Hubungan Antara Kebimbangan Keselamatan. pdf

Hubungan Antara Kebimbangan Keselamatan
Maklumat, Kerahsiaan Peribadi, Kepercayaan,
Kebiasaan dan Pengetahuan Terhadap Hasrat
Pengguna Untuk Melakukan Transaksi Secara
Online Banking
Abd Rahman Yaacob, Majdi@ Abd Hadi Ishak, Rashdan Rashid
Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,02600 Arau, Perlis
dalini08@yahoo.com

Abstrak

Pengguna pada hari ini berasa ragu serta bimbang untuk melakukan transaksi
secara online banking kerana berpendapat keselamatan maklumat tidak terjamin,
berlakunya kebocoran kerahsiaan peribadi serta tidak mempercayai ketelusan firma
online banking dalam melaksanakan transaksi. Tujuan utama kajian ini ialah
mengenalpasti sama ada wujudnya hubungan antara kebimbangan keselamatan
maklumat, kerahsiaan peribadi, kepercayaan, kebiasaan penggunaan dan
pengetahuan dengan hasrat pengguna untuk melakukakan transaksi secara Online
Banking. Kajian dilakukan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Rekabentuk
kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan borang soal selidik.
Kajian ini menggunakan persampelan rawak mudah melibatkan 100 orang

pensyarah daripada lapan Jabatan di PTSS. Ujian yang digunakan ialah korelasi
Pearson. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan antara kebimbangan
keselamatan maklumat ( r=- -0.212 ), kerahsiaan peribadi ( r=0.218) kepercayaan
(r=0.422 ), kebiasaan penggunaan (r=0.484 ) dan pengetahuan ( r=0.422 ) dengan
hasrat pengguna untuk melakukan transaksi secara Online Banking. Kesimpulannya
ialah, pengguna yang biasa dengan penggunaan dan mempunyai pengetahuan akan
melakukan transaksi. Selain itu, pengguna juga amat bimbang maklumat mereka
disalahguna, dicuri dan dijual. Pengguna mahu segala penggunaan maklumat
peribadi merekamestilah mendapat kebenaran terlebih dahulu, polisi kerahsiaan
peribadi yang jelas dan tidak mahu maklumat peribadi mereka didedahkan kepada
orang ramai. Seterusnya, pengguna kurang setuju bahawa firma online banking
telus dalam melaksanakan transaksi, menjalankan polisi keselamatan yang ketat dan
mengutamakan pelanggan.
Kata kunci: Keselamatan Maklumat, Kerahsian Peribadi, Kepercayaan, Kebiasaan.

1.1

Pengenalan

Industri teknologi maklumat telah berkembang dalam masa yang singkat dan

mampu mengubah gaya hidup khususnya dalam urusan perniagaan. Pada masa
dahulu, perniagaan lebih banyak melibatkan transaksi secara bersemuka di antara
peniaga dengan pelanggan, kini perniagaan boleh dijalankan secara maya dengan
menggunakan teknologi Internet.
Aktiviti perdagangan melalui Internet atau lebih dikenali sebagai Perdagangan
Elektronik (E-dagang) dapat mengatasi jurang masa, kos, tempat serta membantu
peniaga untuk meluaskan lagi jangkauan pasaran mereka. E-dagang juga
menggalakkan komunikasi secara terbuka dan persekitaran interaktif maya, yang
membolehkan peniaga dan pelanggan dapat bertukar-tukar maklumat dan produk,
tidak kira di mana mereka berada. Ia disebut-sebut sebagai aliran perniagaan yang
mempunyai potensi besar pada masa hadapan dan menguntungkan (Handoko, 2011).
Ia juga dapat meningkatkan komunikasi di kalangan rakan kongsi dalam
membentuk satu rantaian nilai dan menawarkan model perniagaan yang bersepadu
serta membolehkan syarikat bertindak balas dan fleksibel terhadap pasaran dan
keperluan pengguna yang berubah-ubah.
E-dagang merangkumi pelbagai bidang, bermula daripada penyediaan servis,
penjualan produk hinggalah sektor pendidikan. E-dagang bukanlah perkara baru
dalam dunia perniagaan hari ini. Perkembangan yang pesat dalam E-dagang turut
mewujudkan perbankan menerusi talian ataupun Online Banking . Online Banking
telah mulai diperkenalkan secara sahnya pada tahun 2000 di negara kita. Jika dekad

yang lepas adalah dekad Internet, maka tidak menghairankan jika dekad serta
permulaan alaf ini adalah dekad Online Banking . Jadi boleh dikatakan
bahawa penggunaan Online Banking akibat daripada perkembangan Internet akan
memanfaatkan kita dan membuka jendela pasaran sedunia (Sugathi, Balachander &
Balachandran 2000). Sebenarnya online banking banyak memudahkan pengguna pada
hari ini untuk melakukan transaksi harian tanpa perlu beratur untuk membayar bil-bil
tertentu seperti bil air, elektrik, Astro, cukai pintu, ansuran kereta dan sebagainya.
Ini semua boleh dilakukan dalam satu masa melalui pembayaran secara
(Online Banking) menggunakan kad kredit atau melalui arahan potongan gaji. Ianya
suatu kelebihan dan faedah kepada pengguna dalam menjimatkan masa, kos dan
tenaga. Namun, di sebalik kelebihan tersebut terselit juga keburukan dan halangan
yang membantutkan perniagaan E-dagang ini.
Ini disebabkan dalam masa yang sama, timbul pelbagai keraguan,
kebimbangan dan ketidakpercayaan oleh pengguna khususnya dalam melakukan
transaksi secara E-dagang. Keraguan dan kebimbangan ini wujud kerana, E-dagang
mempunyai sifat yang berbeza daripada perniagaan tradisional. Perniagaan E-dagang
secara umumnya tidak dapat dilihat secara mata kasar atau fizikal, lokasi asalnya tidak
diketahui, pemiliknya pula tidak pernah ditemui, produk dan servisnya juga tidak
dapat disentuh, dilihat dan dirasai. Oleh itu perniagaan ini mempunyai cabaran yang
besar untuk meyakinkan pengguna. Berdasarkan sifat-sifat inilah yang menyebabkan

pengguna mempunyai perasaan ragu, bimbang dan tidak mempercayai perniagaan E-

dagang (Pauline,1998). Selain itu, terdapat dua faktor lagi yang dikaji ialah kebiasaan
menggunakan online banking dan juga pengetahuan.
Oleh itu, kajian ini akan melihat kepada kebimbangan keselamatan maklumat,
kerahsiaan peribadi, kepercayaan kebiasaan dan pengetahuan sama ada ianya benarbenar mempunyai hubungan dengan hasrat pengguna untuk melakukan transaksi
secara E-dagang. Selain itu, faktor kebiasaan dan pengetahuan juga dikaji sama ada
faktor ini akan menguatkan lagi hubungan dengan hasrat pengguna untuk melakukan
transaksi secara Online Banking disebalik faktor keselamatan yang lain. Justeru, kita
akan menyusur ke latar belakang masalah bagi memahami kelima-lima faktor tersebut.

