JELASKAN ISU ISU SEMASA DALAM TAMADUN IN

JELASKAN ISU-ISU SEMASA
DALAM
TAMADUN INI DARI
PERSPEKTIF ISLAM
CTU151
PROF MADYA.RAMAWAN B. ABDUL RAHMAN

NAMA:
NURZAIRY BIN ABDUL RAZAK
(2012154819)
MUHAMAD SYARIFUDDIN BIN MAT HUSIN
(2012542303)
MOHD AIZUDDIN BIN BORHAN SHAH
(2012384327)
NUR AINA MAISARAH BINTI MIZAM
(2012729849)

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT


PENGHARGAAN

(1)

PRAKATA

(2)

PENGENALAN

(3)

DEFINISI TAMADUN ISLAM
ISU-ISU SEMASA TAMADUN
(6-11)
CARA-CARA MENANGANI ISU
(12)
KESIMPULAN
(13)
RUJUKAN

(14)
BIODATA

(4-5)

PENGHARGAAN

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
saya Prof Madya Ramawan Bin Abdul Rahman kerana memberi
saya tugasan untuk dilaksanakan dan memberi tunjuk ajar
untuk melakukan tugasan tersebut.Kerana tugasan ini bagus
kerana dengan tugasan ini hubungan kami boleh menjadi lebih
akrab dan mendapat ilmu yang baru yang selama ini kami
tidak pernah untuk mencari atau mengkajinya.Terima kasih
juga ,kepada keluarga kami yang banyak memberi motivasi
kepada kami untuk melaksanakan tugasan ini mereka juga yang
membuatkan kami lebih semangat setiap kali mereka berada
bersama kami ketika melakukan tugasan ini. Seterusnya ,
ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan sekelas yang
banyak membantu kami menyiapkan dan memberi idea yang

bernas kepada kumpulan kami mereka juga banyak membantu
dari segi maklumat untuk tajuk tugasan kami ini. Jutaan terima
kasih turut diberikan oleh setiap ahli kumpulan kami kerana
memberi komitmen yang sepenuhnya dalam menyiapkan
tugasan ini mereka telah memberi masa sepenuhnya bagi
menyiapkan tugasan ini tanpa merungut.

(1)

PRAKATA
Segala puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t. Tuhan sekelian
alam dan Setinggi-tingi ucapan selawat ke atas junjungan Nabi
Besar Muhammad s.a.w. penghulu para Rasul dan Nabi
a.s.Syukur alhamdulillah ke hadrat illahi dengan limpah kurniaNya berkat petunjuk dan kesabaran kumpulan kami akhirnya
dapat kami menyiapkan tugasan yang di berikan oleh
pensyarah kami.Walaupun kami menghadapi masalah kerana
kekurangan masa yang begitu suntuk buat kerana perlu
melakukan tugasan yang lain tapi alhamdulilah dapat kami
menyiapkan tugasan ini walaupun serba kekurangan namun
dapat juga kami siapkan tugasan ini pada masa yang di

tetapkan oleh pensyarah kami.

(2)

PENGENALAN
ISU ISU SEMASA DALAM TAMADUN DARI PERSPEKTIF ISLAM
Tajuk kerja khusus kami adalah Isu-isu semasa dalam tamadun
dari perspektif islam tajuk ini tentang keadaan yang berlaku
dalam tamadun islam masa kini mengikut pandangan
islam.Tugasan ini untuk subjek CTU151 yang diberi oleh
pensyarah kami.Kami perlu mencari dan mengkaji setiap
perkara dan perkembangan terkini dalam tamadun islam .Isuisu semasa dari perspektif islam dari sudut negatifnya didalam
dunia masa kini islam semakin dilupakan dan kita boleh melihat
mereka lebih mengejar harta didunia berbanding hari akhirat
dan dari sudut positifnya kita dapat melihat perkembangan ilmu
pengetahuan ketika zaman tamadun islam. Berdasarkan sejarah
manusia, kita telah menyaksikan kebangkitan dan kejatuhan
pelbagai bangsa dan tamadunnya. Kita telah menyaksikan
kegemilangan dan kejatuhan tamadun Mesir, Mesopotamia,
Parsi, Yunani, Rom, Byzantin dan Islam.Sudah menjadi

sunnatullah, putaran tamadun bangsa berlaku dan keadaan ini
adalah sebagai pengajaran kepada manusia.

