PENGENALAN CEREBRAL PALSY

PENGENALAN CEREBRAL PALSY

web http://pkbpsksj.blogspot.com/2008_03_01_archive.html, cerebral bermaksud otak dan palsy bermaksud kurang atau tidak upaya mengawal pergerakan otot. Kanak-kanak cerebral palsy mengalami kerosakkan sebahagian besarnya pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kurang upaya untuk melakukan pergerakan otot-otot dan menegakkan badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan di peringkat awal bayi dilahirkan. Menurut Vikki F. Howard, Betty Fry Williams dan Cheryl Lepper (2005), kemalangan otak yang disifatkan sebagai cerebral palsy akan muncul sebelum mencapai umur 16 tahun. Terdapat 1.5 peratus hingga 2.7 peratus per 1000 orang yang mengidap cerebral palsy di negara membangun. Hal ini merupakan jumlah yang lebih tinggi berbanding di negara yang sedang membangun yang mana fakta ini tidak berubah sejak tahun 1960. Walaupun sudah ada ubatan moden di pasaran, namun masih terdapat peningkatan 20 peratus pengidap cerebral palsy kerana kesalahan semasa merawat bayi yang lahir tidak cukup berat (Bhusnan, Paneth, & Kiely 1993) serta bayi yang lahir dengan berat di bawah 2.5 kg (Rosen & Dickinson, 1992). Jumlah cerebral palsy menjadi semakin tinggi kerana penurunan kadar kematian bayi yang sangat kecil, apabila mereka terselamat.

Menurut

laman

Menurut Arthur Shapiro (1999), Cerebral Palsy merujuk kepada keadaan tidak upaya yang mempunyai ciri-ciri kelumpuhan, lemah, keadaan motor badan yang tidak berfungsi dengan sempurna. Hal ini berlaku apabila sistem saraf tunjang mengalami kerosakan atau kecederaan semasa kelahiran atau selepas kelahiran. Menurut Vikki F. Howard, Betty Fry Williams, Cheryl Lepper (2005), cerebral palsy dikategorikan mengikut bahagian serebral yang rosak, tahap Menurut Arthur Shapiro (1999), Cerebral Palsy merujuk kepada keadaan tidak upaya yang mempunyai ciri-ciri kelumpuhan, lemah, keadaan motor badan yang tidak berfungsi dengan sempurna. Hal ini berlaku apabila sistem saraf tunjang mengalami kerosakan atau kecederaan semasa kelahiran atau selepas kelahiran. Menurut Vikki F. Howard, Betty Fry Williams, Cheryl Lepper (2005), cerebral palsy dikategorikan mengikut bahagian serebral yang rosak, tahap

Menurut Deborah Deutsch Smith (1998), cerebral palsy terdiri daripada sindrom yang berkaitan dengan pergerakan dan postur badan. Ia berlaku biasanya disebabkan oksigen yang tidak mencukupi ke otak semasa pertumbuhan iaitu sebelum, semasa dan selepas kelahiran. Sesetengahnya mengalami cerebral palsy selepas umur mereka menjangkau tiga tahun. Cerebral palsy bukanlah suatu jangkitan tetapi merupakan keadaan seseorang yang lumpuh akibat kerosakan di bahagian otak. Ia juga tidak dapat sembuh sepenuhnya. Mereka akan mengalami satu ciri sahaja atau akan mengalami gabungan beberapa ciri iaitu pergerakan yang tersentak-sentak, kekejangan otot, pergerakan yang tidak sekata, kekurangan fungsi otot. Mereka juga akan mengalami masalah percakapan. Mereka juga mengalami masalah kekurangan pencaindera, masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran.

Menurut Janet Lerner, Carol Mardell- Czudnowski and Dorothea Goldenberg (1987),Cerebral palsy juga menyebabkan kekejangan atau lebik pada otot yang menyebabkan pengidapnya memerlukan kerusi roda. Sesetengah kanak- kanak cerebral palsy akan mengalami pertumbuhan yang terganggu. Ketidakseimbangan sistem motor menyebabkan masalah pada tindakan otot, postur, dan keseimbangan badan untuk berdiri. Sekiranya ia melibatkan otot pada salur suara kanak-kanak tersebut akan mengalami masalah pertuturan.

