57
melakukan pengawalan dan semakan terhadap kualiti dan kecekapan serta keberkesanan sesuatu tugasan termasuk proses pengajaran dan pembelajaran geografi.
Sehubungan ini terdapat satu lagi istilah penting yang mempunyai kaitan dengan ICT iaitu teknologi pendidikan. Teknologi Pendidikan merupakan bidang pangajian yang
melibatkan perkembangan, penggunaan peralatan teknologi pendidikan, penilaian sistem, teknik dan bantuan teknikal dalam proses pembelajaran manusia. Teknologi Pendidikan
juga secara khususnya merupakan aplikasi penggunaan peralatan teknologi pendidikan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan pembelajaran. Untuk
mencapai tahap keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan sistem teknologi pendidikan biasanya melibatkan lima komponen utama yang dikenali dengan
`Lima M’ 5M. Antaranya termasuk:-
1. Machine mesin 2. Materials bahan-bahan
3. Media media 4. Men orang
5. Method kaedah
Kelima-lima komponen utama di atas adalah saling berkaitan dan saling bantu membantu di antara satu sama lain bagi memenuhi objektif di sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran. Machine Mesin merupakan peralatan teknologi pendidikan yang membantu dalam menyampaikan mesej dan maklumat kepada pengguna. Materials
bahan-bahan pula merupakan maklumat dan sumber ilmu yang ingin disampaikan oleh pengajar melalui mesin yakni peralatan teknologi pendidikan. Media pula berperanan
sebagai perantara dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar. Begitu juga men orang yakni manusia yang terdiri daripada tenaga pengajar dan pelajar yang
melangsungkan proses pengajaran dan pembelajaran. Akhirnya method kaedah merupakan cara pengajaran yang digunakan oleh pengajar untuk menyampaikan
maklumat dan pengajaran kepada pelajar melalui interaksi perubahan konsep dan teknik- teknik pengajaran yang bersesuaian.
58
Definisi dan Konsep ICT Daripada kedua-dua konsep utama di atas dapat disesuaikan dengan pengertian ICT
Information and Comunication Technology terjemahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang merupakan suatu sistem komunikasi dan perolehan data dan maklumat
melalui peralatan teknologi secara interaktif daripada skala yang sekecil-kecilnya kepada skala yang sebesar-besarnya di peringkat global. Secara ringkasnya pemahaman maksud
ICT dapat ditunjukkan di dalam Rajah 1 di bawah.
TEKNOLOGI MAKLUMAT KOMUNIKASI
Rajah 1: Pertalian Konsep ICT
Pada keseluruhannya, ICT dapat dirumuskan sebagai suatu sistem yang kompleks dan menyeluruh dengan melibatkan pelbagai rangkaian di peringkat global dan mengalami
proses perkembangan yang dinamik selaras dengan penciptaan teknologi terkini. Kepantasan dan penjimatan waktu dapat dibezakan berdasarkan penciptaan teknologi
sezaman yang dipertingkatkan kemajuan teknologinya dari semasa ke semasa.
Proses perkembangan ICT ternyata telah sekian lama mendapat perhatian sejak tahun 1950-an lagi dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa sehinggalah dapat digunakan di
dalam dunia pendidikan seperti yang dapat kita nikmati pada hari ini. Proses pembangunan ICT ini secara ringkasnya dapat digariskan sebagaimana berikut.
Era Sebelum Mikrokomputer
Penggunaan peralatan teknologi melalui pelbagai sistem terpilih
bersesuaian dengan matlamat dan keperluan pengguna
d hk i
b i
Perolehan maklumat dan
data Proses penghantaran dan
penerimaan data dan maklumat
59
1950 - Penggunaan pertama pengajaran berkomputer Computerized Flight Simulator digunakan untuk melatih juruterbang di MIT.
