Allahu a’lam 28 dan Allahu a’lam dengan kehendakNya 29 . 25 Ibid, hal. 95. 26 Al-Shiddieqy, T.M. Hasbi, Sejarah Pengantar Ilmu al-Qur`an Tafsir, Semarang: Pustaka Rizki Putra, 2009, cet. ke-1, edisi ke-3, hal. 50. 27 Ibid, hal. 241. Beliau tidak membahaskan mengenai perbedaan al-qirâ`ât 30 bagi suatu ayat, lebih-lebih lagi menyentuh perihal al-qirâ`ât al-syâdzah 31 . Seperti yang telah diteliti pada biografi beliau, tidak terdapat bukti bahwa beliau pernah mempelajari ilmu al- qirâ`ât sepanjang pembelajarannya. Maka, penulis mengemukakan beberapa contoh penafsiran dalam Tafsîr Nûr al-Ihsân, yaitu Surat al-Falaq . Sebelum menafsirkan suatu surat, Muhammad Said menjelaskan tempat turun surat tersebut, jumlah ayatnya, dan disertakan sabab nuzûl dan sebab penamaan surat jika ada. Beliau juga menyebut fadilah surat tersebut pada akhirnya jika ada dengan tanda kurungan atau tanpanya, beliau mengatakan: ﺔﻴﻜ ا ةرﻮـﺳ “Lima ayat turun ini surah dan surah yang kemudiannya tatkala balik Rasulullah daripada Hudaibiyyah pada bulan Dzulhijjah dan masuk Muharram tahun tujuh dan kemudian daripada selesai perang Khaibar datang kepala-kepala Yahudi kepada seorang Yahudi yang pandai sihir nama Labîd Bin A’sam dan segala anak perempuannya atau saudara perempuannya dengan upah tiga dinar dengan muafakat budak Yahudi khadam al-Nabi ambil sisir kepala Nabi dan gigi sisir diperbuat rupa Rasulullah dengan lilin ditikam dalamnya sebelas jarum dan disimpul sebelas simpul maka kena sihir Rasulullah empat puluh hari maka pada satu hari Rasulullah tidur datang dua malaikat seorang di kepala dan seorang di kaki maka kata yang di kepala apa kena lelaki ini maka jawab yang di kaki orang sihir maka katanya siapa sihir maka 28 Lihat penafsiran Muhammad Said terhadap ayat pertama surat al-Sajadah. Ibid, hal. 249. 29 Lihat penafsiran beliau terhadap ayat pertama surat al-Rûm. Ibid, hal. 229. 30 Al-Qirâ’ât adalah bentuk bacaan yang diriwayat oleh seorang imam al-qirâ`ât berbeda dari imam yang lain pada pembacaan al-Qur`an, yang bersesuaian dengan riwayat-riwayat tentang bentuk bacaan tersebut. Perbedaan tersebut adalah sama pada mentuturkan abjad atau hukumnya. Lihat Muhammad Al-Zarqâni, Manâhil al-‘Irfan fi Ul ūm al-Qur`an, Beirut: Dar Qutaibah, 2001, cet. ke-2, hal. 489. 31 Al-Qirâ’ât al-syâdzah adalah bentuk bacaan al-Qur`an yang diriwayat bukan secara mutawâtir dan jalur sanad periwayatannya tidak sahîh, yaitu selain aliran-aliran qira`at yang masyhur. Contohnya ialah qira`at Ibn al-Samaifi’. Lihat Subhi al-Sâlih, Mabâhitsu fi Ulûm al-Qur`an, Beirut: Dâr al-‘Ilmi lil-Milâyîn, 1972, cet. ke-7, hal. 257. ﻢ ﷲا ﺮ ا ﻦ ﺮ ا ﻢﻴ Baca olehmu. ﻋأ ذﻮ ﺮ ﱢب ا Aku berlindung dengan tuhan falaq maka ikhtilaf ulama’ pada makna falaq kata setengah fajar subuh dan setengah penjara atau rumah dalam neraka apabila dibuka berkeriau ahli neraka daripada hangatnya. ﺷ ﻦ ﱢﺮ ﺧ ﺎ Daripada kejahatan yang telah jadi daripada binatang atau manusia atau terbakar atau karam air dan racun kayu batu. و ﺷ ﻦ ﱢﺮ ﺷﺎ ذإ و ا Dan daripada kejahatan malam apabila kelam ia. و ﺷ ﻦ ﺮ ﻨ ا ﱠﺎ تﺎ ا ﻘﺪ Dan daripada kejahatan yang menghembus pada segala simpulan yang serta dengan tiada air liur. و ﺷ ﻦ ﱢﺮ ﺳﺎ ﺪ ذإ ا ﺪ Dan daripada kejahatan orang yang hasad apabila hasad ia seperti Yahudi hasad bagi al-Nabi saw maka hasad sejahat-jahat dosa mula maksiat Allah pada langit dengan hasad Iblis akan Adam dan mula maksiat dalam bumi dengan hasad Qabîl akan Habîl dua anak Adam maka makna hasad mencita-cita hilang nikmat daripada seorang dan munafasah cita-cita dapat nikmat