ISU DAN CABARAN DALAM PEMBINAAN TAMADUN
ISU DAN CABARAN DALAM PEMBINAAN TAMADUN ISLAM DI
INDONESIA
Aminah Syuhadah Zulkefli
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
PENDAHULUAN
Ghazali Darussalam (2003) menyatakan bahawa kekalnya sesuatu ummah kerana kukuh
akhlaknya, sebaliknya akan runtuh ummah itu kerana akhlak yang buruk. Hakikat kenyataan
beliau ini telah dijelaskan dalam kisah-kisah kaum Lut, Samud, kaum Nabi Ibrahim, Bani Israil
dan lain-lain. Ummah yang berakhlak tinggi dan sentiasa berada di bawah keredhaan dan
perlindungan Allah ialah ummah seperti ummah Madinah pada zaman Rasulullah SAW (Zainura
Shafie, 2012).
Kepentingan akhlak dalam kehidupan dengan jelas telah dinyatakan dalam al-Quran menerusi
pelbagai pendekatan yang meletakkan al-Quran sebagai sumber pengetahuan utama mengenai
nilai dan akhlak yang paling terang dan jelas. Pendekatan yang digunakan oleh al-Quran adalah
berbentuk konseptual dan penghayatan, di mana akhlak manusia yang baik dan buruk ini
digambarkan oleh Allah dalam perwatakan manusia, dalam sejarah dan dalam realiti kehidupan
manusia semasa al-Quran itu diturunkan.
Akhlak memainkan peranan yang amat besar dalam mempengaruhi ketamadunan sesebuah
masyarakat. Tujuan utama akhlak ialah supaya manusia itu hidup dalam keadaan harmoni
berlandaskan norma-norma agama yang sebenar. Ia mempengaruhi pembentukan akal manusia
agar setiap perkara yang dilakukan adalah di atas dasar akal yang sempurna. Manusia yang
berakal luas pasti mampu mengawal diri dan nafsunya walau dalam apa jua keadaan.
1
Dari aspek kepimpinan dan pembangunan ummah menurut fikrah Islam, peranan dan matlamat
akhlak adalah membawa manusia untuk melaksanakan ibadahnya kepada Allah SWT dengan
membangunkan segala potensi dan keperluan dunia akhirat menurut nilai-nilai Islam. Ini kerana,
Islam mensasarkan kepimpinan dan pembangunan itu adalah manusia itu sendiri, bermula
dengan diri sendiri, keluarga seterusnya masyarakat. Ini hanya akan dapat dicapai melalui
keupayaan Islam, ilu dan akhlak yang ada pada pemimpin itu sendiri.
Selain itu, dari aspek adab dan akhlak dalam menjalankan tugas pula, kita ditekankan agar
melaksanakan seseuatu pekerjaan atau tugasan yang diamanahkan berlandaskan tatacara yang
telah digariskan dalam Islam. Islam mewajibkan umatnya memajukan diri, keluarga dan Negara.
Selain itu, bekerja dapat membantu kita menyihatkan badan bahkan dapat menjana ekonomi diri
sendiri dan Negara. Di samping bekerja untuk mendapatkan pendapatan bagi menampung
keperluan hidup, pekerjaan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan, penuh komitmen, dedikasi
serta tidak meninggalkan tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT, akan memperoleh
keredhaan dan ganjaran pahala di sisi Allah SWT. Maka, dengan ini barulah terlahirnya
ketamadunan manusia yang proaktif dan maju.
CABARAN DAN HALANGAN DALAM MEMBANGUNKAN SEMULA
TAMADUN ISLAM
Kegemilangan tamadun Islam terhenti disebabkan beberapa musuh peradaban seperti absolutism
iaitu sikap mementingkan kesempurnaan, watak pasrah umat Islam itu sendiri, dan kecintaan
kepada keduniaan atau materialism yang telah menjadikan umat Islam kurang dan tidak
produktif, terbuka dan berdaya maju. Sikap terlalu mencintai dunia atau memandang kepada
kebendaan merupakan musibah kepada sesebuah tamadun apabila masyarakatnya tenggelam
dalam keseronokan, kemewahan, keselesaan hidup dan mementingkan diri sendiri.
