Kajian terhadap Potensi Pelancongan Kawa

AG31303 KERJA LAPANGAN DAN ANALISIS DATA “KAJIAN IMPAK SOSIOEKONOMI PELANCONGAN TERHADAP PERLAKUAN JENAYAH DAN ALAM SEKITAR DI BANDARAYA KOTA KINABALU ” PENSYARAH DR. NOR-INA KANYO NAMA NO. MATRIKS ABDILLA BIN KHAIROL BA10110002 AHMAD IL YASSIN BIN AZMAN BA10110010 HILSYABUR BIN HALIM BA10110127 JEQHLIN MANNORIS BINTI HERMAN BA10110140 NOORDIN BIN ABU HASSAN BA10110264 NOOR SALIHA BINTI ABU BAKAR BA10110260 NORAMSIAH BINTI TANJONG BA10160506 NORITA ANAK JUBIT BA10110288 SITI AN-NUR ARSYI BINTI LAJIMIN BA10160533 SITI NORAIN BINTI KAMARULZAMAN

BA10110397 WELLFIRED THOMAS

BA10110435

ISI KANDUNGAN ITEM MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN

1.1 SOROTAN LITERATUR

2.0 METODOLOGI

2.1 PERINGKAT KAJIAN AWAL

2.1.1 KAJIAN LITERATUR

2.2 PERINGKAT PENGUMPULAN MAKLUMAT

2.2.1 PENGUMPULAN DATA SEKUNDER

2.2.2 PENGUMPULAN DATA PRIMER

2.3 PERINGKAT ANALISIS KAJIAN

2.4 PERINGKAT CADANGAN

2.5 PERMASALAHAN KAJIAN

2.6 KEPENTINGAN KAJIAN

3.0 ANALISIS DAPATAN KAJIAN

3.1 LATAR BELAKANG RESPONDEN

3.2 DAPATAN OBJEKTIF PERTAMA

3.2.1 FAKTOR PEMILIHAN UNTUK BERNIAGA

3.2.2 JUMLAH PELANCONG

3.2.3 JENIS PERNIAGAAN

3.2.4 JENIS PELANCONG

3.2.5 MASA KEDATANGAN PELANCONG

3.3 DAPATAN OBJEKTIF KEDUA

3.3.1.1 PERLAKUAN JENAYAH

3.3.1.2 TAHAP KESELAMATAN

3.3.1.3 AKTIVITI PELANCONGAN (KESAN KEPADA JENAYAH)

3.3.1.4 KEKERAPAN PERLAKUAN JENAYAH

3.3.1.5 KEKERAPAN RONDAAN POLIS

3.3.2 ALAM SEKITAR

3.3.2.1 TAHAP KEBERSIHAN

3.3.2.2 AKTIVITI PELANCONGAN (KESAN KEPADA ALAM SEKITAR) 22

3.3.2.3 JENIS PENCEMARAN

3.3.2.4 PUNCA PENCEMARAN

3.3.2.5 PENYEDIAAN TONG SAMPAH

3.3.2.6 PEMANTAUAN KEBERSIHAN

3.3.2.7 KEKERAPAN PEMANTAUAN

3.4 DAPATAN OBJEKTIF KETIGA

3.4.1 JENAYAH

27

3.4.2 ALAM SEKITAR

28

4.0 RUMUSAN DAN PERBINCANGAN

28

4.1 ANALISIS RESPONDEN

29

4.2 ANALISIS OBJEKTIF PERTAMA

30

4.3 ANALISIS OBJEKTIF KEDUA

4.3.2 ALAM SEKITAR

34

4.4 ANALISIS OBJEKTIF KETIGA

4.4.2 ALAM SEKITAR

36

5.0 KESIMPULAN

36

RUJUKAN

38

LAMPIRAN

1.0 PENDAHULUAN

Alam sekitar menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling Malaysia (1974) adalah ditakrifkan sebagai faktor- faktor fizikal iaitu tanah, air, udara, iklim, bunyi, bau, rasa, faktor biologi dan faktor sosial yang saling bergantungan antara satu sama lain yang mengelilingi kehidupan manusia. “Kemusnahan alam sekitar adalah dipengaruhi oleh kegiatan industri perlancongan”, pernyataan tersebut luas diperkatakan suatu ketika dahulu. Sebaliknya kini industri perlancongan telah dilihat sebagai antara aplikasi yang digunapakai untuk pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Industri perlancongan di Malaysia dipandang serius bermula sekitar 1970an. Langkah pertama oleh Malaysia adalah melalui penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia (TDC) pada Ogos 1972. TDC berperanan dalam kemajuan sektor pelancongan dan rekreasi negara.

Penyediaan sumber alam sekitar adalah dominan sebagai keterusan industri perlancongan. Selain daripada produk perlancongan yang berasaskan barang nyata, barang tidak nyata seperti budaya dan warisan juga menjadi antara produk yang terangkum (Jurry, 2011). Komuniti yang kreatif dan inovatif dengan kerjasama agensi berkaitan dan sokongan kerajaan memungkinkan sesuatu sumber sedia ada mampu dibangunkan sebagai produk perlancongan. Kesedaran komuniti ini menjadi antara pencetus kepada kelestarian penggunaan sumber alam sekitar disamping pengekalan budaya dan warisan setempat.

Menurut Jamaluddin (2009), kini sektor pelancongan negara giat mempertingkatkan keupayaan tenaga kerja dalam sektor ini melalui latihan; pembangunan produk pelancongan seperti mempromosikan Malaysia sebagai destinasi peranginan bukit dan pulau, upacara- upacara bertema dan destinasi membeli-belah. Promosi juga galak dilaksanakan untuk pelancongan sukan dan rekreasi, pelancongan ekologi, pelancongan pertanian dan program tinggal di rumah angkat, pelancongan budaya dan warisan, dan pelancongan pendidikan serta kesihatan (Jamaluddin, 2009). Impak pelancongan data dibahagikan kepada impak positif dan impak negatif. Pelancongan dapat membentu melindungi alam sekitar, menjaga dan memulihara aspek warisan budaya dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Bagaimanapun, pelancongan juga menyumbang kepada impak-impak negative jika dibangunkan tanpa perancangan yang berkesan dan menyeluruh (Mohamad Zaki,2010).

Pembangunan pelancongan sudah semestinya akan memberikan kesan terhadap alam sekitar dan juga penduduk tempatan. Pembangunan pelancongan bukan sahaja mengundang kepada impak negatif malah memberi impak positif. Salah satu impak yang boleh bermafaat kepada komuniti tempatan adalah perubahan taraf sosioekonomi. Sebelum kemujudan pembangunan pelancongan misalnya pelancongan scuba, penduduk tempatan hanya menjalankan aktiviti menangkap ikan dan bercucuk tanam sahaja. Setelah kewujudan sektor pelancongan ramai komuniti tempatan bertukar pekerjaan dengan mencuburi sektor ekonomi yang lebih baik khususnya dalam sektor pelancongan sebagai pekerja di resort, pemandu pelancong, boatman dan dive master (Jabil et.al 2012). Sektor pekerjaan di hotel tidak memerlukan kemahiran dan kelulusan yang tinggi kerana tersedianya latihan sambil bekerja (B.Pirjevic,1989; Lee Kuok Tiung & Siti Suriani Othman, 2010). Menurut Lee Kuok Tiung & Siti Suriani Othman (2010), industri pelancongan turut menyumpang kepada impak positi kerana industri ini adntara industri yang sangat berpotensi sebagai salah satu sumber pendapatan kapada kerajaan negeri dan seterusnya kepada sumber pendapatan negara.

