QUDWAH HASANAH DAN PEMBENTUKAN AKHLAK
QUDWAH HASANAH DAN PEMBENTUKAN AKHLAK
PENGENALAN
Akhlak yang baik akan mengangkat manusia ke darjat yang tinggi dan mulia. Akhlak yang buruk
akan membinasakan seseorang insan dan juga akan membinasakan ummat manusia. Manusia
yang mempunyai akhlak yang buruk suka melakukan sesuatu yang merugikan orang lain, suka
melakukan kekacauan, suka melakukan perbuatan yang tercela yang akan membinasakan diri
dan masyarakat seluruhnya. Manusia yang tidak mempunyai akhlak, mereka sanggup melakukan
apa sahaja untuk kepentingan dirinya. Mereka sanggup berbohong, membuat fitnah, menjual
maruah diri dan keluarga, malah dengan tidak segan silu mereka akan menjual agama dan
negaranya.( Al-Attas.H,(2011)
Masalah keruntuhan akhlak yang berlaku dalam kalangan masyarakat dewasa ini
semakin membimbangkan dan memerlukan satu penyelesaian yang menyeluruh daripada semua
pihak. Menurut Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin (1988) penerapan nilai-nilai murni menjadi
tajuk utama dalam sistem pendidikan khususnya bagi menyediakan anak bangsa yang
mempunyai ketahanan diri yang teguh. Akhlak merupakan sifat semulajadi yang lahir dalam diri
manusia dicorakkan melalui didikan yang dilalui oleh sesorang daripada peringkat rendah
mahupun sekolah menengah. Tingkah laku pelajar di dalam dan diluar kelas adalah
melambangkan keunggulan mereka sebagai seorang guru yang mudah diterima baik oleh muridmurid (Hussain & Ashraf,1989).
Guru adalah individu yang boleh mempengaruhi pelajar selain didikan awal mereka
dirumah. Halstead (1995) menyatakan bahawa guru amat disanjungi dan diberi harapan kerana
mereka mempunyai ilmu, tetapi juga mempunyai personaliti dan tanggungjawb dan
menunjukkan contoh yang baik kepada murid yang akan menyebabkan murid mengikuti mereka
tanpa ragu-ragu. Untuk memikul tanggungjawab yang berat ini,guru mestilah berperanan sebagai
ibu bpa kedua di sekolah (Abidin Ibn Rush,1998) dengan menunjukkan akhlak yang yang baik
dan mampu memberi tauladan yang baik kepad setiap pelajar. Masa pelajar yang banyak di
sekolah menyebabkan guru orang yang berpengaruh kepada pelajar (Ab.Halim Tamuri,2011).
KONSEP
Konsep Qudwatul Hasanah bermaksud contoh teladan yang baik iaitu sesuatu yang boleh
dicontohi oleh orang lain. Qudwah ialah keadaan yang boleh diikut oleh orang lain sama ada
baik atau buruk. Hasanah bermaksud contoh yang baik dan sunnah yang bagus (Muhammad
Hajir 2012). Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah tauladan yang terbaik untuk seseorang
Muslim. Peribadi yang ada pada Rasulullah SAW menjadi ikutan kepada para sahabat dan
pengikutnya dalam segala aspek kehidupan. Firman Allah SWT yang bermaksud :
“ Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan
yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan
balasan baik pada hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah
banyak-banyak dalam masa susah atau senang. “
( Surah Al-Ahzab 33 : 21 )
Ayat ini menjelaskan bahawa Rasulullah SAW merupakan contoh yang terbaik yang perlu
diikuti oleh seseorang Muslim yang mengharapkan keredhaan Allah. Rasulullah SAW
merupakan sebaik-baik ikutan atau role model dalam kehidupan khususnya kepada pendidik.
Pendidik yang menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikutan dalam aspek tingkah laku,
komunikasi, kepemimpinan, pengurusan dan sebagainya dapat membantu dalam proses
membentuk akhlak murid.
Masyarakat dan ibu bapa mutakhir ini banyak menyerahkan tugas mendidik anak kepada
guru dan institusi sekolah (Ab. Halim & Mohamad Khairul Azman, 2010). Hal ini kerana, faktor
ibu bapa yang sibuk dengan tugasan harian di rumah atau di tempat kerja sehingga
perkembangan diri anak tersebut dan proses didikan yang sepatutnya bermula dari rumah terabai.
Kesan daripada ini, peranan guru dalam mendidik dan membimbing anak murid dalam
melahirkan individu yang berakhlak mulia semakin mencabar kerana guru kini tidak hanya
sekadar menyampaikan ilmu di dalam kelas sahaja.
