Mazhab Akidah dan Fikih

D. Mazhab Akidah dan Fikih

Muhammad Said telah dikenali sebagai cendikiawan Sunni. Walau tidak terdapat sumber tentang pegangannya dengan mazhab tersebut, namun ia dapat dilihat dari penafsirannya seperti yang telah dijelaskan. Sementara itu, beliau telah mencatat pada penutup karyanya bahwa dirinya adalah seorang yang bermazhab al-Syâfi’iyah 30 dan pengikut Tariqat al-Naqsyabandiyah al-Ahmadiah 31 . Kecenderungan beliau terhadap mazhab-mazhab tersebut bisa ditemukan pada corak penafsiran beliau yang menjelaskan suatu masalah fikih dengan pandangan empat mazhab fiqh yang mu’tabar terutamanya al-Syâfi’iyah. Beliau juga menafsirkan ayat-ayat yang menyentuh tema ibadah dan hukum-hukum dengan pendekatan yang terdapat dalam tafsir fiqhi 32 . Contoh penafsiran yang penulis ingin kemukakan untuk membuktikan pernyataan ini ialah penafsiran Muhammad Said terhadap surat al-Mâ’uûn ayat 4 dan 5: نﻮهﺎﺳ ﻢﻬﺗﺎ ﺻ ﻦﻋ ﻢه ﻦ ﺬﱠا ﻦﻴﱢﺼ ٌ ﻮﻓ “Maka bermula sangat azab atau sangat jahat atau padang dalam neraka itu disedia bagi segala orang yang sembahyang yang ada mereka itu daripada sembahyang mereka itu lupa lalai ta`khîr daripada waktu kata Ibn ‘Abbas ini sifat orang munafiq sembahyang hadapan orang sahaja istimewa hadapan orang pun tiada sembahyang menunjuk tiada iman adapun orang mukminin maka ia sembahyang 30 Al-Syâfi’iyah adalah satu aliran fikih Islam, yang disandarkan kepada Abû ‘Abdillah Muhammad Bin Idrîs, tokoh fikih Islam pada periode akhir abad pertama dan awal kedua Hijrah. Lihat Syamsuddin Muhammad Bin Ahmad al-Syarbînî al-Khatîb, al-Iqnâ’ fî Hall Alfâz Abî Syujâ’, Damsyiq: Maktabah Dâr al-Khair, 2002, hal. 10-11. 31 Muhammad Said Umar, Tafsîr Nûr al-Ihsân........jilid ke-4, hal. 311. Tarekat al- Naqsyabandiyah al-Ahmadiah merupakan satu gerakan sufi yang disampaikan oleh generasi kepada generasi selepasnya secara periwayatan. Ia berkembang luas di rantau Nusantara. Gerakan tersebut berasal dari Bukhara dan dinasabkan kepada pengasasnya Muhammad Baha al-Din al-Naqshabandi. Lihat http:en.wikipedia.orgwikiNaqshbandi. 32 Tafsir Fiqhi yaitu karya tafsir yang pembahasannya berorientasi pada masalah-masalah hukum Islam. Lihat Abd al-Hayy al-Farmâwi, Muqaddimah fî al-Tafsîr al-Maudu’i, Beirut: Dâr al- ‘Ilm, 1977, hal. 27. ia di hadapan orang dan di belakang dan qada` yang lupa lalai dan sujûd sahwi 33 ”. Adapun contoh penafsiran beliau terhadap ayat-ayat al-Qur`an dengan pendekatan sûfi 34 bisa dilihat pada contoh yang dikemukakan ini, yaitu penafsirannya terhadap surat al-Mâ`idah ayat 35: Suruh orang mukmin dengan taqwa dan wasîlah أ ﺎ ﻬ ﱠا ﺎ ﺬ ﻦ ﺁ ﻨ ﱠﺗا اﻮ ﻘ ﷲا اﻮ Hai segala orang mukmin takut oleh kamu akan Allah pada tiap-tiap yang dikerja dan yang ditinggal. ﺔ ﻴﺳﻮ ا ﻪﻴ إ اﻮﻐﺘ او Dan tuntut oleh kamu kepadaNya akan wasîlah perhubungan yang menghampirkan diri kepada Allah maka zikrullah dengan lidah dan hati yang dinama murâqabah dan musyâhadah dan dawâm al-hudûr dan baca Qur`an dan selawat dan doa dan sekalian bagi taat kebajikan sunat itu wasîlah hamba kepada Allah Taala yang boleh jadi dirinya hampir kepada Allah dan kekasih Allah maka dengan wasîlah itu maka boleh jadi pendengaran Allah pendengarannya dan penglihatan Allah penglihatannya dan tangannya dan langkahnya dan tamparnya Allahu Akbar maka wasîlah pada Allah seperti persembahan pada raja-raja. نﻮﺤ ﺗ ﻢﻜﱠ ﷲا ﻴﺒﺳ ﻓ اوﺪهﺎﺟو Dan bersungguh-sungguh oleh kamu pada meninggi agamaNya dengan perang seterunya yang nyata dan yang sembunyi kafir munafik mudah-mudahan kamu dapat kemenangan kamu dan lepas dari neraka 35 . 33 Muhammad Said Umar, Tafsîr Nûr al-Ihsân........... jilid ke-4, hal. 303. 34 Tafsir al-Sûfi identik dengan tafsir al-isyâri, yaitu suatu metode penafsiran al-Qur`an yang lebih menitikberatkan kajiannya pada makna batin dan bersifat alegoris. Penafsir yang mengikuti kecenderungan ini biasanya berasal dari kaum sufi yang lebih mementingkan persoalan-persoalan moral batin dibandingkan masalah zahir dan nyata. Lihat M. Al-Fatih Suryadilaga, Metodologi Ilmu Tafsir , Yoyakarta: Teras, 2005, cet. 2, hal. 44. 35 Muhammad Said Umar, Tafsîr Nûr al-Ihsân........... jilid ke-1, hal. 222 dan 223.

E. Sumbangan Dan Karya