Analisis Objektif Ketiga

4.4.2 Alam Sekitar

Berbanding dengan cadangan yang berdasarkan jenayah, dari aspek alam sekitar ianya memberikan perspektif yang berlainan. Walaupun dalam pengkategorian yang sama, namun pencirian bagi setiap kategori adalah berbeza. Dalam pemberian cadangan yang melibatkan isu pencemaran alam sekitar, sebanyak 37.21% memberikan cadangan bahawa penyediaan kemudahan adalah penting seperti penambahan tong sampah. Namun begitu, juka dilihat mengikut zon, ianya memberikan pandangan yang berbeza. Contohnya di zon 1, sebanyak 44.4% cadangan yang diberikan adalah melibatkan pemantauan dari pihak DBKK. Ini menunjukkan bahawa kawasan zon 1 mementingkan tindakan yang agak drastik. Berbanding dari zon 2 dan 3, ianya mementingkan penyediaan kemudahan khususnya penyediaan tong sampah. Hal ini kerana, mengikut pemerhatian penyediaan tong sampah yakni jumlah tong sampah di zon 2 (Sinsuran) dan zon 3 (Segama) adalah pada tahap yang mengecewakan. Ini menyebabkan masyarakat di kawasan tersebut lebih menyukai sekiranya kemudahan tersebut Berbanding dengan cadangan yang berdasarkan jenayah, dari aspek alam sekitar ianya memberikan perspektif yang berlainan. Walaupun dalam pengkategorian yang sama, namun pencirian bagi setiap kategori adalah berbeza. Dalam pemberian cadangan yang melibatkan isu pencemaran alam sekitar, sebanyak 37.21% memberikan cadangan bahawa penyediaan kemudahan adalah penting seperti penambahan tong sampah. Namun begitu, juka dilihat mengikut zon, ianya memberikan pandangan yang berbeza. Contohnya di zon 1, sebanyak 44.4% cadangan yang diberikan adalah melibatkan pemantauan dari pihak DBKK. Ini menunjukkan bahawa kawasan zon 1 mementingkan tindakan yang agak drastik. Berbanding dari zon 2 dan 3, ianya mementingkan penyediaan kemudahan khususnya penyediaan tong sampah. Hal ini kerana, mengikut pemerhatian penyediaan tong sampah yakni jumlah tong sampah di zon 2 (Sinsuran) dan zon 3 (Segama) adalah pada tahap yang mengecewakan. Ini menyebabkan masyarakat di kawasan tersebut lebih menyukai sekiranya kemudahan tersebut

Kesimpulannya, langkah dan cadangan yang diberikan adalah mengikut masalah yang ada di kawasan kajian itu sendiri. Dalam bentuk fizikal keempat-empat kawasan kajian itu sudah menunjukkan perbezaan dan ianya semestinya memberikan cadangan yang berbeza dalam penyelesaian masalah tersebut.