1959 - Kali pertama komputer digunakan di sekolah IBM 650 1966 - IBM menawarkan system 1500 Dedicated Instructional Mainframe
1967- Computer Curriculum Corporation menawarkan sistem pengajaran berdasarkan mini komputer pertama DECPDP Mitre Corporation menawarkan sistem
TICCIT. 1970- Control Data Corporation CDC menawarkan PLATO Instructional Delivery
System Era Mikrokomputer
1977 - Pertama kali mikrokomputer memasuki ke dalam sistem persekolahan 1980 - Seymour Papert menulis Mindstorms. Bermulanya perkembangan Logo.
1980-an - Minnesota Educational Computing Consortium MECC menawarkan perisian mikro komputer; penerbitan bahan-bahan pendidikan dan memulakan
pembangunan dan pemasaran perisian kursus. Perkembangan perisian kursus diutamakan melalui MicroSIFT, EPIE dan lain-lain.
1990-an - Penggunaan Integrated Learning System ILS dan sistem rangkaian lain yang turut meningkatkan penggunaan multimedia.
Era Internet 1994 - Penggunaan internet mula berkembang luas. Pengajaran dan pembelajaran
berbantu komputer mula dipertingkatkan. 1995 - Jaringan Pendidikan diadakan
1999 - Kurikulum Teknologi Maklumat diberi penekanan 2000 - Sistem Virtual Reality dan persekitaran virtual lain diberi penekanan.
Pelbagai sistem ciptaan baru dibangunkan seterusnya sehingga ke saat ini.
Kini penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah semakin diperhebatkan. Guru-guru didedahkan dengan pelbagai kursus, manakala sekolah pula
60
disediakan pelbagai kelengkapan e-pembelajaran di samping peningkatan prasarana kemudahan rangkaian untuk mencapai matlamat prestasi pembelajaran seperti yang telah
ditetapkan.
POTENSI KELESTARIAN PENGGUNAAN ICT TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH
ICT adalah lebih daripada alat pengajaran. Potensi kelestariannya adalah menonjol di dalam meningkatkan kualiti dan minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Potensinya juga adalah menonjol di dalam membantu guru menjalankan tugas seharian sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah termasuk hal-hal berkaitan
pengurusan, latihan berterusan dan pembangunan sahsiah Di samping itu, ICT juga berpotensi untuk mengembangkan keupayaan dan kreativiti pelajar semasa melalui
proses pembelajaran mereka. Malahan ICT secara keseluruhannya memberi fokus terhadap kreativiti dan kognitif pelajar dalam memupuk keupayaan dan kebolehan
perolehan maklumat, handling, pengawalan dan pengukuran. Dengan ini untuk kelestarian penggunaan ICT, ia perlu dilakukan secara berfikrah,
terancang dan bersesuaian dengan keperluan pembelajaran bagi meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ternyata terdapat banyak
perbezaan dalam perolehan hasil jika dibandingkan dengan cara pembelajaran tradisional seperti yang digambarkan di dalam Jadual 1 berikut.
Jadual 1: Perbezaan Persekitaran Pembelajaran
Persekitaran Pembelajaran Tradisional
Persekitaran Pembelajaran Baru ICT
Berpusatkan guru Berpusatkan pelajar
Stimulasi satu deriaan Stimulasi multideriaan
Kemajuan satu hala Kemajuan pelbagai hala
Satu media Multimedia
Tugasan secara berasingan Tugasan secara kolaboratif
Penyampaian maklumat Perkongsian maklumat
Pembelajaran pasif Pembelajaran aktif penjelasan pertanyaan
Pembelajaran berasaskan fakta Pemikiran kritis dan pembikinan keputusan
Tindakan reaktif Tindakan proaktif
61
Konteks terasing dan artifisial Konteks realiti dan autentik
Sumber : Diubahsuai daripada Means, Barbara ed 1994. International Society For Technology Education.