Kaitan antara perlancongan dan alam sekitar adalah signifikan, adalah tidak mustahil pengaruh jenayah juga antara aktor yang terlibat. Sekiranya dilihat kesan pelancongan dari aspek sosial, sampah yang dibuang secara merata- rata yang hanyut ke pantai atau di kawasan lain akan turut mendatangkan impak negatif kepada sektor perlancongan.Jenayah yang dimaksudkan adalah jenayah dalam komuniti yang berkitaran antara dua aktor lain iaitu perlancongan dan alam sekitar iaitu setiap aktor akan mempengaruhi dan dipengaruhi antara satu sama lain. Penakrifan jenayah adalah kesalahan yang dilakukan oleh seseorang atas niat ingin melakukan kesalahan itu yang mengakibatkan kesan kepada manusia, objek dan wilayah dan si pelaku jenayah akan dikenakan tindakan undang- undang atas kesalahan yang dilakukan.

PELANCONGAN

JENAYAH

ALAM SEKITAR

Rajah 1: Kitaran tiga faktor

Jenayah mengganggu kuantiti ketibaan pelancong ke dalam negara selain memberikan imej yang kurang baik terhadap ketenteraman sesuatu destinasi manakala pelancongan membuka peluang kepada pelaku jenayah atas faktor kurang pengetahuan oleh pelancong kepada suasana dan situasi tempat dituju. Alam sekitar pula dipengaruhi oleh jenayah terutamanya aspek sosial dan kualiti alam sekitar. Hal ini melibatkan penghubungan diantara manusia- manusia dan manusia- alam sekitar. Sebagai contoh, pendekatan seperti Determinisme digunakan bagi menjelaskan hubungan antara manusia- alam sekitar iaitu manusia dilihat sebagai superior terhadap alam sekitar.

Manakala hubungan antara alam sekitar dan pelancongan lebih terarah kepada aspek perancangan, pengurusan dan pemantauan. Dalam menggalakkan pembangunan yang lestari dua aspek yang diutamakan adalah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sejajar dengan kemajuan yang hendak dicapai. Penyusunan institusi yang baik memainkan peranan penting kepada ketiga- tiga aspek diatas. Penyusunan institusi merujuk kepada delegasi, pengedaran atau perkongsian kuasa yang berkaitan dengan pertumbuhan pengurusan pembuat keputusan dan pihak berkuasa pelaksana. Dalam kajian kami ini, ianya melibatkan 4 buah zon. Zon 1 melibatkan kawasan Wawasan Plaza dan Api-api Centre, Zon 2 meliputi kawasan Centre Point dan Sinsuran, Zon 3 pula melibatkan kawasan KK Plaza dan Segama. Manakala zon yang terakhir iaitu Zon 4 pula adalah kawasan Pasar besar Kota Kinabalu, Pasar buah-buahan, Pasar Manakala hubungan antara alam sekitar dan pelancongan lebih terarah kepada aspek perancangan, pengurusan dan pemantauan. Dalam menggalakkan pembangunan yang lestari dua aspek yang diutamakan adalah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sejajar dengan kemajuan yang hendak dicapai. Penyusunan institusi yang baik memainkan peranan penting kepada ketiga- tiga aspek diatas. Penyusunan institusi merujuk kepada delegasi, pengedaran atau perkongsian kuasa yang berkaitan dengan pertumbuhan pengurusan pembuat keputusan dan pihak berkuasa pelaksana. Dalam kajian kami ini, ianya melibatkan 4 buah zon. Zon 1 melibatkan kawasan Wawasan Plaza dan Api-api Centre, Zon 2 meliputi kawasan Centre Point dan Sinsuran, Zon 3 pula melibatkan kawasan KK Plaza dan Segama. Manakala zon yang terakhir iaitu Zon 4 pula adalah kawasan Pasar besar Kota Kinabalu, Pasar buah-buahan, Pasar

tersebut mempunyai tumpuan pelancong yang ramai ataupun kurang? Tidak dinafikan bahawa, peningkatan terhadap aktiviti sosioekonomi pelancongan

banyak menimbulkan perlakuan jenayah dan memberi kesan terhadap alam sekitar. Oleh itu, di dalam kawasan kajian kami yang melibatkan empat zon, adakah aktiviti sosioekonomi pelancongan yang dijalankan di keempat-empat zon tersebut menyebabkan berlakunya jenayah sama ada banyak atau sedikit? ataupun tiada langsung? Selain itu, di setiap kawasan mengikut zon tersebut adakah aktiviti sosioekonomi pelancongan yang dijalankan juga memberi impak atau kesan terhadap alam sekitar ataupun sebaliknya?

Oleh yang demikian, jika di keempat-empat zon tersebut berlakunya jenayah akibat daripada aktiviti sosioekonomi pelancongan yang dijalankan, maka apakah langkah-langkah atau cadangan bagi mengurangkan atau meminimakan kadar perlakuan jenayah dikawasan tersebut berdasarkan perspektif masyarakat? Selain itu, jika di kawasan kajian kami yang telah dibahagikan mengikut 4 zon tersebut mempunyai impak atau kesan ke atas alam sekitar akibat daripada aktiviti sosioekonomi pelancongan yang dijalankan, maka apakah cadangan dan langkah yang boleh diambil menurut pandangan masyarakat. Oleh itu, objektif kajian adalah seperti berikut;

1. Mengenalpasti aktiviti sosioekonomi pelancongan di kawasan kajian.

2. Meneliti impak aktiviti sosioekonomi pelancongan terhadap perlakuan jenayah dan alam sekitar di kawasan kajian.

3. Mengenalpasti cadangan dan langkah-langkah dalam mengurangkan perlakuan jenayah dan alam sekitar kesan daripada aktiviti sosioekonomi pelancongan di kawasan kajian.

1.1 SOROTAN LITERATUR

Menurut Badaruddin et.al (2007), pelancongan melibatkan kegiatan yang dilakukan selama individu berada atau tinggal di destinasi tersebut seperti membeli-belah dan berinteraksi dengan masyarakat tempatan serta menggunakan kemudahan yang telah disediakan di kawasan pelancongan bagi mencapai keperluan mereka (Mazdiah, 2012). Manakala menurut Macintosh dan Goeldner (2003), telah mentafsirkan pelancongan ialah “gabungan fenomena dan hubungan-hubungan yang wujud daripada interaksi antara pelancong dengan pelancong lain, menarik dan menerima kedatangan para pelancong ini dan pelawat dengan pelawat yang lain” (Mohamad Zaki, 2010).