Faktor keruntuhan sesebuah tamadun yang dibahaskan oleh Ibnu Khaldun menjelaskan bahawa
apabila masyarakat dibuai oleh kemewahan, sifat sombong dan malas, maka akan runtuhlah
akhlak dan hilang perpaduan serta semangat kekitaan dalam masyarakat itu seterusnya tamadun
itu berada di ambang kehancuran. Jika kita lihat kepada pembangunan semula peradaban Islam
2
pada hari ini, maka benarlah analisa yang dibuat oleh Ibnu Khaldun bahawa kebendaan menjadi
penghalang kepada pembinaan semula tamadun Islam.
Peradaban pada hari ini tidak lagi mengutamakan budaya ilmu. Barat telah berjaya menanamkan
sikap tidak mementingkan pembudayaan ilmu di dalam diri kita. Franz Rosenthal (1997) telah
mengakui bahawa kemunculan tamadun Islam menandakan kemenangan ilmu pengetahuan.
Beliau menyatakan bahawa pembinaan sesebuah Negara-bangsa haruslah berdasarkan kepada
ilmu sepenuhnya, bukannya hasil adunan politik.
Roger Bacon (1561-1626) di dalam F.Budi Hardiman (2004) yang mengambil ungkapan yang
diperkenalkan oleh Francis Bacon pada zaman Renaissance yang terpengaruh dengan
kebangkitan saintis-saintis Muslim ketika itu, menyatakan bahawa ilmu adalah kuasa (knowledge
is power) dan bukan yang berkuasa itu ilmu (power is knowledge) di mana para ilmuwan mesti
tunduk kepada kuasa politik. Pernyataan ini adalah sama seperti apa yang ada dalam sistem
Islam sendiri. Hanya dengan berdaulatnya ilmu dalam sesebuah masyarakat, maka tamadun itu
akan berkembang dengan pesat. Dr.Siddiq Fadzil (2006) turut mengungkapkan kesuburan
intelektual sebenarnya banyak ditentukan oleh faktor kualiti kepimpinan dan dasar pemerintahan,
kematian intelektualisme terjadi akibat daripada pemerintahan yang absolutis.
Dalam usaha untuk membangunkan semula tamadun Islam, ia menuntut umat Islam agar berani
mengubah watak yang pasrah, takut dan berjiwa hamba kepada watak yang lebih kritis, bebas
dan berani melakukan perubahan. Bangsa yang memiliki watak dan jiwa merdeka pasti mampu
mengangkat martabat umat Islam seterusnya membawa mereka ke persada dunia dan mampu
bersaing dengan Negara-negara Barat dalam segala aspek kemajuan.
Pemikiran Islam Liberal Di Indonesia
Pemikiran Islam liberal yang berkembang di Indonesia merupakan penyerapan dan pengaruh
daripada isu-isu pemikiran yang berkembang di Barat. Islam liberal di Indonesia kini merupakan
jentera globalisasi dalam bidang agama yang mana Islam liberal berhasrat menjadikan agama
Islam sama seperti Kristian dan Yahudi di Barat yang tunduk kepada kehidupan duniawi sematamata, dengan cara membebaskan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar melalui tafsiran
3
atau perubahan dalam ajaran Islam itu sendiri. Sebagaimana motto dan syiar yang dilaunglaungkan oleh Jaringan Islam Liberal Indonesia iaitu ‘Islam Yang Membebaskan’. Antara
pembebasan agama yang dilakukan ialah:-
1. Sekularisasi dan Sekularisme
Isu dan istilah ‘sekularisasi’ di Indonesia telah diperkenalkan sejak awal 1970 oleh seorang
sarjana agama yang bernama Drs. Nurcholis Madjid. Beliau mendakwa bahawa ‘sekularisasi’
bukanlah penerapan ‘sekularisme’ tetapi ia merupakan proses Islami sepertimana yang dalam
permulaan kalimah syahadah “La Ilaaha…”. Ini bermakna, menurut Nurcholis, ajaran Tauhid itu
merupakan pangkal permulaan proses sekularisasi secara besar-besaran.