Jossey Bass Publishers, San Fransisco. Daripada Jadual 1 di atas, didapati penggunaan ICT di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran banyak membawa manfaat berbanding dengan cara pembelajaran tradisional yang dapat dirumuskan seperti berikut.
a. Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran b. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar daripada
pelbagai latar belakang dan keupayaan c. Meningkatkan motivasi pelajar
d. Membolehkan pembelajaran secara bersendirian individualise learning e. Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar didapati
f. Membolehkan pelajar mengumpul maklumat yang memerlukan masa yang lama atau terlalu mahal
g. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar h. Membolehkan pelajar mencuba atau melakukan eksperimen yang sukar, terlalu
mahal atau bahaya untuk dilakukan secara biasa i. Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar
j. Memberi peluang kepada pelajar meningkatkan prestasi kendiri secara berkesan dengan bimbingan yang minimum
k. Meningkatkan kemahiran ICT secara berterusan
Kemanfaatan ICT di dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang dirumuskan di atas dapat memainkan peranan yang penting dalam mengubah cara penerimaan
pengguna khususnya pelajar dan guru terhadap peralihan paradigma daripada perkaedahan secara tradisional kepada penggunaan ICT sepenuhnya.
INTEGRASI PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GEOGRAFI DI SEKOLAH
62
Dalam konteks penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran geografi di sekolah secara khususnya tidak mempunyai satu kaedah atau cara yang terbaik dan
mesti digunakan. Ini disebabkan kepelbagaian perkaedahan pengajaran adalah lebih baik daripada hanya tertumpu kepada satu-satu kaedah pengajaran semata-mata. Dalam
hubungan ini pendekatan terbaik ialah cara pemilihan bahan-bahan dan perisian ICT yang sesuai dengan keperluan pelajar dengan mengharapkan perolehan hasil dalam
jangka masa yang munasabah.
Integrasi penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran geografi mengikut konteks perbincangan ini secara umumnya melibatkan dua aspek utama iaitu pertamanya
aspek pengajaran guru menggunakan ICT dan keduanya aspek pembelajaran pelajar mengguna ICT.
Di dalam aspek pembelajaran, penggunaan ICT dapat dikategorikan kepada:
a. ICT untuk pembelajaran tutorial b. ICT untuk pembelajaran penerokaan exploratory
c. ICT sebagai alat aplikasi d. ICT sebagai pemudah komunikasi
Manakala di dalam aspek pengajaran pula, ICT digunakan sebagai a. Alat persembahan
b. Alat demonstrasi c. Jaringan pendidikan
ICT UNTUK PEMBELAJARAN TUTORIAL
Peralatan ICT yang biasa digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras atau laman
63
Web. Kandungan pembelajarannya terlebih dahulu disusun berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Antara isi kandungan pembelajaran tutorial yang sering digunakan meliputi:
1. Pembelajaran ekspositari http:www.pcma.orgtoolboxccandmoretool- glossary.htm iaitu suasana pembelajaran yang melibatkan guru hanya
menyampaikan maklumat semata-mata kepada pelajar. Pelajar hanya bertindak secara pasif.
2. Demostrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan. Ini amat bersesuaian dengan Geografi yang menghendaki kesinambungan bagi
menunjukkan proses kejadian sesuatu fenomena yang sukar diimaginasikan oleh pelajar
3. Latihan dan latih tubi yang dipersembahkan dan dikawal oleh sistem. Latihan seumpama ini telahpun dilaksanakan di dalam pembelajaran Geografi Tingkatan
Satu yang menggunakan program excel untuk merekodkan data dan maklumat serta seterusnya mempersembahkan dalam bentuk jadual dan graf.