Pembangunan pelancongan sudah semestinya akan memberikan kesan terhadap alam sekitar dan juga penduduk tempatan. Pembangunan pelancongan bukan sahaja mengundang kepada impak negatif malah memberi impak positif. Salah satu impak yang boleh bermafaat kepada komuniti tempatan adalah perubahan taraf sosioekonomi. Sebelum kemujudan pembangunan pelancongan misalnya pelancongan scuba, penduduk tempatan hanya menjalankan aktiviti menangkap ikan dan bercucuk tanam sahaja. Setelah kewujudan sektor pelancongan ramai komuniti tempatan bertukar pekerjaan dengan mencuburi sektor ekonomi yang lebih baik khususnya dalam sektor pelancongan sebagai pekerja di resort, pemandu pelancong, boatman dan dive master (Jabil et.al, 2012). Sektor pekerjaan di hotel tidak memerlukan kemahiran dan kelulusan yang tinggi kerana tersedianya latihan sambil bekerja. Industri pelancongan turut menyumpang kepada impak positfi kerana industri ini antara industri yang sangat berpotensi sebagai salah satu sumber pendapatan kapada kerajaan negeri dan seterusnya kepada sumber pendapatan negara (Lee Kuok Tiung dan Siti Suriani Othman, 2010).

Menurut Gan Kong Meng (2007), jenayah secara umumnya adalah bergantung kepada dua set norma yang berkaitan dengan perundangan dan juga kod norma yang wujud dalam sesuatu budaya. Jenayah juga adalah satu masalah moral yang dipandang berat oleh Islam kerana ianya mempunyai kaitan yang rapat dengan ketenangan dan kerukunan hidup masyarakat sejagat (Haron Din, 2003). Manakala menurut Salleh Abas (1998) dalam Gan Kong Meng (2007) pula, jenayah adalah didefinisikan sebagai kesalahan yang dilakukan oleh seseorang dengan niat ingin melakukan sesuatu kesalahan, dan oleh kerana kesalahan yang Menurut Gan Kong Meng (2007), jenayah secara umumnya adalah bergantung kepada dua set norma yang berkaitan dengan perundangan dan juga kod norma yang wujud dalam sesuatu budaya. Jenayah juga adalah satu masalah moral yang dipandang berat oleh Islam kerana ianya mempunyai kaitan yang rapat dengan ketenangan dan kerukunan hidup masyarakat sejagat (Haron Din, 2003). Manakala menurut Salleh Abas (1998) dalam Gan Kong Meng (2007) pula, jenayah adalah didefinisikan sebagai kesalahan yang dilakukan oleh seseorang dengan niat ingin melakukan sesuatu kesalahan, dan oleh kerana kesalahan yang

Menurut Nor-Ina dan Norizan (2007) dalam “Jenayah dan Perbandaran: Satu Kajian di Daerah Timur Laut Pulau Pinang”, menyatakan bahawa pelakuan jenayah adalah imapk yang

ketara meningkat bersama-sama dengan perkembangan bandar. Seperti mana yang dinyatakan oleh Walmsley (1988), yang mana beliau menyatakan bahawa peningkatan masalah jenayah memiliki hubung kait dengan kepesatan perbandaran. Menurut Mays (1968), masalah jenayah adalah kategori kehidupan bandar pada masa kini, manakala Mcllwaine (1999), menyatakan bahawa kadar jenayah meningkat bersama-sama dengan perkembangan pembangunan disebabkan proses perbandaran dan perindustrian (Nor-Ina dan Norizan, 2007).

Bianca et.al, (2012) dalam “The Effect of Tourism on Crime in Italy: A Dynamic Panel Ap proach” yang mana objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kecenderungan kawasan pelancongan mempunyai kadar jenayah yang lebih tinggi berbanding kawasan yang bukan menjadi tumpuan pelancongan dalam jangka masa yang panjang. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah pendekatan Sistem GMM pada tahun 195 sehingga 2003. Selain itu, kajian ini juga turut menggunakan kaedah pemerhatian empirikal sama ada jenayah di Itali dipengaruhi oleh ketibaan pelancong dii kawasan itu. Hasil kajian telah mendapati bahawa berlakunya hubungan positif antara pelancongan dan jenayah di kawasan pelancongan. Penemuan juga mendapati bahawa pelancongan dan jenayah juga berkait dengan perbandaran yang pesat di pusat bandar. suasana bandar yang sesak akan memberi peluang yang tinggi terhadap penjenayah untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Klaus de Albuqerque dan Jerome McElroy (1999), dalam “Tourism and Crime in The Caribbean, Annals of Tourism Research” pelancongan dan jenayah yang sering berlaku di

Caribbean khususnya jenayah keganasan dan juga jenayah harta benda. Berdasarkan analisis data yang diambil pada tahun 1989 hingga 1993 mendapati bahawa corak jenayah yang berlaku adalah tinggi dalam kalangan pelancong. Analisis kajian mendapati bahawa kebanyakan penduduk dan pelancong tempatan telah menjadi mangsa jenayah keganasan, manakala pelancong luar negara pula telah menjadi mangsa jenayah harta benda. Masalah jenayah ini cenderung berlaku di kawasan tumpuan pelancong di Caribbean. Kesimpulannya, kajian ini telah mencadangakan beberapa langkah untuk mengatasi jenayah yang berlaku di kawasan Caribbean khususnya jenayah keganasan dan juga jenayah harta benda. Berdasarkan analisis data yang diambil pada tahun 1989 hingga 1993 mendapati bahawa corak jenayah yang berlaku adalah tinggi dalam kalangan pelancong. Analisis kajian mendapati bahawa kebanyakan penduduk dan pelancong tempatan telah menjadi mangsa jenayah keganasan, manakala pelancong luar negara pula telah menjadi mangsa jenayah harta benda. Masalah jenayah ini cenderung berlaku di kawasan tumpuan pelancong di Caribbean. Kesimpulannya, kajian ini telah mencadangakan beberapa langkah untuk mengatasi jenayah yang berlaku di kawasan

melalui iklan, kempen, media dan juga pendidikan di sekolah. Joseph E. Mbaiwa (2003), dalam “The Socioeconomic and Environmental Impacts of

Tourism Development on The Okavango Delta, North-Western Bostwana” menyatakan Delta Okavango merupakan salah satu daripada kawasan yang terkemuka sebagai kawasan pelancongan di Bostwana khususnya kaya dengan sumber hidupan lair serta mempunyai kawasan pelancongan yang cantik dan indah. Aktiviti pelancongan yang berlaku di Delta Okavango akhirnya telah berkembang maju setelah sekian lama menjadi destinasi pelancongan. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, kajian mendapati bahawa pelbagai kemudahan telah dibangunkan di kawasan tersebut, antaranya ialah hotel, pusat hiburan, lapangan terbang, kedai runcit, aktiviti perniagaan yang besar serta menjual pelbagai barangan. Di samping itu juga, jalan raya juga telah ditar untuk memudahkan para pengunjung sampai ke destinasi pelancongan tersebut. Aktivti pelancongan juga telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar Bostwana. Hasil ananlisis mendapati walaupun sosio-ekonomi pelancongan memberikan positif, namun aktiviti pelancongan turut menimbulkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Contohnya berlaku kemusnahan ekologi, pencemaran bunyi dan pengurusan sisa pepejal yang kurang dipertimbangkan di kawasan Delta. Hal ini terbukti apabila terdapat timbunan sampah sarap seperti beg plastic, kertas dan botol di sepanjang jalan dan di tapak perkhemahan Delta Okavango. Kesimpulannya, kajian telah mengemukakan beberapa cadangan untuk mengatasi masalah alam sekitar yang berlaku iaitu mewujudkan dasar, pelaksanaan dan pemantauan seterusnya melibatkan penyertaan orang awam untuk memastikan kemampanan pelancongan di Delta Okavango.