Walau bagaimanapun, pendapat Nurcholis ini telah dibantah keras oleh Prof.Dr.H.M.Rasjidi
(1972), yang menyatakan bahawa Nurcholis hanya memberikan makna istilah ‘sekularisasi’
mengikut seleranta sendiri seolah-olah Nurcholis mahu menunjukkan kepada masyarakat Islam
Indonesia bahawa proses sekularisasi itu tidak semestinya bersifat negatif menurut pandangan
Islam. Menurut Dr.Rasjidi lagi, Nurcholis terpengaruh dengan cara Harvey Cox, seorang pemikir
Kristian yang menganalisis buku ‘The Secular City’ (1965), yang mengatakan bahawa akar
‘sekularisasi’ itu sudah ada dalam ajaran Bible. Justeru, Nurcholis mengambil gagasan utama
Cox ini untuk diterapkan pada ajaran Islam.
Namun demikian, walaupun pandangan ini telah dibantah dan dijelaskan semula secara ilmiah
dan akademik oleh Dr.Rasjidi, golongan pendokong pemikiran Islam liberal lebih suka menerima
gagasan dan menyahut kembali seruan ‘sekularisasi’ Nurcholis bahkan mendokong pembentukan
Negara sekular. Koordinator Jemaah Islam Liberal, Ulil Absar Abdalla, mengatakan Islam liberal
boleh menerima bentuk Negara sekular dan mampu menerima amalan kebaikan dan kemaksiatan
sekaligus.
2. Pluralisme Agama
4
Pluralisme agama ialah suatu fahaman yang menyamakan semua agama, yang lahir akibat
daripada sekularisme dan proses sekularisasi masyarakat Barat. Terdapat empat aliran pemikiran
utama dalam Pluralisme agama yang sedang berkembang pada hari ini iaitu Civil Religion,
Global Theology, Transcendent Unity of Religions dan Syncretisme. Civil Religion dan Global
Theology lahir akibat fahaman sekularisme di Barat manakala Transcendent Unity of Religions
dan Syncretisme adalah reaksi terhadap sekularisme. Di Indonesia, aliran Transcendent Unity of
Religions (TUR) lebih mendapat sokongan daripada tokok-tokoh pemikir Islam liberal.
Ajaran TUR membahagikan agama-agama besar dunia seperti Islam, Kristian, Hindu, Yahudi,
dan Buddha kepada dua struktur utama iaitu struktur luaran (exoteric) dan struktur dalaman
(esoteric) yang mana semua agama berbeza pada struktur luaran sedangkan struktur dalamannya
menuju kepada Tuhan yang satu. Justeru, Nurcholis Madjid membuat permisalan roda di mana
jejari roda yang banyak itu mewakili agama-agama anutan dunia, bertemu pada pusat roda
(transcendent) iaitu tuhan yang satu.
3. Al-Quran Edisi Kritis
Pemikir Islam liberal di Indonesia mempunyai agenda untuk mengedit Al-Quran yang sedia ada.
Justeru, mereka menimbulkan isu Al-Quran Edisi Kritis dengan menimbulkan persoalanpersoalan yang boleh menyebabkan keraguan masyarakat awam terhadap keaslian kitab suci AlQuran itu sendiri. Golongan pemikir Islam liberal ini berpendapat teks-teks Al-Quran yang
digunapakai oleh kaum Muslimin pada hari ini mengandungi banyak permasalahan yang
memerlukan pengeditan semula secara kritikal. Modal utama mereka untuk mengedit semula AlQuran sedia ada ialah sejarah pembukuan Al-Quran dan kepelbagaian qiraah yang wujud dalam
tradisi umat Islam. Golongan ini mengungkit sejarah pembukuan Al-Quran dengan menuduh
Khalifah Uthman bin Affan membakar mushaf-mushaf lain dengan kuasa politiknya sehingga
Mushaf Uthmani sahaja yang layak digunapakai oleh umat Islam.
4. Hermeneutika
5
Kemudian, timbul pula isu hermeneutika yang bertujuan untuk mengubah orientasi tafsir AlQuran. Hermeneutika yang pada asalnya merupakan metodologi penafsiran Bible, dikembangkan
menjadi aliran falsafah moden oleh salah seorang pemikir Protestant, Friedrich Schleiermacher.
Lalu, golongan kaum liberal pula menerapkan hermeneutika kepada penafsiran Al-Quran. Jika
diperhatikan dalam tradisi kajian Bible, para pemuka Kristian mengakui bahawa teks-teks Bible
bukanlah wahyu Tuhan secara keseluruhannya, kerana di dalamnya terjadi percampuran firman
Tuhan dengan nukilan-nukilan manusia disamping bahasa wahyu yang asal juga telah tiada.
