5
FASAL 10 PEMERIKSAAN
Kontraktor mestilah juga membenarkan pegawai-pegawai yang berkenaan untuk bebas bagi maksud pemeriksaan dalam
waktu-waktu bekerja biasa ke kawasan di mana barang-barang itu sedang diperkilang atau disimpan. Pegawai-pegawai yang
berkenaan ialah pegawai-pegawai yang dibenarkan dengan bertulis oleh Kementerian Dalam Negeri.
FASAL 11 PEMBUNGKUSAN DAN PENANDAAN
11.1 Barang-Barang yang dibekalkan di bawah Perjanjian ini akan dibungkus mengikut keperluan Piawaian Pembungkusan
Perdagangan
Standard Commercial
Packing bagi
mengelakkan kerosakan dan kemalangan yang mungkin berlaku semasa ia diangkut atau semasa dalam penghantaran.
Pembungkusan hendaklah tahan kepada cara pengendalian yang kasar, perubahan cuaca yang ketara, karam dan
mendapan semasa perjalanan dan penyimpanan secara terbuka. Bentuk, saiz dan berat bungkusan bagi Barang-Barang
yang perlu dihantar ke destinasi yang tidak mempunyai sistem perhubungan yang sesuai perlu juga diambil kira.
11.2 Semua bekas-bekas, termasuk peti-peti pakej, kotak-kotak, tin- tin, tong-tong dram dan pembalut-pembalut yang dibekalkan
oleh Kontraktor bersama-sama dengan Barang-Barang adalah tidak boleh dipulangkan dan kosnya adalah diambil kira sebagai
termasuk dalam Harga Perjanjian.
11.3 Semua pakej untuk barangan utama mestilah dilabelkan atau
pada sekurang-kurangnya dua 2 sisi bungkusan untuk menunjukkan tanda-tanda pengenalan Kerajaan Polis Diraja
Malaysia, nombor pesanan, destinasi, nombor bahagian, jumlah dan berat untuk barangan berat yang mengandungi
lebih dari satu pakejpeti.
11.4 Semua barangan yang tercerai mestilah mempunyai tanda pengenalan yang menyatakan nombor bahagian Barang-
Barang pek utamanya sekiranya barangan itu dibungkus.
11.5 Komponen-komponen kecil mestilah dibungkus karton, kertas minyak atau selofan yang berkualiti piawaian.
11.6 Komponen-komponen bersaiz besar dan pemasangan kecil mestilah dibungkus dalam karton-karton yang kuat atau peti-peti
kayu dan dibungkus secara berasingan dan tidak dicampurkan di dalam satu karton atau peti.
11.7 Semua peti-peti atau kotak-kotak kayu mestilah kukuh, tidak dimakan anai-anai atau tikus dan mempunyai kemudahan untuk
membenarkan penggunaan alat bantu pengangkutan.
6
11.8 Barangan kaca dan barangan mudah pecah atau komponen- komponen mestilah dibungkus secara yang patut untuk
daripada pecah atau rosak.
11.9 Komponen getah mestilah dipelihara dengan French chalk talc.
11.10 Bahagian besi yang terdedah kepada karat mestilah dipelihara dengan bahan awet yang sesuai atau pemeliharaan berlilin.
11.11 Semua barangan dan komponen-komponen yang dibungkus secara tanpa pergerakan barangan dan komponen-komponen
tersebut semasa disimpan atau sedang bergerak.
FASAL 12 PENGANGKUTAN DAN PENGHANTARAN
12.1 Semua urusan pengangkutan dan penghantaran Barang-Barang import
Percuma Atas Kapal‟P.A.K‟ Kerajaan hendaklah diuruskan oleh wakil penghantaran Kerajaan sebagaimana
yang ditetapkan dari semasa ke semasa. Kerajaan akan bertanggungjawab ke atas tambang muatan dan menjelaskan
semua bil yang terlibat. Selain dari arahan ataupun kelulusan Kerajaan, Kontraktor adalah tidak dibenarkan menggunakan
agen penghantaran sendiri. Kerajaan akan menentukan sama ada penghantaran Barang-Barang dibuat melalui udara, laut
atau darat.