(3)
DEFINISI TAMADUN ISLAM
Sesungguhnya , pembicaraan definisi sesuatu perkataan atau
istilah biasanya menimbulkan kekeliruan. Hal ini bertitik tolak
tentang wujudnya berbagai-bagai pendapatan yang dikemukan
oleh sarjana dalam bidang yang berkaitan. Kelainan ini
merupakan fitrah semulajadi manusia yang sentiasa berbeza
dalam cara berfikir di antara satu sama dengan lain , yang
timbul akibat daripada perbezaan latar belakang pendidikan ,
alam persekitaran , minat , sikap dan sebagainya . Demikian
juga halnya dalam memberi definisi tentang tamadun. Untuk
memudahkan perbincangan dan kefahaman , pengarang
melihat definisi tamadun dari aspek bahasa malaysia , bahasa
inggeris dan bahasa arab.Bahasa Malaysia.Teuku Iskandar
Didalam kamu1s dewan mencatatkan pengertian tamadun
sebagai kebudayaan , peradaban , kemajuan , sopan santun
dan sebagainya.Abu bakar hamzah didalam bukunya iaitu

sejarah kebudayaan islam menjelaskan bahawa tamadun
adalah berasal daripada kata arab yang telah diterima sebagai
sebahagian daripada perbendaharaan kata bahasa Malaysia.
Seterusnya tamadun itu lahir serentak , seiring dan sejalan
dengan perkembangan kehidupan manusia dari semasa ke
semasa dalam bentuk pemikiran dan kebendaan.Mahmood
mohd taib al najmi di dalam bukunya iaitu sejarah tamadun
islam mendefinasikan tamadun sebagai peraturan masyarakat
yang dapat membantu manusia menambahkan hasil
pengeluarannya samada dari segi pemikiran atau kebendaan.
Daripada huraian yang disebut di atas , dapatlah dibuat
kesimpulan bahawa tiga istilah pernah digunakan untuk
menghuraikan tamadun iaitu kata kata kebudayaan , peradaban
, dan tamadun . walaupun kata-kata itu berbeza dari segi
sebutannya tetapi membawa satu maksud iaitu pencapaian
manusia samada dari segi aspek pemikiran , kerohanian ,
abstrak , atau kebendaan .
1 TAMADUN ISLAM(MUSTAFA HAJI DAUD)

Bahasa Inggeris.

A.s Hornby dan E.c Parnwell,di dalam The progresif english
dictionary
menjelaskan
civilization
membawa
maksud
meningkatnya
pencapaian
hidup
manusia
daripada
kemunduran
kepada
kemajuan
dalam
bidang
ilmu,sains,teknologi,politik,moral
dan
sebagainya.Kamus
dwibahasa

(4)
mendefinasikan kata civilization sebagai kemajuaan dalam
tingkat penghidupan manusia yang meliputi aspek pemikiran
dan kebendaan,contohnya ialah tamadun dilembah indus,india
dan sebagainya.Arnold Toynbee di dalm bukunya A Study Of
History menjelaskan bahawa tamadun sebagai sejenis
kebudayaan
yang
berkembang
di
dalam
kota.Beliau
menanmbah lagi tamadun ialah “satu kumpulan pemikiran dari
berbagai-bagai manifestasi,orientasi yang berterusan,satu gaya
kebudyaan yang bertanggungjawab membentuk institusi
politik,kesusasteraan,agama dan moral”Kata renaissance juga
pernah digunakan dalam bahasa enggeris sebelum kata
civilization diperkenalkan contohnya adam metz di dalam
bukunya The Renaissance Of Islam.Kata ini lebih tepat
diterjemahkan sebagai kebangkitan.

Bahasa Arab
Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi di dalam Qamus alMarbawi menjelaskan bahawa kata tamadun berasal daripada
kata madana yang bermaksud kehalusan budi pekerti dan
akhlak mulia seperti orang kota. Ini bererti kehidupan kota
dianggap pelbagai aspek termasuk kehalusan budi dan
kebendaan. Kamus itu juga menjelaskan bahawa kata tamadun
membawa maksud kehalusan adat atau kemurnian pencapaian
manusia yang hidup di kota yang memiliki peraturan yang baik
sehingga
berjaya
menghasilkan
keamanan,keselamatan,kemakmuran
dan
penghasilan

teknologi yang membantu menyempurnakan kehidupan kota
yang bahagia.
Ibnu Khaldun juga memperkenalkan kata hadharah. Kata ini
juga bermaksud sekumpulan manusia yang tinggal kekal di
sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian.

