Teras Pendidikan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia Objektif Kementerian Pendidikan Malaysia Nilai Teras Kementerian Pendidikan Malaysia Visi Misi Piagam Pelanggan

3.0 Matlamat Pendidikan Kebangsaan

“ Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara ”.

4.0 Teras Pendidikan

 Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan  Bekerja dengan penuh tanggungjawab  Berusaha mengikis sikap dan mementingkan diri sendiri  Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan  Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan Negara  Berpegang teguh kepada ajaran agama FAIL MEJA Pembantu Pengurusan Murid 5

5.0 Misi Kementerian Pendidikan Malaysia

Mewujudkan Sistem Pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan insan yang mempunyai daya saing ketahanan tinggi bagi memenuhi aspirasi kehendak individu, masyarakat dan Negara.

6.0 Objektif Kementerian Pendidikan Malaysia

 Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.  Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera.  Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara.  Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia

7.0 Nilai Teras Kementerian Pendidikan Malaysia

 Berakhlak mulia FAIL MEJA Pembantu Pengurusan Murid 6  Amanah  Rajin  Ikram  Berilmu  Berfikir

8.0 Visi

”Pendidikan Berkualiti Insan Terduduk Negara Sejahtera”

9.0 Misi

”Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”

10.0 Piagam Pelanggan

KAMI BERJANJI AKAN MEMASTIKAN ANDA:-  Menerima layanan yang mesra, cepat dan berhemah bagi semua urusan di setiap unit di jabatan ini.  Menerima perkhidmatan yang cekap dan tepat serta sentiasa bersedia membantu apabila anda membuat tindakan susulan ke atas perkhidmatan yang telah diberikan. FAIL MEJA Pembantu Pengurusan Murid 7  Mendapat maklumat yang lengkap dan jelas dari mana-mana pegawai dan kakitangan kami bagi semua urusan perkhidmatan di jabatan ini.  Memperolehi kelulusan bagi permohonan yang layak, lengkap dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan dengan kadar segera.  Merasa selesa dan berpuas hati dengan kemudahan yang kami sediakan semasa menerima perkhidmatan yang diperlukan.

11.0 Visi