Dalam pembelajaran tutorial, program Computer Assisted Instruction CAI digunakan untuk menggambarkan penggunaan komputer di dalam sesuatu pengajaran dan
pembelajaran. Ini diikuti dengan penggunaan sistem Intelligent Computer Assisted Instruction atau Intelligent Tutoring System. Perubahan ini seiring dengan perkembangan
semasa yang berlaku dalam ciptaan reka bentuk baru yang mewujudkan perisian pendidikan yang berupaya menyesuaikan maklumat yang ingin disampaikan dengan
kemampuan dan keperluan pelajar. Apa yang dapat dilihat pada hari ini kebanyakan perisian ICT adalah bercirikan
multimedia. Secara umumnya, setiap perisian pendidikan yang direkacipta mempunyai komponen-komponennya yang tersendiri yang antaranya termasuk seperti berikut:
http:www.uwf.educoetutorialtechnolocoursewacrsware.htm :
a. Mempersembahkan maklumat
64
b. Membimbing c. Menyediakanmemberi latihan
d. Menilai pencapaian
Kebanyakan perisian pembelajaran tutorial yang terdapat pada hari ini lebih tertumpu kepada penggunaan model tradisional pengajaran dan pembelajaran. Antaranya model
transmisi yang melibatkan guru sebagai penyampai maklumat manakala pelajar pula sebagai penerima. Perisian pendidikan seumpama ini lebih mudah diubahsuai dan
diadaptasi oleh guru Clack Sun,1996.
Terdapat banyak kelebihan di dalam penggunaan pendekatan ini. Antara kelebihannya, ia amat sesuai digunakan di dalam kelas yang mengandungi bilangan pelajar yang ramai
dengan kemampuan yang berbeza. Justeru itu ia dapat membantu pelajar yang lemah mengikuti pengajaran guru berdasarkan kemampuan kendiri. Dalam proses pengajaran
dan pembelajaran Geografi, guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian pelajar melaksanakan tugasan-tugasan yang telah ditetapkan, manakala sebahagian yang lain
pula boleh meneruskan menggunakan komputer. Keadaan ini dapat mempertingkatkan keberkesanan dan kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan perisian
pendidikan yang berbeza mengikut tahap kemampuan pelajar. Contoh yang baik dalam penggunaan pembelajaran tutorial ialah cakera padat yang dikeluarkan oleh Times
Education Series: GCSE Geography. Ia mengandungi sukatan pelajaran yang bermula daripada tajuk skala dan kemudian diikuti arah kompas serta seterusnya simbol peta, grid
panduan garisan kontur, foto kawasan dan tajuk-tajuk lain yang sehubungan dengannya. Dalam masa yang sama bagi pembelajaran dalam kalangan pelajar yang lebih cekap
diberikan aktiviti pengayaan dengan memberi peluang melayari laman web yang lebih mencabar minda pelajar Pelajar-pelajar digalakkan menjawab soalan-soalan atau gerak
kerja yang terdapat di dalam laman web seperti http:members tripod.comzupie geografihtml. bagi meningkatkan kecekapan pembelajaran mereka.
PEMBELAJARAN PENEROKAAN EXPLORATORY
65
Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk :
1. Mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet, portal maklumat dan seumpamanya.
2. Mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi 3. Melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh
pelajar.
Dengan kata lain, pembelajaran penerokaan membolehkan pelajar mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT. Pendekatan ini adalah berbeza
dengan pembelajaran tutorial yang hanya melibatkan pelajar sebagai penerima bahan pembelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.
Penggunaan pendekatan penerokaan adalah serasi dan setara dengan pendekatan konstrutivisme http:www.gwu.edu~tip dengan melibatkan cara pembelajaran yang
memberi penekanan kepada pemupukan pemikiran kritis dan kreatif, menyediakan panduan dalam penyelesaian masalah, berkongsi pengalaman pembelajaran yang autentik
dan pemupukan pengetahuan yang luas melalui interaksi sosial.
Sebagai contoh yang baik dalam kalangan pelajar kelas Geografi boleh merujuk kepada maklumat dan bahan daripada World Facts Book di laman web Central Intelligence
Agency http:www.cia.govciapublicationsfactbookindex.html atau boleh merujuk kepada ensiklopedia dalam talian seperti Encarta http:www.encarta.msn.com.