Menurut Richard M. Gargiulo (2006), individu yang mengidap cerebral palsy mempunyai pergerakan motor otot yang tidak normal, tidak terkawal, serta kewalan otot yang tidak selaras. Tahapnya adalah daripada cerebral palsy yang ringan ke cerebral palsy yang teruk. Sesetengah yang ringan hanya boleh dikesan Menurut Richard M. Gargiulo (2006), individu yang mengidap cerebral palsy mempunyai pergerakan motor otot yang tidak normal, tidak terkawal, serta kewalan otot yang tidak selaras. Tahapnya adalah daripada cerebral palsy yang ringan ke cerebral palsy yang teruk. Sesetengah yang ringan hanya boleh dikesan

Menurut Roger Pierangelo dan George Giuliani (2007), tanda-tanda awal cerebral palsy muncul sebelum umur 18 bulan, justeru ibu bapa dapat mengesan bayi mereka mengalami cerebral palsy apabila perkembangan pergerakan motor mereka adalah tidak normal seperti bayi biasa iaitu sukar atau sanga lambat untuk meniarap, duduk, merangkak, tersenyum atau berjalan yang dikenali sebagai kelewatan perkembangan.

Dokumen yang terkait

EFEKTIVITAS PENDIDIKAN KESEHATAN TENTANG PERTOLONGAN PERTAMA PADA KECELAKAAN (P3K) TERHADAP SIKAP MASYARAKAT DALAM PENANGANAN KORBAN KECELAKAAN LALU LINTAS (Studi Di Wilayah RT 05 RW 04 Kelurahan Sukun Kota Malang)

45 393 31

MANAJEMEN PEMROGRAMAN PADA STASIUN RADIO SWASTA (Studi Deskriptif Program Acara Garus di Radio VIS FM Banyuwangi)

29 282 2

PENGEMBANGAN TARI SEMUT BERBASIS PENDIDIKAN KARAKTER DI SD MUHAMMADIYAH 8 DAU MALANG

57 502 20

STRATEGI PEMERINTAH DAERAH DALAM MEWUJUDKAN MALANG KOTA LAYAK ANAK (MAKOLA) MELALUI PENYEDIAAN FASILITAS PENDIDIKAN

73 431 39

Perilaku Kesehatan pada Mahasiswa Program Studi Pendidikan Dokter UIN Syarif Hidayatullah Jakrta Angkatan 2012 pada tahun2015

8 93 81

Implementasi Program Dinamika Kelompok Terhada Lanjut Usia Di Panti Sosial Tresna Werdha (Pstw) Budi Mulia 1 Cipayung Jakarta Timur

10 166 162

Analisis Prioritas Program Pengembangan Kawasan "Pulau Penawar Rindu" (Kecamatan Belakang Padang) Sebagai Kecamatan Terdepan di Kota Batam Dengan Menggunakan Metode AHP

10 65 6

Sistem Informasi Pendaftaran Mahasiswa Baru Program Beasiswa Unggulan Berbasis Web Pada Universitas Komputer Indonesia

7 101 1

PENGARUH HASIL BELAJAR PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN TERHADAP TINGKAT APLIKASI NILAI KARAKTER SISWA KELAS XI DALAM LINGKUNGAN SEKOLAH DI SMA NEGERI 1 SEPUTIH BANYAK KABUPATEN LAMPUNG TENGAH TAHUN PELAJARAN 2012/2013

23 233 82

JUDUL INDONESIA: IMPLEMENTASI PENDIDIKAN INKLUSIF DI KOTA METRO\ JUDUL INGGRIS: IMPLEMENTATION OF INCLUSIVE EDUCATION IN METRO CITY

1 56 92