Penggunaan kata ini akhirnya disamakan dengan kata
tamadun.Akhir
sekali,
Abu
Nasir
al-Farabi
telah
memperkenalkan istilah Al-Siasab al-madaniah.Kata ini berasal
dari kata madinah yang bermaksud kota.Madaniah ialah
kehidupan yang berasaskan akhidah,syarak,dan akhlak.  2

(5)
ISU-ISU SEMASA TAMADUN ISLAM
(A)ISU WANITA DALAM ISLAM
Persoalan mengenai wanita dan institusi keluarga merupakan
unsur yang amat penting dalam perkembangan sesebuah
tamadun sama ada tamadun Islam atau tamadun yang lain.
Wanita berperanan dalam pembentukan sesebuah keluarga dan
keluarga merupakan asas kepada pembentukan masyarakat.
Islam begitu menitikberatkan persoalan wanita dan keluarga di

dalam al-Quran bahawa satu pertiga dari hukum-hakamnya
berkaitan dengan institusi keluarga dan peraturan- peraturan
kekeluargaan yang baik.Institusi keluarga meliputi beberapa
matlamat antaranya untuk memelihara lelaki dan isterinya
daripada melakukan perbuatan yang dilarang.kedua, untuk
memelihara supaya insan ini tidak musnah dan menjadi pupus
dengan adanya keturunan dan peranan dan ketiga, untuk
memelihara keselamatan zuriat atau keturunan.
(B) ISU GOLONGAN AGAMAWAN YANG LEMAH

2 TAMADUN ISLAM(MUSTAFA HAJI DAUD)

Dalam sejarah Islam, golongan agama adalah tonggak kepada
kebangkitan umat. Islam yang syumul telah membentuk
pemikiran para ulama agar kritis, maju dan membangun.
Golongan ulama yang berkualiti ini terus wujud di sepanjang
zaman. Namun jumlah dan penguasaan mereka berbeza dari
satu zaman ke satu zaman. Jumlah para ulama yang berkualiti
seperti yang disebut dalam hadith ini adalah kurang.Golongan
agama dikuasai oleh golongan yang lemah kemampuannya.
Singkat pula penguasaannya terhadap nas-nas agama dan
pengetahuan semasa. Golongan yang mempelajari agama
bukan lagi terpilih. Sehingga orang melayu umpamanya,
menganggap mana-mana anak yang kurang kemampuan
akademik, dihantar ke pengajian agama atau pondok. Akhirnya
lahirlah golongan ustaz dan tok guru yang lemah kekuatan
minda dan analisanya.Pengajian agama dibentuk dengan begitu
sempit dengan nilai-nilai taksub mazhab, lalu mereka membela
mazhab melebihi dari membela Islam. Di samping mereka pula
terpencil dari dunia akibat diracun pemikiran kesufian yang
melampau dan terbabas, memusuhi perkara-perkara baru yang
mereka jahil mengenainya.

(6)
Ini seiras dengan tindakan gereja yang membawa kebangkitan
Revolusi Industri atau Revolusi Perancis. 3
(C) ISU KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN
Perkahwinan adalah satu perkongsian hak &tanggungjawab
bersama.Maka pasangan haruslah yang terbaik untuk
mengekalkan
perkahwinan
mereka
&
membahagiakan
pasangan mengikut peraturan islam tetapkan.Rumahtangga
pada asasnya dibentuk bertujuan untuk membina kehidupan
yang lebih progresif,aman dan damai.Malah melalui ikatan
perkahwinan akan wujudnya ikatan suci yang mempertahankan
sesebuah institusi perkahwinan kekal sepanjang hayat.
3 http://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/islam-dan-isu-isu-semasa.html

