Mendapat maklumat yang lengkap dan jelas dari mana-mana pegawai dan kakitangan kami bagi semua urusan perkhidmatan di jabatan ini.
Memperolehi kelulusan bagi permohonan yang layak, lengkap dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan dengan kadar segera.
Merasa selesa dan berpuas hati dengan kemudahan yang kami sediakan semasa menerima perkhidmatan yang diperlukan.
11.0 Visi
”Pendidikan Berkualiti Insan Terduduk Negara Sejahtera”
12.0 Misi
”Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”
13.0 Piagam Pelanggan
isikan mengikut sekolah masing-masing
FAIL MEJA
Pembantu Pengurusan Murid
8
14.0 Matlamat Pendidikan Prasekolah
Pendidikan Prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua perkembangan, menguasai kemahiran asas
dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.
15.0 Objektif Pendidikan Prasekolah
Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik.
Menggunakan Bahasa Melayu dengan baik dan memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi.
FAIL MEJA
Pembantu Pengurusan Murid
9
Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa
Cina dan Bahasa Tamil.
Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua.
Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.
Mempunyai kemahiran emosi dan kemahiran sosial.
Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik.
Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
16.0 Kandungan Kurikulum Prasekolah
Perkembangan murid akan dapat dicapai melalui enam komponen pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu. Komponen tersebut
adalah seperti berikut:
FAIL MEJA
Pembantu Pengurusan Murid
10
Bahasa dan Komunikasi
Perkembangan Kognitif
Kerohanian dan Moral
Perkembangan Sosioemosi
Perkembangan Fizikal
Kreativiti dan Estetika
17.0 Fungsi Unit Pendidikan Prasekolah