1.2

Latar belakang Masalah

Gray (1999) menyatakan antara isu yang menjadi perhatian pengguna dalam
perkembangan Online banking ialah kebimbangan keselamatan maklumat. Rose, et
al. (1999) telah mengenal pasti enam kategori kelemahan teknologi dan mencacatkan
perkembangan Online banking, antaranya perlengahan masa muat turun, limitasi
antara muka, masalah pencarian, aplikasi web yang terhad, keselamatan dan

kekurangan piawaian Internet. Kesemua kelemahan ini akan menyebabkan maklumat
pengguna terdedah kepada bahaya.
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Business Week (2000), sebanyak 61
peratus responden menyatakan bahawa mereka akan melakukan transaksi di Internet
jika segala kerahsiaan peribadi mereka dapat dilindungi. Lardner (1999) menyatakan
40 peratus pengguna merasakan kerahsiaan peribadi mereka terdedah kepada bahaya,
lagi 45 peratus merasakan undang-undang yang sedia ada untuk melindungi transaksi
pada masa kini masih lagi tidak mencukupi.
Selain itu, isu kepercayaan juga menjadi perkara penting yang akan
mendorong pengguna untuk melakukan transaksi di Internet (Schurr dan Ozanne,
1985) dan dibuktikan oleh kajian (Fung dan Lee, 1999). Malah Hoffman, et al. (1999)
juga menegaskan bahawa kebanyakan pengguna tidak mempercayai pemasar Internet
untuk menjalinkan pertukaran maklumat terutamanya melibatkan wang dan juga
maklumat peribadi. Oleh itu, perdebatan tentang kepercayaan merupakan isu utama
dalam meningkatkan persepsi pengguna dalam menggunakan Internet (Chellappa,
2001).
Faktor kebiasaan menggunakan perkhidmatan internet juga mempengaruhi
hasrat pengguna untuk melakukan transaksi. Menurut Gefen (2000) kebiasaan dalam
konteks ini adalah kesedaran berdasarkan aktiviti khusus berdasarkan pengalaman
sebelumnya atau belajar bagaimana menggunakan antara muka tertentu. Kebiasaan

mengurangkan ketidakpastian dengan membentuk struktur. Dalam kes menggunakan
Amazon.com, kebiasaan akan mengurangkan kerumitan melalui pemahaman tentang
bagaimana untuk menanyakan dan membeli buku melalui laman web (struktur antara
muka) dan apa prosedur yang terlibat adalah (struktur interaksi).
Malter (2003), menegaskan walaupun pembahasan kita tentang jenis
pengetahuan diwujudkan dan peranan mereka dalam bagaimana pelanggan secara

mental mensimulasikan produk dan perkhidmatan tertumpu pada aplikasi Online
Banking, kami percaya bahawa pengetahuan yang terkandung pemahaman juga
penting untuk bidang penyelidikan pelanggan yang lebih luas. Untuk kebanyakkan
produk kesannya mungkin kecil, tetapi pada yang lainnya kewujudan pengetahuan
yang dihasilkan daripada penggunaan mungkin lebih baik intipatinya daripada apa
yang membuatkan produk itu bernilai untuk dibeli dan membezakan kebaikkan dan
keburukkan sesuatu produk. Dengan melanggar peraturan-peraturan tersirat dalam
pemprosesan maklumat, aplikasi-aplikasi Online Banking generasi kedua hanya
menyoroti pentingnya kesan-kesan kewujudan pengetahuan pada gelagat pengguna.
Pengurus yang bekerja dalam Online Banking mempunyai insentif ekonomi yang kuat
untuk lebih memahami kesan dari pengetahuan wujud dan oleh itu dapat memimpin
jalan dalam mempelajari fenomena ini, sekurang-kurangnya dalam jangka pendek.
Namun, manfaat yang berpotensi dari pengetahuan yang lebih baik dari kawasannya,

dan kerana ianya bertanggung jawab diatas pembangunan jangka panjang dari keduadua kajian dasar dan lebih diterapkan pada pengetahuan yang terkandung, melampaui
keprihatinan masyarakat Online Banking.
Berdasarkan kepada situasi tersebut dipercayai kebimbangan keselamatan
maklumat, kerahsiaan peribadi, kepercayaan, kebiasaan dan pengetahuan mempunyai
hubungan dengan hasrat pengguna untuk melakukan transaksi secara Online banking.
Namun begitu, tiada kajian yang empirikal dilakukan bagi melihat kelima lima isu
terbabit sama ada benar-benar menjadi penghalang kepada hasrat pengguna untuk
melakukan transaksi secara Online banking. Oleh itu, kita akan melihat kepada
pernyataan masalah bagi menjelaskan lagi permasalahan kajian.
1.3

Pernyataan Masalah

Berdasarkan kajian lepas, maka jelaslah bahawa kebimbangan keselamatan
maklumat, kerahsiaan peribadi, kepercayaan, kebiasaan dan pengetahuan menjadi
pertimbangan utama pengguna dalam melakukan transaksi di Internet. Ini dibuktikan
melalui kajian (Clark, 1988, Friedman, et al. 2000, Shneiderman, 2000, Fung dan Lee,
1999, Hoffman, et al. 1999, Chellappa, 2001). Namun begitu, tiada siapa pun pasti
adakah isu terbabit benar-benar menjadi penghalang kepada hasrat pelanggan untuk
melakukan transaksi secara E-dagang.

Selain itu, ketiga-tiga isu terbabit tidak dikaji secara terus terhadap hasrat
pengguna. Gurung (2006) menyarankan agar kajian pada masa hadapan
menggabungkan kelima lima isu tersebut untuk melihat kesignifikanannya terhadap
hasrat pengguna untuk melakukan transaksi di Internet. Sejajar dengan saranan
pengkaji lepas, maka kajian ini ingin melihat sejauh manakah kebenaran kebimbangan
keselamatan maklumat, kerahsiaan peribadi, kepercayaan, kebiasaan dan pengetahuan
mempunyai hubungan dengan hasrat pengguna untuk melakukan transaksi secara Edagang. Jika benar, apakah jalan penyelesaian yang boleh dilakukan dalam
menangani masalah kebimbangan keselamatan maklumat, kerahsiaan peribadi
ketidakpercayaan, kebiasaan dan pengetahuan terhadap firma online banking. Setelah
kita mengetahui pernyataan masalah, maka kita akan melihat pula kepada tujuan
utama kajian.

1.4
Objektif
Objektif khusus kajian ini ialah :
a)
Mengenal pasti hubungan antara kebimbangan keselamatanmaklumat
dengan hasrat pengguna untuk melakukan transaksi secara E- dagang.

1.5


1.6

b)

Mengenal pasti hubungan antara kerahsiaan peribadi dengan
hasratpengguna untuk melakukan transaksi secara Online banking.

c)

Mengenal pasti hubungan antara kepercayaan dengan hasrat pengguna
untuk melakukan transaksi secara Online banking.

d)

Mengenal pasti hubungan antara kebiasaan dengan hasrat pengguna
untuk melakukan transaksi secara Online banking.

e)


Mengenal pasti hubungan antara pengetahuan dengan hasrat pengguna
untuk melakukan transaksi secara Online banking.

Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini ialah :
a)

Adakah wujud hubungan antara kebimbangan keselamatan maklumat
dengan hasrat pengguna untuk melakukan transaksi secara Online
banking.

b)

Adakah wujud hubungan antara kerahsiaan peribadi dengan hasrat
pengguna untuk melakukan transaksi secara Online banking.

c)

Adakah wujud hubungan antara kepercayaan dengan hasrat pengguna
untuk melakukan transaksi secara Online banking.


d)

Adakah wujud hubungan antara kebiasaan dengan hasrat pengguna
untuk melakukan transaksi secara Online banking.

e)

Adakah wujud hubungan antara pengetahuan dengan hasrat pengguna
untuk melakukan transaksi secara Online banking.