(D) ISU KERUNTUHAN AKHLAK
Akhlak merupakan perkataan arab yang beerti sifat, peragai
atau kelakuan seseorang.Akhlak menceritakan sikap atau
kelakuan
seseorang
berkaitan
hubungannya
dengan
tuhan,hubungan sesama manusia dan hubungan dengan alam
sekitar dan juga sesama binatang.Akhlak muslim haruslah baik
hubungannya dengan Allah s.w.t dan juga ketiga-tiganya.Pada
masa kini terlalu banyak keruntuhan akhlakyang berlaku dalam
masyarakat
yang
kita
dapat
ketahui.Antaranya
ialah
kerenggangan
dalam
keluarga.perkara
ini
amat
membimbangkan dan boleh berlakunya perpecahan diantara
keluarga.antara punca berlakunya keruntuhan akhlak ini kerana
isteri
tidak
mentaati
perintah
suami,anak-anak
tidak
mendengar
nasihat
ibu
bapa
dan
melawan
cakap
mereka.Keruntuhan akhlak seterusnya ialah penyalahgunaan
dadah dikalangan masyarakat.Dadah boleh menghancurkan
negara dan juga bangsa tapi masih ramai lagi yang
melakukannya walaupun sudah tahu akan keburukannya.
Bilangan penagih semakin meningkat saban tahun walaupun
telah
bermacam-macam
perkara
dilakukan
oleh
kerajaan.Selepas itu ,Seks bebas juga boleh menjatuhkan
akhlak seseorang pada masa sekarang seks bebas adalah
sesuatu yang perlu dibimbang oleh kerajaan selain dadah.Ini
kerana dalam dunia tanpa sempadan ini macam-macam boleh
terjadi budak berumur 9 tahun boleh melihat benda lucah .
(7)
Kawan sebaya merupakan pengaruh yang paling kuat dan boleh
merubah corak kehidupan seorang remaja yang boleh
mengatasi pengaruh dan kuasa ibu bapa. Masyarakat yang celik
terhadap teknologi maklumat memang bagus tetapi konsep itu
telah disalahgunakan oleh para remaja. 4Oleh itu peranan Islam
adalah satu cara untuk menghalang dari perbuatan terkutuk
itu.Seterusnya ialah sumbang mahram yang semakin berleluasa
masa kini. Sumbang mahram adalah merupakan hubungan seks
4 http://www.slideshare.net/haidabahari/tamadun-bab-8pemikiran-islam-dan-isuisusemasa

yang melibatkan ahli keluarga yang haram dikahwini sama ada
yang berbentuk paksaan seperti rogol atau berbentuk kerelaan
seperti perzinaan. (Al-Islam, Januari 1996). Gejala sosial
sumbang mahram ini merupakan salah satu daripada berjenisjenis gejala sosial yang selari dengan yang lainnya.Bezanya
gejala ini dianggap besar kerana melampaui batas-batas
kemanusiaan dan keinsanan sama ada daripada kacamata
manusia mahupun agama.
(E) ISU KEGANASAN
Misi Rasulullah s.a.w. ialah mewujudkan keamanan dalam
kehidupan.Tujuan
asas
agar
manusia
kembali
pada
mentauhidkan Allah.Ajaran Islam sering menawarkan keindahan
akhlakBom di Bali memperlihatkan pembunuhan kejam untuk
mendapai cita-cita golongan tertentu.Lebih tidak adil apabila
setiap keganasan yang berlaku itu dikaitkan dengan perbuatan
orang Islam.Rasulullah s.a.w menegaskan seorang yang
beriman adalah orang yang menjaga orang lain dari gangguan
tangannya.Al-Quran menyebut Islam adalah jalan jalan
keselamatan (al-Maaidah: 16).Allah sama sekali tidak menyukai
kerosakan di muka bumi (al-Baqarah : 205).Islam menggalakkan
toleransi
dan
terbuka
dalam
menghadapi
perbezaan
pendapat.Orang yang tidak memiliki rasa toleransi maka ia
bukan manusia sebenar.Ramai yang mengaku prinsip toleransi
sebagai sesuatu yang abadi.Apabila keadaan mendesak
perasaan marah dan dendam dibiarkan.Kesatuan dapat dicapai
dengan belajar untuk bersatu.Namun begitu tidak boleh menafi
adanya
perbezaan.Oleh
itu
toleransi
adalah
jalan
terbaik.Terjemahan: Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad)
menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya
menurut agama yang satu.
(8)
(Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka
terus-menerus berselisihan. (Surah hud: 118)Allah sendiri telah
memberikan kemerdekaan dan kebebasan memenuhi kehendak
kepada manusia untuk memilih jalan hidupnya.Allah tidak