Hakikatnya, suatu pendidikan itu bermula dari bumbung rumah sesebuah keluarga dan
Ibu bapa adalah guru pertama bagi setiap anak. Orang yg pertama sekali mencorak dan
membangun modal insan itu adalah tugasan wajib bagi setiap ibubapa. Segala yang ditunjukkan
dan diaplikasi dalam kehidupan harian ibu bapa akan menjadi lantai asas kepada pembentukan
peribadi dan akhlak seseorang anak. Maka, tidak boleh tidak ibu bapa haruslah berusaha dan
berupaya menjadi Qudwah Hasanah sejak anak itu dilahirkan. Seterusnya apabila semakin
meningkat dewasa, anak-anak akan mengembangkan lagi pertumbuhan akhlak yang telah
diamalkan dan diaplikasi sejak dari kecil di samping keboleh upayaan mereka menangkis
cabaran-cabaran luar yang sentiasa mengganggu gugat pertumbuhan akhlak tersebut. Oleh itu,
jika lantai asas akhlak itu kukuh maka mereka akan berjaya mengekalkan akhlak baik tersebut
walau sederas mana cabaran akhlak terutama sekali cabaran pengaruh rakan sebaya dan
persekitaran.
Guru adalah Ibu bapa kedua bagi setiap anak dan sekolah adalah rumah kedua bagi
mereka setelah melangkah ke alam persekolahan. Maka, mekanisme kedua terpenting dalam
pembentukan akhlak seorang manusia adalah guru. Menurut teori Albert Bandura, guru
berperanan sebagai model atau contoh kepada anak muridnya (Qumruin Nurul Laila, 2015).
Sebagai model, apa sahaja tingkah laku atau perbuatan yang ditunjukkan oleh guru akan menjadi
ikutan murid sama ada tingkah laku positif mahupun tingkah laku negatif. Seharusnya guru perlu
sentiasa menunjukkan sikap dan tingkah laku yang baik sama ada di dalam mahupun di luar
kelas. Hal ini kerana, tingkah laku yang ditunjukkan oleh guru itu akan ditiru oleh murid, jika
perlakuan yang baik ditiru maka hasilnya terbentuklah akhlak yang baik dan begitu juga
sebaliknya. Maka, peranan guru dalam menunjukkan segala gerak geri, tingkah laku dan
perwatakan yang baik amat penting untuk ditiru oleh diri murid seterusnya menjadi amalan
dalam kehidupan mereka.
Guru yang baik dan menunjukkan sifat mesra akan disenangi oleh anak muridnya. Hal ini
kerana, guru yang mudah mesra dengan murid akan dapat memenangi hati murid seterusnya
menjadikan guru itu disayangi dan disenangi (Mohd Khairuddin, 2014). Apabila seseorang guru
itu disenangi peribadinya, maka segala tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan akan mudah diterima.
Maka, secara tidak langsung kejayaan dalam membentuk akhlak murid akan mampu dicapai
dengan jayanya.
Melahirkan individu yang mempunyai nilai-nilai murni adalah selaras dengan matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Norazri (2015), mengatakan bahawa guru perlu menyemai nilai-nilai murni dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah bagi meningkatkan akhlak murid. Guru yang gagal
mempraktikkan nilai murni dalam pengajarannya selaras dengan nilai-nilai masayarakat secara
tidak langsung akan merendahkan martabat profesion keguruan itu.
KEPENTINGAN
Qudwatul Hasanah mampu mengatasi cabaran guru dalam pembentukan akhlak pelajar
(Siti Rashidah et.al 2016). Dalam proses PdPc guru berpeluang mengaitkan kandungan
pengajaran dengan akhlak yang mulia yang boleh dicontohi oleh pelajar dalam kehidupan
seharian. Kaedah yang boleh dilakukan oleh guru adalah dengan melakukan perbincangan dan
penerangan yang mudah diikuti oleh pelajar. Pengamalan konsep Qudwatul Hasanah oleh guru
akan memudahkan pelajar meniru akhlak guru. Guru menunjukkan teladan dan pelajar akan
meniru sikap guru berdasarkan apa yang dilihat. Di samping itu, guru mampu menyingkirkan
akhlak buruk dengan sering menegur dan memberi nasihat. Kaedah menegur dan memberi
nasihat perlulah secara berhikmah iaitu secara lemah lembut, baik dan secara umum atau
peribadi.