12.2 Di mana Kerajaan atau wakil penghantaran Kerajaan gagal menyediakan kapal pengangkut untuk muatan dalam tempoh
yang telah disyaratkan atau kelewatan telah melebihi tiga puluh 30 hari, Kontraktor boleh dengan persetujuan Kerajaan
menguruskan pengangkutan ke Malaysia dengan kapal yang layak berlayar Seaworthy pada kadar kos yang sebenar.
Kerajaan boleh menimbangkan cadangan dari Kontraktor sekiranya Kontraktor bercadang untuk menguruskan
pengangkutan sendiri dengan syarat tambang, insurans dan lain-lain ditanggung oleh Kontraktor.
12.3 Semua urusan dan kos pengangkutan dan penghantaran Barang-Barang ex-stocktempatanbersih hendaklah diuruskan
oleh Kontraktor.
12.4 Kontraktor akan mengambil semua langkah-langkah perlu untuk memastikan bahawa Barang-Barang yang dipesan oleh
Kerajaan dihantar dengan secepat mungkin agar tidak memudaratkan kehendak-kehendak Kerajaan.
12.5 Sekiranya Kontraktor tidak berupaya untuk menghantar sebarang Barang-Barang tersebut dalam tempoh penghantaran
yang ditetapkan, Kontraktor akan, secepat mungkin dan tidak melebihi tiga puluh 30 hari daripada tarikh tamatnya tempoh
7
penghantaran, memaklumkan kepada Kerajaan secara bertulis alasan-alasan kelewatan atau boleh menyebabkan kelewatan.
Sekiranya alasan untuk kelewatan adalah munasabah dan diterima oleh Kerajaan, tempoh untuk penghantaran akan
dilanjutkan kepada satu masa yang munasabah. Sekiranya Kontraktor gagal menghantar Barang-Barang dalam masa
dilanjutkan dan kelewatan adalah bukan atas alasan-alasan yang ditetapkan dalam Fasal 34, ganti rugi jumlah tertentu akan
dikenakan mengikut Fasal 27.
FASAL 13 INSURANS
13.1 Kerajaan akan mengambil sendiri perlindungan insurans untuk semua
Barang-Barang import
yang dibeli.
Walau bagaimanapun,
jika Kontraktor
menguruskan sendiri
penghantaran Barang-Barang,
maka Kontraktor
adalah bertanggungjawab mengambil perlindungan insurans tersebut.
13.2 Sebaik sahaja Barang-Barang telah dihantar dan dimuatkan ke atas kapal pengangkut, Kontraktor hendaklah memaklumkan
kepada Kerajaan dan wakil penghantaran Kerajaan dengan faksteleks mengenai tarikh Barang dimuat ke atas kapal, nilai
Barang-Barang, butiran dalam bungkusan setiap konsainan, nama dan maklumat mengenai kapal pengangkut.
13.3 Sekiranya Kontraktor gagal mematuhi Fasal 13.2 di atas dan konsainan didapati hilang, rosak atau musnah semasa
pengangkutanpenghantaran, Kontraktor dikehendaki membayar ganti rugi kepada Kerajaan sepenuhnya nilai konsainan yang
hilang, rosak atau musnah.
FASAL 14 PENYERAHAN
14.1. Barang-barang hendaklah
diserahkan mengikut
tempoh
penyerahan seperti ditetapkan di bawah Jadual 2 kepada Perjanjian ini.
14.2 Sebarang lanjutan kepada tempoh penyerahan di Fasal 14.1 hendaklah dipersetujui oleh Kerajaan secara bertulis.
14.3 Kontraktor hendaklah menghantar sekurang-kurangnya dua 2 salinan surat penyerahan bersama dengan tiap-tiap satu 1
penyerahan barang-barang dan satu 1 salinannya akan diperakuterima dan dikembalikan kepada Kontraktor apabila
barang-barang diterima.
14.4 Kontraktor hendaklah pada tiap-tiap penyerahan barang-barang