2.0 METODOLOGI

Kajian terhadap Impak Sosioekonomi Pelancongan Terhadap Perlakuan Jenayah dan Alam Sekitar di Bandar raya Kota Kinabalu, Sabah telah menggariskan beberapa metodologi kajian yang digunakan bagi memenuhi matlamat kajian. Secara keseluruhan, kajian ini melalui lima peringkat utama iaitu kajian awalan, kajian literatur, peringkat pengumpulan maklumat, peringkat analisis dan peringkat cadangan.

Golongan sasaran dalam kajian ini adalah terdiri daripada penduduk Kota Kinabalu yang menjalankan aktiviti perniagaan berkaitan pelancongan di empat buah zon lokasi yang telah dikenalpasti iaitu Zon 1 (Wawasan Plaza dan Api-api Centre), Zon 2 (Centre Point dan Sinsuran), Zon 3 (KK Plaza dan Segama) dan Zon 4 (Pasar besar Kota Kinabalu, Pasar buah- buahan, Pasar ikan, dan Pasar Kraf tangan). Sampel dipilih secara rawak mudah. Sebanyak 40 orang responden diperlukan bagi kajian ini, setiap zon diperuntukkan seramai 10 orang responden.

Gambar 1

kawasan kajian

2.1 Peringkat Kajian Awalan

Peringkat ini melibatkan pemahaman asas untuk tajuk kajian, mengenalpasti isu-isu dan masalah berkaitan bidang yang dikajo, memilih kawasan kes kajian, membentuk tujuan dan objektif kajian, merangka dan merumuskan skop dan menentukan metodologi kajian.

2.1.1 Kajian Literatur

Kajian literature dijalankan adalah untuk member gambaran dan pemahaman asas, bidang dan skop penyelidikan dari sudut teori, emperikal dan praktis bagi memandu peringkat analisis penyelidikan. Perbincangan di peringkat ini dipecahkan kepada tiga komponen utama iaitu:-

1. Literatur berkaitan aktiviti sosioekonomi pelancongan yang terhasil.

2. Berasaskan kajian literatur, mengenalpasti impak aktiviti sosioekonomi pelancongan terhadap pelakuan jenayah dan alam sekitar

3. Literatur berkaitan cadangan dan langkah-langkah yang dicadangkan untuk mengurangkan pelakuan jenayah dan impak kepada alam sekitar hasil daripada aktiviti

sosioekonomi pelancongan. Kajian literatur yang dijalankan hasil daripada pengkajian penyelidik-penyelidik terdahulu,

jurnal, kertas-kertas kerja, dokumen dan sebagainya.

2.2 Peringkat Pengumpulan Maklumat

2.2.1 Pengumpulan Data Sekunder

Pengumpulan data sekunder daripada kajian ke perpustakaan. Kajian ke perpustakaan yang dilakukan adalah untuk mencari maklumat ilmiah berkaitan pelancongan dan perkaitannya terhadap pelakuan jenayah dan alam sekitar melalui buku-buku ilmiah dan jurnal. Kajian pemerhatian turut dilakukan. Pemerhatian terhadap aktiviti sosioekonomi pelancongan di Bandaraya Kota Kinabalu.

Kaedah pengumpulan data diperoleh melalui kajian perpustakaan. Kajian perpustakaan turut dilakukan untuk mendapatkan data sekunder. Data diperoleh daripada rujukan ilmiah seperti jurnal dan internet yang berkaitan dengan isu kajian kami. Selain itu juga, rujukan terhadap kajian lepas turut dijalankan sebagai sokongan terhadap kajian yang kami jalankan. Kajian pemerhatian pula dilakukan dengan memerhati apakah aktiviti sosioekonomi pelancongan di Bandaraya Kota Kinabalu. Pemerhatian ini berfungsi agar pengkaji mengetahui bagaimanakah keadaan sebenar kawasan kajian sebelum melakukan kajian yang sebenar.

2.2.2 Pengumpulan Data Primer

Pengumpulan data primer menggunakan borang soal selidik yang melibatkan responden tertentu khususnya berkaitan dengan maklumat responden seperti jenis perniagaan pelancongan, tempoh perniagaan, persepsi terhadap kesan pelakuan jenayah, impak kepada alam sekitar dan cadangan dalam mengurangkan kesan ini daripada aktiviti sosioekonomi pelancongan.

Borang soal selidik diedarkan kepada peniaga sebagai responden kajian mengikut zon lokasi. Bilangan responden yang terlibat sebanyak 40 orang berdasarkan pembahagian lokasi Borang soal selidik diedarkan kepada peniaga sebagai responden kajian mengikut zon lokasi. Bilangan responden yang terlibat sebanyak 40 orang berdasarkan pembahagian lokasi

2.3 Peringkat Analisis Kajian

Bersesuaian dengan skop dan maklumat yang dikumpulkan, analisis kajian menghasilkan data kuantitatif dalam bentuk statistic diskriptif (frekuensi dan peratusan) dengan menggunakan perisian SPSS ( Statistic Program For Social Science) bagi menganalisis kajian soal-selidik. Analisis data secara kualitatif adalah menggunakan kaedah deskriptif di mana maklumat yang diperoleh tidak dapat dijelaskan secara numeric. Penerangan akan dilakukan terhadap cadangan langkah mengurangkan perlakuan jenayah dan juga pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. Sementara analisis data secara kuantitatif pula menggunakan perisian SPSS untuk membuat analisis terhadap data menerusi borang soal selidik. Analisis SPSS digunakan untuk melihat keseluruhan impak sosioekonomi di kawasan tarikan pelancong serta pembahagian mengikut zon terpilih kajian.

Malah, penggunaan Microsoft Office Excell 2007 turut digunakan bagi mendapatkan rajah jadual statistik data hasil daripada penganalisisan SPSS. Pemaparan rajah graf bar dan carta pie melalui Microsoft Excell dapat membantu dalam menerangkan hasil data yang telah dianalisis secara lebih praktikal dan berkesan. Ini bermakna, pengimbangan penggunaan kedua-dua perisian ini berfungsi dalam menerangkan hasil kajian yang dilakukan.

