9
FASAL 17   PEMASANGAN, PENGUJIAN DAN PENTAULIAHAN JIKA BERKAITAN
17.1  Sebagai  tambahan  kepada  Klausa  16  di  atas,  bagi  Barang-
Barang  yang  perlu  dipasang  dan  ditauliah,  kerja-kerja pemasangan dan pentauliahan hendaklah dibuat dalam tempoh
Perjanjian.  Kontraktor  hendaklah  menyediakan  dan  mengisi empat  4  salinan  Sijil  Pemasangan  dan  Pentauliahan.  Sijil  ini
akan  ditandatangani  setelah  Kerajaan  berpuas  hati  bahawa Barang-Barang  tersebut  telah  dipasang  dan  ditauliahkan
dengan sempurnanya.
17.2  Tanpa  menjejaskan  hak  Kerajaan  di  Fasal  17.1,  Kerajaan
berhak  menangguhkan  tarikh  penghantaran.  Kontraktor  akan dimaklumkan  oleh  Kerajaan  tarikh  sebenar  Barang-Barang
tersebut akan dihantar.
17.3  Penangguhan ini hendaklah dibuat secara bertulis dan tidak tertakluk kepada Denda Lewat.
FASAL 18 HAK  KERAJAAN  APABILA  BARANG-BARANG  ROSAK
ATAU RENDAH KUALITI
18.1  Bagi  satu-satu  pesanan  jika  Kontraktor  telah  menyerahkan
barang-barang  yang  rosak  atau  rendah  kualiti  daripada  contoh atau  penentuan-penentuan  kepada  Perjanjian  ini,  Kerajaan
boleh sama ada:
18.1.1.   Menamatkan Perjanjian ini mengikut Fasal 35; atau 18.1.2.  Menolak barang-barang itu dan menamatkan Perjanjian
ini mengikut Fasal 35; atau 18.1.3.  Menolak  barang-barang  itu  dan  meminta  pengganti
barang-barang  itu  yang  mana  hendaklah  diserahkan oleh  Kontraktor  dalam  tempoh  tiga  puluh  30  hari
selepas  permintaan  itu.    Jika  pengganti  barang-barang itu  tidak  diserahkan  dalam  tempoh  yang  ditetapkan,
Kerajaan
boleh membeli
barang-barang yang
dikehendaki  itu  daripada  punca-punca  lain  dengan syarat  sentiasa  bahawa  jika  kos  bagi  punca-punca  lain
melebihi  harga  dalam  Jadual  2  kepada  Perjanjian  ini, Kontraktor  boleh  dikenakan  membayar  amaun  yang
lebih itu sebagai pampasan kepada Kerajaan.
18.1.4.  Bagi satu-satu pesanan jika Kontraktor telah menyerah kan  barang-barang  yang  rosak  atau  yang  rendah
kualitinya kepada Kerajaan dan Kerajaan tidak mungkin menolak  barang-barang  itu  oleh  sebab  barang-barang
itu  telah  dipakai  atau  digunakan  sebelum  diketahui rosak atau rendah kualitinya atau oleh sebab Kerajaan
10
telah  terpaksa  kerana  keadaan  menerima  barang- barang  itu,  Kerajaan  boleh  membuat  tuntutan
pampasan  dari  Kontraktor  sama  banyak  dengan  nilai barang-barang yang dipesan itu.
18.1.5.  Jika  selepas  barang-barang  dihantar,  Kerajaaan
mendapati barang-barang yang telah dibekalkan bukan barang-barang  semasa,  baru  dan  tulen  serta  belum
digunakan,  Kerajaan  boleh  sama  ada  menyimpan  atau menolak
barang-barang yang
dibekalkan dan
menamatkan  Perjanjian  ini  mengikut  Fasal  35,  dan Kontraktor
adalah bertanggungjawab
membayar
kepada  Kerajaan  pampasan  sebanyak  nilai  barang- barang  yang  dibekalkan  tidak  kira  sama  ada  Kerajaan
menamatkan kontrak ini atau tidak.
FASAL 19 HAK KERAJAAN APABILA BARANG-BARANG TERLEWAT
DISERAHKAN
19.1  Bagi hal Barang-Barang yang terlewat diserahkan oleh
Kontraktor, Kerajaan boleh sama ada:
19.1.1  membeli Barang-Barang yang dikehendaki itu daripada punca-punca  lain  dan  menolak  Barang-Barang  yang
dipesan  daripada  Kontraktor.  Jika  kos  memperoleh Barang-Barang  itu  daripada  punca-punca  lain  melebihi
harga  dalam  Perjanjian  ini,  Kontraktor  adalah dikehendaki  membayar  amaun  yang  lebih  itu
sebagai pampasan kepada Kerajaan.