Hipotesis Kajian
a)
Hipotesis Pertama
Ho:
Terdapat hubungan antara kebimbangan keselamatan maklumat
dengan hasrat pengguna untuk melakukan transaksi secara Online
banking
Ha:

Tidak terdapat hubungan antara kebimbangan keselamatan maklumat
dengan hasrat pengguna untuk melakukan transaksi secara Online
banking

b)
Ho:

Hipotesis Kedua
Terdapat hubungan antara kerahsiaan peribadi dengan hasrat
pengguna untuk melakukan transaksi secara Online banking

Ha:

Tidak terdapat hubungan antara kerahsiaan peribadi dengan hasrat
pengguna untuk melakukan transaksi secara Online banking

c)
Ho:

Hipotesis Ketiga
Terdapat hubungan antara kepercayaan dengan hasrat pengguna
melakukan transaksi secara Online banking.

Ha:

Tidak terdapat hubungan antara kepercayaan dengan hasrat pengguna
melakukan transaksi secara Online banking.

d)
Ho:

Hipotesis Keempat
Terdapat hubungan antara kebiasaan dengan hasrat pengguna
melakukan transaksi secara Online banking.

Ha:

Tidak terdapat hubungan antara kebiasaan dengan hasrat pengguna
melakukan transaksi secara Online banking.

e)
Ho:

Hipotesis Kelima
Terdapat hubungan antara pengetahuan dengan hasrat pengguna
melakukan transaksi secara Online banking.

Ha:

Tidak terdapat hubungan antara pengetahuan dengan hasrat pengguna
melakukan transaksi secara Online banking.

1.7

Kerangka Teori Kajian
Kerangka teori ini diadaptasi dan disesuaikan daripada instrumen (Malhotra,
et al. 2004, Belanger, et al. 2002, Salisbury, 2001, Stewart dan Segars, 2002,
Bhattacherjee, 2002, Mayer, et al. 1995, Ajzen dan Fishbein,1980, Gurung, 2006).
Windra 2006, Zhang et al 2007, Malter 2002 dan Khamdan 2002).

KEBIMBANGAN
KESELAMATAN

(Salisbury, 2001, Gurung, 2006)

KERAHSIAAN
PERIBADI
(Smith, et al. 1999, Stewart dan .
Segars, 2002, Malhotra, et al. 2004,
;

HASRAT

Gurung, 2006)

HASIL

KEPERCAYAAN

TRANSAKSI
(Ajzen dan Fishbein, 1980,

(Bhattacherjee, 2002, Gurung, 2006)

Malhotra, et al. 2004, Gurung, 2006)

KEBIASAAN

Windra (2006), Zhang et al (2007)
PENGETAHUAN

Malter (2002), Khamdan (2002)

IV

DV
Rajah 1.1 Kerangka Teoritikal Kajian

2.0

Ulasan Karya

2.1

Kebimbangan Keselamatan Maklumat

Selain daripada isu kerahsiaan peribadi, isu lain yang menjadi perhatian
pengguna dalam perkembangan perdagangan elektronik ialah kebimbangan
keselamatan maklumat (Gray, 1999). Rose, et al. (1999) telah mengenal pasti enam
kategori kelemahan teknologi dan mencacatkan perkembangan perdagangan
elektronik, antaranya perlengahan masa muat turun, limitasi antara muka, masalah
pencarian, aplikasi web yang terhad, keselamatan dan kekurangan standard Internet.
Pada dasarnya, kebimbangan keselamatan maklumat dilihat mempunyai kaitan yang
hampir sama dengan isu kerahsiaan peribadi, namun begitu ianya berbeza daripada
segi pengendalian (Belanger, et al. 2002, Vijayasarathy, 2004). Konsisten dengan
pengesahan yang dibuat oleh Hoffman, et al. (1999a), konsep kerahsiaan peribadi dan
kebimbangan keselamatan boleh dikenal pasti sebagai berbeza iaitu, “pengawalan
terhadap penggunaan maklumat oleh pihak lain” dan “pengawalan persekitaran”
(Belanger, et al. 2002). Pengawalan persekitaran merujuk kepada keupayaan
pengguna untuk mengawal tindakan orang lain dalam persekitaran semasa transaksi
pemasaran atau pertukaran perdagangan (Hoffman, et al. 1999a).
Struktur Internet yang dibina berasaskan keterbukaan menyebabkan ianya
terdedah kepada pelbagai ancaman, antaranya ialah kecurian maklumat kad kredit,
pencerobohan maklumat peribadi, pencerobohan komputer, kecurian identiti dan
diserang virus serta spyware bagi komputer persendirian. Kesemua ancaman ini
memberikan kebimbangan kepada pengguna dan ini disahkan dalam kajian sebagai
halangan utama dalam Online banking (Udo, 2001).
Kebimbangan terhadap keselamatan oleh pengguna didefinisikan sebagai
seseorang itu percaya bahawa firma elektronik tidak mempunyai keupayaan mengawal
keselamatan transaksi maklumat daripada dicerobohi semasa penghantaran maklumat
dan penyimpanan maklumat (Salisbury, et al. 2001). Bagi kajian ini, kebimbangan
terhadap keselamatan merujuk kepada seseorang yang percaya bahawa maklumat
peribadi yang dipindahkan melalui Internet adalah selamat dan tidak boleh dicapai
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

2.2
Kebimbangan Terhadap Kerahsiaan Peribadi dan Tindakan Melindungi
Kerahsiaan Peribadi
Kebimbangan terhadap kerahsiaan peribadi ataupun kegagalan untuk
mengawal maklumat peribadi didapati menjadi isu utama atau ancaman terhadap
perdagangan elektronik khususnya dunia ekonomi digital (Culnan, 2000, Malhotra, et
al. 2004). Kepekaan terhadap pengumpulan dan penggunaan maklumat dalam
transaksi Internet merupakan pengaruh utama bagi pengguna mempercayai kerahsiaan
di Internet.
Smith et al. (1996) telah membangunkan alat pengukuran tentang
kebimbangan individu terhadap kerahsiaan peribadi. Pengukuran mereka berasaskan
kepada empat dimensi iaitu, pengumpulan, penggunaan oleh pihak kedua yang tidak

bertanggungjawab, pencerobohan capaian dan kesilapan. Pengukuran ini seterusnya
disahkan dan diperbaiki oleh Stewart dan Segars (2002). Manakala Malhotra, et al.
(2004) membangunkan alat pengukuran berdasarkan teori kontrak sosial. Pengukuran
tersebut melibatkan tiga dimensi iaitu pengumpulan, pengawalan dan kepekaan.
Tindakan yang diambil bagi melindungi kerahsiaan peribadi pengguna
termasuklah menetapkan peraturan dan keadilan prosedur industri (Culnan, 2000,
Culnan dan Armstrong, 1999). Namun begitu, keupayaan melindungi kerahsiaan
pengguna masih lagi menjadi keraguan kepada pengguna. Dalam menjawab keraguan
dan kebimbangan terhadap kerahsiaan peribadi, pengguna mempunyai alternatif lain
sebagai strategi mereka melindungi kerahsiaan peribadi. Kajian terkini, khususnya
berkaitan dengan perniagaan melalui Internet, menunjukkan aras keyakinan pengguna
dalam melakukan transaksi secara Online banking telah meningkat (Saunders, 2004).
Salah satu sebab yang diberikan oleh pengguna mengapa aras keyakinan mereka
meningkat ialah, pengguna pada masa kini semakin bijak khususnya tabiat dalam
talian.
2.3