Justeru, hermeneutika dikembangkan menjadi metodologi penafsiran untuk mencari kebenaran
Bible itu sendiri.
Mengikut perbahasan falsafah pula, hermeneutika mengkaji sesebuah karya melalui tiga sudut
iaitu dari segi teks, pengarang dan pembaca. Menerusi tiga sudut pandangan ini, teks-teks Bible
bukanlah wahyu Tuhan, oleh itu, Bible ada pengarangnya dan pembaca Bible mempunyai jarak
masa dan bahasa dengan wahyu Tuhan yang sebenar. Ini diakui sendiri oleh para ahli teologi
Kristian yang mengatakan bahawa teks-teks Bible mempunyai banyak masalah. Oleh yang
demikian, jika teksnya sudah bermasalah, maka sudah pastilah tafsirannya juga bermasalah.
Dari situ, hermeneutika diterapkan pula dalam kajian Al-Quran. Maka, kebenaran teks-teks dan
ayat-ayat Al-Quran akan dipersoalkan terlebih dahulu seperti persoalan adakah Al-Quran itu
kalamullah? Bukankah bahasa yang digunakan bahasa Arab iaitu bahasa yang digunakan oleh
manusia? Adakah Tuhan bercakap dalam bahasa Arab? Pelbagai lagi persoalan yang sudah
pastinya akan menggoyahkan keimanan orang Islam terhadap Al-Quranul Karim.
5. Feminisme
Di Barat, gerakan feminisme dibentuk dengan tujuan mewujudkan persamaan antara lelaki dan
perempuan. Ini amat mempengaruhi pemikiran Islam liberal. Feminisme ala Islam liberal
menuntut persamaan hukum-hakam syariah antara lelaki dan perempuan, di mana golongan ini
menganggap perbezaan hukum syarak antara lelaki dan perempuan adalah sesuatu yang tidak
adil. Di Indonesia, perkara ini ditimbulkan dalam satu kertas kerja yang bertajuk ‘Counter Legal
Draft Atas Kompilasi Hukum Islam’ yang dipimpin oleh Dr. Musdah Mulia, di mana antara
kontroversi yang dibangkitkan ialah poligami tidak sah dan pembatalan poligami itu hendaklah
6
dinyatakan secara undang-undang. Golongan ini turut menuntut agar perkahwinan yang berbeza
agama antara Muslim dengan bukan Islam dikira sah. Selain itu, masa ‘iddah bukan hanya untuk
wanita, namun lelaki juga hendaklah diberi masa ‘iddah iaitu selama 130 hari. Dalam kes
perceraian pula. Mereka turut menuntut agar wanita juga diberikan hak untuk menjatuhkan talak.
Dari aspek harta pusaka, golongan ini menuntut bahagian pusaka bagi anak lelaki dan perempuan
diberikan sama rata.
Pemikiran Islam Kontemporari di Indonesia
Selain daripada isu aliran pemikiran Islam liberal yang dibawakan, Indonesia turut mengalami
konflik dalam pemikiran Islam kontemporari.
1. Islam Radikal
Sejak berakhirnya zaman reformasi lebih sepuluh tahun lalu, perkara yang perlu diberi perhatian
serius ialah kuatna arus pemikiran Islam Radikal. Radikal adalah respon terhadap keadaan yang
sedang berlaku, yang biasanya uncul dalam bentuk penilaian atau penolakan atau berlawanan
terhadap apa sahaja yang dianggap bertentangan dengan ajaran Islam. Islam Radikal
mengandungi satu program atau pandangan dunianya yang tersendiri. Keyakinan pengikut
radikalis ini sangat kuat terhadap segala program dan ideology yang mereka bawa, lalu
membuatkan golongan ini sukar untuk menerima pemikiran orang lain. Justeru, mereka lebih
cenderung menjadai kelompok yang anti-dialog. Antara ciri-ciri golongan Islam Radikal ini ialah
memperjuangkan Islam secara totalistik di mana syariat Islam sebagai dasar Negara dan Islam
sebagai sistem politik. Golongan ini mengatakan bahawa sistem di Indonesia hari ini bukanlah
sistem yang terbaik dan masih tidak mampu menyelesaikan krisis bangsa. Golongan Islam
Radikal juga mengamalkan dasar keagamaan salafi. Mereka sangat membenci Barat dan produk
peradabannya seperti sekularisasi dan modenisasi, justeru menentang liberalism yang telah
berkembang di Indonesia.