memaksa manusia sebaliknya berserah apakah dia akan
beragama Islam atau tidak.Umat Islam lebih banyak
dipengaruhi oleh orang luar daripada Islam.Kegiatan sosial
diadakan tapi hanya sebagai alat untuk merosakkan iman.Untuk
menghindarkan umat Islam daripada pengaruh perlus kepada
pemahaman agama secara luas dan 5benar.Iaitu agama yang
membimbing manusia ke arah kebenaran umat manusia baik
umat yang seagama mahupun bukan seagama.
(F) ISU DARI SEGI ILMU PENGETAHUAN DALAM TAMADUN ISLAM
Selama beberapa abad umat islam mengepalai dunia
menguasai pelbagai ilmu pengetahuan .Banyak disiplin ilmu
baru telah dikembangkan dan beberapa penemuan baru telah
ditemui hasil daripada penyelidikan yang dilaksanakan secara
berterusan dalam bidang sains dan teknologi,pengurusan serta
sains kemanusiaan dan sosial.Kewujudan dan perkembangan
pelbagai disiplin ilmu ini mempengaruhi dunia yang ada pada
waktu itu dizaman kegelapan .Sehingga kini penemuan sarjana
islam masih dikaji,dihayati dan dijadikan landasan sama ada
secara
langsung
ataupun
tidak,diakui
mahupun
dinafikan.Hakikatnya al quran sebagai sumber keilmuan islam
menjadi aspirasi dan rujukan para sarjana seluruh dunia.Antara
punca pengaruh tamadun dalam ilmu pengetahuan ialah
kewujudan institusi penterjemahan.Institusi ini menterjemah
hasil karya tamdun islam daripada pelbagai bahasa seperti
sanksrit,yunani,parsi,syria dan lain-lain.Selain itu,tamadun
islam mula mencipta ilmu baru .Terdapat banak ilmu yang
dicipta oleh orang islam .Antaranya ilmu berasakan al quran
dan hadis.Selain itu tamadun islam juga memberi nafas baru
kepada tamadun sebelumnya.Tamadun islam mempengaruhi
tamadun
yunani
,china,india,mesir
purba
dan
lainlain.Disamping itu juga turut memperbaiki pemahaman
masyarakat terhadap ilmu.Contohnya seperti akidah,ilmu
politik,ilmu sains,falsafah dan lain-lain.Selain itu institusi ulama
dan sarjana juga banyak mempengaruhi tamadun.
5 http://leowchowngtew.blogspot.com/2012/05/isu-isu-semasa-dunia-islam-dalam.html
Pengatar tamadun san sejarah pemikiran islam(prof madya ramawan b abdul rahman)

(9)
Kemunculan institusi ulama dan sarjana islam banyak
mempengaruhi tamadun.Kemunculan institusi ulama dan
sarjana islam melibatkan berbagai-bagai bidang disiplin ilmu
pengetahuan seperti sains kemanusiaan dansosial,sains dan
teknologi serta ilmu pentadbiran dan pengurusan.Tamadun
islam juga telah wujudnya banyak penubuhan institusi
pendidikan seperti sekolah,universiti dan juga kolej.Dengan
adanya semua maka wujudlah penyebaran pilmu pelbagai ke
seluruh pelusuk dunia. Akibat daripada kegiatan pertejemahan
mengalirkan banyak karya islam ke dunia barat walau
bagaimanapun masih terdapat istilah-istilah Arab/islam yang
dikekalkan pengunaaannya dalam istilah saintifik di barat.
(G)ISU EKONOMI
Istilah ekonomi berasal dari istilah Greek oikos dan oikonomia.
Oikos memenuhi kehendak ahli-ahlinya dengan membekalkan
makanan dan pakaian, tempat tinggal dalam lindungannya
sendiri tanpa sebarang pertukaran barang dengan orang
lain.Perkataan Economistes pertama kali digunakan di Kancis
pada tahun 1760-an dan pada abad tersebut, Adam Smith
menghasilkan suatu teori yang komprehansif tentang
pertumbuhan
nilai
distribusi
dan
percukaian.Robbins
mengatakan ekonomi adalah sains yang mengkaji tentang
perangai manusia sebagai hubungan antara matlamat akhir
dan barang-barangan terhad yang mempunyai kegunaan
alternatif. Adam Smith menganggap ekonomi sebagai kajian
tentang
sifat dan sebab-sebab kekayaan negara. Bill
menganggap
ekonomi sebagai sains praktikal mengenai
pengeluaran dan pengagihan kekayaan.Ada juga ahli ekonomi
lain menganggap ekonomi dalam bentuk kebajikan dengan
menekankan aspek manusia dan kebendaan. Bagi ahli-ahli
ekonomi Islam memberi definasi ekonomi sebagai cara
mengatur kehidupan perekonomian dengan apa yang dimiliki.
(H)ISU ISLAM ADALAH PEMIKIRAN POLITIK DAN SPIRITUAL

