7
penghantaran,  memaklumkan  kepada  Kerajaan  secara  bertulis alasan-alasan  kelewatan  atau  boleh  menyebabkan  kelewatan.
Sekiranya  alasan  untuk  kelewatan  adalah  munasabah  dan diterima  oleh  Kerajaan,  tempoh  untuk  penghantaran  akan
dilanjutkan  kepada  satu  masa  yang  munasabah.  Sekiranya Kontraktor  gagal  menghantar  Barang-Barang  dalam  masa
dilanjutkan  dan  kelewatan  adalah  bukan  atas  alasan-alasan yang ditetapkan dalam Fasal 34, ganti rugi jumlah tertentu akan
dikenakan mengikut Fasal 27.
FASAL 13 INSURANS
13.1  Kerajaan akan mengambil sendiri perlindungan insurans untuk semua
Barang-Barang import
yang dibeli.
Walau bagaimanapun,
jika Kontraktor
menguruskan sendiri
penghantaran Barang-Barang,
maka Kontraktor
adalah bertanggungjawab mengambil perlindungan insurans tersebut.
13.2  Sebaik sahaja Barang-Barang telah dihantar dan dimuatkan ke atas  kapal  pengangkut,  Kontraktor  hendaklah  memaklumkan
kepada  Kerajaan  dan  wakil  penghantaran  Kerajaan  dengan faksteleks  mengenai  tarikh  Barang  dimuat  ke  atas  kapal,  nilai
Barang-Barang,  butiran  dalam  bungkusan  setiap  konsainan, nama dan maklumat mengenai kapal pengangkut.
13.3  Sekiranya  Kontraktor  gagal  mematuhi  Fasal  13.2  di  atas  dan konsainan  didapati  hilang,  rosak  atau  musnah  semasa
pengangkutanpenghantaran, Kontraktor dikehendaki membayar ganti  rugi  kepada  Kerajaan  sepenuhnya  nilai  konsainan  yang
hilang, rosak atau musnah.
FASAL 14     PENYERAHAN
14.1.  Barang-barang hendaklah
diserahkan mengikut
tempoh
penyerahan  seperti  ditetapkan  di  bawah  Jadual  2  kepada Perjanjian ini.
14.2  Sebarang lanjutan kepada tempoh penyerahan di Fasal 14.1 hendaklah dipersetujui oleh Kerajaan secara bertulis.
14.3  Kontraktor hendaklah menghantar sekurang-kurangnya dua 2 salinan  surat  penyerahan  bersama  dengan  tiap-tiap  satu  1
penyerahan  barang-barang  dan  satu  1  salinannya  akan diperakuterima  dan  dikembalikan  kepada  Kontraktor  apabila
barang-barang diterima.
14.4  Kontraktor hendaklah pada tiap-tiap penyerahan barang-barang
memberi  satu  perakuan  bertulis  bahawa  kualiti  barang-barang yang dihantarkan itu tidak kurang daripada kualiticontoh seperti
yang dipersetujui.
8
FASAL 15 PEMERIKSAAN DAN PENERIMAAN
15.1  Barang-Barang akan diperiksa oleh wakil-wakil Kerajaan apabila barangan  sampai  di  premis-premis.  Jika  semasa  pemeriksaan
Barang-Barang  didapati  rosak,  cacat  atau  rendah  mutu,  jumlah tertakluk  kepada  peruntukan  penghantaran  separa,  prestasi
atau  berlainan  bentuk  atau  bahan  dan  spesifikasi-spesifikasi, Kerajaan akan menolak Barang-Barang tersebut dan Kontraktor
akan  mengganti  Barang-Barang  itu  atas  perbelanjaan  sendiri selepas penerimaan notis penolakan.
15.2  Kontraktor  akan  mengeluarkan  Barang-Barang  yang  ditolak
dalam  empat  belas  14  hari  bekerja  dari  tarikh  penerimaan notis  penolakan.  Sekiranya  Kontraktor  gagal  mengeluarkan
Barang-Barang  dalam  tempoh  tersebut,  Kerajaan  bebas  untuk mengembalikan  Barang-Barang  yang  ditolak  atau  mana-mana
bahagiannya atas risiko dan perbelanjaan Kontraktor.
15.3  Kegagalan  menggantikan  Barang-Barang  yang  ditolak  dalam masa yang ditetapkan dalam Fasal 15.2 akan dianggap sebagai
satu  kelewatan  untuk  menyempurnakan  pembekalan  danatau penghantaran  barangan  tersebut  dan  Kontraktor  akan
membayar  ganti  rugi  jumlah  tertentu  kepada  Kerajaan  seperti yang dinyatakan dalam Fasal 24.
15.4  Penerimaan  oleh  Kerajaan  akan  terbukti  melalui  penyerahan kepada  Kontraktor  pada  masa  penghantaran  dan  penerimaan
satu  1  Sijil  Pemeriksaan  dan  Penerimaan  oleh  Kerajaan seperti di Jadual 5.
15.5  Apa-apa  penerimaan  oleh  Kerajaan  atau  penghantaran  dan bayaran  untuk  mana-mana  Barang-Barang  tidak  akan
menghalang  penolakan  barangan  tersebut  oleh  Kerajaan apabila  selepas  itu,  pada  bila-bila  masa,  ianya  didapati  cacat,
rosak  atau  rendah  mutu  atau  prestasi  atau  berlainan  bentuk atau  bahan  dari  spesifikasi  yang  tidak  dapat  ditemui  selepas
pemeriksaan yang munasabah.
FASAL 16 PEMERIKSAAN DAN UJIAN PENERIMAAN SELEPAS
PENYERAHAN
16.1  Kontraktor bersetuju selepas penyerahan di PTJTapakPremis Pengguna  berkenaan,  penerimaan  adalah  tertakluk  kepada
pemeriksaan  dan  ujian  penerimaan.  Pemeriksaan  dan  ujian penerimaan akan dilakukan oleh wakil pihak Kerajaan dan wakil
pihak  Kontraktor.  Sekiranya  wakil  dari  pihak  Kontraktor  tidak dapat  hadir  di  dalam  pemeriksaan  dan  ujian  penerimaan,
Kontraktor  tidak  berhak  mempersoalkan  Sijil  Pemeriksaan  dan Penerimaan yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan.
9
FASAL 17   PEMASANGAN, PENGUJIAN DAN PENTAULIAHAN JIKA BERKAITAN
17.1  Sebagai  tambahan  kepada  Klausa  16  di  atas,  bagi  Barang-