2.4 Peringkat Cadangan

Cadangan-cadangan dibentuk bagi tujuan meningkatkan lagi sektor pelancongan di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah dalam mengurangkan impak kepada pelakuan jenayah dan alam sekitar. Selaras dengan tujuan kajian, beberapa cadangan penyelesaian diperlukan bagi mengambil kira Cadangan-cadangan dibentuk bagi tujuan meningkatkan lagi sektor pelancongan di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah dalam mengurangkan impak kepada pelakuan jenayah dan alam sekitar. Selaras dengan tujuan kajian, beberapa cadangan penyelesaian diperlukan bagi mengambil kira

2.5 Permasalahan Kajian

Dalam menjalankan kajian ini, terdapat beberapa kekangan yang dihadapi. Antaranya adalah masalah komunikasi. Hal ini kerana, walaupun kebanyakan responden yang terlibat tahu akan berbahasa melayu, namun tahap penggunaan tatabahasa serta cara berkomunikasi dalam bahasa melayu adalah pada tahap yang memuaskan. Ada di antara responden yang kurang fasih akan penggunaan istilah-istilah mudah yang menyukarkan mereka untuk menjawab borang soal selidik. Selain itu, ada juga di antara responden yang tidak ingin bekerjasama kerana mereka boleh dikatakan mempunyai polisis yang berkenaan dengan tidak bergaul atau bercakap perkara yang melibatkan hal ehwal kedai seperti jumlah pendapatan yang diperolehi, dan hanya peniaga atau bos sahaja yang dapat memberikan jawapan tersebut.

Selain itu, masalah dalam kajian ini juga dapat diperlihatkan melalui pengambilan sampel, yang mana ianya hanya menekankan kepada 10 orang responden dalam satu-satu zon. Hal ini kurang efektif dalam pembuktian kerana ianya sekurang-kurangnya 10% dalam sesuatu kawasan untuk diambil sebagai responden. Tambahan pula, masa kajian ini dijalankan adalah pada hari ahad, hari yang ramai pengunjung datang ke gerai mereka menyebabkan mereka sukar untuk memberikan kerjasama.

2.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memberikan kepentingan dari sudut informasi yang mana ianya akan berguna dalam melihat sama ada pembangunan sektor pelancong memberikan impak yang secara langsung kepada sektor jenayah dan juga isu pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. Maklumat yang diperolehi juga boleh menjadi sumber rujukan bagi penyelidik di masa hadapan yang ingin memperluaskan skop kajian ini sendiri.

3.0 ANALISIS DAPATAN KAJIAN

3.1 Latar Belakang Responden.

Bahagian A

Keseluruhan Lokasi

Item Zon 1

Bilanga Peratus

Peratusa Bilang Peratus n

Centre Wawasan

Plaza Centre

Point Sinsuran

KK Plaza

Buah- buahan

Pasar

Kraftang an Pasar

Besar Kota Kinabalu Pasar

Ikan (SAFMA)

an Jumlah

ke atas

Jumlah

Bangsa Bangsa

ra Sarawak Lain-lain

Tahap Pendidikan

Tidak

bersekol ah Sekolah

Rendah Sekolah

Menenga h Diploma

ke atas Jumlah

3.2 Dapatan Objektif Pertama

3.2.1 Faktor Pemilihan Untuk Berniaga

Keseluruhan Faktor

Item Zon 1

Peratusa Bilanga Peratusa

Pemilihan

n (%)

n (%)

n (%)

n (%) n n (%)

Faktor

Kewangan

Faktor

Kekeluargaa n Faktor

Ekonomi Faktor

Perhubungan Lain-lain

Faktor Kewangan 30

20 Faktor Kekeluargaan 10

Faktor Ekonomi 0 Faktor Perhubungan

Lain-lain an

3.2.2 Jumlah Pelancong.

Keseluruhan Jumlah

Item Zon 1

Bilanga Peratusa

Peratusa Bilangan Peratusa

g (sebulan) 0 - 10

atas Jumlah

31 dan ke atas

Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan (%)

3.2.3 Jenis Perniagaan

Keseluruh an Jenis

Item Zon 1

Bilanga Peratus

Bilangan Peratusa

an Jumlah

Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan (%)

Zon 1

Zon 2

Zon 3

Zon 4

3.2.4 Jenis Pelancong

Keseluruhan Jenis

Item Zon 1

Bilanga Peratusa

Peratusa Bilangan Peratusa

g Tempata

n Luar

Negara Kedua-

duanya Jumlah

Luar Negara

) Kedua-duanya g an

3.2.5 Masa Kedatangan Pelancong

Item Zon 1

Keseluruhan Masa

Bilanga Peratusa

Peratusan Bilangan Peratusa

n Cuti

Sekolah Perayaan

lain-lain

Jumlah

Cuti Sekolah Perayaan

20 lain-lain

Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan (%)

3.3 Dapatan Objektif Kedua

3.3.1 Jenayah

3.3.1.1 Pelakuan Jenayah

Keseluruhan Perlakuan

Item Zon 1

Bilanga Peratusa

Peratusan Bilanga Peratusa

Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan (%)

(%) Zon 1

Zon 2

Zon 3

Zon 4

3.3.1.2 Tahap Keselamatan

Keseluruhan Tahap

Item Zon 1

Bilanga Peratusa

Peratusa Bilangan Peratusa

n Sangat

Selamat Selamat

Selamat Tidak

Selamat Jumlah

Sangat Selamat 30

Selamat 20

Kurang Selamat 10

Tidak Selamat

Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan (%)

3.3.1.3 Aktiviti Pelancongan (Kesan kepada Jenayah)

Keseluruhan Aktiviti

Item Zon 1

Bilanga Peratusa

Peratusa Bilangan Peratusa

n (Kesan) kepada Jenayah Ya

Tidak

Jumlah

Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan

3.3.1.4 Kekerapan Berlaku Jenayah

Keseluruhan kekerapa

Item Zon 1

Bilanga Peratusan

Peratusa Bilangan Peratusan

n Berlaku

Jenayah Kerap

kadang Sangat

Jarang Tidak

Pernah Jumlah

Kerap 40 Kadang-kadang 20 Sangat Jarang

Tidak Pernah g an

3.3.1.5 Kekerapan Rondaan Polis

Keseluruhan Kekerapa

Item Zon 1

Bilanga Peratusa

Peratusan Bilanga Peratusa

Rondaan Polis Kerap

kadang Sangat

Jarang Tidak

Pernah Jumlah

Kekerapan pemantauan 20

Kerap

10 Kadang-kadang

Sangat jarang

3.3.2 Alam Sekitar

3.3.2.1 Tahap kebersihan

Keseluruhan Tahap

Item Zon 1

Bilanga Peratusan

Peratusa Bilangan Peratusan

n Sangat

Puas Hati Puas Hati

Puas Hati Jumlah

Sangat Puas Hati 30

Puas Hati 20

Kurang Puas Hati 10

Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan (%)

3.3.2.2 Sosioekonomi Pelancongan Memberi Kesan Kepada Alam Sekitar

Keseluruhan Kesan

Item Zon 1

Bilanga Peratusan

Peratusa Bilangan Peratusan

Alam Sekitar Ya

Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan (%)

