FAIL MEJA GURU BIASA FAIL MEJA

FAIL MEJA GURU BIASA
FAIL MEJA
Fail Meja merupakan satu-satu rujukan untuk individu di peringkat jawatan. Ia dirangka
berasaskan tugas dan tanggungjawab seseorang guru. Ia juga mengandungi maklumat
atau panduan untuk menjalankan tugas bagi satu-satu jawatan. Kandungannya
merangkumi 14 perkara utama, iaitu:
1) Objektif Jabatan atau Pejabat, sama seperti dengan Manual Prosedur Kerja.
2) Objektif Bahagian atau Unit dalam Jabatan/Pejabat.
3) Carta Organisasi Jabatan/Pejabat, sama seperti dengan MPK.
4) Carta Organisasi Bahagian/Unit: Menjelaskan kedudukan setiap anggota dan tugas
masing-masing.
5) Senarai tugas/kuasa dan hubungan pegawai dengan pegawai-pegawai yang lain.
6) Peraturan-peraturan pentadbiran untuk setiap aktiviti/tugas.
7) Proses kerja untuk aktiviti yang berkaitan dengan pegawai.
8.) Carta Aliran Kerja menjelaskan tindakan-tindakan secara sistematik.
9) Senarai semak berbentuk soalan, rangkai kata atau pernyataan peringatan untuk
menyemak tindakan-tindakan yang diambil.
10) Borang yang berkaitan dengan tugas pegawai dan panduan menggunakannya.
11) Senarai undang-undang dan peraturan untuk dirujukan supaya tindakan yang diambil
adalah betul dan tepat.
12) Senarai Jawatankuasa ang dianggotai oleh pegawai yang berkenaan.

13) Norma kerja yang menjelaskan tahap prestasi dengan harapan dicapai serta berfungsi
sebagai asas menilai pencapaian produktiviti.
14) Senarai Tugas Harian dengan tujuan mengingat aktiviti-aktiviti yang perlu dirancang
dan dilaksanakan mengikut jadual.