atau 19.1.2  menolak Barang-Barang itu, menamatkan Perjanjian
dan merampas Bon Pelaksanaan. atau
19.1.3  setuju terima Barang-Barang itu dan mengenakan denda-denda berikut:
a.  Denda  sebanyak  satu  peratus  1  untuk  setiap bulan  kelewatan  Barang-Barang.  Bagi  kelewatan
yang  kurang  dari  satu  1  bulan  bagi  tempoh maksimum  enam  6  bulan,  ianya  hendaklah  dikira
mengikut  perkiraan  tiga  puluh  30  hari  dalam  satu 1  bulan.  Formula  perkiraan  denda  lewat  adalah
seperti di Jadual 8.
b.  Jika  Kontraktor  gagal  membekalkan  kesemua pesanan-pesanan  setelah  tiga  3  bulan  Perjanjian
ini  ditamatkan,  maka  pesanan  ke  atas  Barang-
11
Barang  yang  masih  belum  dibekalkan  itu  akan dibatalkan  Kerajaan  adalah  berhak  menuntut  ganti
rugi sebanyak seratus peratus 100 daripada nilai Barang-Barang yang tidak dibekalkan itu.
FASAL 20 HAK KERAJAAN APABILA PENYERAHAN BEKALAN TIDAK
SEPENUHNYA
20.1  Bagi barang-barang yang bekalannya diserahkan dengan tidak
sepenuhnya Kerajaan boleh sama ada - 20.1.1  Setujuterima  barang-barang  itu  dan  Kontraktor  boleh
dikenakan denda mengikut formula di Fasal 19.1.3 bagi barang-barang yang lewat diserahkan; atau
20.1.2.  Setujuterima  barang-barang  itu  dan  membeli  barang- barang  yang  berkurangan  tersebut  daripada  punca-
punca  lain.    Kerajaan  berhak  meminta  Kontraktor membayar  kos  barang-barang  yang  dibeli  dari  punca-
punca lain.
FASAL 21 HAK  KERAJAAN  APABILA  BARANG-BARANG  TIDAK
DISERAHKAN
Bagi  hal  barang-barang  yang  tidak  diserahkan  oleh  Kontraktor selepas  pesanan  dibuat,  Kerajaan  boleh  menamatkan
Perjanjian ini mengikut Fasal 35 dan Kontraktor boleh dikenakan membayar  satu  amaun  sebanyak  harga  barang-barang  yang
dipesan itu sebagai pampasan kepada Kerajaan.
FASAL 22 PAMPASAN BAGI PEMBELIAN DI LUAR KONTRAK
Di  dalam  hal  di  mana  Kerajaan  terpaksa  membeli  barang- barang  ini  daripada  punca  lain  seperti  yang  diperuntukkan
dalam  Fasal  18  dan  19  atau  berikutan  daripada  perlanggaran kepada  Fasal  20  dan  21,  Kerajaan  boleh  selain  daripada  apa-
apa  tuntutan  yang  Kerajaan  berhak  di  bawah  Perjanjian  ini, membuat tuntutan pampasan yang berjumlah tidak melebihi 5
daripada nilai barang-barang yang dipesan.
FASAL 23 PENGALIHAN BARANG-BARANG
Di  mana  Kerajaan  telah  menolak  barang-barang  yang  dipesan seperti  diperuntukkan  di  bawah  Fasal  18  dan  19,  Kontraktor
hendaklah  mengalihkan  barang-barang  tersebut  di  dalam tempoh  masa  tiga  puluh  30  hari.    Dimana  barang-barang
tersebut  tidak  dialih  di  dalam  tempoh  masa  Kerajaan  berhak mengalih  barang-barang  tersebut  dan  menuntut  kos  daripada
12
Kontraktor kerana mengalih barang-barang tersebut. FASAL 24
“SET OFF ”
Kerajaan  boleh  memotong  apa-apa  wang  yang  kena  dibayar kepada  Kontraktor  mengikut  peruntukan  dalam  Perjanjian  ini
daripada  apa-apa  wang  yang  Kerajaan  terhutang  kepada Kontraktor itu.  Jika tidak mencukupi bagi menampung tuntutan
Kerajaan,  Kerajaan  boleh  menuntut  baki  wang  itu  daripada Kontraktor  dan  Kontraktor  hendaklah  membuat  pembayaran
selewat-lewatnya satu 1 bulan selepas menerima tuntutan itu.
FASAL 25 PEMBAYARAN
25.1  Pembayaran bagi Barang-Barang tersebut akan dibuat oleh
Kerajaan dalam masa empat belas 14 hari selepas Kontraktor mengemukakan dokumen-dokumen lengkap berikut:
25.1.1 Barangan Percuma Atas Kapal
i   Invois ii  Nota Penghantaran
iii  Packing List iv  Certificate Of Origin
v   Airway Bill  Bill Of Lading vi  Forwarders Certificate Of Receipt FCR yang
dikeluarkan oleh Agen Penghantaran Barang Kerajaan.