(%) Zon 1

Zon 2

Zon 3

Zon 4

3.3.2.3 Jenis Pencemaran

Item Zon 1

Keseluruhan Jenis

Bilanga Peratusa

Peratusa Bilangan Peratusan

n Pencemara

n Udara Pencemara

n Air Sampah-

Sarap Jumlah

Pencemaran Udara 20

Pencemaran Air 10

3.3.2.4 Punca Pencemaran

Keseluruhan Punca

Item Zon 1

Peratusa Bilangan Peratusa

sampah/sisa makanan Kesedaran

masyarakat Lemah

penguatkuasa an DBKK Kurang

Pemantauan

DBKK Jumlah

Pembuangan sampah/sisa 25 makanan 20

15 Kesedaran masyarakat 10

5 Lemah penguatkuasaan DBKK

Kurang Pemantauan DBKK il an

3.3.2.5 Penyediaan Tong Sampah

Keseluruhan Jumlah

Item Zon 1

Bilanga Peratusa

Bilangan Peratusa

Sampa h

ke atas Jumlah

11 dan ke atas

3.3.2.6 Pemantauan Kebersihan

Keseluruhan Pemantaua

Item Zon 1

Bilanga Peratusa

Peratusa Bilangan Peratusan

Kebersihan Ya

Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan

(%) Zon 1

Zon 2

Zon 3

Zon 4

3.3.2.7 Kekerapan Pemantauan

Keseluruhan Kekerapa

Item Zon 1

Bilang Peratus

Peratus Bilangan Peratus

pemantau an Kerap

kadang Sangat

jarang Tidak

Pernah Jumlah

Sangat jarang

Tidak Pernah g an

3.4 Dapatan Objektif Ketiga

3.4.1 Jenayah

Keseluruhan Cadangan

Peratus Bilanga Peratus

Pemantauan/Rond

aan Penyediaan

Kemudahan Kesedaran

Masyarakat Pengurusan

Pemantauan/Rondaan 20

Penyediaan kemudahan 10 Kesedaran Masyarakat

Pengurusan g an

3.4.2 Alam Sekitar

Keseluruhan Cadangan (Alam

Peratus Bilanga Peratus

Pemantauan/Rond

aan Penyediaan

kemudahan Kesedaran

Masyarakat Pengurusan

Jumlah

Pemantauan/Rondaan 20

Penyediaan kemudahan 10 Kesedaran Masyarakat

Pengurusan g an

4.0 RUMUSAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Analisis Responden

Bagi responden yang telah diberikan boring soal selidik, dari jumlah 40 orang responden, 35% adalah lelaki manakala 65% adalah responden wanita. Jumlah responden yang terlibat yang paling ramai adalah dalam lingkungan 40 – 44 tahun serta 20 – 24 tahun, masing-masing menunjukkan sebanyak 18.4% daripada keseluruhan 40 jumlah responden. Sebanyak 32 orang responden yang disoal selidik adalah bumiputera sabah iaitu sebanyak 80% daripada 40 orang responden. Kebanyakan yang disoal selidik adalah lepasan sekolah menengah iaitu sebanyak 70% atau 28 orang responden. Kebanyakan yang disoal selidik adalah peniaga kerana kebanyakan kedai yang dikunjung mempunyai polisis yang mana sebarang temu bual atau boring yang diagihkan haruslah melalui bos atau peniaga itu sendiri. Hal ini dapat dibuktikan iaitu sebanyak 55% daripada jumlah keseluruhan responden yang ditemu bual dan hanya 35% pekerja, selebihnya adalah 4 orang penjaja kecil-kecilan. Bagi melihat impak pelancongan berdasarkan lokasi, ianya menunjukkan bahawa 48.7% adalah berpendapatan dalam lingkungan RM1000 ke bawah, dan hanya sebanyak 23.1% bagi yang berpendapatan melebihi 2001 ke atas.

4.2 Analisis Objektif Pertama

Bagi melihat kepada jenis perniagaan, kesemua zon yang terlibat menunjukkan bahawa perniagaan yang berasaskan barangan seperti kraf tangan, cenderahati dan alatan teknologi mempunyai angka yang paling tinggi kecuali zon 4, secara keseluruhannya adalah sebanyak 66.7%. jika ianya mengikut zon, zon 1 (60%), zon 2 (77.8%), zon 3 (90%) dan zon 4 (40%). Zon 4 hanya melibatkan barangan berasaskan makanan dan minuman yang mendominasi iaitu sebanyak 50%. Hal ini kerana, zon 4 merangkumi empat lokasi yang mana ianya merupakan kawasan bagi penjualan produk makanan kering dan basah seperti sayur-sayuran, buah- buahan dan produk perikanan serta produk tenusu.

Hasil dapatan kami juga menunjukkan bahawa, kebanyakan peniaga yang terlibat memberikan faktor ekonomi sebagai faktor dalam pemilihan kawasan atau lokasi gerai atau perniagaan iaitu sebanyak 41.2%. Faktor ekonomi ini berdasarkan sewa serta julah kedatangan pelancong ke kawasan tersebut. Zon 4 merupakan zon yang mempunyai 43.75% bagi faktor ekonomi. Hal ini kerana, kewujudan lokasi atau pasar dalam zon 4 itu merupakan satu tarikan pelancong khususnya Pasar Kraf Tangan Kota Kinabalu serta Pasar Buah-buahan. Hal ini kerana, kedua-dua lokasi ini memberikan satu identiti atau kenangan kepada para pelancong yang melancong ke Sabah. Namun begitu, min yang tertinggi adalah pada zon 3 iaitu sebanyak 3.6, berbanding zon 4 iaitu hanya sebanyak 2.6. Hal ini kerana, zon 3 mempunyai banyak barisan gerai penjaja di sepanjang laluan. Dan ini memberikan satu panorama yang seakan-akan Tamu Gaya Street. Faktor pemilihan tempat ini memberikan 0.02 sig dalam kajian ini yang mana menunjukkan bahawa pemboleh ubah ini memberikan padanan yang sangat sesuai.

Dalam melihat jumlah pelancong yang datang ke setiap zon, zon 4 mempunyai min yang tertinggi iaitu sebanyak 3.1 berbanding zon yang lain iaitu 2.3 (zon 1), 2.5 (zon 2) dan 2.1 (zon 3). Hal ini kerana, kawasan zon 4 khususnya Pasar kraf Tangan memberikan tarikan yang tinggi kepada pelancong sehinggakan dalam sebulan sebanyak 60% jumlah pelancong yang datang melebihi 30 orang pelancong. Walaupun min keseluruhan jumlah pelancong yang datang adalah sebanyak 2.5 bagi jumlah 31 pelancong ke atas, ianya merupakan jumlah yang tertinggi iaitu sebanyak 32.5% kedatangan dalam sebulan. Namun begitu kesignifikan bagi pemboleh ubah ini hanyalah .30 sahaja.

Waktu kedatangan pelancong yang paling ramai adalah pada waktu cuti sekolah iaitu pada bulan November/Disember iaitu sebanyak 54% secara keseluruhan (min 1.5, sig .20). bagi memperlihatkan mengikut zon, kebanyakan zon memberikan jawapan yang sama iaitu sebanyak 61.5% (zon 2 dan zon 3; min 1.3 dan 1.4) dan 57.1% (zon 4; min 1.4). Hal ini dapat disokong apabila jenis pelancong yang datang ke setiap zon ialah pelancong luar negara dan pelancong tempatan iaitu sebanyak 80% (zon 1; min 2.8), 60% (zon 2; min 2.5), 90% (zon 3; min 2.8) dan 100% (zon 4; min 3); secara keseluruhannya adalah sebanyak 82% (min 2.8, sig 0.39). Disebabkan jumlah pelancong yang ramai adalah melibatkan kedua-dua (Pelancong luar negara dan Pelancong tempatan), sudah semestinya ianya akan menyebabkan pelancongan melonjak naik pada waktu cuti sekolah. Kesemua data yang diperolehi ini adalah berdasarkan premis perniagaan yang baru dibuka iaitu antara 1-5 tahun (69.2%) dan ada jugak yang diperolehi dari kedai yang telah lama beroperasi, yakni melebihi 20 tahun iaitu sebanyak (15.4%).