umpama nikmat seorang dinama ghibtah yaitu harus sunat dibaca isti’âdzah pada kanak-kanak memelihara daripada syaitan dan penyakit ‘ain yaitu yang dibaca oleh Rasulullah pada Hasan dan Husain: ﺔ ﻼ ا ﻦﻴﻋو ﺔ ﺎهو نﺎﻄﻴﺷ آ ﻦ ﺔ ﺎﺘ ا ﷲا ﺔ ﻜ ذﻮﻋأ seperti dibaca: ﷲﺎ إ ةﻮ ﷲا ءﺎﺷ ﺎ ketika dirinya dan rumahnya dan ahlinya dan hartanya selamat supaya berkekalan selamat itu 32 ”. dalam menafsirkan surat al-Falaq, Muhammad Said menjelaskan tempat turunnya di Mekah, jumlah bilangan ayat, dan sabab nuzulnya. Kemudian beliau menafsirkan ayat-ayat surat tersebut. Selesai menafsirkannya beliau menjelaskan fadilahnya tanpa menggunakan suatu tanda. Sementara itu, ada beberapa surat yang beliau meletakkan tanda Fadilat yang menunjukkan fadilahnya. Penulis mengemukakan salah satu contoh darinya yaitu ketika Tuan Haji Muhammad Said selesai menafsirkan surat al-Nâs, beliau menyatakan fadilahnya seperti di bawah: Fadilat “Riwayat Abû Nu’aim daripada ‘Abdullah Bin Sakhir daripada bapanya sabda Rasulullah saw barangsiapa yang baca ﺪ أ ﷲا ﻮه pada sakit yang ia mati padanya nescaya tiada difitnah pada kuburnya dan aman daripada Hâfiah kubur dan ditanggung oleh malaikat hari kiamat dengan tapak tangannya hingga melepas akan dia daripada titian Sirat Mustaqîm kepada syurga dan lagi sabdanya barangsiapa baca ﺪ أ ﷲا ﻮه ketika hendak masuk rumahnya nescaya menghilang ia akan papa daripada ahli rumah dan jiran dan lagi sabdanya barangsiapa baca ﻮه ﺪ أ ﷲا sekali nescaya diberkat atasnya dan barangsiapa baca dua kali diberkat atasnya dan ahlinya dan barangsiapa baca tiga kali diberkat atasnya dan segala jirannya dan barangsiapa dua belas kali dibina Allah baginya dua belas mahligai dalam syurga maka jika baca akan dia seratus kali dikaffarah Allah daripadanya dosa lima puluh tahun yang lain darah orang dan harta orang maka jika dibaca akan dia dua ratus kali dikaffarah Allah daripadanya dosa seratus tahun maka jika dibaca seribu kali nescaya tiada mati hingga dia lihat ia akan tampaknya dan syurga atau dilihat baginya dalam mimpi dan lagi sabdanya barangsiapa baca ﷲا ﻮه ﺪ أ sepuluh kali dibina baginya satu mahligai dalam syurga dan 32 Muhammad Said Umar, Tafsîr Nûr al-Ihsân........jilid ke-4, hal. 308-309. Dapat diasumsikan secara jelas bahwa masyarakat umat Islam di Tanah Melayu ketika itu mempunyai pengetahuan yang cetek tentang Islam. Perkara itu terjadi karena Tanah Melayu pada saat itu merupakan kolonial Inggris, dipengaruhi oleh pelbagai persoalan yang terhidang akibat penjajahan Barat pada pertengahan abad ke-19 M. Tanah Melayu pada periode kedua kurun tersebut telah menyaksikan pertembungan budaya antara warisan terdahulu dan wawasan pendatang asing 34 . Hingga pada awal abad ke-20 M., perkembangan Islam ketika itu dijalankan dalam bentuk gerakan reformis dan al-islâh yang bertujuan memurnikan kehidupan masyarakat yang tenggelam dalam melakukan khurâfât dan bid’ah, dan menaikkan tingkatan sosioekonomi mereka 35 . Bahkan pihak pemerintah di negeri-negeri bagian Tanah Melayu turut merasakan akan pentingnya pendidikan Islam sehingga mereka mendorong para ulama’ supaya menulis karya yang berupaya menaikkan moral dan pemahaman masyarakat terhadap Islam seperti yang dilakukan oleh Tengku Mahmud dengan meminta Muhammad Said menulis satu karya yang dikenali sebagai Tafsîr Nûr al-Ihsân. 33 Muhammad Said Umar, Tafsîr Nûr al-Ihsân........jilid ke-4, hal. 308. 34 Farid Mat Zin, Islam Di Tanah Melayu Abad Ke-19, Shah Alam: Pustaka Karisma, 2007, cet. ke-1, hal. 1. 35 Ibid, hal. 7 dan 8.

BAB IV CORAK PENAFSIRAN DAN TEMA-TEMA DALAM