2. Aliran-aliran sesat seperti Al-Qiyadah al-Islamiah, Ahmadiyah
7
Pada masa lalu, aliran-aliran sesat di Indonesia bersifat personal dan intelektualistik, namun pada
hari ini aliran seperti ini telah berkembang dengan pengikut yang lebih ramai dan mereka
semakin berani tampil di tengah-tengah masyarakat dengan mempaerkan eksistensinya. Keadaan
ini semakin parah apabila masyarakat mudah tertarik dan kerap melakukan kekerasan dan
kehancuran secara membabibuta.
3. Lahir pemikir-pemikir muda Islam yang lebih progresif dan dinamis.
Kemunculan para sarjana muda ini turut mewarnai dinamika pemikiran Islam di Indonesia
dengan cara yang tersendiri dan penulisan mereka sangat berbeza dengan apa yang dibawakan
oleh Jaringan Intelektual Muda Muhammadiyah yang sedia ada di Indonesia.
KESIMPULAN
Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud:
“Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat
manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara yang baik dan melarang daripada
Segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan
sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana
yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada
yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik”
Berdasarkan maksud ayat Al-Quran di atas, umat Islam tidak seharusnya berasa selesa dengan
menjadi umat terbaik yang diciptakan Allah SWT. Kaum Bani Israel dahulu juga merupakan
umat yang banyak diberikan kelebihan namun disebabkan keangkuhan mereka maka ditimpakan
bencana dan hukuman Allah ke atas mereka. Umat Islam hendaklah yakin dengan Islam itu
sendiri kerana Islam adalah kurniaan terbesar Allah SWT kepada manusia. Sebagai umat Islam,
kita hendaklah tegas terhadap golongan yang mempersoalkan kerelevanan Islam dan ingin
mempertikaikan ajaran Islam. Golongan liberal ini diibaratkan seperti parasit atau musuh dalam
selimut umat Islam kerana sikap mereka yang merosakkan umat Islam dari dalam. Banyak kajian
yang membuktikan keunggulan dan keutuhan Islam sudah cukup untuk memberikan keyakinan
8
kepada umat Islam untuk melangkah jauh ke hadapan tanpa perlu mengambil pandangan
falsafah-falsafah Barat yang mengelirukan.
RUJUKAN
Al-Quranul Karim.
Fatimah Hj. Ali Hassan, Rokiah Othman, Husnaa Salehah Yahya & Amal Hayati Md. Nor. 2013.
Kesan Tamadun Islam kepada Pembentukan Akhlak Manusia. Bangi: Fakulti Pendidikan
UKM.
Franz Rosenthal. 1997. Keagungan Ilmu:Tterjemahan oleh Syed Muhammad Dawilah Syed
Abdullah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
F. Budi Hardiman. 2004. Filsafat Moden: Dari Machiavelli Sampai Nietzsche. Jakarta:
Gramedia Pustaka Utama.
Khalif Muammar A.Harris. 2006. Atas Nama Kebenaran: Tanggapan Kritis Terhadap Wacana
Islam Liberal. Kajang: Akademi Kajian Ketamadunan.
Mohd Kamil Abd Majid. 2009. Perubahan Sosial dan Impaknya Terhadap Pembangunan Modal
Insan Menurut Ibn Khaldun. dalam Jurnal Hadari v. 1, hh. 45-76.
Siddiq Fadhil. 2006. Krisis Kependidikan Masa Kini: Cabaran Membina Generasi Berjiwa
Merdeka. Madaniyat: Akademi Kajian Ketamadunan.
Syed Hussein al-Attas. 2005. Watak Tertawan Di Negara Membangun. Dalam Mohamad Daud
Mohamad (ed.). Pascakolonialisme Dalam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Pustaka.
Wan Mohd Nor Wan Daud. (1990). Budaya Ilmu Sebagai Asas Pembangunan Tamadun. Dalam
Jurnal Pendidikan Islam, v. 3, bil. 1, hh. 51-67.
9