Kepercayaan

Risiko digambarkan sebagai sesuatu yang tidak pasti hasil dari keputusan
yang dibuat (Sitkin dan Pablo, 1992). Dalam sorotan kajian bagi Online banking, dua
jenis kategori risiko dikenal pasti, risiko transaksi dan produk (Chang, et al. 2005).
Risiko produk merujuk kepada ketidakpastian produk yang diperolehi hasil daripada
pembelian yang dibuat, iaitu tidak menepati kehendak atau objektif awal pembelian.
Dalam erti kata yang mudah, barang yang diperolehi tidak seperti yang diharapkan.
Risiko transaksi ialah sesuatu ketidakpastian yang berlaku serta tidak dapat
dilihat dengan mata kasar semasa proses transaksi. Risiko transaksi melibatkan
pengesahan, kerahsiaan, keselamatan dan (nonrepudiation). Risiko pengesahan
merujuk kepada keraguan terhadap identiti sebenar peniaga tidak didedahkan. Risiko
kerahsiaan peribadi merujuk kepada kemungkinan berlakunya kecurian maklumat
peribadi pengguna (Pavlou, 2003). Risiko keselamatan pula merujuk kepada
keselamatan data yang dihantar melalui Internet (Chang, et al. 2005). Manakala
(nonrepudiation) merujuk kepada kepastian data yang dihantar dan diterima oleh
pihak tertentu disahkan telah dihantar dan telah diterima (Suh dan Han 2003).
(Nonrepudiation) memastikan penghantar mesej, tidak boleh menafikan telah
menghantar mesej dan penerima juga tidak boleh menafikan telah pun menerima
mesej. Tandatangan digital digunakan untuk memastikan tidak berlakunya penafian.
Untuk mengalihkan persepsi risiko, mewujudkan kepercayaan pengguna merupakan
penawar yang penting (McKnight, et al. 1998).

2.4

Kebiasaan Penggunaan
Kebiasaan menurut Windra (2006) sesuatu yang anda lakukan secara berkala
pada setiap saat atau perkara lepas yang yang tidak pernah dilakukan tetapi telah
dilakukan sekarang secara berkala

Kebiasaan dalam konteks ini adalah kesedaran berdasarkan aktiviti khusus
berdasarkan pengalaman sebelumnya atau belajar bagaimana menggunakan antara
muka tertentu. Cara lain yang secara subjektif mengurangkan ketidakpastian dan
mempermudahkan hubungan mereka dengan orang lain adalah kebiasaan. Kebiasaan
adalah pemahaman, sering berdasarkan interaksi sebelumnya, pengalaman, dan belajar
dari apa, mengapa, dimana dan bila orang lain akan melakukan apa yang mereka
lakukan. Dengan demikian, kebiasaan dan kepercayaan jelas berbeza. Kebiasaan
berkaitan dengan pemahaman tentang tindakan masa depan orang lain.
Selain itu, pengukuran kebiasaan dapat ditingkatkan dengan mengkaji faktor
faktor yang mempengaruhi kebiasaan. Faktor tersebut adalah pengalaman, ulangan
pengalaman, peringkat proses dan tahap kelupaan. Kesemua faktor tersebut memberi
kesan kepada sistem e-banking. Semua faktor tersebut adalah dimotivasikan daripada
kajian psikologi dan dengan itu dapat peniaga mengenalpasti asas untuk memuaskan
pengguna ( Zhang et al, 2007).

2.5

Pengetahuan dan ilmu berkaitan online banking

Pengetahuan adalah sesuatu yang diketahui, pengetahuan yang terkandung
pemahaman juga penting untuk bidang penyelidikan pelanggan yang lebih luas.
Somatik dan sensorimotor selalu aktif, oleh itu mereka mempunyai pengaruh pada
hampir semua aktiviti penerimaan (Malter,2002).
Melalui ilmu pngetahuan pengguna akan terdedah kepada kegunaan teknologi
komputer dan Internet. Komputer hari ini telah memasuki segala aspek kehidupan
manusia seperti bunyi, suara, tulisan, gambar dan video yang dikatakan multimedia,
dihantar melalui internet ke luar negara dengan mudah (Khamdan, 2002).

2.6.

Hasrat Pengguna Melakukan Transaksi Dalam Online banking

Mengikut kajian, Online banking didefinisikan secara umumnya sebagai
hubungan antara pengguna dengan firma elektronik atau vendor web melalui talian
Internet. Oleh itu, kajian ini menumpukan kepada hasrat pengguna untuk terlibat
dalam transaksi Online banking. Transaksi Online banking ini melibatkan aktiviti
pembelian barang atau servis daripada vendor web, serta menggunakan model
perniagaan kepada pengguna atau Business To Consumer (B2C) dalam Online
banking.
Apa yang penting dalam kajian yang melibatkan teknologi maklumat, ialah
bagaimana dan mengapa individu menerima dan mengambil teknologi maklumat yang
baru (Agarwal dan Karahanna, 2000, Davis, 1989a, Karahanna, et al. 1999). Bagi
tahap individu, penggunaan teknologi maklumat dikaji dengan membuat
penganalisisan terhadap peranan hasrat, sebagai jangkaan terhadap tingkah laku (Liu,
et al. 2004, Malhotra, et al. 2004). Kajian ini mengenal pasti hasrat individu
khususnya berkaitan dengan tingkah laku, pengaruh sosial dan kandungan. Kajian ini
juga menggunakan model Teori Tindakan Sebab atau Theory Of Reasoned Action