Kesimpulannya, aktiviti sosioekonomi pelancongan di kawasan kajian adalah dipengauhi dengan faktor kedatangan pelancong serta waktu kedatangan pelancong. Selain itu, faktor kedudukan kawasan juga memberikan perbezaan dari segi kedatangan pelancong walaupun

pelancong yang datang melibatkan pelancong luar negara dan pelancong tempatan.

4.3 Analisis Objektif Kedua

4.3.1 Jenayah

Dalam melihat impak jenayah dalam pelancongan, ianya akan melibatkan beberapa faktor seperti perlakuan jenayah, tahap keselamatan, kesan terhadap perlakuan pelancongan, kekerapan perlakuan jenayah dan kekerapan rondaan polis.

Dalam melihat dari aspek perlakuan jenayah, ianya melibatkan respon dari responden yang melihat sama ada lokasi tersebut pernah berlaku kes jenayah atau tidak. Kesemuanya memberikan jawapan yang menunjukkan bahawa sememangnya perlakuan jenayah berlaku mengikut zon melainkan zon 4 yang mana perlakuan jenayah adalah neutral kerana 50% mengatakan sememangnya berlaku jenayah dan selebihnya mengatakan tidak. Berbanding zon yang lain, ianya menunjukkan bahawa perlakuan jenayah memang berlaku iaitu sebanyak 80% (zon 1; min 1.2), 70% (zon 2; min 1.3), dan 80% (zon 3; min 1.2). namun begitu, bagi Dalam melihat dari aspek perlakuan jenayah, ianya melibatkan respon dari responden yang melihat sama ada lokasi tersebut pernah berlaku kes jenayah atau tidak. Kesemuanya memberikan jawapan yang menunjukkan bahawa sememangnya perlakuan jenayah berlaku mengikut zon melainkan zon 4 yang mana perlakuan jenayah adalah neutral kerana 50% mengatakan sememangnya berlaku jenayah dan selebihnya mengatakan tidak. Berbanding zon yang lain, ianya menunjukkan bahawa perlakuan jenayah memang berlaku iaitu sebanyak 80% (zon 1; min 1.2), 70% (zon 2; min 1.3), dan 80% (zon 3; min 1.2). namun begitu, bagi

Walaupun kes kecurian atau kes penyeluk saku sering berlaku, keseluruhan bagi tahap keselamatan adalah pada tahap yang selamat iaitu 50% (min 2.2). Namun begitu, zon 4 memberikan respon iaitu sebanyak 60% mengatakan bahawa ianya pada tahap yang sangat selamat. Hal ini kerana, kebanyakan kes yang melibatkan kecurian adalah dalam golongan pendatang asing tanpa izin yang sering kali dikaitkan dengan penduduk yang berasal dari Filipina. Secara kebetulan, bagi zon 4 hampir kesemua responden yang disoal selidik adalah dari Filipina namun telah menjadi warganegara Malaysia. Ini juga mungkin menjadi faktor kenapa kawasan zon 4 menjadi lokasi yang sangat selamat bagi para peniaga di kawasan tersebut. Manakala zon yang lain memberikan respon bahawa tahap keselamatan adalah pada tahap yang selamat iaitu sebanyak 60% (zon 1; min 2.4), 60% (zon 2; min 2.2) dan 50% (zon 3; min 2.5). Namun begitu, ada responden yang memberikan jawapan bahawa zon 3 adalah tidak selamat walau dalam jumlah yang kecil iaitu sebanyak 20%, ianya dikaitkan dengan kes ragut yang berlaku walau kekerapan perlakuan jenaya tersebut dalam anggaran 3 kali sebulan.

Bagi melihat kekerapan perlakuan jenayah, ianya memberikan jawapan dalam aspek yang positif, yakni 57.1% mengatakan bahawa perlakuan jenayah tidak pernah berlaku di kawasan zon 1. Hal ini mungkin disebabkan kawasan yang terkawal khususnya kawasan Api- Api Centre (khususnya kawasan perumahan) mempunyai pengawal yang sentiasa bertugas. Namun begitu, sebanyak 75% mengatakan bahawa perlakuan jenayah adalah sangat jarang berlaku di zon 2, zon 3 dan 4 masing-masing adalah 100%. Hal ini mungkin disebabkan ada di sesetengah kawasan yang mana rondaan polis adalah kerap iaitu sebanyak 50% (zon 1 dan zon 3) dan 40% (zon 4). Walaupun begitu, ianya melihat juga kepada aspek demografi yakni kemasukan dan aliran perjalanan penduduk di lokasi kajian. Khususnya di kawasan zon 2 iaitu Sinsuran, walaupun rondaan polis adalah kadang-kadang (60%) iaitu hanya 2-3 kali seminggu, Bagi melihat kekerapan perlakuan jenayah, ianya memberikan jawapan dalam aspek yang positif, yakni 57.1% mengatakan bahawa perlakuan jenayah tidak pernah berlaku di kawasan zon 1. Hal ini mungkin disebabkan kawasan yang terkawal khususnya kawasan Api- Api Centre (khususnya kawasan perumahan) mempunyai pengawal yang sentiasa bertugas. Namun begitu, sebanyak 75% mengatakan bahawa perlakuan jenayah adalah sangat jarang berlaku di zon 2, zon 3 dan 4 masing-masing adalah 100%. Hal ini mungkin disebabkan ada di sesetengah kawasan yang mana rondaan polis adalah kerap iaitu sebanyak 50% (zon 1 dan zon 3) dan 40% (zon 4). Walaupun begitu, ianya melihat juga kepada aspek demografi yakni kemasukan dan aliran perjalanan penduduk di lokasi kajian. Khususnya di kawasan zon 2 iaitu Sinsuran, walaupun rondaan polis adalah kadang-kadang (60%) iaitu hanya 2-3 kali seminggu,

berlaku. Akan tetapi, 80% responden bersetuju bahawa pelancongan tidak memberikan impak

kepada perlakuan jenayah. Yang mana zon 1 (88.9%), zon 2 (90%), zon 3 (62.5%) dan zon 4 (75%) bersetuju bahawa aktiviti pelancongan tidak dipengaruhi dan mempengaruhi perlakuan jenayah di kawasan kajian. Walupun begitu, ada responden yang bersetuju khususnya di kawasan zon 4 (pasar Kraf Tangan) menyatakan bahawa kes kecurian berlaku apabila ada pelancong khususnya dalam kumpulan yang ramai menyebabkan kes kecurian. Namun kes tersebut tidak melibatkan pelancong tetapi indidvidu yang menyamar sebagai pelancong dalam kumpulan pelancong tersebut untuk melakukan perlakuan jenayah.