bukti-bukti normatif, historik dan empirik.Dengan melihat nas,
fakta sejarah kejayaan yang pernah dibatat di dalam lembaran
sejarah kegemilangan Islam sejak dari hari pertama
tertegaknya Islam di Madinah sebagai suatu kuasa ideologi
sehinggalah Khalifah Islam yang terakhir di Turki pada 3 Mac
1924 serta sisa-sisa perlaksanaan Islam di negeri kaum
muslimin.
(10)
Tiga bukti inilah yang akan mampu memberikan gambaranyang
nyata kepada kita akan kemampuan Islam sebagai ideologi
dunia.Secara normatif kita boleh membuktikan kemampuan
Islam sebagai ajaran politik dan spiritual dengan melihat
elemen yang dimiliki oleh islam, iaitu pemikiran(thougth) dan
metod(method). Thought Rasul, Kitab Hari kiamat serta Qhada'
dan qadar, pemecahan masalah kehidupan manusia, yang
berupa hukum-hukum syara' yang berkenaan dengan masalah
manusia, baik yang berkenaan dengan masalah manusia
dengan tuhannya, seperti ibadah, ataupun masalah manusia
dengan sesamanya sendiri, seperti ekonomi, sosial, politik,
pendidikan, hukuman dan sebagainya, mahupun masalah
manusia dengan dirinya sendiri seperti masalah makanan,
pakaian dan akhlaq.Manakala Islamic method yang merupakan
cara bagaimana agar konsep tersebut boleh diterapkan,
dipertahankan dan dikembangkan, mancakupi; metod
menerapkan aqidah dan hukum syara' dengan melaksanakan
hukuman (uqubat) kepada orang yang melanggar daripada
aqidah dan hukum syara', yang juga ditegakkan oleh negara
Khlifah Islam. Contohnya orang murtad dibunuh orang yang
melakukan pembangkangan daripada negara akan diperangi,
orang yang meninggalkan shalat akan dikenakan ta'zir orang
yang mencuri akan dipotong tangannya, orang yang berzina
direjam sehingga mati, atau disebat seratus kali ,orang yang
membuka aurat di tempat awam akan dikenakan ta'zir, orang
yang melakukan rasuah akan dikenakan ta'zir dan sebagainya.
Di mana perlaksanaan seluruh hukuman keatas tiap bentuk
penyimpangan daripada hukum syara' merupakan jaminan bagi

keutuhan syaria't Islam. Metod menyebarkan aqidah dan hukum
syara' iaitu dengan dakwah dan jihad yang dilakukan oleh
Khalifah Islam .Dimana dakwah Islam kepada orang bukan islam
di dalam dengan cara melaksanakan semua hukum
Islam.sehingga mereka boleh menyaksikan cahaya Islam dan
akhirnya memeluk Islam.6

(11)
CARA-CARA MENANGANI ISU
Terlalu banyak perkara atau isu yang terjadi ketika tamadun
islam yang boleh menjatuhkan atau memusnahkan terus
tamadun islam didalam dunia ini sekiranya kita tidak
mengambil iktibar dengan apa yang berlaku .Cara pertama
yang boleh kita lakukan untuk membendung dari isu negatif ini
berterusan ialah dengan mengajar anak-anak kita semua
tentang agama sejak mereka kecil lagi.Sebagai ketua keluarga
seorang bapa harus mengajar dan memberitahu apa yang
dilarang dalam islam dan mereka perlu menjauhi segala yang
telah dilarang oleh ALLAH S.W.T.Selepas itu kita perlu
memberitahu kepada mereka tentang azab yang akan kita
dapat ketika kita di akhirat jikalau kita melakukan apa yang
telah dilarang .Ini supaya kita boleh membuat mereka takutkan
Allah s.w.t dan mengangumi kekuasaan Allah s.w.t.Dengan cara
ini kita dapat mengelakkan mereka dari melakukan pergaulan
bebas atau membuat apa-apa yang boleh membuat Allah s.w.t
murka.Selain itu,sebuah keluarga itu perlulah mengikut cara
islam.Setiap sebuah keluarga itu perlulah sentiasa rapat dan
mesra antara satu sama lain.Jika boleh ibu bapa perlu
membawa anak-anak keluar beriadah bersama-sama untuk
merapatkan lagi hubungan kekeluargaan itu.Jika hubungan
6 http://titasblog2012.blogspot.com/2012/03/elemen-elemen-dalam-isu-isusemasa_27.html