(TRA) (Ajzen dan Fishbein, 1980) dan juga Teori Tingkah laku Terancang atau
Theory of Planned Behavior (TPB) (Ajzen, 1985, Ajzen, 1991).
Hasrat merupakan faktor penentu kepada tingkah laku yang begitu terkenal
dalam teknologi maklumat dan juga rujukan kepada disiplin yang lain (Ajzen, 1991,
Taylor dan Todd, 1995). Mengikut TRA, hasrat merupakan ramalan kepada
berlakunya tingkah laku. Hasrat dibentuk melalui norma yang subjektif dan tabiat,
yang mana akhirnya akan membentuk kepada kepercayaan. Model TRA ini
merupakan alat yang sesuai untuk meramalkan aktiviti tingkah laku yang di bawah
kawalan kemahuan. Kawalan kemahuan bermaksud bahawa pengguna berkeupayaan
untuk mengawal prestasi aktiviti. Bagi kes yang melibatkan luar kawalan kemahuan
pula, penggunaan model TPB pula lebih baik kerana ianya mempunyai komponen
tambahan seperti Kawalan Tingkah laku Diperhatikan atau Perceived Behavioral
Control (PBC) sebagai faktor penentuan kepada hasrat.
Manakala Model Penerimaan Teknologi atau Technology Acceptance Model
(TAM) merupakan adaptasi daripada Teori Alasan Tindakan atau Theory of Reasoned
Action (TRA), iaitu amat popular kepada pengkaji teknologi maklumat dalam
mengenal pasti antecedents penggunaan sistem berdasarkan kepercayaan kepada dua
faktor iaitu, mudah digunakan dan manfaat sistem maklumat (Davis, 1989b).
Kebanyakan kajian awal yang dibuat terhadap perdagangan elektronik menggunakan
model TAM (Gefen, et al. 2003, Liu, et al. 2004) dan juga model TRA (Jarvenpaa, et
al. 1999, Malhotra, et al. 2004, McKnight, et al. 2002b, Pavlou, 2003).
Namun begitu, bagi kajian ini TPB lebih diutamakan berbanding dengan
model TAM, kerana faktor kerahsiaan dan kebimbangan keselamatan maklumat
merupakan halangan utama pengguna untuk membuat keputusan sama ada untuk
terlibat dalam Online banking sebelum dipengaruhi oleh kemudahan penggunaan serta
rupa bentuk laman web. Kajian Yang dan Jun (2002) membuktikan bahawa,
keselamatan juga merupakan kunci kepada kebimbangan pengguna yang memilih
untuk tidak membeli melalui talian Internet.
Kajian seterusnya mendapati bahawa, kebimbangan keselamatan maklumat
merupakan faktor terkuat yang mempengaruhi hasrat pengguna untuk membeli
melalui talian, berbanding kemudahan yang disediakan pelbagai penggunaan oleh
laman web (Salisbury, et al. 2001). Kerahsiaan dan kebimbangan keselamatan
merupakan alasan utama pengguna untuk tidak terlibat dengan aktiviti melalui web
(Udo, 2001). Ancaman pencerobohan kad kredit pengguna melalui Internet sering
kali dinafikan oleh media. Namun begitu, firma elektronik juga menghadapi pelbagai
ancaman penipuan pembayaran. Oleh itu, kebimbangan keselamatan maklumat juga
melibatkan dua pihak iaitu pengguna dan juga peniaga, yang mana menjadi halangan
kepada perkembangan Online banking. Namun begitu, skop kajian ini hanya
menumpukan kepada kebimbangan keselamatan maklumat oleh pengguna.
3.1

Reka Bentuk Kajian

Ciri kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Manakala rekabentuk kajian ini
menggunakan kaedah tinjuan melalui pengedaran borang soal selidik kepada sampel
yang dipilih.

3.2

Populasi dan Sampel Kajian

Populasi pensyarah bagi tahun 2010 adalah seramai 228 orang. Berdasarkan
jadual Krejeie dan Morgan (1970) sampel kajian ini adalah seramai 144 orang.
Pemilihan ini berdasarkan justifikasi bahawa pensyarah PTSS mampu menjawab soal
selidik yang berunsurkan teknologi, khususnya berkaitan dengan Online Banking
3.3

Lokasi Kajian

Pengkaji memilih lokasi penyelidikan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,
Arau, Perlis. Justifikasinya, politeknik ini membekalkan kemudahan (Information
Communication Technology) atau ICT seperti komputer peribadi, komputer riba dan
juga memudahkan pengkaji mendapatkan maklum balas berkaitan Online Banking.
3.4

Maklumbalas Soal Selidik

Pengkaji telah mengedarkan sebanyak 150 unit soal selidik kepada sampel
kajian. Ianya diedarkan kepada pensyarah-pensyarah yang mendiami lapan jabatan
utama di PTSS. Daripada 150 unit yang diedarkan, hanya 148 unit sahaja berjaya
dikumpul dan dikembalikan. Daripada 148 unit itu, hanya 100 unit sahaja yang
dianalisa. Ini disebabkan data rosak, contohnya tidak lengkap dan tidak menjawab
dengan jujur
3.5

Jenis Ujian

Semua data yang dikumpul dianalisa dengan menggunakan perisian
“Statistical Package Sosial Science” atau lebih dikenali dengan nama singkatannya
“SPSS”. Perisian SPSS versi 16 digunakan untuk menganalisa data yang deperolehi.
Analisis korelasiyang sesuai digunakan untuk mengukur data pembolehubah yang
dikaji (Mohd Najib, 1999)
4.0

Bil
1
2
3
4
5

Keputusan Kajian

Hasrat pengguna untuk
melakukan
transaksi Online Banking
Kebimbangan Keselamatan
Kerahsiaan Peribadi
Kepercayaan
Kebiasaan Penggunaan
Pengetahuan

Kolerasi

Hubungan

Min

-0.212
0.218
0.414
0.484
0.422

Lemah
Lemah
Sederhana
Sederhana
Sederhana

3.95
4.45
3.90
3.88
4.42

Jadual 4.0 menunjukkan kolerasi keseluruhan setiap faktor.

Sisihan
Piawai
0.87
0.59
0.78
0.93
0.58

5.0 Perbincangan
5.1
Perbincangan Mengenai Hubungan Antara Kebimbangan Keselamatan
Maklumat Dengan Hasrat Pengguna Untuk Melakukan Transaksi Secara Online
banking.
Untuk menjawab persoalan kajian pertama, lima item persoalan berkaitan
dengan kebimbangan keselamatan maklumat telah dikenal pasti dan dikemukakan
kepada responden. Berdasarkan ujian purata min bagi mengetahui tahap persetujuan
responden berkaitan kebimbangan keselamatan maklumat, dapatan menunjukkan
responden bersetuju bahawa kebimbangan keselamatan maklumat merupakan faktor
utama dalam pertimbangan mereka untuk dalam melaksanakan transaksi secara Online
banking.
Oleh itu, satu ujian korelasi Pearson dilakukan bagi mengetahui hubungan
antara pemboleh ubah. Maka berdasarkan hasil ujian korelasi yang dibuat di antara
kebimbangan keselamatan maklumat dengan hasrat pengguna. Berdasarkan Jadual
Korelasi Guildford (1973) dan Chua (2006) hasil keputusan ujian ini menolak
hipotesis nul kajian. Tanda negatif di hadapan nilai pekali tersebut menunjukkan
bahawa wujudnya hubungan negatif signifikan yang sangat lemah dan songsang di
antara kebimbangan keselamatan maklumat dengan hasrat penggun
Ini bermaksud semakin tinggi kebimbangan keselamatan maklumat, maka
semakin rendah hasrat pengguna melakukan transaksi secara Online banking.
Manakala semakin rendah kebimbangan keselamatan maklumat, maka semakin tinggi
hasrat pengguna untuk melakukan transaksi secara Online banking. Hubungan
signifikan ini wujud akibat daripada kebimbangan pengguna kepada beberapa perkara
seperti pengguna bimbangkan maklumat mereka digunakan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab, dicuri apabila diperdaya ke laman web palsu, dijual kepada pihak
lain, maklumat jatuh ke tangan orang lain akibat kecuaian memberikan maklumat
tepat dan maklumat dapat dijejaki semula oleh pengguna berikutnya.
Ini selari dengan kajian Murphy (1998) yang menyatakan bahawa
terdapat banyak publisiti dilakukan bagi meningkatkan keyakinan dengan
menghebahkan bahawa tahap keselamatan Internet telah diberi perhatian serius,
khususnya kepada pengguna yang menggunakan kad kredit untuk membuat pembelian
secara Online banking. Namun begitu, penipuan dalam pembayaran sering berlaku
dan merupakan ancaman utama dalam perdagangan ini.