Kesimpulannya, aktitivit pelancongan tidak memberikan kesan secara langsung kepada perlakuan jenayah dan juga perlakuan jenayah tidak merosotkan aktiviti pelancongan di kawasan kajian. Ianya juga melihat kepada demografi tempat serta jumlah penduduk dalam kawasan kajian yang boleh mempengaruhi perlakuan jenayah serta kestrategikan kawasan tersebut.

4.3.2 Alam Sekitar

Dalam melihat dalam aspek alam sekitar, sudah tentu ianya akan melibatkan pencemaran yang mana dipengaruhi oleh pelancongan. Terdapat beberapa aspek yang dilihat dalam aspek alam sekitar ini seperti tahap kebersihan, aktiviti pelancongan yang memberikan kesan kepada alam sekitar, jenis pencemaran yang berlaku, punca berlakunya pencemaran, jumlah tong sampah serta pemantauan kebersihan di lokasi kajian.

Pertama sekali adalah tahap kebersihan. Walaupun keseluruhan tahap kebersihan di lokasi kajian menunjukkan bahawa 46.2% bersetuju bahawa kebersihan adalah pada tahap yang memuaskan, namun begitu ianya hanya pada zon 1 dan 2 masing-masing sebanyak 66.7% dan 70%. Hal ini kerana, ianya melibatkan kompleks membeli belah yang mempunyai sistem pembersihan yang tersendiri. Berbanding di zon 3 dan 4 ianya menunjukkan bahawa tahap kebersihan adalah pada tahap yang mengecewakan iaitu sebanyak 70% dan 50%. Hal ini Pertama sekali adalah tahap kebersihan. Walaupun keseluruhan tahap kebersihan di lokasi kajian menunjukkan bahawa 46.2% bersetuju bahawa kebersihan adalah pada tahap yang memuaskan, namun begitu ianya hanya pada zon 1 dan 2 masing-masing sebanyak 66.7% dan 70%. Hal ini kerana, ianya melibatkan kompleks membeli belah yang mempunyai sistem pembersihan yang tersendiri. Berbanding di zon 3 dan 4 ianya menunjukkan bahawa tahap kebersihan adalah pada tahap yang mengecewakan iaitu sebanyak 70% dan 50%. Hal ini

Walaupun ianya sedemikian rupa, 67.6% bersetuju bahawa aktiviti pelancongan tidak memberikan kesan yang signifikan dalam isu kebersihan di kawasan kajian, masing-masing menunjukkan 77.8% (zon 1), 70% (zon 2 dan 3) dan 50% (zon 4). Ini kerana, kebanyakan responden memberikan jawapan bahawa pencemaran yang berlaku adalah disebabkan oleh penduduk tempatan khususnya masyarakat setempat yang menyebabkan kawasan tersebut tercemar. Ini dapat dilihat dalam jenis pencemaran, 51.2% menunjukkan bahawa isu sampah- sarap menjadi isu utama dalam pengenalpastian jenis pencemaran yang berlaku. Khususnya di kawasan zon 3 dan 4 (80% dan 60%). Bagi zon 1 dan 2, pencemaran udara menjadi faktor utama iaitu sebanyak 54.5% dan 70%. Hal ini mungkin disebabkan kerana kawasan Api-Api serta kawasan Sinsuran yang terbuka dan dekat dengan jalan raya utama di Bandaraya Kota Kinabalu yang menyebabkan pencemaran udara isu utama berbanding zon yang lain. Ini juga disebabkan sistem pembersihan tersendiri yang menyebabkan isu pencemaran berkaitan sampah adalah dalam jumlah yang minimum.

Hal ini disokong kuat apabila sebanyak 35.6% (min 1.8) yang melibatkan masyarakat itu sendiri yang bertanggungjawab dalam pencemaran yang berlaku. Zon 1 menunjukkan sebanyak 42.9%, zon 2 sebanyak 29.4%, zon 3 sebanyak 42.2% dan 30.4% di zon 4. Ini menunjukkan bahawa masyarakat setempat yang seharusnya bertanggungjawab dalam pencemaran yang berlaku khususnya yang melibatkan sampah sarap. Namun begitu, ianya juga melibatkan faktor yang lain seperti penyediaan tong sampah. Walaupun secara keseluruhan sebanyak 71.1% menyatakan bahawa tong sampah memang disediakan, namun jumlah yang sedia ada hanyalah dalam jumlah yang mínimum iaitu 1 – 5 tong sampah iaitu sebanyak 58.3%. ada di antara responden yang menyatakan bahawa, tong sampah yang disediakan dahulu telah dicabut oleh pihak berkuasa khususnya di kawasan zon 3 (Segama). Hal ini menunjukkan bahawa penyediaan tong sampah kecil adalah sangat mengecewakan. Kebanyakan tong sampah besar yang sedia ada tidak mencukupi, tambahan pula ianya hanya untuk peniaga berhampiran namun bukan kepada pengunjung.

Yang menghairankan lagi, apabila isu pencemaran yang melibatkan sampah sarap ini sering kali kedengaran, pemantauan juga ada dilakukan yang mana ianya menunjukkan Yang menghairankan lagi, apabila isu pencemaran yang melibatkan sampah sarap ini sering kali kedengaran, pemantauan juga ada dilakukan yang mana ianya menunjukkan

3 kali sebulan yang diwakili sebanyak 39.5%. mungkin juga ianya disebabkan kedudukan tempat tersebut, sebagai contoh kawasan di zon 4, kekerapan pemantauan kebersihan adalah kerap iaitu sebanyak 50% kerana kawasan tersebut adalah kawasan pasar dan harus ditinjau, berbanding di zon 1 dan 2 (20% dan 30%) yang mana ianya mempunyai pekerja kebersihan tersendiri. Namun begitu, di kawasan zon 3 menyatakan bahawa pemantauan kebersihan adalah sangat jarang (37.5%) kerana ada responden yang menyatakan bahawa tong sampah tidak dibersihkan pada hari ahad, dan juga ada responden yang menyatakan bahawa pekerja kebersihan mempunyai sifat malas dalam perlaksanaan pekerjaannya.

Kesimpulannya, dalam melihat aspek alam sekitar, ianya menunjukkan bahawa aktiviti pelancongan tidak memberikan kesan yang signifikan dalam isu pencemaran alam sekitar. Namun ianya mempunyai faktor yang lain seperti kekerapan pemantauan serta kesedaran

masyarakat dalam menjaga kebersihan itu sendiri.

4.4 Analisis Objektif Ketiga

Terdapat empat komponen yang menjadi pengkategorian dalam melihat cadanga mengurangkan jenayah iaitu Pemantauan/Rondaan, Penyediaan Kemudahan, Kesedaran Masyarakat dan Pengurusan. Keempat-empat komponen ini mempunyai pencirian yang berbeza. Pemantauan/Rondaan ini melibatkan tindakan dari pihak berkuasa seperti Polis dan DBKK dalam mengambil tindakan. Penyediaan kemudahan pula adalah melibatkan dari aspek utiliti yang boleh digunakan dan menolong penduduk setempat, Kesedaran Masyarakat pula adalah sifat kesedaran dan kepekaan terhadap sesuatu isu dan Pengurusan adalah sama seperti Pemantauan/Rondaan namun ianya hanya akan melibatkan institusi yang lebih kecil seperti pihak pengurusan kompleks tersebut khususnya.

4.4.1 Jenayah