Selain itu, konsep Qudwatul Hasanah mampu mengurangkan masalah tingkah laku
delinkuen dalam kalangan pelajar (Mohd Khairuddin et al. 2014). Ini kerana seorang guru yang
menjadi contoh ikutan pelajar mempunyai sikap yang positif dan baik. Komunikasi antara guru
dan pelajar juga berada dalam tahap yang cemerlang. Tingkah laku delinkuen dalam kalangan
pelajar terjadi disebabkan halangan keberkesanan komunikasi guru dalam bilik darjah. Guru
yang bersikap negatif seperti tidak masuk kelas, membosankan dan mudah marah menyumbang
kepada tingkah laku delinkuen pelajar. Oleh itu, guru perlu berkomunikasi dengan berkesan bagi
memastikan wujud perubahan tingkah laku positif ke atas pelajar.
Pendidikan bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang berkualiti. Konsep
Qudwatul Hasanah sangat relevan untuk meningkatkan akhlak murid dalam melahirkan modal
insan positif dan mengamalkan nilai-nilai murni (Haryati et al. 2009). Modal insan yang ingin
dihasilkan perlu dilengkapi dengan nilai-nilai murni dan sikap optimistik kerana kemajuan dan
pembangunan material semata-mata gagal melahirkan generasi yang seimbang untuk mencapai
kualiti hidup dan kegemilangan tamadun manusia. Pendidikan perlu bersifat sepadu serta
berpaksikan tauhid dan berlandaskan falsafah serta nilai Islam. Pendidikan akhlak yang
berteraskan konsep Islam yang syumul yang terkandung dalam konsep Qudwatul Hasanah amat
sesuai dan membantu dalam merealisasikan matlamat ini.
CADANGAN
Konsep qudwatul Hasanah ini boleh dijadikan sebagai metod terbaik dalam pembentukan akhlak.
Rasulullah SAW merupakan contoh qudwatul hasanah yang terbaik untuk dicontohi. Hisyam bin
Amir pernah bertanya kepada Aisyah RA mengenai akhlak Rasaulullah SAW. Aisyah RA
menjawab, “ Akhlak nabi Muhammad SAW adalah al- quran.” ( HR Muslim). Sungguhpun
jawapan Aisyah itu singkat tapi ia penuh bermakna. Aisyah menyifatkan Rasulullah SAW dengan
satu sifat yang boleh mewakili seluruh sifat yang ada. Firman Allah :
Maksud ayat:
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang
sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa.
Konsep Qudwatul Hasanah juga boleh digunakan dalam membina modul dalam kurikulum dan
diperluaskan di sekolah dalam pengajaran dan pemudahcaraan (pdpc). Menurut imam AlGhazali jiwa anak-anak yang bersih jika diajar dengan kebaikan mereka akan menerima
kebaikan begitu juga sebaliknya. ( Hamid Reza 2017: Mahmood &Fatemeh 2012). Guru
berpeluang untuk mendidik anak-anak dengan akhlak yang baik kerana masa keberadaan guru
bersama murid adalah adalah panjang. Guru juga sangat sesuai untuk menjadi role model dalam
menjalani kehidupan seharian. Contohnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas guru berpakaian menutup aurat menepati garis panduan yang telah ditetapkan oleh syariat,
guru perlu menjaga tutur kata di dalam bilik darjah supaya tidak mengeluarkan perkataan yang
kurang sopan, guru juga perlu menjaga akhlak antara bukan muhram, ini kerana semua murid
berlainan jantina merupakan ‘ajnabi’atau bukan muhram dengan mereka. Ini bertepatan dengan
kajian Nurul Hudani, Marof dan Noor Hisham (2013) bahawa kecerdasan emosi guru yang
positif melahirkan akhlak dan tingkah laku yang baik.
Konsep qudwatul hasanah juga boleh dimasukan sebagai eleman penilaian keberhasilah guru
yang dilaksanakan dua kali setahun. Di antara Pekara yang boleh dinilai dalam keberhasilan
tersebut ialah tingkahlaku guru semasa melaksana proses pengajaran dan pembelajaran,
contohnya tidak mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan sewaktu mengajar, menegur murid
dengan cara yang berhemah dikala murid melakukan kesilapan dan sebagainya. Manakala dalam
etika berpakaian pula guru mesti berpakaian kemas dan menepati cara etika berpakian semasa
bekerja seperti mana yang telah ditetapkan, guru juga mesti menepati masa. Sebaik sahaja loceng
berbunyi guru perlu memulakan kelas seperti mana yang telah dijadualkan. Menurut pendapat
Ab. Halim, Mohd Izham dan Masribanun (2007) bahawa ciri guru yang muaddid ialah menepati
masa. Kesungguhan guru dalam menyampaikan ilmu juga perlu diambil kira. Terdapat guru yang
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran seperti ‘melepaskan batuk di tangga.’ Sikap
ini perlu dikikis supaya guru dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
lebih berkesan dan sempurna.