5.2 Perbincangan Mengenai Hubungan Antara Kerahsiaan Peribadi Dengan
Hasrat Pengguna Untuk Melakukan Transaksi Secara Online banking.
Untuk menjawab persoalan kajian yang kedua, lima item persoalan berkaitan
dengan kebimbangan kerahsiaan peribadi telah dikenal pasti dan dikemukakan kepada
responden. Dapatan menunjukkan responden bersetuju bahawa kerahsiaan peribadi

merupakan faktor utama dalam pertimbangan mereka untuk dalam melaksanakan
transaksi secara Online banking
Oleh itu, satu ujian korelasi Pearson juga dilakukan bagi menjawab
persoalan kajian kedua. Berdasarkan Jadual Korelasi Guilford (1973) dan Chua
(2006) hasil keputusan ujian ini menolak hipotesis nul kajian. Ini menunjukkan
wujudnya hubungan korelasi yang sangat lemah di antara isu kerahsiaan peribadi
dengan hasrat. Hubungan signifikan ini wujud akibat daripada kesedaran pengguna
terhadap hak kerahsiaan peribadi mereka dalam Online banking. Antaranya pengguna
mahukan segala maklumat yang hendak diguna pakai hendaklah mendapat kebenaran
pengguna terlebih dahulu, polisi kerahsiaan perlu jelas, tahu bagaimana maklumat
peribadi akan digunakan dan pengguna tidak mahu maklumat peribadi didedahkan
kepada orang ramai.
Hagel dan Rayport (1997) menyatakan bahawa kebimbangan pengguna
terhadap kerahsiaan peribadi melibatkan keprihatinan mereka bagaimana maklumat
tersebut disimpan. Menurutnya juga, kebimbangan pengguna wujud kerana bimbang
maklumat peribadi yang diambil akan disalahgunakan oleh firma itu sendiri, seperti
mendedahkan kepada pihak ketiga.
Firma yang berusaha mewujudkan polisi pengguna yang baik akan memberi
gambaran yang baik pengguna. Zeinab (2006) dalam kajiannya mendapati bahawa
hanya 26.8 peratus daripada 183 responden yang dikaji menunjukkan pernyataan
polisi kerahsiaan pada laman web mereka. Oleh itu, tidak hairanlah wujud
kebimbangan pengguna terhadap keselamatan kerahsiaan peribadi mereka.
5.3

Perbincangan Mengenai Hubungan Antara Kepercayaan Dengan Hasrat
Pengguna Untuk Melakukan Transaksi Secara Online banking.

Untuk menjawab persoalan kajian ketiga,lima item persoalan berkaitan
dengan kepercayaan telah dikenal pasti dan dikemukakan kepada responden.
Berdasarkan ujian purata min bagi mengetahui tahap persetujuan responden berkaitan
kepercayaan pengguna terhadap firma Online banking. Kajian menunjukkan
responden bersetuju berdasarkan item-item persoalan yang disediakan.
Oleh itu, bagi menjawab persoalan kajian ketiga ini, satu ujian korelasi
Pearson dilakukan. Berdasarkan ujian korelasi yang dibuat di antara kepercayaan
dengan hasrat pengguna untuk melakukan transaksi secara Online banking
Berdasarkan Guilford (1973) Chua (2006), ia menunjukkan wujudnya hubungan
korelasi yang sederhana di antara isu kepercayaan dengan hasrat pengguna. Hubungan
signifikan ini wujud akibat daripada keyakinan pengguna terhadap firma Online
banking terbabit. Antaranya pengguna yakin bahawa firma Online banking yang
mempunyai Sijil Keselamatan Transaksi seperti (Verisign) dan (Web Trust) boleh
dipercayai, selain itu, pengguna percaya bahawa firma Online banking mempunyai
kepakaran, prestasi sistem yang baik, mekanisma kawalan transaksi dan sentiasa
berusaha melakukan yang terbaik terhadap maklum balas pengguna.
Hujah ini diperkukuhkan dengan kajian Pauline (1998) yang menegaskan,
bagi mengesahkan integriti pengendali laman web, pengguna bolehlah melihat seal
atau tanda jaminan yang tertera di laman web tersebut. Untuk mengetahui sama ada

ianya sah atau tidak pengguna bolehlah klik pada tanda jaminan tersebut. Seterusnya
ianya akan memaparkan grafik yang menunjukkan tanda persijilan sah yang
dikeluarkan oleh organisasi yang dikenali sebagai Sijil Kepercayaan Web atau Web
Trust Certificate. Persijilan digital ini mengandungi maklumat mengenai siapakah
yang mengeluarkan sijil, kepada siapa ianya dikeluarkan dan bagaimana untuk
menghubungi syarikat tersebut. Oleh itu, harus diingat, tanpa sijil digital ini, tanda
jaminan (Web Trust) tidaklah boleh dikira sebagai sah.
Udo (2001) menyatakan peningkatan atau penurunan kepercayaan pengguna
ialah bergantung kepada bagaimana maklumat mereka dikumpul dan diproses.
Menurutnya pengguna Online banking sering memberi perhatian terhadap siapakah
yang sering mengutamakan kawalan keselamatan dan memberi jaminan keselamatan
peribadi. Mereka hanya akan membuat keputusan untuk melakukan transaksi
sekiranya mereka yakin terhadap pihak terbabit.
5.4
Perbincangan mengenai hubungan antara kebiasaan dengan hasrat
pengguna untuk melakukan transaksi secara Online Banking
Pengkaji memilih untuk melihat hubungan antara kebiasaan dengan hasrat
pengguna melakukan trasaksi secara Online Banking kerana bersependapat dengan
Zhang, et al (2007) yang menyatakan kebiasaan sering dianggap menjadi faktor
penting dalam menentukan tingkat kepercayaan.
Untuk menjawab persoalan kajian keempat, lima item persoalan berkaitan
dengan kebiasaan telah dikenalpasti dan dikemukakan kepada responden. Selanjutnya,
satu ujian korelasi pearson telah dibuat. Dapatan menunjukkan wujudnya hubungan
korelasi yang sederhana di antara isu kebiasaan dengan hasrat pengguna.
Hujah ini diperkukuhkan dengan kajian Gefen (2000) iaitu kajian kebiasaan
dan kepercayaan dalam konteks online banking berdasarkan survey dari 217 orang
pengguna yang berpotensi menggunakan Amazon.com dan laman web online banking
lain. Keputusan kajian menunjukkan walaupun kebiasaan dan kepercayaan adalah dua
perkara yang berbeza tetapi ia member kesan yang signifikan kepada dua perkara
tersebut.
5.5
Perbincangan Mengenai Hubungan Antara Pengetahuan Dengan Hasrat
Pengguna Untuk Melakukan Transaksi Secara Online Banking
Lima itempersoalan berkaitan dengan pengetahu an telah dikenalpasti
dan dikemukakan kepada responden
Seterusnya untuk menjawab persoalan kajian
terakhir ini, ujian korelasi pearson telah dibuat dan hasil yang diperolehimenunjukkan
wujudnya hubungan yang sederhana di antara isu pengetahuan dengan hasrat
pengguna untuk melakukan transaksi secara Online Banking.
Kenyataan ini disokong melalui kajian Walter (2003) yang menyatakan
pengetahuan adalah sesuatu yang diketahui, pengetahuan yang terkandung
pemahaman juga penting untuk bidang penyelidikan pelanggan yang lebih luas.
Somatik dan proses sensorimotor selalu aktif dan oleh itu mereka mepunyai pengaruh
hampir semua aktiviti penerimaan.