Dalam penggunaan ICT, memang tidak dapat dinafikan bahawa wujudnya masalah kelambatan capaian. Bagi mengatasi masalah ini, guru boleh meminta bantuan guru pakar
dan mahir komputer dalam membuat penduan mirror kandungan laman ke dalam cakera
66
keras tempatan dengan menggunakan perisian pendua web seperti WinHTTrack http:www.httrack.com.
Selain mengakses maklumat dan bahan-bahan pembelajaran daripada internet, guru boleh menggunakan maklumat yang disimpan di dalam CD-ROM seperti ensiklopedia,
pangkalan data dan maklumat lain yang dapat diperoleh di pasaran dan jabatan atau agensi tertentu. Misalnya maklumat pembentangan dalam bentuk MS power point
seperti ekosistem hutan bakau, terumbu karang, laut ke lautan dan pencemaran marin boleh dilayari dari Pejabat Perikanan Negeri Pahang yang dilengkapi dangan gambar dan
grafik yang amat menarik dan berfaedah kepada pengguna.
Memang nyata ICT amat sesuai digunakan untuk kaedah pembelajaran penerokaan dalam pengajaran dan pembelajaran Geografi. Dalam pembelajaran berbentuk inkuiri
penemuan dan pembelajaran berbentuk penyelesaian masalah terhadap kehidupan sebenar, penggunaan cakera padat CD The Times Education Series-A Level Geography
adalah sesuai untuk dijadikan bahan rujukan. Antara maklumat dan bahan-bahan pembelajarannya mengandungi sistem atmosfera, proses pergerakan plat tektonik,
kejadian proses sungai, populasi manusia, ekosistem, persekitaran fizikal, petempatan dan aktiviti industri serta penggunaan tanah dan petempatan manusia yang amat sesuai
dan berguna kepada pelajar.
Dengan ini, kaedah pembelajaran penerokaan melalui penggunaan ICT dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan haluan dan kamajuan pembelajaran masing-
masing. Melalui kaedah ini para pelajar turut dirangsang untuk melibatkan diri secara lebih aktif di dalam pembelajaran masing-masing dan secara langsungnya dapat
menghilangkan rasa bosan dan seterusnya menjadi lebih bermotivasi untuk mengetahui lebih banyak maklumat selanjutnya. Susulan daripada ini pihak guru boleh menerapkan
pelbagai teori pengajaran dan pembelajaran moden seperti kostruktivisme, pembelajaran masteri, multiple intelligence dan lain-lain yang sesuai dengan keadaan penerimaan
pelajar.
67
Pada keseluruhannya, pendekaran ini dapat mematangkan minda pelajar dalam membuat perbezaan, pemilihan dan seterusnya mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran geografi untuk menganalisis, memahami dan menerangkan proses kepentingan geografi dalam kehidupan seharian mereka.
ICT SEBAGAI ALAT APLIKASI
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ICT merupakan alat aplikasi yang dapat membantu pelajar dalam melaksanakan tugasan pembelajaran selain dijadikan sebagai
mekanisma penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf, editor grafik, Computer Aided Design CAD
dan lain-lain merupakan alat aplikasi yang dapat digunakan untuk membantu pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran.
Penggunaan ICT dalam konteks aplikasi dapat dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Geografi di sekolah. Para pelajar dapat menghasilkan tugasan yang
diberikan melalui proses penyuntingan terus daripada sumber asal dengan melakukan pengolahan kendiri umpamanya membuat perbezaan skala, mentafsir dan membuat
pembacaan peta atau melakukan perbincangan terhadap satu-satu tajuk yang ditentukan seperti proses pemendapan sungai , sistem hutan bakau dan lain-lain yang berkaitan.