RUMUSAN
Analisis daripada lima jurnal mendapati masalah akhlak di kalangan pelajar pada zaman ini
semakin keruncing. Mereka kehilangan contoh role model untuk dicontohi, Konsep Qudwatul
hasanah dari guru dan ibu bapa memberi banyak impak penting kepada pembentukan akhlak
pelajar. Pendekatan Akhlak Islamiah yang diamalkan oleh guru di dalam bilik darjah merupakan
satu perkara penting untuk pelajar-pelajar melihat dan mengambilnya sebagai contoh tauladan
seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Proses pembentukan akhlak pelajar ini
memerlukan bimbingan dan panduan dengan pendekatan penuh kasih sayang, simpati, ikhlas dan
mencegah kesilapan dengan berilmu dan berhikmah. Kesemua pendekat ini perlu diamalkan oleh
guru sewaktu mengajar di sekolah.
Konsep Qudwatul Hasanah ini juga akan membentuk pelajar yang berakhlak mulia dapat
melahirkan generasi yang berkualiti untuk memimpin negara pada masa hadapan. Jika kita mahu
melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda - pemudinya pada hari ini. Pemudapemudi inilah yang akan meneraju dan akan mencorak negara pada masa akan datang.
Di samping itu juga semua pihak perlulah memainkan peranan bagi memastikan agenda
pembentukan akhlak ini dapat direalisasikan dengan jayanya pada masa akan datang. Contohnya
ibu bapa tidak mengabaikan pendidikan anak-anak dirumah. Guru-guru tidak mengabaikan
tanggunjawabnya mendidik anak bangsa di bangku sekolah. Manakala bagi masyarakat
sekeliling perlulah bersama-sama membentuk generasi ini agar tidak rosak ditelan zaman..
Mereka yang terlibat dalam proses pembinaan akhlak perlu mempunyai kesabaran, iltizam dan
istiqamah pada tahap yang maksima. Jikalau tidak ada kesabaran, iltizam dan istiqamah yang
tinggi impian hanya akan tinggal harapan. Apa yang diusahakan tidak akan menjadi kenyataan.
Proses pembentukan yang berterusan atau proses sepanjang hayat perlu seimbang antara
pembangunan fizikal dan sosial. Sesuai dengan falsafah pendidikan negara yang menuntut
keseimbangan dari segi jasmani emosi dan intelaktual (JERI). Diharapkan analisis ini akan dapat
memberi manfaat semua khususnya golongan warga pendidik dan ibu bapa agar sentiasa
mengamalkan konsep Qudwatul Hasanah dalam kehidupan seharian.
RUJUKAN
Ab. Halim Tamuri & Mohamad Khairul Azman Ajuhary. 2010. Amalan Pengajaran Guru
Pendidikan Islam Berkesan Berteraskan Konsep Mu’allim. Journal of Islamic and
Arabic Education 2(1): 43-56.
Haryati Shafie, Sharifah Meryam Shareh Musa & Zakila Abdul Rahman. 2009. Pembangunan
Modal Insan Ke Arah Meningkatkan Kualiti Hidup Masyarakat. International
Conference on Human Capital Development.
Mohd Khairuddin Abdullah, Khalid Hj Johari, Ag Yusof Ag Chuchu & Halimah Laji. 2014.
Komunikasi Guru Dalam Bilik Darjah dan Tingkah Laku Delinkuen Murid Sekolah
Menengah. Jurnal Pemikir Pendidikan 5: 59-77.

Muhammad Hajir Nonci. 2012. Penerapan Uswatun Hasanah Terhadap Pembinaan Anak.
Sulesana 6(1): 67-83.
Norazri Mohd Zaidin (2015). Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran Ke Arah Pembentukan Sahsiah Pelajar Di Kolej Kemahiran Tinggi Mara.
Tesis Sarjana: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Nurul Asiah Fasehah Muhamad, Mohd Isa Hamzah, Ab. Halim Tamuri. 2014. Kesan
Kepercayaan Epistemologi Islam Terhadap Pembentukan Konsep Kendiri Guru
Pendidikan Islam. Journal of Islamic and Arabic Education 5(2): 15-24.
Qumruin Nurul Laila. 2015. Pemikiran Pendidikan Moral Albert Bandura. MODELING : Jurnal
Program Studi PGMI 3: 22-36.
Siti Rashidah binti Abdul Razak, Haslina binti Hamzah & Zetty Nurzuliana binti Rashed. 2016.
Jurnal of Social Science and Humanities UKM.