Coakes (2004) dan Davenport & Prusak (2000) menyatakan bahawa
pengetahuan menggabungkan pengalaman, nilai, maklumat kontekstual dan wawasan
untuk mencipta suatu rangka kerja untuk menilai dan menyerap pengalaman baru dan
maklumat. Untuk itu pengkaji memilih untuk melihat hubungan pengetahuan terhadap
hasrat pengguna melakukan transaksi secara online Banking atau tidak.
5.6

Kesimpulan

Selaras dengan kerangka teori yang dikemukakan, pengkaji mendapati bahawa ke lima
lima faktor yang dikaji iaitu, kebimbangan keselamatan maklumat, kerahsiaan
peribadi, kepercayaan, pengetahuan mempunyai hubungan yang dengan hasrat
pengguna untuk melakukan transaksi secara Online banking. Ini bermaksud
pengguna melihat faktor-faktor terbabit sebagai penghalang dalam melakukan
transaksi secara Online banking.
Bagi persoalan kajian yang pertama, dapatan menunjukkan bahawa terdapat
hubungan yang songsang antara kebimbangan keselamatan maklumat dengan hasrat
pengguna untuk melakukan transaksi secara Online banking. Ini bermaksud semakin
tinggi kebimbangan keselamatan maklumat, maka semakin rendah hasrat pengguna,
manakala semakin rendah kebimbangan keselamatan maka semakin tinggi hasrat
pengguna. Kajian juga mendapati bahawa pengguna bimbang maklumat sensitif
mereka digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab, maklumat dicuri apa bila
diperdaya ke laman web palsu dan maklumat sensitif dijual kepada pihak tertentu.
Seterusnya bagi persoalan kajian yang kedua, dapatan menunjukkan bahawa
terdapat hubungan yang signifikan antara kerahsiaan peribadi dengan hasrat pengguna
untuk melakukan transaksi secara Online banking. Kajian juga mendapati pengguna
berpendapat bahawa maklumat yang ingin diguna pakai hendaklah mendapat
kebenaran mereka terlebih dahulu. Seterusnya pengguna mahukan polisi kerahsiaan
maklumat peribadi pengguna yang jelas, mengetahui dengan jelas bagaimana
maklumat peribadi akan digunakan serta pengguna tidak mahu maklumat peribadi
mereka didedahkan kepada orang ramai.
Persoalan kajian yang ketiga, dapatan menunjukkan terdapat hubungan
yang signifikan di antara kepercayaan dengan hasrat pengguna untuk melakukan
transaksi secara Online banking. Kajian ini mendapati bahawa pengguna percaya
bahawa firma Online banking yang mempunyai logo verisign atau web trust,
mempunyai kepakaran, prestasi sistem yang baik, mekanisma kawalan dan berusaha
melakukan yang terbaik kepada pengguna. Namun begitu, kajian ini juga mendapati
pengguna tidak mempercayai firma Online banking seratus peratus, pengguna juga
tidak mempercayai bahawa firma Online banking bersikap telus, menjalankan polisi
keselamatan yang ketat, bersifat terbuka dan mengutamakan pelanggan.
Persoalan kajian yang keempat, dapatan menunjukkan terdapat hubungan
yang signifikan di antara kebiasaan dengan hasrat pengguna untuk melakukan
transaksi secara online banking. Kajian ini mendapati bahawa penggunatelah biasa
menggunakan perkhidmatan online banking. Mereka juga menyatakan kebiasaan
mereka terhadap online banking seperti mendapatkan maklumat berkaitan akaun bank,
pemindahan wang, pembayaran bil dan mendapatkan maklumat berkaitan pinjaman
kewangan.

Bagi persoalan kajian yang kelima iaitu yang terdakhir, dapatan
menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara pengetahuan dengan hasrat
pengguna untuk melakukan transaksi. Kajian ini mendapati pengguna tahu bahawa
firma online banking menawarkan perkhidmatan pemindahan wang ke akaun lain.
Mereka tahu beberapa institusi perbankan menwarkan perkhidmatan online banking,
pembayaran bil dapat dilakukan di mana sahaja. Selain itu, pengguna juga maklum
bahawa firma online banking sentiasa mengemaskini perkhidmatannya bagi
memberikan kepuasan kepada pelanggannya.
Berdasarkan ujian yang dibuat. Terdapat tiga faktor terbabit, faktor
kepercayaan merupakan faktor yang paling tinggi hubungan signifikannya terhadap
hasrat pengguna diikuti dengan kebimbangan keselamatan maklumat sensitif dan
kerahsiaan peribadi untuk melakukan transaksi secara Online banking. Oleh itu,
faktor kepercayaan didapati penentu dominan sama ada seseorang pengguna itu
berhasrat melakukan transaksi atau tidak.
Setelah menjawab persoalan kajian, maka pengkaji ingin mengutarakan
beberapa langkah penyelesaian kepada permasalahan yang wujud sebelum ini. Secara
tidak langsung ia dapat menghapuskan atau setidak-tidaknya mengurangkan keraguan
dan kebimbangan pengguna terhadap keselamatan maklumat, kerahsiaan peribadi dan
kepercayaan dan meningkatkan hasrat pengguna untuk melakukan transaksi secara
Online banking.
Bagi permasalahan kajian yang pertama, iaitu diketahui bahawa wujudnya
hubungan yang signifikan antara kebimbangan keselamatan maklumat dengan hasrat
pengguna melakukan transaksi secara Online banking. Maka pihak pemasar Online
banking perlu mengambil beberapa langkah proaktif bagi mengurangkan kebimbangan
keselamatan maklumat dengan memastikan bahawa segala maklumat tidak disalah
gunakan, tidak dicuri, dijual, tidak jatuh ke tangan orang lain dan juga tidak dijejaki
semula.
Seterusnya bagi permasalahan kajian yang kedua, diketahui bahawa wujudnya
hubungan yang signifikan antara kerahsiaan peribadi dengan hasrat pengguna
melakukan transaksi secara Online banking. Maka pemasar Online banking perlu
memastikan bahawa segala maklumat peribadi yang hendak diguna pakai mendapat
kebenaran pengguna terlebih dahulu, mewujudkan polisi kerahsiaan pengguna yang
jelas dan nyata, memaklumkan bagaimana penggunaan maklumat dibuat dan tidak
mendedahkan maklumat peribadi pengguna kepada orang ramai.
Bagi permasalahan kajian yang ketiga, didapati wujudnya hubungan yang
signifikan antara kepercayaan dengan hasrat pengguna melakukan transaksi secara
Online banking. Oleh itu, pemasar Online banking perlu meyakinkan pengguna
bahawa mereka telus dalam melaksanakan kajian, menjalankan polisi keselamatan
yang ketat, bersifat terbuka dan mengutamakan kehendak pelanggan dalam segala
transaksi.
Seterusnya bagi permasalahan kajian yang keempat, diketahui bahawa
wujudnya hubungan yang signifikan antara kebiasaan penggunaan dengan hasrat
pengguna melakukan transaksi secara online banking. Oleh itu, pengguna yang biasa
menggunakan online banking akan membuat pembelian berulang.

Akhir sekali bagi permasalahan kajian yang kelima, didapati wujudnya
hubungan yang signifikan antara pengetahuan dengan hasrat pengguna melakukan
transaksi secara online banking. Oleh itu, firma online banking perlu memastikan
pengguna mengetahui bahawa terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan
Oleh itu, berdasarkan kesimpulan yang disediakan, maka terjawablah segala persoalan
kajian dan berdasarkan cadangan yang disajikan, maka terungkailah segala masalah
kajian.