25.1.2 Barangan Bersih
i  Invois ii  Sijil Pengesahan Kerja yang dikeluarkan oleh PDRM
iii Kerajaan boleh meminta dokumen-dokumen selain daripada Fasal 25.1 di atas sekiranya perlu untuk
mempercepatkan proses pembayaran.
25.2  Pembayaran  akan  dibuat  dalam  mata  wang  Ringgit  Malaysia
mengikut kadar pertukaran yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia  pada  tarikh  pembayaran  dibuat  oleh  Kerajaan
sekiranya  harga  Barang-Barang  yang  dipersetujui  di  dalam Perjanjian ini di dalam mata wang negara asing.
13
25.3  Pembayaran  yang  diuruskan  secara  elektronik,  ePerolehan,
FiCaj perkhidmatan sebanyak  0.8 bagi setiap nilai pesanan akan dikenakan tertakluk kepada had maksimum RM 9,600.00
bagi Pesanan Kerajaan yang melebihi RM 1.2 juta.
FASAL 26 PERUBAHAN KADAR DUTI DAN CUKAI
26.1.  Jika  dalam  tempoh  perjanjian  ini,  terjadi  sebarang  perubahan pada  mana-mana  kadar  duti  kastam,  cukai  jualan,  cukai  tokok
dan  eksais,  harga  kontrak  akan,  disesuaikan  oleh  Kontraktor dengan  persetujuan  oleh  Kerajaan  mengikut  setakat  mana
belanja Kontraktor bertambah atau berkurang.
26.2  Sebarang tambahan atau kekurangan pada harga kontrak akan dibuat  hanya  ke  atas  barang-barang  yang  terlibat  di  dalam
perubahan di bawah Fasal 26.1 di atas. FASAL 27
GANTI RUGI TERTENTU LIQUIDATED DAMAGES 27.1  Kontraktor bersetuju untuk menjamin bahawa:
27.1.1  Sekiranya dalam tempoh jaminan Kerajaan mendapati bahawa
prestasi Barang-Barang
tersebut tidak
memuaskan  atau  rosak  bukan  disebabkan  kecuaian Kerajaan,  Kontraktor  hendaklah  membaiki  dan  jika
perlu menggantikan mana-mana alat atau alat-alat yang tidak  berfungsi  dengan  memuaskan  dalam  tempoh
jaminan  tersebut  tanpa  apa-apa  bayaran  tambahan. Laporan  mengenai  kerosakan  itu  termasuk  kerja-kerja
pembaikan  dan  penggantian  hendaklah  dikemukakan kepada Kerajaan dalam dua 2 salinan.
27.1.2  Sekiranya Kontraktor
gagal membaiki
atau menggantikan  Barang-Barang  tersebut  yang  tidak
berfungsi  dengan  memuaskan,  maka  Kerajaan  boleh sama ada:
a.  mendapat  mana-mana  orang  berkelayakan  bagi membaiki alat-alat itu atau mengganti alat-alat itu di
mana  semua  kos  yang  kena  bayar  bagi  tujuan tersebut hendaklah ditanggung oleh Kontraktor; atau
b.  memulangkan Barang-Barang
tersebut dan
Kontraktor  hendaklah  membayar  kos-kos  yang terlibat; dan
c. sekiranya Kerajaan terpaksa mendapatkan Barang-Barang  tersebut  dari  punca  yang  lain,  apa-
apa  perbezaan  harga  hendaklah  ditanggung  oleh
14
Kontraktor. 27.2  Waktu  adalah  inti  pati kepada Perjanjian ini. Sekiranya kelewatan
penyerahan  atau  perkhidmatan  yang  diberikan  tidak  sepenuhnya bukan  disebabkan  oleh  keadaan  yang  tidak  dapat  dikawal  oleh
Kontraktor seperti disebut di  Fasal 27 di bawah, maka Kontraktor hendaklah  membayar  liquidated  damages  kepada  Kerajaan  pada
kadar 1 daripada nilai Barang-Barang yang lewat diserahkan itu untuk  tiap-tiap  bulan  kelewatan  dengan  syarat  nilai  liquidated
damages  itu  tidak  melebihi  6  dari  jumlah  keseluruhan  nilai Barang-Barang  yang  lewat  diserahkan  itu.  Liquidated  damages
hendaklah dibayar secara proportionate untuk mana-mana tempoh yang  kurang  dari  satu  1  bulan  dan  perkiraannya  adalah
berdasarkan kepada tiga puluh 30 hari dalam satu 1 bulan.
27.3  Sekiranya  kelewatan  melebihi  enam  6  bulan,  Kerajaan  berhak