Kontraktor akan, di atas permintaan Kerajaan membekalkan dan

3 FASAL 4 NILAI PERJANJIAN Nilai Perjanjian ini ialah RMXXX Ringgit Malaysia:XXX Sahaja Bersih ke Kementerian Dalam Negeri dengan pecahan harga seperti yang ditentukan dalam Jadual 2 dan ia tidak boleh ditambah atau dikurangkan kecuali yang dikeluarkan oleh Kerajaan di dalam bentuk pindaan kepada Perjanjian ini dan ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Jadual –Jadual hendaklah dibacakan, ditafsirkan dan dijadikan sebahagian daripada Perjanjian ini. FASAL 5 PEMBEKALAN

5.1 Kontraktor akan, di atas permintaan Kerajaan membekalkan dan

menghantar barang-barang yang ditentukan dalam Jadual 2 kepada Perjanjian ini mengikut kuantiti dan jenis yang dipesan dengan harga-harga dan pada jangkamasa yang ditentukan dalam Jadual tersebut. 5.2 Kerajaan tidaklah menjamin atau melibatkan dengan apa-apa cara juga bahawa semua atau mana-mana anggaran pembekalan yang dinyatakan di dalam Perjanjian akan dipesan dalam tempoh berkuatkuasanya Perjanjian ini. Kontraktor hendaklah, sekiranya dikehendaki, membuat pembekalan tambahan dengan harga yang sama kepada tempat atau tempat-tempat pada masa yang dikehendaki dan ditetapkan oleh Kerajaan. 5.3 Semua barang-barang yang dibekalkan di bawah kontrak ini mestilah barang-barang keluaran semasa, baru dan tulen dan Kontraktor akan mengesahkan semasa menghantar barang- barang bahawa barang - barang yang telah dibekalkan adalah barang-barang keluaran semasa, baru dan tulen. FASAL 6 SPESIFIKASI TEKNIKAL Semua barang-barang yang dibekalkan hendaklah mempunyai mutu, rupa, buatan dan sifat-sifat mengikut spesifikasi kontrak seperti di dalam Jadual 3 Perjanjian ini. FASAL 7 TEMPOH PERJANJIAN Perjanjian ini adalah berkuatkuasa mulai dari tarikh XXX sehingga XXX. Perjanjian ini boleh dilanjutkan kepada suatu tempoh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Permohonan bagi melanjutkan Perjanjian ini boleh dibuat oleh kedua-dua pihak. 4 FASAL 8 BON PELAKSANAAN Kontraktor adalah dikehendaki memberi Bon Pelaksanaan bernilai RMXXX Ringgit Malaysia:XXX Sahaja. Bon Pelaksanaan ini akan dikembalikan kepada Kontraktor selepas dua belas 12 bulan sesudah Perjanjian ini dilaksanakan dengan memuaskan dan tertakluk kepada apa-apa potongan yang dibuat oleh Kerajaan mengikut peruntukan dalam Perjanjian ini berhubung dengan apa-apa kegagalan melaksanakan Perjanjian ini atau apa-apa perlanggaran syarat- syarat Perjanjian ini. Salinan Bon Pelaksanaan adalah seperti di Jadual 4. FASAL 9 CONTOH BARANG-BARANG 9.1 Satu 1 unit contoh seperti yang diluluskan semasa Pemeriksaan Sebelum Penghantaran hendaklah dikemukakan kepada Kerajaan sekiranya diperlukan dan diminta untuk dijadikan sebagai Contoh Pengeluaran serta menjadi Hak Kerajaan. Barang-Barang yang akan dibekalkan hendaklah sama mengikut Contoh Pengeluaran tersebut dari segi kualiti, reka bentuk dan warna serta spesifikasi seperti di Jadual 3 kepada Perjanjian ini. Kerajaan sentiasa berhak jika perlu meminta Kontraktor secara bertulis memberi dengan tiada apa- apa bayaran, contoh Barang-Barang yang akan dibekalkan untuk diuji atau dianalisa oleh Kerajaan. Kerajaan akan memeriksa dan membuat keputusan secara bertulis dalam tempoh satu 1 bulan selepas menerima contoh-contoh tersebut. 9.2 Sekiranya Kontraktor gagal mengemukakan contoh Barang- Barang yang memuaskan dan boleh diterima oleh Kerajaan, Kontraktor hendaklah mengemukakan contoh-contoh yang lain untuk diuji dan dianalisa sekali lagi untuk kelulusan sewajarnya oleh Kerajaan. Walau bagaimanapun, tempoh untuk mengemukakan contoh-contoh berikutnya tidak boleh melebihi tempoh satu 1 bulan dari tarikh Notis Penolakan dari pihak Kerajaan. Kontraktor dibenarkan mengemukakan contoh Barang-Barang sebanyak tiga 3 kali sahaja dan tidak melebihi tempoh empat 4 bulan dari tarikh Perjanjian ditandatangani untuk mengemukakan contoh Barang-Barang untuk tujuan ujian dan analisa. 9.3 Sekiranya Kontraktor gagal memenuhi peruntukan Fasal 9.2 di atas, Kerajaan sentiasa berhak menamatkan Perjanjian ini dan Bon Pelaksanaan akan dirampas dan dengan syarat penamatan Perjanjian ini tidak akan menyentuh hak Kerajaan untuk menuntut ganti apa-apa ganti rugi yang mungkin timbul di bawah Perjanjian ini. 9.4 Sebarang kos yang terlibat di dalam penyediaan dan pembelian contoh Barang-Barang tersebut, hendaklah ditanggung sendiri oleh Kontraktor tanpa melibatkan apa-apa kenaikan harga. 5 FASAL 10 PEMERIKSAAN Kontraktor mestilah juga membenarkan pegawai-pegawai yang berkenaan untuk bebas bagi maksud pemeriksaan dalam waktu-waktu bekerja biasa ke kawasan di mana barang-barang itu sedang diperkilang atau disimpan. Pegawai-pegawai yang berkenaan ialah pegawai-pegawai yang dibenarkan dengan bertulis oleh Kementerian Dalam Negeri. FASAL 11 PEMBUNGKUSAN DAN PENANDAAN 11.1 Barang-Barang yang dibekalkan di bawah Perjanjian ini akan dibungkus mengikut keperluan Piawaian Pembungkusan Perdagangan Standard Commercial Packing bagi mengelakkan kerosakan dan kemalangan yang mungkin berlaku semasa ia diangkut atau semasa dalam penghantaran. Pembungkusan hendaklah tahan kepada cara pengendalian yang kasar, perubahan cuaca yang ketara, karam dan mendapan semasa perjalanan dan penyimpanan secara terbuka. Bentuk, saiz dan berat bungkusan bagi Barang-Barang yang perlu dihantar ke destinasi yang tidak mempunyai sistem perhubungan yang sesuai perlu juga diambil kira. 11.2 Semua bekas-bekas, termasuk peti-peti pakej, kotak-kotak, tin- tin, tong-tong dram dan pembalut-pembalut yang dibekalkan oleh Kontraktor bersama-sama dengan Barang-Barang adalah tidak boleh dipulangkan dan kosnya adalah diambil kira sebagai termasuk dalam Harga Perjanjian.

11.3 Semua pakej untuk barangan utama mestilah dilabelkan atau