5.7 Cadangan

5.7.1 Cadangan Kajian Masa Hadapan

Seterusnya, pengkaji ingin mengemukakan beberapa cadangan dalam
mempetimbangkan lagi kajian pada masa hadapan, khususnya berkaitan dengan
tajuk ini. Antara cadangan kajian lain yang boleh dilaksanakan ialah:
a) Pengkaji mencadangkan kajian pada masa hadapan menumpukan kepada faktorfaktor lain seperti tahap kepuasan pengguna, persepsi pengguna terhadap
risiko,kawalan tabiat dan personaliti.
b) Kajian ini dilaksanakan kepada responden yang bukan tergolong dengan
golongan professional bagi mengetahui tahap penglibatan dan pendedahan
meraka dalam Online Banking.
c) Pengkaji juga mencadangkan kajian pada masa hadapan melibatkan geografi
yang luas seperti merangkumi semenanjung Malaysia bagi melihat generalisasi
yang menyeluruh
d) Pengkaji juga mencadangkan akan kajian terhadap persepsi golongan yang
mahir dalam internet menggunakan Online Banking.
e) Kajian yang seterusnya melibatkan angka responden yang lebih banyak, seperti
mencecah 500 hingga 1000 orang bagi mendapat hasol dapatan yang
menyeluruh.
f) Kajian yang seterusnya menggunakan produk yang lain, selain daripada servis
(Online Banking).

5.7.2 Cadangan Kepada Pihak Yang Berkaitan
Berdasarkan perbincangan dan analisis dapatan kajian, pengkaji ingin
mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak-pihak yang mempunyai
kepentingan secara langsung terhadap kajian ini, antaranya :
a) Pelajar

Pengkaji menyarankan kepada pelajar agar mempelajari Online Banking
kerana ianya mampu mempermudahkan segala urusan berkaitan kewangan yang
bakal dihadapi sehari-harian. Selain itu, pengkaji juga menyarankan kepada
pelajar IPTA dan IPTS untuk menggunakan perkhidmatan Online Banking untuk
membayar pinjaman pelajaran. Ini akan memudahkan mereka untuk melunaskan
hutang tanpa perlu ke sana sini.
b) Pensyarah
Pengkaji mencadangkan agar pensyarah IPTA dan IPTS menggunakan
perkhidmatan Online Banking yang disediakan khususnya dalam urusan
pembayaran bil. Hasil dapatan menunjukkan ramai lagi pensyarah yang tidak
mempunyai pengalaman menggunakan (Online Banking). Oleh itu, ianya
merupakan satu kerugian kerana tidak menggunakan kemudahan yang sedia ada
yang menjimatkan masa serta menguntungkan.
c) Politeknik
Pengkaji mencadangkan agar pijhak politeknik memperkenalkan khusus
Online Banking secara lebih mendalam selaras dengan perkembangan semasa yang
mendesak kepada pengguna Online Banking sebagai alternatif urus niaga dan
urusan harian pada masa kini. Pada masa kini, pihak Pendidikan Teknik dan
Vokasional telah pun memperkenalkan khusus Online Banking pada peringkat
Diploma di beberapa buah politeknik yang terpilih.
d) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
Pada kesempatan ini juga pengkaji ingin mencadangkan kepada pihak KPT
agar menimmbangkan saranan agar mewajibkan kesemua IPTA dan IPTS yang ada
menawarkan subjek atau kursus yang berkaitan dengan Online Banking. Ini akan
membantu mewujudkan masyarakat yang berilmu dan juga memberi kesedaran
terhadap meningkatkan penggunaan teknologi maklumat yang semakin berkembang
saban hari.

RUJUKAN
Agarwal, R., dan Karahanna, E. (2000). "Time flies when you're having fun:
Cognitive absorption and beliefs about information technology usage." MIS
Quarterly, 24(4), 665-694.
Ajzen, I. (1985). "From Intentions to Actions: A Theory of Planned Behavior."
Action Control: From Cognition to Behavior, J. Kuhl and J. Beckmann, eds.,
Springer Verlag, New York, 11-39.
Ajzen, I. (1991). "The Theory of Planned Behavior." Organizational Behavior and
Human Decision Processes, 50(2), 179-211.
Ajzen, I. (2002). "Perceived Behavioral Control, Self-Efficacy, Locus of Control, and
the Theory of Planned Behavior." Journal of Applied Social Psychology,
32(4),665-683.
Ajzen, I., dan Fishbein, M. (1980). Understanding Attitudes and Predicting Social
Behavior, Prentice-Hall, Englewood Cliffs, NJ.
Belanger, F., Hiller, J. S., dan Smith, W. J. (2002). "Trustworthiness in electronic
commerce: the role of privacy, security, and site attributes." The Journal of
Strategic Information Systems, 11(3-4), 245-270.
Bhattacherjee, A. (2002). "Individual Trust in Online Firms: Scale Development and
Initial Test." Journal of Management Information Systems, 19(1), 211-241.
"Business Week/Harris poll: a growing threat", Business Week, . "Business
Week/Harris poll: a growing threat", Business Week, .
Http://www.ftc.gov/bcp/icpw/comments/ico2.htm.
Chang, M. K., Cheung, W., dan Lai, V. S. (2005). "Literature derived reference
models for the adoption of online shopping." Information & Management,
42(4), 543-559.
Chellappa, R.K. (2001a), "Contrasting classical electronic infrastructure and the
Internet: a tale of caution", University of South California, Los Angeles, CA, .

Chellappa, R.K. (2001b), "The role of perceived privacy and perceived security in the
development of trust in electronic commerce transactions", University of
South California, Los Angeles, CA, .
Chua Y . P .(2006). “Asas Statistik Penyelidikkan”. Kuala Lumpur : Mc Graw Hill
Publishing Company
Clarke, R. (1999). "Internet Privacy Concerns Confirm the Case for
Intervention."Communications of the ACM, 42(2), 60-67.
Davis, F. D. (1989a). "Perceived Usefulness, Perceived Ease of Use, and User
Acceptance of Information Technology." MIS Quarterly, 13(3), 318-340.
Davis, F. D. (1989b). "Perceived Usefulness, Perceived Ease of Use, and User
Acceptance of Information Technology." MIS Quarterly, 13(3), 318-340.
Friedman, B., Kahn, P.H., Howe, D.C. (2000), "Trust online", Communications of the
ACM, Vol. 43 No.12, pp.34-40.
Fung, R., Lee, M. (1999), "EC-trust (trust in e-commerce): exploring the antecedent
factors", Proceedings of the 5th Americas Conference on Information
Systems, .
Gefen, D., Straub, D. W., dan Boudreau, M.-C. (2000). "Structural Equation
Modeling and Regression: Guidelines for Research Practice."
Communications of AIS, 4(7), 1-78.
Gefen D. (2000), E-Commerce: The Role Of Familiarity And Trust
Department Of Management, Lebow College Of Business, Drexel University,
101 N. 33rd St/Academic Building, Philadelphia,
Gray, H. L., dan Schucany, W. R. (1972). The Generalized Jackknife Statistic, Marcel
Dekker, New York.
Gray, P. (1999). "Protecting Privacy and Security of Personal Information in the
Global Electronic Marketplace." (Dicapai Pada 10 Jun 2007)
Http://www.ftc.gov/bcp/icpw/comments/ico2.htm.
Gray, H. L., dan Schucany, W. R. (1972).