Secara langsungnya para pelajar dapat menyelami sendiri pengalaman hidup seharian dalam konteks pengoperasian teori pembelajaran sosio-budaya socio-cultural learning
melalui pembelajaran kolaboratif. Pembelajaran Kolaboratif setakat ini telah menunjukkan kejayaan dalam meningkatkan pencapaian prestasi pelajar berbandingkan
pembelajaran individu atau pembelajaran bersaing Johnson dan rakan-rakan, 1981 Terdapat enam langkah utama dalam pengajaran kemahiran kolaboratif iaitu:
1. Pelajar harus tahu keperluan kemahiran 2. Pelajar tahu kemahiran yang dipelajari
3. Pelajar perlukan latihan
68
4. Hubungkait kemahiran dengan aktiviti yang dijalankan 5. Interaksi kumpulan
6. Galakkan pelajar untuk kerap menggunakan kemahiran.
Semasa proses pengajaran, guru menerangkan kemahiran kolaboratif dan menunjukkan demonstrasi bagaimana dilakukan, manakala proses pembelajaran kolaboratif berjalan,
proses menyiasat, pencarian dan aplikasi berpusat kepada pelajar bukan kepada penyampaian bahan oleh guru Smith dan Mc Gregor,1992.
Justeru itu, dengan bantuan aplikasi ICT, pelajar akan dapat memberikan tumpuan melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik. Katakan dalam suatu kajian Geografi
yang dilakukan, pelajar perlu mengkaji perkaitan antara dua pembolehubah. Dalam hal ini kemungkinan banyak graf perlu diplotkan supaya perkaitan antara dua pembolehubah
ini dapat dilihat. Justeru itu, kemahiran membina graf perlu dikuasai oleh pelajar. Tetapi dalam keadaan sebegini sepatutnya tumpuan diberikan kepada cara melihat perkaitan di
antara dua pembolehubah itu. Tugas membina graf ini kemungkinan terpesong daripada perkara yang lebih penting. Oleh itu, perisian aplikasi yang sesuai boleh digunakan
untuk membantu pelajar membina graf-graf yang diperlukan.
Selain itu, pelajar perlu mengkelaskan dan menyisihkan data yang banyak untuk melihat sesuatu trend daripada data dan maklumat yang dikumpul itu. Dengan itu, penggunaan
ICT merupakan alat yang ideal untuk digunakan dalam tugas yang tidak autentik aitu mengkelas dan menyisih data yang banyak, manakala pelajar juga boleh menumpukan
sepenuh perhatian kepada tugas yang autentik iaitu melihat dan memikirkan tentang trend yang ada di dalam data terbabit.
Kesimpulannya, kelebihan penggunaan ICT sebagai alat aplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran boleh memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti
pembelajaran autentik melalui pengajaran guru yang boleh mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda pelajar. Proses ini akan melahirkan pelajar yang dapat
meningkatkan kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran yang dirancang.
69
ICT SEBAGAI ALAT PEMUDAH KOMUNIKASI Apakah maksud ICT sebagai alat komunikasi? ICT yang digunakan itu membolehkan
guru dan pelajar dari pelbagai lokasi yang berbeza dapat menghantar, menerima dan berkongsi pelbagai maklumat dan seterusnya menyampaikan kembali maklumat yang
diperoleh itu kepada orang lain. Pelbagai mod dapat dilakukan dalam ICT komunikasi seperti teks, grafik, audio, video dan kombinasi secara integrasi daripada pelbagai mod.
Secara amnya terdapat empat teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran melalui ICT komunikasi iaitu :
1. Teknik seorang secara sendirian 2. Teknik seorang dengan seorang yang lain
3. Teknik seorang kepada ramai orang 4. Teknik ramai orang kepada ramai orang yang lain
Salah satu model pembelajaran terkini yang cenderung menggunakan ICT sebagai alat komunikasi ialah Pembelajaran Kooperatif. Menurut Johnson, Johnson Holubee
1990, pembelajaran ini melibatkan lima prinsip asas iaitu :
1. SALING PERGANTUNGAN SECARA POSITIF