antara keluarga kukuh maka tiadalah perpecahan keluarga
berlaku anak tidak mendengar kata ibu bapa,ibu bapa tidak
bergaduh sesama sendiri dan sebagainya isu-isu kekeluargaan
yang banyak berlaku ini.Selain itu juga,kita perlu mencegah
keganasan yang berlaku terutamanya di negara-negara islam
yang berlaku peperangan di negara mereka.Kita sebagai umat
islam perlu membantu saudara mara kita di negara itu yang
senantiasa menghadapi masalah dan kesengsaraan
hidup.Ketika kita bersuka ria ramai umat islam di negara
bergolak meraung kesedihan kehilangan keluarga ,saudara
mara dan sahabat .Oleh itu kita boleh bantu selain dari wang
ringgit kita boleh juga bantu mereka dengan berdoa agar hidup
mereka sentiasa aman dinegara itu.Akhir sekali kita perlulah
sebagai umat islam mengejar-gejar untuk mencari ilmu duniawi
dan juga mengutamakan ilmu di akhirat kelak.Maksudnya disini
kita mesti menuntut ilmu itu sampai kita menutup mata kerana
ilmu itu sangat penting bagi kita. Tamadun menyebabkan
berlakunya kemajuan ekonomi manusia dengan menjalankan
aktiviti pertanian dan penternakan yang lebih bersistematik
serta berteknologi.
(12)
KESIMPULAN
Semoga kerja khusus yang telah kami buat ini diterima oleh
pensyarah kami serta mampu memberi manfaat kepada kami
semua serta rakan – rakan kami untuk masa akan datang.Selain
itu ,kami berharap dapat belajar sesuatu dari apa yang telah
kami lihat dari isu-isu yang terjadi ketika tamadun islam ini.Jika
isu itu negatif kita perlu elakkan apa yang telah berlaku dan
ambik iktibar apa yang akan berlaku jikalau kita melakukannya
dan jika dari sudut positifnya pula kita ambiknya semoga kita
dapat menjadi umat islam yang baik suatu hari nanti.

(13)
RUJUKAN
http://leowchowngtew.blogspot.com/2012/05/isu-isu-semasadunia-islam-dalam.html
Pengatar tamadun dan sejarah pemikiran islam(prof madya
ramawan bin ab.rahman)
http://www.slideshare.net/haidabahari/tamadun-bab8pemikiran-islam-dan-isuisu-semasa
TAMADUN ISLAM(MUSTAFA HAJI DAUD)
http://titasblog2012.blogspot.com/2012/03/elemen-elemendalam-isu-isu-semasa_27.html

(14)
BIODATA

MOHD AIZUDDIN BIN BORHAN SHAH berasal dari
bandar sunway,selangor darul ehsan.Saya lahir Pada
20/6/1993.Anak keempat dari enam adik beradik.Hobi saya
karaoke dan juga memanah.saya belajar di uitm puncak
perdana khusus yang diambil saya ialah pengurusan seni.

NUR AINA MAISARAH BINTI MIZAM berasal dari
kampung gong tok nasek,kuala terrengganu .Dilahirkan pada

20/12/1994 tempat lahir di hospital sultanah nur zahirah.Anak
pertama dari enam adik beradik.Hobi tidur dan bercita-cita
untuk menjadi pengurus hotel.

NURZAIRY BIN RAZAK berasal dari Kuantan,Pahang.
Dilahirkan pada 19/12/1994 di hospital Kuantan Medical Centre.
Anak kedua dari empat adik beradik . Hobi ialah memancing .
Cita-cita untuk menjadi ahli perniagaan berjaya .

MUHAMAD SYARIFUDDIN BIN MAT HUSIN berasal
dari Gua Musang , Kelantan. Di lahirkan pada 20/3/1990 di
hospital Gua Musang , Kelantan. Saya merupakan anak bongsu
daripada tujuh orang adik beradik. Hobi saya suka menyanyi
dan melancong . Cita-cita saya nak jadi pensyarah di fakulti
filem , teater dan animasi.